falsafah pendidikan kebangsaan

30

Click here to load reader

Upload: sarahsaid

Post on 18-Jun-2015

1.406 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: falsafah pendidikan kebangsaan

1.0 PENGENALAN

1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

(Kementerian Pelajaran Malaysia 1996)

Berasaskan kepada FPK, matlamat pendidikan negara dapat

ditafsirkan sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk

melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan

seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmanitanpa mengabaikan kepercayaan dan

kepatuhan kepada perintah Tuhan. Insan tersebut perlu berilmu

dan berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak muliaberkeupayaan

memberi sumbangan ke arah memakmurkan masyarakat dan

negara. Insan tersebut juga mempunyai tanggungjawab dalam

menjaga hubungan baik dan mesra antara sesama manusia bagi

memupuk perpaduan rakyat Malaysia.

1

Page 2: falsafah pendidikan kebangsaan

1.2 HASRAT DAN MATLAMAT FPK

Dengan adanya FPK, sistem pendidikan negara sebenarnya

menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang

mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada

peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi

iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan

untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk

melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan

bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara

yang baik.

Pendidikan pula merupakan proses asas dan utama untuk

pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara

langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk

menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu falsafah yang terkandung dalam FPK adalah falsafah

tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan

agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua

aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya

kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan

berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan

akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang

ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu,

nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan

masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang

berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan

2

Page 3: falsafah pendidikan kebangsaan

kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu

mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat

manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan

masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi

nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat

dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan

perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.

Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan

ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau

perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk

pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk

pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu

berkenaan bermula dengan keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan

hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi

adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan

seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan

masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab,

berakhlak mulia, dan berbakti.

FPK adalah padat dengan konsep, proses dan kesan akhir

pendidikan kepada warganegara Malaysia. Ini dapat diringkaskan

kepada rajah di muka surat berikutnya.

3

Page 4: falsafah pendidikan kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAA

N

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

INSAN YANG BAIK

KURIKULUM DAN

SUKATAN PELAJARAN

BAHASA

ILMU DAN KEMAHIRA

NILAI-NILAI MURNI

PENDIDIKAN BERSEPADU

JASMANI

ROHANI

KEPERCAYAAN DAN

KEPATUHAN KEPADA TUHAN

Berakhlak Mulia

EMOSI

INTELEK

Bertangungjawab

Percaya dan Patuh Kepada

Tuhan

Berilmu, Berpengetahuan

, Berketerampilan

Berbakti dan Menyumbang

Kepada Negara dan Masyarakat

Saksiah yang seimbang dan

sepadu

KONSEP FPK PROSES FPK

HASIL FPK

4

Page 5: falsafah pendidikan kebangsaan

1.3 PROSES FPK

1.3.1 PENDIDIKAN BERSEPADU

Perkembangan unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani yang

tersebut dalam FPK adalah tidak terasing antara satu sama lain.

Setiap daripada unsur tersebut perlu dilakukan secara bersepadu.

Penekanan kepada hanya satu unsur akan menghasilkan individu

yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan tersebut tersebut akan

menggagalkan usaha untuk melahirkan warganegara yang

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian keluarga,

masyarakat dan negara.

1.3.2 NILAI-NILAI MURNI

Sesebuah negara yang maju perlu mempunyai rakyat yang

meletakkan nilai di tahap yang teratas. Ini adalah kerana sistem

nilai yang teguh mampu menjamin kesinambungan kemajuandan

kesejahteraan negara.

Dalm proses pendidikan, terdapat pelbagai ruang untuk

membentuk insan yang seimbang dan harmonis dalam segala asek

kehidupan termasuk pemupukan nilai yang positif. Nilai yang murni

dan akhlak yang mulia perlu dikekalkan agar dapat memberi

sumbangan terhadap kehamonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

5

Page 6: falsafah pendidikan kebangsaan

1.3.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Melalui konsep FPK, proses pengajaran dam pembelaran bukan

lagi berpusatkan kepada guru tetapi lebih berpusatkan kepada

pelajar kerana fokur utama dalam pendidikan ialah perkembangan

pelajar baik secara individu mahupun secara berkumpulan. Guru

hanya berperanan sebagai fasilitator yang memudahkan cara

pelajar belajar.

Kesannya, penialaian tidak lagi hanya tehad kepada penilaian

secar sumatif tetapi turut melibatkan penilaian formatif bagi tujuan

diagnosis pencapaian pelajar dari masa ke masa. Selain daripada

itu, konsep pemulihan dan pengayaan turut diamalkan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.3.4 KURIKULUM DAN SUKATAN PELAJARAN

Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kemahiran

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah kesan langsung

FPK kepada kurikulum sekolah di Malaysia. Tiga bidang utama

diberikan penekanan dalam kurikulum sekolah iaitu bidang

komunikasi, bidang manusia dan perkembangannya dan

perkembangan diri.

Gabungan kemahiran, penyerapan isi kandungan pelajaran dan

dan penerapan nilai murni secara merentas mata pelajaran diberi

penekanan. Tumpuan juga diberikan kepada kemahiran bahasa

dan komunikasi, unsur-unsur sains dan teknologi, kemahiran

berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Semua aspek

tersebut disepadukan dalam kurikulum.

6

Page 7: falsafah pendidikan kebangsaan

Kesimpulannya, bagi menjayakan matlamat FPK, semua program dan

aktiviti pendidikan hendaklah menjadi terbitan kepada prinsip dan nilai

yang terdapat didalamnya. FPK yang ideal diikuti oleh kurikulum yang

mantap dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

adalah rumusan ke arah kecemerlangan pendidikan.

2.0 PENERAPAN FPK MELALUI KOKURIKULUM

Setelah memahami kehendak dan matlamat FPK, adalah jelas ia

melibatkan seluruh lapisan pentadbiran pendidikan; dari peringkat tertinggi

iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia sehinggalah kepada setiap satu

individu atau pelajar yang sedang mengikuti sistem pendidikan di

Malaysia.

Walaubagaimanapun, tugasan ini hanya akan memfokuskan kepada

salah satu unit didalam pentadbiran pendidikan peringkat sekolah dan unit

yang dipilih ialah unit kokurikulum. Kandungan tugasan seterusnya akan

menjelaskan kedudukan unit tersebut dan yang paling penting

menjelaskan peranan unit tersebut dalam merealisasikan hasrat FPK.

2.1 DEFINISI KOKURIKULUM

Untuk memahami maksud kokurikulum, kita hendaklah memahami

dahulu maksud kurikulum.

Dari sudut bahasa, perkataan kurikulum berasal daripada

perkataan Yunani berkaitan dunia olahraga iaitu ‘curere’ yang

bermaksud laluan atau tempat berpacu seseorang pelari olahraga.

Pelari olahraga pula ialah ‘curir’. Melalui laluan atau trek,

seseorang pelari olahraga akan mudah berlari pada satu jarak

laluan di peringkat mula hinggalah ke penamatnya. Secara

7

Page 8: falsafah pendidikan kebangsaan

umumnya, adalah dapat difahami bahawa kurikulum ialah sebagai

perkara atau tahap-tahap yang perlu dilalui dalam satu proses

pembelajaran atau akademik.

Menurut Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652

(Peraturan Kursus Pengajian Sekolah) 1956, ia mendifinisikan

kokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan

bertarikh 31 Disember 1966, Peraturan-peraturan (Kokurikulum

Kebangsaan) mendifinisikan kokurikulum seperti berikut “kegiatan

kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan

daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

yang memberikan peluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan. Kemahiran dan nilai yang dipelajari di

bilik darjah.”

Jelasnya pelajar tidak boleh hidup dengan hanya mempelajari

pengetahuan akademik sahaja, unsur hidup juga perlu diterapkan

dalam kurikulum. Ini meliputi pengalaman-pengalaman hidup yang

berlaku di luar bilik darjah dan berbentuk praktikal. Oleh yang

demikian, pendidik telah menggunakan istilah kokurikulum untuk

mengambil kira aktiviti yang berlaku di luar bilik darjah.

2.2 KONSEP DAN OBJEKTIF KOKURIKULUM

Konsep kokurikulum di peringkat sekolah tidaklah terpisah

daripada konsep kurikulum. Ia adalah sangat berkait rapat

dengan kurikulum dimana setiap pelajar wajib melibatkan

diri dalam setiap aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

Proses tersebut adalah bertujuan menyediakan

pengetahuan dan pengalaman bagi memperkembangkan

mental, minat, bakat, rohani dan pembentukan nilai sosial

8

Page 9: falsafah pendidikan kebangsaan

yang positif. Dengan andaian bahawa pelajar tidak

mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka

aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai

pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan

intelek, minat, bakat, jasmani, emosi, dan rohani serta

pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Kokurikulum adalah lebih berkesan kerana dengan aktiviti

kokurikulum pelajar akan memperoleh kemahiran- kemahiran

tersebut melalui situasi yang sihat, positif, riang dan

menyeronokkan.

Kesimpulannya, kokurikulum adalah sama pentingnya dalam proses membina

sahsiah yang seimbang bagi setiap pelajar sejajar dengan hasrat yang

dikehendaki oleh FPK.

3.0 KOKURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah menengah adalah sangat

penting. Ini adalah kerana Malaysia berhasrat untuk memastikan modal

insan negara mempunyai pengetahuan luas dan kemahiran yang tinggi

serta relevan dengan kehendak masa kini dan berkebolehan untuk

bersaing dalam persaingan sengit globalisasi. Seterusnya perkara yang

paling penting dilihat dalam pembentukan kegiatan kokurikulum adalah

kebolehannya melahirkan modal insan yang mampu berfikir secara baru,

kritis dan kreatif, berkemahiran untuk menyelesaikan masalah,

berkeupayaan mencipta peluang baru dan mempunyai ketahanan serta

kebolehan untuk beradaptasi bagi berhadapan dengan persekitaran global

yang sering berubah-ubah.

9

Page 10: falsafah pendidikan kebangsaan

Dengan sebab itu kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah

hendaklah berpegang teguh kepada falsafah berikut:

Semua pelajar mempunyai bakat dan minat yang boleh dimajukan.

Semua pelajar boleh dididik dan mendidik diri sendiri dan rakan

sebaya.

Semua pelajar harus mempunyai perseimbangan antara

perkembangan mental (intelek) dengan perkembangan social,

jasmani dan rohani.

Sekolah bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan

masyarakat.

Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan

peranan dalam mendidik pelajar.

3.1 MATLAMAT KOKURIKULUM DI SEKOLAH MENENGAH

Berdasarkan pegangan terhadap falsafah pelaksaan kokurikulum di

sekolah menengah maka lahirlah beberapa matlamat yang perlu

dicapai oleh pentadbiran satu-satu sekolah tersebut dalam konteks

kecemerlangan kokurikulum. Matlamat-matlamat ini boleh berubah-

ubah mengikut sekolah dan cita-cita pengetua masing-masing,

namun ia tidak akan lari dari objektif sebenar pelaksanaan

kokurikulum. Antara matlamat tersebut ialah:

1. Menyemaikan perasaan muhibah, perpaduan dan intergrasi

nasional di kalangan generasi muda.

2. Peningkatan disiplin pelajar.

3. Pengalaman yang menyeluruh dan keseimbangan dengan

Pendidikan formal

4. Menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek

kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan pelajar.

10

Page 11: falsafah pendidikan kebangsaan

5. Menyumbangkan usaha membina iklim, budaya dan tempat

yang menarik dan menyeronokkan.

6. Perimbangan antara perkembangan intelek (akademik) dengan

perkembangan jasmani, rohani dan emosi.

7. Pengisian masa lapang dengan berfeadah.

8. Menyemai nilai-nilai Pendidikan dalam gerak kerja kokurikulum.

11

Page 12: falsafah pendidikan kebangsaan

3.2 PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH.

Kebayakkan struktur organisasi kokurikulum di sekolah-sekolah menengah adalah sama. Ada juga struktur

yang agak berlainan dari yang biasa kerana mengikut kehendak sekolah masing-masing. Berikut adalah

struktur organisasi kokurikulum di peringkat sekolah menengah yang tipikal.

PENGETUA(Pengerusi)

GURU – GURU RUMAH SUKAN

KETUA-KETUA RUMAH SUKAN

GURU - GURU PENASIHAT

PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

PENYELARAS KELAB DAN PERSATUAN

PENYELARAS UNIT BERUNIFORM

S / U SUKAN

S/ U KOKURIKULUM

PEN KANAN KOKURIKULUM(Naib Pengerusi)

GURU - GURU PENASIHAT

GURU - GURU PENASIHAT

12

Page 13: falsafah pendidikan kebangsaan

3.3 STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah dapat dilakukan dengan

jayanya melalui strategi yang tertentu. Strategi pelaksanaan

kokurikulum di sekolah secara amnya ialah:

1. Melibatkan semua murid secara aktif, sama ada secara

individu atau berkumpulan dalam semua jenis gerak kerja

kokurikulum dan gerak kerja khidmat sekolah dan

masyarakat.

2. Merancang gerak kerja kokurikulum dengan teliti dengan

menggunakan kaedah Management by Objective (MBO)

3. Mencatat semua gerak kerja dan kemajuan yang telah di

capai atau dijalankan.

4. Memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat seperti

surat penghargaan, penganugerahan tokoh pelajar aktif

kokurikulum, pengumuman di perhimpunan, majlis

penyampaian sijil dan sebagainya.

5. Mengadakan aktiviti yang boleh disertai oleh ramai pelajar

seperti sukan tara, merentas desa, walkaton, perkhemahan

pasukan beruniform dan sebagainya.

6. Semua pelajar diwajidkan menyertai 3 bidang iaitu:

6.1 Bidang Pasukan Beruniform

6.2 Bidang Kelab dan Persatuan

6.3 Bidang Sukan dan Permainan (unit sukan)

7. Penglibatan semua pelajar hendaklah di seimbangkan

dalam ketiga-tiga bidang kokurikulum dari segi penyertaan,

agihan dan aktiviti yang dijalankan.

8. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum hendaklah

ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui perkembangan

Pasukan Beruniform, Persatuan dan Kelab berdasarkan

perancangan.

13

Page 14: falsafah pendidikan kebangsaan

9. Pengajaran dan pembelajaran kokurikulum merentasi

kurikulum dijalankan di sekolah.

10. Sekolah dijadikan sebagai satu tempat yang menarik dan

menghiburkan serta pelajar suka berada di sekolah dan

menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang masa.

3.4 JENIS-JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM

Pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan daripada kategori

yang berikut:

1. Mata pelajaran yang di ajar di sekolah

2. Hobi dan rekreasi yang boleh membantu atau mengasah

bakat pelajar.

3. Sukan dan permainan

4. Badan Beruniform atau

5. Apa-apa persatuan/kelab lain yang diluluskan oleh Pendaftar

atau pengerusi.

Secara keseluruhan ada 126 jenis kegiatan kokurikulum

yang boleh dipilih pelajar merangkumi pasukan pakaian

seragam atau badan beruniform sebanyak 23 jenis,

persatuan dan kelab, 51 jenis, persatuan sukan dan

permainan, 24 jenis.

Berikut adalah beberapa contoh jenis-jenis kegiatan yang

lazimnya terdapat di sekolah-sekolah menengah seluruh

negara.

14

Page 15: falsafah pendidikan kebangsaan

PASUKAN KADET POLIS

PASUKAN KADET REMAJA

SEKOLAH

PASUKAN BULAN SABIT MERAH

PASUKAN PUTERI ISLAM

PASUKAN PENGAKAP

PASUKAN PANDU PUTERI

RANJER

PASUKAN PANDU PUTERI

REMAJA

PASUKAN KADET BOMBA

BADAN BERUNIFORM

KELAB PENGGUNA

KELAB KOMPANG

KELAB ALAM SEKITAR

KELAB FOTOGRAFI

KELAB BAHASA MANDARIN

KELAB KOIR

KELAB KEBUDAYAAN

KELAB KOMPANG

KELAB KOMPUTER

KELAB PERTINA

KELAB DAN PERSATUAN

15

Page 16: falsafah pendidikan kebangsaan

3.5 PENILAIAN PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM DI

SEKOLAH MENENGAH

Melihatkan kepada peri pentingnya kegiatan kokurikulum kepada

pembangunan pelajar yang seterusnya menghasilkan modal insan

yang berkualiti kepada negara, kegiatan kokurikulum di sekolah

hendaklah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan

diiktiraf agar keesahan dan kesahihannya tidak dipertikaikan

apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari

markah penilaian kemasukkan ke institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan.

Carta aliran berikut menunjukkan pengurusan penilaian

kokurikulum pelajar di sekolah menengah yang tipikal:

BOLA SEPAK

BOLA JARING

BOLA TAMPAR

SEPAK TAKRAW

BADMINTON

HOKI

BOLA BALING

CATUR

PETANQUE

SUKAN DAN PERMAINAN

16

Page 17: falsafah pendidikan kebangsaan

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM SEKOLAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

1

Perancangan strategik kokurikulum sekolah

Agihan tugas guru penasihat/pemimpin mengikut kepakaran

Pendaftaran setiap pelajar dalam 3 eleman- badan beruniform- sukan/permainan- kelab/persatuan

Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah

Merekod kehadiran murid dalam buku rekod kehadiran kokurikulum dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan

Guru penasihat/pemimpin melengkap kan Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dengan merujuk rekod kehadiran kokurikulum (RKK1)

Guru Tingkatan melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum (BPK 1) apabila memperolehi Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dari Guru Penasihat/Pemimpin

Jawatankuasa Penilaian Markah KokurikulumMengesahkan markah kokurikulum pelajar

Keputusan Penilaian Kokurikulum dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dicatatkan dalam Sijil UPSR/PMR/SPM/STPM

Buku Rekod Kehadiran pelajar dan Buku Penilaian Kokurikulum di simpan di sekolah

Dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan-memaklumkan kepada ibubapa/guru dan pelajar

Melantik guru yang berkemahiran sebagai guru penasihat/pemimpin

1. Taklimat Pengisian data kepada SU Peperiksaan pada bulan Mei.2. Takwim & Rancangan Pelajaran Mingguan3. Buku rekod kehadiran disimpan di sekolah dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan

JawatanKuasa ini terdiri daripadaPengerusi PengetuaS/Usaha GPK KokurikulumAJK -SU Kokurikulum

-SU Sukan 1-SU Sukan 2

*Buku Penilaian Kokurikulum (BPK 1) ditandatangani oleh Pengetua, GPK Kokurikulum, dan Ibubapa/Penjaga

15 Oktober

Buku Rekod Kehadiran dan Buku Rekod Penilaian akan berpindah mengikut pelajar.

17

Page 18: falsafah pendidikan kebangsaan

Aspek-aspek yang kokurikulum yang dinilai adalah seperti berikut:

1. Kehadiran pelajar 50 markah

2. Jawatan disandang 10 markah

3. Tahap Penglibatan 20 markah

4. Pencapaian 20 markah

Bagi pelajar yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi

pengajian tinggi penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti

kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita

mereka.

4.0 KESIMPULAN

Hasrat FPK adalah untuk memastikan generasi muda Malaysia

mempunyai seluas-luas peluang untuk memperkembangkan potensi diri.

Mereka perlu diberi seluas-luas akses untuk melengkapkan diri dengan

sebanyak mungkin kemahiran yang relevan dengan keperluan hari ini.

Pada waktu sama, mereka juga perlu dibentuk keperibadiannya dan

perspektif hidup supaya berjaya dalam kehidupan.

Pelaksanaan aktiviti kokurikulum secara terancang dan praktikal di

sekolah akan dapat membantu pengembangan potensi pelajar yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang

dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penyertaan yang aktif boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran

sosial (soft skills) mereka. Dengan kemahiran sosial yang baik, tahap

interaksi dan integrasi di kalangan pelajar dapat dipertingkatkan lagi.

18

Page 19: falsafah pendidikan kebangsaan

Dalam pasukan pakaian seragam, penglibatan pelajar akan dapat

meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal,

semangat patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar.

Penyertaan dalam kelab mata pelajaran pula boleh membantu

mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai

bidang. Peningkatan peranan kokurikulum sebagai pelengkap kepada

kurikulum boleh mengelakkan kurikulum daripada terus terbeban

(overloaded).

Penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan pula boleh membantu

meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, selain membudayakan

cara hidup sihat. Aktiviti sukan juga dapat meningkatkan minat, bakat,

kemahiran dan semangat bersaing pelajar ke tahap kecemerlangan yang

tinggi hingga boleh mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Selain daripada itu, kokurikulum juga penting dalam mengeratkan

perpaduan di kalangan generasi muda. Generasi muda negara akan lebih

toleran dan reseptif dalam mengharungi kehidupan di Malaysia.

Perancangan dan pelaksanaa kegiatan kokurikulum yang baik nyata boleh

membantu meningkatkan bina upaya pelajar atau generasi muda selain

menjadikan persekitaran sekolah menyeronokkan.

Dengan itu, pentadbiran negara hendaklah memastikan dan

meningkatkan momentum pelaksanaan kokurikulum. Sesungguhnya

seluruh Malaysia sangat mengharapkan dalam tempoh terdekat ini,

pelaksanaan kegiatan kokurikulum akan benar-benar memberi kesan

positif terhadap kualiti modal insan yang ingin dibangunkan.

19

Page 20: falsafah pendidikan kebangsaan

BIBLIOGRAFI

Abu Bakar Nordin & Iikhsan Othman. (2008). Falsafah Pendidikan Dan

Kurikulum. Tanjong Malim: Quantum Books Sdn. Bhd.

Amir Hasan Dawi. (2009). Sekolah Dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum

Books Sdn. Bhd.

Aminudin Bin Abdul Rahman. (2004). Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum dan Kesannya keatas Pencapaian Akademik Pelajar.

Disertasi tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi

Malaysia.

Berita Harian. 2009. “Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan”. 1 Julai. ms. 12.

Tn. Hj. Ali bin Ab. Ghani (A.M.N.). 2008. Membangun Modal Insan. Disertasi

tidak diterbitkan. Bahagian Pembangunan Kurikulum: Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Universiti Sains Malaysia. 2007. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di

Malaysia (1957-2007). Penerbit Universiti Sains Malaysia.

20