falsafah ppt

13
Rasional Pemilihan Falsafah Pendidikan Barat dengan Falsafah Pendidikan Masa Kini Siti Nur Hafeezah Ismail Norkamilah Ismail Nor Syuhada Khalid

Upload: sweetareda2301

Post on 14-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FALSAFAH

TRANSCRIPT

Page 1: FALSAFAH PPT

Rasional PemilihanFalsafah Pendidikan Barat

denganFalsafah Pendidikan Masa

Kini

Siti Nur Hafeezah IsmailNorkamilah Ismail

Nor Syuhada Khalid

Page 2: FALSAFAH PPT

Matlamat Pendidikan Negara

• melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna

• mempunyai nilai-nilai yang murni :

percaya kepada Tuhan

berakhlak mulia

bertanggungjawab

setia kepada Negara serta boleh memberi sumbangan untuk

kemajuan Negara

memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang

kaum. Program KBSR dan KBSM adalah dirancang untuk

mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini.

Page 3: FALSAFAH PPT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme.

• Kedua-duanya menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian

kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan

kemakmuran.

• Falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan kepada falsafah

progresivisme, maka falsafah pendiidkan di Malaysia juga mengandungi

ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.

• Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum yang menitikberatkan

penggunaan kaedah praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi

pemusatan belajar untuk membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan

dan menguasai kemahiransecara individu.

Page 4: FALSAFAH PPT

• Di dalam tempat belajar pula, sekolah merupakan masyarakat kecil yang bercorak

demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, berkerja dan hidup dalam kumpulan.

• Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah juga

merangkumi pendidikan teknik dan vokasional iaitu matapelajaran yang dititikberatkan

dalam falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

• Salah satu fungsi pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar

secara menyeluruh dan bersepadu demi membentuk insan yang harmonis dan

seimbang.

• Dari segi sistem pendidikan pula, pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira)

dititikberatkan dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru.

• Falsafah pendidikan di Malaysia turut dikatakan mengandungi unsur esensialisme yang

bercorak tradisional.

Page 5: FALSAFAH PPT

Rekonstruktivisme

• Asal-usul rekonstruktivisme terletak pada pergerakan progresivisme dalam pendidikan.

• Ahli-ahli ini berpendapat bahawa masyarakat telah mencapai kemajuan yang pesat dalam sains dan teknologi,tetapi terdapat jurang antara adaptasi budaya dengan realiti masyarakat teknologi.

• Perlu membina (reconstruct) nilai-nilainya agar dapat membuat penyesuaian dengan perubahan.

Page 6: FALSAFAH PPT

Ciri-ciri Rekonstruktivisme

1.Mengkaji secara kritis warisan budaya.

2.Mengkaji isu-isu yang kontroversial.

3.Bertujuan untuk membawa perubahan sosial yang membina.

4.Memupuk satu sikap untuk sering membuat perancangan.

5.Melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar dalam program-

program perubahan sosial, pendidikan, politik dan ekonomi

sebagai satu alat pembaharuan kebudayaan.

Page 7: FALSAFAH PPT

• Penekanan terhadap isu-isu sosial telah mendorong ahli-ahli rekonstruktivisme

untuk mencadangkan dasar-dasar pendidikan yang berkaitan dengan masalah-

masalah kebangsaan dan dunia yang penting.

• Menggalakkan penggubalan dasar yang bertujuan untuk menghapuskan

diskriminasi ras dan kemiskinan.

• Program-program pendidikan seperti pendidikan imbuhan, integrasi sekolah serta

pendidikan dwibahasa dan dwibudaya adalah sejajar dengan prinsip-

prinsip rekonstruktivisme.

• Pendidikan antarabangsa telah digalakkans ebagai alat untuk mengurangkan

konflik-konflik dunia.

Page 8: FALSAFAH PPT

• Ahli-ahli ini juga mempercayai suatu susunan sosial yang baru

hanya akan wujud dengan syarat para pendidik mencabar

pemahaman pengetahuan, pendidikan, persekolahan dan

pengajaran yang lama dan seterusnya merancang untuk

membawa perubahan pendidikan yang boleh menghasilkan

perubahan sosial.

• Bidang-bidang pengetahuan yang amat

berguna : Antropologi,ekonomi, sosiologi, sains politik.

Page 9: FALSAFAH PPT

• Melihat sekolah sebagai penggerak penting

untuk memajukan kehidupan manusia melalui

pendidikan dan reformasi sosial.

• Rekonstruksionism memilih sekolah sebagai

tempat untuk membentuk masyarakat baru.

Page 10: FALSAFAH PPT

Fungsi utama sekolah

• Untuk mengenal pasti masalah masyarakat

yang utama yang menyebabkan krisis budaya.

• Untuk memupuk sikap dan kemahiran yang

boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Page 11: FALSAFAH PPT

• Pendidikan seharusnya dicorak untuk menimbulkan kesedaran kepada pelajar masalah-masalah sosial dan melibatkan mereka secara aktif dalam penyelesaian masalah.

• Ahli-ahli ini mementingkan kesamaan dalam masyarakat.

Page 12: FALSAFAH PPT

Fungsi kurikulum• Menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial.

• Berfokuskan trend masa kini dan masa depan yang

merangkumi isu-isu kebangsaan dan antarabangsa.

• Menggalakkan kemahiran dan mata pelajaran yang diajar

adalah yang boleh mengenal pasti dan menyelesaikan

masalah masyarakat.

• Menggalakkan pembelajaran aktif dengan mengambil kira

mengenai masyarakat masa kini dan juga masa hadapan.

Page 13: FALSAFAH PPT