folio geografi

15
KANDUNGAN HALAMAN PENGHARGAAN 1 PENDAHULUAN 2 OBJEKTIF KAJIAN 3 KAWASAN KAJIAN 4 KAEDAH KAJIAN DAPATAN KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

Upload: hanz-khalid

Post on 04-Jul-2015

561 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi

KANDUNGAN HALAMAN

PENGHARGAAN 1

PENDAHULUAN 2

OBJEKTIF KAJIAN 3

KAWASAN KAJIAN 4

KAEDAH KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 2: Folio Geografi

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru geografi saya,

Pn. Loke Lee Lin kerana sudi memberi bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan projek

Kajian Geografi Tempatan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua sekolah,

PN. Hajah Norrizan bt Haji Bahari yang yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk

menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan

terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Mokhtar bin Ismail

dan Azizon bt Abu Bakar yang telah memberi dorongan dan bantuan untuk saya menjalankan

kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya, iaitu Nik

Ahmad Rashdan, Faris Tarmizi Dan Abdullah Mokhtar.

Page 3: Folio Geografi

Saya memilih tajuk, “Pencemaran Alam Sekitar di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur” untuk projek Kajian Geografi saya. Saya memilih tajuk ini kerana berlakunya

pencemaran alam sekitar di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masa yang

diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama lapan minggu. Setiap pelajar dikehendaki

menulis laporan yang lengkap secara individu.

Page 4: Folio Geografi

Selepas kajian dijalankan saya dapat:

Memahami konsep pencemaran alam sekitar.

Mengetahui jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di Taman Maluri, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Maluri, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Menghuraikan kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Maluri, Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan-kesan pencemaran alam

sekitar di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mencintai alam sekitar di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 5: Folio Geografi

Kawasan kajian saya ialah Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saya

memilih Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana kedudukannya

berhampiran dengan tempat tinggal saya. Taman Maluri berada di Daerah Cheras dan

di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Taman Maluri

terletak kira-kira 8 km dan arah tenggara dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Bentuk

muka bumi Taman Maluri ialah tanah pamah yang rata dan rendah.

Page 6: Folio Geografi

Saya menggunakan kaedah tersebut untuk menjalankan kajian:

a) PEMERHATIAN

- Saya membuat pemerhatian di Taman Maluri, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

tenetang jenis-jenis pencemaran yang berlaku dan punca menyebabkan

pencemaran.

b) RUJUKAN

- Saya merujuk buku teks tingkatan 3 untuk mengumpul maklumat yang perlu.

Selain itu saya melayari internet untuk mengumpul maklumat yg perlu.

Page 7: Folio Geografi

KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, pencemaran alam sekitar bermaksud pemasukan bahan

pencemar seperti bahan kimia, hinga, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang

mengakibatkan kesan yang membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan

ekosistem. Sebagai contoh, pelepasan gas beracunoleh kenderaan bermotor dan kilang

industri, pembuangan toksik ke dalam sungai dan peresapan bahan kimia bahaya ke dalam

tanih.

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MALURI, WILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Daripada soal selidik, didapati jenis-jenis pencemaran alam sekitar ialah pencemaran

udara, air, tanih, bau dan bunyi. (Rujuk jadual di halaman sebelah)

Melalui pemerhatian yang saya dapati pencemaran udara merupakan pencemaran yang

paling teruk dan sering berlaku di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pencemaran udara berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang

membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatanh dan harta benda. Benda asing ini

adalah di dalam bentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas(karbon monoksida, nitrogen oksida,

hidrokarbon, ozon, sulfur oksida, dan bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.

Page 8: Folio Geografi

Jenis Pencemaran Alam Sekitar Yang Berlaku Di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

Jenis Pencemaran Bilangan RespondenUdara 24

Air 12Tanih 4Bau 2

Bunyi 20Jumlah 62

Sumber:Hasil soal selidik daripada 30 orang penduduk Taman Maluri, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

Page 9: Folio Geografi

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MALURI, WILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kenderaan bermotor

Hasil soal selidik daripada 30 orang penduduk di Taman Maluri, wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Saya dapati pencemaran udara menunjukkan jumlah yang ketara berlaku di sini.

Salah satu puncanya ialah pelepasan asap hasil pembakaran peteroleum dan diesel daripada

kenderaan bermotor.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka merupakan aktiviti membakar sisa sampah yang sering dilakukan oleh

penduduk Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tanpa memikir kesan

sampingan yang akan dihadapi. Asap hitam yang tebal hasil daripada pembekaran tersebut

akan menyelubungi sekitar kawasan perumahan. Penduduk juga terpaksa menutup tingkap

dan pintu rumah apabila pembakaran tersebut berlaku.

Kerja-kerja Pembinaan

Pembinaan bangunan baru seperti Pusat Sukan Paralimpik dan aktiviti pengubahsuaian rumah

oleh penduduk Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga boleh menyebabkan

pencemaran. Habuk dan debu-debu daripada aktiviti tersebut akan beterbangan di udara.

Aktiviti Harian

Penggunaan peti sejuk ,penyaman udara dan penyembur aerosol akan melepaskan gas

klorofluorkarbon(CFC) ke udara.

Sebagai penduduk Taman Maluri, wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya bersyukur dan

berbangga dapat menjalankan kajian di sini untuk mencari punca-punca pencemaran alam

sekitar.

Page 10: Folio Geografi

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MALURI, WIILAYAH

PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kesihatan Manusia Terancam

Kesihatan manusia terancam menjadi kesan yang utama akibat dari pencemaran alam sekitar.

Pencemaran dapat mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti nitrogen oksida,

karbon dioksida, karbon monoksida dan sulfur dioksida inilah yang akan menyebabkan

kesihatan manusia terancam.

Suhu meningkat

Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan kandungan gas karbon dioksida dalam

atmosfera meningkat lalu menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera.

Haba daripada pencemaran-pencemaran yang berlaku akan dipantulkan semula ke bumi.

Oleh itu, suhu di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meningkat.

Hujan Asid

Hujan asid berlaku apabila asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida

bertindak balas dengan wap air dalam udara dan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini

dapat merosakkan binaan seperti bangunan dan kenderaan serta dapat mencemarkan air.

Jerebu

Bahan-bahan pencemaran yang berlebihan (debu, asap, habuk, gas karbon, monoksida dan

sulfur dioksida) terapung- apung di udara menyebabkan jerebu. Jerebu akan menyebabkan

kurangnya jarak penglihatan.

Saya selaku penduduk Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berasa bersyukur

kerana mempunyai ksedaran tentang kesan pencemaran alam sekitar di sini.

Page 11: Folio Geografi

Kesan-Kesan Pencemaran Alam Sekitar Di Taman

Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala lumpur

Suhu Meningkat

Kesihatan Manusia

Terancam

Hujan Asid

Jerebu

Penipisan Lapisan

Ozon

Page 12: Folio Geografi

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

DI TAMAN MALURI, WIILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Pemasangan Alat Catalytic Converter

Memasang Alat Catalytic Converter pada ekzos kenderaan dapat menukarkan gas beracun

(karbon monoksida dan nitrogen dioksida) dapat ditukarkan kepada bentuk gas yang tidak

memudaratkan.

Penguatkuasaan undang-undang

Pihak jabatan alam sekitar perlu menguatkuasakan undang-undang dengan melaksanakan

pemantauan kualiti udara di Bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, Peraturan Kawalan

Pelepasan daripada Enjin Diesel 1996 dan Peraturan Kawalan Pelepasan daripada Enjin

Petrol 1996 harus dikuatkuasakan. Akta Kualiti Alam Sekitar 1978 juga harus dilaksanakan.

Petrol tanpa plumbum

Petrol tanpa plumbum telah diperkenalkan oleh kerajaan negara Malaysia sejak tahun 80-an.

Hal ini demikian kerana dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam udara yang bahaya

kepada kesihatan manusia.

Pameran Tentang Alam Sekitar

Membuat Pameran Tentang Alam Sekitar adalah untuk memberitahu masyarakat tentang isu-

isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk

mengurangkan kadar pencemaran. Hal ini dapat meningkatkan kesedaran dan mengajar

masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Page 13: Folio Geografi

Sebagai penduduk di Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, saya perlu

menjaga alam sekitar di sini dengan mematuhi peraturan dan undang-undang alam sekitar

serta memberi sokongan kepada segala aktiviti untuk mengurangkan pencemaran alam

sekitar.

Page 14: Folio Geografi

BUKU TEKS

Rape’eh Bt Ahmed, Khalijah Bt Maimon, Aziah Bt Ismail, Fo Hoo loke, 2002. Geografi

Tingkatan 1 KBSM. Malaysia : Arus Intelek Sdn.Bhd

Chong Mui San, Azizan Bt Abu Samah, 2003. Geografi Tingkatan 2 KBSM. Malaysia :

Pencetekan Saufi

BUKU RUJUKAN

Kang Chai Yoeng , Darmindar Singh, 2005. Fokus U PMR Geografi. Malaysia : Penerbitan

Pelangi Sdn. Bhd

INTERNET

http://www.dromoz.com/directory/place/?id=1626&p=taman+maluri

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran-udara

http://www.doe.gov.my/old/?q=ms/content/punca-punca-pencemaran-udara

Page 15: Folio Geografi

Pencemaran bermaksud pemasuhan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hinga, haba,

cahaya dan tenaga yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang pembuangan sisa

toksik ke dalam sungai yang boleh membahayakan kesihatan manusia, sumber alam dan

ekosistem. Jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku ialah pencemaran udara, air, tanih,

bau dan bunyi.

Punca pencemaran adalah daripada kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, kerja-kerja

pembinaan dan aktiviti harian.

Kesan pencemaran alam sekitar tersebut akan mengancam kesihatan manusia, berlakunya

suhu meningkat, hujan asid, jerebu dan penipisan lapisan ozon.

Cadangan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar di Taman maluri Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur adalah dengan membuat pemasangan Alat Catalytic Converter

pada ekzos kenderaan, menguatkusakan undang-undang, penggunaan petrol tanpa plumbum

dan membuat pameran tentang alam sekitar.

Saya selaku penduduk Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan sentiasa

mencintai dan menjaga alam sekitar di sini dengan mengamalkan cara hidup yang mesra

alam demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan hidup.