fiqh solat

Click here to load reader

Post on 10-Aug-2015

82 views

Category:

Education

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  1. 1. Fiqh solat oleh: nursyafiqa nabiha nur atiera raiedah
  2. 2. PENGENALAN Jika senamantaiChi melibatkan pergerakanangota tubuhbadan,namunsolatmelebihi daripada itu keranapelakunyauntukmembaca ayat-ayatalQurandan doa yangtertentu. Ayat-ayatal Qurandan doa inimesti dibaca ketika pelakunyaberadadalam posisi badantertentuserta melakukangerakan-gerakantertentu.Gerakanutamadalamsolatadalahberdiri (qiyam), membongkok (rukuk) sujud danduduk (tahiyat). Manakalamelututjuga berlakuseketika dalam gerakansolatdiantaraduadaripadakedudukan utama iaitudarikedudukan dudukke berdiri. Pergerakansolatyangsempurnamelibatkan pergerakanyang samauntukbeberapa rakaat(kitaran). Saturakaatdalam solatterdiridaripada berdiri, rukuk, sujuddan dudukdiantaraduasujud. Rakaat keduadanterakhirpula mempunyai penambahandudukiaitutahiyat.
  3. 3. Solat dalam perspektif SAINS DAN KESIHATAN KEPIMPINAN SOSIAL
  4. 4. SOLAT DARI PERSPEKTIF : SAINS QIYAM Semasa berdiri tegak melakukan solat, tangan perlu didekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada diatas tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat. Rasulullah SAW bersabda: Solatlah dalam keadaan berdiri. Jika anda tidak mampu berdiri, solatlah dalam keaadaan duduk. Jika anda tidak mampu duduk solatlah dalam keadaaan mengiring. (HR al Bukhari) Perbuatan melipatkan tangan sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi kedua dua tangan. Mengikut teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi pergelangan tangan serta otot dari kedua dua tangan berada dalam keadaan rehat penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.
  5. 5. Rukuk Nabi Muhammad SAW menyuruh meluruskan tulang belakang ketika rukuk seperti sabdanya yang bermaksud: Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tangan mu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakang mu mantap di di tempatnya. (HR Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban). o Apabila Baginda rukuk, Baginda meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga apabila segelas air diletakkan diatasnya, air tesebut tidak akan bergerak. Baginda tidak menundukkan kepala dan tidak pula mengangkatnya (tidak meninggikan kepala dari paras bahunya).
  6. 6. o Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal otot. o Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi SAW, boleh menghindari dan menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
  7. 7. Sujud o Pergerakan sujud adalah meletakkan lutut dan tangan di lantai melibatkan persentuhan antara tujuh anggota (dahi, kedua-dua tapak tangan kedua- dua lutut, kedua-dua hujung kaki/jari kaki yang dibengkokkan) dengan permukaaan lantai. disebut dalam sebuah hadith Nabi (bermaksud); Aku diarahkan untuk sujud diatas tujuh anggota sujud: diatas dahi dan Nabi SAW menunjukkan kearah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut, dan kedua-dua hujung kaki. (HR al- Bukhari & Muslim).
  8. 8. o Kajian mendapati bahawa keadaan ketika seseorang itu sujud bukan sahaja menjadikan otot-otot besar dan kuat tetapi saluran darah seperti arteri dan vena serta urat limfa akan terurus. o Fenomena ini dapat menghidarkan pengecilan dinding-dinding pembuluh darah (arterioskerosis) serta membantu melancarkan pengaliran dan limfa keseluruh anggota badan. o Rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan dapat berkembang dengan baik bagi menghirup lebih udara bersih ke dalamnya bagi mengelakkan penyakit yang boleh menyerang paru-paru.
  9. 9. DUDUK ANTARADUA SUJUD DANTAHIYAT AWAL o Duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirash, kerana tapak kaki kiri diduduki dan menjadi alas (firash). Tapak kaki kanan ditegakkan diatas lantai sementara jari kaki mengadap kearah kiblat (duduk bersimpuh). Disebutkan di dalam Sahih Bukhari sebuah hadith (maksudnya): Apabila Nabi duduk diantara dua rakaat, maka Baginda duduk diatas kaki kiri dan menegakkan kaki kanannya. o Ketika duduk sebegini, kedua-dua tapak tangan berada diatas peha dan Nabi SAW juga meletakkan sikunya diatas pehanya sambil hujung jari- jarinya memegang hujung bahagian lutut.
  10. 10. o Kajian mendapati pada kedudukan ini, tumit menekan otot-otot pangkal peha yang besar dimana posisi ini dapat melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung. o Posisi ini juga dapat menghidarkan dan menjadi penawar penyakit saraf pangkal paha.
  11. 11. DUDUK TAHIYAT AKHIR o Ketika duduk tahiyat akhir, punggung didudukkan diatas lantai, kaki kiri dimasukkan kebawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan (dengan jari kaki dibengkokkan menghadap kiblat). Hadith yang mengambarkan keadaan ini ialah (maksudnya): sehinggalah tatkala Nabi SAW berada pada sujud (terakhir) yang ada padanya taslim (memberi penutup solat) Baginda mengeluarkan kakinya (tidak duduk diatas kakinya) dan duduk diatas sebelah kirinya bersimpuh. (HR al-Bukhari dan Ibn Hibban). o Ketika pergerakan dari sujud ke tahiyat akhir, otot lantai pelvik akan diaktifkan. Sama seperti duduk tahiyat awal, duduk tahiyat akhir ini juga akan melancarkan pengaliran darah kembali ke jantung.
  12. 12. KADAR DENYUTAN JANTUNG KETIKASOLAT
  13. 13. SOLAT DARI PERSPEKTIF : KEPIMPINAN CARAPEMILIHAN PEMIMPIN Dalam solat berjemaah, Imam akan dikenali sebagai pemimpin kepada makmumnya. Imam dipilih kerana kemampuan ilmunya dalam bidang agama yang lebih tinggi dibandingkan yang lain (anggota-makmum). Bermakna, pemimpin haruslah dipilih dari golongan yang mempunyai ilmu pengetahuan agar dapat memimpin sesuatu organisasi dengan lancar.
  14. 14. PEMIMPIN PERLU BERTANGGUNGJAWAB ATAS KESALAHAN YANG DILAKUKAN. Apabila imam salah misalnya salah dalam gerakan dan hal ini masih dalam toleransi seperti lupa jumlah rakaat, ia harus mengakui kesalahannya dengan melakukan sujud sahwin (sujud diakhir solat) dan meminta maaf kepada jemaah sesudah solat. Tetepi bila kesalahan yang tidak boleh ditoleransi iaitu perkara yang membatalkan solat (misal kentut), imam harus mengundur diri sebagai imam dan segera diganti oleh salah seorang makmum. Ini bermaksud, pemimpin harus memiliki keberanian mengakui kesalahan dan apabila ia terkeluar dari aturan yang ditetepkan ia harus mengundur diri.
  15. 15. SETIAP ARAHAN PEMIMPIN PERLU DIIKUTI Bila seorang imam melakukan pergerakan, maka para makmum harus mengikuti setiap gerakan dan ayat yang dibaca oleh imam. Makmum tidak boleh mendahului imam. Hal ini barmaksud, anggota organisasi seharusnya mematuhi arahan atasannya selagi tidak menyalahi syarak.
  16. 16. ANGGOTA ORGANISASI PERLU MENGINGATI PEMIMPIN JIKA BERLAKU KESALAHAN. Makmum juga mempunyai tanggungjawab dalam mengingati imam apabila imam melakukan kesalahan. Contoh, apabila imam salah dalam membaca ayat, maka makmum akan mengeraskan suaranya membimbing imam agar tidak salah Makmum perempuan juga harus mengingati imam agar tidak salah dengan menepuk talapak tangannya. Ini membuktikan bahawa anggota organisasi perlu mengingati pemimpin jika berlaku kesalahan. Malahan, perempuan juga memiliki peranan untuk bersuara jika berlaku kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin.
  17. 17. SOLAT DALAM PERSPEKTIF : SOSIAL LAMBANG KESATUAN UMMAH Solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu kiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Hal ini menunjukkan wujudnya aspek sosial dalam solat apabila kesatuan dan perpaduan ummah dapat dipupuk.
  18. 18. KESAMAAN TARAF SESAMA MANUSIA Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan. Hal ini menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim.