falsafah pendidikan kebangsaan

Upload: tengku-cik

Post on 07-Jan-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

TRANSCRIPT

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN1. Dibentuk berlandaskan hasrat dan cita-cita yang terkandung dan tersirat dalam beberapa Laporan dan Akta Pendidikan seperti:

Laporan Razak (1956)

Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan

Rukunegara

FPN dinyatakan seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang beilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran individu,masyarakat dan negara.

2. Peranan (Kepentingan) FPK1. Memberi hala tuju dan panduan dalam peningkatan lagi mutu pendidikan.

2. Menjadi dasar bagi menentukan matlamat-matlamat pendidikan

3. Menjadi panduan bagi menentukan jenis kurikulum, isi kandungan dan aktiviti p & p.

4. Mengawal penyelewengan sama ada dari segi dasar pelajaran mahupun jenis-jenis aktiviti p & p.

5. Mengelakkan segala kesulitan yang mungkin timbul ketika sesuatu kurikulum atau komponennya dilaksanakan.

6. Menerangkan kepada para pendidik/orang awam tentang sebab sesetengah aktiviti p & p itu perlu atau pula yang tidak perlu.

7. Sebagai rangka rujukan kepada tokoh-tokoh pendidikan, sama ada tempatan atau seberang laut, ketika hendak memahami sistem pendidikan di negara kita.

8. Sebagai pertimbangan asas ketika hendak merancang perubahan atau pembaharuan dalam bidang pendidikan.

3. Matlamat pendidikan negara dapatlah dihuraikan sebagai:

Memberi dan menyediakan peluang pendidikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum

Memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menuntut ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka membezakan yang mana benar dan yang mana salah serta boleh melakukan kerja dengan kemahiran yang dipelajari

Mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental

Memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menuntut ilmu daripada buaian hinggalah ke liang lahad, iaitu berpegang kepada prinsip pendidikan seumur hidup

Mengembangkan kefahaman serta penerimaan idea yang demokratik dalam perlembagaan serta kesedaran tentang tujuan dan tanggungjawab seseorang warganegara dalam sesuatu system yang demokratik. Seseorang itu juga perlu mempunyai komitmen untuk menggunakan hak tersebut

Membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukunegara

Menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik.

Melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi supaya dapat meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain Menghasilkan tenaga pekerja berpengetahuan dan berkemahiran supaya dapat meningkatkan produktiviti demi untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya

Membentuk kurikulum yang mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni selaras dengan objektif pendidikan.

4. Dalam berfalsafah terdapat tiga persoalan pokok yang perlu dijawab, iaitu metafizik, epistemology dan aksiologi.

4.1 Untuk menjawab persoalan metafizik, pendidikan di Malaysia menekankan:(a) pembentukan insan yang seimbang dan harmonis

insan yang dapat memperkembangkan potensinya secara menyeluruh dan bersepadu,

insan yang dapat memahami fungsinya di muka bumi ini dan di akhirat,

penekanan yang sama berat ke atas perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani.(b) Dari segi intelek, insan yang dilahirkan dapat:

menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira,

berusaha mencari ilmu untuk membolehkannya berfikir dengan baik dan matang;

menggunakan ilmu dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

(c) Dari segi rohani, insan itu menyedari

kewujudan tuhan dan kedudukannya di sisi tuhan,

tanggungjawabnya sebagai pesuruh tuhan dan bersyukur atas segala pemberiannya

kesedaran akan menjadikan insan tersebut seorang yang beriman dan berakhlak tinggi(d) Dari segi emosi, insan ini

- dapat mengawal emosinya,

- mempunyai semangat kekitaan, belas kasihan dan kasih sayang

-boleh menghargai kesenian dan keindahan (aspek estetika)

(e) Dari segi jasmani, insan itu

- sihat dan berbakat

-boleh berdikari

-berusaha meningkatkan produktivitinya

-sedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

Setiap insan dipercayai mempunyai banyak potensi yang belum digunakan sepenuhnya. Oleh itu system pendidikan bersepadu dapat mencungkil potensi yang ada untuk dimanfaatkan.

4.2 Dalam persoalan epistemologi iaitu tentang pengetahuan dan perkara yang berkaitan dengan pemerolehan ilmu pengetahuan, FPK tidak menyatakan dengan jelas tentang pengetahuan yang perlu dipelajari oleh pelajar, FPK hanya menyatakan :

(a) melahiran rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan

(b) Ini bermakna rakyat Malaysia akan menajdi lebih peka terhadap kepentingan ilmu dan usaha mencarinya.

(c) Rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk melakukan kerja atau tugas

Dalam konteks ini FPK mengakui tentang kepentingan ilmu pengetahuan yang berubah mengikut perubahan teknologi, selain daripada ilmu pengetahuan yang tetap. Kedua-dua ilmu tetap akan berubah penting kepada pelajar untuk menjalani kehidupan di masa depan.

4.3 Dari aspek aksiologi iaitu tentang nilai sama ada etika atau estetika, FPK menyatakan

(a) Pendidikan di Malaysia berusaha untuk melahirkan rakat Malaysia yang berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri dan boleh memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran rakyat yang berbilang kaum.

(b) Berakhlak mulia bermaksud rakyat yang boleh membezakan antara tingkah laku yang baik dan buruk serta baik budi pekerti.

(c) Rakyat yang bertanggungjawab akan menjamin pencapaian yang cemerlang dalam menjalankan tugas.

(d) Selain itu rakyat Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita sendiri, agama, masyarakat dan negara.

(e) Rakyat Malaysia yang mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi untuk menghadapi sebarang cabaran hidup yang ditempuhi. Mereka juga taat kepada negara.

5. Implikasi falsafah pendidikan terhadap sistem pendidikan negara

IMPLIKASI TERHADAP KURIKULUM

(a) Memberi penekanan yang lebih kepada aspek kesepaduan dan kesinambungan dalam sukatan pelajaran

(b) Penerapan nilai murni merentas kurikulum

(c) Program pendidikan disusun selaras dengan FPK

(d) Memberi pendidikan umum kepada pelajar sekolah

(e) Memperkembangkan penawaran pendidikan teknikal dan vokasional bertujuan melahirkan manusia yang mahir

(f) Mengajar bahasa merentas kurikulum

(g) Pemupukan budaya sains dan teknologi

(h) Memupuk budaya keusahawan

(i) Pengukuhan dan perluasan Bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan

(j) Pendedahan dan penguasaan Bahasa Inggeris

(k) Berusaha melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari

IMPLIKASI TERHADAP INSTITUSI PENDIDIKAN

1. Mengadakan aktiviti berpusatkan pelajar yang memerlukan bilangan bilik darjah yang mencukupi

2. Menjalankan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang menggalakkan penerapan nilai-nilai murni

3. Mewujud budaya sekolah bagi melahirkan insan yang berkembang secara harmonis dan seimbang.

4. Meneruskan penekanan kepada bidang teknik dan vokasional5. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu6. Institusi masyarakat berperanan untuk memupuk semangat yakin diri dan berdikari di kalangan pelajar.IMPLIKASI TEHADAP GOLONGAN PENDIDIKPara golongan pendidik akan:

1. mempunyai iltizam untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi FPN

2. lebih bersedia untuk melaksanakan strategi p & p baru

3. tetap berubah ke arah yang positif

4. berpandangan jauh serta luas.FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Analisis FPGJadual di bawah menghuraikan dengan ringkas analisis FPG Analisis Elemen FPG

Elemen FPGAnalisis

Perwatakan yang mulia Sopan dan berdisiplin

Boleh membezakan antara buruk dan baik, mempunyi nilai mulia

Menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek rohani

Berkembang maju dan berpandangan saintifik Pengetahuan mempunyai pertalian dengan pembangunan, oleh itu seorang guru perlulah berpengetahuan serta berkemahiran

Mempunyai kemahiran professional dalam mengguna dan menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

Berkomited menegakkan aspirasi Negara Cekap, jujur, boleh dipercayai, patuh kepada undang-undang negara

Sentiasa memperbaiki diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara

Mengekalkan warisan budaya kebangsaan Menegakkan amalan dan mempromosi budaya Malaysia dan cara hidupnya

Mengamalkan nilai murni, penyayang dan berempati, inovatif dan kreatif

Patuh kepada etika profesion perguruan

Pembangunan individu dan pengekalan masyarakat yang bersatu, demokratik, progresif dan berdisiplin Guru sebagai agen perubahan

Menegakkan dan mempromosi rasa hormat antara budaya dan kehidupan yang harmoni

Cintakan ilmu pengetahuan dan pembelajaran seumur hidup

WAWASAN PENDIDIKAN DAN PENGISIANNYA

Aspek-aspek yang ditekankan dalam wawasan pendidikan ialah:

1. Perpaduan

2. Pengurusan dan kepimpinan

3. Khidmat penyayang

4. Pengupayaan (Empowerment)

5. Sistem pengesanan

6. Budaya ilmu

7. Sekolah penyayang

8. Budaya cemerlang

Sistem pendidikan perlu condong ke arah pemupukan:

semangat perpaduan;

nilai-nilai murni dan etika yang utuh;

semangat ingin bekerja dgn. gigih;

budaya keusahawanan dan budaya niaga;

budaya sains dan teknologi.

Sembilan cabaran yang perlu dihadapi bagi mencapai Wawasan 2020

1. Membentuk sebuah negara bersatu padu dengan matlamat yang dikongsi bersama.

2. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai dan gagah menangani pelbagai masalah.

3. Membentuk dan mengembangkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi unggul yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

4. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, yang mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang tinggi.

5. Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat liberal lagi bertoleransi dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum yang bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan

6. Membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat inovatif dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi masa depan.

7. Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, iaitu satu sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat daripada diri sendiri, serta kebajikan insan yang tidak sahaja berkisar kepada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8. Membentuk sebuah masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi, iaitu masyarakat yang menginginkan pembahagian kekayaan negara secara adil dan saksama di kalangan masyarakat.

9. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur serta mempunyai ekonomi yang dinamik, berupaya bersaing, giat dan kental.

PAGE 14