final report (practical) - bab 7 isi

Upload: mustakim-shaary

Post on 05-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    1/7

    7.2 SETTING OUT

    Sebelum kotak bentuk dipasang, kedudukan sebenar rasuk di atas tanah perludiketahui terlebih dahulu. Untuk menentukan alignment rasuk, benang akan ditarik

    berdasarkan piket yang telah ditanda oleh juru ukur pada setiap garisan grid. Kerja-

    kerja alignment ditunjukkan pada rajah 7.2.1. Peringkat ini amat penting bagi

    memastikan rasuk berada dalam keadaan lurus dan berserenjang di antara persilangan

    dua grid. Kedudukan rasuk ini ditentukan berpandukan pelan stuktur dan pelan arkitek

    bagi mengelakakn berlaku kesilapan terutamanya apabila kerja-kerja architecture

    dijalankan nanti.

    Rajah 7.2.1 Kerja-kerja alignment dijalankan

    112

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    2/7

    Rajah 7.2.2 Benang ditarik pada piket bagi menentukan titik persilangan grid yang

    dikehendaki

    7.3 PEMASANGAN KOTAK BENTUK

    Parit akan digali menggunakan backhoe (JCB) bagi menempatkan kotak

    bentuk di atas tanah. Pemasangan kotak bentuk ini dijalankan setelah garis sempadan

    untuk setiap rasuk bumi (ground beam) ditanda. Saiz kotak bentuk ini bergantung

    kepada saiz rasuk yang akan dibina. Penupang atau penyokong akan dipasang di

    sepanjang kotak bentuk.

    Tujuannya ialah :

    113

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    3/7

    Mengelakkan pergerakan kotak bentuk semasa pemasangan atau pun selepas

    penuangan konkrit.

    Mengelakkan pengembangan kotak bentuk dan perubahan saiz dan bentukrasuk yang dibina.

    Mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka atau pecah semasa kerja

    mengkonkit dijalankan.

    Mengukuhkan lagi bahagian bucu dan sambungan supaya jujuhan (bleeding)

    dapat diminimakan semasa proses pemadatan konkrit.

    Rajah 7.3.1 Kerja-kerja menggali parit bagi menempatkan kotak bentuk.

    114

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    4/7

    Rajah 7.3.2 Kotak bentuk dipasang mengikut Alignment yang ditetapkan.

    7.4 PEMASANGAN TETULANG

    Pemasangan tetulang ini dijalankan setelah kotak bentuk dibina. Dua kaedah

    pemasangan tetulang yang biasa digunakan iaitu :

    Tetulang dibentuk terlebih dahulu mengikut saiz kemudian dimasukkan ke

    dalam kotak bentuk.

    Tetulang dibentuk dan dipasang terus di dalam kotak bentuk semasa kotak

    bentuk dibina.

    115

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    5/7

    Setelah kerja kerja pemasangan tetulang siap, pemeriksaan (nspection rebar and

    formwork) mesti dijalankan bagi memastikan saiz, dan jenis bar adalah betul mengikut

    pelan. Selain itu, jarak dan kedudukan link mesti mengikut spesifikasi yang diluluskan

    oleh pihak JKR.

    Rajah 7.4. Tetulang dan kotak bentuk yang telah siap dipasang

    7.5 PENUANGAN KONKRIT

    Kebiasaannya, konkrit yang digunakan ialah konkrit siap bancuh dan dibawa

    dari kilang memggunakan lori. Konkrit ini akan diambil sample secara rambang dan

    menjalani ujian penurunan dan ujian kekuatan. Dengan menggunakan bantuan kren,

    116

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    6/7

    konkrit tersebut diangkat dan dituang ke dalam kutak bentuk yang dibina. Penuangan

    dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan pengasingan campuran konkrit.

    Kemudian konkrit tersebut akan dipadatkan menggunakan mesin penggetar

    (vibrator poker) berdiameter 1 inci. Proses ini juga harus dilakukan dengan cara betul.

    Jika pemadatan dilakukan kurang struktur konkrit yang dibina kurang bermutu dan

    mempunyai banyak honey comp. Jika pemadatan berlebihan dilakukan kemungkinan

    kotak bentuk akan pecah dan bentuk asal struktur akan berubah. Selain itu, akan

    berlaku pengasingan terhadp campuran konkrit tersebut.

    Rajah 7.5.1 Kerja-kerja mengkonkrit ground beam sedang dijalankan.

    117

  • 7/31/2019 Final Report (Practical) - BAB 7 ISI

    7/7

    Rajah 7.5.2 Contoh ground beam yang telah siap dikonkrit dan

    dibuka kotak bentuk.

    118