final report (practical) - bab 4 isi

11
4.2 JENIS KELULI / TETULANG Terdapat dua jenis tetulang keluli yang biasa digunakan iaitu : Tetulang dalam bentuk bar : i. Bar keluli Lembut – dibuat dengan haba panas menurut BS 449 : 1974. permukaannya licin dan berpintal dan mempunyai kekuatan tegasan 250N/mm2. pemanjangan yang dibenarkan ialah 22.0% ii. Bar Tetulang Tegasan Tinggi – dibuat daripada pancalogam BS 4449 : 1978. permukaannya adalah berpintal dan kekuatan tegasan 460N/mm2. pemanjangan minima sekurang-kurangnya ialah 12% kecuali tetulang yang lebih besar daripada 16mm dimana kekuatan tegasannya ialah 425N/mm2 dengan pemanjangan 14%. iii. Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk – merupakan keluli lembut yang dipintal menurut BS 4461 : 1978. kekuatan tegasan ialah 460N/mm2 dengan pemanjangan yang dibenarkan ialah 12%. Bagi 84

Upload: mustakim-shaary

Post on 26-Jul-2015

328 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

4.2 •JENIS KELULI / TETULANG Terdapat dua jenis tetulang keluli yang biasa digunakan iaitu :  Tetulang dalam bentuk bar : i. Bar keluli Lembut – dibuat dengan haba panas menurut BS 449 : 1974. permukaannya licin dan berpintal dan mempunyai pemanjangan yang dibenarkan kekuatan tegasan 250N/mm2. ialah 22.0%ii.Bar Tetulang Tegasan Tinggi – dibuat daripada pancalogam BS 4449 : 1978. permukaannya adalah berpintal dan kekuatan tegasan 460N/mm2. pemanjangan minima sekurang-kurangnya ialah 12% ke

TRANSCRIPT

Page 1: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

4.2 JENIS KELULI / TETULANG

Terdapat dua jenis tetulang keluli yang biasa digunakan iaitu :

Tetulang dalam bentuk bar :

i. Bar keluli Lembut – dibuat dengan haba panas menurut BS 449 :

1974. permukaannya licin dan berpintal dan mempunyai

kekuatan tegasan 250N/mm2. pemanjangan yang dibenarkan

ialah 22.0%

ii. Bar Tetulang Tegasan Tinggi – dibuat daripada pancalogam BS

4449 : 1978. permukaannya adalah berpintal dan kekuatan

tegasan 460N/mm2. pemanjangan minima sekurang-kurangnya

ialah 12% kecuali tetulang yang lebih besar daripada 16mm

dimana kekuatan tegasannya ialah 425N/mm2 dengan

pemanjangan 14%.

iii. Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk – merupakan keluli

lembut yang dipintal menurut BS 4461 : 1978. kekuatan tegasan

ialah 460N/mm2 dengan pemanjangan yang dibenarkan ialah

12%. Bagi tetulang yang besar kekuatan tegasannya ialah

425N/mm dengan pemanjangan yang dibenarkan 14%.

Tetulang dalam bentuk jejaring :

Tetulang jejaring (BRC) merupakan sejenis kawat yang dibuat

dalam pelbagai saiz. Jejaring ini biasanya mengandungi dawai-dawai

84

Page 2: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

halus dan dikimpal sebagai satu jarring yang senang digunakan dan

dibengkokkan. Fungsi tetulang jejaring ini ialah sebagai satu rangkai

yang mudah untuk memberi bentuk dan juga menyokong konkrit.

Tetulang jejaring ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu :

i. tetulang Jejaring Dawai Hexagonal – Juga dikenali sebagai

‘Chicken wife mesh’ dan dawai yang biasa digunakan adalah

bersaiz 10-25mm (diameter).

ii. Tetulang Jejaring Dawai Terkimpal – Dibuat daripada dawai keluli

yang berkekuatan kecil dan sederhana. Jejaring ini boleh

dibentuk kepada bentuk lengkuk struktur. Keburukan jejering ini

adalah merupakan kelemahan sambungan dua dawai kerana

kimpalan sering tidak dibuat dengan baik.

iii. Tetulang Rangka – Penggunaanya adalah untuk rangka struktur

yang merupakan lapisan-lapisan jejaring diikat. Tetulang rangka

diletakkan dengan jarak jauh sebanyak 30cm empat persegi.

Diameternya ialah 4.20mm dan 6.25mm adalah yang paling

biasa digunakan.

Bagi penggunaan jenis keluli pula ianya terbahagi kepada 3 iaitu :

Keluli lembut tergelek panas/tegasan rendah – jenis R. (permukaan licin)

Keluli alah tinggi tergelek panas/tegasan tinggi – jenis Y. (permukaan

berpintal)

Keluli alah tinggi kerja sejuk – jenis Y.

85

Page 3: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

Tetulang yang biasa digunakan di tapak bina boleh diketogorikan mengikut

jenis dan saiznya. Contohnya :

Tetulang B.R.C : Biasa digunakan untuk membuat lantai, apron, tapak

longkang, dinding konkrit, bumbung rata, dan sebagainya. Jenis-

jenisnya adalah seperti A2, A4, A6.5, A7, A8, A10 dan D2, D4, D6, D7,

D8, D10 . Angkanya adalah merujuk kepada saiz diameter besi

tersebut.

Tetulang utama : Terdiri dari besi jenis bertegasan tinggi dalam saiz

seperti Y8, Y10, Y12, Y14, Y16, Y20, Y25, Y32 . Ianya digunakan

mengikut ahli struktur berlainan dan fungsi serta keupayaan tanggung

beban struktur tersebut. Biasanya digunakan untuk tiang dan rasuk.

Tetulang link : Terdiri daripada besi bertegasan rendah dan

saiznya dari R6, R8, R10, R12.

4.3 KERJA- KERJA TETULANG / KELULI DI TAPAK BINA

Keluli-keluli untuk struktur yang digunakan hendaklah mematuhi Gred 43C

Piawaian British B.S 449. sebagai tambahan, keluli untuk struktur yang dibentuk

dengan cara digelek panas hendaklah mematuhi kehendak Piawaian British B.S 4 :

Bahagian 1, keluli rongga untuk struktur yang dibentuk dengan cara digelek panas

mematuhi Piawai British 4 : Bahagian 2. Kandungan maksimum karbon hendaklah

mematuhi Piawaian British B.S 4360.

4.3.1 Penyimpanan Dan Kendalian

86

Page 4: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

Langkah-langkah penjagaan yang rapi hendaklah diambil semasa permuatan,

pemunggahan, pengangkutan, penyusunan, dan pemasangan kerja keluli untuk

mengelakkan cakaran atau kerosakan kepada kerja keluli yang dicat ataupun

disalut logam.

Kerja kululi pasang siap yang telah dicat atau disalut logam yang perlu disimpan

sebelum didirikan, hendaklah dijarakkan dari permukaan bumi dan hendaklah

disusun dengan teratur untuk menentukan supaya air tidak bertakung dan

habuk tidak berkumpul di atas permukaannya.

Bahan penyendal yang sesuai hendaklah dilapik di antara keluli-keluli yang

disusun. Jika susunan keluli ditutup, pengedaran udara hendaklah ada.

4.3.2 Kerja Membengkok Tetulang

Kerja-kerja membengkok dan membentuk keluli/tetulang dilakukan mengikut

bentuk struktur yang ingin dibina.

Pelan kerja (struktur) ini mestilah direkabentuk mengikut ‘spec’ dan piawai yang

diterima dan diluluskan pihak JKR.

Pemeriksaan terhadap tetulang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum

dimasukkan ke dalam kotak bentuk.

Tedapat 2 cara bengkokan tetulang iaitu cara bengkokan tangan dan

bengkokan jentera.Bengkokan.

Ia bengantung kepada saiz dan jenis tetulang yang ingin dibentuk.

87

Page 5: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

Gambar di sebelah menunjukkan cara bengkokan besi tetulang yang

dipraktikkan :

Rajah 4.3.2.1 kerja membengkokkan tetulang dan link dengan kaedah manual.

Cara membengkokkan tetulang menggunakan kaedah manual :

Kerja membengkok dilakukan setelah tetulang dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

Tetulang diletakkan di atas meja kemudian dengan menggunakan alatan besi membengkok tangan, tetulang tersebut dibengkokkan perlahan-lahan.

Tujuannya bagi mengelakkan besi atau tetulang retak rerambut atau patah.

88

Page 6: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

Rajah 4.3.2.2 kerja membengkok besi menggunakan mesin.

Cara membengkokkan besi/ ‘link’ menggunakan mesin :

Biasanya besi yang dibengkok bertujuan membuat ‘link’.

Besi yang telah dipotong diletakkan pada mesin dan dibengkokkan perlahan-

lahan.

Bentuk besi yang dibengkok mengikut saiz ‘link’ yang diperlukan mengikut

pelan.

89

Page 7: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

4.3.3 Kerja Penyambungan Keluli/Tetulang Di Tapak Bina

4.3.3.1 Kelulusan

Semua alatan kimpalan atau pembakar tidak boleh digunakan di tapak bina

tanpa mendapat kelulusan bertulis dari P.P kecuali selain ditunjukkan dalam pelan

kontrak.

Pemasangan Bolt – bolt hendaklah terdiri daripada jenis-jenis yang berikut :

Bolt Hitam hendaklah mematuhi Piawaian British B.S 916 atau Piawaian British

B.S 2708.

Bolt cengkam kekuatan tinggi (C.K.T) hendaklah terdiri daripada bolt gred am

yang mematuhi Piawaian British B.S 3139 : Bahagian 1.

Sesendal untuk bolt C.K.T. hendaklah dari jenis yang menunjukkan beban yang

sesuai dengan jenis dan mutu bolt yang digunakan.

4.3.3.2 Memasang Bolt

Kerja-kerja memasang Bolt di tapak bina bagi sambungan hendaklah mematuhi

fasal 62 Piawai B.S. 449, di mana bolt yang ditentukan hendaklah dari jenis

yang menunjukkan beban supaya pencapaian pruf beban tegang boleh

dikaitkan secara langsung kepada renggangan yang menggunakan pengukur

tolok di atas kepala bolt ataupun sesendal.

Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada P.P untuk mendapatkan

kelulusannya, jenis-jenis sistem penunjuk beban yang hendak digunakan dan

juga nama pembuat bolt penunjuk beban atau sesendal tersebut.

90

Page 8: Final Report (Practical) - BAB 4 ISI

Sesendal hendaklah dibuat daripada besi terkeras dan mematuhi Piawaian

British (B.S) 3139 dan hendaklah dipasang di bawah semua nat. Di mana

semua sesendal jenis penunjuk beban digunakan, ianya hendaklah dipasang di

bawah kepala bolt.

Semasa kerja mengetat dijalankan, kepala bolt hendaklah dielakkan daripada

berputar.

Kerja mengecat bolt atau sesendal tidak boleh dijalankan tanpa mendapat

kelulusan daripada P.P terlebih dahulu.

Dalam semua aspek bolt dan kerja memasang bolt yang lain, fasal-fasal

berkenaan di dalam Piawaian British B.S. 3294 : Bahagian I hendaklah dipatuhi.

91