geografi t3 petempatan (folio)....full

28
PENDAHULUAN Saya, Amzar Aizad b. Mohd Azman murid kelas 3A2 telah memilih tempat kediaman saya iaitu Taman Sejati Indah sebagai kawasan kajian saya. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di kawasan tersebut. Jadi, ini lebih memudahkan kajian dibuat. Saya juga memilih kawasan ini kerana kawasan ini bersesuaian dengan tajuk kajian saya. Selain itu, saya juga akan membandingkan ciri-ciri petempatan antara tempat kediaman saya dengan negara yang saya pilih iaitu negara Jepun. Tempoh masa kajian saya ialah dari bulan Februari hingga bulan Julai.

Upload: amzaraizad

Post on 11-Jun-2015

2.165 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

PENDAHULUAN

Saya, Amzar Aizad b. Mohd Azman murid kelas 3A2 telah memilih tempat

kediaman saya iaitu Taman Sejati Indah sebagai kawasan kajian saya. Saya memilih

kawasan ini kerana saya tinggal di kawasan tersebut. Jadi, ini lebih memudahkan kajian

dibuat. Saya juga memilih kawasan ini kerana kawasan ini bersesuaian dengan tajuk

kajian saya.

Selain itu, saya juga akan membandingkan ciri-ciri petempatan antara tempat

kediaman saya dengan negara yang saya pilih iaitu negara Jepun. Tempoh masa kajian

saya ialah dari bulan Februari hingga bulan Julai.

Page 2: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

OBJEKTIF KAJIAN

Kawasan petempatan Taman Sejati Indah dan perbandingan dengan negara jepun dikaji

untuk memenuhi objektif-objektif berikut :-

1. Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan Taman Sejati Indah dengan

negara Jepun.

2. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Taman Sejati

Indah dengan negara Jepun.

3. Mengkaji fungsi petempatan di kedua-dua kawasan kajian.

4. Mengenal pasti masalah petempatan Taman Sejati Indah dan negara Jepun.

5. Menyatakan langkah mengurangkan masalah petempatan di kawasan kajian.

6. Menyatakan penerapan nilai dan unsur patriotisma terhadap kawasan Taman

Sejati Indah dengan negara Jepun.

Page 3: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah kajian yang berikut:-

Pemerhatian : Saya membuat pemerhatian terhadap jenis dan pola petempatan di

Taman Sejati Indah.

Rujukan : Saya membuat rujukan di Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah

untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kawasan Taman Sejati

Indah.

Temu bual : Saya mengumpul maklumat tentang kawasan Taman Sejati Indah

serta mengumpul maklumat secara lisan dengan menemu bual

beberapa orang penduduk tempatan.

Soal selidik: Saya menggunakan borang soal selidik seperti dalam lampiran untuk

dijawab oleh responden

Page 4: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

KAWASAN KAJIAN

Saya telah memilih kawasan Taman Sejati Indah yang terletak di Sungai Petani,

Kedah Darul Aman sebagai kawasan kajian. Kawasan perumahan di taman ini telah

dimajukan oleh Dato Erick Cheah. Dahulunya kawasan ini adalah sebuah ladang getah.

Pada masa itu kawasan perumahan belum dimajukan lagi. Kawasan yang

menghubungkan kawasan ini dengan pusat Bandar raya Sungai Petani tidak begitu baik

seperti yang terdapat pada hari ini. Penduduk asal kawasan perumahan ini mengambil

masa selama 20 minit untuk sampai ke pekan dengan menaiki kereta. Pelebaran dan

peningkatan taraf jalan raya serta pembinaan lebuh raya telah memendekkan masa

perjalanan kepada 10 minit. Terdapat banyak kawasan pandang darat fizikal di tempat ini

contoh hotel, medan selera, pondok polis, pejabat pos, surau dan sekolah. Di kawasan

taman ini terdapat banyak buah hotel antaranya ialah Hotel Park Avenue, Hotel Emerald

Puteri, Hotel Northen Lodge dan Hotel SMS. Hotel Park Avenue merupakan hotel yang

bertaraf empat setengah bintang yang juga didirikan oleh Dato Erick Cheah. Di tanam ini

juga terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Gedong. Taman ini

berdekatan dengan lebuh raya. Kawasan perumahan ini ialah ke arah barat dari pekan

Sungai Petani. Jarak dari Taman Sejati Indah ke bandar Sungai Petani ialah sejauh kira-

kira 8 kilometer. Tambang bas yang dikenakan bagi setiap murid yang menaiki bas awam

Page 5: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

ialah sebanyak Ringgit Malaysia 1.20. Saya mendapati bahawa permukaan bumi di taman

ini rata. Kedudukan kawasan perumahan di Taman Sejati Indah adalah rata . Saya juga

telah mengenal pasti bahawa tanah di kawasan ini ialah tanah jenis laterit. Ini disebabkan

oleh kawasan ini pernah dijadikan kawasan penanaman getah.

Taman ini mempunyai beberapa fungsi. Antaranya sebagai tempat kediaman,

ekonomi, dan sosial. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan kajian saya

ialah perniagaan dan perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan

contohnya perniagaan makanan, barangan runcit, hiasan, buku, alat sukan, perabot dan

lain-lain lagi. Jenis perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti saloon rambut, membuat

cermin mata, pendidikan dan komputer.

Page 6: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

Rumusan

Secara kesimpulannya dengan melaksanakan kajian ini saya dapat mengenal pasti

jenis dan pola petempatan di Taman Sejati Indah dengan negara jepun. Selain itu, saya

juga telah mengetahui faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian saya.

Di kawasan kajian saya iaitu Taman Sejati Indah dengan negara Jepun terdapat pelbagai

fungsi terutamanya dalam bidang perniagaan. Seterusnya, dengan melakukan kerja

kursus ini saya juga dapat mengetahui dengan lebih tentang masalah yang dihadapi di

kedua-dua tempat. Di samping itu, saya telah dapat mengetahui langkah untuk

mengurangkan masalah di Taman Sejati Indah dan negara Jepun. Di kawasan kajian, saya

telah mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan di sana.

Kawasan di Taman Sejati Indah dan negara Jepun telah menjadi suatu kawasan

perumahan dan perniagaan yang maju dan moden pada zaman sekarang.

Page 7: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

Borang Soal Selidik

1. Nama:……………………………………………………………..

2. Alamat:……………………………………………………………

……………………………………………………………

……………………………………………………………

3. Jenis Rumah:………………………………………………………

4. Tarikh beli rumah:………………………………………………...

5. Jenis milikan:……………………………………………………..

6. Pekerjaan:…………………………………………………………

Page 8: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

Bil Nama NO i/c Alamat Pekerjaan

1 Ahmad Zul Aiman 801201-07-

5643

C236,Jalan Indah 7, Taman

Sejati Indah.

Guru

2 Abu bin Ali. 741505-02-

4459

C240,Jalan Indah 6, Taman

Sejati Indah.

Guru

3 Amin Asif 852012-07-

5577

E180,Lorong 6, Taman

Sejati Indah.

Guru

4 Fatin Nabila 860505-02-

5856

C239,Jalan Indah 6, Taman

Sejati Indah.

Guru

5 Cek Som 680504-02-

5512

F120,Lorong 4, Taman

Sejati Indah.

Guru

6 Amirul Fahmi 780602-02-

5515

F111,Lorong 4, Taman

Sejati Indah.

Guru

7 Afiq Amar 790202-02-

5415

E145, Lorong 6, Taman

Sejati Indah.

Polis

8 Siti Fatimah 800602-04-

5848

E146, Lorong 6, Taman

Sejati Indah.

Doktor

9 Aqmal Arif 870402-07-

5639

E147, Lorong 6, Taman

Sejati Indah.

Doktor

10 Faiz Nur 880204-07-

5419

F250,Lorong 4, Taman

Sejati Indah.

Doktor

11 You Ming Jou 880512-02- C248, Jalan Indah 6, Doktor

Page 9: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

5615 Taman Sejati Indah.

12 Muhammad Khalid 871212-02-

5213

C250, Jalan Indah 6,

Taman Sejati Indah.

Peniaga

13 Asif Mad Nor 870315-02-

5541

E155, Lorong 6, Taman

Sejati Indah.

Peniaga

14 Nur Mariam 880305-07-

5748

E240, Lorong 8, Taman

Sejati Indah.

Peniaga

15 Nabila Khairul Anuar 850229-07-

5744

K288, Lorong 8, Taman

Sejati Indah.

Peniaga

16 Mad Noor 840404-08-

4241

G225, Lorong 3, Tanam

Sejati Indah.

Peniaga

17 Haslinda Onn 880505-07-

5616

D366, Jalan Indah 8,

Taman Sejati Indah.

Guru

18 Haris Off 840102-02-

4149

J456, Jalan Indah 2, Taman

Sejati Indah.

Guru

19 Ashraf Bakri 840912-07-

4217

F128, Lorong 4, Taman

Sejati Indah.

Buruh

20 Mat Anip 820801-02-

5637

K246, Lorong 7, Taman

Sejati Indah.

Buruh

Page 10: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

RUJUKAN

Buku Teks

Azizan bin Haji Abu Samah, 2003, Geo Tingkatan 2, Percetakan Saufi, Kuala Lumpur.

Orang Sunber

Encik Abu Bin Ali, E213, Taman Sejati Indah.

Pn Sarimah Binti Ahmad, G451, Taman Sejati Indah.

Encik Aiman Bin Ali, D126, Taman Sejati Indah.

Internet

http/www.Taman Sejati Indah.my

http/www.wikipedia.com/Jepun

http/www.daerah sungai petani.my

Page 11: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

TAJUK

PETEMPATAN DI KAWASAN TAMAN

SEJATI INDAH, SUNGAI PETANI, KEDAH

DAN PERBANDINGANNYA DENGAN

NEGARA JEPUN

Page 12: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

Senarai Kandungan

BIL PERKARA HALAMAN

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian

7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Page 13: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

DAPATAN KAJIAN

8.1 JENIS DAN POLA PERTEMPATAN

Taman Sejati Indah merupakan petempatan bandar. Taman ini menjadi

petempatan bandar kerana kawasan ini berdekatan dengan bandar Sungai Petani. Jarak di

antara petempatan ini dengan bandar Sungai Petani ialah kira-kira 8 kilometer.

Pola petempatan di kawasan Taman Sejati Indah adalah jenis berpusat. Ini kerana

kawasan ini dibina di kawasan simpang jalan dan mempunyai sekolah, kedai dan pasar.

Di samping itu, terdapat juga tempat beribadat bagi pelbagai kaum iaitu kaum Melayu,

Cina, dan India di sini untuk beribadat dengan selesa.

Begitu juga dengan negara Jepun. Negara mempunyai jenis petempatan bandar

dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk memudahkan urusan harian penduduk di

negara Jepun. Seperti di Taman Sejati Indah, Jepun juga mempunyai pola pertempatan

berpusat.

Saya bersyukur tinggal di sini kerana penduduk di sini saling hormat-

menghormati antara satu sama lain dan hidup aman damai.

Page 14: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Taman

Sejati Indah. Faktor yang pertama ialah bentuk muka bumi yang rata di kawasan ini.

Kebanyakan petempatan bandar terletak di kawasan tanah pamah. Faktor ini penting

dalam pembinaan petempatan.

Selain itu, kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi petempatan di sini. Kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Taman

Sejati Indah ialah perniagaan, perkilangan, dan perkhidmatan.

Sama juga dengan negara Jepun. Jepun juga berbentuk muka bumi yang rata.

Oleh sebab itu, pelbagai kegiatan ekonomi wujud di negara Jepun. Jepun terkenal dengan

kegiatan ekonomi perniagaan, perkilangan, teknologi dan perlombongan.

Saya bangga kerana kawasan kajian saya iaitu Taman Sejati Indah

mempunyai pelbagai kemudahan dan bentuk muka buminya sesuai untuk petempatan.

Page 15: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

8.3 FUNGSI PETEMPATAN

Sesebuah petempatan bandar mempunyai pelbagai fungsi. Fungsi-fungsi ini

dapat dikaitkan dengan kegiatan ekonomi. Contohnya, Taman Sejati Indah mempunyai

pusat perniagaan.

Pelbagai jenis perniagaan dijalankan di Taman Sejati Indah. Contohnya, kedai

runcit, kedai pakaian, dan kedai barangan kosmetik. Pusat membeli-belah seperti

Parkson, Giant, dan Econsave yang terdapat di kawasan Taman Sejati Indah menjadi

tarikan kepada penduduk yang tinggal di luar kawasan Taman Sejati Indah untuk datang

membeli-belah di sini. Selain itu, terdapat juga pasar raya dan kedai menjual pelbagai

jenis barang seperti pakaian dan peralatan elektronik di sekitar petempatan ini.

Terdapat beberapa buah bandar yang terlibat dalam urusan jual beli barangan

dan perkhidmatan di Taman Sejati Indah seperti Ipoh, Georgtown, dan Kota Baharu.

Begitu juga dengan negara Jepun. Negara Jepun mempunyai pelbagai sumber

kegiatan ekonomi tetapi ia lebih tertumpu pada perniagaan yang mencapai taraf

antarabangsa.

Saya bersyukur dapat tinggal di sini kerana terdapat pelbagai kemudahan

perniagaan untuk memudahkan seharian para penduduk di sini.

Page 16: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

8.4 MASALAH PETEMPATAN

Setiap petempatan mempunyai pelbagai masalah. Begitu juga dengan Taman

Sejati Indah. Masalah petempatan yang paling ketara ialah pencemaran. Ini terjadi kerana

kilang asap kilang yang keluar dari serombong kilang yang terdapat di kawasan Taman

Sejati Indah. Pengeluaran asap yang mengandungi gas karbon monoxide amat ketara

sekali di kawasan perusahaan yang menggunakan arang batu.

Selain itu, banjir juga merupakan antara masalah petempatan ini. Ini terjadi

kerana pembuangan sampah sewenang-wenangnya ke dalam parit dan badan air.

Kesannya, pembuangan sampah-sarap telah menggalakkan pembiakan bakteria dan

cacing dan seterusnya menyebabkan pelbagai wabak penyakit yang serious seperti cirit-

birit, taun, kolera dan muntah-muntah.

Begitu juga dengan Jepun. Negara Jepun juga mempunyai masalah petempatan

yang dihadapi oleh penduduknya. Kesesakan lalu lintas adalah masalah petempatan yang

paling ketara kerana jepun merupakan sebuah negara yang maju. Peluang pekerjaan juga

sukar untuk didapati kerana penduduk yang padat.

Saya rasa berbangga dapat tinggal di sini walaupun terdapat pelbagai masalah, ia

masih di tahap biasa dan saya dan para penduduk masih dapat tinggal dengan selesa.

Page 17: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

8.5 LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

Setiap masalah dapat diatasi dengan cara yang betul. Di dalam bahagian

masalah petempatan, saya telah mengemukakan dua masalah pencemaran sungai dan

banjir.

Langkah-langkah mengurangkan masalah pencemaran sungai ini ialah

menguatkuasakan undang-undang. Akta Kawalan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 1974

menghendaki supaya kilang-kilang yang memproses getah dan kelapa sawit mesti

membersihkan air pembuangan di loji penapis dahulu sebelum disalurkan ke sengai.

Kerjasama penduduk juga amat penting untuk mengelakkan pencemaran berlaku.

Penduduk harus bekerjasama seperti menyebar, mencegah, dan mendenda orang yang

membuang sampah ke dalam parit.

Bagi mengatasi masalah banjir pula, pihak pemaju haruslah mengelakkan

daripada membina petempatan di kawasan tanah tinggi. Ini bagi mengelakkan berlakunya

tanah runtuh dan seterusnya berlakunya kejadian banjir. Ini akan menyusahkan penduduk

yang ada di sekitarnya. Pihak berkuasa juga harus memperdalamkan parit supaya tidak

berlakunya banjir.

Di negara Jepun pula, untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakan lalu

lintas, pihak bertanggungjawab haruslah membina lebih banyak jalan raya yang

bertingkat seperti yang tersedia ada di metropolis Tokyo. Selain itu pihak berkuasa

haruslah membuka petempatan baru untuk kegiatan ekonomi yang dijalankan di Jepun

agar peluang pekerjaan terbuka luas.

Page 18: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

Saya berbangga dapat tinggal di sini pada masa yang sama, saya berharap agar

pihak berkuasa mengambil tindakan dalam mengurangkan masalah di Taman Sejati

Indah.

Page 19: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

BAHAN GRAFIK

JADUAL

Jadual: Jenis-jenis Pekerjaan Para Penduduk Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Jenis Pekerjaan Bilangan (orang)

1. Guru

2. Peniaga

3. Doktor

4. Buruh

5. Polis

8

5

4

2

1

JUMLAH 20

Page 20: Geografi T3 Petempatan (Folio)....full

PETA MINDA

Peta Minda: Faktor-faktor yang Mempengaruhi Petempatan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN

BENTUK MUKA BUMI

DARJAH KETERSAMPAIAN

DASAR

KERAJAAN

KEGIATAN

EKONOMI