persepsi pelajar terhadap malaysia sebagai hub … · 2013-11-19 · bagi mendapatkan makanan yang...

25
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MALAYSIA SEBAGAI HUB MAKANAN HALAL: KAJIAN TERHADAP PELAJAR ISLAM 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UTM, SKUDAI NASIRAHJAMAL BINTI ZAINAL ABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haminh

Post on 15-May-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MALAYSIA SEBAGAI HUB MAKANAN HALAL:

KAJIAN TERHADAP PELAJAR ISLAM 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UTM,

SKUDAI

NASIRAHJAMAL BINTI ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

 

 

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP MALAYSIA SEBAGAI HUB MAKANAN HALAL:

KAJIAN TERHADAP PELAJAR ISLAM 4 SPH FAKULTI PENDIDIKAN, UTM,

SKUDAI

NASIRAHJAMAL BINTI ZAINAL ABIDIN

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

 

 

APRIL, 2010

 

 

iii

DEDIKASI

Maha suci Allah dan segala pujian hanya untukNya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Selawat dan Salam Buat Junjungan Mulia,

Nabi Muhammad s.a.w

Teristimewa buat bonda tercinta, Maimon Mahadi, Pengorbanan dan kasih sayang bonda amat ku sanjungi,

Terima kasih kerana mendidikku sehingga dewasa, Ketabahanmu membuatkanku terus semangat berjuang.

Terima kasih juga tidak terhingga buat ayahanda,

Zainal Abidin Bin Yusof, Kasih sayang dan didikanmu amat berharga buatku,

“ Ya Allah, kasihanilah kedua ibubapaku sepertimana mereka mengasihaniku semenjak kecil”

Buat abang dan adik-adikku,

Mubarak Ahmad, Anjum dan Muzzaffar Ahmad Teruskan perjuangan kalian,

Semoga kebahagiaan menjadi milik kita, Tabahkanlah hati menempuhi ujian dari Allah.

Buat insan disanjungi dan dikagumi juga, Pensyarah-pensyarah dan guru-guruku,

Semoga ilmu yang kalian curahkan memberi inspirasi kepadaku, Serta menjadi amalan yang berguna kepada semua,

Terima kasih diatas segala tunjuk ajar kalian.

Sahabat yang dikasihi, sahabat seperjuangan, Ukhuwah yang di bina amat bernilai,

Kenangan bersama tidak akan luput buat selamanya. Terima kasih di atas segalanya.

Terima kasih juga buat semua yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung, Semoga Allah sentiasa memberkati kita.

Amin..

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya

diberi kekuatan dan semangat dalam menyiapkan projek sarjana muda ini. Selawat dan

salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat

baginda dan para mujahidin.

Ribuan terima kasih ditujukan kepada ahli keluarga yang memberi banyak

dorongan dan bimbingan dalam menyiapkan tugasan ini. Sokongan kalian memberikan

kekuatan kepada saya dalam terus berusaha bersungguh-sungguh untuk terus berjuang.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat penyelia saya Ustaz Ahmad Kilani Bin

Mohamed yang banyak memberikan tunjuk ajar, pendapat dan nasihat. Tidak lupa juga

buat semua pensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan, UTM yang banyak

mencurahkan ilmu, pengetahuan, dorongan, kursus dan pelbagai seminar untuk

menjadikan kami insan berguna.Insyaalah, ilmu yang berguna dapat di manfaatkan dan

menjadi amalan kita semua.

Akhir sekali, buat sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberikan idea,

inspirasi dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini serta sahabat-sahabat kursus SPH

yang memberikan kerjasama menjawab soal selidik. Seterusnya, buat semua yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan kajian ini. Diharap kita

semua mendapat keredhaan Ilahi. Amin.

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai hub

makanan halal. Ia merangkumi pengetahuan pelajar tentang hub makanan halal serta

kesedaran tentang kepentingan hub makanan halal. Seramai 77 pelajar tahun 4 SPH telah

dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi 30 item telah

diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan dan min menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0

for Windows. Secara keseluruhannya, hasil analisis menunjukkan responden mempunyai

persepsi yang baik terhadap Malaysia sebagai hub makanan halal iaitu pada tahap min

4.19. Kesimpulannya, para pelajar mempunyai persepsi yang baik terhadap Malaysia

sebagai hub makanan halal, mempunyai pengetahuan tentang hub makanan halal dan

mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan hub makanan halal di Malaysia.

vi

ABSTRACT

The aim of this study was to determine students perception about Malaysia as a

halal food hub. It include knowledge of students about halal food hub and their

awareness about importance of halal food hub. 77 final year students from the courseof

the Bachelor of education living skills were chosen as respondents. A set of questionnaire

containing 30 items were distributed to the respondents and were then analyzed

descriptively to obtain the frequency, percentage, and mean using Statistical Package for

Social Science Version 14.0 for windows. Overall, result of analysis show that the

respondents have good perception about Malaysia as halal food hub at the mean 4.19. As

a conclusion, students have good perception about Malaysia as halal food hub and they

have knowledge about halal food hub. They also have high awareness about importance

of halal food hub in Malaysia.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Dan Skop Kajian 7

viii

1.8 Definisi/Istilah 8

1.8.1 Persepsi 8

1.8.2 Pelajar 8

1.8.3 Hub 9

1.8.4 Makanan 9

1.8.5 Halal 9

1.9 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 11

2.1 Definisi hub makanan halal 12

2.2 Sejarah dan pengurusan hub makanan halal 12

2.3 Peranan kerajaan dan sokongan terhadap hub

makanan halal 14

2.4 Industri makanan halal di Malaysia 16

2.5 Isu Halal haram masa kini 18

2.6 Kepentingan pemakanan halal dan baik 19

2.7 Halal dan haram dalam Islam 21

2.7.1 Halal 21

2.7.2 Haram 24

2.7.3 Syubahat 25

2.7.4 Makanan yang halal dalam Islam 26

2.7.5 Makanan yang haram dalam Islam 30

2.8 Asas penentuan halal dan haram 33

2.9 Kajian Lepas 36

2.10 Kesimpulan 38

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi Kajian 41

3.4 Sampel Kajian 41

3.4.1 Pengumpulan Data Primer 42

3.4.2 Pengumpulan Data Sekunder 44

3.5 Kajian Rintis 44

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Analisis Data 47

3.8 Kesimpulan 47

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data Bahagian A 49

4.2.1 Latar Belakang Responden

Mengikut Jantina 49

4.2.2 Latar Belakang Responden

Mengikut Umur 50

4.2.3 Latar Belakang Responden

Mengikut Aliran Pendidikan 51

4.2.4 Latar Belakang Responden

Mengikut Kelayakan Pendidikan 52

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Analisis data mengenai Persepsi

pelajar terhadap Malaysia sebagai

hub makanan halal. 53

x

4.4 Analisis Item Bahagian C

4.4.1 Analisis data mengenai pengetahuan

pelajar tentang hub makanan halal di Malaysia 63

4.5 Analisis Item Bahagian D

4.5.1 Analisis data mengenai kesedaran

pelajar terhadap kepentingan hub makanan halal 71

di Malaysia

4.6 Kesimpulan 80

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 81

5.2 Perbincangan 81

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 82

5.2.2 Persepsi Pelajar terhadap Malaysia

sebagai hub makanan halal. 83

5.2.3 Pengetahuan pelajar tentang hub

makanan halal di Malaysia 85

5.2.4 Kesedaran Pelajar terhadap

kepentingan hub makanan halal 87

5.3 Rumusan

5.3.1 Persepsi pelajar terhadap Malaysia

sebagai hub makanan halal. 89

5.3.2 Pengetahuan pelajar tentang hub

makanan halal di Malaysia 89

5.3.3 Kesedaran Pelajar terhadap

kepentingan hub makanan halal 90

5.4 Cadangan

5.4.1 Individu (Pengeluar dan Pengguna) 91

xi

5.4.2 Keluarga 91

5.4.3 Media massa 91

5.4.4 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) 91

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 92

5.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Tahap pemeringkatan skor di dalam skala likert 43

3.2 Nilai skor min 43

4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

4.2 Taburan responden mengikut umur 49

4.3 Taburan responden mengikut aliran pendidikan 50

4.4 Taburan responden mengikut kelayakan pendidikan 51

4.5 Taburan skor bagi item 1 52

4.6 Taburan skor bagi item 2 53

4.7 Taburan skor bagi item 3 54

4.8 Taburan skor bagi item 4 55

4.9 Taburan skor bagi item 5 56

4.10 Taburan skor bagi item 6 56

4.11 Taburan skor bagi item 7 57

4.12 Taburan skor bagi item 8 58

4.13 Taburan skor bagi item 9 58

4.14 Taburan skor bagi item 10 59

4.15 Analisis keseluruhan bagi item 1-10 (Bahagian B) 60

4.16 Taburan skor bagi item 11 60

4.17 Taburan skor bagi item 12 63

xiii

4.18 Taburan skor bagi item 13 64

4.19 Taburan skor bagi item 14 65

4.20 Taburan skor bagi item 15 65

4.21 Taburan skor bagi item 16 66

4.22 Taburan skor bagi item 17 67

4.23 Taburan skor bagi item 18 67

4.24 Taburan skor bagi item 19 68

4.25 Taburan skor bagi item 20 69

4.26 Analisis keseluruhan bagi item 11-20 (Bahagian C) 69

4.27 Taburan skor bagi item 21 72

4.28 Taburan skor bagi item 22 72

4.29 Taburan skor bagi item 23 73

4.30 Taburan skor bagi item 24 74

4.31 Taburan skor bagi item 25 74

4.32 Taburan skor bagi item 26 75

4.33 Taburan skor bagi item 27 76

4.34 Taburan skor bagi item 28 76

4.35 Taburan skor bagi item 29 77

4.36 Taburan skor bagi item 30 77

4.37 Analisis keseluruhan bagi item 21-30 (Bahagian D) 78

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 3.4 Prosedur kajian 46

xv

SENARAI SINGKATAN

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

KS Kurang Setuju

PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia

PSZ Perpustakaan Sultanah Zanariah

RM Ringgit Malaysia

S Setuju

SS Sangat Setuju

S.A.W Sallallahu Alaihi Wasallam

SDN. BHD Sendirian Berhad

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

STS Sangat Tidak Setuju

SPH Sarjana Muda Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS Statistical Packages for Social Science

S.W.T Subhanahu Wa Taala

TS Tidak Setuju

UNIPEQ Unit Penyelidikan Kualiti Makanan, UKM

UTM Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Senarai pelajar SPH

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Makanan adalah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ia

merupakan satu keperluan yang tidak boleh diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan

tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman. Islam mempunyai

nilai dan peraturan serta batas tersendiri dalam setiap urusan kehidupan termasuk soal

pemakanan. Pengambilan makanan bukan sahaja dinilai daripada aspek keseimbangan,

malahan aspek halal adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan. Ini bertepatan

dengan firman Allah S.W.T:

$ yγ •ƒ r'̄≈ tƒ â¨$ ¨Ζ9$# (#θ è= ä. $ £ϑÏΒ ’ Îû ÇÚö‘ F{$# Wξ≈ n= ym $ Y7Íh‹sÛ Ÿω uρ (#θãè Î6 ®Ks? ÏN≡uθ äÜäz

Ç⎯≈ sÜø‹¤±9$# 4 …çµ ¯ΡÎ) öΝä3s9 Aρ ߉tã î⎦⎫Î7•Β ∩⊇∉∇∪

Maksudnya: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal

lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah

kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana

 

 

sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata

bagimu.” (Al-Baqarah 2:168)

Tambahan pula, makanan yang baik serta halal bukan sahaja menjamin kesihatan

fizikal malahan membentuk keperibadian seseorang. Menurut Dr. Danial Zainal Abidin

(2006), Manusia yang mementingkan makanan serta rezeki yang halal adalah manusia

yang bersinar hatinya. Hati yang bersinar adalah asas kecemerlangan kerana ia

merangsang jasad bagi melaksanakan ibadah serta amal-amal kebajikan. Manusia seperti

ini dianggap mulia dalam masyarakat dan mereka adalah orang yang bekepercayaan.

Selain itu, umat Islam hendaklah berwaspada terhadap pengambilan makanan

yang halal kerana ia menjadi tanggungjawab setiap individu muslim. Pengambilan

makanan yang halal dapat menjamin kesejahteraan hati nurani dan iman yang suci dan

ini memberikan impak yang mendalam pada diri seorang muslim kerana ianya ada

kaitan dengan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Bagi mendapatkan makanan yang halal masyarakat Islam memerlukan satu hub

makanan halal. Hub halal yang merangkumi pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran

produk halal di dalam negara amat penting bagi mendapatkan makanan halal. Ini

membolehkan masyarakat Islam mendapatkan makanan yang halal di mana-mana dan

mudah diperolehi di dalam negara ini.

Kebanyakan pengeluar produk makanan di Malaysia adalah terdiri daripada

pengeluar bukan Islam. Kadangkala, terdapat juga pengeluar dalam kalangan orang

 

 

Islam yang menghasilkan makanan yang diragui kehalalannya dan tidak mempunyai

logo halal. Oleh itu, hub makanan halal amat penting di Malaysia kerana majoriti

masyarakat Malaysia adalah beragama Islam.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendedahan produk terutama makanan yang selama ini dianggap halal tetapi

sebaliknya berlaku penipuan dengan mencampurkan makanan tersebut dengan bahan

haram atau menggunakan bahan pembungkus, penyalahgunaan logo halal dan

sebagainya menjadi kejutan kepada pengguna di Malaysia malahan menyentuh

sensitiviti umat Islam di seluruh dunia. Antara contohnya ialah, Pengusaha sebuah kafe

di Jalan Penang, Georgetown dikesan menggunakan sijil halal tanpa pengiktirafan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain menyajikan minuman keras dan

ayam tidak disembelih mengikut hukum syarak ditetapkan (Harian Metro, 4 Januari,

2010).

Selain aspek pemakanan juga, perkembangan teknologi makanan menyebabkan

banyak keraguan timbul mengenai soal sama ada bahan dan proses yang digunakan

adalah halal dan bersih. Kesedaran masyarakat Islam mengenai makanan yang halal

menyebabkan kebimbangan yang tinggi terhadap produk keluaran tempatan ataupun

keluaran luar negara.

 

 

Mengenai produk makanan berasaskan bioteknologi, Majlis Fatwa Kebangsaan

pada 1999 menyatakan semua makanan, minuman dan bahan tambah yang diproses

melalui kaedah bioteknologi yang mengandungi DNA haiwan tidak halal seperti babi

adalah bercanggah dengan hukum syarak dan dianggap tidak halal. Masalah yang timbul

pada masa kini ialah sejauh mana makanan yang diproses tidak dicampur dengan bahan

haram tersebut. (Sumber: http://groups.yahoo.com/group/PPDi/message/9696 12

September, 2009). Selain itu, menurut Dr Abdul Karim Alias (USM), 90 peratus

pengeluar gelatin dunia yang kebiasaannya diambil dari lembu (bovine) dan babi

(porcine) adalah tidak halal. (Sumber: Harian Metro, 23 Januari, 2010). Proses

pembuatan dan bahan tambah makanan pada hari ini amat membimbangkan masyarakat

Islam pada masa kini kerana diragui kehalalannya.

Manakala, menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhamad Sheikh Abdul

Aziz, hanya satu pengusaha kopitiam yang memohon sijil pengesahan halal daripada

Jakim (Sumber: Harian Metro, 11 Februari, 2010). Pendedahan berita ini menunjukkan

majoriti kopitiam di negara ini diragui kehalalannya. Oleh itu, umat Islam perlu peka

terhadap pemilihan premis makanan agar tidak bercampur dengan perkara syubhah.

Lebih malang lagi, ramai pengusaha Islam yang tidak memiliki sijil halal dan tidak

mengambil kira kepentingan logo halal di Malaysia. Ia berikutan kenyataan pengarah

Jakim iaitu lebih 70 peratus pemohon sijil halal terdiri pengusaha bukan Islam. (Sumber:

Harian Metro, 11 Februari, 2010).

Pelbagai berita dan isu terkini yang memaparkan keraguan mengenai produk

makanan di Malaysia terbongkar. Ramai pengusaha yang menyeleweng logo halal, tiada

logo halal, menyamar menyediakan makanan halal dan memproses makanan secara

tidak halal. Ramai juga pengeluar yang merupakan pengeluar makanan yang bukan

Islam dan diragui kehalalan sesuatu makanan itu.

 

 

Oleh itu, hub makanan halal amat penting kepada masyarakat Islam terutama

Malaysia yang mempunyai majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Ia bagi

membolehkan masyarakat yakin dengan produk makanan yang dihasilkan di negara ini

adalah halal dan berkualiti.

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui kajian ini, hub makanan halal perlu dilaksanakan di Malaysia dan

dimonopoli oleh orang Islam. Ini kerana proses mendapatkan makanan yang halal bukan

sahaja pada zat makanan itu malahan dari segi pemprosesan dalam menentukan

makanan itu halal. Selain itu, pada masa kini ramai pengusaha makanan dari kalangan

bukan Islam , ini menyebabkan proses pembuatan makanan itu meragukan dari segi

hukum.

Pengeluar muslim pula terdiri dari golongan minoriti. Tambahan lagi,

masyarakat Islam perlu mendapatkan kemahiran yang cukup dan berusaha untuk

menghasilkan produk makanan yang halal dan berkualiti. Oleh itu, kajian ini amat perlu

untuk melihat persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai hub makanan halal. Penyelidik

juga ingin mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar mengenai hub makanan halal serta

kesedaran pelajar tentang hub makanan halal di Malaysia.

 

 

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

i. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai hub makanan halal.

ii. Mengenalpasti pengetahuan pelajar terhadap hub makanan halal di Malaysia.

iii. Mengenalpasti kesedaran pelajar mengenai kepentingan hub makanan halal.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan bagi kajian ini ialah:

i. Apakah persepsi pelajar terhadap Malaysia sebagai hub makanan halal ?

ii. Adakah pelajar mengetahui mengenai hub makanan halal di Malaysia?

iii. Apakah kesedaran pelajar mengenai kepentingan hub makanan halal?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada masyarakat Islam seluruhnya terutama pelajar.

Hasil kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama pelajar yang

merupakan aset penting dalam pucuk pimpinan pada masa akan datang serta menjadi

pencetus idea golongan intelek. Hasil kajian ini juga boleh digunakan pihak JAKIM