fem 4205 : 3 (3+0) pengurusan sumber dalam persekitaran...

20
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Kuliah Tajuk Jam 5. Pengurusan Perubahan 10 Organisasi Sumber Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja 6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran Kehidupan 6 Penggunaan lestari Polisi dan perundangan

Upload: vuongtuyen

Post on 11-Aug-2019

236 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Kuliah

Tajuk Jam

5. Pengurusan Perubahan 10

Organisasi

Sumber

Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja

6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran

Kehidupan 6

Penggunaan lestari

Polisi dan perundangan

Page 2: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

2

Tajuk 5

Pengurusan Perubahan

Pengurusan Perubahan

Pengurusan Perubahan

Merujuk kepada perlaksanaan pendekatan atau kaedah

tertentu untuk mempastikan usaha perubahan

organisasi adalah berjaya, termasuk mempastikan visi

dan matlamat projek adalah jelas, dan bagi

mengubahsuai sistem-sistem yang terdapat dalam

organisasi untuk mencapai matlamat secara efektif.

Aktiviti-aktiviti pengurusan perubahan termasuklah

pendekatan yang dirancang, berstruktur dan nyata

sehinggalah kepada yang tidak nyata dan tidak

dirancang.

Page 3: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

3

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan

4 definisi asas Change Management 101: A Primer © Fred Nickols 2007

Pengurusan perubahan didefinisikan sebagai

Fungsi untuk mengurus perubahan (dari kedudukan

reaktif atau proaktif)

Suatu bidang amalan professional (terdapat kompetensi

dan kemahiran tertentu dalam kalangan profesional)

Suatu bidang ilmu pengetahuan (meliputi kaedah,

teknik, dan cara lain)

Suatu mekanisma kawalan (meliputi keperluan,

standard, proses, dan prosedur)

Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

Suatu fungsi mengurus perubahan

Definisi pertama adalah berkaitan dengan fungsi

mengurus perubahan. Ia boleh membawa dua maksud.

Maksud pertama adalah melakukan perubahan dalam

tatacara yang sistematik atau dalam keadaan yang

terancang dan terurus.

Tujuan adalah untuk melaksanakan kaedah dan sistem

baru dengan lebih efektif dalam organisasi yang aktif

berfungsi. Perubahan yang hendak diurus berada dalam

kawalan organisasi. Perubahan dalaman boleh dihasilkan

oleh kejadian yang dicetuskan di luar organiasai iaitu di

persekitaran organisasi.

Page 4: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

4

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

Suatu fungsi mengurus perubahan (samb.)

Maksud yang kedua adalah maklumbalas kepada

perubahan di mana organisasi kurang atau tiada kawalan

ke atasnya seperti perundangan, sosial, kemelut politik,

pesaing, perubahan ekonomi.

Tugas mengurus perubahan termasuk juga mengurus

kesannya ke atas individu. Pihak pengurusan perlu

membantu pekerjanya mengatasi masalah dengan

perubahan yang cuba dilakukan.

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

Suatu bidang amalan profesional

Definisi kedua adalah ia merupakan suatu bidang amalan

professional.

Terdapat ramai perunding yang terlibat dalam perubahan

yang terancang, dan juga merupakan agen perubahan,

mengurus perubahan untuk klien.

Kebiasaannya syarikat perunding pengurusan yang besar

mempunyai suatu bahagian atau jabatan berkaitan dengan

amalan pengurusan perubahan.

Page 5: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

5

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

Suatu bidang amalan profesional (samb.)

Terdapat pihak perunding ini yang hanya membantu

dari segi khidmat nasihat kepada klien untuk mengurus

perubahan sehinggalah kepada melakukan sendiri

tugas mengurus perubahan itu.

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan (samb.) Suatu bidang ilmu pengetahuan

Definisi ini melibatkan kandungan bagi pengurusan

perubahan. Ia meliputi model, kaedah dan teknik,

peralatan, kemahiran dan bentuk pengetahuan lain yang

terlibat dalam amalan pengurusan perubahan itu.

Kandungan dalam pengurusan perubahan timbul dari

bidang psikologi, sosiologi, pentadbiran perniagaan,

ekonomi, kejuruteraan industri, kejuruteraan sistem,

pengajian kemanusiaan dan perlakuan organisasi.

Komponen pengetahuan ini diintegrasikan oleh suatu

set konsep dan prinsip yang dikenali sebagai Teori

Sistem Am (General Systems Theory, GST).

Page 6: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

6

Pengurusan Perubahan

Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

Suatu mekanisma kawalan

Perubahan selalunya berlaku dari segi Sistem Maklumat

sesebuah organisasi yang melibatkan sistem dan aplikasi

komputer yang dikenali sebagai kawalan versi.

Mekanisma kawalan ini kemudian juga dikenali sebagai

pengurusan perubahan.

Terdapat pertubuhan tertentu mengenakan kawalan

terhadap keperluan yang mesti dipenuhi apabila

membuat sebarang perubahan.

Pengurusan Perubahan Proses Perubahan

Proses Perubahan sebagai nyahbeku, berubah dan

membeku semula

Ada 3 langkah Nyahbeku, berubah dan membeku semula.

Merujuk kepada Kurt Lewin yang berdasarkan kepada

kestabilan dinamik.

Kelebihan kerangka kerja ini adalah ia memberi masa

untuk berfikir sebelum mengubah sesuatu.

Permulaan dan akhir bagi proses ini adalah kestabilan

Proses perubahan ini tidak sesuai untuk organisasi yang

berada dalam keadaan ekstrem iaitu telah sedia dalam

keadaan nyahbeku dan yang berada dalam keadaan

nyahbeku yang terlalu lama

Page 7: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

7

Pengurusan Perubahan

Proses Perubahan (samb.)

Proses perubahan sebagai penyelesaian masalah dan

pencarian masalah

Apabila memikir mengenai perubahan yang akan

dilakukan, suatu pendekatan penyelesaian masalah berlaku.

Mengurus perubahan dilihat sebagai bergerak dari satu

keadaan ke keadaan lain, yakni dari keadaan bermasalah

kepada keadaan masalah diselesaikan.

Adalah penting untuk menganalisa atau mengenalpasti

masalah. Matlamat ditentukan dan dicapai pada pelbagai

peringkat atau tahap dan dalam pelbagai bidang atau fungsi

organisasi. Bagaimana hasilnya dan caranya dibincangkan

dan berkait antara satu sama lain.

Pengurusan Perubahan

Proses Perubahan (samb.)

Proses perubahan sebagai penyelesaian masalah dan

pencarian masalah (samb.)

Perancangan yang berhati-hati diikuti dengan usaha untuk

menerima, menyokong dan komitmen. Kesan bersihnya

adalah perubahan dari satu keadaan ke keadaan lain dalam

keadaan teratur dan berancang.

Di peringkat analisis, masalah adalah suatu keadaan yang

memerlukan tindakan namun tindakan yang diperlukan

tidak diketahui. Oleh itu perlu dicari penyelesaian iaitu

kaedah untuk tindakan yang membawa kepada keadaan

penyelesaian masalah sepertimana yang diharapkan.

Page 8: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

8

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya

Cummings and Worley (Organization Development and Change, 1995)

Terdapat 5 fasa bagi pengurusan perubahan organisasi

1. memotivasikan perubahan

2. mencipta visi

3. membina sokongan politik

4. mengurus transisi (peralihan)

5. mengekalkan momentum

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya

1. Memotivasikan Perubahan

Fasa ini termasuk membina kesediaan organisasi untuk

berubah dan membina pendekatan untuk mengatasi

halangan untuk berubah. Antaranya adalah dengan

memberi kesedaran kepada ahli-ahli organisasi

mengenai perlunya untuk berubah, menjelaskan

keadaan semasa organisasi dan kedudukan yang perlu

dicapai di masa hadapan, dan membina pendekatan

realistic mengenai bagaimana perubahan boleh dicapai.

Page 9: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

9

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya

(samb.)

1. Memotivasikan Perubahan (samb.)

Pemimpin dalam organiasai perlu mengenalpasti individu

dalam organisasi yang berkemungkinan cuba menolak

sebarang perubahan besar terhadap organisasi mungkin

disebabkan takut kehilangan/perubahan dalam kerja.

Kakitangan perlu merasa bahawa kerisauan mereka

diambilberat. Oleh itu pemimpin hendaklah

menyampaikan keperluan untuk berubah dan bagaimana

untuk perubahan dapat dicapai dengan jayanya dengan

jelas dan mempastikan kepentingan semua pihak tidak

terabai.

Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya

(samb.)

2. mencipta visi

pemimpin organisasi hendaklah menyampaikan suatu visi

yang jelas menerangkan apa yang cuba dicapai melalui

usaha perubahan itu.

Visi hendaklah jelas menunjukkan bagaimana pencapaian

visi itu dapat menambahbaik organisasi.

Visi hendaklah relevan dan realistik. Selalunya visi

diterangkan dalam bentuk penghasilan keseluruhan

(perubahan keseluruhan) yang akan dicapai oleh semua

bahagian dalam organisasi, termasuk matlamat & objektif

yang berkaitan untuk mencapai hasil.

Page 10: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

10

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

3. membina sokongan politik

fasa ini jika tidak diberi perhatian kadangkala boleh

menghalang dari kejayaan sesuatu perubahan

politik dalam organisasi adalah berkaitan dengan kuasa

dalam kalangan ahli-ahli organisasi yang penting untuk

menjayakan tugas masing-masing.

Kuasa boleh terhasil dari kredibiliti, samada dari

kepakaran atau integriti (kesepaduan) mahupun dari

bidang kuasa kedudukannya dalam organisasi.

Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya

(samb.)

3. membina sokongan politik (samb.)

Perubahan selalunya membawa maksud anjakan dalam

kuasa merentas tahap pengurusan, fungsi, dan kumpulan.

Untuk berjaya, usaha peurbahan mestilah membina

sokongan semua yang mempunyai kuasa utama

contohnya pengurusan senior, pakar dalam bidang-

bidang tertentu, dan mereka yang dikenalpasti

mempunyai kepakaran dan integriti.

Cadangan dari pihak yang mempunyai kuasa-kuasa

utama dalam organisasi hendaklah diberi perhatian

segera dan dikenalpsti tindakan yang perlu

Page 11: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

11

Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang Berjaya

(samb.)

4. Mengurus transisi (peralihan)

Fasa ini berlaku bila organisasi berusaha untuk membuat

peralihan sebenar dari keadaan semasa ke keadaan masa

hadapan.

Juga dikenali sebagai fasa implementasi pelan tindakan.

Pelan itu boleh termasuk pelbagai bentuk ”intervensi”

atau aktiviti yang direka untuk membuat perubahan

dalam organisasi.

Contohnya, membina atau mengubahsuai struktur dan

proses utama dalam organisasi.

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

4. Mengurus transisi (peralihan) (samb.)

Perubahan ini mungkin memerlukan bimbingan

berterusan, latihan, penguatkuasaan polisi dan prosedur

baru.

Komunikasi yang jelas dan berterusan mengenai

keperluan perubahan, status perubahan, dan

penglibatan ahli organisasi yang aktif dalam usaha

perubahan itu hendaklah diteruskan.

Page 12: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

12

Organisasi Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

4. Mengurus transisi (peralihan) (samb.)

Sebaiknya, semua tindakan itu dimasukkan dalam suatu

Pelan Pengurusan Perubahan keseluruhan yang

meliputi objektif spesifik, yang mesti dicapai dalam

tempoh tertentu, dan tanggungjawab untuk mencapai

objektif oleh pihak-pihak tertentu.

Kebiasaannya, perlu ada pengubahsuaian dilakukan

terhadap pelan asal. Persetujuan pihak atasan dalam

organisasi diperlukan dan disampaikan perubahan pelan

ini kepada yang terlibat dan menyatakan alasan bagi

perubahan pelan.

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

5. Mengekalkan momentum

biasanya fasa yang agak sukar dalam pengurusan

perubahan.

Usaha perubahan boleh bertembung dengan pelbagai

halangan, contohnya penolakan dari ahli-ahli organisasi,

perubahan ketua organisasi, pengurangan dalam jualan

dsb.

Page 13: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

13

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

5. Mengekalkan momentum (samb.)

Sokongan yang kuat dan berterusan dari pihak atasan

dalam organisasi adalah penting.

Selain dari itu, mereka yang terlibat secara langsung

terutamanya pekerja-pekerja tertentu perlu terus

memberi sokongan kepada keadaan yang baharu.

Latihan dan bimbingan adalah perlu walaupun

perubahan telah menunjukkan kejayaannya di peringkat

awal.

Organisasi

Keperluan Untuk Perubahan Organisasi Yang

Berjaya (samb.)

5. Mengekalkan momentum (samb.)

Sistem pengurusan prestasi pekerja berperanan penting

dalam fasa ini termasuklah penetapan matlamat,

perkongsian maklumbalas mengenai pencapaian

matlamat, tingkahlaku memberi ganjaran bagi

pencapaian matlamat dan pencapaian perubahan, dan

mengenalpasti isu prestasi.

Page 14: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

14

Sumber Kemahiran

Menguruskan pelbagai perubahan yang ditempuh oleh

organisasi memerlukan kemahiran yang melibatkan

sumber tenaga manusia, sumber-sumber bahan mentah

serta teknologi dan kewangan yang digunakan samada

dalam pengurusan mahupun dalam pengeluaran produk

yang terlibat dalam suatu sistem di dalam organisasi.

Kemahiran Politik

Kemahiran Menganalisis

Kemahiran Kakitangan

Kemahiran Sistem

Kemahiran Perniagaan

Sumber

Kemahiran (samb.)

Kemahiran Politik

Organisasi merupakan suatu sistem social kerana ia

terdiri dari manusia. Kedudukan agen perubahan

dengan mempunyai kepentingan tertentu di dalam

organisasi menentukan tahap penglibatan mereka

dalam politik organisasi. Agen perubahan juga terdedah

kepada kemahiran politik pihak-pihak lain mengambil

peluang untuk kepentingan mereka di dalam organisasi.

Page 15: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

15

Sumber

Kemahiran (samb.)

Kemahiran Menganalisis

Agen perubahan perlu mempunyai kemahiran

menganalisis yang baik. Kesilapan akan berlaku

sekiranya keputusan atau penyelesaian dibuat

berdasarkan kepada jangkaan sahaja.

Kesan dari jangkaan yang tidak tepat akan

memudaratkan sebarang perubahan yang diingini.

Analisis hendaklah disokong dengan justifikasi yang

bersesuaian dengan situasi yang ada dalam organisasi.

Dua aspek kemahiran menganalisis iaitu analisa operasi

aliran kerja dan kemahiran analisa kewangan

Sumber

Kemahiran (samb.)

Kemahiran Kakitangan

Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan

kepercayaan, kakitangan dalam organisasi perlu

mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

Individu hendaklah berupaya untuk mendengar dan

mendengar dengan aktif, menyebut semula,

menjelaskan, mengetuai suatu perbincangan,

mengeluarkan ide, dan membina ide-ide.

Page 16: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

16

Sumber

Kemahiran (samb.)

Kemahiran Sistem

Selain dari mahir dalam penggunaan komputer,

perlu tahu susunatur sumber-sumber dan rutin yang

berlaku dalam penghasilan sesuatu produk

menggunakan sumber-sumber berkenaan.

Operator, komputer, dan peralatan yang terlibat

dalam penghasilan sesuatu produk membentuk

suatu sistem dalam organisasi.

Sumber

Kemahiran (samb.)

Kemahiran Perniagaan

Mesti memahami bagaimana menjalankan perniagaan di organiasai anda berada/bekerja.

Memahami aliran sumber wang: dari mana datangnya sumber wang, ke mana ia pergi, bagaimana mendapatkannya, dan bagaimana menyimpannya.

Perlu tahu tentang pasaran dan pemasaran produk, pembangunan produk, pelanggan, jualan, menjual, menyewa, dll.

Page 17: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

17

Keselamatan dan Kesihatan

Persekitaran Kerja

Kesihatan persekitaran kerja adalah penggalakan dan

pengekalan tahap fizikal, mental dan kesejahteraan

sosial tertinggi pekerja di dalam semua pekerjaan

dengan mengelak penyimpangan dari kesihatan,

mengawal risiko dan adaptasi kerja kepada pekerja, dan

pekerja kepada kerja mereka.

Ia adalah disiplin dengan skop yang meluas melibatkan

banyak bidang yang spesifik

Keselamatan dan Kesihatan Persekitaran Kerja

Matlamat

penggalakan dan pengekalan tahap fizikal, mental &

kesejahteraan sosial tertinggi pekerja di dalam semua

pekerjaan

Pengelakan kesan ke atas kesihatan yang disebabkan oleh

keadaan kerja dalam kalangan pekerja

Perlindungan pekerja dalam pekerjaan mereka dari risiko

yang terhasil dari faktor-faktor yang memberi kesan kepada

kesihatan

Penempatan dan pengekalan pekerja dalam persekitaran

kerja disesuaikan dengan keperluan fizikal dan mental

Adaptasi kerja kepada pekerja

Page 18: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

18

Keselamatan & Kesihatan Persekitaran Kerja

Kepentingannya

Persekitaran kerja hendaklah selamat dan sihat bagi mengelak sebarang penyakit dan kecederaan. Ini adalah untuk kepentingan pekerja itu sendiri. Penyakit dari persekitaran kerja yang tidak sihat memberi kesan buruk yang berpanjangan yang mungkin tidak ditunjukkan di peringkat awal sehinggalah keadaannya teruk.

Selain dari memberi faedah kepada pekerja dan organisasi, ia memberi faedah kepada orang lain yang terlibat dengan aktiviti perniagaan, seperti pelanggan dan pembekal. Pelanggan dan pembekal merasa selamat apabila berurusan dengan syarikat berkenaan.

Keselamatan & Kesihatan Persekitaran

Kerja

Kepentingannya (samb.)

Ia juga memberi faedah kepada organisasi di mana

dapat mengelak kos bagi penyakit dan kecederaan yang

wujud dari persekitaran kerja yang tidak selamat dan

sihat.

Kesihatan dan keselamatan yang baik dapat

menambahbaik reputasi organisasi dengan pelanggan,

pihak kerajaan dan perkerja sendiri. Ini dapat

meningkatkan perniagaan organisasi.

Page 19: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

19

Keselamatan & Kesihatan Persekitaran

Kerja

Kos yang terlibat bagi penyakit dan kemalangan yang

berlaku di tempat kerja

Gaji pekerja yang sakit atau cedera, termasuk kos

mereka yang mengambilalih tugas mereka

Kehilangan produktiviti disebabkan oleh gangguan pada

perniagaan dan penggantian pekerja yang tidak mahir

Kerosakan kepada produk, peralatan atau bangunan

Kos menyiasat dan membetulkan masalah

Denda dan kos perundangan jika didakwa

Keselamatan dan Kesihatan

Persekitaran Kerja

National Institute of Occupational Safety and Health

(NIOSH) di Malaysia

Objektif:

Menjalankan kajian untuk mengurangkan penyakit dan

kecederaan disebabkan kerja

Menggalakkan tempat kerja yang selamat dan sihat

melalui gandingan kerjasama antarabangsa

Page 20: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874182.pdf8/25/2014 4 Pengurusan Perubahan Definisi Pengurusan Perubahan (samb.)

8/25/2014

20

Keselamatan dan Kesihatan

Persekitaran Kerja

Program NIOSH Health Hazard Evaluation (HHE)

Program NIOSH mengenai penilaian terhadap bahaya

kepada kesihatan memberi maklum balas kepada

permintaan untuk penilaian tempat kerja dari majikan,

pekerja, dan wakil mereka, dan juga agensi lain.

Melalui program ini, NIOSH mengenalpasti bahaya

terkini dan menyarankan penyelesaian yang praktikal

dan saintifik yang boleh dijalankan untuk

mengurangkan pendedahan dan mengelakkan penyakit,

kecederaan, dan ketidakupayaan

Keselamatan dan Kesihatan

Persekitaran Kerja

Peranan majikan

Disebabkan pengelakan kemalangan dan penyakit yang

efektif bermula bilamana proses kerja masih di

peringkat rekabentuk, adalah perlu bagi pihak

pengurusan untuk mengambilkira kesan negatif

persekitaran kerja dalam setiap peringkat proses kerja

semasa pembinaan proses berkenaan

Pihak pengurusan hendaklah komited kepada

keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja dan

melibatkan pekerja mereka dalam usaha ini untuk

menjayakan program keselamatan dan kesihatan kerja