folio geografi adek

30
Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua. Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus Geogarafi PMR 2008. Ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Puan Rozlinna yang telah banyak mencurahkan bakti seta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, Tn.Hj Manap bin Jarkasi kerana memberi kerjasama dan memberi nasihat beliau sepanjang kami menjalankan tugasan ini.

Upload: anon-596173

Post on 06-Jun-2015

2.282 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Pulau Pandan

jauh

ketengah,Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang jua.

Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya kita

mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Pada kesempatan ini, saya ingin

merakamkan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya

menyiapkan kerja kursus Geogarafi PMR 2008.

Ribuan terima kasih kepada guru geografi saya, Puan Rozlinna yang telah banyak

mencurahkan bakti seta membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima

kasih juga kepada Tuan Pengetua SMK Kuala Kubu Bharu, Tn.Hj Manap bin Jarkasi kerana

memberi kerjasama dan memberi nasihat beliau sepanjang kami menjalankan tugasan ini.

Penghargaan ini saya tujukan juga kepada ahli keluarga saya yang sentiasa memberi

sokongan dan galakan dalam bentuk moral dan material ketika saya memerlukannya.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan saya Fadhila, Fazlin, Norliza, serta

rakan-rakan saya yang lain. Terima kasih saya ucapkan.

Page 2: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Kawasan kajian yang dipilih ialah kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.

Saya memilih Pekan Kuala Kubu Bharu sebagai kawasan kajian kerana berhampiran

dengan sekolah dan tempat tinggal saya. Ini memudahkan saya untuk mengumpul data dan

membuat kajian.

Manakala pemilihan Jepun sebagai negara bandingan kerana saya telah mempelajari sistem

pengangkutan di negara Jepun semasa Tingkatan 2.

Tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah selama 6 hingga 8

minggu mengikut tempoh yang telah ditetapkan iaitu bermula April higga Mei 2008.

Objektif kerja kursus ini adalah seperti berikut:

Page 3: FOLIO GEOGRAFI ADEK

a. Menyenaraikan jenis-jenis sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu.

b. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di

Pekan Kuala Kubu Bharu.

c. Menghuraikan kepentingan sistem pengangkutan Pekan Kuala Kubu Bharu ,Hulu

Selangor dan bandingannya dengan Jepun.

d. Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan system pengangkutan terhadap

alam sekitar dan bandingannya dengan Jepun.

e. Mengkaji langkah-langkah penyelesaian di Pekan Kuala Kubu Bharu , Hulu Selangor

dan bandingannya dengan Jepun.

Melalui kajian ini, saya berasa bersyukur kerana berpeluang untuk mengetahui dengan lebih

mendalam tentang jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu dan Jepun.

Pekan Kuala Kubu Bharu terletak di dalam daerah Hulu Selangor dan dibawah pentadbiran

Page 4: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Majlis Daerah Hulu Selangor. Bentuk muka bumi di kawasan ini adalah rata dan beralun.

Keluasan Pekan Kuala Kubu Bharu kira-kira 3 km² .

Pekan ini terletak kira-kira 30 km dari bandar Tanjung Malim, Perak dan 15 km dari Pekan

Rasa.

Dalam proses menyiapkan kajian ini, saya memilih beberapa kaedah bagi memperoleh data

dan maklumat iaitu:

a. KAEDAH PEMERHATIAN:

Page 5: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Saya menjalankan pemerhatian untuk mengetahui system pengangkutan

di Pekan Kuala Kubu Bharu.

a. RUJUKAN:

Saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 1 dan 3,

atlas, buku rujukan dan melayari internet bagi mendapatkan

maklumat tambahan di kawasan kajian.

JENIS SISTEM PENGANGKUTAN

Melalui hasil pemerhatian, saya dapati sistem pengangkutan yang terdapat Pekan Kuala

Kubu Bharu ialah jalan darat iaitu jalan raya.

Page 6: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Didapati jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu adalah jalan sehala

dan dua hala serta selorong.

Jalan raya di Pekan Kuala Kubu boleh dihubungkan dengan stesen keretapi KTM dan

komuter kira-kira 5km dari pekan ini. Selain itu, jalan raya di pekan ini menghubungkan

kawasan berhampiran seperti Tanjung Malim, Rasa dan Bukit Beruntung.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

DI PEKAN KUALA KUBU BHARU

KEGIATAN EKONOMI

Kegiatan ekonomi utama di Pekan Kuala Kubu Bharu ialah perniagaan . Keadaan ini

menyebabkan jalan raya dibina sebagai jalan pengangkutan utama untuk menghantar

barangan dari pembekal kepada para perniaga. Selain itu, ia juga memudahkan pengguna di

Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan barangan seperti barangan pengguna.

Di sekitar Pekan Kuala Kubu Bharu terdapat kawasan pertanian seperti buah-buahan,

sayur-sayuran dan penternakan seperti ikan dan ayam. Jalan raya digunakan untuk

menghubung kawasan sekitar bagi mengangkut hasil pertanian untuk dipasarkan di Pekan

Kuala Kubu Bharu.

Page 7: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Saya bersyukur kerana adanya jalan raya membolehkan saya sebagai penduduk di sini

mendapatkan barangan keperluan dengan mudah.

GOVERNAN

Pihak governan memastikan jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu sentiasa baik dan selesa

sebagai contoh jalan sehala di wujudkan bagi melancarkan lalu lintas.

Walaupun Pekan Kuala Kubu Bharu adalah kecil, governan turut memasang lampu isyarat

iaitu di jalan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama waktu pergi dan balik

persekolahan. Selain itu, jalan raya yang baik disediakan oleh governan bagi memudahkan

penduduk sekitar pergi ke pekan ini bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan seperti

sekolah, klinik, hospital, pejabat pos dan lain-lain.

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

Peta minda menunjukkan kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu

Bharu

Peningkatan taraf hidup penduduk

Mengangkut barangan dan bahan

mentah

Page 8: FOLIO GEOGRAFI ADEK

KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

KETERSAMPAIAN

Jalan raya di pekan Kuala Kubu Bharu dapat menghubungkan ke stesen komuter di Kuala

Kubu Bharu. Penduduk boleh mendapatkan perkhidmatan komuter dengan adanya jalan raya

ini untuk sampai ke destinasi lain seperti Rasa, Rawang, Kuala Lumpur dengan cepat,

murah dan selesa.

Dengan adanya jalan raya, selain daripada menggunakan kenderaan persendirian,

kemudahan perhikmatan kenderaan awam seperti bas dan teksi telah memudahkan

ketersampaian penduduk ke kawasa-kawasan lain seperti Rasa, Batang Kali, Rawang,

Bukit Beruntung, Tanjung Malim dan Kuala Lumpur.

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan di Pekan Kuala Kubu Bharu

Perkembangan ekonomi

Keselesaan pengguna

ketersampaian

Page 9: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Saya berasa bersyukur kerana saya boleh menggunakan jalan raya bagi memudahkan saya

pulang ke kampung di Pahang.

MEMUDAHKAN PENGGUNA MENDAPAT BARANG KEPERLUAN DAN

PERKHIDMATAN

Jalan raya juga memudahkan para pengguna di sekitar Kuala Kubu Bharu mendapat

barang keperluan di Pekan Kuala Kubu Bharu. Selain itu juga, dengan adanya jalan raya

membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan dengan mudah seperti hospital,

sekolah, pejabat pos, bank dan lain-lain lagi.

Di Jepun pula, lebuh raya Honshu-Shikoku digunakan untuk mengangkut barangan

perindustrian ke bandar raya Tokyo.

Page 10: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Saya sebagai pengguna amat berbangga dengan adanya sistem jalan raya yang baik di

Kuala Kubu Bharu telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

TERHADAP ALAM SEKITAR DI KUALA KUBU BHARU

1. PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara berlaku disebabkan pelepasan gas pencemar iaitu gas carbon

monoksida dan carbon dioksida daripada asap kenderaan yang banyak di Pekan Kuala Kubu

Bharu. Oleh itu, menyebabkan pencemaran udara di kawasan kajian. Keadaan ini turut

berlaku di Jepun yang mana peningkatan kenderaan telah menyebabkan pencemaran udara

berlaku.

Page 11: FOLIO GEOGRAFI ADEK

2. MEWUJUDKAN LANSKAP YANG MENARIK

Pembinaan jalan raya di Pekan Kuala Kubu Bharu telah mewujudkan lanskap yang

menarik. Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah menanam banyak pokok bunga dan

pokok di sepanjang jalan raya di pekan ini. Penanaman pokok juga menjadikan laluan

pejalan kaki terlindung daripada panas matahari.

Saya berasa bangga kerana pembinaan jalan raya di pekan Kuala Kubu Bharu ini

mengambil kira aspek keindahan alam sekitar.

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN

1. PETROL TANPA PLUMBUM

Penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat mengurangkan kandungan plumbum

dalam pelepasan asap kenderaan. Ia juga dapat menjaga kualiti udara. Kebanyakan petrol

tanpa plumbum telah diamalkan oleh pengguna-pengguna kenderaan di Kuala Kubu Bharu.

Manakala di Jepun pula langkah yang diambil ialah dengan mengguna petrol tanpa plumbum

dan penggunaan kereta api laju yang menggunakan elektrik.

Page 12: FOLIO GEOGRAFI ADEK

2. PENANAMAN POKOK

Di Kuala Kubu Bharu antara langkah yang di ambil ialah dengan menanam pokok

sepanjang jalan. Selain mengindahkah kawasan Pekan Kuala Kubu Bharu pokok-pokok ini

berfungsi untuk menyerap carbon dioksida dalam proses fotosintesis. Saya amat berbangga

kerana kawasan kajian saya masih lagi mempunyai kawasan hijau.

Jadual

Jadual Menunjukkan Jenis Pengangkutan yang Melalui Jalan Raya di Pekan Kuala Kubu

Bharu

Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan Pengguna

1 Kereta 115

2 Bas 21

3 Motosikal 70

4 Lori 35

5 Van 60

Jumlah 301

Page 13: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Sumber: Pemerhatian di

Jalan

Kuala Kubu Bharu pada

Jam 2.00 petang hingga Jam 3.00 petang

Graf

Bilangan Kenderaan yang melalui Jalan Raya di Pekan Kuala Kubu Bharu

Page 14: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 15: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Daripada hasil kajian saya dapati bahawa jenis pengangkutan utama di sini ialah

pangangkutan jalan raya. Perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor bentuk muka bumi dan

kegiatan ekonomi. Kepentingan sistem pengangkutan jalan raya ialah membolehkan

ketersampaian dan perkembangan ekonomi. Kesan daripada pembinaan jalan raya

menyebabkan pencemaran udara dan perubahan lanskap. Oleh itu, langkah penyelesaian

penggunaan petrol tanpa plumbum dan penanaman pokok telah diambil. Saya sungguh

berbangga tinggal di kawasan ini kerana mempunyai kemudahan pengangkutan jalan raya.

Kita patut menghargai kemudahan jalan raya kerana memudahkan kita menjalani aktiviti

kehidupan seharian.

Page 16: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 17: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 18: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 19: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Bil Perkara Muka surat

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Senarai kandungan

Penghargaan

Pendahuluan

Objektif kajian

Kawasan kajian

Kaedah kajian

Dapatan kajian

Rumusan

Lampiran

Rujukan

Page 20: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 21: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 22: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 23: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 24: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Abd Rahim Md Nor, 2004. Geografi Tingkatan Tiga. Shah Alam: Cerdik Publications

Sdn. Bhd.

Piara Singh, 2005. Geografi Tingkatan 4 dan 5. Selangor: Vivar Printing Sdn. Bhd.

Chong Mui Sen, 2006. Geografi PMR. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

http://www.geocities.com

Page 25: FOLIO GEOGRAFI ADEK
Page 26: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Borang Pemerhatian

Nama pelajar: ___________________________

Tingkatan: ______________________________

Nama sekolah: __________________________

Jenis kenderaan Kekerapan Bilangan

Nama jalan: ________________________________________

Page 27: FOLIO GEOGRAFI ADEK

Masa : ____________________________________________

Tarikh: ____________________________________________