geografi folio

20
KOLEJ TUNKU KURSHIAH KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2014 Potensi Pelbagai Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Penduduk Di Bukit Antarabangsa,Selangor Nama : No K/P : Tingakan : 1C

Upload: shidamahfoz

Post on 28-Sep-2015

125 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tingkatan 1

TRANSCRIPT

KOLEJ TUNKU KURSHIAH KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2014

Potensi Pelbagai Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan PendudukDi Bukit Antarabangsa,Selangor

Nama : No K/P : Tingakan : 1CGuru Penilai :Markah Tugasan : /50

SENARAI KANDUNGAN

Perkara Halaman Penghargaan 1Pendahuluan 2Objektif Kajian 3Kawasan Kajian 4-5 Kaedah Kajian 6Dapatan Kajian 7-10Rumusan 11Lampiran 11-15Rujukan 16

PENGHARGAAN

Folio ini dapat saya laksanakan dengan sempurna dengan bantuan daripada beberapa pihak. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang berikut : a) Ibu bapa yang memberikan dorongan dan sokongan untuk melaksanakan kajian dan laporan ini.

b) Mr. Lee Joon Fat, Guru Geografi Tingkatan 1,Kolej Tunku Kurshiah yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya. d) Pengetua Sekolah e) Orang-orang perseorangan yang kami temubual di kawasan kajian.

PENDAHULUAN

Nama saya Melia Maisara Mahfoz. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 C di Kolej Tunku Kusrshiah, Enstek. Bagi memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan. Saya telah mengambil masa selama 3 minggu untuk menyiapkan kajian ini.

Saya dikehendaki membuat kajian yang bertajuk Potensi Pelbagai Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Penduduk di Bukit Antarabangsa,Ampang, Selangor. Saya telah memilih Bukit Antarabangsa kerana ia merupakan kawasan kediaman dan komersil yang sedang membangun di tengah bandar Kuala Lumpur.

Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian geografi tempatan ini dijalankan adalah untuk :

a) Dapat mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di Bukit Antarabangsa.

b) Dapat mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh penduduk di Bukit Antarabangsa.

c) Dapat mengkaji potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap kegiatan penduduk di Bukit Antarabangsa.

d) Dapat memupuk semangat patriotisme.

KAWASAN KAJIAN

Peta Daerah Hulu Langat

KAWASAN KAJIAN

Peta Bentuk Muka Bumi Bukit Antarabangsa

KAWASAN KAJIAN

Bukit Antarbangsa merupakan sebuah bandar di Ampang, Ulu Klang, Selangor. Bukit Antarbangsa adalah kawasan yang bertopografi berbukit bakau, dengan ketinggian di antara 133 hingga 203 dari atas paras laut. Bukit antarbangsa mempunyai longtitud antara 10146 T hingga 10147 T dan latitud antara 0310.8 U hingga 0311.3 U. Dicirikan oleh iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun dan mempunyai jumlah hujan tahunan sebanyak 3000 sehingga 3500 mm.

Sebelum dijadikan kawasan petempatan, kawasan Bukit Antarabangsa merupakan suatu kawasan hutan belantara. Sampai sekarang juga, sesetengah kawasan Bukit Antarabangsa masih diliputi hutan belantara. Taman Bukit Antarabangsa mempunyai keluasan lebih kurang 1 000 000 meter persegi. Lokasi kawasan ini adalah di timur laut Mukim Ampang. Terdapat beberapa taman di Bukit Antarbangsa seperti Taman Bukit Jaya dan Taman Bukit Mewah. Bilangan penduduk yang dianggarkan tinggal di kawasan ini adalah seramai 280 orang sahaja yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat Melayu, diikuti oleh masyarakat Cina dan masyarakat India. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi namun begitu, kawasan ini juga sesuai untuk kawasan petempatan.

KAEDAH KAJIAN

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian ini, saya menggunakan beberapa kaedah berikut :

i) KAEDAH PEMERHATIAN

ii) KAEDAH TEMUBUAL

iii) BUKU BUKU RUJUKAN

iv) SOAL SELIDIK

v) INTERNET

DAPATAN KAJIAN

Berikut merupakan jadual kekerapan potensi bentuk muka bumi di Bukit Antarbangsa menurut 30 responden.

Potensi Bentuk Muka BumiJumlah Responden

Perindustrian15

Perkhidmatan9

Petempatan6

Jumlah 30

DAPATAN KAJIAN

DAPATAN KAJIAN

Setelah meneliti borang soal selidik daripada 30 orang responden, saya mendapati bahawa antara kegiatan di Bukit Antarabangsa adalah pembalakan, petempatan, dan perniagaan. Saya juga mendapati Bukit Antarbangsa mempunyai tiga halangan bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.

Menurut 15 orang responden yang terdiri darpada orang yang berbangsa Melayu, Cina, dan India, kawasan Bukit Antarbangsa yang berbentuk muka bumi tanah tinggi ini mempunyai halangan tanah runtuh. Pembinaan rumah di tanah tinggi bukan seratus peratus selamat kerana pada waktu hujan, tanah runtuh mungkin akan berlaku. Pada 6 Disember 200, tanah runtuh pernah berlaku di sini lalu menyebabkan beberapa orang mati dan ada yang cedera.

Selain itu, 9 orang responden menyatakan kawasan ini mempunyai halangan cerun curam. Pembinaan petempatan di kaki cerun bukit boleh membahayakan keselamatan.Hakisan tanah boleh berlaku terutamanya ketika musim hujan.

Akhir sekali, 6 orang responden berpendapat bahawakawasan ini mudah banjir. Hal ini demikian kerana sistem perparitannya yang kecil lalu mengakibatkan banjir dan menyusahkan penduduk di sini.

Walaupun mempunyai beberapa halangan di Taman Bukit Antarabangsa ini, penduduk di sini cuba mengatasi halangan-halangan ini bersama-sama agar dapat hidup dengan lebih baik dan aman di Malaysia.

RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di Bukit Antarabangsa. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di kawasan kajian. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui halangan bentuk muka bumi yang terdapat di Bukit Antarabangsa terhadap kegiatan manusia . Akhir sekali, saya juga dapat mengenalpasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Bukit Antarabangsa.

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana terdapat kawaan yang maju dengan kemudahan kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap. Kita sepatutnya bersyukur dan merasa bertuah kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.

LAMPIRAN

RUJUKAN

Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Arus Intelek Sdn Bhd (2006) Rapeah Bt Ahamed, Khalijah Bt Maimon, Aziah Bt Ismail dan Foo HoLoke

Exploring Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Oxford Fajar (2008) Mohd Ismail

NEXUS PMR A+ terbitan Sasbadi

http://degis.selangor.gov.my

www.streetdirectory.com

maps.google.com.my

PENILAIAN UMUM

TARIKH KGT DIJALANKAN : 6 DISEMBER 2014

TARIKH SERAHAN DIHANTAR : 5 JANUARI 2015