fiqh bab 7
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 fiqh bab 7
1/2
Bab 7: Qazaf
P EN GER T I AN Q AZAF
Pengertiannya ialah melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci atau
menafikan keturunanya.
P EM BAH AGI AN Q AZAF
1.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman hudud, seperti seseorangmenuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat saksi lelakiyang adil.
2.) Qazaf yang pesalah-pesalahnya boleh dikenakan hukuman takzir seperti seseorangmenuduh seseorang yang lain kufur, mencuri, minum arakatau murtad dan sebagainya,termasuk mencaci, memaki dan lain-lainnya yang boleh menjatuhkah marwah seseorangdan menghinanya.
Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksilelaki yang adil hukumnya adalahharam dan termasuk dalam dosa besardan wajibdikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterimapenyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Sebagaimana FirmanAllah Taala yang bermaksud:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka
sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka ituselama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq.
(Surah An- Nur ayat 4)
P EN U D UH Y AN G BO L EH D I K EN AK AN H U K U M AN Q AZAF
1. Berakal2. Baligh3. Kemahuan sendiri tidak dipaksa4. Mengetahui haramnya Qazaf5. Bukan ibu bapa dan datuk ke atas kepada orang yang dituduh.
Jika orang yang menuduh itu gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tidak bolehdikenakan hukuman had Qazaf keatas mereka. Ini sebagaimana berdasarkan kepadahadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:
Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak sehingga ia baligh,orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya dan orang yang gila sehingga ia
sembuh dari gilanya.
(Riwayat Bukhari Fi Muslim)
CARA-CARA MELAKUKAN QAZAF
Dalam Qanun Jenayah Sayriyyah cara melakukan Qazaf terdapat tiga cara:
i) Tuduhan yang dibuat secara sarih (terang dan jelas), iaitu tuduhan yangmenggunakan perkataan-perkataan yang jelas dan tepat yang tidak boleh ditafsirkan
kepada maksud yang lain selain daripada zina dan penafian nasab (keturunan)
Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/ -
8/13/2019 fiqh bab 7
2/2
ii) Tuduhan yang dibuat secara kinayah (kiyasan), iaitu tuduhan yang menggunakanperkataan yang tidak jelas dan tidak tepat yang boleh membawa erti zina atauselainnya.
iii) Tuduhan yang dibuat secara taridh (sindiran), iaitu tuduhan yang menggunakanperkataan yang tidak jelas dan tidak tepat juga yang boleh memberi pengertian yang
lain daripadazina sebagaimana dilakukan dalam perkataan kinayah.
BU K T I - BU K T I Y AN G M EN S ABI T K AN K ES ALAH AN Q AZAF
Kesalahan Qazaf boleh disabitkan dengan salah satu dari bukti bukti yang berikut:-
1. Syahadah (penyaksian)2. Ikrar (pengakuan)3. Yamin (sumpah)
Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer
http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/