geografi folio yash

24
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Pn Hjh Fouziah kerana telah memberikan kebenaran sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini.Tidak lupa juga kepada guru kelas,Cik Zakiah Nurliana binti Sokhaimi yang sering mengingati saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar daripada guru Geografi Tingkatan 3 RK1, Cik.Rosmahiza binti Ismail Manguin saya akan lewat menyiapkan kerja kursus ini.Oleh itu,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya.Jasa beliau tidak dapat saya lupakan.Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya iaitu Maniam A/L G.Subrayan dan Mariyayee Ramalinggam Letchimi yang telah meluangkan masa untuk membantu saya mencari maklumat.Selain itu,banyak wang ringgit telah dikeluarkan oleh mereka untuk membuat kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus

Upload: nisha-pattu

Post on 05-Jul-2015

348 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi Folio Yash

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar, Pn Hjh Fouziah kerana telah

memberikan kebenaran sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat

kajian Geografi ini.Tidak lupa juga kepada guru kelas,Cik Zakiah Nurliana binti Sokhaimi

yang sering mengingati saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.

Tanpa tunjuk ajar daripada guru Geografi Tingkatan 3 RK1, Cik.Rosmahiza binti Ismail

Manguin saya akan lewat menyiapkan kerja kursus ini.Oleh itu,saya ingin mengucapkan

jutaan terima kasih kepadanya.Jasa beliau tidak dapat saya lupakan.Ucapan terima kasih juga

diberikan kepada ibu dan bapa saya iaitu Maniam A/L G.Subrayan dan Mariyayee

Ramalinggam Letchimi yang telah meluangkan masa untuk membantu saya mencari

maklumat.Selain itu,banyak wang ringgit telah dikeluarkan oleh mereka untuk membuat kerja

kursus ini.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong

saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan

dengan saya iaitu Chai Jia Sin,Atika binti Senu dan Tang Ler Ern.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden-responden iaitu penduduk Bandar Putra

yang telah sudi meluangkan masa bagi menemu bual dan menjawab beberapa soalan

berkenaan dengan tajuk ini

Page 2: Geografi Folio Yash

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar tingkatan

3diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus Geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya

telah memilih tajuk “Pencemaran Alam Sekitar”di Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Bandar Putra kerana lokasi ini

merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang

begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun.Ini memudahkan saya mencari

dan mengumpul maklumat.

Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu

persekolahan.Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan

Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu

berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.

Page 3: Geografi Folio Yash

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-

1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di

Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian pencemaran alam sekitar di

Bandar Putra,Kulaijaya,Johor.

Page 4: Geografi Folio Yash

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang telah saya pilih dalam melengkapkan kajian ini ialah di Bandar Putra,

Kulaijaya, Johor.Bandar Putra terletak di bawah pentadbiran MPKu dan ditadbir oleh Pejabat

Daerah Kulaijaya manakala Daerah Kulaijaya terletak dalam negeri Johor.Keluasan bentuk

muka bumi di kawasan ini ialah 75,122hekt km2.Jarak antara Bandar Putra dengan Daerah

Kulaijaya adalah sebanyak 7km.

Sejak 1996,Bandar Putra telah dimajukan oleh Nice Frontier Sdn.Bhd.Sebelum

dimajukan,Bndar Putra merupakan ladang kelapa sawit.Kawasan ini juga terletak di barat

daya dari sekolah saya.Di kawasan kajian ini juga terdapat beberapa pusat beli-belah yang

menjadi tumpuan ramai pelanggan di Kulaijaya.

Selain itu,Bandar Putra dan Daerah Kulaijaya mempunyai sistem perhubungan dan

pengangkutan yang baik.Kawasan kajian ini berdekatan dengan Johor Bahru dan Lapangan

Terbang Sultan Ismail di Senai.

Page 5: Geografi Folio Yash

KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, saya telah menggunakan beberapa kaedah

iaitu:-

1) Kaedah pemerhatian

* Saya telah melakukan kaedah pemerhatian bersama-sama rakan-rakan saya di kawasan-

kawasan perniagaan di Bandar Putra dengan melihat sistem perparitan serta sistem

pembuangan sampah. Kami juga mengambil gambar untuk membuktikan bahawa kaedah ini

digunapakai dalam penghasilan folio ini.

2) Kaedah soal selidik

*Kami juga telah memberikan kertas soal selidik kepada 20 orang responden yang terdiri

daripada penduduk sekitar taman ini. Soalan yang kami berikan adalah berdasarkan tajuk

yang diberi iaitu “Pencemaran Alam Sekitar”.

Kaedah Temu bual

* Kami telah menemubual 10 orang responden yang terdiri daripada penduduk taman

ini .Soalan yang kami ajukan adalah berkisar tentang pencemaran alamsekitar.

3) Kaedah rujukan

*Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, kami juga telah membuat beberapa rujukan di

Perpustakaan SMK Kulai Besar.

Page 6: Geografi Folio Yash

6) DAPATAN KAJIAN

6.1) Konsep Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pencemaran alam sekitar didefinisikan

bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan kebersihan alam sekeliling

dengan sampah sarap .

Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar

1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara

langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi

mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarka buangan hingga

menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan

berbahaya.Ia mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan,kebajikan awam atau

organisma-organisma lain seperti tumbuhan dan haiwan.

Antara jenis-jenis pencemaran alam sekitar yang boleh memudaratkan kehidupan kita

termasuklah udara,air,tanih,bunyi dan bau.Pencemaran tersebut boleh menjejaskan kesihatan

kita dan mungkin kita akan dijangkiti dengan pelbagai jenis penyakit kronik.Oleh itu, bagi

mengelakkan kita menimpa kesannya,kita harus mengambil tindakan sepatutnya secepatnya

bah kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”.

Page 7: Geografi Folio Yash

6.2) Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

a) Pencemaran udara

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan

kimia, jirim zarahan atau bahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat atau

ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain.Pencemar udara kebiasaannya

dalam bentuk habuk,asap,kabus,wap dan gas sepertikarbon dioksida, sulfur

dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga serta sisa

radioaktif.Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap

kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .Pencemaran udara

mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia

ataupun harta benda.

Di kawasan yang saya kaji iaitu di Bandar Putra terdapat pencemaran udara akibat daripada

pihak yang tidak bertanggungjawab.

Page 8: Geografi Folio Yash

b) Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi

dan keinginan masing-masing.Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat

bahagian,iaitu kebisingan selang-seli,kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan bunyi

lantunan.

Pencemaran bunyi merupakan bunyi hasilan mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu

aktiviti atau keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Perancangan bandar yang lemah

menimbulkan pencemaran bunyi, kerana bangunan kilang dan rumah kediaman

bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan kediaman.Begitu juga,

di kawasan kajian yang saya kaji iaitu Bandar Putra terdapat pencemaran bunyi yang

semakin menular.

Page 9: Geografi Folio Yash

c) Pencemaran bau

Pencemaran bau merupakan suatu kesan daripada pencemaran udara.Apabila pencemaran

udara berlaku, iamenyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di persekitarannya kerana

terpaksa menghidu bau yang tidak menyenangkan. Bau-Bau busuk yang menjijikan akan

menyukarkan penafasan. Selain mengganggu pernafasan ia juga mengganggu aktiviti harian

penduduk.Pencemaran bau mungkin akan menjauhkan kawasan tersebut daripada masyarat

lain dan juga membentukimej yang tidak pembersih(pengotor).Di kawasan kajian yang saya

kaji juga terdapat pencemaran bau yang semakin serius.

Page 10: Geografi Folio Yash

6.3) Punca pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

* Kenderaan

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, lori dan

keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan tenaga yang banyak dan hampir

kesemuanya dihasilkan dengan membakar bahan api fosil, yang menghasilkan asap yang

membawa kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat

bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber tenaga, tahap

teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di dalam sektor pengangkutan, fakta

menunjukkan bahawa kenderaan bermotor merupakan faktor terbesar yang menyebabkan

pencemaran udara.Ini disebabkan asap kenderaan yang menghasilkan karbon monoksida

yang menyebabkan udara semakin panas.

Di kawasan kajian yang saya kaji terbentuk pencemaran udara akibat daripada kenderaan-

kenderaan yang menggunakan jalan raya utama ke Lapangan Terbang Sultan Ismail,Senai

dan juga ke pusat beli-belah serta kedai-kedai yang berhampiran.Terutamanya,pada waktu

pagi dan juga tengah hari pelajar-pelajar dan juga ciku-cikgu yang bergegas ke Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Putra menyebabkan kesesakan jalan raya yang menjadi salah

satu punca pencemaran udara di kawasan kajian ini.

Page 11: Geografi Folio Yash

* Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai "pembakaran sebarang bahan dalam cara yang

hasil pembakaran”. Selain itu.toksik yang dibebaskan dari pembakaran tersebut secara

langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang, atau lohong juga disebut

sebagai pembakaran terbuka.

Ramai penduduk suka membakar sampah di merata-rata tempat dan secara

terbuka.Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang

lain dengan membakar kawasan semak samun di kawasan kajian tersebut.Tindakan mereka

bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara malahan pencemaran bau turut disertai.

* Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah di merata-rata tempat terutama

sekali penduduk yang tinggal di kawasan perumahan rakyat, rumah pangsa, rumah-rumah

setinggan. Sikap ini menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka

tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju.

Setiap hari Jumaat pasar malam diadakan di Bandar Putra.Setelah pasar malam

berakhir,terdapat pembuangan sisa-sisa makanan sepanjang jalan raya dan juga ke dalam

longkang oleh peniaga pasar malam serta para pelanggan menyebabkan longkang tersumbat.

Keadaan ini menimbulkan bau busuk jika berlarutan.Akhirnya,longgokan sisa makanan yang

dibuang tersebut menjadi punca pembiakan lalat yang banyak. 

Page 12: Geografi Folio Yash

* Penternakan/ Akuakultur

Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam yang menyebabkan longgokan najis yang

boleh mencemarkan udara dengan gas metana serta mendatangkan bau yang amat

busuk.Pelupusan najis haiwan-haiwan yang tidaksistematik dan tidak sempurna oeh segelintir

pihak yang tidak bertanggungjawab menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada

masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada haiwan-haiwan.

* Pembinaan

Pencemaran bunyi selalunya berlaku apabila terdapatprojek-projek pembinaan rumah-rumah

baru yang menggunakan banyak jentera oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan

atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan

tanpa kebenaran.Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi

kawasan penternakan nyamuk.

Tindakan seperti ini dilakukan di kawasan lapang di Bandar Putra dengan menjalankan

proses pembinaan rumah dan juga pusat beli-belah.Selain itu,kapal terbang yang mendarat di

Lapangan Terbang Sultan Ismail,Senai turut menyumbang kepada pencemaran bunyi di

Bandar Putra. Punca pencemaran bunyi yang lain dalam dan luar rumah adalah penggera

kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja

pembinaan dan sebagainya.

Page 13: Geografi Folio Yash

* Nilai

Dengan menganalisis maklumat tersebut saya dapat menerapkan nilai menyayangi dan

menghargai alam sekitar.Seterusnya,saya sedar tentang perlunya memelihara dan memulihara

alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Page 14: Geografi Folio Yash

6.4) Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

ppencemaranudara menyebabkan terbentuknya hujan asid yang disebabkan oleh

penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Ianya berlaku

apabila gas-gas sulfur oksida (SO2), oksida-oksida nitrogen (NOx) sertakarbon dioksida

dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan

seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan

pula bergerak ke tempat-tempat lain dan membawa asid-asid tersebut.Udara menjadi sejuk

dan pemeluwapan berlaku.Wap-wap air yang berasid lemah ini bertukar menjadi titisan

air.Titisan-titisan air bercantum membentuk hujan dan turun sebagai hujan asid. Ia boleh

menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap

kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

Page 15: Geografi Folio Yash

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI

KAWASAN

KAJIAN

UDARA

TANIH

BAU

AIR

Page 16: Geografi Folio Yash

BUNYI

Page 17: Geografi Folio Yash

Kesan pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

Hujan asid

Penyakit

Bau busuk

Udara tercemar

Page 18: Geografi Folio Yash

Rumusan

Memandangkan isu dunia yang terhangat iaitu diancam bahaya pencemaran,langkah-langkah

yang wajar dan berefektif patut diambil. Inisiatif untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah

tanggungjawab pihak kerajaan sahaja malahan ia adalah tanggungjawab bersama semua

pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam membendung isu-isu masalah

pencemaran alam sekitar.Jika semua pihak berganding bahu demi menangani masalah

pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Generalisasinya,alam sekitar

yang bersih dan terlindung daripada segala penemaran dapat mewujudkan masyarakat yang

harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara pada masa akan

datang.

Page 19: Geografi Folio Yash

Akhir sekali,kajian ini memberikan iktibar kepada saya bahawa sikap bekerjasama,saling

bantu-membantu dan bertoleransi amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau

menjayakan sesuatu tugasan.Selain itu, saya bersyukur kepada Tuhan atas penciptaan alam

yang begitu indah.