fem 4205 : 3 (3+0) pengurusan sumber dalam persekitaran...

16
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Kuliah Tajuk Jam 3. Prinsip dan Teori Perubahan 8 Teori perubahan organisasi Teori Kurt Lewin Tahap perubahan 4. Kesan Persekitaran Berubah 6 Individu dan keluarga Organisasi Masyarakat

Upload: lamdien

Post on 14-Jul-2019

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Kuliah

Tajuk Jam

3. Prinsip dan Teori Perubahan 8

Teori perubahan organisasi

Teori Kurt Lewin

Tahap perubahan

4. Kesan Persekitaran Berubah 6

Individu dan keluarga

Organisasi

Masyarakat

Page 2: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

2

Tajuk 3

Prinsip dan Teori Perubahan

Teori perubahan organisasi

Dalam persekitaran yang berubah, individu mahupun

organisasi perlu juga berubah

Untuk kejayaan jangka panjang, perubahan yang berjaya

boleh digalakkan dan dipermudahkan melalui langkah-

langkah yang sesuai

Perubahan adalah suatu fenomena benar

Ia boleh diperhatikan dan dianalisa melalui pelbagai

langkah atau fasa

Teori perubahan diwujudkan bagi menjawab persoalan

mengenai “ Bagaimana perubahan berjaya dapat

berlaku?”

Page 3: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

3

Teori perubahan organisasi

Terdapat beberapa teori perubahan yang terlibat

Teori Perubahan Tiga-Langkah Lewin (Teori Kurt Lewin)

Teori Perubahan Fasa Lippitt

Teori Perubahan Prochaska dan DiClemente

Teori Kognitif Sosial

Teori Tingkahlaku Dirancang dan Tindakan Bersebab

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin

Teori Kurt Lewin :

Kurt Lewin (1951) memperkenalkan model perubahan

tiga-langkah

Tingkah laku dilihat sebagai daya dinamik seimbang

yang bekerja dalam arah bertentangan

Daya penggerak memudahkan perubahan dengan

mengaruh tingkahlaku pekerja ke arah yang dikehendaki

Daya kekangan (penahan) menyekat perubahan dengan

mengaruh tingkah laku pekerja ke arah berlawanan

Model ini boleh menganjak keseimbangan dalam arah

perubahan yang dirancang.

Page 4: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

4

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin

Langkah Pertama

Langkah pertama dalam proses tingkah laku berubah

adalah untuk menyahbeku keadaan sedia ada (status

quo)

‘Status quo’ adalah keadaan keseimbangan

Menyahbeku adalah perlu bagi mengatasi kekangan

terhadap halangan individu dan keakuran (penyesuaian)

kumpulan

Menyahbeku boleh dicapai melalui 3 kaedah

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin

3 kaedah untuk langkah pertama iaitu menyahbeku:

Pertama: Meningkatkan daya penggerak yang

mengarahkan tingkah laku jauh daripada keadaan sedia

ada atau status quo

Kedua: Mengurangkan daya kekangan yang menghalang

pergerakan daripada keadaan keseimbangan sedia ada

Ketiga: Mencari gabungan dua kaedah di atas

Page 5: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

5

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin

Antara aktiviti yang membantu langkah menyahbeku:

Memotivasikan individu dengan menyediakan mereka

untuk perubahan

Membina kepercayaan dan penghargaan untuk

keperluan kepada perubahan

Menyertai dengan aktif dalam mengenalpasti masalah

dan sumbangsaran penyelesaian dalam sesuatu

kumpulan

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin Langkah kedua

Langkah pergerakan di mana perlu untuk menggerak

kan sistem sasaran kepada keseimbangan baru

Tiga tindakan yang membantu pergerakan adalah

memujuk individu/pekerja untuk bersetuju dengan

status quo itu adalah tidak menguntungkan mereka

menggalakkan mereka untuk melihat masalah dari

perspektif baharu, sama-sama bekerja untuk

menghasilkan maklumat baru dan relevan,

menjalinkan pandangan kumpulan kepada pemimpin

yang dihormati & berkuasa yang menyokong perubahan

Page 6: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

6

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin

Langkah Ketiga:

Langkah membeku semula.

Ia perlu setelah perubahan dilaksanakan supaya

perubahan dapat dikekalkan dan individu/pekerja tidak

berubah semula ke keadaan sebelumnya

Langkah ini adalah untuk menstabilkan keseimbangan

baru yang terhasil dari perubahan itu dengan

menyeimbangkan kedua-dua daya penggerak dan daya

kekangan

Teori perubahan organisasi:

Teori Kurt Lewin Langkah Ketiga: (samb.)

Satu tindakan yang boleh diambil dalam langkah ini

adalah menguatkuasakan pola baru dan menginstitusikan

(membudayakan) ia melalui mekanisma formal dan tidak

formal termasuk melalui prosedur dan dasar

Oleh itu teori Kurt Lewin menggambarkan kesan daya-

daya (daya penggerak) yang mengaruh atau menghalang

perubahan (daya kekangan)

Perubahan berlaku bilamana kekuatan gabungan suatu

daya melebihi dari kekuatan gabungan daya bertentangan

Page 7: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

7

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt

Lippit, Watson dan Wesley (1958) melanjutkan Teori

Perubahan Tiga-Langkah Lewin

Membina teori tujuh-langkah yang memfokus lebih

kepada peranan dan tanggungjawab agen perubahan

berbanding evolusi perubahan itu sendiri

Maklumat saling bertukar secara berterusan sepanjang

proses

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt

Tujuh langkah itu adalah:

1. Mengenalpasti masalah

2. Menilai motivasi dan kemampuan untuk berubah

3. Menilai sumber dan motivasi bagi agen perubahan. Ini

termasuk penglibatan agen perubahan kepada

perubahan, kuasa dan stamina

4. Memilih objek perubahan yang progresif. Pelan

tindakan dibina dan strategi dibuat

Page 8: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

8

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt

5. Peranan agen perubahan hendaklah dipilih dan

difahami dengan jelas oleh semua pihak supaya

jangkaan adalah jelas. Contoh peranan: fasilitator, pakar

6. Mengekalkan perubahan. Komunikasi, maklumbalas,

dan koordinasi kumpulan adalah unsur perlu dalam

langkah ini

7. Secara beransur-ansur menarik diri dari hubungan

memberi bantuan. Agen perubahan hendaklah menarik

diri dari peranan mereka dalam tempoh masa itu. Ini

boleh berlaku bilamana perubahan itu menjadi

sebahagian budaya organisasi atau individu

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Fasa Lippitt

Perubahan itu boleh menjadi stabil jika perubahan itu

disebarkan ke sistem bersebelahan atau kepada

bahagian lain dalam sistem sejurus selepas berubah

Perubahan akan lebih berkekalan

Contoh: individu menemui masalah lain dalam cara

yang sama; masalah yang sama tersebar ke bahagian lain

dalam perniagaan yang sama

Lebih luas perubahan itu tersebar, lebih

berkemungkinan tingkah laku itu dianggap sebagai

normal

Page 9: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

9

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Prochaska & DiClemente menyatakan suatu siri

peringkat yang pelbagai dilalui oleh individu bila

berlakunya perubahan

Peringkat itu yang dibincangkan dalam teori ini adalah

pra-pertimbangan, pertimbangan, persediaan, tindakan

dan penyelenggaraan

Peringkat ini dilalui secara kitaran dan bukannya linear

kerana kebanyakan individu berulang dalam usaha

mereka untuk berubah, dan tidak mengekalkan hasil

perubahan berkenaan

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Aspek pertama model menunjukkan pergerakan dari

pra-pertimbangan kepada pertimbangan sesuatu isu

Pra-pertimbangan wujud bilamana individu tidak

menyedari atau gagal mengenalpasti masalah

Individu di peringkat ini tidak hendak berubah tingkah

laku mereka dan menegaskan bahawa tingkah laku

mereka adalah normal

Page 10: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

10

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Peringkat Pertimbangan

Peringkat pertimbangan wujud bila individu

menimbulkan kesedarannya terhadap isu atau masalah

Individu di peringkat ini memikirkan untuk mengubah

tingkah laku mereka, tetapi tidak bersedia untuk terlibat

dalam proses perubahan itu lagi

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Peringkat persediaan

Persediaan berlaku bilamana individu bersedia untuk

mengubah tingkah laku dan merancang untuk berbuat

demikian dalam tempoh masa yang singkat (contohnya 2

minggu)

Individu ini memerlukan kaunseling, sokongan sosial,

dan bantuan dalam menyelesaikan masalah semasa

proses perubahan

Pringkat tindakan menyusul selepas peringkat ini

Page 11: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

11

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Peringkat tindakan

Peringkat ini dicirikan oleh peningkatan dalam

keupayaan menghadapi perubahan tingkah laku dan

individu mula terlibat dalam aktiviti perubahan

Peringkat penyelenggaraan

Tindakan untuk mengukuhkan perubahan dilakukan

seiring dengan penubuhan suatu perubahan tingkah laku

yang baharu kepada gaya hidup dan norma individu.

Kaunseling diperlukan untuk mengelak dari berulangnya

proses perubahan bagi memastikan perubahan jangka

panjang yang berjaya

Teori perubahan organisasi: Teori Perubahan Prochaska & DiClemente

Dalam model kitaran ini, individu boleh keluar dari

mana-mana peringkat bila-bila masa sekiranya mereka

tidak bersedia untuk berubah

Model ini mengambil kira ulangan tingkah laku atau

kembali ke tingkah laku asal

Dalam keadaan tingkah laku berulang, individu boleh

mengikuti semula peringkat pertimbangan dan bersedia

untuk tindakan di masa hadapan

Kebanyakan individu belajar dari proses tingkah laku

berulang untuk berubah menjadi individu yang lebih

baik

Page 12: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

12

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Teori ini sebelum ini dinamakan teori pembelajaran

sosial, menyarankan bahawa perubahan tingkah laku

mendapat kesan dari pengaruh persekitaran, faktor

peribadi, dan sifat dari tingkahlaku itu sendiri

Individu mesti mempunyai kemujaraban-diri (self-

efficacy) – percaya mengenai kebolehan diri untuk

melakukan tingkah laku itu dan mestilah mempunyai

tanggapan bahawa terdapat insentif untuk berbuat

demikian

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Individu bertindak mengikut sepertimana tanggapan

mereka terhadap akibat dari tingkah laku mereka

Dengan itu, untuk pembelajaran sosial berlaku,

jangkaan positif individu terhadap tingkah laku itu

hendaklah melebihi jangkaan negatif

Akibat atau hasilnya boleh dikelaskan sebagai

mempunyai manafaat segera seperti merasa bertenaga;

bagi manafaat jangka panjang adalah mengalami

kesihatan yang lebih baik

Page 13: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

13

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Kemujaraban-diri adalah merupakan ciri penting yang

menentukan perubahan tingkah laku seseorang

disebabkan hasil yang dijangkakan ditapis melalui

tanggapan yang ia boleh melakukan tingkah laku

berkenaan pada mulanya

Kemujaraban-diri boleh ditingkatkan melalui 3 cara

iaitu memberi arahan jelas, menyediakan peluang

pembangunan kemahiran atau latihan, dan

menggunakan model bagi tingkah laku yang diingini

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Dalam melaksanakan program latihan pekerja, terdapat

4 proses yang dijalankan yang boleh meningkatkan

kemungkinan kejayaan dengan berkesan

Ini termasuk:

proses memberi perhatian

proses pembendungan

proses penghasilan-semula motor

proses pengukuhan

Page 14: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

14

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Proses memberi perhatian

Proses ini mengambilkira keadaan di mana individu

belajar dari seseorang model bilamana mereka boleh

berhubung dengan model itu dan memberi perhatian

kepada perkara-perkara berkaitan model berkenaan

Individu mudah terpengaruh sekiranya model itu

bersih, menarik, memikat, menarik perhatian, dan

berkait dengan sesuatu yang mereka ambil berat

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Proses pembendungan

Proses ini mengambil kira sejauh mana individu boleh

mengingati model dan ciri-cirinya

Proses penghasilan-semula motor

Proses ini menggambarkan seseorang individu boleh

menukar pemerhatian kepada perlakuan

Page 15: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

15

Teori perubahan organisasi: Teori Kognitif Sosial

Proses pengukuhan

Proses ini digunakan bila individu mengubah tingkah

laku disebabkan ganjaran dan insentif positif

Tingkah laku yang berubah yang disasarkan akan diberi

perhatian khusus, ganjaran yang lebih baik, dan

dilakukan lebih kerap

Untuk lebih efektif, model hendaklah mendapatkan

kepercayaan dan penghargaan dari pemerhati

Begitu juga, model hendaklah tidak menunjukkan

tingkah laku yang mana pemerhati merasa tidak boleh

dicapai

Teori perubahan : Teori Tingkahlaku Dirancang & Tindakan Bersebab

Teori ini menyatakan bahawa prestasi individu bagi

tingkah laku tertentu ditentukan pada asasnya oleh

kehendak individu untuk melakukan tingkah laku

berkenaan

Terdapat dua faktor utama yang membentuk kehendak

individu

Page 16: FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran ...vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem4205_1551874077.pdfTeori perubahan organisasi: Teori Kurt Lewin Langkah kedua Langkah pergerakan

8/25/2014

16

Teori perubahan : Teori Tingkahlaku Dirancang & Tindakan Bersebab

Faktor Pertama:

Sikap individu terhadap tingkah laku yang diingini

hendaklah positif untuk perubahan berlaku

Faktor Kedua:

Pengaruh persekitaran sosial individu berkenaan atau

norm subjektif.

Ini termasuk kepercayaan rakan sebaya dan apa yang

mereka percaya individu patut lakukan; dan juga

motivasi individu untuk mematuhi/bersetuju dengan

pendapat rakan sebaya.

Ulasan Terhadap Teori Kurt Lewin

Teori ini adalah terlalu rasional, dan berorientasikan

matlamat dan perancangan

Perubahan yang berlaku kelihatan berada pada tahap

perubahan yang baik kerana ia rasional

Dalam keadaan sebenarnya, kekurangan dalam

mengambilkira perasaan dan pengalaman manusia akan

memberikan kesan negatif

Individu/pekerja mungkin terlalu teruja dengan sesuatu

perubahan baharu sehingga membelakangkan perasaan,

sikap atau pengalaman lepas individu/pekerja lain

Akibatnya, mereka berhadapan dengan halangan atau

kekurangan semangat untuk berubah