fasa 2(hub etnik)-2

119
BAB 1: METODOLOGI PENYELIDIKAN 1.1 Latar belakang penyelidikan Penyelidikan terhadap skop yang ingin dikaji melibatkan pelbagai metode. Antara kaedah yang digunakan ialah menganalisa data daripada borang kaji selidik yang melibatkan orang awam dan pelajar Unisel. Borang kaji selidik ini di agihkan kepada setiap ahli kumpulan untuk diedarkan kepada sesiapa sahaja yang sudi bekerjasama untuk mengisi boring kaji selidik tersebut. Bagi mencapai keputusan kaji selidik yang releven, borang kaji selidik ini diberikan kepada pelbagai golongn termasuk kepada beberapa lapisan masyarakay,perbezaan umur, tahap pendidikan dan berbilang kaum. Pengumpulan maklumat yang dicari melalu buku, jurnal, keratan akhbar atau melalui carian laman sesawang di gunakan untuk mencari fakta bagi membuat ulasan yang lebih mendalam terhadap kajian yang dilaksankan.

Upload: gayriplu

Post on 02-Feb-2016

116 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

eknik

TRANSCRIPT

Page 1: FASA 2(Hub Etnik)-2

BAB 1: METODOLOGI PENYELIDIKAN

1.1 Latar belakang penyelidikan

Penyelidikan terhadap skop yang ingin dikaji melibatkan pelbagai metode. Antara

kaedah yang digunakan ialah menganalisa data daripada borang kaji selidik yang

melibatkan orang awam dan pelajar Unisel. Borang kaji selidik ini di agihkan kepada

setiap ahli kumpulan untuk diedarkan kepada sesiapa sahaja yang sudi bekerjasama untuk

mengisi boring kaji selidik tersebut. Bagi mencapai keputusan kaji selidik yang releven,

borang kaji selidik ini diberikan kepada pelbagai golongn termasuk kepada beberapa

lapisan masyarakay,perbezaan umur, tahap pendidikan dan berbilang kaum.

Pengumpulan maklumat yang dicari melalu buku, jurnal, keratan akhbar atau

melalui carian laman sesawang di gunakan untuk mencari fakta bagi membuat ulasan

yang lebih mendalam terhadap kajian yang dilaksankan.

Temuramah ringkas di jalankan untuk mengetahui kesedaran dan tahap pemikiran

masyarakat terhadap skop kajian. Temuramah ini di laksanakan dengan pemilihan secara

rawak sebelum borang kaji selidik dihasilkan bagi mencari idea untuk kerangka soalan

borang kaji selidik tersebut.

Page 2: FASA 2(Hub Etnik)-2

1.2 Tema Kajian

Secara umum, kajian-kajian pembangunan ekonomi dan hubungan etnik boleh

dianalisis menurut dua kategori iaitu: (1) Hubungan antara etnik yang merupakan satu

komponen penting pembangunan sosial dalam pembinaan negara; dan (2) Kajian yang

bersifat dalaman etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual, budaya atau kelakuan

etnik itu secara khusus, tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk pembangunan sosial.

1.3 Objektif Kajian

Kajian yang di jalankan bedasarkan objektif berikut; untuk mengkaji hubungan

etnik terhadap pelbagai perspektif seperti politik, sosial dan ekonomi. Menganalisa

pembangunan hubungan etnik yang memberi impak terhadap pembangunan politik, sosial

serta ekonomi negara. Pada akhir kajian, objektif kajian ini perlu di capai dengan

mendapat keputusan yang menunjukkan keberkesanan dasar, gagasan mahupun

perancangan kerajaan bedasarkan kaji selidik untuk mengetahui tahap penerimaan rakyat.

Page 3: FASA 2(Hub Etnik)-2

1.4 Masalah kajian

Setiap tugasan yang di jalankan pasti ada cabaran dan kesukaran yang perlu di

atasi. Antara masalah yang di hadapi dalam menjalankan kajian melalui kaedah kaji

selidik ialah kesukaran untuk mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya dari

orang awam. Bagi melaksanakan kaji selidik ini memerlukan kelompok masyarakat yang

mempunyai latar belakang pendidikan dan jenis sektor pekerjaan yang berbeza, serta

pelbagai peringkat umur dan kaum. Oleh itu, kesukaran yang di hadapi ialah untuk

mencari kawasan yang mempunyai kelompok masyarakat berikut untuk menepati

keperluan kajian.

Seterusnya, dalam mencari maklumat berkenaan kajian, buku yang dikehendaki

tidak mudah untuk ditemui. Ketelitian dalam mencari maklumat di dalam laman

sesawang juga perlu dititik beratkan kesahihannya.

Selain itu, temuramah yang dijalankan memerlukan kesabaran kerana untuk

memulakan interaksi terhadap orang awam yang tidak dikenali bukan sesuatu pekara

yang mudah. Penjelasan yang lengkap juga perlu untuk memudahkan komunikasi.

Pengetahuan berkenaan kajian perlu di kuasai bagi mempermudahkan interaksi.

Masalah yang di hadapi dapat di atasi dengan baik kerana kerjasama dalam

berkumpulan. Walaupun terdapat perselisihan pendapat tetapi pekara itulah yang

membentuk pemikiran di luar skop dan melahirkan kepelbagaian idea dalam

menyempurnakan tugasan ini

Page 4: FASA 2(Hub Etnik)-2

PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada

pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang

tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di

alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk

mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia.

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis

hingga ke Sabah.Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian

budaya, bahasa, agama dan adat resam.Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku

disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan

struktur politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini

coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu

didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum

lain.

Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat

majmuk.Dimana, J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep

masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall,

masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,

agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu

di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan

interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya

terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-

garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh

tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian.M.G. Smith merupakan salah seorang yang telah

memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini.M.G. Smith juga

Page 5: FASA 2(Hub Etnik)-2

menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya,

perpecahan sosial dan perselisihan.Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai

oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang tersendiri.Smith juga

berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas

dasar nilai bersama.1

Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan

sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk.Beliau

membezakan kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok

korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada

beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur ketara

dalam masyarakat majmuk.Pendirian ini amat bertentangan dengan pendekatan

fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konsensus dan

nilai bersama.Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan mengenai idea atau

teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.Walau bagaimanapun,

teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan untuk membentuk satu teori

secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba memasukkan pentingnya unsur ras

dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk konseptual dan merupakan satu syarat

asas untuk memahami sifat hubungan ras.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu

didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad.Selain itu, terdapat juga kaum

pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat

ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama

.

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia

disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada

1 http://joehoze.blogspot.com/2011/10/hubungan-etnik-di-malaysia.html,15Feb2015

Page 6: FASA 2(Hub Etnik)-2

di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab

mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.Struktur masyarakat di

Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan

penarik.Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi

berleluasa setelah penjajahan berlaku.Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor

utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya, masyarakat Cina daripada negara China

sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.Oleh

itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-

buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh

orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang

sangat popular. Menurut W.L. Blythe, bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai

dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan

kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses

pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin

bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan

sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.Kedatangan

masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru

iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim.Wujudnya golongan baru ini membawa

kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan

keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada

India.Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan

Madras.India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya

berhijrah ke luar.Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang

mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah

Melayu ketika itu.Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris.Pada

Page 7: FASA 2(Hub Etnik)-2

waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai

negeri-negeri Melayu.2

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan

Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada

China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan

(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang

berhampiran dengan Selat Melaka..Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku

kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N.

Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum

Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut.Mereka datang

dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-

20.Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni

adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki

yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka.

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan

masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan

masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta

kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti

peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik

berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja

buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-

ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan

masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak

oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok.

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light

menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara

2 http://azctu553kandungan.blogspot.com/,21Feb2015

Page 8: FASA 2(Hub Etnik)-2

besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan

kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786

hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia

kedua.Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai

signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.Masyarakat homogenis

Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada masyarakat heterogenios

Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen

utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan

Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-

Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India.Asimilasi

bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk

tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti

kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain.Kini kebanyakan penduduk Malaysia

mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila

kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di

Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di

Malaysia.Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang

kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang

berlainan.Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan

masyarakat luar.3

3 Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 (Dewan Bahasa Dan Pustaka)

Page 9: FASA 2(Hub Etnik)-2

BAB 2: HUBUNGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF EKONOMI

Bab ini memfokuskan terhadap hubungan etnik dalam perspektif ekonomi di

Malaysia bermula dengan memberi tumpuan terhadap strategi pengukuhan

hubungan etnik melalui dasar ekonomi lama dan baru di mana ia telah dikaitkan

dengan rancangan Malaysia ke-10. Walau bagaimanapun, tumpuan diberikan

kepada dasar-dasar wawasan 2020 (1991-2020) iaitu menjadikan Malaysia sebuah

negara maju, Dasar ekonomi baru, Dasar rancangan kerajaan dalam ekonomi dan

penglibatan etnik, Dasar isu-isu utama ekonomi, Dasar pertumbuhan dan agihan,

Dasar penswastaan dalam konteks hubungan etnik. Dasar-dasar ekonomi tersebut

bukanlah semata-mata tertumpu pada pembangunan ekonomi di negara ini tetapi

memastikan hala tujunya tercapai dalam mengukuhkan hubungan etnik iaitu

memberi keadilan sosial kepada semua kaum dan mencapai status negara maju menjadi

kenyataan.

Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa  tersebut.

Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan

MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan

perpaduan  semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar

akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan

bukan Melayu telah membawa kepada  peristiwa berdarah tersebut.

Oleh yang demikian, kerajaan  memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan  

seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada

pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul

Razak.Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata

iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat

untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.4

4 http://putranamza.blogspot.com/2012/01/kaitan-antara-pembangunan-ekonomi.html

Page 10: FASA 2(Hub Etnik)-2

Rajah 1:Dasar-Dasar Ekonomi Malaysia

Page 11: FASA 2(Hub Etnik)-2

2.1 Dasar Ekonomi Baru

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh

kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua.Matlamat utamanya ialah

perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan

sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi

yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta

mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing

dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah

berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak

menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu

masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun

Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu

program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970

hingga tahun 1990.

2.1.1 Impak Dasar Ekonomi Baru Terhadap Etnik di Malaysia

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Ekonomi Baru telah menyumbang kepelbagaian

impak terhadap etnik di Malaysia.Selaras dengan kepesatan pembangunan dan

pertumbuhan ekonomi, konflik agihan kekayaan atau pendapatan merupakan elemen

penting yang perlu ditangani.Pertama, antara kelas sosial yang berbeza iaitu kelas atasan,

menengah dan bawahan.Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina,

India dan lain-lain.

Page 12: FASA 2(Hub Etnik)-2

Pada dasarnya, pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu

telah cuba diatasi oleh Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini telah berjaya membasmian

kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan bagi seluruh rakyat

Malaysia tanpa mengira kaum.Sasaran ini dapat dicapai melalui program-program yang

dirangka daripada seluruh peringkat produktiviti.Perkembangan peluang-peluang antara

sektor dan aktiviti yang mempunyai produktiviti yang rendah ke peringkat yang lebih

tinggi.Peruntukan yang lebih meluas terutamanya dalam perkhidmatan sosial dirangka

untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan-kumpulan yang berpendapatan rendah.

Penggandaan proses penyusunan semula masyarakat Melayu untuk membetulkan

ketakseimbangan ekonomi dengan harapan mengurang dan mengetepikan pengenalan

etnik melalui fungsi ekonomi. Program- program termasuklah pemodenan kehidupan luar

bandar, pembangunan aktiviti bandar yang pesat dan seimbang, penubuhan pusat

pertumbuhan yang baru dan perwujudan masyarakat industri dan komersial Melayu di

semua kategori dan bumiputera lain menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua

aspek ekonomi negara

Relevannya, DEB yang mempunyai agenda “serampang dua mata” bukan setakat

bertujuan untuk menyatupadukan pelbagai etnik di negara ini tetapi yang penting

menandakan satu titik permulaan baru kepada etnik Melayu untuk mula bergiat dalam

bidang perdagangan, perindustrian mahupun perniagaan.

Namun, Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ketaksamarataan pendapatan dalam

masyarakat seperti yang ditunjukkan oleh nilai koefisyen Gini, pada awalnya semakin

melebar sehingga tahun 1976.Namun, ketaksamarataan pendapatan kemudiannya

semakin baik sehingga tahun 1990.Walau bagaimanapun, semenjak tahun 1990 agihan

pendapatan memperlihatkan keadaan yang semakin buruk dengan jurang pendapatan

antara yang kaya dengan yang miskin semakin melebar semula.

Selepas tahun 1990, ketaksamarataan agihan pendapatan juga didapati semakin

buruk dalam kalangan kumpulan etnik.Semenjak tahun 1990 ketaksamarataan agihan

Page 13: FASA 2(Hub Etnik)-2

pendapatan dalam kalangan etnik Melayu, Cina dan India semakin melebar. Pada tahun

2004, nilai koefisyen Gini bagi kumpulan etnik Melayu, Cina dan India ialah masing-

masing 0.452, 0.446 dan 0.425.

Dapat diperhatikan juga bahawa ketaksamarataan agihan pendapatan dalam setiap

kumpulan etnik tersebut adalah lebih buruk pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan

keadaan pada awal kemerdekaan negara pada tahun 1957. Selain itu, menunjukkan

bahawa etnik Melayu telah berubah daripada kumpulan etnik yang paling sama rata pada

tahun 1957 kepada kumpulan etnik yang paling tidak sama rata pada tahun 2004.

2.2 Dasar Pembangunan Nasional

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal

berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era

baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun

2020.

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat

yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan

politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu

langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam

semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti

hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan

dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan

ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

Page 14: FASA 2(Hub Etnik)-2

perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan

yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal.

Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti ,Memberi penekanan yang lebih

kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di

kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan

relatif. Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan

dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan

dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.

Meningkatkan penekanan kepada sector swasta untuk melibatkan diri dalam proses

penyusunan semula masyarakat5

2.2.1 Impak Dasar Pembangunan Nasional Terhadap Etnik Di Malaysia

DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-

sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada

penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-

kontrak dan franchise.

Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan

digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.

Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan

didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal,

maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat

penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor

dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam

negara.

5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru

Page 15: FASA 2(Hub Etnik)-2

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan

semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung

dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi

masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini

boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan

Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada

usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera

akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung

kepada bantuan dan subsidi kerajaan.

2.3 Program Transformasi Ekonomi

Program Transformas Ekonomi adalah sebuah usaha menyeluruh yang akan

merubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Program ini akan meninggikan PNK Malaysia daripada USD6,700 atau RM23,700 per

kapita pada 2009 kepda lebih daripada USD15,000 atau RM48,000 dalam 2020.

Pelaksanaan PTE yang cemerlang akan merubah ekonomi Malaysia dengan ketara

dan menyamai ekonomi negara-negara membangun yang lain. Kita akan terus

menghalakan usaha untuk membuat anjakan ke arah sebuah ekonomi yang berlandaskan

perkhidmatan, dengan pertumbuhan sektor perkhidmatan daripada 58 peratus kepada 65

peratus bagi tempoh itu. Lebih 3.3 juta perkerjaan baharu akan diwujudkan menjelang

2020, meliputi seluruh negara, termasuklah kawasan bandar dan luar bandar dan

menyaksikan peralihan kepada golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Page 16: FASA 2(Hub Etnik)-2

Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang akan berubah menjadi sebuah bandar

bertaraf dunia Apa yang penting, pertumbuhan akan dapat dicapai secara mapan tanpa

generasi akan datang menanggung kosnya yang dilakukan melalui inisiatif seperti

pembangunan tenaga alternatif dan memelihara alam sekitar bagi mempromosikan eko-

pelancongan. matlamat utama inisiatif Greater KL dan Lembah Klang adalah bagi

membolehkan kawasan pertumbuhan ekonomi negara itu mencapai kedudukan 20 tempat

teratas bandar raya yang mempunyai ekonomi mapan.

ETP Berbeza daripada Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi,Satu

pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali

pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara

maju yang lain.

2.3.1 Impak Program Transformasi Ekonomi Terhadap Etnik Di Malaysia

Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi telah menyumbang kepelbagaian

impak terhadap etnik di Malaysia. Selaras dengan kepesatan pembangunan dan

pertumbuhan ekonomi, konflik agihan kekayaan atau pendapatan merupakan elemen

penting yang perlu ditangani.Pertama, antara kelas sosial yang berbeza iaitu kelas atasan,

menengah dan bawahan.Kedua, antara kelompok etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina,

India dan lain-lain.

Pada dasarnya, pertumbuhan ekonomi yang berkaitan dengan agihan kekayaan itu

telah cuba diatasi oleh Program Tranformasi Ekonomi. Untuk melaksanakan dengan

jayanya satu program berskala besar sebegini memerlukan pelbagai pihak untuk

bekerjasama dengan cara yang baharu – ke arah satu matlamat bersama yang jelas.

Page 17: FASA 2(Hub Etnik)-2

2.4 Model Ekonomi Baru (MEB)

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pelan yang hendak dicapai

menerusi Program Transformasi Ekonomi (PTE).Matlamat MEB adalah untuk

menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan

kebolehmampanan menjelang 2020. Ketiga-tiga prinsip ini akan memacu kemajuan

ekonomi untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang membangun sepenuhnya dan

meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi

serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti kehidupan secara menyeluruh.

Ia terbahagi kepada 2 fasa , Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas

pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Teras Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja

yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.Pekerja lebih inovatif

dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan

berlaku.Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing

dalam dunia global.

Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya

daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada

pendapatan tinggi.Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat

bergantung pada sektor luar (external).

Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia

terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu .Perjanjian-perjanjian antarabangsa

perlu dipatuhi.Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.6

6 http://korokrima.blogspot.com/2013/10/apa-itu-meb-dan-deb-oleh-kerajaan.html

Page 18: FASA 2(Hub Etnik)-2

2.4.1 Impak Model Ekonomi Baru Terhadap Etnik Di Malaysia

MEB tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan kaum. Semua kuota

pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan langkah-langkah

meningkatkan keupayaan untuk semua.Dasar ekonomi sekarang lazimnya mensasarkan

ekuiti, pekerjaan dan sebagainya.

Sasaran MEB ialah golongan bawahan 40 peratus kumpulan berpendapatan

rendah.Berhubung penyertaan Bumiputera, MEB akan meningkatkan lagi kapasiti

usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Pendekatan yang terbaik akan dikaji bagi menyokong bidang ekonomi utama yang

disasarkan dalam MEB.Teras utama MEB ialah tidak ada kuota pemilikan.

Namun kapasiti perniagaan bumiputera akan disokong supaya mereka boleh

menjalankan perniagaan yang lebih baik.Contohnya pembiayaan dan akses kepada

internet.

Page 19: FASA 2(Hub Etnik)-2

BAB 3: HUBUNGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF SOSIAL

Bab ini memberi tumpuan terhadap hubungan etnik dalam perspektif sosial di

Malaysia melalui rentetan perkembangan kemasyarakatan melalui dasar sosial yang lama

dan baru. Perbincangan mengenai dua dasar lama iaitu dasar pendidikan; Penyata Razak

1956 dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi memberi lanskap awal strategi

pembanguan sosial di Malaysia. Kemudian, dua dasar dan program baru iaitu Gagasan

1Malaysia dan Program Latihan Khidmat Negara bagi memperlihatkan strategi kerajaan

dalam mengukuhkan integrasi masyarakat.

3.1 Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 ialah cadangan pendidikan Malaysia yang dibentangkan oleh

Tun Abdul Razak, selaku Menteri Pelajaran, dan seterusnya diluluskan dalam Majlis

Perundangan Persekutuan pada April 1957 lalu dikuatkuasakan sebagai Ordinan

Pelajaran 1957.

Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara

pada September 1955 terdiri daripada 15 orang yang mewakili tiga kaum (Melayu, Cina,

dan India), diketuai oleh Razak. Bagi Razak, pendidikan bukan sekadar untuk menimba

ilmu tetapi merupakan alat untuk mencapai perpaduan negara. Justeru, dia mewujudkan

sejenis sekolah kebangsaan untuk semua penduduk, tanpa mengira kaum. Walaupun

demikian, dia tidak menafikan hak kaum-kaum yang lain untuk menghantar anak-anak

mereka ke sekolah Mandarin atau sekolah Tamil pada peringkat rendah. Justeru, pada

persekolahan peringkat rendah, terdapat dua jenis sekolah, iaitu:

Page 20: FASA 2(Hub Etnik)-2

i) Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai

bahasa pengantar.

ii) Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan bahasa Cina atau

bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

Apabila tiba ke persekolahan peringkat menengah, kesemua mereka dialihkan ke

sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa

penghantar.Sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar beransur-ansur ditukarkan menjadi sekolah

kebangsaan sehinggalah ke peringkat universiti.

Penyata itu terangkum dalam Seksyen 3, Ordinan Pelajaran 1957 dan ia bertujuan untuk:

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan

bahasa pengantar di sekolah.

Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu

rumpun bangsa di Tanah Melayu.

Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat

dikurangkan.

Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan

masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih, lieral dan

progresif.

Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem

pendidikan.

(Penyata Razak: Paragraph 12, 115 and 1(a)).

Page 21: FASA 2(Hub Etnik)-2

Namun, pertukaran bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa

Malaysia pada semua peringkat sehinggalah peringkat universiti akhirnya dicapai pada

tahun 1983.7

3.1.1. Impak Penyata Razak 1956 Terhadap Etnik Di Malaysia

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, 70% bahawa Laporan Razak 1956

sebagai asas pendidiakn nasional telah berjaya meletakkan asas mencapai objektif

utamanya iaitu untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysian.

Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat

agar dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga

terhadap tanah air. Menyedari wujudkan implikasi buruk semasa pemerintahan British di

Tanah Melayu yang memecah belahkan perpaduan kaum, maka satu penyeragaman untuk

membaiki hubungan antara kaum perlu dilakukan.Oleh kerana itu, melentur buluh biarlah

dari rebungnya, maka pendidikan merupakan acuan terbaik untuk menyatukan permikiran

masyarakat pelbagai kaum ini.

Satu Kurikulum Menyatupadukan Rakyat.

Satu Kurikulum satu negara berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang

kaum.Pada zaman pemerintahan British, pihak kerajaan British sengaja mengasingkan

kaum Melayu, Cina dan India dalam kawasan berbeza dan sistem pendidikan yang

berbeza.Orang Cina dan India yang merupakan kaum pendatang ketika itu diajar

berdasarkan sukatan pelajaran negara China dan India sehingga tidak wujud semangat

patriotik dan munculnya sifat prejudis antara kaum.Pendek kata, pendidikan zaman

British, terlalu condong ke arah negeri asal.

7 http://ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.com/Penyata_Razak_1956

Page 22: FASA 2(Hub Etnik)-2

Sekolah-sekolah yang wujud pada zaman British sesuai untuk sesuatu kaum

sahaja, tiada bahasa pengantar tunggal, kedudukan geografi yang berbeza menghadkan

pergaulan, serta kurikulum yang tidak sehala.Pendek kata, pihak British tidak

menitikberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajaran (Omar Hashim,

1991).Wujudnya sistem pendidikan pelbagai kaum ini menghasilkan fenomena benih-

benih perpecahan, malahan tidak wujud perkongsian dan persamaan antara kaumdi Tanah

Melayu.Masing-masing bergerak dengan urusan masing-masing. Namun setelah Laporan

Razak 1956 diperkenalkan ianya Berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

ini melalui kurikulum yang seragam yang dibina adalah untuk mendukung cita-cita

negara mewujudkan perpaduan berpandukan rukun negara sehingga ke hari ini.

Hubungan Kurikulum dengan perpaduan negara adalah sangat rapat.Selain dapat

memberi ilmu pengetahuan, kurikulum membentuk keperibadian dan perwatakan murid

yang baik yang boleh membawa kepada sikap telenrasi dan perpaduan. Murid dari semua

kaum mengikuti kurikulum yang seragam melalui sukatan pelajaran yang sama

kandungannya, kegiatan luar bilik darjah dan pengambilan peperiksaan awam yang sama.

Oleh itu, pelajar-pelajar lebih terbuka dalam memahami masyarakat berbilang kaum di

Malaysia ini.Murid-murid dari semua kaum diajar berdasarkan Kurikulum seragam yang

berfokuskanTanah Melayu. Melalui kurikulum yang sama ini, Lepasan sekolah

Kebangsaan memiliki ciri-ciri seperti pengalaman sekolah yang sama, menerima jenis

pendidikan yang sama dan mempunyai orientasi dan pandangan dunia yang sama. Hal ini

mewujudkan semangat patriotik kepada Tanah Melayu dan sikap saling bertolak-ansur

dan memahami kepelbagaian kaum dan pemahaman bahawa perkongsian dalam negara

yang berbagai kaum adalah perlu bagi menjamin keamananan negara tercinta.

Penggunaan Bahasa Melayu Menyatupadukan rakyat.

Kedua, objektif Laporan Razak 1956 untuk perpaduan tercapai melalui Bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah di Malaysia. Laporan Razak 1956

dan diikuti Penyata Rahman Talib 1960 menegaskan Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat beraneka rupa dan pemikiran. Penggunaan

Page 23: FASA 2(Hub Etnik)-2

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha

pembinaan negara.Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan

kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan

etnik dan masyarakat pelbagai dialek.Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu

pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang

mudah difahami.Penggunaan Bahasa Melayu tidak menimbulkan isu penghapusan

penggunaan Bahasa Cina dan Tamil untuk memelihara peerpaduan kaum.Hanya di

sekolah menengah Kebangsaan sahaja penggunaan Bahasa Melayu dipraktikan dengan

tujuan memupuk perpaduan antara kaum.

Penggunaan Bahasa Melayu mampu mewujudkan perhubungan dan persefahaman

antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga dari mana-mana pihak. Langkah ini akan

mempercepatkan perpaduan dan keharmonian. Pada tahun 1970, selepas tragedi kaum

1969 penekanan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Kebangsaan di

perkuatkan dan dijalankan dengan cara yang paling berkesan. Kementerian Pelajaran

Malaysia telah menegaskan penggunaan Bahasa Melayu disemua peringkat bermula

dengan aliran sastera kerana banyak buku Bahasa Melayu berbanding sains.

Dari hari ke sehari Bahasa Melayu semakin meluas penggunaannya dan majoritir

akyat Malaysia boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.Kini Bahasa Melayu menjadi

bahasa pengantar utama disemua peringkat sekolah.Menjelang 1983, semua kursus tahun

pertama di universiti tempatan mengunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

(Pengisian misi pendidikan).Dengan ini, soal satu bahasa pengantar, satu sistem pelajaran

dan satu sukatan pelajar telah tercapai.

Tanpa penggunaan dan pengenalan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

bahasa kebangsaan, sudah pasti proses pewujudan masyarakat yang bersatu padu tidak

mampu dibina kerana tunjang dan asasnya yang tiada. Hal ini kerana, sebelum Laporan

Razak, masyarakat pelbagai kaum di negara ini cenderung melakukan tugas sendiri tanpa

mempedulikan kaum lain. Malahan komunikasi tidak wujud akibat masalah

bahasa.Seolah-olah itik bercakap dengan ayam. Tidak memahami antara satu sama lain

Page 24: FASA 2(Hub Etnik)-2

dan mewujudkan sikap prejudis. Jika saling tidak mampu berkomunikasi dengan baik

bagaimananakah perpaduan harus tercapai? Dengan itu, Bahasa Melayu berperanan

sebagai alat menyatupadukan rakyat dalam proses untuk mencapai perpaduan negara

yang dicita-citakan. Sesuai dengan matlamat ini Bahasa Melayu dijadikan satu

matapelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan kelulusan matapelajaran

ini adalah dijadikan syarat utama untuk mendapatkan kelulusan dalam peperiksaan awam

seperti SRP/LCE, SPM/MCE dan SPVM/MCVE.

Sekolah Kebangsaan menyatupadukan rakyat.

Ketiga, kewujudan sekolah kebangsaan mencapai objektif perpaduan

kaum.Kewujudan sekolah kebangsaan seperti yang disyorkan oleh Laporan Razak telah

menggalakkan penyatuan pelbagai jenis kaum dalam satu sekolah. Situasi ini membantu

perpaduan kaum apabila pelajar mula bersahabat dan beraktiviti bersama dibawah satu

bumbung dan menggunakan semua kemudahan sekolah yang sama tanpa ada

diskriminasi. Bermula dari titik ini, pelajar dapat memahami adat, budaya, pemikiran dan

perkara-perkara sensitif yang tidak boleh diungkit dalam sesebuah kaum.Malahan pelajar

juga dapat memupuk semangat kekitaan ataupun spirit de corps antara murid yang

mempunyai latar keturunan yang pelbagai.

Tidak dinafikan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan tetap

wujud, tetapi sekolah-sekolah ini juga bersifat terbuka kerana pelajarnya bukan sekadar

daripada satu-satu kaum sahaja malahan terdapat juga kaum lain walaupun secara

minoriti bersekolah di sekolah terbabit. Malahan, sekolah kebebasan diberikan kepada

para pelajar untuk memilih tempat mereka yang mereka ingini serta mempelajari subjek

yang seragam.

Walaubagaimanapun, Laporan Razak tetap mempunyai kelemahannya tertentu

dalam memperjuangkan perpaduan kaum.Tekanan yang wujud pada saat itu menjadikan

Laporan Razak sebuah laporan yang terlalu berhati-hati untuk menjaga sensitiviti kaum.

Page 25: FASA 2(Hub Etnik)-2

Malahan, para pelajar Cina dan India juga akan mengalami masalah dalam

menyesuaikan diri menggunakan Bahasa Melayu memandangkan mereka bersekolah diS

ekolah Rendah Jenis Kebangsaan masing-masing yang mengekalkan bahasa Ibunda

masing-masing sehinggakan Kelas Peralihan diwujudkan namun masih gagal mengatasi

masalah tersebut. Kegagalan untuk menyesuaikan diri ini akan menyebabkan ketinggalan

dalam pelajaran terutama bagi kaum India.

Guru-guru sekolah Melayu telah menentang Laporan Razak kerana tidak wujud

ketegasan dalam pelaksanaan untuk mengangkat bahasa kebangsaan.Laporan Razak yang

ada masih mengamalkan sistem persekolahan pelbagai bahasa.Kaum bukan Melayu,

terutama persatuan guru-guru sekolah Cina tidak berpuas hati dengan Laporan Razak

kerana pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina telah diabaikan.

Bantahan ini memaksa kerajaan untuk membuat jawatankuasa yang baru bagi

mengkaji semula Laporan Razak. Pada 1960, laporan jawatankuasa ini telah siap dan

dinamakan Laporan Rahman Talib sempena nama pengerusi jawatankuasa dan menteri

pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Talib. Pada asasnya, Laporan Rahman Talib

ini hanya bertujuan untuk memperteguhkan serta memperbaiki matlamat, konsep dan

sistem pendidikan yang terkandung dalam Laporan Razak.Cadangan-cadangan yang

dikemukakan oleh Laporan Rahman Talib telah termaktub menjadi Akta Pelajaran 1961.

Kesimpulannya, Laporan Razak adalah asas kepada dasar pendidikan nasional

yang berterusan hingga ke hari ini walaupun masih banyak kelemahan dalam

pelaksanaannya namun ianya cuba ditangani dengan pelbagai dasar lain yang

diperkenalkan selepasnya seperti Akta Pelajaran 1961 dan laporan Jawatankuasa Kabinet

1979. Kedua-dua dasar ini masih meneruskan dasar perpaduan Laporan Razak dengan

meletakkan Bahasa Melayu sebagai prasyarat utama dan kurikulum yang sama. Banyak

kesan positif Laporan Razak terhadap perpaduan yang wujud di negara ini setelah ianya

diperkenalkan yang membantu mengurangkan jurang antara kaum dan sikap prejudis.

3.2. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Page 26: FASA 2(Hub Etnik)-2

Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan

bersama dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.Penggubalan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai

penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis

panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia

antrabangsa.

Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan

Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh

kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Berikut merupakan tiga prinsip DKK:-

i. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini - Melaka merupakan pusat

perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan Melayu. Kebudayaan

serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu. Kebudayaan

rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan.

ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai - Unsur-unsur budaya asing,

Cina, Arab, India dan sebagainya kesesuaian dan penerimaan dalam

penyerapan kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan

dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

iii. Islam menjadi unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan

kebangsaan – Pada peringkat tertinggi, ianya untuk menampakkan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Pada peringkat kedua, ianya untuk

menerapkan budaya-budaya lain yang tidak bertentangan dengan budaya

Islam.

Berikut merupakan strategi dan pelaksanaan objektif DKK :-

Page 27: FASA 2(Hub Etnik)-2

i. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah

menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama

penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan

budaya;

ii. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha

membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,

kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Allahyarham Tun Abd. Razak, PM kedua dalam Kongres Kebudayaan

Kebangsaan 1971 :-

“…nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara

ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mtunya.

…sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan

yang sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan

kebudayaan rakyat asal rantau ini.…patutlah juga mengambil unsur-

unsur kebudayaan yang datang ke rantau ini…yang dapat menyegarkan

dan mencorakkan kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus

diingat dalam mencari bentuk dan menentukan corak tersebut, kita tidak

lah melupakan masyarakat kita yang berbilang bangsa “the reality of our

multiracial society…”

(Dipetik dan diubahsuai daripada Aziz Deraman: 2005; DBP.Hal. 8-9)

Peristiwa rusuhan kaum pada bulan Oktober 1945 dan 13 Mei 1969 memberi

pengajaran yang cukup berguna bahawa pentingnya perpaduan antara kaum bagi

menjamin keharmonian yang sedia ada. Sejak awal kemerdekaan lagi tolak ansur telah

wujud di antara kaum dengan adanya kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua

Page 28: FASA 2(Hub Etnik)-2

kaum dan termaktub dalam perlembagaan negara. Bagi menjamin kelangsungan

perpaduan nasional, kerajaan telah merangka pembentukan Dasar Kebudayaan

Kebangsaan yang menjadi garis panduan dalam usaha membentuk satu bangsa yang

bersatu dan mempunyai identiti negara, serta dapat mencirikan keperibadian bangsa

Malaysia yang unik dan unggul. Sesungguhnya, dasar-dasar kerajaan yang bukan bersifat

ekonomi inilah yang berjaya menseimbangkan dasar-dasar kerajaan lain dalam

memastikan pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Budaya penting sebagai alat kemajuan atau pembangunan bangsa dan negara.

Proses pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan membawa kepada perubahan

kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat Malaysia. Perubahan tanpa

mengambilkira soal kesinambungan dan perubahan dalam kehidupan budaya dan

masyarakat Melayu akan menimbulkan masalah kesenjangan budaya atau cultural gap,

atau masalah residual behaviour atau dysfunctional social habit yang berpanjangan.

Masalah ini boleh muncul kerana perkembangan perindustrian dan persejagatan yang

berlaku kini telah, dan akan mempercepatkan proses perubahan ekonomi, institusi dan

struktur yang lebih pesat berbanding dengan darjah perubahan yang berlaku pada sikap,

nilai, norma dan pola perlakuan dalam masyarakat Malaysia.

Oleh yang demikian, pemikiran semula tentang dinamika budaya Melayu dan

budaya rakyat Malaysia yang lain harus dilakukan. Persoalan asas dalam penilaian

semula budaya masyarakat perlu ditumpukan kepada dinamika berikut; teknologi, nilai,

kepercayaan dan norma. Hasil penilaian semula budaya masyarakat itu kemudiannya

perlu dirumuskan melalui dua bentuk strategi kebudayaan iaitu strategi kuantitatif dan

strategi kualitatif. Kedua-dua strategi ini akan mengemukakan suatu peta kognitif kepada

bangsa Malaysia. Peta ini akan menjelaskan siapa kita dan apakah destinasi kita. Dengan

adanya peta tersebut, maka akan tercipta suatu proses keobjektifan unsur-unsur budaya

yang sebelum ini hanya berada di peringkat normatif-subjektif.

Peranan budaya Melayu dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia

merupakan dimensi yang juga perlu difikirkan, terutama dalam konteks DKK.Dalam

Page 29: FASA 2(Hub Etnik)-2

masyarakat majmuk budaya juga menjadi faktor pembentukan jati diri bangsa atau negara

dan sumber perpaduan kaum.Strategi pelaksanaan DKK dari segi sosial bertujuan untuk

menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum.Ini kerana

perbezaan antara kaum boleh menyebabkan berlakunya polarisasi kaum dan

mementingkan kaum masing-masing sahaja. Sekiranya polarisasi kaum berlaku, sukar

bagi negara ini mengecapi kedamaian dan tidak mustahil sekiranya isu perkauman akan

wujud di negara ini.

Oleh itu, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kerajaan telah

melaksanakan beberapa program dan aktiviti ke arah memelihara dan memperkukuhkan

semangat perpaduan negara melalui pelaksanaan aktiviti penggalakan interaksi dan

promosi perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Strategi jangka pendek

dilaksanakan secara berterusan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan di kawasan-

kawasan Rukun Tetangga dan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat

setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik.Masyarakat di setiap kawasan

Rukun Tetangga boleh bekerjasama dalam gerak kerja gotong-royong seperti semasa

kenduri-kendara, membersihkan kawasan kubur, rumah ibadat atau mendirikan balai

raya.Bagi mereka, gerak kerja sukarelawan adalah asas mengukuhkan lagi perhubungan

antara ahli masyarakat.8

3.2.1. Impak Dasar Kebudayaan Kebangsaan Terhadap Etnik di Malaysia

Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini diwujudkan dengan tujuan untuk

menyatupadukan semua kaum melalui budaya kaum yang berbeza-beza. Namun begitu,

dasar ini membawa masalah pada masa hadapan kerana masalah perkauman akan terus

berlaku disebabkan kebudayaan. Memahami kebudayaan kaum lain adalah penting untuk

mewujudkan perpaduan di antara rakyat. Selain itu, ia akan menyebabkan mereka saling

8 http://namikakanada.blogspot.com/2010/08/dasar-kebudayaan-kebangsaan-dkk.html

Page 30: FASA 2(Hub Etnik)-2

menghargai dan menghormati budaya kaum lain. Secara amnya, prinsip DKK

berdasarkan kebudayaan rakyat, Islam dijadikan unsur utama dan kebudayaan lain yang

tidak bercanggah dengan kebudayaan rakyat dan Islam boleh diguna pakai dan

dimasukkan. Perbincangan yang dipersetujui bahawa DKK sudah tidak relevan pada

masa sekarang kerana wujudnya masalah kaum adalah kesan daripada dasar tersebut.

Penggubalan dan pelaksanaan DKK adalah perlu bagi negara Malaysia yang

sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan

budaya yang berbeza.Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta

mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di

kalangan dunia antarabangsa.Namun demikian, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak

dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat

membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan

itu sahaja DKK akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan

kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang

melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan

Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

3.3. Gagasan 1Malaysia

1Malaysia atau ‘Satu Malaysia’ adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan

oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 2 April 2009 adalah bagi

merealisasikan kewujudan satu bangsa yang utuh iaitu Bangsa Malaysia. Dengan

berpaksikan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, Gagasan 1Malaysia

ini menggabungkan semua etnik, bangsa, kebudayaan, keturunan juga agama yang

dibawa oleh arus globalisasi. Gagasan ini dilihat sebagi satu konsep yang sesuai untuk

negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum serta bertepatan

dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan undang-undang negara.

Page 31: FASA 2(Hub Etnik)-2

Pelaksanaan gagasan ini selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan

dan prinsip-prinsip Rukun Negara.1Malaysia bermatlamat menyemarakkan semula

semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat Malaysia. Gagasan

1Malaysia akan terlaksana dalam dua aspek. Aspek yang pertama adalah menerapkan

teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia.Teras

perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu

dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini disandarkan kepada tiga

prinsip dalam memperkukuhkan perpaduan nasional, iaitu:-

i) Prinsip Penerimaan. 1Malaysia menekankan sikap penerimaan dalam

kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima

keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam

keadaan saling menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.

ii) Prinsip Kenegaraan. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan

cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin

terdahulu. Sebagai contoh iaitu Tunku Abdul Rahman melalui Parti

Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock

dan Tun V.T. Sambathan yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan

dan kebebasan daripada penjajahan British di Tanah Melayu.

iii) Prinsip Keadilan Sosial. Nasib semua rakyat Malaysia akan terbela dan

tiada mana-mana pihak yang akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah

mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang

berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan

Perlembagaan akan memberikan pembelaan kepada golongan yang

memerlukanya, akan tetap dilaksanakan. Melalui Gagasan 1Malaysia,

setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing

dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. Namun begitu,

Gagasan 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah

landasan bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang

keterlaluan.

Page 32: FASA 2(Hub Etnik)-2

Ketiga-tiga teras perpaduan ini didokongi oleh penerapan nilai-nilai murni

sebagai aspek yang kedua bagi Gagasan 1Malaysia termasuk nilai-nilai yang berikut:-

i) Kesederhanaan. Rakyat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah

mereka yang sederhana dari segi pertuturan, berbelanja, berpakaian,

makan minum, serta sederhana dari segi aspek bekerja dan berehat. Bagi

pertuturan, sabda Rasulullah telah menjelaskan bahawa “Bercakaplah

menurut tingkat kecerdasan pendengar”. Sementara sederhana dalam

bekerja dan berehat bermaksud sentiasa menganggap kerja itu adalah

suatu ibadah dan melakukannya demi untuk membantu rakyat.

ii) Rendah hati (tawadhuk). Untuk maju, sifat rendah hati juga perlu

diamalkan dalam diri setiap rakyat. Sifat sedia untuk mendengar, tidak

sombong, tidak ego dan tidak bongkak perlu diterapkan dalam diri kerana

sesungguhnya masyarakat di Malaysia menghargai orang yang merendah

diri atau tawadhuk.

iii) Berbudi bahasa. Masyarakat haruslah sentiasa mengamalkan sifat berbudi

bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.

Ini bermakna, setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku haruslah tertib

dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

iv) Hormat menghormati. Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak kira

perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan

dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara yang unik di mata dunia. Selain itu, hormatilah juga dengan

sejarah dan perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu kerana tanpa

sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita

sedang alami sekarang.

Penerapan nilai-nilai yang seterusnya adalah nilai-nilai aspirasi. Nilai-nilai

aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada

masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke arah mencapai status

negara maju. Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja

yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya

Page 33: FASA 2(Hub Etnik)-2

akan membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan

mantap.

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Razak dalam Gagasan 1Malaysia.Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatupadukan

rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu

untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:-

i) Budaya berprestasi tinggi. Sifat memastikan setiap perkara dan setiap

tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa atau

‘acuh tak acuh’ tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.

ii) Budaya ketepatan. Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai

status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya

ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan

dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan. Ketepatan juga

bermaksud setiap perkara termasuk tindakan, komunikasi, janji, masa dan

ukuran haruslah dilaksanakan dengan tepat.

iii) Budaya ilmu. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu

pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang

hayat. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat

yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

iv) Integriti. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam

melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Rakyat

Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan

sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa

disegani dan dihormati oleh semua pihak.

v) Ketabahan. Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang

mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku

kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta

semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.

Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi

Page 34: FASA 2(Hub Etnik)-2

segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu

matlamat.

vi) Kesetiaan. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara

wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah

bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan

kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok

sendiri.

vii) Kebijaksanaan. Nilai ini juga perlu diikuti dengan kebijaksanaan membuat

sesuatu keputusan dengan tepat, tahu membezakan yang baik dan buruk,

memiliki pemikiran dan pandangan yang tepat, bijak meletak sesuatu kena

pada tempatnya serta tidak mudah terpengaruh dengan nafsu dan

kepentingan sendiri. Untuk memiliki nilai ini, beberapa ciri perlu dimiliki

antaranya mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, cerdik, tetap dengan

pendirian, memiliki kemahiran mendengar, berdisiplin dalam berfikir serta

sentiasa siap sedia tanpa perlu terburu-buru.

viii) Budaya inovasi. Nilai ini adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia

untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang

kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang

mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.9

3.3.1. Impak Gagasan 1Malaysia Terhadap Etnik di Malaysia

9 http://muhainynassha.blogspot.com/2013/04/gagasan-1malaysia.html

Page 35: FASA 2(Hub Etnik)-2

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan, Gagasan 1Malaysia memberikan

impak yang positif kepada negara apabila suasana perpaduan dalam negara ketika ini

kelihatan semakin bertambah positif. Menurut dari Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr

Koh Tsu Koon, pada tahun 2010, laporan mengenai kes-kes perkauman yang boleh

menggugat kestabilan di kalangan masyarakat majmuk dalam negara juga didapati

berkurangan pada tahun itu.

Statistik bancian mengenai penerimaan rakyat Malaysia terhadap Gagasan

1Malaysia telah dilakukan pada tahun 2012.86.4 peratus (%) daripada 30.077 orang

responden yang meliputi masyarakat pelbagai kaum menerima konsep 1Malaysia yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak. Ini kerana

Gagasan 1Malaysia tidak mengandungi justifikasi bahawa mesti menyokong hanya satu

parti jika menyokong konsep itu, malah ia juga membenarkan perbezaan dari segi

pendapat, anutan ideologi dan cara mengamalkan budaya.

Walaubagaimanapun, terdapat usaha oleh pakatan pembangkang untuk

memperlekeh gagasan itu, namun dengan pelbagai produk yang diperkenalkan yang

berasaskan 1Malaysia, tindakan mereka tidak memberi kesan malah jenama dan produk

yang diketengahkan terus mendapat sambutan rakyat.Walaupun pihak pembangkang

dilihat tidak senang dengan Gagasan 1Malaysia, namun pada keseluruhannya, rakyat

menganggap kewujudan gagasan itu disertai pelbagai produk sebagai sesuatu yang amat

baik.

3.4. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Page 36: FASA 2(Hub Etnik)-2

Sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga telah dibentuk dalam

Mesyuarat Kabinet pada 30 Oktober 2002 untuk mengkaji keperluan pelaksanaan

Kerahan Tenaga ini. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan dan

dianggotai oleh 7 Menteri, seorang Penasihat Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan

5 Timbalan Menteri.

Di dalam mesyuarat pertama pada 12 November 2002, Jawatankuasa Kabinet

Mengenai Kerahan Tenaga telah menerima pengunaan istilah Khidmat Negara bagi

menggantikan istilah Kerahan Tenaga. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara

(JKMKN) telah menubuhkan 4 buah Jawatankuasa Kecil iaitu Jawatankuasa Kecil

Kewangan, Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Undang-Undang dan Jawatankuasa

Logistik bagi membantu jawatankuasa ini menyediakan perancangan dan menyelaraskan

keperluan pelaksanaan Program Khidmat Negara.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan Program

Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Dewan Rakyat meluluskan

Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara pada 25 Jun 2003 manakala Dewan

Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini pada 7 Julai 2003.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib

selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada

mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau

berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan

membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk

perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi

nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut

mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun

latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah

Page 37: FASA 2(Hub Etnik)-2

tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini. Berikut

merupakan objektif PLKN:-

• Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.

• Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.

• Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.

• Menyemarakkan semangat kesukarelaan.

• Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan

diri.

Dalam melaksanakan PLKN ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu

seperti:-

• Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.

• Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.

• Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama

seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.

• Implikasi kewangan.

• Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.

• Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Sepanjang tempoh tiga bulan berkursus, pelatih akan melalui empat modul

pembelajaran iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembentukan watak positif

dan modul khidmat masyarakat.

i) Modul Fizikal

Modul fizikal bertujuan untuk mengembangkan kemahiran dan kekuatan fizikal,

mental, emosi dan rohani dalam kalangan peserta PLKN untuk membentuk warganegara

yang efektif.Latihan-latihan yang dijalankan diharapkan dapat mengeratkan keharmonian

dalam kalangan peserta dan meningkatkan kebolehan mental mereka dalam hal survival,

kepimpinan, disiplin diri, keyakinan diri, semangat berpasukan, kemahiran

menyelesaikan masalah serta membuat keputusan secara individu mahupun secara

Page 38: FASA 2(Hub Etnik)-2

berkumpulan. Pelatih juga diberikan latihan melalui pembelajaran melalui pengalaman

dalam aktiviti kawad kaki, membuat alatan dari hasil hutan, pertolongan cemas, membaca

kompas, aktiviti arah, menyeberang sungai, menjaga keselamatan diri dan baru-baru ini

diperkenalkan aktiviti menggunakan senjata api seperti senapang. Modul ini dijalankan

selama empat minggu di kawasan perkhemahan.

ii) Modul Kenegaraan

Modul kenegaraan merupakan modul yang dijalankan untuk meningkatkan

pengetahuan, semangat cintakan negara dan sanggup berkorban untuk negara dalam

kalangan pelatih. Melalui aktiviti berkumpulan, jurulatih PLKN akan membantu pelatih

untuk mempelajari dan mengetahui tentang kenegaraan. Pelatih diajar untuk mengenal

pasti jati diri dan menghadapi cabaran glokal.Pelatih juga dipupuk dengan perasaan cinta

dan taat kepada negara dan sanggup mempertahankan negara yang tercinta.

iii) Modul Pembinaan Watak Posititif

Modul pembinaan watak diimplementasikan untuk membentuk watak yang efektif

di kalangan pelatih dalam diri mereka (intrapersonal) dan dalam keluarga, masyarakat

dan negara (interpersonal). Terdapat dua komponen pengetahuan dan kemahiran yang

dibekalkan kepada pelatih:

a) komponen perkembangan diri

b) kewujudan individu lain di sekitar pelatih.

Dalam komponen perkembangan diri, pelatih akan melalui proses memahami diri,

menyedari dan mengenal pasti characteristic diri, meningkatkan perwatakan positif dan

mengubah perwatakan negatif kepada yang lebih positif. Komponen kedua ialah melalui

proses menyedari kewujudan individu lain dalam kehidupan mereka, memperoleh

kemahiran untuk bekerja dalam pasukan, cara-cara bertindak sebagai pemimpin dalam

kumpulan dan menyelesaikan masalah serta isu moral secara berpasukan.

Page 39: FASA 2(Hub Etnik)-2

iv) Modul Khidmat Masyarakat

Modul khidmat masyarakat terdiri daripada lima komponen utama iaitu keperluan

asas dan prasarana, kejiranan, khidmat sosial, persekitaran, dan jabatan. Pelatih akan

terlibat dalam aktiviti di sekitar lima komponen tersebut. Matlamat modul ini ialah untuk

meningkatkan volunteerism dan self efficacy dalam kalangan pelatih. Pelatih jugak dapat

mengamalkan apa yang dipelajari semasa menghadiri PLKN.10

3.4.1. Impak Program Latihan Khidmat Negara Terhadap Etnik di Malaysia.

Antara impak positif yang boleh dilihat ialah para pelatih dapat mengisi masa

lapang mereka dengan PLKN sementara menunggu keputusan SPM atau kemasukan ke

universiti. Ini seterusnya dapat mengurangkan kadar gejala sosial dalam kalangan remaja

seperti berlumba haram, lepak sehingga larut malam dan membazir wang dengan

berpesta.

Di samping itu, para pelatih akan mendapat kawan-kawan baru yang datang dari

pelbagai negeri. Dari situ, para pelatih boleh mendapat informasi tentang negeri-negeri

yang mereka tidak pernah lawati di samping dapat bertukar-tukar pendapat tentang soal

pelajaran dan isu semasa.

Impak positif yang seterusnya ialah para pelatih boleh mula belajar untuk

berdikari ataupun hidup sendiri.Misalnya, setiap pelatih perlu mencuci pakaian mereka

sendiri tanpa bantuan ibubapa ataupun pembantu rumah.

Selain itu, para pelatih dapat menyemai semangat perpaduan antara kaum.

Semangat perpaduan sudah pasti akan wujud kerana PLKN disertai oleh semua kaum dan

10 http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/04/akta-latihan-khidmat-negara-dan-impak.html

Page 40: FASA 2(Hub Etnik)-2

semua aktiviti yang dilaksanakan bersifat kumpulan. Perkara ini amat penting demi masa

depan negara yang hanya akan kekal aman apabila semua bersatu-padu.

Tambahan pula, para pelatih dapat mengenal latar belakang kaum lain dengan

lebih mendalam. Ini kerana, aktiviti wajib di PLKN ialah malam kebudayaan yang

membolehkan para pelatih mempelajari budaya yang harmoni dan menarik.

Apabila semangat perpaduan telah disemai, maka para pelatih akan mula

menanamkan semangat cinta akan negara. Ini kerana, kebanyakan aktiviti di PLKN

adalah berasaskan patriotisme dan modul untuk membina semangat tersebut.

Bukan itu sahaja, PLKN juga bertindak sebagai elemen penting dalam

pembentukan disiplin diri remaja.Ini dapat dibuktikan apabila majoriti pelatih yang telah

tamat menjalani latihan telah menunjukkan perubahan diri yang ketara seperti lebih

menghormati keluarga dan sentiasa berfikiran positif.

Page 41: FASA 2(Hub Etnik)-2

BAB 4: HUBUNGAN ETNIK DALAM PERSPEKTIF POLITIK

Bab ini memberi tumpuan terhadap hubungan etnik dalam perspektif politik di

Malaysia melalui rentetan perkembangan kemasyarakatan melalui program pembangunan

politik yang lama dan baru.Perbincangan mengenai dua strategi lama iaitu dasar lama dan

program dasar baru.Bagi memberi landskap awal strategi pembangunan politik di

Malaysia.Kemudian, dua dasar dan program baru iaitu Program Kemasukan Terus Ahli

Barisan Nasional (tanpa Parti Komponen) serta impak dan Kewujudan Dewan Himpunan

Penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta impak bagi memperlihatkan strategi

kerajaan dalam mengukuhkan integrasi masyarakat.11

4.1 Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949)

Melalui penubuhan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa

Hubungan antara Kaum, usaha untuk mencapai perpaduan antara kaum di Tanah Melayu

telah dimulakan sejak tahun 1949.Pihak British telah menegaskan bahawa kerjasama

kaum mesti wujud jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan.Perkara ini

sangat penting untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. Bagi

pihak British pula, keadaan ekonomi dan politik yang stabil akan mendorong

pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Persekutuan Tanah Melayu.

11 http://eprints.utm.my/14762/1/FadilahZaini2009_PembangunanPolitikdalamHubunganEtnik.pdf

Page 42: FASA 2(Hub Etnik)-2

Pada peringkat awalnya, hanya orang Melayu dan Cina yang menganggotai

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).Orang Melayu Yang diwakili oleh UMNO

diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar.Orang Cina yang diwakili oleh Malayan Chinese

Association (MCA) diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock.Mulai bulan Ogos 1949, CLC

turut dianggotai oleh seorang wakil daripada keturunan India, Ceylon, Serani dan

Eropah.Pengerusi CLC ialah Dato’ E.E.C. Thuraisingam manakala penasihatnya ialah Sir

Malcom MacDonald, Gabenor Janeral Asia Tenggara.

Perundingan antara anggota CLC telah dijalankan selama hampir dua

tahun.Dalam rundingan tersebut, UMNO mengemukakan memorandumnya untuk

mempertahankan ketuanan Melayu tetapi tuntutan itu telah ditolak oleh CLC.Oleh itu,

satu kompromi telah dibuat antara UMNO dan CLC sebagai tolak ansur kepada

kebuntuan rundingan itu.Beberapa perkara telah dipersetujui hasil daripada kompromi

UMNO-CLC tersebut. Antaranya:-

• Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan.

• Orang melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran.

• Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat Majlis

Bandaran, Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan

• Sistem pendidikan yang dibentuk akan mewajibkan penggunaan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Rajah 4.1 Tun Tan Cheng Lock

Page 43: FASA 2(Hub Etnik)-2

Sistem ahli

Sistem Ahli telah diperkenalkan pada tahun 1951. Sistem Ahli bertujuan melatih

orang melayu dan kaum lain dalam pentadbiran tanah melayu. Dato’ Onn Jaafar talah

mencetuskan idea penubuhan Sistem Ahli dan idea ini disokong oleh pihak British dan

raja-raja Melayu.Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan April 1951 hingga bulan Jun 1955.

Berikut merupakan ciri-ciri Sistem Ahli:-

• Wujudnya satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa

orang pegawai dan tokoh masyarakat tempatan. Kabinet bayangan ialah

satu sistem pentadbiran dengan berbentuk sebuah kabinet tanpa pilihan

raya.

• Anggota Sistem Ahli dikenali sebagai Ahli.

• Perlantikan Ahli dibuat oleh pesuruhjaya Tinggi British dengan Pesetujuan

Majlis Raja-Raja Melayu . Majlis Raja-raja Melayu ialah satu badan khas

yang dianggotai oleh sultan dan raja-raja Melayu bagi membincangkan

soal-soal yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu ,

kedudukan raja-raja , dan orang Melayu.

• Ahli-ahli diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

• Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota iaitu lima orang

penduduk Tanah Melayu dan empat orang peegawai british. Tiga daripada

lima orang penduduk tanah melayu ialah orang Melayu , seorang Cina dan

seorang India .

Rajah 4.2 Sistem Ahli

Page 44: FASA 2(Hub Etnik)-2

4.1.1 Impak Jawatankuasa Hubungan Kaum Terhadap Etnik Di Malaysia

4.1.2 Politik dan Pemerintahan

Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama sains, ekonomi dan

sebagainya. Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa kehakiman, eksekutif,

perundangan yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan

yang lain. Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan pentadbiran, cukai,

undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu.Selepas penjajahan

khususnya selepas pengenalan Malayan Union kuasa tersebut telah berpindah ke tangan

gabenor British.Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran

sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya.

4.1.3 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan

penjajah.Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi

beberapa aspek.Dari segi aspek politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah

berteraskan etnik.UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC

orang India.Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC

yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan

penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional.

Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik.Ia telah berjaya

mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk

memberi fokus kepada soal pembangunan negara.

Page 45: FASA 2(Hub Etnik)-2

4.2 Dasar Pakatan Murni

Pakatan Murni merujuk kepada hasil usaha semua kaum di Persekutuan Tanah

Melayu untuk menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui

rundingan.Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai

kaum yang sebelum ini berpisah akibat dasar ‘pecah dan perintah’ British.Usaha-usaha ke

arah pakatan murni ialah yang pertama, penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara

Kaum (CLC) pada Januari 1949.Pada awalnya, CLC dianggotai oleh dua kaum terbesar

di Tanah Melayu iaitu Melayu dan Cina.Orang Melayu di bawah pimpinan Dato' Onn

Ja'afar, manakala orang Cina di bawah pimpinan Tan Chen Lok. Pada bulan Ogos, CLC

disertai oleh 6 wakil Melayu, 6 wakil orang Cina, 1 wakil dari kaum India, Serani dan

Eropah.

Langkah kedua ialah perundingan UMNO-CLC.Pada 1951 Presiden UMNO Dato'

Onn Ja'afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan

Melayu.Apabila gagal, beliau meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti

Kemerdekaan Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua kaum yang mahu bekerja

mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Langkah seterusnya ialah persidangan di antara Gabenor Jeneral Asia Tenggara

Sir Malcolm Macdonald dengan Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman pada

1953.Tunku Abdul Rahman kemudian mengadakan konvesyen kebangsaan dan banyak

parti politik di Tanah Melayu terlibat dengan konvesyen tersebut.Ia menjadi asas

pembentukan Parti Perikatan.

Page 46: FASA 2(Hub Etnik)-2

4.2.1 Impak Dasar Pakatan Murni Terhadap Etnik di Malaysia

Perkembangan politik di Malaysia merupakan satu fenomena yang sangat

menarik untuk dikaji dan dibincangkan. Perbincangan dalam bahagian ini memfokuskan

tentang perkembangan kegiatan nasionalisme orang Melayu dan kegiatan politik bukan

Melayu sama ada yang diiktiraf ataupun yang tidak diiktiraf oleh pihak penjajah British

dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Pada peringkat awal lagi, kedatangan British

untuk menguasai dan menjajah negara ini telah dihalang oleh gerakan anti-penjajahan di

setiap negeri. (Abdullah Zakaria Ghazali, 1982) jelasnya, walaupun kedatangan British

dengan pelbagai tipu muslihat, namun iasedikitpun tidak menggoyahkan kekuatan politik

untuk menentang mereka. Di sinilah muncul wira-wira dalam politik tanah air seperti

Dato’ Dol Said, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Haji

Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Salleh, Rentap, Rosli Dhoby, Dato’ Kelana

dan Dato’ Abd. Rahman Andak. Sesungguhnya perjuangan tokoh- tokoh terdahulu

menggambarkan bahawa kemerdekaan negara ini bukan diperolehi dengan jalan mudah,

tetapi sebaliknya dengan berkorban nyawa, darah, keringat dan air mata.

Perkembangan politik Tanah Melayu disemarakkan dengan kesedaran

nasionalisme yang berasaskan kaum yang didorong oleh dasar ‘pecah dan perintah’

British sendiri.Pengelompokkan masyarakat di kawasan yang berbeza telah menanam

bibit kesedaran nasionalisme. Pada peringkat awal, kegiatan mereka lebih cenderung

untuk memperjuangkan kebajikan di kalangan penduduk, tetapi akhirnya bertukar corak

menjadi gerakan massa untuk membangunkan masyarakat dan memperjuangkan

kemerdekaan. Faktor luaran turut menyumbang kepada penyuburan semangat

nasionalisme di kalangan penduduk Tanah Melayu. Kesemuanya mula terkesan pada

awal abad ke-20.Kesedaran nasionalisme.Melayu juga disokong oleh keterbukaan minda

orang Melayu yang menerima pendidikan dari dalam dan luar negeri.Jelasnya, golongan

ulama telah menjadi pencetus kepada kesedaran politik di kalangan masyarakat Melayu.

Page 47: FASA 2(Hub Etnik)-2

Pada masa kini, kemunculan parti-parti politik seperti DAP, PAS, KEADILAN

dan parti-parti kecil di Sabah dan Sarawak merupakan bukti Malaysia menjalankan

sistem politik demokrasi berparlimen, kebebasan berpolitik dan bersuara melalui saluran

yang betul iaitu Parlimen. Rakyat memilih pemimpin yang difikirkan layak melalui

pilihan raya dan wakil-wakil rakyat yang dipilih itu akan menyampaikan kehendak rakyat

untuk dibincangkan di Parlimen bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan membela

nasib rakyat tanpa mengira kaum. Namun, perkembangan politik di Malaysia jika dilihat

dari sudut hubungan etnik memperlihatkan usaha setiap kaum bagi mencapai perpaduan

walaupun menghadapi pelbagai onak dan ranjau dalam mencapai persefahaman dan

toleransi antara kaum.Penubuhan setiap parti politik tetap jelas memperlihatkan isu-isu

yang melibatkan kepentingan kaum masing-masing.Namun begitu, pengalaman sejarah

menunjukkan isu perkauman tidak boleh diperjudikan semata-mata untuk kepentingan

parti dan kaum.Dalam pada itu, pihak kerajaan perlu melaksanakan sistem pentadbiran

dan pemerintahan dengan adil, bijaksana dan berkesan serta berdasarkan prinsip dan

semangat perlembagaan Malaysia yang dikongsi bersama agar seluruh rakyat menikmati

hasil kemerdekaan.

Dalam pada itu, seharusnya setiap parti politik bukan sahaja melihat kepada

perjuangan dan kepentingan parti masing-masing yang bersifat etnisiti, tetapi mesti

mengubahsuai mengikut keperluan nasional.Tambahan pula, gelombang globalisasi yang

melanda negara menuntut kesatuan pemikiran dan tindakan di kalangan parti-parti politik

agar kedaulatan dan kemerdekaan negara dapat dipertahankan.

Page 48: FASA 2(Hub Etnik)-2

4.3 Program Kemasukan Terus Ahli Barisan Nasional (Tanpa Parti Komponen)

Selepas keputusan pilihan raya tahun 2008, ramai berpandangan BN perlu

menukar wajah sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1973 ketika ia berubah daripada

Parti Perikatan kepada Barisan Nasional. Persekitaran politik semasa menunjukkan

bahawa BN perlu memenuhi ekspektasi umum dan pada waktu yang sama mengharungi

cabaran politik landskap arus perdana. Barisan Nasional memutuskan untuk menerima

ahli terus, sebagai ahli BN tanpa duduk di bawah parti komponen.Krisis keyakinan dan

kepercayaan ketara ketika itu sehingga kehilangan sokongan dua pertiga di Parlimen dan

kuasa pentadbiran di beberapa negeri turut jatuh ke tangan pembangkang.Ini termasuk

Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan majoritinya di

bawah pemimpin pakatan pembangkang.

Dalam suasana menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, tindakan tersebut dilihat

mampu meluaskan keahlian dan sokongan daripada ramai yang menyokong agenda BN

tetapi tidak mahu terlibat dengan parti komponen. Dari satu sudut, keahlian terus ini

menjejaskan kuasa komponen besar seperti Umno yang kini mendominasi BN. Walau

bagaimanapun, beberapa langkah kawalan dijangka dilaksanakan untuk menjaga

pengaruh Umno dalam pakatan itu, menunjukkan satu lagi keyakinan baharu pemimpin

Umno dan BN, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak. Perkembangan ini merupakan satu

petanda positif buat BN dalam meluaskan sokongan yang berdepan risiko perpecahan

ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.Tetapi sejauh mana Umno berjaya memelihara

kuasanya dan tidak berkompromi dalam hal melibatkan kepentingan parti dan

konstituensinya, disebabkan tuntutan-tuntutan pelbagai kepentingan dan bentuk keahlian

yang menggambarkan semangat sama-rata itu.

Umno merupakan pihak yang paling berkemungkinan melihat pengaruhnya terhakis

melalui tindakan itu, walaupun ini masih bergantung kepada langkah-langkah kawalan

yang boleh dilaksanakan. Walaupun Perdana Menteri memperkenalkan gagasan

1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (PTK), Bidang Keberhasilan Utama Negara

Page 49: FASA 2(Hub Etnik)-2

(NKRA), Model Baru Ekonomi (NEM), Rancangan Malaysia Ke-10 dan Belanjawan

2011 untuk mengukuhkan kedudukan Kerajaan Pusat segalanya tidak akan bermakna

melainkan beliau mempunyai tulang belakang parti yang ampuh untuk mengembangkan

aspirasi ini. Barulah keyakinan dan kepercayaan dapat dibina semula.

Kemasukan ramai individu berpotensi diketengahkan misalnya untuk mengisi

posisi- posisi penting boleh mengancam pemegang kuasa dalam Umno yang terus

menguasai parti itu. Walau bagaimanapun, parti-parti komponen lain turut bimbang

dengan ahli-ahli terus yang berpotensi meningkat dalam BN tanpa tertakluk kepada

politik parti komponen yang lebih sukar. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir

Mohamad ialah antara tokoh pemerintah yang menyokong keahlian terus.12

4.3.1 Impak Program Kemasukan Terus Ahli Barisan Nasional (tanpa Parti Komponen)

Terhadap Etnik Di Malaysia

Keahlian terus BN boleh menjadi salah satu faktor yang mempunyai

kecenderungan untuk memulihkan sokongan ke atas parti BN. Pada tahun 1960-an,

Alliance Direct Membership Organization (ADMO) ditubuhkan yang terhenti fungsinya

apabila Perikatan berubah menjadi BN. Lambang dacing menggantikan lambang kapal

layar parti Perikatan. Manifesto juga berubah dengan penambahan bilangan ahli yang

turut melibatkan kesemua parti politik kecuali DAP. Jika keahlian terus dilancar semula,

ia boleh memberi impak besar ke atas struktur parti BN. Secara langsung ia akan

melahirkan parti pelbagai etnik di samping parti komponen yang masih berasaskan

kepada kumpulan etnik yang berbeza. Kepelbagaian tersebut membolehkan keanggotaan

BN membesar tanpa mengganggu struktur asal yang terus membolehkan parti komponen

kekal.BN hari ini merangkumi dari Semenanjung iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan

12 http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/11/ahli-terus-bn-sejauh-mana-luaskan_22.html

Page 50: FASA 2(Hub Etnik)-2

PPP. PBS, LDP, PBRS dan PKMO pula mewakili BN Sabah dan PBB, SUPP, dan PRS

menjadi wakil BN Sarawak.

Hakikatnya, populariti Najib berada pada tahap yang amat baik tetapi itu tidak

bermakna pengundi akan mengundi BN semata-mata kerana setuju dengan pendekatan

Najib. Ini kerana parti komponen masih belum menjadikan agenda Najib sebagai agenda

mereka.Dalam kedudukan ini, populariti Najib meningkat kerana komunikasi beliau

secara langsung dengan pelbagai masyarakat termasuk dengan kaedah walkabout yang

menarik ramai.Keahlian terus barang kali boleh meningkatkan penerimaan ke atas

kepimpinan dan parti. Kaedah ini juga boleh menarik penyokong yang sukakan BN

pengundi atas pagar serta yang mesra kepada pendekatan BN. Ini sama sekali tidak akan

menjejas sokongan yang diterima oleh parti komponen berdasarkan kepada ahli yang

mahu mengikat diri mereka dengan ideologi parti komponen yang secara tidak langsung

turut akan menjadi ahli BN. Dengan keahlian langsung, maka ahli-ahli ini juga

mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk dipilih sebagai calon bersama dengan

calon di bawah banner parti komponen kerana masing-masing akan menggunakan simbol

yang sama.

Jawatankuasa pemilihan calon akan meneliti senarai nama calon dengan sebaik

mungkin dalam menghalusi keupayaan menang kerana suasana pilihan raya yang ke-13

turut bergantung kepada kualiti calon dan zaman ungkapan bahawa meletakkan ‘sepatu

sekalipun pada lambang dacing akan menang' sudah berakhir. Jika calon bebas boleh

menang dalam pilihan raya lalu, ia boleh berlaku lagi. Pengundi tidak akan mengundi

berdasarkan kepada faktor kecewa dan marah dan pakatan pembangkang juga tidak boleh

mengharapkan tsunami akan berlaku lagi. Pengundi akan mengundi dengan rasional dan

praktikal. Banyak faktor akan diambil kira berbanding dengan kedudukan Mac 2008

termasuk soal perubahan sejak 2008 dan penilaian ke atas kedua-duanya akan dibuat baik

BN mahupun PR. Pada waktu yang sama, program pelbagai kumpulan sasar terutama

belia perlu diperhebatkan walaupun zaman teknologi seolah-olah menjadi penghalang

kepada interaksi bersemuka. Program yang membolehkan sesiapa sahaja terlibat tanpa

mengira agama, etnik, keturunan, gender dan ideologi politik akan menunjukkan

Page 51: FASA 2(Hub Etnik)-2

perubahan. Ia boleh bermula di kampung, daerah, dan negeri dengan menggembleng

keseluruhan pusat perkhidmatan parti.

Yang menentukan jatuh-bangun parti adalah pengikutnya kerana matlamat parti

mungkin dirasakan terbaik tetapi maklum balas daripada pelbagai kumpulan boleh

dijadikan sebagai konsultansi agar yang dirancang untuk membawa kebangkitan baru

berjaya sepenuhnya.Ia boleh bermula dengan mengenal pasti punca ditolak dalam pilihan

raya lalu.

4.4 Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS)

PAS sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dari sudut falsafahnya

menolak sebarang perjuangan yang berteraskan perkauman. Sepanjang penglibatan PAS

di persada politik tanahair PAS tidak dikategorikan sebagai parti rasis kerana nama Islam

itu sendiri menggambarkan kesejagatan falsafah perjuangan PAS. Atas kewajaran ini,

PAS mengorak langkah untuk menyongsang arus politik negara yang berdiri atas iklim

politik perkauman dengan memperkenalkan CCC iaitu Chinese Consultative Council

pada pertengahan 1980-an bagi memecah tembok perkauman yang selama ini

menghalang suara Parti Islam itu untuk menjangkau kepada masyarakat selain daripada

orang-orang Melayu. Hasilnya suara PAS mula kedengaran di ceramah-ceramah yang

dianjurkan oleh persatuan Cina di premis-premis Tokong mereka dan dewan-dewan Cina.

Sejak dari saat itu usaha mendekatkan jurang dengan kaum lain dalam usaha PAS

untuk menjadi multiracial bukan sahaja retorik falsafah tetapi diterjemahkan dalam

bentuk pendekatan strategik. Usaha pertengahan 1980-an ini juga adalah sesuatu yang

berani kerana bagi organisasi PAS sendiri ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima

oleh ahli. Pada penghujung 1990-an Jabatan Antara Budaya ditubuhkan bagi mencapai

Page 52: FASA 2(Hub Etnik)-2

hasrat yang sama supaya perjuangan PAS dapat diterima oleh masyarakat berbilang

bangsa.

Dewan Himpunan Penyokong PAS, sayap baru bagi mengiktiraf penyokong

bukan Islam dalam parti itu telah dilancarkan pada 23 Mei 2010. Langkah itu diambil

untuk mempertingkatkan sokongan pengundi-pengundi bukan Islam kepada parti itu

dalam pilihan raya umum akan datang. Dewan Himpunan Penyokong PAS dibentuk

dengan menaik taraf Kelab Penyokong PAS, yang ditubuhkan enam tahun lalu dan

menjadi salah satu komponen sokongan kepada parti Islam ini dalam pilihan raya umum

2008.

Walaupun pada peringkat awal hanya orang Cina yang nampaknya lebih berminat

untuk mengenali PAS tetapi pada tahun 2004 ambang PRU ke-11 satu entiti baru mula

disebut oleh Pemangku Presiden PAS ketika itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Nama yang baru pertama kali disebutkan itu ialah Kelab Penyokong PAS yang

diharapkan menjadi wahana penting meneruskan kesinambungan menggapai dan

mencapai sokongan bukan Melayu.Nama Kelab Penyokong PAS atau ringkasnya KPP

sejak dari itu menjadi sebahagian daripada komponen strategik parti.Hari ini KPP

menempa sejarah apabila entiti parti ini dipertingkatkan peranannya dengan parti

memberi pengiktirafan kepada KPP melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong

PAS (DHPP) yang dipandu oleh Aturan dan Peraturan.Aturan dan Peraturan DHPP

mendapat pengiktirafan PAS Pusat dengan kuasa 26 (9) (g) dan (h).

Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong PAS dilihat sebahagian usaha susulan

parti itu untuk menarik sokongan penyokong bukan Islam walaupun kuasanya masih

dilihat terhad.Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum

India, Cina, Siam dan Iban. Dewan Himpunan Penyokong PAS ini akan diketuai oleh

pengerusi. Usaha naik taraf itu dibolehkan dengan mengadakan perlembagaan tersendiri

tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS. Mursyidul Am PAS Datuk Nik

Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong

Page 53: FASA 2(Hub Etnik)-2

sebagai sayap baru kepada parti itu bukan bertujuan menyingkirkan DAP daripada

Pakatan Rakyat.13

4.4.1 Impak Kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Kumpulan penyokong PAS bukan Muslim, yang kini menikmati kedudukan

selesa sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), perlu dinilai semula

kedudukannya supaya tidak mencetuskan masalah pada masa depan kepada PAS. DHPP

yang diketuai Hu Pang Chow itu melonjak naik dengan pantas, daripada sekadar kelab

penyokong bukan Muslim kepada sebuah dewan dalam tempoh yang singkat.Kewujudan

DHPP sebagai satu sayap yang rasmi itu bermakna dewan ini secara rasmi menjadi suara

bagi penyokong bukan Muslim PAS, dan diiktiraf sebagai wakil dan suara tunggal

penyokong bukan Muslim.

Dewan itu, yang setakat ini kelihatan dikuasai hampir sepenuhnya oleh Hu yang

telah lama rapat dengan PAS, menampakkan pengaruh yang agak besar, sehingga mampu

mengkritik parti dengan lantang tanpa berdepan dengan risiko yang biasa dihadapi

pengkritik parti dari dalam.Malah, Hu juga pernah mencetuskan satu kejutan besar

apabila mengkritik kerajaan negeri Kelantan berhubung isu pelaburan ke negeri yang

telah dikuasai PAS selama lebih daripada 20 tahun itu.Tindakan-tindakan Hu selama ini

menunjukkan satu pengaruh besar yang dimilikinya melalui penglibatan lamanya

bersama PAS dan kedudukan sebagai ketua DHPP yang sehingga kini kelihatan dikuasai

sepenuhnya oleh beliau, tanpa sebarang saingan dari dalam.

Pengaruh dimiliki Hu dan DHPP ini kelihatan melebihi kadar kedudukan sayap

itu dalam PAS, yang keahlian dan kekuatan sebenarnya masih belum dapat dinilai dengan

tepat. Keadaan sekarang membolehkan Hu dan DHPP yang dilihat masih tidak benar-

13 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-lancar-dewan-himpunan-penyokong-bukan-islam-23-mei

Page 54: FASA 2(Hub Etnik)-2

benar mewakili keseluruhan penyokong bukan Muslim PAS mengambil kesempatan

daripada sentimen semasa dalam PAS dan keperluan pada masa ini untuk menarik undi

bukan Muslim.Pada tahun 2011, Hu menuntut satu kerusi diberikan di setiap negeri

kepada calon bukan Muslim, tuntutan yang menggambarkan keyakinan yang semakin

kuat di pihak Hu dan DHPP.

Adalah menjadi harapan Presiden Parti dan seluruh kepimpinan PAS untuk

melihat kelahiran DHPP akan melonjakkan PAS kepada satu lagi tahap dalam

perjuangannya. Lonjakan ini menjadikan PAS kekal releven dalam melalui cabaran

politik berbagai kaum di negara ini.Hasrat Presiden PAS ialah mahu melihat DHPP terus

menjadi contoh perpaduan yang kukuh di kalangan ahlinya dan membuktikan bahawa

PAS mampu menyatukan semua kaum di negara ini melalui DHPP. Walaupun hari ini

menandakan kelahiran sebuah lagi sayap parti yang akan berperanan dengan penuh

kesetiaan kepada parti namun cabarannya amatlah besar untuk menyuburkan perjuangan

PAS dan membuahkan hasil yang lumayan tetapi dengan perpaduan dan bimbingan

seluruh organisasi PAS DHPP akan terus menyumbang.

Rajah 4.4.1 Logo Dewan Himpunan Penyokong Pas

Page 55: FASA 2(Hub Etnik)-2

BAB 5: ANALISIS PEMBANGUNAN HUBUNGAN ETNIK

5.1 Pembangunan Ekonomi 1: BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat.

5.1.1 Graf Silang Demografi (Jantina dan Bangsa) dan Isu

Graf 1: BR1M berjaya mengurangkan beban rakyat.

5.1.1 Analisis

Graf 1 diatas menunjukkan bahawapemberian bantuan BR1M Berjaya

mengurangkan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Senario ini

diperjelaskan berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan dimana majoriti peserta

pelbagai bangsa dan jantina bersetuju BR1M banyak membantu mengurangkan beban

Page 56: FASA 2(Hub Etnik)-2

kehidupan seharian . Hal ini turut disokong oleh elemen kos kehidupan yang semakin

meningkat terutama yang melibatkan bahan tenaga seperti petrol,hartanah,dan

perkhimatan yang menjadi kegunaan seharian,dimana bahan api digunakan untuk

kenderaan seharian,pengakutan barang, janakuasa. Sekiranya berlakunya peningkatan

bahan api ianya turut mejejaskan harga barang dipasaran.

5.2 Pembangunan Ekonomi 2: Pengurusan Kewangan Negara adalah Stabil.

5.2.1 Graf Silang Demografi (Sektor Pekerjaan) dan Isu

Graf 2: Pengurusan Kewangan Negara adalah Stabil

5.2.2 Analisis

Graf 2 diatas menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negara adalah stabil ini

berdasarkan soal selidik dijalankan dimana 9 orang daripada 50 orang dari sektor

perkerjaan dari Kerajaaan,swasta dan pelajar yang disoal selidik tidak setuju dengan

Page 57: FASA 2(Hub Etnik)-2

kenyatan diatas dan majoriti bersetuju dengan kenyataan diatas. Senario

inimemperjelaskan dengan keadaan negara pulih dari krisis kewangan yang berlaku pada

tahun 2009.Hal ini turut disokong oleh elemen peluang pekerjaan yang banyak dan

kemasukan pelabur yang menjana peluang pekerjaan yang banyak membantu

meningkatkan kestabilan ekonomi negara dan rakyat.

5.3 Pembangunan Ekonomi 3: GST perlu Disokong untuk Peningkatan Hasil Negara.

5.3.1 Graf Silang Demografi (Umur) dan Isu.

Graf 3: GST perlu Disokong untuk Peningkatan Hasil Negara.

5.3.2 Analisis

Graf 3 diatas menunjukkan bahawa majoriti bersetuju dengan kenyataan GST

perlu disokong untuk peningkatan hasil negara dimana berdasarkan kefahaman mengenai

GST berdasarkan peringkat umur peserta yang disoal selidik.Senario ini memperjelaskan

berdasarkan soal selidik yang dijalankan dimana peringkat umur 21tahun hingga 50

Page 58: FASA 2(Hub Etnik)-2

bersetuju degan kenyataan berkenaan disebabkan kefahaman mengenai GST,manakala,

analisis dijalankan umur 50tahun keatas tidak setuju dengan kenyataan diatas mungkin

disebabkan tidak faham mengenai GST. Hal ini turut disokong oleh elemen penerangan

oleh kerajaan melalui pelbagai caraseperti pengunaan media eletronik,teknologi,animasi

dan sebagainya,disebabkan oleh golongan muda dan dewasa mudah terdedah dengan

teknologi sekarang yang memudahkan pemahaman mengenai GST.

5.4 Pembangunan Ekonomi 4: Peluang Pekerjaan Setaraf Kelulusan Semakin

Meningkat

5.4.1 Graf Silang Demografi (Pendapatan) dan Isu.

Graf 4: Peluang Pekerjaan Setaraf Kelulusan Semakin Meningkat

5.4.2 Analisis

Graf 4 diatas menunjukkan bahawa majoriti yang disoal selidik bersetuju dengan

perluang pekerjaan setaraf kelulusan semakin meningkat. Senario ini memperjelaskan

dimana kelulusan pelajaran memainkan peranan tetapi peningkatan pendapatan masih

lagi tidak tinggi,dimana majoriti bergaji RM3,000 kebawah masih lagi tidak meningkat

Page 59: FASA 2(Hub Etnik)-2

dan tidak setaraf dengan kelulusan yang ada . Hal ini turut disokong oleh elemen

ekonomi berada pada tahap sederhana dan kedudukan geografi,Dimana pekerja yang

berkerja dibandar-bandar besar memerima gaji setaraf dengan kelulusan berbanding

dengan yang berkerja diluar Bandar.

5.5 Pembangunan Ekonomi 5 : Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Negara Adalah

Baik.

5.5.1 Graf Silang Demografi (Tahap Pendidikan) dan Isu.

Graf 5: Integriti Dalam Pengurusan Kewangan Negara Adalah Baik.

5.5.2 Analisis

Graf 5 diatas menunjukkan bahawa integriti dalam pengurusan kewangan negara

adalah baik. Senario ini memperjelaskan berdasarkan analisis soal selidik berdasarkan

taraf pendidikan yang disoal selidik,dimana yang berpendidikan diploma sehingga Ph.D

Page 60: FASA 2(Hub Etnik)-2

bersetuju dengan kenyataan tersebut berbanding sebaliknya. Hal ini turut disokong oleh

elemen taraf pendidikan dan pengetahuan mengenai ekonomi semasa dan ekonomi

negara.

5.6 Pembangunan Sosial 1 : Kadar Kemiskinan Di Malaysia Masih Terkawal

5.6.1 Graf Silang Demografi ( Jantina dan Bangsa ) dan Isu.

Graf 6 :Kadar Kemiskinan Di Malaysia Masih Terkawal.

5.6.2 Analisis

Graf 6 diatas menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di malaysia masih terkawal.

Senario ini menjelaskan bahawa ekonomi masih berada pada tahap sederhana dan

terkawal . Hal ini turut disokong oleh elemen semasa dengan pengurangan subsidi dari

kerajaan dan tahap gaji di negara ini masih lagi rendah .

Page 61: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.7 Pembangunan Sosial 2 : Konsep ‘1Malaysia’ Berjaya membentuk integrasi kaum.

5.7.1 Graf Silang Demografi (Sektor Pekerjaan) dan Isu.

Graf 7: Konsep ‘1Malaysia’ Berjaya membentuk integrasi kaum.

5.7.2 Analisis

Graf 7 diatas menunjukkan bahawa bersetujukonsep ‘1Malaysia’ berjaya

membentuk integrasi kaum.Senario ini memperjelaskan konsep 1Malaysia dapat

meyatukan rakyat pelbagai kaum tanpa mengira bangsa .Hal ini turut disokong oleh

elemen penyatuan kaum untuk menjadi bangsa Malaysia yang berjaya serta faktor sejarah

rusuhan kaum yang berlaku yang meningalkan kesan pada rakyat Malaysia.

Page 62: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.8 Pembangunan Sosial 3 : Jumlah kes jenayah di Malaysia dalam keadaan terkawal.

5.8.1 Graf Silang Demografi (Umur) dan Isu.

Graf 8: Jumlah kes jenayah di Malaysia dalam keadaan terkawal.

5.8.2 Analisis

Graf 8 diatas menunjukkan bahawa jumlah kes jenayah di malaysia dalam

keadaan terkawal. Senario ini memperjelaskan majoriti yang disoal selidik bersetuju

dengan kenyataan tersebut . Hal ini turut disokong oleh elemen pertambahan pasukan anti

jenayah seperti polis,jabatan pertahanan awan,RELA,dan penubuhan jawatan kuasa

keselamatan tempatan bagi mengcegah jenayah.

Page 63: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.9 Pembangunan Sosial 4: Rakyat Malaysia matang dalam menangani isu

perkauman.

5.9.1 Graf Silang Demografi (Pendapatan) dan Isu.

Graf 9: Rakyat Malaysia Matang Dalam Menangani Isu Perkauman.

5.9.2 Analisis

Graf 9 diatas menunjukkan bahawa rakyat malaysia matang dalam menangani isu

perkauman.Senario ini memperjelaskan berdasarkan kepada analisis yang diperolehi

menunjukkan majoriti bersetuju dengan kenyataan tersebut. Hal ini turut disokong oleh

elemen perpaduan antara kaum dan usaha kerajaaan memupukkan sikap saling hormat

menghormati satu sama lain.

Page 64: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.10 Pembangunan Sosial 5 : Jumlah PATI Berjaya Ditangani Melalui Program

Pemutihan.

5.10.1 Graf Silang Demografi (Tahap Pendidikan) dan Isu.

Graf 10: Jumlah PATI Berjaya Ditangani Melalui Program Pemutihan.

5.10.2 Analisis

Graf 10 diatas menunjukkan bahawa jumlah pati berjaya ditangani melalui

program pemutihan. Senario ini memperjelaskan berdasarkan analisis yang dijalankan

menunjukkan keputusan bersetuju program pemutihan ini berhasil .Hal ini turut disokong

oleh elemen penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa yang dilakukan secara

menyeluruh.

Page 65: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.11 Pembangunan Politik 1 : Cadangan Kerjasama UMNO-PAS Adalah Baik.

5.11.1 Graf Silang Demografi (Jantina dan Bangsa) dan Isu.

Graf 11: Cadangan Kerjasama UMNO-PAS Adalah Baik.

5.11.2 Analisis

Graf 11 diatas menunjukkan bahawa cadangan kerjasama umno-pas adalah baik.

Senario ini memperjelaskan berdasarkan analisis diatas dimana kebanyakkan berpendapat

bersetuju dengan kenyataan tersebut . Hal ini turut disokong oleh politik semasa dimana

kedua-dua parti islam perlu bersatu dan bersama berjuang.tetapi disebabkan perbezaan

pendapat dan tekanan oleh pakatan rakyak candangan itu tidak berhasil.

Page 66: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.12 Pembangunan Politik 2: Kini, Majoriti Kaum India Menyokong Barisan Nasional.

5.12.1 Graf Silang Demografi (Sektor Pekerjaan) dan Isu.

Graf 12:Kini, Majoriti Kaum India Menyokong Barisan Nasional.

5.12.2 Analisis

Graf 12 diatas menunjukkan bahawa kini, majoriti kaum india menyokong

Barisan Nasional. Senario ini memperjelaskan masyarat india bersetuju dengan pendapat

tersebut . Hal ini turut disokong oleh mungkir janji Pakatan Rakyat semasa Pilihan Raya

Umun 12 dimana berjanji menyelesaikan masalah Kaum india terutama mengenai

kampung Buah Pala di Pulau Pinang dan Kembali menyokong kerajaan pada Pihan Raya

Umun 13.

Page 67: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.13 Pembangunan Politik 3: Kematangan Berpolitik Rakyat Malaysia Semakin

Meningkat.

5.13.1 Graf Silang Demografi (Umur) dan Isu.

Graf 13:Kematangan Berpolitik Rakyat Malaysia Semakin Meningkat.

5.13.2 Analisis

Graf 13 diatas menunjukkan bahawa kematangan berpolitik rakyat malaysia

semakin meningkat. Senario ini berdasarkan kajian yang dijalankan dimana majoriti

hanya sederhana setuju . Hal ini turut disokong oleh budaya berpolitik rakyat semakin

terpesong dan rapuh.ini disebabkaan budaya politik dari luar meresap kedalam politik

negara.Dimana tidak menggunakan landasan yang betul seperti berdemo,rusuhan, dan

melakukan provokasi.

Page 68: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.14 Pembangunan Politik 4 : Kerjasama Antara Parti Dalam Pakatan Rakyat Adalah

Kukuh.

5.14.1 Graf Silang Demografi (Pendapatan) dan Isu.

Graf 14:Kerjasama Antara Parti Dalam Pakatan Rakyat Adalah Kukuh.

5.14.2 Analisis

Graf 14 diatas menunjukkan bahawa kerjasama antara parti dalam pakatan rakyat

adalah kukuh.Senario ini diperjelaskan diladam soal selidik ini dimana majoriti memberi

pendapat sederhana setuju.Hal ini turut disokong oleh isu-isu semasa sekarang

diantaranya pemencatan Menteri Besar Selangor dan pelantikan menteri besar Baru

dimana tidak dapat sokongan dari Pas, ini menunjukan sedikit kerentakan kerjasama

antara Pakatan Rakyat.

Page 69: FASA 2(Hub Etnik)-2

5.15 Pembangunan Politik 5 : Media Arus Perdana Lebih Dipercayai Berbanding

Media Sosial.

5.15.1 Graf Silang Demografi (Tahap Pendidikan) dan Isu.

Graf 15: Media Arus Perdana Lebih Dipercayai Berbanding Media Sosial.

5.15.2 Analisis

Graf 15 diatas menunjukkan bahawa media arus perdana lebih dipercayai

berbanding media sosial.Senario ini memperjelaskan didalam graf diatas dimana majoriti

bersetuju Mdeia arus perdana lebih dipercayai berbanding media sosial.Hal ini turut

disokong oleh data diatas dimana majoriti mempertikaikan ketelusan media social

mengenai berita yang disebarkan dan lebih mempercayai media arus perdana sebagai

medium utama.

Page 70: FASA 2(Hub Etnik)-2

6 RUMUSAN

Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian

budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin sesama kaum ini akan

memperkukuhkan lagi kedaulatan dan pembangunan negara. Keharmonian yang terhasil

daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga daya

tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.Tambahan pula, konsep

1Malaysia yang berasaskan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga

menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan

kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran supaya negara

kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi

sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh

dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau

tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain. Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969

kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota

masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah

negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi

menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku. Kita juga seharusnya

mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu

, bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Page 71: FASA 2(Hub Etnik)-2

7 LAMPIRAN

7.1 Lampiran A : Dasar-dasar Ekonomi Malaysia

Page 72: FASA 2(Hub Etnik)-2

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Perhimpunan Bulanan

Kementerian Kewangan.

Page 73: FASA 2(Hub Etnik)-2
Page 74: FASA 2(Hub Etnik)-2

7.2 Lampiran B : Dasar-dasar Sosial dan Perpaduan Malaysia

Page 75: FASA 2(Hub Etnik)-2

7.3 Lampiran C : Dasar-dasar Politik Malaysia

Dewan Parlimen Malaysia hari ini.

Page 76: FASA 2(Hub Etnik)-2

Dewan Parlimen dahulu.

Page 77: FASA 2(Hub Etnik)-2

8 RUJUKAN

Laman Web

http://joehoze.blogspot.com/2011/10/hubungan-etnik-di-

malaysia.html,15Feb2015

http://putranamza.blogspot.com/2012/01/kaitan-antara-pembangunan-

ekonomi.html,15Feb015

http://azctu553kandungan.blogspot.com/,21Feb2015

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru,22Feb2015

http://tugasanpelajarpengurusan.blogspot.com/2012/02/dasar-dasar-ekonomi-

malaysia.html,16Feb2015

http://korokrima.blogspot.com/2013/10/apa-itu-meb-dan-deb-oleh-

kerajaan.html,17Feb2015

http://ms.wikipedia.org/wiki/Model_Ekonomi_Baru,23Feb2015

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/875-program-khidmat-

negara.html,14Feb2015

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/1malaysia/10487-teras-perpaduan-

1malaysia.html,17Feb2015

http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=540115,13Mac2015

http://ensiklopedia-bahasa-malaysia.jbdirectory.com/

Penyata_Razak_1956,15Mac2015

http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/04/akta-latihan-khidmat-negara-dan-

impak.html,15Mac2015

http://muhainynassha.blogspot.com/2013/04/gagasan-1malaysia.html,16Mac2015

http://maribinablog.blogspot.com/2013/06/datraf-online-pr1ma-perumahan-

rakyat.html,19Mac2015

http://namikakanada.blogspot.com/2010/08/dasar-kebudayaan-kebangsaan-

dkk.html,19Mac2015

Page 78: FASA 2(Hub Etnik)-2

http://rujuknota.blogspot.com/2012/06/3-prinsip-dasar-kebudayaan-

kebangsaan.html,18Mac2015

http://notasejarahting3.blogspot.com/2008/05/bab-4.html,18Mac2015

http://www.arch.nus.edu.sg/facilities/tun-tan-cheng-lok-centre/images/

TTCL.jpg,19Mac2015

http://azctu553kandungan.blogspot.com/,20Mac2015

http://eprints.utm.my/14762/1/

FadilahZaini2009_PembangunanPolitikdalamHubunganEtnik.pdf ,20mac2015

http://kerabubersuara.blogspot.com/2010/11/ahli-terus-bn-sejauh-mana-

luaskan_22.html,21Mac2015

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-lancar-dewan-himpunan-

penyokong-bukan-islam-23-mei,21Mac2015

http://www.pencacai-semalaysia.com/2011/10/dari-kelab-penyokong-pas-ke-

dewan.html,21Mac2015

Buku Rujukan

Zaliza Mohd. Nasir,& Norlin Ahmad. (2009). Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Pembangunan Sosial Dalam Hubungan Etnik, 144-146.

Omar Hashim. (1991). Pengisisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yunus Mohd Nor,. (1990). Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan

KBSR. In Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR (pp. 1-10).

Mohd Yunus Mohd Nor. (1990). Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan

KBSR. In Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR (p. 7).

Ibrahim Saad. (1986). Pendidikan dan Politik di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Haris Md Jadi. (1990). Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Page 79: FASA 2(Hub Etnik)-2

Laporan Akhbar

Bernama. (2010, November 1). Gagasan 1Malaysia Beri Kesan Positif Kepada

Perpaduan Rakyat, Kata Koh.