fiqh muamalat siap

9
PENGHARGAAN Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan li mpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Halal dan Haram dalam Produk”. Tugasan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Fiqh Muamalat Semasa. Sekali lagi ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar sepanjang menyiapkan tugasan ini iaitu Ustaz Assyifa a yang merupakan pensyarah bagi subjek ini. Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang terlibat dengan memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini. Bantuan rakan- rakan seperjuangan yang sanggup meluangkan masa memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Turut juga kepada ibu bapa yang turut memberi semangat dalam menyiapka tugasan ini. Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan dijalankan.

Upload: nor-adilah

Post on 30-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Fiqh Muamalat

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqh Muamalat Siap

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan

tugasan kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk “Halal dan Haram

dalam Produk”. Tugasan ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini

merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek Fiqh Muamalat Semasa. Sekali

lagi ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak

memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar sepanjang menyiapkan

tugasan ini iaitu Ustaz Assyifa’a yang merupakan pensyarah bagi subjek ini. Sekalung

penghargaan juga kepada rakan-rakan yang terlibat dengan memberi kerjasama yang

sepenuhnya dalam menyiapkan tugasan ini. Bantuan rakan-rakan seperjuangan yang

sanggup meluangkan masa memberikan maklumat tidak akan kami lupakan. Turut juga

kepada ibu bapa yang turut memberi semangat dalam menyiapka tugasan ini. Akhir

sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau

tidak langsung sepanjang tugasan dijalankan.

Page 2: Fiqh Muamalat Siap

PENDAHULUAN

Islam merupakan agama yang bersifat menyeluruh. Antara perkara yang diutamakan

ialah isu haram dan halal yang dikaitkan dengan kehidupan manusia lebih-lebih lagi

pada zaman ini terlalu banyak penghasilan produk yang belum diketahui status halal

atau haram. Namun isu haram dan halal tidak khusus hanya kepada makanan dan

minuman tetapi melibatkan aspek-aspek lain seperti wang simpanan, pelaburan,

sewaaan dan pelbagai lagi. Maka Islam datang bagi memperjelaskan apa yang

dihalalkan dan yang diharamkan. Pada hari ini isu halal dan haram amat berkait rapat

dengan kehidupan manusia. Kebanyakan perniagaan menghasilkan produk

menpengaruhi pengguna iaitu umat Islam dan terdapat keraguan dari sudut hukum sama

ada halal atau haram. Dengan ini syarikat atau perniagaan tersebut perlu melalui

beberapa proses dalam mendapatkan sijil halal bagi pengeluaran produknya. Maka

tugasan ini juga membincangkan bagaimana sesebuah perniagaan dan syarikat

mendapat sijil halal. Di Malaysia, skop halal sangat luas yang mana tidak hanya

melibatkan makanan atau minuman tetapi melibatkan keseluruhan produk termasuklah

barangan seperti alat kosmetik, pakaian, perbankan dan sebagainya. Adalah penting

sesuatu produk itu mendapat pengesahan halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia sebagai langkah menjaga agama Islam dan makanan adalah perkara penting

yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan rohani dan jasmani.

Page 3: Fiqh Muamalat Siap

1.0 Pergertian Halal Dan Haram

Sebelum kita menyebut tentang halal dan haram dalam penghasilan produk, perlu

difahami apa yang dikatakan halal dan haram dalam Islam.

Halal menurut bahasa ialah berasal daripada kalimah bahasa arab iaitu halla,

yahillu, hillan, wahalalan yang memberi makna dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum

syarak.1

Berdasarkan kamus dewan, halal ditakrifkan sebagai hukum yang

membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, atau diperbolehkan (tidak dilarang oleh

syarak), diizinkan, dibenarkan. Halal adalah perkataan berlawanan dengan haram.2

Menurut pandangan ulama iaitu Dr. Yusuf Al-Qardawi, beliau berpendapat halal ialah

sesuatu yang diharuskan yang tidak terikat dengan larangan, dan dibenarkan oleh syarak

untuk dilakukannya.3

Berdasarkan pendapat majoriti ulama, halal ialah perkara yang harus yang tidak

terdapat dalil yang mengharamkannya. Manakala haram ialah perkara yang dilarang dan

tidak terdapat dalil yang mengharuskannnya.4

Contoh perkara yang dihalalkan ialah air hujan yang turun daripada langit. Air

ini halal digunakan oleh sesiapa sahaja melainkan untuk tujuan maksiat. Air ini akan

menjadi milik seseorang jika ia ditadah oleh seseorang dan menjadi haram hukumnya

apabila diambil oleh orang yang lain. Contoh mudah bagi perkara yang haram ialah

minum arak. Pengharaman arak telah jelas diterangkan dalam Al-Quran dan hadis.5

1 Wan Mohammad Bin Dato Sheikh Abdul Aziz. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Halal Antara Tuntutan Agama dan Strategi Ekonomi.2 Ibid.3 Ibid.4 Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani al-Azhari. Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa Jilid 1. Al-Hidayah. Selangor.2009.H. 65 Ibid. H.6.

Page 4: Fiqh Muamalat Siap

1.1 Dalil Berkaitan Halal dan Haram

Maksudnya: “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang

telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan

bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.”

(Surah an-Nahl:114)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! makanlah dari benda-benda yang

baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada

Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.”

(Surah Al-Baqarah:172)

Sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari

yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Nukman bin Basyir r.a menjelaskan:

Al-Nukman bin Basyir mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu jelas dan perkara yang di

antaranya terdapat perkara-perkara yang menimbulkan syubhah. Kebanyakan manusia

tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjauhi perkara syubhah, sesungguhnya telah

membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjebak ke dalam perkara

Page 5: Fiqh Muamalat Siap

syubhah, bererti terjebak dalam perkara yang haram, tidak ubah bagaikan pengembala

yang mengembala binatang di sempadan tanah orang lain, hampir-hampir terjebak ke

dalamnya. Sesungguhnya setiap raja itu ada batas sempadannya. Sesungguhnya batas

sempadan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya. Sesungguhnya di dalam

jasad manusia itu terdapat seketul daging. Apabila daging itu baik, baiklah seluruh

jasad dan apabila rosak, rosaklah seluruh jasad. Daging itu adalah hati.”

Hadis ini dijadikan sebagai asas kepada hukum hakam terutama dalam isu halal dan

haram. Hadis ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah menyatakan secara jelas

huku bagi halal dan haram serta perkara yang menimbulkan syubhah yang wajar dijauhi

oleh umat Islam demi menjaga agama dan kehormatan diri. 6

1.2 Empat Prinsip Halal Dan Haram Dalam Islam

Islam agama yang syumul telah meletakkan empat prinsip dalam isu halal dan haram.

Di antara prinsip berikut ialah:

i. Asal bagi setiap sesuatu adalah mubah (harus)

6 Dr. Basri bin Ibrahim Al-Hasani al-Azhari. Isu-Isu Fiqh Halal & Haram Semasa Jilid 1. Al-Hidayah. Selangor.2009.H.7.

Page 6: Fiqh Muamalat Siap

ii. Kuasa bagi menghalalkan dan mengharamkan sesuatu adalah hak mutlak Allah

SWT.

iii. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram dianggap sebagai

syirik

iv. Niat yang baik tidak dapat menghalalka perkara yang haram

v. Keadaan darurat, Islam membenarkan perkara yang diharamkan7

1.3 Makanan Dan Barangan yang Halal Menurut Pandangan Ulama

Ulama telah meletakkan beberapa panduan dalam menentukan sesuatu makanan atau

barangan tersebut dianggap sebagai halal. Terdapat dua faktor dalam menentukan taraf

halal bagi sesuatu produk sama ada makanan atau barangan:

i. Zat makanan atau barangan bukanlah berasal daripada perkara yang diharamkan

oleh syarak

ii. Cara makanan dan barangan tersebut diperolehi. Sebagai contoh jika barang

diperolehi secara salah menurut syarak iaitu melalui jalan riba, penipuan, rasuah

maka ia dianggap sebagai haram di sisi syarak.

iii. Secara lebih terperinci makanan atau barangan yang halal tersebut mestilah

mengikut perkara yang berikut:

a) Makanan atau barangan tersebut tidak mendatang mudarat pada akal

atau badan.

b) Bebas dari sebarang najis

c) Produk tidak dihasilkan atau diperolehi daripada sumber yang telah jelas

hukumnya haram iaitu babi atau anjing.

d) Sumber adalah harus digunakan oleh pandangan ulama

1.4 Istihalah Penentu Halal Atau Tidak

Istihalah dari segi istilah syarak, adalah perubahan yang berlaku ke atas zat iaitu

perubahan zat asal kepada zat baru yang berbeza dari segi rasa, warna dan bau. Istihalah

7 Wan Mohammad Bin Dato Sheikh Abdul Aziz. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Halal Antara Tuntutan Agama dan Strategi Ekonomi.

Page 7: Fiqh Muamalat Siap

melibatkan proses mentransformasikan sesuatu unsur kepada unsur yang lain sehingga

menghilangkan terus sifat yang ada pada unsur asal.

Menurut Mazhab Syafie istihalah adalah menghilangkan sifat zat najis kepada

sifat yang lain. Contohnya sifat mabuk arak di hilangkan menjadi cuka. Selain daripada

itu, bangkai berubah menjadi garam atau najis berubah menjadi abu hanya disebabkan

proses transgenik dalam tumbuhan dan pembakaran.

Menurut Dr Sa’adan yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh Dan

Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, definisi istihalah ialah sifat suatu

benda untuk menghasilkan benda lain dari segi nama, sifat dan cirinya dan ia boleh

dilihat pada dua keadaan iaitu perubahan najis kepada suci dan perubahan suci kepada

najis. Perubahan-perubahan yang terjadi boleh melalui reaksi kimia, pemanasan atau

proses memasak bahan berkenaan. Di dalam hal ini aplikasi sains di gunakan dalam

proses untuk mengenalpasti adanya unsur tidak halal dalam sesuatu produk. Istihalah

mengandungi 3 elemen utama iaitu bahan asal, agen perubahan dan bahan akhir. Bahan

yang asal akan mengalami perubahan melalui semulajadi atau tidak semulajadi.

1.5 Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006 telah membincangkan

Page 8: Fiqh Muamalat Siap

Hukum Penggunaan Anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain

Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik. Muzakarah telah memutuskan

bahawa:

1. Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun, produk-produk yang dihasilkan

atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi

sekiranya ia mendatangkan mudharat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.

 

2. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan

najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi

kemudharatan kepada manusia adalah haram digunakan.8

Bagi yang masih keliru majlis fatwa kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa pada

1999 menegani produk, makanan dan minuman yang di proses melalui kaedah bio-

teknologi DNA babi, adalah haram dan salah disisi syarak. Hal ini di sebabkan

menggunakan kaedah itu dalm pemerosesan produk bukan lagi sampai ke tahap

darurat dan masih ada pilihan lain.

1.6 Jakim

Telah bersetuju untuk mengadakan satu perbincangan yang lebih mendalam bagi

memperhalusi istihalah dalam penentuan hukum, muzakarah turut bersetuju mengenai

pendedahan yang lebih meluaskan adalah perlu agar maklumat yang jelas dan tepat

sampai kepada masyarakat terutamanya pengguna-pengguna Islam.

8 http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-anggota-atau-unsur-haiwan-yang-haram-dimakan-selain-daripada-anjing-babi

Page 9: Fiqh Muamalat Siap