fem 4205 : 3 (3+0) pengurusan sumber dalam persekitaran...

32
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Kuliah Tajuk Jam 5. Pengurusan Perubahan 10 Organisasi Sumber Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja 6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran Kehidupan 6 Penggunaan lestari Polisi dan perundangan

Upload: duongque

Post on 11-Jul-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Kuliah

Tajuk Jam

5. Pengurusan Perubahan 10

Organisasi

Sumber

Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja

6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran

Kehidupan 6

Penggunaan lestari

Polisi dan perundangan

8/25/2014

2

Tajuk 6

Keselamatan dan

Kesihatan Persekitaran

Kehidupan

Penggunaan Lestari

Simposium Oslo1994 mencadangkan definisi praktikal

sebagai

‘penggunaan barangan dan perkhidmatan yang

merupakan maklum balas keperluan dan membawa

kepada kualiti hidup yang lebih baik, dengan

meminimakan penggunaan sumber-sumber semulajadi,

bahan toksik dan pelepasan bahan buangan dan bahan

pencemar di sepanjang kitaran hidup, supaya tidak

merencatkan keperluan generasi masa hadapan’

8/25/2014

3

Penggunaan Lestari

Konsep ini meliputi komponen:

memenuhi keperluan

meningkatkan kualiti hidup

menambahbaik kecekapan sumber

meningkatkan penggunaan sumber-sumber tenaga yang

boleh diperbaharui

meminimakan bahan buangan

menggunakan perspektif kitaran hidup dan

mengambikira dimensi ekuiti (ekuiti sosial)

Penggunaan Lestari

Cabarannya untuk mengintegrasikan semua komponen

berkenaan:

bagaimanakah untuk menghasilkan perkhidmatan yang

sama atau yang lebih baik untuk memenuhi keperluan

asas kehidupan dan di masa yang sama mencapai

aspirasi untuk penambahbaikan bagi kedua-dua generasi

kini dan masa hadapan, berterusan dalam

mengurangkan kerosakan persekitaran dan risiko

kepada kesihatan manusia.

8/25/2014

4

Penggunaan Lestari

Konsep penggunaan lestari timbul hasil dari senario-

senario yang berlaku masa kini: (Robins and Roberts,

1998) Consumption in a Sustainable World

Kerosakan persekitaran

Kemiskinan

Kesihatan

Kecekapan ekonomi

Perubahan persekitaran global

Kualiti hidup

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

1. Kerosakan persekitaran

Proses pengeluaran, penggunaan dan pembuangan

banyak barangan dan perkhidmatan menyebabkan

masalah persekitaran yang teruk seperti pengurangan

sumber, pembaziran tenaga, pencemaran udara, air dan

tanah, dan berlakunya peningkatan dalam bahan

buangan pejal, toksik, dan merbahaya.

8/25/2014

5

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

2. Kemiskinan

Terdapat golongan yang hidup mewah dengan

limpahan sumber dan barangan namun terdapat

golongan yang masih kekurangan akses kepada bekalan

air bersih dan selamat, kebersihan yang mencukupi,

tenaga dan makanan berzat.

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

3. Kesihatan

Pengeluaran banyak barangan pengguna menyebabkan

gejala kerosakan yang teruk kepada kesihatan manusia

melalui pencemaran air dan udara.

Pencemaran boleh menyebabkan kematian pra-matang,

begitu juga dengan penyakit-penyakit yang terhasil dari

kehidupan yang mewah dengan pelbagai barangan

pengguna.

8/25/2014

6

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

4. Kecekapan ekonomi

Model pembangunan konvensional cuba mengusahakan

supaya lebih ramai orang boleh dilibatkan dalam

ekonomi pengguna melalui pertumbuhan ekonomi.

Ini akan menyebabkan perubahan kepada agihan dan

corak penggunaan, yang boleh lebih menghasilkan kos

yang efektif dan kecekapan sumber.

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

5. Perubahan persekitaran global

Penggunaan tenaga bagi sektor industri, perdagangan

dan domestk, terutamanya dalam sektor pengangkutan,

merupakan punca utama bagi gas rumah-hijau

Manakala sistem penghawa-dingin dan peti ais adalah

penyebab yang ketara bagi pengurangan ozon.

Ancaman kepada persekitaran global ini dapat diatasi

melalui perubahan dalam rekabentuk dan pembinaan

bangunan dan sistem pengangkutan.

8/25/2014

7

Penggunaan Lestari

Senario-senario (samb.)

6. Kualiti hidup

Peningkatan dalam kesediaan bahan-bahan untuk

digunakan tidak semestinya membawa kepada kualiti

hidup yang lebih baik disebabkan oleh penyusutan

dalam persekitaran manusia dan renggangnya hubungan

sosial.

Penggunaan Lestari

Tiga aspek penting penggunaan lestari

Penggunaan yang kurang

Penggunaan yang mesra-eko

Penggunaan yang mesra-tradisi

8/25/2014

8

Penggunaan Lestari

Penggunaan yang kurang

Melibatkan pengurangan yang ketara dalam

penggunaan.

Satu alasan bagi tindakan ini adalah bagi

memberhentikan pengurangan sumber-sumber dan

memberikan peluang kepada mereka yang tidak

memperoleh sumber berkenaan.

Penggunaan Lestari

Penggunaan yang mesra-eko

Merujuk kepada corak penggunaan yang tidak

membawa bencana kepada biosfera.

Meliputi tingkah laku seperti mengelak dari

menggunakan bahan isirumah yang mempunyai bahan

kimia yang merbahaya, mengasingkan dan mengitar

semula bahan buangan serta memberi keutamaan

kepada produk yang dihasilkan secara mesra-alam.

Pencemaran dan penghasilan karbon dioksida perlu

dititikberatkan.

Perlu menghormati alam sekitar dan menjalami

kehidupan secara semulajadi.

8/25/2014

9

Penggunaan Lestari

Penggunaan yang mesra-tradisi

Merujuk kepada kecitaan untuk barangan gaya lama dan

yang dihasilkan secara tradisional. Individu lebih gemar

kepada produk lama yang mempunyai jangka hayat yang

panjang berbanding produk elektronik yang moden.

Individu lebih gemar untuk membeli makanan yang

dihasilkan secara biologi, contohnya yang dihasilkan

oleh pekebun kecil secara tempatan dan dipasarkan di

kedai runcit.

Penggunaan Lestari

Peranan Pelbagai Pihak

1. Kerajaan/Penggubal polisi

Perlunya kepada pembentukan semula polisi-polisi

untuk mempastikan barangan dan perkhidmatan

mengambilkira kos ke atas persekitaran dan dengan itu

merangsangkan penggunaan yang lebih lestari.

Di masa yang sama, negara masih meningkatkan

pendapatan dan keluaran negara kasar.

Adalah mungkin untuk meningkatkan pendapatan

sambil mengurangkan penggunaan sumber.

8/25/2014

10

Penggunaan Lestari

Peranan pelbagai pihak (samb.)

2. Individu dan keluarga

Individu dan keluarga perlu mengutamakan kelestarian

dalam penggunaan masing-masing.

Barangan yang boleh diguna semula digalakkan untuk

di kitar semula supaya dapat mengurangkan proses

pengeluaran barangan berkenaan, dan dengan itu dapat

mengurangkan penggunaan sumber-sumber

semulajadinya.

Penggunaan Lestari

Peranan pelbagai pihak (samb.)

2. Individu dan keluarga (samb.)

Elakkan pembaziran dan gunakan seminima mungkin

bahan-bahan terutamanya yang melibatkan sumber-

sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Menjalani gaya hidup yang menekankan nilai perpaduan

sosial, tradisi tempatan dan nilai tidak berorientasikan

materialistik

8/25/2014

11

Penggunaan Lestari

Peranan pelbagai pihak

3. Industri

Perlunya ada inovasi dalam penghasilan produk di mana

produk yang dihasilkan melibatkan sumber-sumber

semulajadi yang minima atau tiada langsung

menggunakannya.

Proses penghasilan sesuatu produk juga hendaklah

ditumpukan kepada pemilihan proses yang melibatkan

sumber-sumber semulajadi yang minima, dan mesra-

alam.

Polisi dan Perundangan

Dasar Pengguna Negara (DPN)

KENYATAAN DASAR

Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan

keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan

di antara pengguna, pembekal/pengilang dan kerajaan

dalam melaksanakan peranan masing-masing,

menggalakkan penggunaan lestari (sustainable

consumption) di kalangan pengguna dan

pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan

Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan

Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan

pengguna dalam era globalisasi.

8/25/2014

12

Polisi dan Perundangan Dasar Pengguna Negara (DPN) (samb.)

memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak,

perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan

pembekal/pengilang

kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan

pengguna yang berkesan

pengguna melalui kesedaran hak dan tanggungjawab

mewujudkan susasana harmoni untuk menggalakkan

keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna,

pembekal/pengilang dan kerajaan dengan memantapkan

bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan,

kesihatan, kemudahan awam & bidang yang berkaitan.

Polisi dan Perundangan

Objektif DPN

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan

Bertanggungjawab

Pendidikan

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang

Pengilang dan Kerajaan

8/25/2014

13

Polisi dan Perundangan

OBJEKTIF (samb.)

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Mempastikan tahap perlindungan pengguna yang

terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri

dan aspek perundangan.

Perlu ada peruntukan yang melindungi pengguna,

tindakan yang munasabah terhadap kecurangan

pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian

perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Polisi dan Perundangan

OBJEKTIF (samb.)

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan

Bertanggungjawab

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan

bertanggungjawab dalam aspek yang melibatkan

pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi,

penentuan harga dan pemasaran barangan serta

perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang.

Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan

perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan

kesejahteraan pengguna.

8/25/2014

14

Polisi dan Perundangan

OBJEKTIF (samb.)

Pendidikan

Mempastikan pendidikan pengguna yang berterusan

diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan

diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan

tidak formal.

Memberi pendidikan pengguna di kalangan

pembekal/pengilang mengenai peranan dan

tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha

untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Polisi dan Perundangan

OBJEKTIF (samb.)

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari

(sustainable consumption) di kalangan pengguna,

pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin

kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era

globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

8/25/2014

15

Polisi dan Perundangan

OBJEKTIF (samb.)

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang

Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna,

pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak

mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu

mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah

satu dasar iaitu DPN.

Polisi dan Perundangan

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan

Pengguna (KPDNKK)

Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di

Kementeriannya supaya tindakan yang berkesan dapat

dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh

Persatuan Pengguna.

Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke

semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah

yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan

perdagangan yang tidak bertanggungjawab.

8/25/2014

16

Polisi dan Perundangan

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan

Pengguna (samb.)

Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira

kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan

penggunaan lestari.

Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan

pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin

kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan

Jangkaan perkaitan di antara keduanya mengikut dua pandangan:

1. Pandangan ‘hijau’:

Penggunaan lestari menghasilkan suatu kehidupan yang lebih memuaskan, untuk generasi sekarang dan masa datang.

Pengurangan amaun penggunaan perubahan kepada komposisi penggunaan yang berbeza memberi kesan positif kepada kebahagiaan.

8/25/2014

17

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1a. Bahagia dengan penggunaan yang kurang:

Penggunaan yang banyak dan peningkatan dalam bekalan

bahan dan barangan membuatkan kehidupan kurang

memuaskan

Sebab:

barangan pengguna yang moden memberikan

‘keselesaan’ yang palsu dan kurang kepuasan dalaman

dari segi cabaran

Tekanan untuk mengekalkan penggunaan barangan

tertentu menyebabkan kekurangan masa untuk bersama

rakan dan saudara

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1a. Bahagia dengan penggunaan yang kurang (samb.)

Kekecewaan dalam memperoleh wang bagi mengekalkan

tahap hidup tertentu,

Melibatkan tekanan hidup di mana kerja bukanlah

merupakan sesuatu yang menyeronokkan

Kehendak pengguna tidak menunjukkan keperluan

pengguna sebenarnya,oleh itu tidak membawa kepada

kebahagiaan.

Kesedaran terhadap pengurangan sumber yang tidak boleh

diperbaharui boleh menggugat kesejahteraan generasi akan

datang, maka pengguna merasa kurang bahagia

8/25/2014

18

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1b. Bahagia dengan penggunaan mesra-eko:

Bahagia dengan penggunaan mesra-eko ini melibatkan

jangka panjang.

Penggunaan lestari adalah sebagai satu cara untuk

mengurangkan degradasi biosfera, yang mengurangkan

kebahagiaan generasi masa datang.

Perbandaran yang berterusan mengurangkan hubungan

dengan alam semulajadi dan mengurangkan

kebahagiaan dalam jangka panjang.

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1b. Bahagia dengan penggunaan mesra-eko (samb.):

Mengikut teori ‘Biophilia” evolusi menyebabkan

kecenderungan untuk ke arah kehijauan dan

persekitaran terbuka, dan dengan itu tidak boleh

bertahan dengan bandar moden.

Persepsi bahawa barangan mesra-eko adalah lebih sihat

terutamanya makananorganik

8/25/2014

19

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1c. Bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi:

Barangan yang mengambil masa lama untuk disiapkan

lebih memberi kepuasan berbanding

barangan/makanan yang dihasilkan secara banyak dan

moden. Cth. Baca buku lebih rasa puashati berbanding

melayari internet

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

1c. Bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi (samb.):

Kebahagiaan bukan sahaja diperolehi dalam penggunaan barangan tradisi tetapi dalam pengeluarannya. Cth. Kraftangan tradisional lebih memberi kepuasan kepada pembuatnya dan mereka yang melihatnya.

Penggunaan mesra-eko ini dilihat sebagai satu cara untuk mengekalkan masyarakat baik yang lama yang dianggap lebih baik kehidupannya berbanding masyarakat moden

8/25/2014

20

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

2. Pandangan ‘tamak”;

2a. Bahagia dengan penggunaan yang lebih:

Kebahagiaan dikaitkan dengan tahap hidup yang tinggi di

mana pembelian barangan yang banyak diaruh oleh

anggapan bahawa ini membuat mereka lebih puashati spt

memberi barangan tahan lama iaitu rumah, dan

berbelanja untuk percutian. – ini mengikut teori ekonomi

iaitu lebih bahagia dengan penggunaan lebih, walaupun

utiliti marginal mungkin berkurang

Ini disebabkan oleh pandangan terhadap masa hadapan

di mana kemajuan saintifik dan pasaran yang rasional

memberikan pilihan untuk sumber yang berkurang.

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

2b. Tidak bahagia dengan penggunaan mesra-eko:

Menganggap pengguna adalah rasional dan tahu yang terbaik untuk mereka.

Oleh itu tidak perlu untuk mendesak pengguna membeli barangan ‘hijau’ untuk kebahgiaan mereka.

Sekiranya mereka tidak mahu membeli barangan hijau, ini tidak akan menyumbang kepada kebahagiaan mereka

Kesan jangka-panjang mengikut pandangan ‘tamak’ ini tidak penting disebabkan walaupun bahan kimia memberi kesan buruk dalam jangka panjang, ini boleh diatasi dengan perundangan dan teknologi yang akan dihasilkan. Pengeluar juga akan cuba untuk mengurangkan kesan buruk ini.

8/25/2014

21

Penggunaan Lestari dan

Kebahagiaan (samb.)

2c. Tidak bahagia dengan penggunaan mesra-tradisi:

Spt mana dibincang di atas, produk tradisional jug

tidak menyumbang kepada kebahagiaan. Ia akan

menjadi barangan ketinggalan zaman dan tidak

diperlukan dengan adanya barangan moden

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Di pihak pengguna:

Kompleksiti Penggunaan

Limitasi Cara Perolehan Maklumat

Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik

Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari

8/25/2014

22

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Kompleksiti Penggunaan:

Penggunaan yang kompleks dari segi barangan &

infrastruktur

Individu menggunakan barangan/perkhidmatan untuk

memenuhi fungsi dan kualiti, juga untuk nilai simbolik

atau nilai identiti. Ini menghasilkan suatu dunia sosial

tertentu untuk mereka hidup

Penggunaan individu dan bandingannya dengan orang

lain membawa kepada kesejahteraan

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Kompleksiti Penggunaan (samb.):

Begitu juga, pilihan pengguna bergantung juga kepada

kesediaan barangan/infrastruktur dan norma sosial

Selain itu faktor pelbagai budaya dan tahap

individualistik dalam masyarakat juga berperanan dalam

pilihan pengguna

Walaupun pengguna cuba untuk melaksanakan

penggunaan lestari, mereka menghadapi konflik

disebabkan penggunaan tidak sepenuhnya merupakan

pilihan mereka semata-mata.

8/25/2014

23

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Limitasi Cara Perolehan Maklumat:

Untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah corak

penggunaan, perlu diperoleh maklumat yang sesuai oleh

pengguna.

Walaupun maklumat telah diberikan kepada pengguna,

masih terdapat tindakan yang kurang dalam amalannya.

Ini boleh disebabkan oleh limitasi kognitif untuk

mengambil tindakan dan juga oleh pengaruh emosi

dalam situasi pembelian.

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Limitasi Cara Perolehan Maklumat (samb.)

Satu cara perolehan maklumat mengenai impak

sekitaran dan sosial oleh sesuatu produk adalah melalui

pelabelan-eko. Ini kadangkala boleh mengelirukan

pengguna.

Produk berkenaan mungkin tidak sepenuhnya mesra-

eko disebabkan terdapat beberapa peringkat dalam

proses pengeluarannya adalah tidak mesra-eko.

Contohnya sumber bahan mentah yang digunakan

adalah tidak mesra-eko dan tidak disedari/diketahui

oleh pengeluar

8/25/2014

24

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Limitasi Cara Perolehan Maklumat (samb.)

Maklumat yang tidak lengkap berkaitan dengan

deklarasi mesra-eko menghasilkan pilihan yang

sebenarnya tidak bijak bagi pengguna

Ramai pengguna cenderung membeli produk berkenaan

dan dalam kuantiti yang banyak. Ini akan menyebabkan

peningkatan penggunaan.

Sebaliknya, disetengah tempat, pemahaman mengenai

mesra-eko masih rendah dan pengguna tidak cenderung

menggunakannya

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik:

Walaupun terdapat peningkatan dalam proses

pengeluaran dan penghasilan produk melalui

kecekapan-eko dan pengurangan bahan-bahan mentah,

KNK meningkat dengan kadar lebih tinggi berbanding

peningkatan dalam kecekapan-eko

Oleh itu sebenarnya tahap penggunaan meningkat

dengan kadar lebih tinggi berbanding peningkatan

dalam proses penghasilan produk dan produk itu

sendiri dari segi kesan terhadap persekitaran

8/25/2014

25

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.):

Lebih ramai orang menjadi pengguna dan menjadi

pengguna kepada pelbagai jenis produk

Ini boleh disebabkan oleh peningkatan populasi dan

tahap kemewahan

Juga didapati, negara sedang membangun juga

mempunyai pengguna yang setanding dengan negara

membangun

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.):

Selain tahap penggunaan, corak penggunaan juga

meningkat menghasilkan impak kepada persekitaran

dan sosial

Contoh: produk menjadi lebih besar dan pengguna

mempunyai beberapa versi produk yang serupa, juga

beberapa versi produk mewah

Kesan globalisasi pula menyebabkan pengguna di

bahagian lain dunia dapat menggunakan makanan

(buah) dan melancong ke pelbagai tempat di pedalaman

negara lain

8/25/2014

26

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Tahap Penggunaan dan Kesan Berbalik (samb.):

Penghasilan produk di negara lain yang lebih murah

(kos bahan mentah dan tenaga kerja yang murah)

menjadikan produk itu lebih murah digunakan/beli

Kesan berbalik yang timbul adalah: peningkatan dalam

kecekapan membawa kepada peningkatan penggunaan.

Penghasilan boleh berlaku dalam kuantiti yang banyak

dan dengan itu wujud kesediaan produk di pasaran

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari:

Ini melibatkan kepentingan oleh pihak peniaga/industri dan

kerajaan dalam penggunaan yang sedia ada

Peningkatan berterusan dalam ekonomi bergantung kepada

pengeluaran dan penggunaan yang intensif dari segi bahan

dan tenaga.

Bagi industri, penghasilan produk bagi memenuhi

permintaan pengguna adalah merupakan suatu yang

mengaruh semua aktiviti mereka. Perlunya kepada

peningkatan permintaan berterusan. Ini menggambarkan

pertumbuhan dan pembangunan sesuatu industri

8/25/2014

27

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Sokongan Kepada Penggunaan Tidak Lestari (samb.):

Pihak industri cenderung mengekalkan harga murah produk

(bagi meningkatkan permintaan) walau dengan apa cara

sekalipun, termasuk sumber yang murah, tenaga kerja yang

murah, persekitaran kerja yang kurang baik.

Mengambil peluang dari perundangan dan peraturan yang

longgar untuk menyeludup produk yang tidak mesra-eko

Kerajaan pula mengambilkira kehendak pengundi yang

mahukan produk murah oleh itu mungkin mengabaikan

penguatkuasaan polisi tertentu mengenai kelestarian

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Di pihak peniaga/industri:

Kurang maklumat mengenai apa yang merupakan

lestari

Maklumat yang sedikit boleh dimuatkan pada label

Perlakuan pengguna

Pertalian di antara pembekal

8/25/2014

28

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Kurang maklumat mengenai apa yang merupakan lestari:

Takrifan kelestarian berbeza dalam kalangan organisasi.

Salahfaham dari segi lestari di pihak industri

menyebabkan syarikat yang mengiklankan barangannya

sebagai barangan lestari mungkin terdedah kepada

kempen negatif oleh pertubuhan bukan kerajaan atau

aktivis lestari – jualan terjejas

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Maklumat yang sedikit boleh dimuatkan pada label:

Tidak banyak maklumat yang boleh dimuatkan pada

label barangan atau dalam iklan mengenai perkhidmatan

sesuatu syarikat.

Contohnya tidak semua maklumat mengenai tenaga dan

pengeluaran boleh dimaklumkan.

Oleh itu pengguna hanya boleh keputusan berdasarkan

maklumat yang sedikit/tak mencukupi

8/25/2014

29

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Perlakuan pengguna:

Sebahagian besar dari pengguna mendakwa menekankan

kepada pemilihan barangan yang lestari, sedangkan dalam

keadaan sebenarnya kurang dari 10% sahaja yang membeli

barangan lestari.

Harga belian barangan masih menjadi fokus utama dalam

pemilihan barangan dan merupakan sumber bagi kelebihan

persaingan (competitive advantage). Pengguna masih tidak

mahu berbelanja lebih untuk barangan beretika

Oleh itu, pengeluar hanya cenderung mengeluarkan

barangan lestari mengikut pilihan atau permintaan

pengguna

Cabaran Untuk Penggunaan Lestari

Pertalian di antara pembekal:

Wujudnya rakan perkongsian jangka-panjang dalam

kalangan pembekal. Oleh itu mereka biasanya ada visi

yang sama dan jaminan dari segi kesinambungan

operasi perniagaan.

Tetapi dalam hal lestari, ia melibatkan kos tambahan

dan harga barangan. Oleh itu sukar untuk mempunyai

persetujuan dari segi penggunaan dan pengeluaran

secara lestari dalam kalangan pembekal.

8/25/2014

30

Pengurusan Sumber Lestari

1. Pengurusan Sumber Lestari dalam Polisi Kerajaan

Terdapat strategi dalam polisi yang menekankan

mengenai keperluan untuk menjaga sumber-sumber

semulajadi

Dalam pelaksanaan untuk menjaga sumber semulajadi,

polisi mesti mempunyai peraturan terhadap

pembuangan bahan di fasa terakhir dan memberi

insentif kepada kitar-semula

Pengurusan Sumber Lestari

1. Pengurusan Sumber Lestari dalam Polisi Kerajaan

(samb.)

Selain itu perlu melihat kepada mengelak bahan

sisa/buangan dan menjimatkan sumber-sumber

Perlu ada strategi untuk meningkatkan pengetahuan

berkaitan kesan kepada persekitaran di samping

wujudnya peluang perniagaan

Perlu ada strategi untuk mengurangkan kadar

penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui

seperti harga bahan mentah yang tinggi dan jaminan

bekalan bahan mentah

8/25/2014

31

Pengurusan Sumber Lestari

2. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Strategi Perniagaan

Harga yang tinggi bagi sumber tenaga dan logam adalah

pencetus kepada pengurusan lestari bagi sumber

semulajadi

Contoh: nikel yang digunakan dalam penghasilan keluli

berkualiti tinggi. Selain itu harga timah, kuprum,

plumbum, bijih besi meningkat tinggi

Namun, peniaga tidak dapat mengenakan harga tinggi

kepada pengguna, dengan itu perlu mengurangkan

penggunaan bahan mentah semulajadi berkenaan

Pengurusan Sumber Lestari

2. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Strategi Perniagaan

(samb.)

Tanggungjawab sosial korporat yang perlu dipatuhi

menyebabkan pengurusan sumber di pihak industri

diperluaskan bukan sahaja terhad kepada

bahan/sumber yang memasuki premis mereka tetapi

juga meliputi kesan sosial dan persekitaran bagi

ekstraksi sumber di negara sedang membangun dan

penggunaan produk dan perkhidmatan

Pihak industri perlu memikirkan kesinambungan di

antara penghasilan/ekstraksi sumber dan juga strategi

penggunaan sumber dan produk

8/25/2014

32

Pengurusan Sumber Lestari

3. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Tindakan Pengguna

Pertubuhan pengguna menyokong agenda penggunaan

lestari (lihat Deklarasi Oslo) tetapi tidak menekankan

kepada proses ekstraksi dan bagaimana organisasi

berbeza mengubah bahan-bahan kepada produk dan

perkhidmatan yang berguna

Pengguna juga kekurangan maklumat mengenai amaun

sumber semulajadi yang mencukupi yang diperlukan

bagi menghasilkan barangan pengguna

Pengurusan Sumber Lestari

3. Pengurusan Sumber Lestari Dalam Tindakan Pengguna

(samb.)

Umumnya, tiada pengukuran yang dapat menentukan

amaun penggunaan sumber bagi isirumah kecuali bagi

air, elektrik dan gasolin.

Oleh itu, pengguna tidak tahu sejauhmana kesan

penggunaan lestari ke atas penggunaan sumber

berkenaan. Adakah aktivitinya setakat ini telah memberi

kesan yang dikehendaki?