falsafah pendidikan

54
NAMA: JASMINE LOO TUNG CHOON HOW PISMP BC(SK) SEM 1 Konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Upload: jasmine-loo

Post on 15-Apr-2017

1.310 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan

NAMA: JASMINE LOO TUNG CHOON HOW

PISMP BC(SK) SEM 1

Konsep asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 2: Falsafah pendidikan

Pembentukan FPK

• Idea penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dicetuskan pada tahun 1979 setelah penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Pelaksanaan Dasar Kebangsaan.

• Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah diganti oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berlandaskan ketiga-tiga ideologi negara iaitu; Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (Rancangan Malaysia Ketiga pada 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999).

• FPK digubal oleh pakar-pakar pendidikan secara teliti tentang keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.

Page 3: Falsafah pendidikan

Penggubalan FPK berdasarkan :

Prinsip-prinsip Pendidikan

Rukun Negara

Laporan JK Kabinet 1979

Laporan JK Kabinet 1974

Akta Pelajaran 1961

Laporan Rahman Talib 1960

Penyata Abdul Razak 1956

Page 4: Falsafah pendidikan

Faktor-faktor penyumbang kepada pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

Faktor-faktor

pembentukan FPK

Agama

Sosial

Politik Ekonomi

Individu

Sejagat

Page 5: Falsafah pendidikan

Faktor Agama

Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deretan kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara. Agama Islam menjadi rujukan kepada pertimbangan asas dalam FPK. Unsur agama tersebut dapat dihayati di dalam pernyataan “...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...”.

Page 6: Falsafah pendidikan

Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaaan sosial yang stabil. Tujuan ini jelas terpancar di dalam pernyataan falsafah berkenaan, iaitu “...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

Faktor Sosial

Page 7: Falsafah pendidikan

Faktor Politik

Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Page 8: Falsafah pendidikan

Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara. Kenyataan ini dijelaskan secara luaran tetapi mendukung hasrat yang tinggi, iaitu “...memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara”.

Faktor Ekonomi

Page 9: Falsafah pendidikan

Faktor Individu

Potensi individu diperkembang menerusi pendidikan yang meliputi aspek-aspek J-E-R-I (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Pernyataan ini jelas terpampang di dalam ayat pertama FPK

Page 10: Falsafah pendidikan

Menitik berat pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengenalan idea-idea pendidikan tika seminar pendidikan antarabangsa turut mempengaruhi falsafah pendidikan di negara ini. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO yang dirancang pada tahun 1980 telah dimanifestasikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan...”

Faktor Sejagat

Page 11: Falsafah pendidikan

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Page 12: Falsafah pendidikan

Matlamat FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara.

Berakhlak mulia.

Berilmu pengetahuan.

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

Page 13: Falsafah pendidikan

Elemen-elemen Falsafah

Pendidikan Kebangsaan

Page 14: Falsafah pendidikan

Pendidikan suatu usaha

berterusan

Pendidikan adalah suatu proses

pemerolehan dan pemindahan ilmu,

kemahiran dan nilai murni.

Proses pemerolehan dan pemindahan

berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga

ke akhir hayat.

Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu

individu menyesuaikan diri dengan pelbagai

perubahan.

Bagi menyesuaikan diri kepada

perubahan yang pesat, seseorang

perlu melengkapkan diri dengan

kemahiran terkini.

Page 15: Falsafah pendidikan

Perkembangan potensi individu

☞Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat dan potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam.

☞Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling.

☞Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.

Page 16: Falsafah pendidikan

Perkembangan individu secara menyeluruh dan

bersepadu

 Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya

dihubungkait atau diselaraskan bagi

mengelakkan pertentangan antara

satu sama lain.

Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu

intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Page 17: Falsafah pendidikan

Insan yang seimbang dan

harmonis

1. Amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani).

2. Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain.

Page 18: Falsafah pendidikan

Unsur Intelek

Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar.Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Unsur rohani

Menyedari dan percaya kepada Tuhan.Bersyukur dengan pemberian Tuhan. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi

Mempunyai emosi yang matang dan stabil.Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang.Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

Unsur jasmani

Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal.Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial.Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Page 19: Falsafah pendidikan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Mengakui tentang kewujudan Tuhan.

Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam.

Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya

Page 20: Falsafah pendidikan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

•Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca.•Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia yang berketerampilan

•Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri.•Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna.

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

•Mempunyai perwatakan diri yang baik.•Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

•Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik.•Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap.•Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

Page 21: Falsafah pendidikan

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Berfikiran waras dan berjiwa tenang.Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan negara

Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara.Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Page 22: Falsafah pendidikan

Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Falsafah Pendidikan Guru digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“ Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan idividudan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratk, progresif dan berdisiplin. ”

Page 23: Falsafah pendidikan

Matlamat FPG

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru, matlamat FPG ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

Page 24: Falsafah pendidikan

Falsafah Pendidikan Guru boleh dilihat dalam Model Konseptual Pendidikan Guru. Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawah tiga dimensi utama, iaitu:

Ketuhanan Kemasyarakatan Kendiri

Page 25: Falsafah pendidikan

1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan.

3. Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia

Page 26: Falsafah pendidikan

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu :

Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan.

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan

Page 27: Falsafah pendidikan

Di samping itu, Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani.

Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah:

Page 28: Falsafah pendidikan
Page 29: Falsafah pendidikan

Elemen Falsafah Pendidikan Guru

Page 30: Falsafah pendidikan

Bepekerti mulia

Sahsiah guru yang baik, berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin,

bermoral dan sebagainya.

Page 31: Falsafah pendidikan

Berpandangan progresif dan

saintifik

Berkembang mengikut peredaran

zaman yang kini memberi

penekanan kepada sains dan teknologi.

Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi profesional

Page 32: Falsafah pendidikan

• Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan.

• Berusaha agar dapat menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara.

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Page 33: Falsafah pendidikan

Menyanjung warisan

kebudayaan negara

Menghayati warisan

kebudayaan negara yang

unik.

Memupuk sifat bangga

terhadap kepelbagaian budaya dalam

kalangan murid. Menyemai sifat

patriotisme dan cintakan

negara

Page 34: Falsafah pendidikan

Menjamin perkembangan individu

 Peranan guru dari segi perkembangan diri dan

perkembangan murid secara menyeluruh (aspek jasmani, emosi,

rohani dan intelek)

Page 35: Falsafah pendidikan

Tanggungjawab guru sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan.

Memelihara suatu masyarakat yang besatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Page 36: Falsafah pendidikan

Cabang-cabang Falsafah Dalam FPK

Page 37: Falsafah pendidikan

• Cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian tentang kewujudan serta asas kepada pandangan yang luas.

• Memberi perhatian terhadap segala benda yang wujud dan realiti yang mutakhir.

• Mempersoalkan dunia dan persekitaran adalah benar atau ilusi.

Metafizik

Page 38: Falsafah pendidikan

• Tanpa keterangan serta interpretasi tentang dunia di sekeliling kita, manusia tidak mampu mengharungi realiti .

• Kita juga tidak dapat menjalani kehidupan harian.

Kesimpulan

metafizikAsas kepada

falsafah

Page 39: Falsafah pendidikan

Metafizik menyoal tentang :

• Apakah itu kehidupan?

• Apakah itu kebebasan manusia?

• Siapakah yang sepatutnya membuat keputusan tentang apa yang hendak dipelajari?

• Adakah pelajar pada asasnya baik dan boleh dipercayai?

Page 40: Falsafah pendidikan

Cabang Falsafah

Elemen Implikasi

Metafizik perkembangan potensi individu

Pendidikan seharusnya memberi

peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan

kebolehan

Metafizik unsur intelek Sangup untuk berkongsi ilmu dengan

orang lain

Page 41: Falsafah pendidikan

• Berasal daripada perkataan Greek.• Bermaksud menilai ; dalam Bahasa Inggeris

bermaksud value.• Logia merupakan suatu kajian tentang kualiti

atau nilai.• Mempersoalkan tentang baik atau buruk,

benar atau salah serta cantik atau hodoh.

Aksiologi

Page 42: Falsafah pendidikan

Soalan yang berkaitan aksiologi

• Apakah itu moral dan bukan moral?

• Apakah itu kecantikan?

• Adakah kehidupan mempunyai makna?

• Bagaimanakah seseorang berkelakuan?

• Apakah tingkah laku bermoral?

Page 43: Falsafah pendidikan

Cabang Falsafah

Elemen Implikasi

Aksiologi unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil

Aksiologi kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan

Menyedari bahawa fenomena alam

ditetapkan oleh Tuhan

Aksiologi rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

Aksiologi rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Berfikiran waras dan berjiwa tenang

Page 44: Falsafah pendidikan

• Berasal daripada perkataan Greek iaitu logos.

• Bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau prinsip.

• Satu pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu sama secara inferens dan demonstrasi.

Logik

Page 45: Falsafah pendidikan

• Inferens bermaksud sesuatu yang sudah diketuai secara tidak langsung.

• Demonstrasi bermaksud sesuatu yang diketuai setelah dijalankan kajian.

• Turutan cara mendapatkan sesuatu rumusan berasakan beberapa andaian kukuh.

• Sains tentang pemikiran tepat.

Page 46: Falsafah pendidikan

LOGIK DEDUKTIF =

LOGIK INDUKTIF =

Logik

Logik induktif Logik deduktif

sesuatu yang membuat kesimpulan atau rumusan dengan meninjau fakta atau maklumat yang ada

Sesuatu yang berkaitan dengan proses menghuraikan kesimpulan daripada fakta-fakta yang khusus.

Page 47: Falsafah pendidikan

Cabang Falsafah

Elemen Implikasi

Logik unsur jasmani Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan

sosial.

Logik rakyat Malaysia yang berketerampilan

Berpandangan jauh dan berinisiatif dan memupuk pembawaan diri yang

baik.

Logikrakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa

dan negara.

Logik rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara

Mempertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa dan negara.

Page 48: Falsafah pendidikan

• Kajian berkenaan cara kita mendapat ilmu dan sifat pengetahuan.

• Merangkumi sifat konsep, pembentukan konsep, kesahihan deria, penaakulan logikal serta emosi dan segala yang berkaitan dengan mental dan pemikiran.

• Penerangan tentang bagaimana kita berfikir.

Epistemologi

Page 49: Falsafah pendidikan

• Amat penting untuk menentukan kebenaran dan memisahkan kebenaran daripada kesalahan.

• Lebih kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains)

• Tanpa epistemologi, kita tidak dapat berfikir dengan waras.

• Kita tidak ada sebab untuk mempercayai atau membuktikan pemikiran kita adalah betul atau salah.

Page 50: Falsafah pendidikan

Cabang Falsafah

Elemen Implikasi

Epistemologi pendidikan suatu usaha berterusan

Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu

menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

Epistemologi insan yang seimbang dan harmonis

Individu mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain

Epistemologi unsur rohani Menyedari dan percaya kepada Tuhan dan sentiasa bersyukur

Epistemologi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca

Page 51: Falsafah pendidikan

Bagaimana guru menghayati dan mengamalkan FPK dalam P&P?

Page 52: Falsafah pendidikan

Guru sebagai pendidik

Menggunakan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang sempurna untuk mendidik murid.

Memupuk nilai murni dan etika mulia kepada murid

Mengembang potensi generasi muda dan memelihara masyarakat yang progresif, demokratik dan bersatu-padu.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan am dan pengetahuan iktisas keguruan.

Page 53: Falsafah pendidikan

Mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan yang sihat dan cergas serta dapat bersosial dengan orang lain.

Memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, dan mempunyai keyakinan yang teguh.

Perlu mengubahsuai persekitaran pembelajaran dan menyediakan keadaan yang lebih kondusif.

Mungubah sikap sendiri supaya menjadi guru yang lebih professional.

Page 54: Falsafah pendidikan

. SEKIAN, TERIMA KASIH …