ii - moe.gov.my tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik...

53

Upload: trantu

Post on 02-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa
Page 2: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

i

Page 3: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

ii

Page 4: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

iii

University Publication Centre (UPENA) Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2010��� ���

JABATAN PENGAJIAN TINGGI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Page 5: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

iv

© Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2010

Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian dalam terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.e-mel: [email protected]

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Laporan kajian hala tuju pendidikan perubatan di MalaysiaISBN 978-967-363-177-31. Medical education--Curricula--Malaysia. 2. Medicine--Study and teaching-Malaysia.610.711595

Reka bentuk kulit : UPENADiatur huruf oleh : Univision Press Sdn. Bhd.Rupa taip teks : Times New RomanSaiz taip teks : 11/12 Dicetak di Malaysia oleh : Univision Press Sdn. Bhd. Lot 46, 47 & 48, Jalan SR 1/9, Seksyen 9, Taman Serdang Raya, Seri Kembangan, 43300 Selangor e-mel: [email protected]

Page 6: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

v

Prakata vii

1 PENDIDIKAN PERUBATAN MALAYSIA 1 METODOLOGI KAJIAN HALA TUJU 4 KURIKULUM PERUBATAN 6

2 PEMILIHAN PELAJAR PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA 9 3 MORATORIUM KURSUS PENGAJIAN BIDANG PERUBATAN 13

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI (HPU) 14 TADBIR URUS FAKULTI PERUBATAN 18

4 MODAL INSAN DI FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA 21 CADANGAN PENYELESAIAN 22

5 KERJASAMA ANTARA FAKULTI PERUBATAN IPTA DAN IPTS 25 HALATUJU PROGRAM PASCASISWAZAH PERUBATAN 28

6 LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN 31

KESIMPULAN LIBERALISASI 34 KESIMPULAN DAN CADANGAN KESELURUHAN 34

Lampiran A 39Lampiran B 41Lampiran C 42 Lampiran D 44

KANDUNGAN

Page 7: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

vi

Page 8: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

PRAKATA

Perubatan merupakan pilihan popular dalam kalangan pelajar bukan saja di Malaysia tetapi juga di negara lain di dunia. Institusi pengajian tinggi juga turut bercambah dan menyediakan program perubatan dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Sebagai satu program pendidikan yang dinamik, penyediaan Laporan Kajian Hala Tuju Pendidikan Perubatan ini juga mengambil kira perkembangan semasa mengenai aspek pengajaran dan pembelajaran program perubatan. Tidak ada satu kaedah yang boleh dikatakan terbaik atau paling berkesan. Apa yang penting ialah program perubatan yang disediakan harus memenuhi objektif pembelajaran yang diharapkan. Doktor perubatan yang dihasilkan seharusnya dapat berkhidmat kepada masyarakat setempat dengan berkesan dan selamat.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan dekan semua IPTA dan juga beberapa dekan IPTS yang turut memberi buah � kiran dan pandangan semasa penyediaan laporan ini. Kerjasama yang diberikan amat membanggakan dan patut diteruskan sentiasa. Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Pengajian Tinggi yang menyediakan geran perbelanjaan menerusi Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) untuk membiayai aktiviti kajian ini. Tidak lupa juga kakitangan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, USIM terutamanya Puan Mazlen Mohamad yang bertindak sebagai urusetia Jawatankuasa Bertindak Kajian Hala Tuju ini. Kepercayaan yang diberikan kepada saya amat dihargai.

Semoga laporan ini akan dapat memberi faedah kepada perancang program perubatan negara ini agar doktor keluaran Malaysia akan mampu berdaya saing di pentas global.

PROFESOR DATO’ DR NIK MOHD. NASTI NIK ISMAILPengerusiMajlis Dekan-Dekan Fakulti Perubatan IPTA

Page 9: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

viii

Page 10: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

PENDIDIKAN PERUBATAN MALAYSIA

PENDAHULUAN

Kemajuan dalam teknologi perubatan memberikan cabaran pada sistem kesihatan dan amalan perubatan. Revolusi bioperubatan dan inovasi dalam teknologi telah memberikan impak positif kepada kesihatan penduduk seluruh dunia termasuk Malaysia. Kemajuan perubatan moden juga telah membawa dilema, yang mana jangka hayat manusia menjadi lebih lama dan berkemungkinan menghadapi kesengsaraan dan masalah kesihatan yang lebih ketara. Ini menyebabkan kos perubatan semakin tinggi sedangkan sumbernya terhad dan harapan pengguna terus meningkat. Penggubal dasar seluruh dunia perlu membangunkan kepentingan tertentu dan mempertimbangkan manfaat daripada kemajuan perubatan dan keseimbangan antara keperluan perubatan dan permintaan dalam negeri dengan sumber yang terhad.

OBJEKTIF KAJIAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi gambaran kedudukan pendidikan perubatan negara, permasalahan yang dihadapi dan juga penambahbaikan yang boleh diberi pertimbangan agar ia menjadi lebih mantap dan mampu berdaya saing untuk mengeluarkan doktor perubatan yang relevan demi kebaikan masyarakat setiap masa.

Di Malaysia, seiring dengan kepesatan pembangunan sains dan teknologi, bidang perubatan adalah kritikal bagi tujuan pembangunan negara khususnya dalam usaha untuk mengembangkan pengetahuan perubatan sedia ada dan juga penemuan baru yang berkaitan. Mutakhir, beberapa usaha ekonomi baru seperti health tourism, medical transcription dan telemedicine telah melahirkan peluang ekonomi baru yang membolehkan negara membangun mengambil bahagian yang cergas. Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Thailand umpamanya bergiat aktif dalam health tourism sementara India dalam medical transcription. Entiti yang menjadi intipati aktiviti-aktiviti ini adalah pengamal perubatan. Justeru, adalah penting pendidikan perubatan negara dilaksanakan selari dengan perkembangan serta permintaan semasa dan keperluan negara.

PENDIDIKAN PERUBATANMALAYSIA

1

Page 11: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

2

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Oleh itu, persiapan dan penawaran pengajian perlu mengalami perubahan dan penyesuaian yang setimpal dengan cabaran ini. Walaupun institusi latihan perubatan di negara ini masih menumpukan perhatian kepada pengeluaran doktor untuk kegunaan dalam negeri, masa telah tiba bagi anjakan paradigma institusi pengajian tinggi tempatan mula melahirkan graduan perubatan untuk kegunaan dunia. Justeru, Malaysia harus berubah ke arah melengkapkan diri sebagai pusat pendidikan perubatan bertaraf dunia.

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (9hb. Jun, 2003), jumlah penduduk Malaysia ialah 27,173,600 sementara jumlah doktor pula ialah 26,736 orang, memberikan nisbah 1: 1016 (doktor : penduduk). Namun, hanya 13,902 orang doktor sahaja yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Ini bermakna hanya separuh daripada jumlah doktor yang berkhidmat untuk memenuhi keperluan 75% penduduk negara. Malaysia merancang untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dan mencapai sasaran nisbah doktor perubatan dengan penduduk 1: 600. Pada masa itu penduduk Malaysia dijangka menjadi seramai 34,870,900 orang. Untuk mencapai nisbah ini, negara masih memerlukan seramai 16,553 orang doktor lagi menjelang 2020.

Kini terdapat 29 buah fakulti perubatan (Lampiran C) di negara ini yang mempunyai penduduk seramai 27,000,000 daripada 11 buah fakulti perubatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan 18 buah fakulti perubatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Sumber Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) menunjukkan keluaran doktor daripada IPT (2009) adalah seperti Jadual 1.1:

Sumber Bil. Doktor

IPTA 973

IPTS 872

Institusi luar negara 1908

Jumlah 3753

Data menunjukkan lebih dari separuh jumlah graduan perubatan adalah daripada institusi pengajian perubatan luar negara yang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak dapat kawal kurikulum dan piawaiannya. Baru-baru ini beberapa institusi ini diberi pengiktirafan tetapi kebanyakan yang lain telah diiktiraf sejak dahulu lagi. Adalah penting untuk Majlis Perubatan Malaysia (MPM) melakukan lawatan susulan untuk penilaian semula kurikulum perubatan di institusi luar negara sepertimana yang dilakukan lima tahun sekali terhadap fakulti perubatan dalam negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PERUBATAN GLOBAL

Dengan meningkatnya kebimbangan tentang hala tuju bidang perubatan, Hasting Centre, sebuah pusat penyelidikan di New York telah menjalankan projek pendidikan perubatan

Jadual 1.1: Bilangan Doktor

Page 12: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

3

PENDIDIKAN PERUBATAN MALAYSIA

untuk memeriksa matlamat bidang perubatan dengan kerjasama World Health Organisation (WHO). Projek ini melibatkan 14 buah negara iaitu Chille, China, Denmark, Jerman, Hungary, Indonesia, Italy, Belanda, Republik Slovak, Sepanyol, Sweden, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Mereka yang terlibat termasuk daripada bidang perubatan, biologi, undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa konferens di peringkat nasional.

Laporan projek ini mencadangkan empat matlamat penting pendidikan perubatan iaitu:

1. Pencegahan penyakit dan kecederaan serta mempromosi dan mengekalkan kesihatan.2. Melegakan kesakitan dan kesengsaraan yang disebabkan oleh penyakit.3. Penjagaan dan penyembuhan penyakit serta sokongan bagi pesakit yang tidak boleh

disembuhkan.4. Mengelakkan kematian pramatang dan memberi lebih keutamaan kepada kematian

yang aman (peaceful death).

Berdasarkan matlamat-matlamat ini kita boleh mengenal pasti secara praktikal bagaimana doktor patut dilatih supaya pendidikan perubatan menjadi:

1. terhormat dan mengarah pada kehidupan profesional,2. sederhanaan dan bijaksana,3. mampu diperolehi dan dipertahankan dari segi ekonomi,4. adil dan saksama, dan5. hormat kepada pilihan dan maruah seseorang.

Untuk menjadikan pendidikan perubatan sentiasa terhormat dan profesionalis, pelajar perubatan perlu tahu bahawa kematian tidak dapat dielakkan dan mereka tidak boleh sentiasa menyembuhkan pesakit mereka. Ada masa kematian akan berlaku. Mereka perlu belajar untuk menangani penyakit kronik dengan berkesan, pencegahan penyakit dan kecederaan, melegakan kesakitan, penjagaan berterusan, penyembuhan dan kematian yang aman. Doktor muda perlu membiasakan diri dengan isu ekonomi, kemanusiaan dan organisasi penjagaan kesihatan untuk memenuhi keperluan ekonomi kini dan akan datang.

TUJUAN PENDIDIKAN BIDANG PERUBATAN

Pendidikan perubatan perlu menghasilkan doktor yang berkhidmat kepada masyarakat dengan memperbaiki taraf kesihatan secara berterusan, penjagaan kesihatan serta kualiti kehidupan individu dan populasinya dengan cara mempromosikan kesihatan, mencegah penyakit, memberi rawatan, penjagaan dan keberkesanan sumber dalam konteks kerja berpasukan dengan mempraktikkan evidence-based medicine.

Seorang doktor seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Beretika tinggi.2. Mengikuti perkembangan kerjaya berterusan.

Page 13: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

4

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

3. Boleh bekerjasama dalam pasukan.4. Prihatin terhadap kesihatan dan penyakit.5. Fokus kepada pesakit dan juga masyarakat.6. Prihatin terhadap kualiti, piawaian klinikal, hasil kerja, keberkesanan dan audit.7. Menitikberatkan evidence-based medicine atau perubatan berasaskan bukti.8. Boleh mentakrifkan hasil kerja. 9. Boleh berkomunikasi dengan berkesan.10. Berminat kepada perubahan, penyelidikan dan pembangunan. 11. Pendedahan kepada kepimpinan, ekonomi kesihatan dan isu berkaitan.

PERUBAHAN BIDANG PERUBATAN DALAM MASYARAKAT

Bidang perubatan perlu berubah sejajar dengan perubahan masyarakat. Harapan masyarakat yang tinggi pada doktor, tumpuan kepada keselamatan pesakit dan permintaan tinggi terhadap tanggungjawab pengamal perubatan serta proses globalisasi yang cepat mempengaruhi bidang perubatan. Perubahan kurikulum pendidikan perubatan perlu mengambil kira isu nasional dan global.

Berbagai usaha seperti penulisan buku Tomorrow’s Doctors dan Good Medical Practice oleh General Medical Council (GMC) UK, mencerminkan kebimbangan terhadap penambahbaikan pendidikan perubatan. WHO telah menyemak kurikulum perubatan di negara-negara Eropah dan mengenal pasti cara-cara bagaimana perubahan dalam penjagaan kesihatan perlu dilakukan.

Tumpuan penjagaan kesihatan berubah daripada pemeriksaan berkala dan berasingan di hospital kepada pemeriksaan berterusan, berkoordinasi dan mempromosikan kesihatan kepada komuniti; daripada penjagaan anekdot dan paternal kepada penjagaan bertumpukan pesakit, amalan berasaskan bukti dan keselamatan dalam penjagaan kesihatan. Profesionalisme adalah penting dalam amalan perubatan dan perlu diajarkan kepada pelajar jurusan perubatan. Kemajuan bidang komunikasi dan teknologi maklumat serta kecanggihan Internet memainkan peranan yang penting kepada fakulti perubatan yang perlu ada strategi prasarana teknologi ini. Penilaian tahap kompetensi untuk menentukan kelayakan perubatan dan kelayakan amalan pula perlu dibuat dengan ujian kebolehpercayaan, kesahihan dan piawaian supaya jelas.

METODOLOGI KAJIAN HALA TUJU

Pada tahun 2009, Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) telah meminta Majlis Dekan Perubatan IPTA untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Kajian Hala Tuju Bidang Perubatan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Dekan Perubatan IPTA. Selain daripada kesemua Dekan Fakulti Perubatan IPTA, beberapa orang dekan daripada IPTS juga dijemput untuk menyertai Jawatankuasa ini. Senarai keahlian Jawatankuasa (JK) ini adalah seperti

Page 14: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

5

PENDIDIKAN PERUBATAN MALAYSIA

di Lampiran A. Dalam penyediaan ini, metodologi yang digunakan termasuk:

1. beberapa kertas kerja yang telah disediakan secara berasingan,2. perbincangan mengenai cadangan yang dikemukakan,3. hasil lawatan dan tinjauan ke institusi terkenal di luar negara, dan4. bengkel akademia.

Untuk tujuan kajian ini, satu Geran Penyelidikan Kontrak yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) berjumlah RM74,000 telah diberikan dan diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak ini.

Beberapa orang Dekan telah diminta untuk menyediakan kertas kerja mengikut perkara yang dikenal pasti. Perbincangan dibuat dalam beberapa mesyuarat untuk menambah baik kertas kerja tersebut supaya bersesuaian dengan situasi semasa. Cadangan baru juga dipertimbangkan.

Seterusnya lawatan telah dibuat ke tiga buah negara untuk berbincang dan meneliti perkembangan terkini dalam pendidikan perubatan di sana. Lawatan yang diikuti oleh beberapa orang dekan adalah seperti berikut:

1. England pada 23hb hingga 27hb Februari, 2010 – Imperial College of Medicine, University College London dan Kings College Medical School. Ketiga-tiga fakulti perubatan ini adalah dalam kumpulan 15 teratas dalam senarai dunia (THE Rating). Lawatan ini disertai oleh lima orang dekan.

2. Singapura pada 2hb Mac, 2010 – National University of Singapore (NUS) yang juga merupakan antara fakulti perubatan kumpulan 15 teratas dalam senarai dunia. Lawatan ini disertai oleh empat orang dekan.

3. Christian Medical College, Velore, Chennai, India yang dikatakan universiti kedua terbaik di India. Lawatan ini disertai oleh lima orang dekan.

Pada 12hb hingga 13hb Jun, 2010, satu bengkel telah diadakan yang dihadiri oleh kesemua 11 fakulti perubatan IPTA dan juga lima fakulti perubatan IPTS yang menganggotai Jawatankuasa Bertindak Kajian Hala Tuju Pendidikan Bidang Perubatan. Draf laporan dibentang dan dibincangkan untuk penambahbaikan.

KURIKULUM PERUBATAN

Pendidikan perubatan di Malaysia telah bermula di Universiti Malaya sejak tahun 1960an lagi. Pada masa itu kurikulum perubatan adalah berbentuk lazim dan berpandukan pada kurikulum yang digunakan oleh universiti-universiti di United Kingdom. Memandangkan sistem pelajaran di Malaysia pada ketika itu adalah berlandaskan sistem dari sana, ia juga

Page 15: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

6

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

merupakan sistem yang termoden dan terkenal pada ketika itu. Sistem dan kurikulum tersebut telah menghasilkan ramai doktor termasuk pakar perubatan yang sangat baik dan berjaya bukan sahaja di Malaysia bahkan ada yang telah berjaya di luar negara.

Pada tahun sembilan puluhan, satu pemikiran baru telah terbentuk dan dipelopori oleh fakulti perubatan yang baru ketika itu seperti Universiti Sains Malaysia (USM). Ia merupakan satu sistem kurikulum yang dikatakan baru, lebih berkesan dan telah digunakan, iaitu sistem kurikulum yang bersepadu. Sistem ini dipelopori oleh beberapa universiti inovatif ketika itu seperti McMaster di Kanada, Nottingham di England dan Newcastle di Australia. Pada masa itu juga terbentuknya unit atau jabatan baru di fakulti perubatan iaitu Unit Pendidikan Perubatan yang mengkaji keberkesanan kurikulum serta perlaksanaannya. Bermula dari situ, setiap fakulti perubatan yang wujud mula mengetengahkan kurikulum berbentuk bersepadu ini serta perlaksanaannya melalui Problem Based Learning (PBL) yang kini telah menjadi teras teknik mengajar di kebanyakan fakulti perubatan seluruh dunia, walaupun masih ada yang mengekalkan sistem kurikulum lazim. Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menukar kurikulumnya daripada lazim kepada bersepadu pada akhir tahun lapan puluhan. Masa kini Malaysian Medical Council (MMC) serta Malaysian Qualifi cations Agency (MQA) dalam kriteria pemberian akreditasi kurikulum perubatan turut meneliti sama ada kurikulum yang diguna pakai ada ciri-ciri kelaziman serta penggunaan PBL. Perlu diingatkan bahawa sistem PBL merupakan satu kaedah pengajaran dalam program perubatan dan bukanlah satu-satunya kaedah yang terbaik. National University of Singapore (NUS) dan Christian Medical College (CMC), Velore India menggunakan kurikulum lazim tetapi menyerapkan unsur bersepadu dan juga PBL. Sementara fakulti perubatan di UK yang dilawati menggunakan kurikulum integrasi dengan unsur PBL juga. Dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada universiti di UK, pelbagai jenis kurikulum diguna pakai. Universiti McMaster dan Maastrict di Netherland yang mempelopori PBL pun sudah mula memasukkan semula pengajaran secara lazim dengan nama Educational Resource Sessions.

CIRI KURIKULUM SEMASA

Dari segi kurikulum perubatan yang unggul dan dapat diterima sebagai kurikulum yang akan membentuk para graduan perubatan yang berwibawa serta dapat bertugas dengan penuh pengetahuan, mahir serta berkeyakinan, ia perlu mempunyai visi, misi, objektif serta hasil pembelajaran yang berfokus, tepat, serta boleh diukur. Objektif perlu mengambil kira nilai-nilai asas terhadap perhubungan doktor – pesakit seperti keyakinan, kompetensi, tanggungjawab masyarakat, kerahsiaan, kontrak, dan komitmen. Visi dan objektif juga perlu mengambil kira pandangan stake holders dari luar universiti supaya universiti dapat menghasilkan graduan yang diperlukan oleh stake holders dari dalam dan luar negara.

HALA TUJU KURIKULUM

Selain ciri-ciri yang disebut di atas, kurikulum perubatan perlu fl eksibel dan kandungannya perlu dipantau dan diubah suai setiap dua atau tiga tahun untuk mengambil kira isu semasa

Page 16: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

7

PENDIDIKAN PERUBATAN MALAYSIA

seperti kemuncukan penyakit, pengurusan bencana serta isu-isu yang bersangkutan dengan globalisasi. Teknik baru seperti simulasi dan teknologi perubatan baru perlu sentiasa diberi penekanan. Kurikulum perlu lebih berpusatkan pesakit dan isu etika perlu dititikberatkan. Aspek perubahan dalam demografi masyarakat juga perlu diambil kira dalam pemantauan kurikulum. Profesionalisme pengajar mesti ditingkatkan supaya mereka sentiasa dihormati dan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan. Yang penting ialah objektif pembelajaran hendaklah boleh diukur dan dicapai.

Satu perkara menarik yang terdapat di CMC ialah perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dengan menggunakan teknologi murah. Sistem penghargaan dan penghayatan memberi penekanan kepada perkhidmatan kepada masyarakat dan tidak menekankan kewangan. Kesihatan masyarakat setempat diutamakan. Kurikulum fakulti perubatan di Malaysia seharusnya memberi penekanan kepada rasa kasih dan sayang antara sesama manusia, cinta dan pengabadian kepada perkhidmatan kedoktoran.

Perlu juga difi kirkan tentang program untuk melahirkan saintis klinikal. Saintis klinikal amat diperlukan masa kini dan masa hadapan untuk Malaysia menjadi negara maju.

Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan adalah kursus perubatan yang mengambil pelajar jurusan ijazah sains yang berkaitan dengan perubatan seperti yang dilakukan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan Australia. Kebaikan program ini ialah pelajar terdiri daripada mereka yang lebih matang dan tidak memerlukan terlalu banyak pengajaran berbentuk bilik darjah tetapi lebih banyak sesi pengajaran dapat dijalankan secara PBL atau Case Based Learning (CBL). Fakulti perubatan yang telah mantap dan matang dicadangkan memberi pertimbangan untuk mewujudkan program seperti ini dengan menekankan kepada Self-Directed Learning (SDL) selain dari PBL dan CBL.

HALANGAN DAN MASALAH

Kebudayaan yang tebal dalam fakulti perubatan biasanya tidak mudah diubah. Membentuk satu kurikulum perubatan yang bertindak balas terhadap perubahan dan keperluan semasa adalah sukar serta tidak mudah diterima oleh semua pensyarah perubatan.

Pensyarah perubatan sains asas seperti anatomi, fi siologi, biokimia atau farmakologi masih berkurangan dan diperlukan untuk mengendalikan kurikulum integrasi berasaskan masaalah (problem based integrated curriculum).

KESIMPULAN

Kurikulum perubatan perlu fl eksibel dan dikaji secara berkala setiap dua atau tiga tahun terutamanya dari aspek kandungan agar ia sentiasa releven dan terkini.

Page 17: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

8

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Kurikulum untuk saintis perubatan sama ada peringkat doktor falsafah atau yang akan mendapat dua ijazah perlu diberi pertimbangan yang wajar.

Juga disarankan beberapa universiti yang telah kukuh dan bersedia untuk memulakan pengambilan pelajar berijazah dapat menjalankan program perubatan berasingan yang mana kurikulumnya hanya selama empat tahun. Ini akan menghasilkan ramai doktor yang lebih matang dan mempunyai pelbagai pengalaman yang berbeza.

Page 18: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

LATAR BELAKANG

Program perubatan merupakan program yang terus mendapat permohonan tinggi dalam kalangan pelajar-pelajar di Malaysia. Setiap tahun bilangan yang memohon ke program perubatan di IPTA jauh melebihi kapasiti tempat yang ditawarkan. Untuk sesi 2009/2010 jumlah permohonan yang diterima sebagai pilihan pertama hingga pilihan kelapan adalah sebanyak 4,416, berbanding dengan hanya 1308 tempat yang ditawarkan di IPTA tempatan (Sumber KPT, Malaysia). Setiap tahun juga ramai pelajar cemerlang ditaja oleh agensi-agensi kerajaan untuk menjalani pengajian di luar negara, manakala, ramai lagi menjalani pengajian perubatan di IPTS tempatan.

KAEDAH PEMILIHAN PELAJAR PERUBATAN

Adalah amat penting untuk mengguna pakai prosedur atau kriteria pemilihan yang tepat untuk memastikan program perubatan dapat melahirkan doktor-doktor yang berkualiti dari segi kemahiran klinikal dan juga mempunyai nilai-nilai peribadi yang tinggi sejajar dengan keperluan profesion perubatan.

Mengikut Council of Heads of Medical Schools United Kingdom, kaedah pemilihan pelajar ke program perubatan haruslah berlandaskan prinsip-prinsip umum berikut:

1. Pemilihan pelajar ke program perubatan bermakna pemilihan seorang untuk bakal menjadi seorang pengamal perubatan; graduan perubatan baru juga layak didaftar sebagai seorang doktor siswazah di bawah akta perubatan. Isu fi tness to practice harus dipertimbangkan semasa pemilihan pelajar.

2. Proses pemilihan bertujuan untuk menilai kemampuan akademik dan juga ciri-ciri bukan akademik yang penting bagi seorang pelajar perubatan. Tugas utama seorang doktor adalah penjagaan pesakit. Ciri-ciri peribadi seperti kejujuran, amanah dan berintegriti adalah penting bagi seorang pengamal perubatan. Di samping itu pelajar perubatan dikehendaki mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi yang

PEMILIHAN PELAJAR PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA

2

Page 19: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

10

baik. Mereka juga harus mempunyai kefahaman tentang profesionalisme seperti bekerja secara berpasukan dan menghargai sumbangan ahli profesion lain. Ciri-ciri kepimpinan, inisiatif dan kreativiti adalah ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang bakal doktor perubatan.

3. Kemampuan akademik yang tinggi adalah penting. Seorang calon harus mempunyai kemampuan akademik yang baik untuk berjaya dalam program perubatan yang sememangnya amat mencabar.

4. Isu kepelbagaian pelajar harus diambil kira dalam proses pemilihan; demografipelajar haruslah mencerminkan demografi masyarakat di mana bakal doktor ini akan berkhidmat nanti.

5. Kaedah yang diguna untuk pemilihan harus bersifat objektif, adil dan telus.

6. Polisi pemilihan perlu juga merangkumi isu masalah tertentu seperti kesihatan mental dan penyakit berjangkit.

AMALAN SEMASA

Di Malaysia, calon pelajar perubatan di IPTA (kecuali USM mulai sesi 2009/2010) dipilih secara berpusat oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) berdasarkan keupayaan akademik (meritokrasi) dalam peperiksaan prauniversiti dan juga aktiviti kokurikulum. Amalan ini mempunyai kelemahan kerana kesesuaian pelajar dan ciri-ciri peribadi tidak dinilai. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan sesi temuduga untuk memilih dan menaja calon calon untuk memasuki fakulti perubatan di luar negara dan di universiti atau kolej swasta dalam negara, juga berdasarkan pencapaian akademik dalam peperiksaan prauniversiti. Panel yang terlibat dalam temuduga ini diberi latihan dan taklimat terlebih dahulu untuk memilih calon yang sesuai untuk mengikuti kursus perubatan.

Mulai sesi 2009/2010, USM sebagai universiti berstatus APEX dibenarkan untuk membuat pemilihan terus; kaedah yang diguna pakai oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan untuk memilih pelajar ke program perubatan mengguna pendekatan yang agak komprehensif dengan mengambil kira pencapaian akademik, aktiviti kokurikulum, kesesuaian pelajar dengan program (dinilai melalui satu ujian bertulis, MUNSYI – Malaysian University Inventory) dan juga proses temuduga.

Kebanyakan universiti di UK dan di Australia menggunakan pelbagai kaedah untuk memilih calon-calon yang terbaik termasuk pencapaian akademik, kesedaran tentang perubatan, pencapaian kokurikulum, minat, motivasi dan kemahiran berkomunikasi. Temuduga, kenyataan persendirian dan laporan pengadil juga digunakan. Terdapat persetujuan umum dalam kalangan pakar pendidik perubatan dunia bahawa proses pemilihan pelajar tidak seharusnya berdasarkan pencapaian akademik sahaja dan perlu menggunakan pelbagai kaedah bagi menjamin calon yang paling sesuai untuk mengikuti jurusan perubatan.

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 20: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

11

Amalan pemilihan pelajar perubatan berdasarkan pencapaian akademik sahaja seperti yang diamalkan sekarang di IPTA Malaysia tidak dapat dipertahankan lagi.

KESIMPULAN

Proses pengambilan dan pemilihan pelajar perubatan harus lebih teratur dan berkesan agar mereka yang dipilih bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik yang tinggi tetapi juga mempunyai sikap dan kesediaan untuk menghadapi kursus perubatan yang mencabar dengan penuh keyakinan dan keinsafan untuk berkhidmat kepada masyarakat sejagat. Kaedah yang diguna pakai untuk pemilihan harus berupaya untuk menilai kesesuaian pelajar secara objektif, adil dan telus.

CADANGAN

Satu badan teknikal harus ditubuhkan untuk memberi cadangan tentang kriteria yang boleh digunakan dalam proses pemilihan, bagi menjamin calon yang paling sesuai untuk mengikuti jurusan perubatan di Malaysia. Semua IPT diwajibkan mengguna pakai kriteria ini sebagai panduan.

PEMILIHAN PELAJAR PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 21: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa
Page 22: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

Tidak lama dahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengarahkan moratorium terhadap kursus pengajian bidang perubatan sehingga September 2007. Tujuan moratorium tersebut adalah untuk memberi masa kepada KPT menjalankan kajian mengenai dasar penawaran kursus-kursus pengajian di IPT dalam bidang perubatan. Setelah tamat moratorium ini dua IPTA telah diluluskan untuk penubuhan fakulti perubatan – Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), menjadikan jumlah fakulti perubatan IPTA sebanyak 11 buah. Seterusnya, baru-baru ini beberapa buah IPTS juga telah diluluskan penubuhan fakulti perubatan dan menjadikan jumlah fakulti perubatan IPTS sebanyak 18 buah.

Semasa proses akreditasi di beberapa IPT, kekurangan tenaga pengajar yang boleh menjejaskan kualiti pengajian perubatan sering dibangkitkan. Ada IPT yang mempunyai nisbah pensyarah pelajar yang agak tinggi sama ada di peringkat praklinikal atau klinikal. Dalam keadaan ini, mobiliti pensyarah dari satu IPT ke satu IPT lain berlaku dan sedikit sebanyak menjejaskan prestasi IPT terlibat. Ada juga IPT yang mengambil pensyarah dari luar negara seperti India, Myanmar, Bangladesh dan negara Timur Tengah. Kebanyakan pensyarah ini adalah untuk fasa praklinikal.

Selain itu, hospital kerajaan yang boleh dijadikan hospital pengajar (HP), sudah habis diagihkan kepada IPTA dan IPTS. Ada juga hospital ini yang diguna pakai oleh lebih dari sebuah IPT. Hospital-hospital ini juga digunakan untuk pengajaran kursus kejururawatan oleh kebanyakan IPTS. Ini menyukarkan menempatan pelajar untuk latihan dan pengajian klinikal selain daripada menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit.

Setiap tahun ramai pelajar memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Pinjaman bantuan dari badan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut menyokong pertambahan permohonan ini. Dengan jumlah pelajar yang diberi peluang untuk mengikuti pengajian perubatan di dalam dan luar negara sekarang ini, negara dijangka mempunyai jumlah doktor yang mencukupi menjelang tahun 2016 atau 2017. Nisbah 1 : 600 (doktor : penduduk) akan tercapai pada waktu itu. Ketika itu Malaysia juga akan lebih berkemampuan untuk ‘memasarkan’ lebih ramai doktor terlatih untuk berkhidmat di negara lain serantau. (Sila lihat Lampiran B)

MORATORIUM KURSUS PENGAJIAN BIDANG PERUBATAN

3

Page 23: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

14

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Oleh itu amat jelas sekali moratorium terhadap penubuhan fakulti perubatan baru perlu dilaksanakan semula. Pihak JPT perlu mengadakan perbincangan semula untuk menentukan perkara ini dengan secepat mungkin. Moratorium ini bukan sahaja dari segi penubuhan fakulti perubatan yang baru tetapi juga menghadkan jumlah pengambilan pelajar setiap tahun.

Di United Kingdom, kini terdapat 26 buah fakulti perubatan dan jumlah penduduk UK ialah 70 juta, sedangkan Malaysia mempunyai sejumlah 29 buah fakulti perubatan (Lampiran C) untuk penduduk yang berjumlah 27 juta. Adalah lebih wajar fakulti-fakulti perubatan yang sedia ada diperkuatkan dan diperkasakan dengan penambahbaikan infrastruktur, penambahbaikan skim perkhidmatan pensyarah perubatan, penambahan pensyarah terlatih serta berpengalaman dari anak tempatan atau luar negara. Tidak kurang pentingnya ialah keperluan Hospital Pengajar Universiti (HPU) untuk setiap fakulti perubatan IPTA. Ini akan memantapkan pengajian perubatan dinegara ini supaya lebih berkualiti dan efektif untuk berdayasaing secara global.

Jawatankuasa Bertindak Kajian Hala Tuju Bidang Perubatan mencadangkan supaya moratorium bagi bidang perubatan dilaksanakan semula dengan segera untuk menjaga kualiti pendidikan perubatan di negara ini.

HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI (HPU)

Keperluan HPU

Hospital pengajar adalah tunggak utama dalam pengajaran perubatan klinikal dan merupakan sumber pembelajaran yang amat penting bagi pelajar-pelajar perubatan. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran hari ini menuntut sebahagian fakulti pengajian mempunyai ‘makmal’ tersendiri bagi membolehkan pengalaman hands-on atau clinical diterapkan kepada pelajar dan penyelidik seawal mungkin dalam suasana yang memberangsangkan. Contohnya, penubuhan beberapa fakulti seperti Kejuruteraan, Senibina dan Sains dilengkapi dengan kemudahan ‘makmal’ sebaik sahaja lengkap dibina. Justeru, pembangunan HPU adalah sesuai dan kritikal kerana ia adalah ‘makmal’ kepada sesebuah fakulti perubatan bagi menampung keperluan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan klinikal.

Bagi kursus perubatan yang menggunakan kurikulum bersepadu, peranan hospital pengajar bermula dari tahun pertama pengajian lagi dan peranannya berkembang secara progresif sehingga tahun akhir. Hospital pengajar berfungsi menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan cara kerja pengamal perubatan kepada para pelajar. Pembelajaran melalui perantisan ini masih relevan dan penting. Oleh itu, pendedahan yang secukupnya tentang perkara-perkara tersebut adalah mustahak. Objektifnya adalah untuk melatih doktor-doktor yang berkemampuan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selamat, sejajar dengan budaya kerja dan etika perubatan. Ia juga bertujuan menghasilkan doktor yang boleh menimba ilmu secara berterusan dan berdikari supaya dapat menyumbang kepada ilmu perubatan dan generasi doktor yang akan datang.

Page 24: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

15

MORATORIUM KURSUS PENGAJIAN BIDANG PERUBATAN

Pengajaran dan latihan perubatan klinikal adalah komponen kritikal dalam kursus perubatan. Pembelajaran perubatan klinikal adalah melalui kuliah, tutorial, demonstrasi, sesi pembelajaran di makmal kemahiran klinikal, pembelajaran melalui bantuan komputer, kemudahan perpustakaan dan, yang paling penting, pengajaran di sisi katil dalam wad hospital. Sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun daripada keseluruhan kursus prasiswazah harus diberikan kepada pengajaran perubatan klinikal bagi mengajar beberapa bidang perubatan yang penting. Bidang-bidang ini termasuklah perubatan am (meliputi rawatan pesakit luar), pembedahan am, ortopedik, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, dan psikiatri serta pendedahan dalam bidang anestesiologi (bius), telinga, hidung dan tekak (ENT) dan oftalmologi. Hospital pengajar dan kemudahan klinikal yang berkaitan perlu menyediakan peluang pembelajaran yang secukupnya dalam bidang-bidang tersebut kepada para pelajar. Kemudahan makmal yang mencukupi juga adalah perlu bagi sebuah hospital pengajar. Pendedahan para pelajar kepada bidang-bidang kepakaran dan teknologi terkini dalam bidang perubatan (contohnya teknik pengimejan) adalah amat digalakkan.

Secara amnya, nisbah katil hospital dengan pelajar klinikal perubatan (1:5) digunakan untuk menilai kemampuan sesebuah hospital pengajar untuk menyediakan sumber pelajaran yang secukupnya kepada para pelajar perubatan klinikal. Nisbah ini adalah mengikut keperluan daripada MQA dan MMC. Walau bagaimanapun, cara ini tidak melambangkan perkembangan terbaru dalam bidang perubatan dan pedagogi pembelajaran. Ini adalah kerana, pada masa kini dan akan datang, lebih ramai pesakit yang akan dirawat di luar wad hospital – sama ada sebagai pesakit luar (out patient) atau dirawat di rumah (termasuklah rumah orang tua dan rumah pemulihan) – dan hanya pesakit yang keadaannya serius sahaja yang akan dirawat di hospital. Jika penekanan pengajaran hospital hanya diberikan kepada pesakit dalam wad, para pelajar mungkin tidak akan mendapat gambaran sebenar tentang amalan perubatan yang terkini. Penekanan terkini kepada pembelajaran yang berpusat kepada pelajar dan pembelajaran berdasarkan keputusan bukan sahaja memberi tumpuan kepada sumber pembelajaran para pelajar, tetapi juga memberi tumpuan kepada jumlah pembelajaran sebenar mereka.

Jika pensyarah separuh masa juga boleh dikira (1 pensyarah tetap = 4 pensyarah separuh masa), maka pesakit luar juga harus dikira sebagai ‘sumber pembelajaran’ (mungkin dalam nisbah 1:3 pesakit dalam wad : pesakit luar). Walau bagaimanapun, kemudahan yang mencukupi perlulah diberi untuk pembelajaran melalui pesakit luar, contohnya memberikan masa, tempat dan peluang yang secukupnya untuk pembelajaran dan pengajaran di klinik-klinik pesakit luar yang selalunya sibuk.

The World Federation of Medical Education memberi penekanan bahawa dekan sesebuah fakulti perubatan mesti mampu mengawal kemudahan pembelajaran dan pengajaran. Kenyataan ini adalah relevan dalam tempoh praklinikal dan lebih-lebih lagi dalam tempoh perubatan klinikal. Perkara ini boleh dilakukan dengan baik jika setiap fakulti perubatan ada Hospital Pengajar Universiti (HPU) sendiri.

Page 25: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

16

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Dekan Fakulti Perubatan NUS mengakui tanpa HPU sendiri mereka tidak mungkin boleh mencapai tahap sekarang. Begitu juga dengan di UK, fakulti perubatan mengendalikan hospital sendiri. Mereka mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Pendidikan. Ini membolehkan mereka menyesuaikan hospital tersebut supaya memenuhi keperluan latihan, pengajaran dan pembelajaran program perubatan. Sebagai insentif, hospital di UK diberi peruntukan tambahan setiap tahun untuk memastikan keperluan fakulti perubatan dipenuhi. Hospital yang tidak menunjukkan kerjasama yang baik akan ditarik balik peruntukan ini.

Kini hanya terdapat tiga buah HPU di negara ini – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Sementara lapan buah fakulti perubatan IPTA tidak mempunyai hospital sendiri yang boleh diurus untuk memenuhi inspirasi dan objektif fakulti perubatan IPTA tersebut. Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diberi taraf Hospital Pengajar (HP) digunakan dengan cara guna pakai atau menumpang untuk aktiviti pengajaran. Setiap fakulti perubatan patut disediakan hospital pengajar universiti (HPU) sendiri yang diselia dan diuruskan oleh fakulti dan universiti di bawah KPT.

Pembinaan HPU juga akan dapat mengatasi beberapa kekangan dalam guna sama prasarana di HP, KKM ekoran dari perbezaan visi dan misi HPU, KPT berbanding dengan HP, KKM, perbezaan cara dan budaya kerja, perbezaan skop kerja dan perbezaan cara pengurusan dan pentadbiran hospital. Walau pun kerjasama yang diberikan oleh pihak hospital di bawah KKM adalah baik, tetapi tetap ada kekangan dan masalahnya. Antara kekangan yang berlaku dan boleh diatasi melalui pembinaan HPU termasuklah:

1. penggunaan kemudahan fi zikal dan peralatan serta kemudahan di HP KKM untuk pelajar bagi tujuan pembelajaran dan pengajaran dan penyelidikan adalah terhad;

2. kerjasama yang diberikan di sebilangan HP KKM bergantung kepada keperluan perkhidmatan di HP KKM tersebut dan kerjasama ini menjadi terhad apabila keperluan HP KKM mencukupi; dan

3. sebahagian daripada pakar perubatan universiti di HP, KKM tidak mempunyai pesakit mereka sendiri kerana kesemua pesakit adalah di bawah pengawasan KKM.

Pengawasan dan rawatan yang dibenarkan terhadap pesakit adalah terhad sekaligus tidak menyokong pembangunan kepakaran pensyarah dan pakar universiti;

Kekangan-kekangan di atas menimbulkan persekitaran kerja dan pembelajaran yang tidak kondusif yang boleh menjejaskan hasil yang antara lain termasuklah:

1. permasalahan dalam pengendalian proses pembelajaran dan pengajaran di semua peringkat (prasiswazah, pascasiswazah dan subkepakaran) dan penyelidikan;

2. kekangan kepada penubuhan program pascasiswazah sedangkan negara memerlukan lebih ramai pakar-pakar perubatan;

Page 26: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

17

MORATORIUM KURSUS PENGAJIAN BIDANG PERUBATAN

3. pembangunan profesional dalam kalangan kakitangan akademik perubatan tidak dapat dikembangkan dengan baik; dan

4. kurang tarikan kepada pakar-pakar ternama daripada luar negara untuk menyertai program pengajaran dan pembelajaran, dan penyelidikan di negara ini.

Oleh itu, pembinaan HPU dilihat dapat mengatasi kekangan di atas di samping akan dapat meningkatkan bilangan tempat pembelajaran dan penyelidikan dalam negara bagi menampung pelajar-pelajar cemerlang yang memilih program perubatan untuk belajar di IPTA dalam negara. Pembinaan HPU baru juga akan dapat membuka lebih ruang kepada doktor untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah. Keadaan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kos kewangan kerajaan menghantar pelajar ke luar negara.

Di samping itu, pembinaan HPU akan memberi kemampuan kepada IPTA menambah pengambilan pelajar perubatan. Ia dapat mengurangkan penghantaran pelajar perubatan ke luar negara. Langkah ini dijangkakan dapat mengurangkan risiko pelajar perubatan yang enggan pulang berkhidmat di Malaysia setelah tamat pengajian. Sekali gus ini juga akan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara yang begitu banyak sekali dibelanjakan untuk menghantar pelajar perubatan ke luar negara.

HPU dapat memainkan peranan yang penting untuk memastikan matlamat tersebut tercapai kerana profesionalisme dan kepakaran pensyarah perubatan dapat diperkembangkan dengan lebih berkesan dan teratur. Ini adalah kerana HPU akan ditadbir urus oleh fakulti dan universiti untuk mencorakkan keperluan dan perkembangan kepakaran perubatan.

Tiga (3) fungsi utama fakulti perubatan yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan dapat mengawal sumber secara optimum dari segi keberkesanan kos dan pengagihan sumber manusia. Ia juga dapat mengoptimumkan perbelanjaan kerana setiap ringgit digunakan bukan sahaja untuk perkhidmatan kesihatan, tetapi juga untuk pendidikan, latihan dan penyelidikan.

HPU bukan sahaja menjadi tempat latihan klinikal pelajar perubatan dan latihan kepakaran perubatan, tetapi juga adalah tempat latihan pelajar sains kesihatan seperti farmasi, pergigian, kejururawatan, dietetik, optometri, fi sioterapi, sains forensik, audiologi, teknologi makmal perubatan, radiografi dan lain-lain. Pihak pengurusan HPU sentiasa peka dan sama-sama bertanggungjawab memastikan bahawa program pendidikan dan latihan universiti akan terlaksana dengan lancar dan berkesan.

Malangnya, pembinaan HPU dikatakan akan menelan belanja yang besar kerana dianggarkan akan berharga RM1.7 juta untuk setiap katil. Oleh kerana sebuah HPU dianggar memerlukan antara 800 hingga 900 katil, belanja membina sebuah HPU dianggarkan melebihi RM1 bilion. Pada awal tahun 2010 ini terdapat dua buah hospital swasta di Lembah Klang yang dibina dengan kos di bawah RM750,000 satu katil. Adalah lebih baik

Page 27: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

18

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

jika setiap fakulti perubatan diperuntukkan sejumlah RM400 juta untuk membina hospital secara berperingkat mengikut bajet Rancangan Malaysia setiap lima tahun. Fakulti perubatan Universiti Islam Antarabangsa kini menikmati kaedah ini yang sepatutnya dipanjangkan kepada semua fakulti perubatan yang lain juga.

Kesimpulannya, pembinaan HPU untuk setiap fakulti perubatan amatlah penting dan wajar untuk melatih doktor dan pakar perubatan dengan efektif dan berkesan sejajar dengan gagasan kepimpinan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Kaedah pembiayaan untuk membina HPU harus lebih kreatif dan inovatif agar fakulti perubatan menjadi lebih produktif.

TADBIR URUS FAKULTI PERUBATAN

Sesebuah fakulti perubatan hendaklah dipimpin oleh seorang dekan atau pengarah Hospital yang bertanggungjawab kepada kualiti program pembelajaran perubatan dan kualiti perkhidmatan perubatan yang disediakan serta persekitaran kampus perubatan. Dekan atau Pengarah ini hendaklah seorang ahli akademik dan juga pengamal perubatan yang berdaftar. Ini dapat melicinkan hubungan dengan pakar perubatan di dalam dan juga di luar negara. Jalinan ini perlu dalam aktiviti latihan berterusan, perkhidmatan perubatan dan juga penyelidikan. Dekan atau Pengarah dibantu oleh timbalan-timbalan dekan yang diberi tugas akademik dan antarabangsa, pascasiswazah, penyelidikan dan inovasi, pembangunan dan hal ehwal pelajar dan perkhidmatan klinikal.

Majlis Dekan-Dekan Perubatan (MDP) hendaklah diperkukuhkan lagi. Setakat ini ia merupakan satu forum kerjasama antara dekan-dekan yang kadangkala dipanggil untuk memberi nasihat dan input kepada KPT. Bagi pemantapan, baru-baru ini keahlian MDP dilantik secara rasmi oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan diberi tugas menentukan kualiti program pembelajaran atau latihan perubatan dari peringkat siswazah dan pascasiswazah ke peringkat latihan kepakaran tinggi perubatan. Keahliannya boleh dipertimbangkan untuk dibuka kepada semua fakulti perubatan IPTA dan juga IPTS.

Satu cadangan baru ialah untuk mewujudkan satu jawatan Timbalan Ketua Pengarah JPT (Perubatan dan Kesihatan; TKP P&K) perlu diwujudkan di KPT yang bertaraf sekurang-kurangnya JUSA ‘A’, dari kalangan pengamal perubatan. TKP (P&K) ini bertanggung-jawab menyelaraskan sektor pendidikan perubatan yang merangkumi dari siswazah, pascasiswazah dan latihan kepakaran tinggi, termasuklah sekitaran penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan perubatan dan kesihatan di IPT. Bajet di sektor ini diuruskan oleh pejabat TKP (P&K) untuk pembangunan dan kemajuan seluruh fakulti perubatan di negara ini. Langkah ini akan menunjukkan kesungguhan kerajaan membangun sektor pendidikan perubatan bagi mendapat manfaat dari Model Ekonomi Baru serta mencerminkan pelaboran tinggi dari segi kewangan dan tenaga manusia yang terpaksa diadakan dalam bidang ini. Langkah ini adalah bagi menentukan pengurusan dan pentadbiran yang jelas dan sistematik serta berkeupayaan.

Page 28: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

19

MORATORIUM KURSUS PENGAJIAN BIDANG PERUBATAN

TKP (P&K) ini juga bertanggungjawab terhadap sektor sains kesihatan, kejururawatan, farmasi pergigian dan lain lain.

Di hospital-hospital KKM yang diguna pakai sebagai hospital pengajar (HP) pula, satu pendekatan baru perlu dicapai. Hospital ini hendaklah dinaik taraf sebagai HP sepenuhnya dengan dilengkapkan seoptimum mungkin bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai HP dengan lebih berkesan. KPT hendaklah bersedia menyumbang laburan kewangan dan sumber manusia bagi merealisasikan hasrat ini. Kriteria HP hendaklah ditentukan. Dalam lawatan ke UK, satu dana insentif yang dipanggil Special Incentive For Teaching (SIFT) diwujudkan untuk menyalur bantuan kepada HP supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran program perubatan dapat dijalankan dengan efektif dan teratur. Apabila pihak hospital berkenaan tidak dapat memberi kemudahan ini status HP ditarik balik dan bantuan kewangan diberhentikan. Kedudukan pengurusan hospital tersebut menjadi terancam. Amalan ini patut dipertimbangkan di Malaysia jika fakulti perubatan IPTA tidak diberikan HPU sendiri. Sistem bantuan dan pengurusan HP patut juga dipanjangkan kepada Klinik Kesihatan yang digunakan oleh IPT. Sesungguhnya ini akan menaikkan lagi kualiti penjagaan kesihatan masyarakat setempat.

Jalinan mesra dan kerjasama erat perlu diwujudkan antara IPTS dan IPTA. Satu pendekatan ialah IPTS menggunakan tenaga pengajar IPTA secara lebih sistematik dan tidak secara ad hoc seperti apa yang berlaku sekarang yang menimbulkan banyak kegelisahan, kurang senang hati dan kesangsian. Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan IPTS melantik secara sesi (tidak lebih dari dua sesi seminggu umpamanya) untuk tenaga pengajar IPTA menjadi pensyarah sambilan yang diberi ganjaran yang standard.

Dengan tindakan di atas, seluruh potensi pendidikan perubatan negara ini akan dapat digembleng dan dibangunkan secara sistematis dan tersusun. Justeru, strategi dan pendekatan ini berupaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan perubatan di peringkat antarabangsa yang dapat menarik pelajar-pelajar asing belajar di sini selain daripada menampung keperluan pelajar-pelajar Malaysia yang berminat dalam bidang perubatan. Pengurangan penghantaran pelajar perubatan ke luar negara dan kemasukan pelajar-pelajar asing akan dapat memberi pulangan positif kepada negara.

Page 29: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

20

Page 30: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

PENDAHULUAN

Melatih insan lain untuk menjadi insan yang mampu menjaga, merawat dan memberi keselesaan hidup kepada insan lain pula sangat dipandang mulia di sisi agama. Tetapi pensyarah perubatan juga manusia biasa yang memerlukan pelbagai perkara keperluan untuk keselesaan hidupnya dan juga keluarganya. Jadi masalah yang tersenarai perlu dilihat secara positif dan perlukan penyelesaian.

SENARAI MASALAH

1. JPA mengagihkan jumlah jawatan pensyarah perubatan hanya mengikut nisbah pelajar undergraduate, sedangkan pensyarah perubatan bukan saja mempunyai komitmen undergraduate, tetapi juga melatih doktor pakar (postgraduate), menjalankan tugas asas doktor pakar dan melakukan penyelidikan. Agihan jumlah perjawatan mengikut nisbah undergraduate sahaja tentunya tidak munasabah. Ini bermakna jumlah jawatan pensyarah perubatan di semua fakulti perubatan sekarang ini perlu diberi tambahan terutama bagi universiti penyelidikan.

2. Pergantungan mutlak terhadap pengajar praklinikal dari negara luar yang tidak terbukti mutunya.

3. Proses pengambilan tenaga luar tidak sepenuhnya dikawal oleh Fakulti tetapi banyak bergantung kepada agensi pusat.

4. Lebih kurang 60% berada di hospital swasta yang tidak terlibat dalam pengajaran dan memberi rawatan kepada sebahagian kecil penduduk.

5. Pakar di Kementerian Kesihatan tidak semuanya terlibat dengan pengajaran pelajar perubatan kerana ini bukan tugas hakiki mereka.

6. Masih ada universiti yang tidak mengiktiraf perkhidmatan klinikal pensyarah perubatan

MODAL INSAN DI FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA

4

Page 31: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

22

dalam proses kenaikan pangkat secara terbuka dengan alasan akan menimbulkan iri hati pensyarah fakulti lain. Di Kementerian Kesihatan Malaysia, perkhidmatan klinikal merupakan teras dalam pertimbangan kenaikan pangkat.

7. Tidak ada keseragaman di dalam urusan kenaikan pangkat antara fakulti IPTA.

8. Kurang tarikan masuk ke akademia kerana skim perkhidmatan tidak setara dengan tiga beban tugas utama di IPTA iaitu perkhidmatan klinikal, pengajaran serta penyelidikan perubatan.

CADANGAN PENYELESAIAN

Pengurusan Akademik Universiti

1. Berusaha menjaga kebajikan staf akademik serta keluarga seperti memberikan kuota untuk kemasukan ke Fakulti bagi kes-kes ahli keluarga yang layak.

2. Tambahkan jumlah pengajar praklinikal melalui Skim Khas Pengajar Perubatan dengan melatih graduan sains bioperubatan atau yang berkaitan. Skim ini boleh juga menarik tenaga doktor wanita untuk memilih kerjaya dalam bidang pendidikan perubatan.

3. Usaha besar-besaran perlu untuk menggalakkan kerjaya di bidang praklinikal seperti anatomi, fi siologi, farmasi atau biokimia untuk mengatasi masalah kekurangan kronik pensyarah dalam semua bidang ini. Kita tidak boleh bergantung kepada pensyarah dari negara luar selama-lamanya.

4. Wujud program Sarjana Sains Perubatan untuk graduan sains, bioteknologi dan yang berkaitan. Graduan ini boleh mengikuti kursus ini selama dua tahun dengan pengkhususan anatomi, biokimia atau fi siologi. Mereka boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di peringkat lebih tinggi.

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 32: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

23

Sarjana Muda

Tahun 2 MBBS

Pensyarah Pre Klinikal

Pensyarah

Pensyarah

MBBS

Sarjana

BmedSci

MBBS

MmedSci

Doktor Falsafah

MmedSci

PhD

PhD

1.

2.

3.

5. Memberi insentif kepada staf akademik mendapatkan kemahiran Pendidikan Perubatan melalui penganugerahan sijil pendidikan perubatan dengan mengambil kira penglibatan mereka dalam pengajaran perubatan secara formal.

6. Memberi insentif khas (Elaun Insentif Pensyarah Perubatan) kepada pensyarah klinikal kerana mereka juga perlu bertugas di hospital merawat pesakit di samping tugasan lain seorang pensyarah.

7. Tarikan khas untuk menambah pakar yang mempunyai doktor falsafah serta program khas MBBS – PhD khas untuk Research Universities.

8. Autonomi kepada Fakulti menarik tenaga dari dalam dan luar dengan insentif masing-masing selain dari Contract for Service.

9. Memberikan perhatian khusus terhadap kebajikan staf akademik dalam soal-soal seperti penjagaan anak semasa bekerja (crèche facilities), persekolahan keluarga dan sebagainya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

1. Mengubah cara kiraan nisbah pelajar : pengajar oleh JPA dengan mengambil kira beban pengajaran pascasiswazah dan penyelidikan.

Rajah 4.1: Carta Alir Program Pengajian

MODAL INSAN DI FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA

Page 33: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

24

2. Mewujudkan skim pengajar sambilan (PBL tutors, Community Tutors) secara yang lebih menarik.

3. Melonggarkan syarat biasiswa untuk membolehkan pelajar mengikuti program melalui aliran yang dicadangkan di atas.

4. Mewujudkan skim untuk pengajar secara sambilan dengan memberikan latihan pendidikan perubatan kepada doktor yang berminat dengan kerjaya pendidikan perubatan.

5. Mempertimbang dan melaksanakan segera Skim Laluan Kerjaya untuk pensyarah perubatan supaya skim ini sentiasa lebih menarik daripada apa yang ditawarkan di KKM (Sila lihat Lampiran D).

Kementerian Pengajian Tinggi

1. Prestasi universiti dipantau di peringkat KPT dengan mengambil kira juga perkara-perkara yang berkaitan usaha pengurusan universiti meningkatkan semangat pensyarah untuk kekal berkhidmat dalam universiti masing-masing.

2. Memberikan insentif menarik kepada pensyarah bidang sains asas perubatan. Buat masa ini kerjaya dalam bidang ini tidak menarik.

3. Proses kenaikan pangkat antara universiti diseragamkan di peringkat KPT, dengan penggunaan pengiktirafan yang serupa. Buat masa ini ada universiti yang menggunakan pangkat Profesor Klinikal, Profesor Madya Klinikal untuk tujuan mengiktiraf pensyarah perubatan. Perkara ini tidak seragam.

Kementerian Kesihatan Malaysia

1. Hospital KKM diberi peluang bersaing untuk mendapat status Hospital Pengajar.

2. Jadikan hospital Kementerian Kesihatan sebagai hospital pengajar dan masukkan akiviti pengajaran sebagai terma rujukan pakar. Pakar-pakar juga digalakkan mengikuti kursus latihan pengajaran dan pembelajaran. Gelaran akademik kehormat perlu diperbanyakkan bagi pakar yang berkelayakan dan sering terlibat dalam aktiviti akademik.

3. Status sesebuah hospital pengajar dipertingkatkan dengan insentif yang menarik sepertimana dilakukan di United Kingdom di universiti terkemuka seperti Kings College Medical School, Imperial College of Medicine, University College London. Insentif ini akan ditarik balik jika prestasi pengajaran oleh pakar-pakar tidak memuaskan.

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 34: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

LATAR BELAKANG

Pada masa kini terdapat 29 pusat pengajian perubatan awam dan swasta di Malaysia. Institusi-institusi ini dalam fasa perkembangan yang berbeza. Yang tertua, iaitu Fakulti Perubatan di Universiti Malaya telah ditubuhkan pada 1963. Pusat perubatan swasta yang pertama, iaitu Universiti Perubatan Antarabangsa atau International Medical University (IMU) ditubuhkan pada 1992. Antara 29 institusi ini, hanya 12 yang telah menghasilkan doktor-doktor perubatan. Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil dengan sumber yang terhad memerlukan kerjasama semua fakulti perubatan bagi memastikan sumber yang terhad ini digunakan secara optimum. Pada masa ini, kerjasama antara fakulti perubatan terhad kepada perlantikan pemeriksa luar dan pensyarah pelawat sahaja. Kerjasama antara IPTA dan IPTS ini haruslah diperluaskan ke bidang-bidang lain seperti perkembangan tenaga pengajar dan perkongsian sumber bagi kegiatan pengajaran.

CADANGAN

Adalah dicadangkan kerjasama diadakan dalam bidang-bidang berikut:

1. Perkembangan tenaga pengajar di mana semua fakulti perubatan mempunyai suatu program perkembangan kerjaya tenaga pengajar (Lampiran I)

2. Perkongsian sumber pembelajaran, khususnya e-pembelajaran (Lampiran II)

3. Mempertingkatkan mutu pendidikan perubatan bersama-sama badan-badan berkuasa seperti MQA dan MMC melalui perbaikan berterusan (continuous improvement) dalam kriteria kualiti, piawaian dan templat perjaminan kualiti. (Lampiran III)

4. Pendidikan perubatan (Lampiran IV)

5. Bidang-bidang lain yang bersesuaian.

KERJASAMA ANTARA FAKULTI PERUBATAN IPTA DAN IPTS

5

Page 35: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

26

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN

1. Mendapat persetujuan daripada semua dekan. Suatu mesyuarat diadakan untuk tujuan mengadakan persetujuan tentang corak kerjasama ini.

2. Menubuhkan pasukan petugas tertentu bagi merancang dan melaksanakan aktiviti yang telah dipersetujui. Rancangan haruslah termasuk matlamat, jadual, hasil yang diingini dan ukuran untuk memastikan pencapaian matlamat.

3. Mendapat perbelanjaan.

(a) Tabung permulaan dari Kementerian Pendidikan Tinggi (b) Sumbangan daripada semua fakulti perubatan

4. Satu Jawatankuasa Bersama Dekan-Dekan akan memantau pencapaian dan permasalahan.

LAMPIRAN I: KERJASAMA DALAM BIDANG PERKEMBANGAN TENAGA PENGAJAR

Kebanyakan tenaga pengajar perubatan adalah saintis atau pakar perubatan yang tiada latihan dalam bidang pendidikan atau tanggungjawab akademik. Baru-baru ini lebih perhatian telah diberi kepada kemahiran dalam pengajaran dan kecemerlangan sebagai seorang guru untuk diambil kira dalam kenaikkan pangkat seorang pensyarah di samping penyelidikan dan penerbitan. Oleh itu banyak fakulti perubatan telah menubuhkan program perkembangan kerjaya tenaga pengajar untuk tujuan meningkatkan mutu pengajaran. Namun perlaksanaan program seperti ini memerlukan kepakaran dan sumber yang tidak terdapat di semua fakulti perubatan.

Oleh itu adalah wajar sekiranya semua fakulti perubatan di Malaysia berkongsi kepakaran dan sumber untuk mengembangkan satu program yang sama, yang boleh memanfaatkan semua fakulti sama ada di IPTA atau IPTS.

BIDANG-BIDANG LATIHAN

1. Pengajaran dan pembelajaran (menjalankan PBL, menyampaikan kuliah, pengajaran di sisi katil, e-pembelajaran, dan sebagainya).

2. Peperiksaan (membuat soalan, menjalankan viva, Objective Structured Clinical Examination (OSCE), penentuan piawai, pemeriksaan portfolio, dan sebagainya).

3. Pengurusan akademik (pengurusan kursus, kurikulum berasaskan outcome, penyemakan kurikulum, mentaksirkan kecemerlangan dalam pengajaran, dan sebagainya).

Page 36: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

27

KERJASAMA ANTARA FAKULTI PERUBATAN IPTA DAN IPTS

LAMPIRAN II: KERJASAMA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Perkembangan teknologi maklumat memungkinkan kerjasama dalam e-pembelajaran termasuk:

1. Bank imej2. Bank soalan3. Pemeriksaan formatif (pencapaian on-line oleh semua pelajar) 4. Pemeriksaan sumatif (pencapaian on-line oleh sekolah perubatan sahaja)5. Slaid dan nota kuliah6. e-PBL7. Sumber lain seperti perpustakaan maya, muzium maya, dan sebagainya

LAMPIRAN III: KERJASAMA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN BERSAMA MQA DAN MMC

Kegiatan bersama dengan MQA dan MMC untuk meningkatkan kriteria kualiti dan piawaian akreditasi. Usaha diperlukan untuk menjadikan proses akreditasi lebih sah, dipercayai dan berasaskan outcome.

LAMPIRAN IV: KERJASAMA DALAM PENDIDIKAN PERUBATAN

Kursus, seminar dan bengkel dalam pendidikan perubatan amat perlu supaya tenaga pengajar perubatan sentiasa sedar tentang perkembangan baru dalam bidang pendidikan perubatan. Semua fakulti perubatan haruslah berkongsi kepakaran untuk mengelolakan aktiviti yang akan memanfaatkan semua tenaga pengajar perubatan di Malaysia. Penyelidikan bersama antara fakulti fakulti dalam bidang ini memang digalakkan. Satu Persidangan Pendidikan Perubatan Kebangsaan haruslah diwujudkan di mana fakulti perubatan mengambil giliran menjadi tuan rumah persidangan.

Page 37: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

28

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

HALA TUJU PROGRAM PASCASISWAZAH PERUBATAN

Program pascasiswazah perubatan yang ditawarkan di fakulti perubatan universiti-universiti tempatan telah menjadi program utama bagi melahirkan pakar-pakar di negara ini semenjak ia dimulakan pada awal tahun 1980an. Peperiksaan kepakaran luar negara tidak lagi menjadi pilihan doktor-doktor tempatan. Dengan bertambahnya bilangan doktor di negara ini, universiti-universiti tempatan harus berupaya menampung keperluan untuk melatih lebih ramai doktor dalam program pascasiswazah dalam masa terdekat. Malahan, dengan kualiti program latihan kepakaran yang baik, ramai doktor dari beberapa negara luar juga memilih untuk mengikuti program pascasiswazah tempatan. Oleh itu, kita harus melihat semula keperluan dan hala tuju program pascasiswazah perubatan bukan saja bagi menampung keperluan latihan yang bertambah tetapi memastikan kualiti latihan kepakaran yang terbaik dan setanding dengan latihan di negara-negara maju.

TADBIR URUS PROGRAM PASCASISWAZAH PERUBATAN

Lembaga Bersama Ijazah Lanjutan Perubatan Kebangsaan (National Conjoint Board for Postgraduate Degrees) adalah lembaga yang diiktiraf sebagai badan utama dalam tadbir urus program pascasiswazah di negara ini. Ini amat bertepatan kerana lembaga ini mempunyai keahlian yang mewakili semua institusi yang berkepentingan dalam latihan pascasiswazah perubatan, iaitu pihak universiti, Kementerian Kesihatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia dan pertubuhan profesional yang berkenaan. Namun demikian, buat masa ini, statut, terma rujukan dan carta organisasi Lembaga Bersama Ijazah Lanjutan Perubatan Kebangsaan ini masih kurang jelas.

Oleh itu, Lembaga ini, harus dimantapkan dan diberi terma rujukan yang jelas. Lembaga harus diberi sekretariat, kakitangan dan bajet yang mencukupi bagi menjalankan aktiviti penyelarasan dan pemantauan semua program pascasiswazah perubatan di Malaysia. Lembaga ini juga harus diberi kuasa autonomi dan berfungsi sebagai satu badan yang bebas. Memperkasakan lembaga ini pasti akan dapat meningkatkan kualiti program latihan kepakaran di negara ini dan melahirkan pakar-pakar perubatan yang berkaliber yang boleh dipasarkan secara global.

JAMINAN KUALITI

Bagi memastikan kualiti akademik dan latihan yang tinggi, program pascasiswazah juga perlu menjalani proses akreditasi mengikut keperluan Malaysian Qualifi cation Agency (MQA) sepertimana yang dilakukan di peringkat prasiswazah. Setiap Lembaga Bersama Bidang Kepakaran harus sentiasa berusaha untuk melihat semula (review) kurikulum latihan agar sentiasa relevan dengan perkembangan bidang masing-masing. Ini termasuk menimbangkan penganjuran peperiksaan prakemasukan ke program bagi memilih calon-calon yang berkelayakan, atau menganjurkan peperiksaan sains perubatan asas di luar dari program empat tahun bagi memastikan latihan yang mencukupi.

Page 38: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

29

KERJASAMA ANTARA FAKULTI PERUBATAN IPTA DAN IPTS

MENINGKATKAN KAPASITI PROGRAM

Buat masa ini, UM, UKM dan USM merupakan pusat latihan pascasiswazah yang utama. IPTA lain mula memohon kebenaran untuk mengadakan program tertentu. Dengan bertambahnya bilangan doktor di negara ini, program pascasiswazah juga harus meningkatkan kapasiti bagi memberi peluang latihan kepakaran kepada mereka. Kementerian Kesihatan juga dikatakan akan menambah bilangan pegawai perubatan yang diluluskan untuk mengikuti pelbagai bidang kepakaran terutamanya dalam bidang Perubatan Keluarga dan Kesihatan Masyarakat sejajar dengan konsep kepimpinan negara iaitu ‘1 Pusat Kesihatan’. Ini memerlukan penambahan fakulti perubatan yang menganjurkan program pascasiswazah dalam bidang bidang ini.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA FAKULTI PERUBATAN DAN KEMENTERIAN KESIHATAN

Program pascasiswazah perubatan bagi melahirkan pakar-pakar perubatan di negara ini yang berkualiti harus menjadi tanggungjawab bersama antara universiti dan Kementerian Kesihatan. Sememangnya pada masa ini sebahagian besar calon-calon siswazah dilatih di hospital-hospital Kementerian Kesihatan di bawah penyeliaan pakar-pakar kementerian. Beberapa prasarana dan keperluan akademik di hospital-hospital KKM perlu ditingkatkan agar aktiviti akademik termasuk penyelidikan boleh dimantapkan. Dicadangkan agar semua HP dan HPU mempunyai peralatan teknologi informasi dan telesidang agar komunikasi antara hospital universiti dan hospital KKM dapat dipertingkatkan.

MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN PROGRAM LATIHAN KEPAKARAN LUAR NEGARA

Selain dari menjemput pemeriksa luar seperti yang dilakukan sekarang, semua program pascasiswazah perubatan harus berusaha untuk mendapat pengiktirafan luar negara. Ini boleh dilakukan melalui pelbagai usaha bekerjasama dalam latihan seperti, pertukaran profesor, pertukaran dan mobiliti pelajar atau mengadakan peperiksaan bersama dengan pusat atau kolej di luar negara.

PERTUKARAN NAMA IJAZAH KEPAKARAN KLINIKAL

Semenjak dimulakan, Ijazah yang diberi kepada calon yang lulus dalam program kepakaran klinikal ialah Sarjana Kepakaran atau Masters in Speciality. Nama ijazah ini secara amnya tidak menunjukkan status kesarjanaan yang dicapai setelah melalui latihan kepakaran yang intensif dan tidak menunjukkan kedudukan akademik lulusannya. Nama Masters ini juga tidak diiktiraf di banyak negara-negara Timur Tengah yang menghantar ramai calon dalam program-program tempatan dan menimbulkan perbagai masalah kepada graduan yang pulang

Page 39: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

30

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

ke negara mereka. Adalah dicadangkan agar nama ijazah program pascasiswazah perubatan dalam bidang klinikal diubah agar bertepatan dengan status akademik dan kesarjanaan lulusan dari program ini (dicadangkan Ijazah Doktor atau Doctorate) yang setaraf dengan Ijazah doktor falsafah. Bersama ini juga dicadangkan supaya komponen penyelidikan di dalam program pascasiswazah ini dipertingkatkan. Proses perlaksanaanya perlu dibincangkan dengan lebih terperinci oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Page 40: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

LATAR BELAKANG

Menurut Sasaran Pembangunan Millennium (MDG), penduduk dunia perlu mengatasi pelbagai cabaran dari segi pendidikan dan kesihatan untuk mencapai kesejahteraan sejagat. Ini termasuk mengatasi masalah kemiskinan tegar, penyakit seperti AIDS, malaria, tuberculosis, masalah malnutrisi, kematian kanak-kanak, masalah persekitaran dan lain-lain. Semuanya memerlukan pengemblengan tenaga penduduk dunia untuk bekerjasama dalam semua segi untuk mengatasi cabaran tersebut. Ini termasuk melatih profesional kesihatan terutama doktor yang mampu bekerja di mana-mana sahaja di dunia dengan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Ini bermakna keperluan doktor di dunia tidak terbatas untuk mengatasi masalah kesihatan setempat tetapi untuk berkhidmat di mana-mana tempat didunia.

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dengan mempunyai infrastruktur yang baik untuk melatih doktor-doktor yang mahir perlulah mengambil peluang dan tanggungjawab untuk melatih lebih ramai doktor dan pakar perubatan untuk memberi khidmat perubatan di merata dunia terutama di negara-negara yang memerlukannya. Dengan globalisasi dan liberalisasi sektor pendidikan perubatan Malaysia dapat memainkan peranan penyampai khidmat kesihatan diperingkat global.

Malaysia telah terlibat dalam rundingan World Trade Organisation (WTO) sejak ia mula diperkenalkan. Sejak itu Malaysia telah mengadakan rundingan untuk meliberalisasikan sektor-sektor perkhidmatan selaras dengan perkembangan k-ekonomi dunia. Setiap negara diberi peluang secara sukarela untuk membuka pasaran tempatan kepada penggiat dan pengusaha di peringkat serantau mahu pun dunia bergantung kepada kemampuan sesebuah negara. Perkhidmatan kesihatan telah dibuka di peringkat serantau melalui perjanjian ASEAN Framework Agreement on Services pada tahun 1995 dan perkhidmatan kesihatan mulai 2004.

Tawaran perkhidmatan boleh dilakukan melalui empat kaedah seperti yang termaktub dalam perjanjian GATS (General Agreement on Trade and Services) iaitu melalui bekalan merentasi sempadan (cross border), mendapatkan perkhidmatan di luar negara, kehadiran komersial dan kehadiran pemberi khidmat.

LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

6

Page 41: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

32

KAEDAH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERUBATAN

1. Bekalan merentasi sempadan – ini termasuk menghantar bahan pendidikan seperti bahan kuliah, soalan peperiksaan dan sebagainya, mengadakan telesidang antara pelbagai lokasi, menyelia tesis secara jarak jauh dan mengadakan peperiksaan secara maya.

2. Mendapatkan perkhidmatan di luar negara – ini termasuk mengadakan program berkembar, program pemindahan kredit dan menghantar pelajar untuk sangkutan industri.

3. Kehadiran komersial – ini termasuk mengadakan kampus luar negara (offshore campus) untuk program tempatan dan antarabangsa dan membuka pasaran pendidikan perubatan kepada universiti luar negara.

4. Kehadiran pemberi khidmat – pengambilan pensyarah dari luar negara atau mengeksport tenaga tempatan keluar negara.

KEBAIKAN LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN PERUBATAN

Pada masa ini Malaysia telah pun terlibat dalam semua empat kaedah tersebut. Antara kebaikan liberalisasi sektor pendidikan perubatan termasuk;

1. Mempercepatkan jumlah sumber manusia (doktor dan pakar perubatan) untuk keperluan tempatan. Dengan terbuka peluang latihan di banyak negara, Malaysia telah dapat menghantar ramai pelajar untuk dilatih di luar negara samada secara berkembar, pemindahan kredit dan offshore campus.

2. Meningkatkan kemahiran pelajar dan pengamal perubatan dalam teknologi perubatan dan amalan perubatan silang budaya (cross-cultural) melalui sangkutan industri, elektif antarabangsa dan latihan subkepakaran. Lebih ramai doktor tempatan yang dilatih dengan kemahiran negara asing yang membolehkan mereka memberikan khidmat perubatan diluar negara dan agensi bantuan antarabangsa.

3. Penggunaan teknologi pendidikan terkini seperti telesidang dengan universiti luar negara dapat meningkatkan efi siensi pendidikan melalui perkongsian sumber manusia dan jimat kos.

4. Meningkatkan ekonomi melalui tawaran kursus kepada pelajar negara lain dan antarabangsa.

5. Meningkatkan ranking universiti dan kursus dengan kehadiran pelajar dan pensyarah antarabangsa.

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 42: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

33

ISU DAN CABARAN

Globalisasi dan liberalisasi sektor pendidikan perubatan boleh menimbulkan isu dan cabaran terutama jika ia tidak dipantau dengan betul.

1. Lebih ramai pelajar yang mendapatkan pendidikan yang substandard sama ada didalam atau luar negara jika institusi latihan tidak dipantau mutunya sama ada dari segi kurikulum, kaedah pendidikan, jumlah dan kelayakan pelajar dan pensyarah.

2. Kehadiran ramai pengamal perubatan luar negara mungkin menyukarkan komunikasi dengan penduduk tempatan terutama untuk latihan klinikal.

3. Negara mungkin mengalami brain drain. Doktor yang dilatih di luar negara terutama di negara maju mempunyai kecenderungan untuk terus tinggal di negara tersebut disebabkan keselesaan, teknologi, biasa dengan sistem perkhidmatan dan enumerasi yang tinggi. Pada masa akan datang mungkin ini bukan isu lagi apabila doktor boleh berkhidmat di mana-mana bahagian dunia tanpa sempadan.

HALATUJU LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN PERUBATAN

Memandangkan liberalisasi sektor pendidikan perubatan memberi banyak faedah untuk jangkamasa panjang terutama dalam mencapai MDG maka perkara berikut boleh dipertimbangkan sebagai hala tuju pendidikan perubatan di Malaysia:

1. Latihan doktor dan pakar perubatan ditingkatkan untuk membantu menambah jumlah doktor tempatan dan doktor untuk negara-negara yang memerlukannya (negara sedang membangun).

2. Kemasukan doktor dan pakar perubatan atau pensyarah perubatan dari luar digalakkan dengan saringan yang ketat tetapi dipermudahkan agar menarik ramai profesional yang berketrampilan.

3. Penubuhan fakulti perubatan luar negara secara kerjasama di Malaysia dan offshore campus universiti dari Malaysia juga digalakkan untuk meningkatkan pemindahan teknologi dan pengalaman. Ini perlu terbuka untuk IPTA dan IPTS.

4. Pertukaran pelajar untuk latihan industri perlu digalakkan. Dana khas perlu diwujudkan untuk pelajar yang kurang mampu. Pelajar luar negara untuk pemindahan kredit dan latihan industri perlulah dikenakan yuran latihan. Ini menjadi sumber ekonomi negara.

5. Kerjasama antara universiti di dalam dan luar negara perlu digalakkan agar dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Penggunaan teknologi ICT perlu dipertingkatkan untuk pengurangan kos dan meningkatkan keefi sienan pendidikan.

LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Page 43: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

34

KESIMPULAN LIBERASI

Globalisasi dan liberalisasi sektor pendidikan perubatan adalah isu masa kini dan tidak boleh disekat lagi. Peluang melatih doktor untuk keperluan tempatan dan dunia secara keseluruhan adalah terbuka untuk semua negara. Memandangkan Malaysia mempunyai kemampuan untuk menguruskan latihan dan melatih doktor dan pakar perubatan maka disyorkan agar kerajaan mengambil inisiatif menggiatkan lagi latihan dan pendidikan perubatan dengan menyediakan infrastruktur latihan yang sesuai dan insentif yang berpatutan kepada pensyarah perubatan. Ini akan membolehkan Malaysia memainkan peranan sebagai penyampai khidmat perubatan di peringkat global dan membantu dunia untuk mencapai MDG.

KESIMPULAN DAN CADANGAN KESELURUHAN

1. Pendidikan perubatan hendaklah dijalankan selari dengan perkembangan semasa dan keperluan negara. Justeru, Malaysia harus merubah ke arah melengkapkan diri sebagai pusat pendidikan perubatan bertaraf dunia.

2. IPT negara harus membuat anjakan paradigma untuk melahirkan graduan perubatan bukan saja untuk kegunaan negara tetapi juga untuk kegunaan dunia kerana Malaysia mampu menjadi sumber bagi melatih doktor-doktor yang terbaik dan berkualiti tinggi.

3. Dengan mengambil kira perangkaan terkini, untuk mencapai nisbah 1 : 600 (doktor: penduduk) negara memerlukan 16,553 orang doktor menjelang tahun 2020 untuk berkhidmat disektor awam.

4. Lebih dari separuh jumlah graduan perubatan adalah dari institusi pengajian perubatan luar negara. Untuk mengawal bentuk kurikulum dan piawaian, Majlis Perubatan Malaysia harus melakukan lawatan susulan untuk menilai semula institusi perubatan luar negara yang sudah lama diberi pengiktirafan.

5. Untuk menjadikan pendidikan perubatan sentiasa terhormat dan profesionalisme, beberapa matlamat penting perlu diserapkan dalam pendidikan perubatan. Ini termasuk pencegahan penyakit dan kecederaan, melegakan kesakitan, penjagaan berterusan, penyembuhan dan kematian yang aman.

6. Pendidikan perubatan harus menghasilkan doktor yang mempunyai ciri ciri beretika tinggi yang memperaktikkan evidence-based medicine serta boleh berkomunikasi dengan berkesan. Juga penting ialah kebolehan bekerjasama dalam pasukan serta prihatin terhadap kesihatan masyarakat dan perubahan semasa. Doktor harus boleh memimpin dan terus mengembang kerjaya.

7. Moratorium terhadap penubuhan fakulti perubatan baru perlu dilaksanakan semula. Apa yang lebih penting ialah supaya fakulti perubatan yang sedia ada diperkuat dan diperkasakan agar lebih efektif dan berdaya saing secara global.

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 44: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

35

8. Walaupun kurikulum integrated digunakan oleh kebanyakan fakulti perubatan, kurikulum perubatan perlu fl eksibel dan dikaji secara berkala supaya sentiasa relevan dan terkini. Yang penting ialah objektif pembelajaran hendaklah boleh diukur dan dicapai.

9. Kurikulum fakulti perubatan di Malaysia seharusnya memberi penekanan kepada rasa kasih dan sayang antara sesama manusia, cinta dan pengabdian terhadap perkhidmatan kedoktoran.

10. Proses pemilihan pelajar tidak seharusnya berdasarkan kepada pencapaian akademik sahaja. Kaedah lain seperti menilai ciri peribadi dan penglibatan dalam aktiviti ko-kokurikulum dapat menjamin kualiti calon yang paling sesuai untuk mengikuti jurusan perubatan.

11. Kurikulum untuk melatih saintis perubatan sehingga ke tahap doktor falsafah perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

12. Fakulti perubatan yang telah matang perlu bersedia untuk menimbang pengambilan pelajar berijazah yang akan mengikuti program perubatan yang berasingan dalam masa yang lebih cepat.

13. Kerjasama antara IPTA dan IPTS perlu dipertimbangkan dalam beberapa bidang untuk memperkasakan lagi pendidikan perubatan. Kerjasama dalam perkembangan tenaga pengajar, perkongsian sumber pembelajaran serta latihan berterusan perlu diteliti.

14. Setiap fakulti perubatan patut disediakan hospital pengajar universiti (HPU) sendiri yang diselia dan diuruskan oleh fakulti dan universiti dibawah KPT.

15. Pembinaan HPU untuk setiap fakulti perubatan amatlah penting dan wajar untuk melatih doktor dan pakar perubatan dengan efektif dan berkesan untuk berkhidmat kepada masyarakat sejajar dengan gagasan kepimpinan negara iaitu ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

16. Adalah lebih baik jika setiap fakulti perubatan diberi satu peruntukkan misalnya, RM400 juta untuk membina hospital secara berperingkat mengikut bajet Rancangan Malaysia setiap lima tahun. Fakulti perubatan Universiti Islam Antarabangsa kini menikmati kaedah ini dan sepatutnya turut dinikmati oleh semua fakulti perubatan yang lain.

17. Pembinaan HPU akan memberi kemampuan kepada IPTA menambah pengambilan pelajar perubatan. Ia dapat mengurangkan penghantaran pelajar perubatan ke luar negara dan dapat mengurangkan risiko pelajar perubatan yang enggan pulang berkhidmat di Malaysia setelah tamat pengajian. Sekaligus ini juga akan dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara yang dibelanjakan untuk menghantar pelajar perubatan ke luar negara.

LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Page 45: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

36

18. Fakulti perubatan hendaklah dipimpin oleh seorang dekan yang juga pengarah HPU dan yang akan bertanggungjawab di dalam menjamin kualiti pembelajaran perubatan dan perkhidmatan perubatan yang disediakan serta persekitaran kampus perubatan. Dekan atau Pengarah ini akan dibantu oleh sekurang-kurangnya lima orang timbalan dekan yang diberi tugas akademik & pengantarabangsaan, pascasiswazah, penyelidikan & inovasi, pembangunan & perkhidmatan klinikal.

19. Keahlian Majlis Dekan-dekan Perubatan harus terdiri daripada dekan-dekan fakulti perubatan IPTA dan juga IPTS. Keahliannya perlu dilantik oleh Menteri Pengajian Tinggi. Majlis ini juga akan bertindak sebagai badan penasihat kepada JPT dan KPT dalam hal pendidikan perubatan.

20. Hospital Pengajar (Kementerian Kesihatan) perlu dinaik taraf dengan memenuhi kriteria tertentu supaya dapat berfungsi secara optimum dan berkesan untuk tujuan pendidikan perubatan. Satu dana insentif diwujudkan untuk menyalur bantuan kepada HP supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran program perubatan dapat dijalankan dengan efektif dan teratur.

21. Satu jawatan baru, Timbalan Ketua Pengarah JPT (Perubatan dan Kesihatan; TKP P&K) perlu diwujudkan di KPT yang bertaraf JUSA ‘A’ dan dari kalangan pengamal perubatan. TKP P&K ini bertanggungjawab menyelaraskan sektor pendidikan perubatan dan sains kesihatan dari prasiswazah, pascasiswazah dan latihan kepakaran termasuk sekitaran penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan perubatan.

22. Jumlah jawatan pensyarah perubatan di semua fakulti perubatan perlu diberi tambahan untuk merangkumi komitmen prasiswazah, pascasiswazah, tugas asas doktor dan penyelidikan.

23. Laluan kerjaya doktor yang dinikmati oleh doktor-doktor KKM perlu diselaraskan kepada pensyarah perubatan IPTA seperti diarah oleh Perdana Menteri dengan segera. Skim Laluan Kerjaya untuk pensyarah perubatan harus sentiasa lebih menarik daripada apa yang ditawarkan di KKM agar IPT akan terus menjadi tarikan. Dengan itu IPT dapat membuat pengambilan pensyarah tambahan dan terlatih.

24. Program pascasiswazah perubatan bagi melatih pakar pakar perubatan negara yang berkualiti harus menjadi tanggungjawab bersama antara universiti dan KKM.

25. Bagi memastikan kualiti akademik dan latihan yang tinggi, program pascasiswazah juga perlu menjalani proses akreditasi mengikut keperluan Malaysian Qualifi cation Agency (MQA) seperti mana yang dilakukan di peringkat prasiswazah.

26. Lembaga Bersama Ijazah Lanjutan Perubatan harus diperkasakan dengan diberi sekretariat, kakitangan serta bajet mencukupi untuk menjalankan aktiviti penyelarasan dan pemantauan semua program pascasiswazah perubatan. Ini akan memastikan lebih

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

Page 46: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

37

ramai doktor dilatih menjadi pakar yang akan meningkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat negara ini.

27. Globalisasi dan liberalisasi sektor pendidikan perubatan adalah isu masa kini dan tidak boleh disekat lagi. Malaysia mempunyai kemampuan untuk menguruskan latihan dan melatih doktor serta pakar perubatan. Adalah disyorkan agar kerajaan mengambil inisiatif menggiatkan lagi latihan dan pendidikan perubatan dengan menyediakan infrastruktur latihan yang sesuai dan insentif yang berpatutan kepada pensyarah perubatan. Ini akan membolehkan Malaysia memainkan peranan sebagai penyampai khidmat perubatan diperingkat global dan membantu dunia untuk mencapai MilleniumDevelopment Goals (MDG).

LIBERALISASI SEKTOR PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

Page 47: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa
Page 48: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

39

LAMPIRAN

39

1. Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Nik Mohd Nasri Nik Ismail - Pengerusi Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (USIM)

2. Y.Bhg. Tan Sri Datu Prof. Dr. Mohamad Taha Arif Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UNIMAS)

3. Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan, (PPUKM)

4. Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ikram Shah Ismail Dekan, Fakulti Perubatan (UM)

5. Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Khalid Yusoff Dekan, Fakulti Perubatan (UiTM)

6. Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Aziz Baba Dekan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM)

7. Y. Bhg. Prof. Dr. Azhar Md. Zain Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (UPM)

8. Y. Bhg. Prof. Dr. Osman Ali Dekan, Fakulti Perubatan (UMS)

9. Y. Bhg. Prof. Dr. Mohammed Fauzi Abdul Rani Dekan Kulliyyah Perubatan, (UIA)

10. Y.Bhg. Prof. Dr. Victor Lim Dekan Fakulti Perubatan dan Kesihatan, IMU.

11. Y.Bhg. Prof. Dr. John T. Arokiasamy Dekan Melaka-Manipal Medical College

LAMPIRAN A

SENARAI JAWATANKUASA BERTINDAK KAJIAN HALA TUJU BIDANG PERUBATAN

Page 49: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

40

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

12. Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Anuar Zaini Md. Zin Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Monash)

13. Y.Bhg. Prof. Dr. Hashami Bin Bohari Dekan/Ketua Kampus UniKL-RCMP

14. Y.Bhg. Prof. D. Amir S. Khir Dekan Penang Medical College

15. Puan Mazlen Binti Mohamad Penolong Pendaftar (Akademik), FPSK USIM - Urus setia

Jawatankuasa Bertindak ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.Bhg Tan Sri Dr. Abu Bakar Sulaiman dari IMU yang telah juga memberi pandangan dan sumbangan kepada penyediaan laporan ini.

Page 50: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

41

LAMPIRAN

KEDUDUKAN PEGAWAI PERUBATAN DI SELURUH NEGARA DAN UNJURAN STOK DAN KEPERLUAN

DARI TAHUN 2008 – 2020

Tahun Stok Sedia Ada

Graduan Perubatan Jumlah

IPT Awam IPT Swasta IPT Luar Negara

2008 26,736 865 639 1,908 3,412

2009 28,811 973 872 1,908 3,753

2010 31,124 1,065 1,013 1,908 3,986

2011 33,553 1,127 983 2,099 4,209

2012 36,085 1,166 1,170 2,099 4,435

2013 38,716 1,220 1,219 2,099 4,538

2014 41,318 1,264 1,305 2,099 4,668

2015 43,920 1,353 1,325 2,099 4,777

2016 46,501 1,432 1,325 2,309 5,066

2017 49,242 1,496 1,415 2,309 5,220

2018 52,000 1,550 1,415 2,309 5,274

2019 54,674 1,600 1,445 2,309 5,354

2020 57,294 1,650 1,475 2,309 5,434

Sumber: Jabatan Pengajian Tinggi

Nota : Jumlah pelajar di luar negara tidak dapat diketahui dengan tepat kerana jumlah yang pergi secara persendirian tanpa kebenaran daripada JPT tidak ada dalam rekod.

LAMPIRAN B

Page 51: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

42

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

SENARAI IPTA DAN IPTS YANG MEMPUNYAI FAKULTI PERUBATAN

LAMPIRAN C

IPTA:

1. Universiti Malaya 2. Universiti Kebangsaan Malaysia 3. Universiti Sains Malaysia 4. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 5. Universiti Putra Malaysia 6. Universiti Malaysia Sarawak 7. Universiti Malaysia Sabah 8. Universiti Teknologi MARA 9. Universiti Sains Islam Malaysia 10. Universiti Darul Iman Malaysia 11. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

IPTS:

1. International Medical University 2. Penang Medical College 3. Royal Perak Medical College 4. Manipal – Melaka Medical College 5. Asean Institute of Medical Science 6. Allianze College of Medical Science 7. Monash University Sunway Malaysia 8. University Tunku Abdul Rahman 9. University College of Sedaya International 10. Cyberjaya Medical College 11. Management & Science University 12. MAHSA University College 13. Masterskill University College 14. University of Newcastle Malaysia

Page 52: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

43

LAMPIRAN

15. John Hopkins Medical College 16. SEGi University College 17. Kolej Universiti Insaniah 18. Taylor’s College

Page 53: ii - moe.gov.my Tuju... · undang-undang, falsafah, teologi, polisi kesihatan, pentadbiran, politik dan kesihatan umum. Projek ini menghasilkan koleksi laporan ilmiah dan beberapa

44

HALA TUJU PENDIDIKAN PERUBATAN DI MALAYSIA

44

CADANGAN LALUAN KERJAYA BAGI PENSYARAH PERUBATAN IPTA BERPANDUKAN LALUAN

KERJAYA KKM

LAMPIRAN D

PERUBATAN

Bil. Gred Klinikal Non - Klinikal

1. 47 Pegawai perubatan dengan kelayakan ijazah sarjana muda dilantik sebagai Pensyarah Pelatih.

Pegawai perubatan dengan kelayakan ijazah sarjana muda dilantik sebagai Pensyarah Pelatih.

2. 52 Pensyarah Pelat ih yang telah berkhidmat selama lima tahun atau mendapat Sarjana Kepakaran (mana yang terdahulu) akan dinaikkan ke Gred 52.

Pensyarah Pelatih yang telah berkhidmat selama lima tahun atau mendapat doktor falsafah (mana yang terdahulu) akan dinaikkan ke Gred 52.

3. 54 Dua tahun di Gred 52 akan dinaikkan pangkat tanpa gelaran Prof Madya.

Gelaran Prof Madya dianugerahkan oleh IPT setelah memenuhi criteria IPT dan dibayar elaun khas.

Tiga tahun di Gred 52 akan dinaikkan pangkat tanpa gelaran Prof Madya.

Gelaran Prof Madya dianugerahkan oleh IPT setelah memenuhi criteria IPT dan dibayar elaun khas.

4. VK 7 Tiga tahun di Gred 54 tanpa gelaran Profesor.

Gelaran Profesor dianugerahkan oleh IPT setelah memenuhi criteria IPT dan dibayar elaun khas.

Tiga tahun di Gred 54 tanpa gelaran Profesor.

Gelaran Profesor dianugerahkan oleh IPT setelah memenuhi criteria IPT dan dibayar elaun khas.