folio geografi

18
NAMA PELAJAR: NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIK TINGKATAN: 1 FAIZ NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFAR NAMA GURU: TUAN HAJI ANUAR BIN PENASIHAT SALLEH

Upload: farcry95

Post on 12-Jun-2015

3.524 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sape2 mahu ambik folio geo ni....kena faham la ape yg sya buat.....

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Geografi

NAMA PELAJAR: NUR FARHANA BINTI MOHD SIDIKTINGKATAN: 1 FAIZNAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LONG GAFAR NAMA GURU: TUAN HAJI ANUAR BIN PENASIHAT SALLEH

Page 2: Folio Geografi

BIL TAJUK M/S

1. PENGHARGAAN 1

2. PENDAHULUAN 2

3. OBJEKTIF KAJIAN 3

4. KAWASAN KAJIAN 4

5. KAEDAH KAJIAN 5

6. HASIL KAJIAN 6-7

7. RUMUSAN 8-9

8. RUJUKAN 10

9. LAMPIRAN A (BORANG PEMERHATIAN)

11

10. LAMPIRAN B(BORANG SOAL SELIDIK)

12

Page 3: Folio Geografi

Syukur kehadrat Illahi kerana saya dapat menyiapkan kerja khusus ini yang bertajuk “ Kajian Kesan Tindakan Manusia Dalam Sektor Pertanaian Terhadap Muka Bumi di Taman Desa Wangi ”.Pertama sekali, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi bagi Tingkatan 1 Faiz iaitu Tuan Haji Anuar bin Salleh kerana beliau telah memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus ini.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan saya iaitu Nor Nazihah binti Zamri kerana dia talah menolong saya untuk menyiapkan kerja khusus ini.Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana mereka telah memperuntukkan wang kepada saya untuk membeli bahan-bahan bagi membuat kerja khusus ini.Mereka juga telah memberi dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja khusus ini.Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih bagi semua yang terlibat dalam kerja khusus ini.

1

Page 4: Folio Geografi

Tuan Haji Anuar bin Salleh memberitahu kami sekelas bahawa semua pelajar Tingkatan 1 perlu menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT).Beliau memberi tiga tema dan menyuruh kami memilih satu daripadanya sebagai tajuk kajian masing-masing.Tema tersebut ialah bentuk muka bumi,cuaca dan iklim,dan tumbuh-tumbuhan.

Saya Nur Farhana binti Mohd Sidik dan rakan saya iaitu Nor Nazihah binti Zamri telah memilih tajuk “Kajian Kesan Tindakan Manusia Dalam Sektor Pertanian Terhadap Muka Bumi di Taman Desa Wangi”.Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah selama tiga minggu.Setiap pelajar perlu menulis laporan yang lengkap tentang kajian yang dijalankan itu.

Saya berasa bangga kerana dapat tinggal di persekitaran yang yang keadaannya unik dan agak berbeza daripada di tempat-tempat lain di Malaysia.Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat khususnya kepada saya dan kepada seluruh masyarakat di sini amnya.

2

Page 5: Folio Geografi

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi beberapa objektif seperti yang berikut:

Mengkaji kesan aktiviti dalam sektor pertanian terhadap muka bumi.

Mengkaji kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar.

3

Page 6: Folio Geografi

Kawasan kajian adalah Taman Desa Wangi yang terletak di daerah Kota Bharu,Kelantan.Saya membuat kajian di sini kerana di sini terdapat berbagai-bagai sektor pertanian.

Di sini saya mengkaji sektor pertanian pokok pisang.Di sini juga terdapat pelbagai tanaman. Contohnya, pokok betik,ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.Lihat peta dibawah.

4

Page 7: Folio Geografi

Sebelum memulakan kajian ini, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistemaitk.Saya telah membuat pemerhatian di kawasan sekeliling dan mengenal pasti nama-nama tanaman.

Seterusnya, saya menemu bual sepuluh orang penduduk setempat untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan pertanian pokok-pokok pisang.Saya juga ingin mendapat maklumat tentang kesan yang timbul daripada kemusnahan pokok-pokok pisang itu terhadap alam sekitar dan terhadap penjualan buah pisang.

5

Page 8: Folio Geografi

Tumbuhan semula jadi utama di Taman Desa Wangi adalah pokok pisang.Terdapat beberapa pokok pisang di Taman Desa Wangi.Lihat gambar di bawah.

Buah pisang Pokok pisang

Melalui pemerhatian ini. Saya mendapati pokok-pokokpisang di kawasan itu kelihatan jarang.Ada pokok pisang yang sudah mati.Ada juga yang kelihatan kering dan hanya tinggal tunggulnya sahaja.

Terdapat juga pokok pisang yang tinggal bahagian bawahnya kerana ditebang oleh orang.

6

Page 9: Folio Geografi

Buah pisang

Daripada hasil temu bual dengan penduduk setempat, saya mendapati bahawa keadaan pokok pisang itu sedemikian kerana diancam oleh beberapa kegiatan manusia.

Kebanyakan pokok pisang itu mati disebabkan oleh asap dan debu yang kotor.Asap dan debu kotor ini dibawa oleh sebuah kilang perabot.

Menurut penduduk tempatan lagi, terdapat juga orang yang menebang pokok-pokok pisang ini untuk membuat titi, tikar dan lain-lain lagi.Lama-kelamaan pokok pisang di kawasan kajian menjadi semakin kurang.

Keadaan ini menjejaskan hasil pertanian pokok pisang penduduk tempatan.Penjual Nasi Lemak telah berkurangan daun pisang untuk membungkus Nasi Lemak itu.

7

Page 10: Folio Geografi

Selepas menjalakan kajian di kawasan ini, saya berpendapat bahawa keadaan yabg berlaku di kawasan ini perlu diberi perhatian serius.Pokok Pisang merupakan sejenis tumbuhan buah-buahan tempatan yang sedap dan lazat.

Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Pada masa kini, pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.

Pisang mudah ditanam dan mempunyai banyak kegunaan. Bagi kaum Melayu di Malaysia pokok pisang mempunyai pelbagai kegunaan selain dari dimakan. Di antara kegunaan pisang adalah batangnya boleh dibuat rakit.

Daun pisang pula biasanya digunakan sebagai alas makanan kerana ia menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Daun pisang boleh digunakan sebagai pelindung hujan, pembalut kuih, dan pembalut masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

Batang pisang pula boleh digunakan untuk membuat rakit. Selain itu batang pisang mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

8

Page 11: Folio Geografi

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja.

Oleh itu, kegiatan penerbangan pokok pisang perlu dicegah supaya tidak berleluasa.

9

Page 12: Folio Geografi

Wikipedia Bahasa Melayu: Http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Pisang

10

Page 13: Folio Geografi

Borang Pemerhatian

KAWASAN JENIS TUMBUH-TUMBUHAN

CATATAN

Taman Desa Wangi

Pokok pisang – di tepi sungaiPokok pisang – di tanah berpasir

Banyak pokok pisang yang mati dan ditebang

BORANG SOAL SELIDIK

11

Page 14: Folio Geografi

1.NAMA:Khing Lee

2.TEMPAT TINGGAL:Taman Desa Wangi

3.JENIS PEKERJAAN:Pekebun

4.PUNCA KEMUSNAHAN:Pencemaran Udara POKOK PISANG 5.KESAN TERHADAP: (A) ALAM SEKITAR: Pokok pisang mati

(B) KEGIATAN EKONOMI: Penjualan buah pisang berkurangan

CATATAN:

Dahulu penjualan buah pisang sebanyak 200 Sehari.Tetapi sekarang hanya 100 biji pisangsahaja yang dapat dijual.

12