faktor halang penglibatan aktivit isukan bahagian b

Upload: othman

Post on 06-Mar-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk rujukan semua...

TRANSCRIPT

Bahagian B: [25 %]

Buat satu kajian ringkas di sekolah anda tentang faktor-faktor yang menghalang penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

Tajuk Kajian: Faktor-Faktor yang Menghalang Penglibatan Murid dalam Aktiviti Sukan. Pengenalan

Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di sekolah. Namun begitu kehadiran dan penglibatan pelajar dalam kokurikulum pada masa kini semakin kurang memuaskan. Penglibatan pelajar yang kurang memuaskan dalam aktiviti kokurikulum menyebabkan suasana semasa perjumpaan suram. Menurut Zulkifli (1997) dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd. Jaflus Bahari (2008), bilangan pelajar dan bilangan kelas dalam sesebuah sekolah amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.Oleh yang demikian. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

Menurut Crawford dan Godbey (1987) terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :

1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan, peralatan, masa, wang dan maklumat.2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atau hubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai untuk bermain dalam sukan .3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individuyang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklahtekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan kemahiran diri yang dimiliki.Perlaksanaan aktiviti sukan di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian.Pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang.

Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.Walaubagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa menolong ibu bapa mereka di rumah.Faktor-faktor menghalang lain ialah , program yang dirancang, terlampau ramai orang yang menggunakan kemudahan disesuatu tempat atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Jarak rumah dengan sekolah yang jauh , menjadi salah satu sebab, dimana pelajar sukar untuk menghadirinya disebabkan tiada pengangkutan terutamanya apabila aktiviti dilakukan pada waktu petang.Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah. Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna. Menurut Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah. Oleh yang demikian, kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum khususnya sukan.

Prosedur Soal selidik

Bagi menjalankan kajian ringkas ini saya telah memilih seramai 34 orang murid Tahun Lima sekolah saya. Mereka terdiri daripada 17 orang murid lelaki dan 17 orang murid perempuan. Saya telah menyediakan satu set soal selidik yang mengandungi 15 penyataan berkenaan faktor-faktor penghalang penglibatan murid dalam aktiviti sukan. Murid hanya perlu menanda tak setuju atau setujudengan penyataan yang diberi. Murid tidak perlu memberi nama kecuali jantina,iaitu sama ada lelaki atau perempuan.Tempoh masa yang diperuntukan bagi menjawab pula ialah 15 minit.

Hasil daripada selidik yang telah ditadbirkan, data dan maklumat yang diperolehi telah dikumpul serta dianalisis . Berikut adalah jadual data yang diperolehi dan dianalisis mengikut setiap penyataan diberi.1. Kemudahan peralatan sukan di sekolah tidak

mencukupi . Tidak setujuSetuju

Perempuan24%76%

Lelaki24%76%

Jumlah24%76%

Secara keseluruhannya, peratusan murid bersetuju bahawa kemudahan peralatan sukandi sekolah tidak mencukupi mengatasi murid yang tidak bersetuju. Murid perempuan dan juga murid lelaki yang bersetuju mempunyai peratus yang sama iaitu 76 % . Begitu juga dengan peratusan murid yang tidak bersetuju juga sama , tetapi hanya 24%

2. Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan.Tidak setujuSetuju

Perempuan53%47%

Lelaki76%24%

Jumlah64%36%

Secara keseluruhan nya, murid perempuan dan lelaki tidak bersetuju bahawa takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diri dalam sukan. Peratusan tidak setuju adalah (64%) manakala yang bersetuju pula (36%). Bagaimanapun,jika dianalisis mengikut jantina pula, peratusan lelaki tidak bersetuju lebih tinggi iaitu 76% manakala perempuan pula hanyalah 24%.3. Kemudahan sukan di sekolah tidak

selamat. Tidak setujuSetuju

Perempuan88%12%

Lelaki59%41%

Jumlah73%27%

Secara keseluruhannya, majoriti murid perempuan dan lelaki tidak bersetuju bahawa kemudahan sukan di sekolah tidak selamat. Peratusan tidak setuju, mengatasi murid perempuan dan lelaki yang bersetuju. Peratusan tidak bersetuju adalah lebih tinggi (73%) manakala yang bersetuju pula hanyalah (27%). Namun begitu,, jika dilihat mengikut analisis jantina pula, peratusan perempuan tidak bersetuju lebih tinggi (88%) jika dibandingkan dengan lelaki tidak bersetuju iaitu 12% .

4. Pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat Dalam sukan.Tidak setujuSetuju

Perempuan41%59%

Lelaki41%59%

Jumlah41%59%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan (59%) mengatasi murid yang tidak bersetuju (41%).Jika dilihat melalui analisis jantina pula, murid perempuan dan murid lelaki yang bersetuju mempunyai peratusan sama iaitu 59% , begitu juga dengan yang tidak bersetuju, juga sama iaitu 41%.

5. Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan

Tidak setujuSetuju

Perempuan41%59%

Lelaki29%71%

Jumlah35%65%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan dilihat mengatasi murid yang tidak bersetuju. Jumlah murid yang bersetuju sebanyak 65% manakala yang tidak bersetuju pula sebanyak 35%. Jika dianalisis berdasarkan jantina pula, Murid perempuan yang bersetuju ialah 59% dan yang tidak bersetuju sebanyak 41%. Manakala murid lelaki yang bersetuju pula lebih banyak , iaitu 71% dan yang tidak bersetuju pula 35%.6. Tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukanTidak setujuSetuju

Perempuan59%41%

Lelaki82%18%

Jumlah70%30%

Bagi kenyataan tidak mempunyai bakat untuk melibatkan diri dalam sukan, pada jumlah keseluruhan 70% murid tidak bersetuju, hanya 30% yang bersetuju. Jika dianalisis mengikut jantina pula , 59% murid perempuan tidak bersetuju dan yang bersetuju ialah 41%. Bagi murid lelaki, peratusan tidak setuju lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid perempuan iaitu 82% manakala yang bersetuju pula hanyalah 18%.

7. Aktiviti sukan membosankanTidak setujuSetuju

Perempuan59%41%

Lelaki88%12%

Jumlah73%27%

Secara keseluruhannya, murid tidak bersetuju bahawa aktiviti sukan membosankan. Peratusan keseluruhan tidak setuju (73%) mengatasi peratusan bersetuju (27%). Melalui analisis jantina pula, murid perempuan yang tidak bersetuju ialah 59% dan yang bersetuju 41%. Peratusan lelaki yang tidak bersetuju lebih tinggi iaitu 88% manakala yang bersetuju hanyalah 12% sahaja.

8. Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang

Tidak setujuSetuju

Perempuan59%41%

Lelaki53%47%

Jumlah56%44%

Secara keseluruhannya, peratusan murid tidak bersetuju bahawa peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang adalah lebih tinggi (56%) berbanding yang bersetuju(44%). Bagaimana jika dianalisis menurut jantina, lebih ramai murid perempuan (59%) tidak bersetuju dengan penyataan peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan usang berbanding dengan murid lelaki (47%).

9. Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan.Tidak setujuSetuju

Perempuan76%24%

Lelaki59%41%

Jumlah67%33%

Bagi penyataan, tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan, pada keseluruhannya 67% murid tidak bersetuju , dan 33% pula yang bersetuju. Jika dianalisis mengikut jantina pula , lebih ramai murid perempuan tidak bersetuju (76%) dan yang bersetuju ialah 24%. Bagi murid lelaki pula 59% tidak bersetuju dan yang bersetuju 41%.

10. Alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu Sahaja.

Tidak setujuSetuju

Perempuan29%71%

Lelaki47%53%

Jumlah38%62%

Secara keseluruhannya, peratusan murid yang bersetuju bahawa alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja, dilihat mengatasi murid yang tidak bersetuju. Jumlah murid yang bersetuju sebanyak 62% berbanding yang tidak bersetuju iaitu 38%. Jika dianalisis berdasarkan jantina pula, murid perempuan yang bersetuju ialah 71% dan yang tidak bersetuju sebanyak 29%. Manakala murid lelaki yang bersetuju pula lebih sedikit , iaitu 53% dan yang tidak bersetuju pula 47%.

11. Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan.

Tidak setujuSetuju

Perempuan76%24%

Lelaki71%29%

Jumlah73%27%

Secara keseluruhannya, peratusan murid tidak bersetuju bahawa tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan adalah lebih tinggi iaitu 73% berbanding yang bersetuju hanya 27%. Manakala jika dianalisis menurut jantina, lebih ramai murid perempuan (76%) tidak bersetuju dengan penyataan tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan berbanding dengan murid lelaki (71%).

12. Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya. dalam sukan.Tidak setujuSetuju

Perempuan82%18%

Lelaki71%29%

Jumlah76%24%

Secara keseluruhannya, murid tidak bersetuju bahawa sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam sukan . Peratusan keseluruhan tidak setuju (76%) mengatasi peratusan bersetuju (24%). Melalui analisis jantina pula, murid perempuan yang tidak bersetuju ialah 82% dan yang bersetuju 18%. Manakala peratusan lelaki yang tidak bersetuju sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam sukan pula ialah 71% dan yang bersetuju hanyalah 29% sahaja. 13. Sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dengan sukan.

Tidak setujuSetuju

Perempuan94%6%

Lelaki76%24%

Jumlah85%15%

Secara keseluruhannya, majoriti murid tidak bersetuju bahawa sekolah tidak menggalakkan untuk terlibat dengan Sukan. Peratusan keseluruhan tidak bersetuju ialah 85% manakala bersetuju pula ialah 15%. Namun begitu,, jika dilihat mengikut analisis jantina pula, peratusan perempuan tidak bersetuju lebih tinggi (94%) jika dibandingkan dengan lelaki tidak bersetuju iaitu 76% .14. Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi .

Tidak setujuSetuju

Perempuan35%65%

Lelaki47%53%

Jumlah41%59%

Secara keseluruhannya, murid bersetuju bahawa jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi(59%),manakala yang tidak bersetuju pula sebanyak 41%. Jika dianalisis berdasarkan jantina pula, murid perempuan yang bersetuju ialah 65% dan yang tidak bersetuju sebanyak 35%. Manakala murid lelaki yang bersetuju pula lebih sedikit , iaitu 53% dan yang tidak bersetuju pula 47%.

15. Ibu bapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan.

Tidak setujuSetuju

Perempuan82%18%

Lelaki88%12%

Jumlah85%15%

Secara keseluruhannya, majoriti murid tidak bersetuju bahawa ibubapa tidak menggalakkan melibatkan diri dalam sukan. Peratusan keseluruhan tidak bersetuju ialah 85% manakala bersetuju pula ialah 15%. Namun begitu,, jika dilihat mengikut analisis jantina pula, peratusan perempuan tidak bersetuju (82%) jika dibandingkan dengan lelaki tidak bersetuju iaitu 88% .Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat hasil daripada analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor utama yang menghalang penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan di sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan Duyong mengikut keutamaannya adalah pentadbiran ataupun pengurusan, dan kewangan . Dapatan kajian ini menunjukan bahawa murid-murid ini memilih faktor pentadbiran atau pengurusan sebagai faktor utama. Item-item seperti pihak sekolah memberi perhatian kepada murid yang berbakat dalam sukan, alatan sukan boleh digunakan pada waktu tertentu sahaja, Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi.Faktorkewangan merupakan faktor seterusnya, hasil dapatan kajian yang menghalang penglibatan murid-murid Sekolah Kebangsaan Duyong dalam aktiviti sukan . Ini berdasarkan pada item ke lima Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan

Kajian ini juga mendapati dapatan yang kedua iaitu faktor penyertaan telah menjelaskan bahawa aktiviti sukan berjaya mempengaruhi penglibatan murid-murid kerana ia memberi faedah kepada kesihatan mental dan fizikal, mengenali dan mendapat ramai kawan, dapat mengembangkan nilai-nilai murni, bakat serta sahsiah, dan memasuki sekolah berasrama penuh. Kebanyakkan murid-murid generasi alaf baru ini bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal tetapi juga mental. Tanpa keteguhan mental, mereka pasti tidak mampu menempuh pelbagai dugaan, maka penyertaan mereka dalam aktiviti aktiviti sukan adalah untuk membekalkan murid-murid dengan nilai tambah yang positif selain membina keyakinan diri.

Dapatan kajian ini juga, iaitu faktor persekitaran juga dilihat sebagai mangkindalam mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Suasana persekitaran yang asasnya bermula dirumah iaitu galakkan ibubapa serta keluarga yang memberangsangkan serta berterusan adalah satu faktor penting yang menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti tersebut. Selain mengingatkan murid-murid mengenai kepentingan mereka melibatkan diri dalam aktiviti, ibubapa yang memahami akan berusaha untuk memenuhi keperluan anakanak mereka dalam mendapatkan atau membeli keperluan untuk melakukan aktiviti. Di sekolah, melalui Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) pelbagai bentuk aktiviti boleh dimainkan oleh PIBG bagi membantu sekolah dan ibubapa dalam membantu mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan seperti membantu pihak sekolah menyediakan alatan dan kelengkapan untuk melakukan aktiviti melalui sumbangan ahli-ahli atau dana PIBG, memberi ganjaran berupa hadiah wang tunai atau harta material sebagai galakkan kepada yang menang dan pengiktirafan kepada murid dan sebagainya.

Sebagai cadangan pula, secara umumnya kajian ini telah menghasilkan maklumat-maklumat mengenai faktor-faktor utama yang mempengaruhi penglibatan murid-murid. Faktor-faktor ini wujud kerana sekiranya kita percaya kepada matlamat melahirkan insan yang sepadu dan seimbang, paradigm yang sepatutnya digunakan ialah memberi penekanan seimbang terhadap ketiga-tiga kompenen iaitu akademik, kokurikulum dan sukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini sangat berguna kepada murid-murid untuk tindakan mereka dalam merencanakan kehidupan harian mereka baik pada waktu persekolahan rendah mereka sebagai asas dan kesinambungan persekolahan diperingkat menengah atau yang lebih tinggi nanti, Guru penasihat aktiviti sukan dalam mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar dapat menarik serta menyemai minat serta melatih budaya kerja berpasukan disamping memberi

sokongan moral dan material dikalangan pelajar melalui aktiviti sukan, Pihak pengurusan sekolah dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Justeru itu, cadangan ini juga diharapkan berguna kepada para penyelidik yang ingin mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan supaya penyelidikan yang akan dijalankan nanti akan lebih bermakna dan dapat membantu merealisasikan hasrat kerajaan dalam pembangunan insane murid-murid. Oleh itu aspek kajian yang lebih luas dan menyeluruh perlu dijalankan serta meliputi semua kompenan-kompenan dalam aktiviti sukan. Kajian yang dijalankan dengan menggunakan populasi yang lebih besar dan pelbagai akan dapat memberi inferens tentang faktor penglibatan yang menyeluruh dan saksama. Sehubungan dari kajian ini juga dapatlah dibuat perancangan dan tindakan untuk mempertingkat atau memperkasakan lagi penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Soal-selidik yang digunakan juga dicadangkan dapat memasukan faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi faktor penglibatan murid-murid misalnya peranan ibubapa, guru, pengaruh rakan-rakan, kecergasan fizikal, keseronokan, pencapaian status, peningkatan kemahiran dan lain-lain.

Penutup

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan perlu dilihat sebagai pelengkap kepada akademik serta sebahagian cara hidup. Kita tidak mahu kokurikulum hanya digunakan untuk memenuhi syarat kemasukan ke institute pengajian tinggi semata-mata; atau, dalam konteks mahasiswa, hanya memenuhi syarat mendapat pekerjaan semata-mata. Jika ini paradigmanya, maka persoalan insane yang sepadu dan seimbang itu masih belum dijawab. Ada yang menolak kepentingan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan keranamereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum. Pandangan ini tidak betul. Memang ada yang gagal akademik, tetapi bukan faktor penglibatan mereka dalam aktiviti aktiviti sukan. Ia akibat faktor pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya yang langsung tiada kaitannya dengan kokurikulum atau sukan. Maknanya kalau ia tidak terbabit dengan aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekalipun, ianya

akan gagal juga. Aktiviti Kokurikulum dan aktiviti sukan mesti dilihat dengan paradigm bahawa ia mempunyai kepentingan seimbang dengan akademik. Kokurikulum dan sukan juga mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup bagi mendapatkan keseimbangan dalam sistem pendidikan kerana ia mampu melahirkan insan yang cemerlang. Justeru itu, aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan mesti diberikan penegasan serta ruang yang lebih luas sejak dari asas iaitu sekolah rendah sehingalah kepada kemuncaknya iaitu universiti.