falsafah pendidikan

14
Faktor-faktor pembentukan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Ditinjau dari sudut sejarah pendidikan Negara, falsafah pendidikan di Malaysia lahir setelah melalui proses yang berkesinambungan yang selari dengan proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Proses pembentukan falsafah pendidikan di Malaysia telah bermula sejak tanah air ini menuntut untuk mendapat kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, sistem pendidikan juga mengalami dasar pecah dan perintah. Namun sistem pendidikan pada ketika itu, terus mengembang tanpa mengambil kira keperluan kepada kemajuan negara. Tiada falsafah pendidikan yang khusus baik tersirat bagi tujuan pendidikan pada masa tersebut. Para pemimpin tempatan menyedari tentang perlunya satu sistem pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara yang merdeka kelak. Pemimpin-pemimpin negara kita, memberi tumpuan yang serius terhadap sistem pendidikan sebagai asas untuk membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Latar sistem pendidikan yang wujud yang diamalkan kini adalah lanjutan daripada sistem pendidikan British. Selepas, merdeka sistem ini diperluaskan berdasarkan Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang dimaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-ketiga dokumen ini menegaskan serta mengutamakan perpaduan

Upload: cupido-doodolls

Post on 22-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Faktor-faktor

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah Pendidikan

Faktor-faktor pembentukan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Ditinjau dari sudut sejarah pendidikan Negara, falsafah pendidikan di

Malaysia lahir setelah melalui proses yang berkesinambungan yang selari dengan

proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Proses pembentukan falsafah

pendidikan di Malaysia telah bermula sejak tanah air ini menuntut untuk mendapat

kemerdekaan daripada belenggu penjajah. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah

Melayu, sistem pendidikan juga mengalami dasar pecah dan perintah. Namun sistem

pendidikan pada ketika itu, terus mengembang tanpa mengambil kira keperluan kepada

kemajuan negara. Tiada falsafah pendidikan yang khusus baik tersirat bagi tujuan

pendidikan pada masa tersebut.

Para pemimpin tempatan menyedari tentang perlunya satu sistem

pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai

kehendak sebuah negara yang merdeka kelak. Pemimpin-pemimpin negara kita,

memberi tumpuan yang serius terhadap sistem pendidikan sebagai asas untuk

membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Latar sistem pendidikan yang

wujud yang diamalkan kini adalah lanjutan daripada sistem pendidikan British. Selepas,

merdeka sistem ini diperluaskan berdasarkan Penyata Razak (1956) dan Laporan

Rahman Talib (1960) yang menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar

Pelajaran Kebangsaan seperti yang dimaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-ketiga

dokumen ini menegaskan serta mengutamakan perpaduan negara sebagai matlamat

yang mesti dicapai. Negara kita merupakan salah sebuah negara yang paling berjaya

dalam memberikan pendidikan kepada semua selaras dengan prinsip pendemokrasian

pendidikan. Selepas melalui beberapa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia

terbentuk Falsafah Pendidikan Negara dan mula diperkenalkan secara bertulis mulai

tahun 1988. Falsafah Pendidikan Negara mengambil kira aspirasi proses

pembangunan bangsa dan negara dan memenuhi hasrat negara serta melahirkan insan

yang berilmu dan berakhlak. Pada tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara dikenali

sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan sedikit tambahan perkataaan bagi

memantakan lagi falsafah tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam carta aliran 1.1,

Page 2: Falsafah Pendidikan

FAKTOR-FAKTOR PENBENTUKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

FAKTORAGAMA

FAKTOR SOSIAL

FAKTOR POLITIK

FAKTOR EKONOMI

FAKTOR INDIVIDU

FAKTOR SEJAGAT

terdapat beberapa faktor tersirat lain bagi pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Carta aliran 1.1: Faktor-faktor pembentukan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan carta aliran 1.1, faktor utama bagi pembentukkan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan adalah faktor agama. Memelihara dan memperkasakan agama

dengan menjadikan nilai-nilai agama sebagai tunjang sistem pendidikan negara.  Dan

agama-agama lain seperti agama Hindu, agama Kristian, agama Buddha dan

sebagainya tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai

menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak

mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain. Mengikut Perlembagaan

Persekutuan Malaysia agama Islam ialah agama rasmi. Antara agama-agama lain,

khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan

asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan

Page 3: Falsafah Pendidikan

agama Islam prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah perlu dijaga dan dihayati.

Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

iaitu: ‘mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan…..’ Keimanan

dan ketaqwaan kepada Allah akan melahirkan umat Islam yang menjadikan al-Qu’ran

dan al-Sunnah sebagai teras pegangan dan rujukannya. Al-Quran dan Sunnah

Rasullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan

akidah, syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras

perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem pendidikan

untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Sistem pendidikan

mengamalkannya dalam pendidikan melalui mewajibkan Pendidikan Islam bagi pelajar

Islam dan Pendidikan Moral kepada pelajar bukan Islam.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi pembentukan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah faktor sosial. Pendidikan juga dapat mengimbangkan perhubungan

antara kaum. Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan

kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap tolenrasi, bekerjasama dan

hormat-menghormati antara satu sama lain. pemikiran terbuka serta rasional adalah

amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang

paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai

perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu ‘…melahirkan rakyat Malaysia….memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Sistem

pendidikan menggalakkan pelajar sekolah rendah di bawah aktiviti kokurikulum dengan

mengadakan program gotong-royong dan mengumpul derma untuk rumah kebajikan

kanak-kanak kurang upaya dan rumah orang tua. Penglibatan pelajar dalam aktiviti

sosial sebegini dari kecil lagi akan melahirkan sikap keperimanusiaan dan menanam

semangat perpaduan.

Faktor politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi

secara langsung dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsan. Pendidikan

Page 4: Falsafah Pendidikan

juga dapat membantu memajukan kemahiran berpolitik dan menambahkan

pengetahuan dan kesedaran rakyat di dalam bidang politik. Kesedaran ini akan dapat

melahirkan pemimpin politik yang berwibawa dan dapat melahirkan rakyat yang dapat

mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Oleh itu pendidikan

akan dapat mewujudkan suasana politik yang stabil dan progresif dan kerajaan

demokrasi akan dapat dikekalkan, yang hasilnya akan membantu pembangunan

negara. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah dan dibentuk berlandaskan

kepada ideologi negara seperti yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi

seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha

membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam

penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan

kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara.

Pencapaian sesebuah negara sama ada negara maju atau tidak ditentukan dari

segi pembangunan ekonomi negara tersebut. Di negara-negara membangun dan maju,

sistem pendidikan dapat melahirkan masyarakat yang moden dan akan mudah

menerima perubahan dan sanggup mengemukakan perubahan. Sikap demikian penting

untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Oleh sebab itu,

rakyat Malaysia terlatih dan diberi peluang dalam pelbagai bidang untuk menguasai

kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan

meningkatkan produktiviti setanding dengan negara maju. Tujuannya adalah untuk

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan berketrampilan,

bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kesejahteraan

dan kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi

salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Usahanya dapat dilihat melalui pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah. Pihak sekolah memastikan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mengira

menerusi matapelajaran matematik.

Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti

keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Potensi individu

Page 5: Falsafah Pendidikan

dapat dikembangkan melalui proses pendidikan yang sistematik dan sempurna.

Berdasarkan unsur-unsur yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

potensi individu meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan

yang seimbang dan harmonis. Apabila ekonomi sesebuah negara berkembang dan

membangun, permintaan terhadap tenaga kerja profesional dan mahir akan bertambah

bagi memenuhi keperluan permintaan dari sektor awam dan sektor swasta. Oleh itu,

pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan golongan individu yang

mahir dalam semua professional. Selain daripada itu, insan yang seimbang dan

harmonis sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran

hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis

merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara.

Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia,

perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi

sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Penggubalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan

sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada

seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah

Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan

pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun

1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan….”. Ini jelaskan

mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Sumbangan Falsafah Islam, Barat dan Timur dslsm Perkembangan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan

prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan

Page 6: Falsafah Pendidikan

terhadapnya. Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada

falsafah lain dari pelbagai bidang.  Antara falsafah yang mempunyai hubungkait dengan

falsafah pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat.

Falsafah pendidikan di Malaysia boleh dihayati daripada Falsafah pendidikan

kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada 1 988. Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang dinyatakan berikut akan menentukan  arah haluan, asas dan sumber

inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

“ Pendidikan di Malaysia adalah Suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan  kemakmuran  masyarakat dan

negara.”

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara

ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang

murni seperti percaya kepada tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada

negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk

perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana

pernyataan diambil ini daripada pendapat  tokoh Barat iaitu John Jacques Rousseau

(1712-1778) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan

yang bermula semasa kecil.  Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI

merupakan implikasi daripada pendidikan barat.  Malaysia pernah dijajah oleh kuasa

Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sisstem pendidikan Barat suatu masa

dahulu.  Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British.  Mereka telah membawa

masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti perenialisme,

essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme.  Unsur perenialisme dapat dilihat

Page 7: Falsafah Pendidikan

melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya

yang dihasilkan oleh sasterawan negara. 

Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan sama ada di negara

Barat, Timur ataupun faIsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia

merupakan sesuatu falsafah pendidikan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Bagaimanapun, ia pula mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah

pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam. Falsafah pendidikan

kebangsaan adalah lebih mirip dengan falsafah pendidikan rekonstruktivisme. Kedua-

dua  menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan

membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran.

Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah

progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri

progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum

bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah

praktik dan kaedah inkuiri penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk

membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran

secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang

bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara

berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum

sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang

pula dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.

Salah satu Fungsi pendidikan di Malaysia ialah mengembangkan potensi pelajar secara

menyeluruh dan bersepadu. Demi membentuk insan yang harmonis dan seimbang. 

Fungsi ini pula boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktisme,

konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

Mengikut falsafah pendidikan Islam, perkembangan individu dari segi intelek,

rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula dapat dihayati daripada falsafah

Page 8: Falsafah Pendidikan

pendidikan Islam ini. Tambahan pula Pendidikan Agama dan Pendidikan Moral dalam

KBSR dan KBSM mencerminkan ciri pembelajaran afektif untuk perkembangan

individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama. Oleh sebab sistem pendidikan

pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendaki mematuhi kewibawaan dan

autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia boleh dikatakan pula mengandungi unsur

essensialisme yang bercorak tradisional.

Selain itu, konsep pendidikan Islam juga turut diterapkan ke dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.  Islam mengatakan bahawa pendidikan merupakan satu

proses secara berterusan bagi memupuk seluruh potensi semulajadi manusia dari segi

intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah

pembentukan insan soleh yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat.  Ini

dapat dilihat di mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menyelitkan unsur intelek,

akhlak, rohani, jasmani dan emosi.

Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas

kepada pendidikan di Malaysia.  Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan

kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam.  Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di

samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi

tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia

mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan

impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut

menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus

menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti

ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi

mendedahkan kepda pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak

beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan

pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu

akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan  Islam.

Page 9: Falsafah Pendidikan

Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan,

mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi

kehendak sosial dan ekonomi.  Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan  moral,l

politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam

pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum

pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan

fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah

Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai

kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru

sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta

menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu,

pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan

pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses

pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.

Pendidikan di Malaysia sememangnya menerapkan fakta-fakta dari falsafah

pendidikan yang lain bagi mewujudkan satu sistem pendidikan yang mantap dan

berkesan terhadap para pelajar.  Pendidikan di Malaysia mementingkan aspek-aspek

JERI di mana tata tertib, perlakuan dan pendidikan moral amat dititikberatkan bagi

mewujudkan sebuah masyarakat yang berpengetahuan tinggi di samping mempunyai

perwatakan yang sopan.  Sukatan pelajaran sentiasa diubah supaya bersesuaian

dengan peredaran zaman yang berlaku secara pesat.  Guru yang merupakan fasilitator

utama dalam mendidik anak bangsa sering kali menghadiri kursus-kursus yang

berkaitan dengan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk

digunakan di sekolah.

Ibu bapa juga telah menyedari pentingnya pendidikan pada masa kini.  Ini kerana

sekiranya anak mereka tidak mendapat pendidikan yang secukupnya, mereka akan

ketinggalan zaman dan mengganggur kemudian hari.  Ini juga menyebabkan kadar

penggangguran di negara akan bertambah kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah

mereka sekiranyan mereka tidak mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam

Page 10: Falsafah Pendidikan

diri mereka.  Malahan banyak sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid

yang bersekolah.  Banyak sekolah didirikan di luar-luar bandar.  Pengajaran dan

pembelajaran di luar bandar dengan di dalam bandar diseragamkan.

Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu

pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun

kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi

daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia.