folio geografi 2011 :)

Download Folio Geografi 2011 :)

If you can't read please download the document

Upload: nurul-nadhirah

Post on 04-Jul-2015

594 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Folio Geografi 2011 . Pencemaran Alam Sekitar

TRANSCRIPT

Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor

Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar di Taman Sri Petaling ,Bandar Baru Sri Petaling ,Daerah Seputeh , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nama : Nurul Nadhirah bt Md Ismail

No I/C : 960203-14-5372

Tingkatan : 3 Bakti

Nama Guru : Puan Masitah bt Salamat

SENARAI KANDUNGAN

Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

ASPEK Tajuk Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Dapatan Kajian Rumusan Rujukan Lampiran

MUKASURAT

PENGHARGAAN Alhamdulillah , syukur ke-hadrat Ilahi , dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi saya ini dengan jayanya . Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada Tuan Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor iaitu Tuan Haji Rafiei bin Mustapha kerana telah membenarkan saya menyiapkan folio ini dengan jayanya berkat kepercayaan yang beliau berikan kepada saya dan rakan-rakan saya . Tidak saya lupakan , ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru cemerlang matapelajaran Geografi Tingkatan 3 Bakti iaitu Puan Masitah bt Salamat diatas tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh beliau tanpa mengira waktu senggang mahupun sibuk beliau sepanjang beliau di sekolah sehinggalah saya dapat melengkapkan kerja kursus ini mengikut criteria penskoran yang telah ditetapkan . Selian itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu dan bapa saya , Encik Md Ismail bin Mahani dan Puan Hasnah bt Yusof diatas pengorbanan dan dorongan yang disandarkan kepada saya serta nasihat yang diberikan kepada saya bagi melengkapkan kerja kursus Geografi ini secara menyeluruh . Tidak saya lupakan, terima kasih saya juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas saya tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi membantu saya melengkapkan lagi kerja kursus ini dengan sempurna sehingga mencapai tahap kriteria yang ditetapkan . Saya khaskan ucapan terima kasih saya kepada rakan saya iaitu Muhammad Izzat bin Zulkiflee , Wan Siti Aisha bt Wan Shukery serta Nur Diyana Afrina bt Mohd Hizam . Akhir sekali , ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya kepada semua yang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses saya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya .

PENDAHULUANSaya , Nurul Nadhirah bt Md Ismail telah mengambil keputusan untuk memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar di Taman Sri Petaling , Kuala Lumpur untuk projek Kajian Geografi Tempatan saya . Saya telah mengkaji tentang aspek pencemaran alam sekitar , menghuraikan kesan pencemaran alam sekitar, dan merumuskan kesan-kesan pencemaran alam sekitar itu . Saya telah memilih kawasan kajian ini kerana kawasan ini menetapi tema kajian saya dan berhampiran dengan rumah kediaman saya . Masa yang diberikan untuk melengkapkan kajian ini ialah sepanjang 8 minggu .

OBJEKTIF KAJIANKajian ini dijalankan adalah untuk memenuhi objektif-objek berikut y y y y y Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Sri Petaling Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Sri Petaling . Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Sri Petaling. Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Petaling .

Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Sri Petaling . y Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

KAWASAN KAJIANKawasan kajian saya ialah Taman Sri Petaling , Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur . Saya memilih kawasan ini kerana ianya berhampiran dengan tempat kediaman saya. Perjalanan ke Bandaraya Kuala Lumpur dari kawasan ini mengambil masa 10 minit berkereta. Taman Sri Petaling ini dahulunya merupakan dusun pokok getah dibangunkan pada tahun 1981. Pada 1980an dan awal 1990-an tempat ini diketepikan kerana terdapatnya tanah menempatkan pusat pelupusan sampah yang luas. Namun kini , pusat pelupusan sampah ini tidak lagi wujud di kawasan Taman Sri Petaling untuk memberi laluan membina kawasan permainan dan tempat letak kereta . Dahulunya , bilangan pendudukan di Taman Sri Petaling ini tidaklah ramai. Ini kerana , kawasan ini terletak jauh di pinggir ibukota Kuala Lumpur . Namun demikian , bilangan ini semakin bercambah dengan mendadak pada akhir 1980-an kerana terdapat dua laluan baru ke Salak Selatan dan Taman Gembira telah dibuka . Sepanjang 1990-an , kawasan ini semakin membangun dengan terbinanya pelbagai bangunan yang pesat dibangunkan . Pada tahun 1997 , Lebuh Raya Shah Alam dibuka untuk memudahkan lagi perjalanan ke Subang Jaya yang mengambil masa 10 minit sahaja . Dengan ini , bertambah ramailah penduduk di taman ini . Bentuk muka bumi di Taman Sri Petaling ini ialah berbukit.

i ) Peta Daerah Kuala Lumpur

ii ) Peta Kawasan Kajian

KAEDAH KAJIANSaya telah menggunakan dua kaedah kajian sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini . Berikut merupakan kaedah yang saya telah gunakan : 1) Kaedah pemerhatian Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan kajian Taman Sri Petaling untuk mengenal pasti masalah pencemaran yang timbul di sekitar kawasan kajian dengan lebih terperinci . Saya juga mengambil gambar untuk membuktikan kaedah ini digunapakai 2) Kaedah Rujukan Selain itu, saya juga telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan yang berdekatan untuk mencari maklumat tentang pencemaran alam sekitar

KAEDAH KAJIANSepanjang menjalankan kerja kursus ini , saya telah menerapkan beberapa kaedah kajian dalam kerja kursus ini . Antara kaedah kajian yang saya telah guna pakai kan ialah kaedah pemerhatian . Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan kajian yang saya pilih iaitu Taman Sri Petaling untuk mengenalpasti masalah-masalah pencemaran yang timbul di sekitar kawasan kajian dengan lebih terperinci . Saya juga telah mengambil beberapa gambar sebagai membuktikan kaedah ini digunapakai . Selain itu , saya juga telah menggunakan kaedah rujukan sebagai kaedah kedua yang saya gunakan sepanjang proses ini berlangsung. Saya telah membuat rujukan melalui internet dan perpustakaan yang berdekatan untuk mencari maklumat terkini dan lebih terperinci tentang pencemaran alam sekitar

DAPATAN KAJIAN8.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap . Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.

8.2 Jenis-jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian 1 ) Pencemaran Udara Kawasan kajian saya ini mengalami masalah pencemaran udara . Pencemaran ini berlaku disebabkan terdapatnya pelbagai kemudahan yang masuk dan keluar dari kawasan kajian ini seperti kendaraan awam seperti basa dan teksi . selain itu , terdapat juga banyak kenderaan di sekitar kawasan kajian . Menurut pemerhatian saya sepanjang saya melakukan kajian di sini ialah setiap buah rumah di kawasan kajian ini akan mempunyai sekurang-kurangnya satu hingga dua buah kenderaan sama ada kereta mahupun motorsikal . 2 ) Pencemaran Bunyi Selain pencemaran udara . kawasan kajian saya juga mengalami masalah pencemaran bunyi . Pencemaran bunyi ini kerap berlaku pada malam hari. Ini disebabkan oleh terdapatnya anak muda zaman kini sering mengadakan lumba kereta di kawasan ini pada malam hari . Dengan adanya aktiviti ini , penduduk-penduduk kawasan kajian ini mengalami gangguan tidur disebabkan bunyi enjin motor yang maksimum yang telah dikeluarkan oleh kereta pelumba tersebut . Namun demikian , bagi emotor enjin biasa yang digunakan oleh kebanyakkan orang tidak akan menghasilkan deruman yang kuat berbanding dengan enjin motor kereta telah diubahkan ke tahap yang maksimum yang digilai oleh kebanyakkan pelumba kereta. Ini kerana , pada mereka dengan adanya bunyi yang maksimum yang dapat mengganggu waktu rehat penduduk setempat ini , akan membuahkan hasil yang lumayan kerana bunyi tersebut dapat menimbulkan rasa ingin memandu dengan lebih laju lagi

8.3 Punca Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian i ) Kenderaan Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. ii ) Pembakaran Terbuka Penduduk di kawasan kajian ini gemar membuat pembakaran terbuka . Mereka selalunya akan membakar sampah sarap yang telah dikumpulkan dan kemudian sampah-sarap tersebut akan menjadi abu . Selain itu , terdapat juga segelintir penduduk di kawasan kajian ini keras kepala dengan membakar kawasan semak-samun tanpa menghiraukan penduduk lain yang tinggal berdekatan. iii ) Sampah sarap Terdapat beberapa blok bangunan flat dan juga kondomium di sekitar kawasan kajian ini . naum demikian , pemandangan di sekitar blok-blok bangunan flat ini telah dicemari dengan longgokan sampah sarap yang bertaburan disana-sini .terdapat juga segelintir penduduk flat yang gemar membuang sampahnya tidak di ruangan longgokan sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan . Namun sebaliknya , mereka lebih gemar meletakkan sampah mereka di bawah flat mereka . pada pendapat mereka bahawa pekerja-pekerja memungut sampah ini akan memunggut sampah tersebut . Namun demikian , sampah tersebut tidak di kutip oleh pekerja-pekerja itu . Pada tanggapan daripada sebelah pekerja memunggut sampah itu pula berkata bahawa sekiranya tuan punya sampah itu ingin membuangnya , mereka akan meletakkanya di tempat pembuangan sampah yang disediakan , sekiranya tidak meletakkan di tempat yang sepatutnya , pada tanggapan mereka bahawa tuan punya sampah itu mahu menggunakan semula samaada mahu kitar semula sampah mereka atau tidak . Selain itu , sampah sarap ini mempu menghasilkan pencemaran bau yang kuat .,

iv ) Perniagaan Di sini , saya dapat melihat sendiri kawasan perniagaan ini telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian . Kita dapat lihat banyak pusat perniagaan yang telah gagal untuk menyediakan system pembuangan sampah secara teratur . Kadangkala tempat pembuangan sampah yang telah dikhususkan juga manghasilkan bau yang tidak menyenangkan serta menghasilkan ulat sampah yang menjijikkan . Kawasan ini juga kelihatan tidak terurus dengan teratur . Keadaan seperti ini kita acapkali dapat dilihat pada deretan kedai makan yang disediakan , restoran-restoran dan juga tapak pasar malam dan juga pasar pagi Masyarakat setempat perlulah berganding bahu dan mencegah dengan sepenuh usaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku di masa hadapan . dengan kerjasama penduduk ini nanti akan membuahkan hasil yang lumayan kepada semua penduduk setempat . antara hasil yang boleh didapati hasil daripada kerjasama penduduk ialah kehidupan lebih nyaman , selesa dan harmoni .

8.3 Punca Pencemaran alam sekitar di kawasan kajian Antara punca utama pencemaran alam sekitar ini adalah disebabkan oleh kenderaan yang digunakan oleh pengguna-pengguna di sekitar kawasan kajian . Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan telah berjaya merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat. Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas. Selain itu , punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian ini yang yang saya dapat melalui pemerhatian saya ialah berpunca daripada pembakaran secara terbuka . Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang tempoh saya melakukan kajian ini , saya dapati bahawa penduduk di kawasan kajian ini gemar membuat pembakaran terbuka . Mereka selalunya akan membakar sampah sarap yang telah dikumpulkan dan kemudian sampah-sarap tersebut akan di bakar di kawasan lapang kemudian menjadi abu . Selain itu , terdapat juga segelintir penduduk di kawasan kajian ini keras kepala dengan membakar kawasan semak-samun tanpa menghiraukan penduduk lain yang tinggal berdekatan. Seterusnya , sampah sarap yang bertaburan di merata-rata tempat juga telah menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan kajian yang saya pilih ini . melalui pemerhatian saya , terdapat beberapa blok bangunan flat dan juga kondomium di sekitar kawasan kajian ini . naum demikian , pemandangan di sekitar blok-blok bangunan flat ini telah dicemari dengan longgokan sampah sarap yang bertaburan disana-sini .terdapat juga segelintir penduduk flat yang gemar membuang sampahnya tidak di ruangan longgokan sampah yang disediakan oleh pihak kerajaan . Namun sebaliknya , mereka lebih gemar meletakkan sampah mereka di bawah flat mereka . pada pendapat mereka bahawa pekerja-pekerja memungut sampah ini akan memunggut sampah tersebut . Namun demikian , sampah tersebut tidak di kutip oleh pekerja-pekerja itu . Pada tanggapan daripada sebelah pekerja memunggut sampah itu pula berkata bahawa sekiranya tuan punya sampah itu ingin membuangnya , mereka akan meletakkanya di tempat pembuangan sampah yang disediakan , sekiranya tidak meletakkan di tempat yang sepatutnya , pada tanggapan mereka bahawa tuan punya sampah itu mahu menggunakan semula samaada mahu kitar semula sampah mereka atau tidak . Selain itu , sampah sarap ini mempu menghasilkan pencemaran bau yang kuat .

Selanjutnya , punca yang saya dapat melihat melalui tinjauan saya di kawasan kajian ini ialah berpunca daripada perniagaan yang dijalankan di kawasan ini . Di sini , saya dapat melihat sendiri kawasan perniagaan ini telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian . Kita dapat lihat banyak pusat perniagaan yang telah gagal untuk menyediakan system pembuangan sampah secara teratur . Kadangkala tempat pembuangan sampah yang telah dikhususkan juga manghasilkan bau yang tidak menyenangkan serta menghasilkan ulat sampah yang menjijikkan . Kawasan ini juga kelihatan tidak terurus dengan teratur . Keadaan seperti ini kita acapkali dapat dilihat pada deretan kedai makan yang disediakan , restoran-restoran dan juga tapak pasar malam dan juga pasar pagi Masyarakat setempat perlulah berganding bahu dan mencegah dengan sepenuh usaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar daripada terus berlaku di masa hadapan . dengan kerjasama penduduk ini nanti akan membuahkan hasil yang lumayan kepada semua penduduk setempat . antara hasil yang boleh didapati hasil daripada kerjasama penduduk ialah kehidupan lebih nyaman , selesa dan harmoni .

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian i ) Jerebu Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan . Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatalgatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. ii ) Penyakit Udara yang tercemar dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya yang dilepaskan oleh kenderaan mahupun kilang berhampiran boleh memasuki hidung mahupun mulut seseorang manusia itu dan cuba untuk membolosi kemudian akan ke paru-paru melalui trakea. Ini boleh menyebbakan system pernafasan terjejas . Selain itu terdapat juga beberapa penyakit yang berbahaya yang boleh dihidapi oleh sesetengah manusia seperti alahan dan asma juga disebabkan oleh pencemaran udara paling banyak dihidapi oleh penduduk. Tidak kurang juga penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes yang boleh didapati pada bekas-bekas yang terbiar dan kemudian airnya bertakung . iii ) Suhu meningkat Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap , bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan juga boleh mencair . kesan daripada pencemaran ini juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian alam yang tidak normal . iv ) Bau busuk Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah. Berdasarkan pemerhatian saya , penduduk yang tinggal di flat berhampiran menghadapi pencemaran bau busuk berpunca daripada sampah sarap yang dikumpulkan oleh penduduk flat yang tinggal di situ . Punca bau itu terhasil kerana akibat daripada terkumpulnya sampah-sarap itu dan pihak yang bertanggungjawab tidak mengutipnya mengikut jadual hari yang telah ditetapkan .

v ) Udara tercemar Hasil daripada tinjauan saya di beberapa tempat dalam kawasan kajian yang saya pilih , hampir kesemua penduduk kawasan kajian ini mengatakan bahawa mereka tidak tahan dengan udara yang mereka hidu untuk setiap hari . Namun , apakan daya , mereka terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut . Tambahan pula ada di antara mereka mahupun anak mereka menhidapi penyakit asma dan lelah . Ini berpunca daripada udara persekitaran yang tercemar dek asap yang keluar daripada setiap kenderaan setiap hari tanpa mengira padahnya .

Saya amat bersyukur dan berbangga kerana kesan pencemaran di kawasan kajian ini tidaklah seteruk kawasan kajian lain . Pada pendapat saya , pencemaran yang berlaku di sini masih mampu di bendung . Walaubagaimanapun , pihak kerajaan dan pihak terbabit perlulah turun padang untuk mengambil usaha-usaha membersihkan kawasan ini serta memberikan sedikit ceramah atau kesedaran kepada penduduk betapa pentingnya kebersihan sesuatu tempat dan juga kebersihan kualiti udara yang dihirup setiap hari agar kita dapatt menggelak daripada berlakunya kesan-kesan itu dengan lebih teruk lagi .

8.4 Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian Jerebu merupakan antara kesan pencemaran alam ssekitar yang paling dapat dilihat sepanjang pemerhatian saya . Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada setiap individu tetapi juga kepada negara. Jerebu kerap sekali berlaku di kawasan bandar. Terdapat kesan sampingan yang akan dialami kepada seseorang individu itu setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu antaranya termasuklah terasa gatalgatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk , terasa sukar untuk bernafas atau dipanggil sesak nafas , mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan acap kali bersin, kulit badan terasa gatalgatal dan terasa sakit dada yang berterusan . Selain itu , pencemaran alam sekitar yang berterusan juga mampu mengundang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kepada manusia . Udara yang tercemar dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya yang dilepaskan oleh kenderaan mahupun kilang berhampiran boleh memasuki hidung mahupun mulut seseorang manusia itu dan cuba untuk membolosi kemudian akan ke paru-paru melalui trakea. Ini boleh menyebbakan system pernafasan terjejas . Selain itu terdapat juga beberapa penyakit yang berbahaya yang boleh dihidapi oleh sesetengah manusia seperti alahan dan asma juga disebabkan oleh pencemaran udara paling banyak dihidapi oleh penduduk. Tidak kurang juga penyakit demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk Aedes yang boleh didapati pada bekas-bekas yang terbiar dan kemudian airnya bertakung . Selanjutnya , kesan daripada pencemaran alam sekitar di kawasan ini boleh menyebabkan suhu bumi kita meningkat secara mendadak . Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap , bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan juga boleh mencair . kesan daripada pencemaran ini juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian alam yang tidak normal . Sehubungan dengan itu , bau busuk yang terhasil di beberapa tempat seperti di kawasan flat dan tidak kurang juga di deretan kedai makan yang gagal menguruskan sampah-sampah mereka dengan efektif . Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan dan deretan kedai makan yang gagal menguruskan sampah tersebut dengan cemerlang. Berdasarkan pemerhatian saya , penduduk

yang tinggal di flat berhampiran menghadapi pencemaran bau busuk berpunca daripada sampah sarap yang dikumpulkan oleh penduduk flat yang tinggal di situ . Punca bau itu terhasil kerana akibat daripada terkumpulnya sampah-sarap itu dan pihak yang bertanggungjawab tidak mengutipnya mengikut jadual hari yang telah ditetapkan . Ekoran daripada kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kajian saya ini ialah berlakunya pencemaran udara yang berterusan . Hasil daripada tinjauan saya di beberapa tempat dalam kawasan kajian yang saya pilih , hampir kesemua penduduk kawasan kajian ini mengatakan bahawa mereka tidak tahan dengan udara yang mereka hidu untuk setiap hari . Namun , apakan daya , mereka terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut . Tambahan pula ada di antara mereka mahupun anak mereka menhidapi penyakit asma dan lelah . Ini berpunca daripada udara persekitaran yang tercemar dek asap yang keluar daripada setiap kenderaan setiap hari tanpa mengira padahnya Menyedari hakikat di atas, saya amat bersyukur dan berbangga kerana kesan pencemaran di kawasan kajian ini tidaklah seteruk kawasan kajian lain . Pada pendapat saya , pencemaran yang berlaku di sini masih mampu di bendung . Walaubagaimanapun , pihak kerajaan dan pihak terbabit perlulah turun padang untuk mengambil usaha-usaha membersihkan kawasan ini serta memberikan sedikit ceramah atau kesedaran kepada penduduk betapa pentingnya kebersihan sesuatu tempat dan juga kebersihan kualiti udara yang dihirup setiap hari agar kita dapatt menggelak daripada berlakunya kesan-kesan itu dengan lebih teruk lagi .

8.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian . i ) Kuat kuasa undang-undang Pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan serius terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan ini . Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan ialah kuat kuasa undangundang . Pihak kerajaan bolehlah memberikan pendedahan mengenai undang-undang kepada para peniaga gerai makan dan tidak kurang juga peniaga di pasar malam agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat . Pihak kerajaan juga boleh mengenakan tindakan denda kepada para peniaga yang gagal mengikuti undang-undang yang diberikan . ii ) Kempen cintai alam sekitar Telah banyak kempen cintai alam sekitar telah disiarkan melalui media massa seperti televisyen dan juga radio . Terdapat juga usaha kerajaan dengan menyebarkan risalah-risalah mengenai cintai alam sekitar telah giat dijalankan untuk diberikan kepada semua penduduk setempat .Para penduduk setempat perlulah mengambil insiatif sendiri untuk menghayati segala mesej yang ingin disampaikan melalui kempen cintai alam sekitar yang disebarkan melalui media massa atau melalui risalah yang diberikan . ini adalah kerana supaya alam sekitar kita dapat diperlihara dengan cemerlang . Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar sentiasa bersih dari pencemaran dan juga selamat untuk digunakan serta ditunjukkan kepada generasi yang akan datang . iii ) Pendidikan alam sekitar Pada pandangan saya , pendidikan mengenai alam sekitar ini perlulah diadakn untuk member pendedahan kepada penduduk setempat . Pihak berkuasa yang terlibat perlulah menganjurkan aktiviti seperti pendidikan alam sekitar kepada penduduk setempat tanpa mengira umur dan bangsa serta agama . Dengan cara ini , para penduduk setempat akan didedahkan dengan beberapa aspek mengenai alam sekitar . Melalui cara ini juga , penduduk setempat juga akan dapat maklumat lebih lanjut mengenai kepentingan mengelakkan pencemaran daripada berlaku dan keburukan berlakunya pencemaran alam sekitar . Dengan menghadiri aktiviti ini , para penduduk samada muda mahu yang berumur akan sedaya upaya mereka untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan perumahan mereka setelah mereka didedahkan dengan pendidikan alam sekitar ini. iv ) Petrol tanpa plumbum Usaha pengguna dalam menggunakan sejenis petrol tanpan plumbum yang berlebihan juga dapat membantu dalam mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan yang digunakan oleh penduduk . Petrol RON95 juga telah membuktikan pihak kerajaan mempamerkan usaha mereka dalam mengurangkan berlkaunya pencemaran berlaku di Negara ini . Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang acapkali berlaku di waktu pagi . Selain itu , dengan wujudnya usaha ini juga dapat mengurangkan masalah kesihatan yang kerap berlaku seperti batuk dan selsema daripada berlarutan . Setiap penduduk seharusnya mengamalkan sikap bertanggungjawab dan cinta akan Kuala Lumpur agar dapat membendung masalah pencemaran yang kian membelenggu Kuala Lumpur dapat dikurangkan dan seterusnya dapat diatasi dengan mudah.

8.5 Cadangan untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian . Pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan serius terhadap pencemaran yang berlaku di kawasan ini . Antara usaha yang boleh dilakukan ialah kuat kuasa undang-undang yang telah sedia ada . Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan ialah kuat kuasa undangundang . Pihak kerajaan bolehlah memberikan pendedahan mengenai undang-undang kepada para peniaga gerai makan dan tidak kurang juga peniaga di pasar malam agar tidak membuang sampah di merata-rata tempat . Pihak kerajaan juga boleh mengenakan tindakan denda kepada para peniaga yang gagal mengikuti undang-undang yang diberikan . Selain itu , telah banyak kempen cintai alam sekitar telah disiarkan melalui media massa seperti televisyen dan juga radio . Terdapat juga usaha kerajaan dengan menyebarkan risalahrisalah mengenai cintai alam sekitar telah giat dijalankan untuk diberikan kepada semua penduduk setempat .Para penduduk setempat perlulah mengambil insiatif sendiri untuk menghayati segala mesej yang ingin disampaikan melalui kempen cintai alam sekitar yang disebarkan melalui media massa atau melalui risalah yang diberikan . ini adalah kerana supaya alam sekitar kita dapat diperlihara dengan cemerlang . Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar sentiasa bersih dari pencemaran dan juga selamat untuk digunakan serta ditunjukkan kepada generasi yang akan datang . Pada pandangan saya , pendidikan mengenai alam sekitar ini perlulah diadakn untuk member pendedahan kepada penduduk setempat . Pihak berkuasa yang terlibat perlulah menganjurkan aktiviti seperti pendidikan alam sekitar kepada penduduk setempat tanpa mengira umur dan bangsa serta agama . Dengan cara ini , para penduduk setempat akan didedahkan dengan beberapa aspek mengenai alam sekitar . Melalui cara ini juga , penduduk setempat juga akan dapat maklumat lebih lanjut mengenai kepentingan mengelakkan pencemaran daripada berlaku dan keburukan berlakunya pencemaran alam sekitar . Dengan menghadiri aktiviti ini , para penduduk samada muda mahu yang berumur akan sedaya upaya mereka untuk mengelakkan daripada berlakunya pencemaran alam sekitar di kawasan perumahan mereka setelah mereka didedahkan dengan pendidikan alam sekitar ini. Usaha pengguna dalam menggunakan sejenis petrol tanpan plumbum yang berlebihan juga dapat membantu dalam mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan yang digunakan oleh penduduk . Petrol RON95 juga telah membuktikan pihak kerajaan mempamerkan usaha mereka dalam mengurangkan berlkaunya pencemaran berlaku di Negara ini . Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang acapkali berlaku di waktu pagi . Selain itu , dengan wujudnya usaha ini juga dapat mengurangkan masalah kesihatan yang kerap berlaku seperti batuk dan selsema daripada berlarutan . Setiap penduduk seharusnya mengamalkan sikap bertanggungjawab dan cinta akan Malaysia agar dapat membendung masalah pencemaran yang kian membelenggu Malaysia dapat dikurangkan dan seterusnya dapat diatasi dengan mudah.

Bahan Grafik i ) Jadual Bil 1) 2) 3) 4) ii ) Carta pai Pencemaran alam sekitar yang berlaku Udara Tanih Bunyi Bau Peratus 42 % 27 % 19 % 12 %

Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Sri Petaling

Bau 12% Bunyi 19% Tanih 27% Udara 42%

RumusanSebagai rumusannya , pencemaran yang berlaku di Taman Sri Petaling ini telah banyak mempengaruhi kegiatan seharian penduduk di kawasan kajian ini . Kegiatan penduduk-penduduk di Taman Sri Petaling bukan sahaja hanya membawa kesan positif seperti mewujudkan peluang pekerjaan , keuntungan dan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk sekitar tetapi juga telah memberikan kesan negatif yang boleh dilihat melalui pancaindera yang dikurniakan .Faktor-faktor yang mempengaruhi kejadian pencemaran ialah kenderaan yang banyak dan kebanyakkannya menghasilkan asap yang mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan diri dan juga membawa impak yang besar kepada alam sekitar seperti penipisan ozon . Masalahmasalah yang muncul hasil daripada pencemaran ini adalah sikap penduduk yang kurang prihatin terhadap alam sekitar dan bersikap sambil lewa terhadapnya . Langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil ialah kerajaan perlu mengambil tindakan dengan menguatkuasa undangundang yang sedia ada supaya rakyat tidak membuat pencemaran dengan mematuhi peraturan yang ditetaokan . Di sini, saya berharap agar penduduk-penduduk setempat dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan supaya masalah-masalah seperti pencemaran air , pencemaran udara , pencemaran bunyi dansebagainya boleh dikurangkan dan dapat digunakan dengan selamat untuk generasi pada masa akan datang . Jika penduduk Malaysia dapat membendung masalah pencemaran ini dengan berkesan , Negara kita akan dapat mencapai misi Wawasan 2020 .

Rujukani.BUKU ILMIAH Abd. Rahim Md. Nor , 2004 , Geografi Tingkatan 3 , Cerdik Publications Sdn. Bhd.

ii.

Internet http://www.maps.google.com