falsafah pendidikan kebangsaan

59

Upload: hidayah-musa

Post on 26-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

FPK

TRANSCRIPT

  • Konsep falsafahberasal dari dua perkataan Yunani a)Philos(bermakna mencintai) b)Sophio(bermakna kebijaksanaan)diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Pemikiran atau pandangan yang benar,rasional dan bernas.Dihasilkan berasaskan cara saintifik, sistematik dan logik.

  • RUSSELL (1946):

    - Falsafah sebagai sesuatu di antara teologi dan sains. - mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang belum tepat atau nyata lagi. - menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. - Falsafah ialah sesuatu yang melibatkan spekulasi dan taakulan.

  • usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara yang penting (E.D.Miller,Questions That Matter,1984)falsafah ialah perkembangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting (Sharifah Alwiah Alsagoff,1984)

  • Schofield(1972)

    MENGANGGAP DAN MENERANGKANFALSAFAH SEBAGAI PROSESMENYOAL

  • ERTI FALSAFAH PENDIDIKANSatu pedoman,arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan Negara dianggap sebagai satu proses aktiviti pendidikan yang dapat mencerminkan pemikiran dan hasrat sesebuah masyarakat atau Negara.

  • Hubungan antara Falsafah dan Matlamat pendidikan serta Peranannya.

    Falsafah pendidikan perlu selari dengan matlamat pendidikan yang menjadi teras ideologi dan aspirasi masyarakat di sesebuah Negara.Matlamat Pendidikan Negara akan menjadi lebih jelas,mantap,bermakna dan sempurna apabila unsur-unsur pendidikan yang tersirat dalam ideology dan aspirasi masyarakat dijelmakan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara.

  • -Segala bentuk perancangan dan reformasi yang hendak dilakukan dalam Sistem Pendidikan Negara akan dapat mencapai matlamatnya jika mengikut haluan dan pedoman yang dinyata atau digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

  • Matlamat Pendidikan MalaysiaBertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:Percaya dan patuh kepada Tuhan.Berakhlak mulia,memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

  • Memupuk amalan toleransi bagi mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.Taat setia kepada raja dan cintakan negara serta memahami prinsip-prinsip demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia.Berilmu pengetahuan,progresif,mahir dan cekap agar dapat melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna,demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan negara.

  • Peranan Falsafah Pendidikan terhadap sistem pendidikan:

    Penentu hala tuju dan panduan kepada pendidik dalam menentukan generasi yang bakal dihasilkan.Dasar dalam menentukan matlamat dan membuat keputusan dalam sistem pendidikan.

  • Dasar dan asas pertimbangan dalam menentukan kurikululm,bahan-bahan pengajaran pembelajaran dan strategi yang digunakan.Alat kawalan daripada berlakunya penyelewengan kesan daripada salah faham,keraguan dan pertelingkahan.Asas pertimbangan ketika merancang perubahan dalam pendidikan.

  • Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

  • Penyataan dan Tafsiran

    Pendidikan satu usaha yang berterusan: Secara meluas dan tidak terhad pada semua peringkat pendidikan sehinggalah ke akhir hayat.Memperkembangkan potensi individu: Cuba meningkatkan bakat dan kebolehan yang dimiliki.Ia mungkin terpendam yang memerlukan usaha dan tindakan yang sisitematik untuk mencungkil dan dimajukan.

  • Secara menyeluruh dan bersepadu: Bakat yang dimiliki secara serentak dan menyeluruh.Insan yang seimbang dan harmoni: Manusia yang menginsafi tentang kewujudan Pencipta, mempunyai rasa kesyukuran dan berakhlak. Unsur rohani: Menyedari dan menginsafi tentang kewujudan Pencipta,mempunyai rasa kesyukuran dan berakhlak.

  • Unsur emosi: Perasaan-ia mengawal tingkah laku.

    Unsur jasmani: Keadaan fizikal-memerlukan penjagaan kesihatan.

    Unsur intelek: Mempunyai fikiran yang waras,kreatif dan inovatif

  • Kepercayaan dan kepatuhan Tuhan: Mempercayai kewujudan Pencipta yang menyedarkan manusia tentang tanggungjawab mereka memakmurkan alamBerilmu pengetahuan: Manusia yang mempunyai ciri-ciri yang mencintai ilmu,gemar membaca dan menyebarkan ilmu.

  • Berketerampilan: Mempunyai kecekapan dan kebolehan dalam menjalankan tugas.Berakhlak mulia: Mengamalkan tingkah laku yang baikBertanggungjawab: Melaksanakan amanah terhadap Tuhan,negara,masyarakat dan diri.

  • Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri: Memiliki ketenangan, kekuatan diri dalam menghadapi cabaran hidup.Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara: Rela berkorban demi agama,masyarakat dan negara

  • Faktor-faktor Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

    Menekankan perkembangan potensi individu melalui pendidikan yang meliputi pelbagai aspek iaitu dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani secara bersepadu.Ia akan melahirkan insan yang seimbang yang sentiasa dahagakan ilmu,progresif,bersyukur,menikmati ketenteraman jiwa dan bersedia menempuh pelbagai cabaran.Faktor Individu

  • Sifat atau ciri insan yang dilahirkan akan mampu untuk memberikan sumbangan dalam perkembangan ekonomi negara. Insan yang berilmu,mahir dan bertanggungjawab sudah pasti akan dapat meningkatkan daya pengeluaran negara selaras dengan keinginan untuk mencapai negara maju berteraskan industri pada tahun 2020. Faktar ekonomi

  • Faktor sosialPerpaduan kaum merupakan asas kepada kestabilan dan kemakmuran Negara.Ia sangat penting memandangkan masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai budaya yang berbeza.Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada sikap toleransi,kerjasama dan rasa hormat antara satu sama lain.

  • digubal berdasarkan ideologi negara. penting dalam menentukan hala tuju pendidikan negara.Politik kerjasama pelbagai kaum,sikap toleransi dan demokrasi yang diamalkan di negara akan sentiasa diserapkan dalam pendidikan.Faktor politik

  • Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia Agama lain bebas dianuti oleh sesiapa sahaja seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan negara. Sikap kepercayaan kepada agama sangat penting kerana ia akan menjadi asas dalam memberi panduan kepada masyarakat untuk bertingkah laku baik.Faktor agama

  • VisiBerusaha menjadikan sekolah di negara sebagai sebuah pusat pendidikan yang dapat melahirkan pelajar yang intelek, berketrampilan, berpekerti mulia dan bersikap positif, berteraskan kesepaduan ilmu, mengikut acuan budaya Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  • Misi1. Mendidik melalui proses pengajaran dan pembelajaran terkini.2. Menyelaraskan program peningkatan ilmu dari masa ke semasa.3. Menjadikan sekolah sebagai taman ilmu.4. Berusaha menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.5. Sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid. 6. Pengurusan sekolah yang cekap, teratur dan efisien.

  • 7. Sentiasa berhubung dengan sekolah-sekolah terbaik untuk mendapatkan idea-idea ke arah kecemerlangan.8. Sentiasa berusaha mendapatkan input-input terkini daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan daerah dan lain-lain pihak yang berkenaan.

  • Menyediakan murid-murid menjadi ahli masyarakat yang terdidik, kepimpinan yang unggul, penuh keimanan dan bertanggungjawab.

    Menanam sikap yakin dan percaya ilmu pengetahuan penyuluh hidup.

    Menanam semangat pentingkan ilmu dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan.

  • Membentuk semangat kerjasama, bersatu padu, hormat menghormati, ikhlas dan jujur.Menanam semangat cintakan negara rasa kekitaan dan penyayang.Mengalakkan penglibatan yang aktif dalam semua aktiviti sekolah.

  • Berusaha menyemai dan mengamalkan nilai-nilai Islam. Memupuk tabiat suka membaca sepanjang hayat.Memupuk semangat berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan ko-kurikulum.

  • Implikasi terhadap kokurikulum

    perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu

    perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran.

  • perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum Penekanan kepada penguasaan bahasa selaras dengan bahasa merentasi kurikulum.

  • Penenkanan kepada pendidik teknik dan vokasional.Menghayati dan menguasai sains dan teknologi.Menerapakn budaya keusahawan.Memperluaskan bahasa Melayu sebagai cabang ilmu.Memberikan pendedahan seluasnya kepada penguasaan bahasa Inggeris.Melahirkan insan yang berkeyakinan dan berdikari.

  • Implikasi terhadap pendidkperubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita falsafah pendidikan kebangsaan perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,berketrampilan serta berakhlak mulia peribadi pendidik yang lebih beriltizam dan berpandangan jauh.

  • Implikasi terhadap institusi pendidikan perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, social dan jasmani secara menyeluruh dan seimbang .perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.perubahan ilkim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mencintai ilmu dan seterusnya menbentuk budaya membaca di kalangan mereka.

  • guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisilpin.

  • Matlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku .menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruanberupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan wawasan pendidikan dalam abad ke-21

  • Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual pendidikan guru adalah dirangka berlandasan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan matlamat pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu :Ketuhanan peningkatan ilmu , penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

  • Kemasyarakatan penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.Kendiri penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

  • Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu : 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

  • 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, pekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan.

  • -Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan. -Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan besepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

  • Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah diganbarkan seperti Rajah 3.2 di bawah : RohaniPengetahuanNilaiJasmaniIntelekKemahiranEmosi

  • Implikasi Falsafah Pendidikan Guru

    Peranan Guru Sebagai Pendidik

    a) Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

  • b) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.c) Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru.

  • d) Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. e) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.

  • Falsafah Pendidikan Guru membayangkan ciri-ciri kualiti guru yang ingin dibentukan.Ciri-ciri itu adalah seperti:

    Berpekerti mulia:menerima setiap murid dengan baik dan bersedia menolongnya.rela menjalankan aktiviti permulihan bagi murid yang lemah dan aktiviti pengayaan bagi murid yang baik pencapaian.

  • Berpandangan progresif dan saintifik: sentiasa menokoh tambah ilmunya dengan membaca dan menghadapi seminar dan bengkel.menyedari perkembangan baru dalam bidang pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator.

  • Bersedia menjunjung aspirasi negara: peka kepada aspirasi negara akan menekankan unsur perpaduan, prihatin, ikram, berbudi bahasa, keupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya.

  • Menjalin perkembangan individu: aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah mirip ke arah perkembangan potensi murid secara menyeruluh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

  • Menyanjung warisan kebudayaan negara: warisan kebudayaan Negara hendaklah ditekankan dalam kokurikulum sekolah sama ada dalam aktiviti lakonan, nyanyian, tarian atau pakaian. Memelihara suatu masyarakat yang demokratik memberi peluang kepada murid untuk memegang jawatan dan memikul tanggungjawab.

  • Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplinmenitikberatkan nilai-nilai seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong-menolong, prihatin dan bekerjasama dalam kalangan murid-murid .

  • Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu: guru hendaklah menekankan unsur bersatu padu dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

  • RujukanPengantar Pendidikan Teras(Mok Soon Sang)Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan, guru dan sekolah) (Ee Ah Meng,1996)Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan, guru dan sekolah) (Abdullah Sani P.Kumar,1990)

  • Pendidikan di Malaysia(Falsafah pendidikan, guru dan sekolah) (Shahril@Charil Marzuki)Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan(Abdul Rahim M.Ali)