falsafah pendidikan kebangsaan

22
1.0 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Secara amnya, perkataan falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. DI Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai panduan, pedoman dan prinsip dalam pendidikan. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menetapkan matlamat dan objektif pada setiap tahap persekolahan. Dengan adanya FPK, sistem negara telah menganjakkan diri ke kedudukan yang menjadi dasar yang membentuk sistem pendidikan negara daripada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti. Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Mengikut akta pendidikan 1996, kurikulum merupakan satu program yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Pada tahun 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dijadikan sebagai tunjang sistem pendidikan negara 1

Upload: mukhlis-isz

Post on 12-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fpkk

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah pendidikan kebangsaan

1.0 PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Secara amnya, perkataan falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau

pandangan yang benar. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian

ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah

untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman

untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.

DI Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dijadikan sebagai

panduan, pedoman dan prinsip dalam pendidikan. Oleh yang demikian, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menetapkan matlamat dan objektif pada setiap tahap

persekolahan. Dengan adanya FPK, sistem negara telah menganjakkan diri ke

kedudukan yang menjadi dasar yang membentuk sistem pendidikan negara daripada

peringkat rendah hingga ke peringkat universiti.

Perkembangan kurikulum tidak berlaku dengan sendiri tanpa sebab yang

mempengaruhinya. Mengikut akta pendidikan 1996, kurikulum merupakan satu program

yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua

pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk

membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,

rohani, emosi dan intelek.

Pada tahun 2010, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah

dijadikan sebagai tunjang sistem pendidikan negara kita selama 18 tahun telah

mengalami perubahan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

1

Page 2: falsafah pendidikan kebangsaan

2.0 KBSR

2.1 PRINSIP:

KBSR digubal berdasarkan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan:

Pendekatan bersepadu

Perkembangan individu secara menyeluruh

Pendidikan yang sama untuk semua murid

Pendidikan seumur hidup

Murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui

aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan pengalaman hidup mereka.

Oleh itu, semua aktiviti pembelajaran harus dikaitkan dengan pengalaman hidup

mengiku peringkat

Suasana kondusif sekolah rendah adalah untuk memberi peluang dan galakan

interaksi sosial, bertukar pendapat dan bekerjasama antara murid

Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel

Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)

Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)

Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik

darjah

2.2 STRUKTUR:

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:

i. Bidang Komunikasi

Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina

2

Page 3: falsafah pendidikan kebangsaan

Bahasa Tamil

Matematik

ii. Bidang Manusia dan Alam Sekelilingnya

Pendidikan Islam

Pendidikan Moral

Sains

Kajian Tempatan

iii. Bidang Perkembangan Diri Individu

Kemahiran Hidup

Pendidikan Muzik

Pendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

2.3 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid,

seseorang guru seharusnya:

i. Mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran:

Kemudahan Fizikal Kelas

Ruang pembelajaran yang selesa

Bahan rujukan untuk penggunaan murid

Sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan interaktif

Ruang pameran hasil kerja

Bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran

Aspek emosi sosial

Pengunaan bahasa yang mesra

3

Page 4: falsafah pendidikan kebangsaan

Keupayaan guru memahami muridnya

Penggunaan teknik yang pelbagai

ii. Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Melibatkan murid secara aktif

Menjalanka penilaian secara berterusan

Mewujudkan peluang mruid menilai kerja mereka

Melatih murid menerokai pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan

Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali

dalam situasi yang berlainan

Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid

membuat keputusan secara rasional

Memeberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat

membantu dan membina sifat berani, yakin daya juang

Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid

iii. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna,

berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang

melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas,

kumpulan, berpasangan atau individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan

kepada kebolehan murid yang hamper-hampir atau sama ataupun kepada

kebolehan yang pelbagai.

4

Page 5: falsafah pendidikan kebangsaan

3.0 KSSR

3.1 PRINSIP:

Melalui transformasi kurikulum ini Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011.

Walaupun berlakunya transformasi dalam kurikulum, Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) adalah berlandaskan Flasafah Pendidikan Kebangsaan. KSSR juga

mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan

pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama

rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup.

3.2 STRUKTUR:

Pada mulanya struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu komunikasi, manusia dan

alam sekeliling serta juga perkembangan diri dan individu. Namun begitu, setelah

proses transformasi kepada KSSR, strukturnya berubah dan terdiri daripada enam

tunjang iaitu:

Komunikasi

Kerohanian

Sikap dan nilai kemanusiaan

Perkembangan fizikal dan estetika

Sains dan teknologi

Keterampilan diri

3.3 BIDANG PELAJARAN:

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan dengan subjek yang lebih

sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum ini

5

Page 6: falsafah pendidikan kebangsaan

menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut memperkenalkan satu

subjek baru yang bertemakan semangat kenegaraan dan patriotik.

Oleh itu, KSSR mula diperkenlakan dan diterapkan kepada murid tahun satu

kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau

peringkat awal pendidikan mereka. Penerapan dari peringkal awal akan membantu

memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan

melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom

berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan

menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks. Oleh itu para guru sedang

disedia dan dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-

murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard

pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang

ditetapkan. Standard kandungan merupakan pernyataan lebih terperinci mengenai

perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan yang

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan juga nilai.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras,

Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga

3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M iaitu, membaca menulis mengira dan

menaakul serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT),

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara

tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan

aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosio emosi, kerohanian, fizikal, sikap

dan nilai.

Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam

tahun seluruh negara. Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada

6

Page 7: falsafah pendidikan kebangsaan

perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah

rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.

3.4 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Peranan Guru

Kedua-dua kurikulum melibatkan penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan

menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk

membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa

merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa

kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian

pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya

cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-

konsep mudah dan berkesan.

Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik

yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian

mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan. Penggunaan contoh-contoh adalah

asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan

pemikiranyang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea – idea

yang kompleks kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh dan

ilustrasi. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami

apabila guru menggunakan contoh-contoh dengan ilustrasi yang mudah dan konkrit.

Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita,

mengemukakan metafora dan sebagainya.

Kepelbagaian Dalam P & P

Kurikulum KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item

asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Salah satu objektif

7

Page 8: falsafah pendidikan kebangsaan

KBSR adalah untuk mengembangkan dan meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar.

Cara untuk meningkatkan daya pemikiran kreatif pelajar ialah dalam aspek gayap

engajaran guru.

Sebagai contohnya, dalam KBSR, gaya pengajaran guru adalah berpusatkan

murid dan hal ini bersamaan dengan KSSR di mana kaedah pengajaran ini juga

digunakan. Kemahiran berfikir merupakan suatu yang perlu diasah dalam diri pelajar.

Selain itu, kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur

hidup. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir

secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Adalah

penting bagi seseorang guru itu selain daripada penguasaan isi kandungan atau

kemahiran dalam mata pelajaran itu. Sebagai contoh aktiviti dalam P&P seperti

membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai dan menyusun

atur.

8

Page 9: falsafah pendidikan kebangsaan

4.0 Perbezaan KBSR dan KSSR

Tidak dinafikan terdapat banyak perbezaan antara KBSR dan KSSR. Antara perbezaan

yang ketara ialah dari segi reka bentuk kurikulum kedua-duanya. KBSR adalah reka

bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu komunikasi iaitu manusia dan alam

sekilingnya dan perkembangan diri individu. Kaedah ini menggunakan Elemen

kemahiran berfifkir secara kritis dan kreatif dengan fokus kepada tiga (M) iaitu

membaca, menulis dan mengira. Untuk kurikulum Standard sekolah rendah (KSSR)

pula, konsepnya ialah reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang iaitu

komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaaan, perkembangan fizikal dan

estetika, sains dan teknologi serta keterampilan diri. KSSR menggunakan elemen

kreativiti dan inivasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

secara eksplisit dengan memfokuskan kepada empat (M) iaitu membaca, menulis,

mengira dan menaakul.

Selain itu, perbezaan matlamat pula antara kedua-dua kurikulum ini ialah

pertama sekali matlamat KBSR ialah untuk memastikan perkembangan pelajar secara

menyeluruh dan seimbang sama ada dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi.

Selain perkembangan individu KBSR juga menekankan ciri-ciri komunikasi berkesan

kemanuisaan dan persekitaran. Untuk KSSR pula penumpuan aspek-aspek seperti

komunikasi kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, perkembangan fizikal dan

estetika sains dan teknologi serta keterampilan diri.

Disamping itu juga, perbezaan lain yang dapat dilihat antara KBSR dan KSSR

ialah dari segi organisasinya. Untuk kurikulum KBSR, ia lebih kepada pembahagian

kurikulum mengikut tahap dan umur seorang pelajar. Kurikuluim KBSR ini boleh

terbahagi kepada dua iaitu tahap satu dan tahap dua. Bagi tahap satu, ia merangkumi

tahun satu dua dan tiga dan tahap kedua ialah merangkumi tahun empat lima dan

enam. Kesemua sukatan pelajaran ini berdasarkan mata pelajaran wajib, teras dan

tambahan.

Untuk KSSR pula, organisasi kurikulumnya kebanyakkan sama dengan

kurikulum KBSR cuma terdapat pertambahan sedikit dalam struktur organisasinya.

9

Page 10: falsafah pendidikan kebangsaan

Untuk tahap satu KSSR menggunakan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan

Modul Elektif dan bagi tahap dua pula, kurikulumnya adalah mata pelajaran teras dan

elektif. Jadi disini kita dapat perhatikan perbezaan melalui struktur organisasinya.

Tahap yang digunakan adalah sama. Cuma kandungan dalamnya yang berbeza

mengikut tahap dan umur para pelajar.

Antara perbezaan lain KBSR dan KSSR ialah dokumen kurikulm KSSR dipanggil

sebagai dokumen standard dan tida lagi sukatan pelajaran dan huraian sukatan

pelajaran. KBSR menetapkan hasil pembelajaran (learning outcome) sebagai sasaran

yang ingin dicapai setelah menamatklan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran

namun bagi KSSR ia menekankan standard pembelajaran sebagai sasarannya sewaktu

guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Selain itu strategi untuk murid

menguasai bahasa inggeris dalam KBSR ialah PPSMI (Pengajaran Dan Pembelajaran

Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) sementara dalam KSSR pula strateginya

pula ialah MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Dan Memartabatkan Bahasa

Inggeris)

Penilaian dalam KBSR menggunakan kaedah konvensional ujian dan

peperiksaan sementara dalam KSSR pula menggunakan Standard Prestasi (yang

dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan) sebagai panduan wajib guru untuk

melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Ujian dan peperiksaan tidak lagi wajib

dilaksanakan. Pencapaian atau perkembangan akan dilabelkan dengan band. Tidak

ada lagi nombor (kedudukan) dalam peperiksaan. Sebaliknya mereka dilabelkan

dengan band dari satu hingga enam. Band enam adalah aras tertinggi sementara band

satu pula adalah sebaliknya. Dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu

Memperkukuh Bahasa Inggeris) telah merubah struktur mata pelajaran bahasa melayu

dan bahasa inggeris dari segi komponen, peruntukan bilangan masa pembelajaran dan

pengajaran, pendekatan serta mewajibkan kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar

oleh guru opsyen.

10

Page 11: falsafah pendidikan kebangsaan

5.0 IMPLIKASI PERUBAHAN KURIKULUM KSSR TERHADAP MURID DAN GURU

Perubahan sistem pendidikan di negara kita bermula pada tahun 2011 sedikit sebanyak

memberikan beberapa implikasi terhadap pendidikan negara dari segi perkembangan

murid-murid disekolah, cara pengajaran dan pembelajaran guru, bahan dan sokongan

guru, prasarana sekolah dan penerapan nilai-nilai yang murni ke dalam diri pelajar.

Implikasi pertama terhadap guru ialah dari aspek penyediaan bahan sokongan.

Seperti mana yang kita tahu, KSSR tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan

penggunaan buku teks lagi. Berbanding dengan KBSR di mana guru akan dibekalkan

dengan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang dilengkapi dengan

pemetaan huraian sukatan pelajaran sebagai panduan untuk menyediakan rancangan

pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian di peringkat sekolah. Kini, guru

akan dibekalkan terus dengan modul pengajaran sebagai panduan dalam

melaksanakan P&P menggantikan buku teks. Bahan proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) KSSR perlu diisediakan oleh bahagian yang berkaitan bagi

membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan

sokongan pula terdiri daripada buku teks, modul pengajaran dan pembelajaran serta

buku panduan untuk guru. Guru tidak perlu lagi untuk menyediakan bahan sokongan

sendiri kerana segalanya telah disediakan. Hal ini bermakna guru-guru perlu

menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut ketetapan peruntukan masa yang

telah ditetapkan oleh kerajaan.

Seterusnya, implikasi juga dilihat pada norma perjawatan guru. Setelah KSSR

dijalankan, norma perjawatan guru perlu disemak semula bagi memenuhi keperluan

KSPK dan KSSR. Selain itu, Latihan Guru, Pentadbir Sekolah dan Jabatan Pelajaran

Negeri turut terlibat kesan transformasi kurikulum ini. Terdapat seramai 126,171 guru

sekolah rendah dan  279,545 orang guru sekolah menengah berperanan dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini

sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan

tujuan pelaksanaan serta matlamat KSSR. Dengan ini, guru perlu diberikan latihan pra-

perkhidmatan dan dalam perkhidmatan terlebih dahulu sebelum mengajar secara tetap

11

Page 12: falsafah pendidikan kebangsaan

serta, pihak pentadbir sekolah dan JPN perlu juga diberikan taklimat berkaitan

pelaksanaan KSPK dan KSSR ini.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas akan berubah. Hal

ini adalah kerana kerajaan menetapkan syarat supaya setiap guru menyediakan modul

pengajaran yang sesuai disekolah. Guru-guru perlu membuat pentaksiran setiap masa

bagi mengelakkan murid-murid daripada keciciran dalam pelajaran. Guru-guru perlu

bijak dalam mengajar murid-murid di sekolah. Sebagai contoh mempelbagaikan gaya

pengajaran. Guru-guru tidak lagi menggunakan seratus peratus sukatan buku teks,

malah mereka mengeluarkan dan mengaplikasikan idea-idea mereka dalam bentuk

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid juga digalakkan memberi

idea dan pendapat serta perbincangan semasa pembelajaran di dalam kelas.

Proses pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah akan berubah menjadi

lebih rancak dan menarik kerana apabila lahirnya pelajar atau rakyat Malaysia yang

mencintai ilmu pengetahuan, ianya akan lebih menggalakkan pelajar untuk membaca

lebih banyak buku untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan berlumba-lumba untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan baik daripada guru mahupun daripada usaha sendiri

seperti membeli bahan bacaan ilmiah atau pergi ke perpustakaan untuk meminjam

buku-buku. Contohnya buku cerita dan sebagainya.

Transformasi kurikulum ini juga memberi impak kepada pelajar. Murid-murid

mempunyai tahap perkembangan mereka masing-masing mengikut peringkat umur

murid-murid yang mempunyai daya fikiran yang tinggi amat menepati matlamat KSSR

dan mereka perlu dilatih oleh guru-guru khas. Dari segi perkembangan kognitif,

perubahan dari semasa ke semasa akan dinilai dan dibuat penambahbaikkan. Hal ini

akan menyebabkan pembangunan yang pesat dalam bidang pendidikan negara kita.

Mereka tidak lagi didedahkan dengan pelajaran lama iaitu mereka sekarang

didedahkan dengan dunia kesenian dan teknologi maklumat. Tahap kognitif mereka

akan lebih cepat berkembang beserta dengan bimbingan dan dorongan guru-guru.

12

Page 13: falsafah pendidikan kebangsaan

Sejurus selepas transformasi kurikulum dilakukan oleh kementerian, permintaan

prasarana dari pihak sekoalh meningkat dan bilangan prasarana akan mula bertambah

disetiap sekolah. Hal ini kerana beberapa subjek yang ditambah atau ditambahbaik

meningkatkan prasarana. Sebagai contoh, Dunia Sains dan Teknologi ia memerlukan

prasaran seperti komputer dan peruntukan pembinaan kawasan pembelajaran

komputer seperti makmal komputer. Selain itu, dunia kesenian juga memerlukan

prasarana yang mencakupi seperti alat-alat seni visual dan alat muzik disetiap sekolah.

Perkembangan ini memberi kesan yang positif kepada pelajar. Mereka tidak perlu lagi

bersusah payah lagi untuk mencari maklumat yang diinginkan kerana segala

kemudahan telahpun disediakan disekolah.

Selain itu, kesan transformasi kurikulum kssr ini ialah penerapan nilai-nilai murni

kedalam jiwa setiap individu pelajar dinegara kita. Nilai-nilai kemasyarakatan seperti

kecintaan terhadap alam sekeliling dapat diterap melalui pengajaran dan pembelajaran

subjek pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Selain itu, nilai-nilai kepercayaan dan

kesetiaan beragama dapat dipupuk melalui pendidikan agama islam iaitu pendidikan

yang penuh dengan nilai-nilai holistik. Setiap sukatan mata pelajaran telah disusun

kurikulumnya bagi menyediakan pelajar yang mampu menghadapi cabaran dunia akan

datang yang lagi mencabar. Hal ini akan melahirkan pelajar yang berjiwa murni dan

sosial dinegara kita akan terjaga daripada ancaman gejala sosial.

Akhir sekali ialah implikasi kepada pelajar ialah terhadap pentaksiran. Pelajar

tidak perlu lagi menduduki pepriksaan awam. Dalam KSSR, terdapat pelbagai kaedah

pentaksiran contohnya ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan aktiviti

pemulihan dan pengayaan. Sistem Pentaksiran akan dijalankan secara berterusan dan

berperingkat dalam mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam

pembelajaran. Pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK bermatlamat untuk mengurangkan tekanan

peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS),

memperbaiki pembelajaran murid, pentaksiran holistik dan berterusan serta membina

modal insan dengan lebih berkesan.

13

Page 14: falsafah pendidikan kebangsaan

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses

melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia

ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan

masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Umumnya

pelaksanaan KSSR mempunyai prinsip pelaksanaan seperti pendekataan bersepadu,

perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid,

pendidikan seumur hidup.

Banyak perubahan dan pembaharuan telah dilakukan di dalam KSSR

berdasarkan kurikulum lama KBSR yang meliputi kesemua aspek terdiri daripada

bentuk kurikulum, organisasi, kandungan pelajaran, pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan dan juga pengurusan kurikulum itu sendiri.

Transformasi pendidikan ini juga dilihat memberikan banyak implikasi terhadap

dunia pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah, impak terhadap prasarana sekolah,

bahan sokongan, penjawatan guru, latihan guru, pentadbiran sekolah dan JPN,

kewangan, Akta dan persatuan pendidikan, surat pekeliling dan juga pentaskiran.

Dengan ini, diharapkan melalui KSSR, pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan

menjadi lebih menarik, menyeronokkan dan lebih bermakna. Kita mengharapkan agar

transformasi ini akan mampu dilaksanakan sebaik-baiknya bagi memastikan murid

dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan

dan cabaran wawasan 2020. Semua pihak sama ada di dalam sekolah maupun di luar,

yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung, harus bersedia

menghadapi cabaran pelaksanaan KSSR.

14

Page 15: falsafah pendidikan kebangsaan

7.0 Refleksi

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini

dengan sempurna. Walaupun terdapat pelbagai kekangan sepanjang melaksanakan

tugasan ini, namun dengan bimbingan pensyarah penasihat iaitu En Halim Bin Wan

Ibrahim dapat juga saya menyiapkannya.

Berdasarkan semua perkara yang telah saya lakukan untuk menghasilkan

tugasan ini, saya mulai sedar betapa pentingnya dan betapa perlu kita memahami dan

mendalami Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebelum ini secara jujurnya saya tidak

mengambil berat mengenai hal ini kerana merasakan tidak mempunyai kaitan dengan

diri saya. Tetapi kini saya merasakan saya perlu untuk mendalaminya kerana sayalah

yang akan mendokong falsafah ini pada masa hadapan.

Secara dasarnya, matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan

yang baik dan sempurna disamping melahirkan warganegara Malaysia yang seimbang

bukan sahaja jasmani tetapi emosi serta intelek. saya berpendapat falsafah yang

digubal ini sesuai dan bertepatan kerana ianya merangkumi semua aspek kehidupan,

bukan sahaja dari segi luaran tetapi juga dalaman, serta seiring dan sesuai dengan

peredaran zaman.

Sejak dari hari pertama saya tugasan ini, saya tidak pernah rasa terbeban

malahan saya merasa sangat gembira kerana tajuk yang diberikan pada saya ini dapat

memberi manfaat yang banyak kepada diri saya. Bagi saya, tugasan ini amat sesuai

untuk kami lakukan kerana ianya merupakan tunjang dalam profesion perguruan

dimana profesion inilah yang akan kami laksanakan pada masa hadapan. Bak kata

pepatah, ‘tak kenal maka tak cinta’. Kami perlu mengenal dan menghayati falsafah ini

sebaik mungkin supaya kami dapat melaksanakannya dengan cemerlang pada masa

hadapan.

Selain daripada memahami apa itu Falsafah Pendidian Kebangsaan dan apa

kehendaknya, saya juga dapat mengetahui transformasi kurikulum yang berlaku dalam

negara kita pada hari ini dengan lebih mendalam. Transformasi kurikulum ini adalah

15

Page 16: falsafah pendidikan kebangsaan

cara bagaimana untuk merealisasikan segala apa yang ingin dicapai oleh Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Transformasi kurikulum yang dimaksudkan ialah Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah. Tugasan yang diberikan ini telah memberi pendedahan dan persediaan awal

kepada saya yang bakal menjadi guru pada masa akan datang.

Pada awalnya, saya tidak mengetahui langsung mengenai dasar transformasi

kurikulum yang berlaku ini. Namun, setelah melakukan tugasan ini banyak perkara yang

telah saya pelajari. Antaranya ialah kaedah pelaksanaan kurikulum standard sekolah

rendah (KSSR) yang baru ini berbeza dengan kurikulum bersepadu sekolah rendah

(KBSR). Hal ini secara tidak langsung telah memberi pencerahan kepada saya untuk

membuat persediaan yang secukupnya dari sekarang untuk menjadi guru yang mampu

mencapai target dan kehendak Falsafah Pendidikan Kerbangsaan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira

kerana Berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini cukup untuk

memuaskan hati semua pihak dan mampu mencapai apa yang dikehendaki oleh

pensyarah dan pihak institut.

Sekian, terima kasih.

16