falsafah taoisme

10
Falsafah Taoisme • Pengasasnya LAO TZE (5 SM); berkhidmat di istana dan menyaksikan gejala rasuah; mengkritik falsafah Confucius yang dianggapnya terlalu mengongkong dan bertentangan dgn ciri tabii semulajadi manusia • Lao-Tzu – dipercayai sebagai seorang mahaguru; tuhan, kuasa alam; tokoh lagenda • Menurut kepercayaan tradisional Cina beliau dipercayai mempunyai asal usul kelahiran dari shooting star dan berada dalam kandungan selama 62 tahun • Lao-Tzu – bermaksud old master • Ketika berumur 160 tahun Lao-tzu kerana membantah amalan rasuah dan perang ketika itu di Cina menaiki sesekor kerbau dan menuju ke kawasan (kini Tibet)

Upload: tenalagi-ap-mmahandran

Post on 18-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

powerpoint

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Taoisme

Falsafah Taoisme

• Pengasasnya LAO TZE (5 SM); berkhidmat di istana dan menyaksikan gejala rasuah; mengkritik falsafah Confucius yang dianggapnya terlalu mengongkong dan bertentangan dgn ciri tabii semulajadi manusia

• Lao-Tzu – dipercayai sebagai seorang mahaguru; tuhan, kuasa alam; tokoh lagenda

• Menurut kepercayaan tradisional Cina beliau dipercayai mempunyai asal usul kelahiran dari shooting star dan berada dalam kandungan selama 62 tahun

• Lao-Tzu – bermaksud old master

• Ketika berumur 160 tahun Lao-tzu kerana membantah amalan rasuah dan perang ketika itu di Cina menaiki sesekor kerbau dan menuju ke kawasan (kini Tibet)

Page 2: Falsafah Taoisme

• Ketika di sini beliau diminta oleh Yin Hsi untuk menulis sebuah buku untuk dirinya dan dalam masa 3 hari Lao-Tzu mengarang buku berjudul Tao (lauan) Te (kuasa) Ching (buku)

• Buku ini mengandungi 5000 character

• Tao – satu kuasa misteri; realiti muktakhir

• TAO TE CHING (The Way/Path and its Power); Tao - istilah mistik; zat yang dijadikan panduan kpd manusia dlm keadaan huru hara

• Intipati falsafah Taoisme ialah tidak melakukan apa-apa tindakan (wu-wei)

• Wu Wei atau non-action - semangat ini perlu ada dalam jiwa manusia supaya dapat hidup dgn tenteram kerana selaras dgn kehendak dan hukum alam

Page 3: Falsafah Taoisme

• Tanpa kuasa dan zat tao yang mentadbir alam jagat kasih sayang dan harmoni sesama manusia dan kehidupan tidak dapat dilaksanakan

• Tao sumber segala yang wujud sama ada dalam atau di luar diri seseorang

• Chuang –Tzu – sebuah buku yang ditulis untuk Chuang-Tzu –memperkenalkan teknik falsafah analitik dan logik dalam falsafah

• Menurut Chuang Tzu, kematian tidak perlu ditakuti kerana ketika menghampiri kematian tenaga seseorang akan betukar bentuk dan proses ini akan berulang seterusnya tanpa akhiran

Page 4: Falsafah Taoisme

Kepercayaan Taoisme

1. Tao (Dao)

- Penganut Taoisme menghayati Tao dari perspektif yin (betina)

- sumber kelahiran- ibarat seorang ibu - practice non action and meekness, keep to what is

female, never make the first move

2. Yin dan yang bersatu tenaga dan mewujudkan syurga, alam dan kemanusiaan

3. Percaya bahawa setiap manusia yang wujud adalah sebahagian drp sistem alam kosmik yang lebih besar

- kaki dan tangan kita melambangkan 4 musim- amalan senaman tai chi dan martial art Cina berkaitrapat dengan prinsip Tao

Page 5: Falsafah Taoisme

4. Taoisme percaya wujudnya 4 elemen kerohanian

- tuhan-tuhan – paling berkuasa dan mampu menyelematkan manusia

- individu yang hidup kekal- roh nenek moyang- hantu syaitan

5. Taoisme percaya bahawa tuhan-tuhan bukan pencipta alam; pencipta alam ialah tao

6. Roh nenek moyang boleh jadi baik ( shen) atau jahat (kuei)

7. Hantu lapar (hungry ghosts) – menurut kepercayaan masyarakat Cina roh-roh ini tidak terlalu jahat (nenek moyang yang tidak dihiraukan oleh mereka yang hidup dan tidak dibuat persembahan)

Page 6: Falsafah Taoisme

8. Percaya bahawa semua manusia memiliki tenaga dalaman (ch’i) yang mampu megarah mereka mencapai tahap kesempurnaan/ketenteraman

9. Taoisme percaya dalam tubuh manusia wujud 36 ribu tuhan yang mampu mengatasi segala elemen negatif

10. Taoisme percaya tentang sistem kerajaan dan negara yang sempurna

- Pemerintah yang terbaik ialah seseorang yang memahami dan melaksanakan prinsip TAO.

- Pemerintah yang bijaksana tidak mencampuri urusan rakyat; kehadirannya tidak menonjol

- Sentiasa peka dan ehsan dengan kebajikan rakyat

- Tidak melakukan rasuah dan gejala moral yang buruk

Page 7: Falsafah Taoisme

- tidak meluaskan kuasa; tidak tamak- tidak mencipta teknologi baru dan menggunakan kuasa dan senjata untuk menyerang negara lain

10. Amalan dan isitadat keagamaan Taoisme:- dikendalikan oleh Tao priest (Tao-shih)- chai – amalan keagamaan untuk

menyelematkan roh nenek moyang dari neraka

- chai – upacara perkahwinan, kematian, jampi mantera, upacara menghalau hantu (exorcism)

11. Exorcism- amalan penting masyarakat tradisional Cina untuk menghalau penyakit atau tingkah laku disebabkan pengaruh hantu syaitan dalam badan manusia

12. Amalan yoga bertujuan untuk kesihatan dan panjang usia

Page 8: Falsafah Taoisme

Kesimpulan• Taoisme - falsafah yang tidak berteraskan prinsip persaingan (competitive)

• Prinsip falsafah Taoism banyak menentang fahaman Confucius

• Seseorang tidak sepatutnya menentang hukum alam; Do nothing dan segalanya akan wujud dgn aman

• Taoisme dianggap sbg satu falsafah mistik; manusia harus berserah kpd penentuan alam dan segalanya akan berjalan dgn baik dan tersusun

• Sistem pemerintahan yang mengenakan banyak peraturan ke atas rakyat sebenarnya bertindak menentang hukum alam

Page 9: Falsafah Taoisme

Prinsip Pendidikan Taoisme

• Tidak mengutarakan satu sistem dan amalan pendidikan yang berstruktur

• Amat berbeza dengan falsafah Confucius yang mengesyorkan satu sistem pendidikan yang jelas lagi sistematik

• Taoisme percaya bahawa apa-apa bentuk aktiviti yang dilakukan manusia (termasuk pendidikan) tidak mencerminkan kepercayaan yang mendalam tentang kuasa kerohanian Tao

• Keupayaan menaakul melalui pendidikan dan ilmu pengetahuan hanya akan memisahkan manusia dari peraturan alam dan realiti sebenar iaitu Tao dan akibatnya dunia menjadi huru hara

Page 10: Falsafah Taoisme

• Implikasi falsafah Taoisme – kanak-kanak tidak perlu dididik atau dilatih mengikut sesuatu kaedah kerana mereka akan secara semulajadi dibentuk mengikut prinsip hukum tabii (Tao). Oleh itu, pendidikan tidak perlu

• Sistem pendidikan yang terancang hanya akan mendatangkan kerosakan kepada jiwa kanak-kanak dan peraturanTao

• Falsafah Taoisme – tidak menjadi satu tanggung jawab moral untuk mendidik

• Taoisme tidak mengutarakan sesuatu bentuk kurikulum atau pun kaedah pengajaran dan pembelajaran formal

• Begitu juga dengan hubungan guru dan murid