penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah

40
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.0. Pendahuluan Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesame manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai ‘sangkutan’. Terdapat banyak definisi yang menerangkan konsep ‘sangkutan’. Berikut adalah beberapa pendapat tokoh yang memberi definisi sangkutan: Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi berpendapat bahawa ‘sangkutan’ adalah:

Upload: timothy-bates

Post on 17-Jan-2016

131 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

assgmt

TRANSCRIPT

Page 1: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

 1.0.        Pendahuluan

Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan

manusia sesame manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi.

Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini

menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga

dikenali sebagai ‘sangkutan’.

Terdapat banyak definisi yang menerangkan konsep ‘sangkutan’. Berikut adalah beberapa pendapat

tokoh yang memberi definisi sangkutan:

 

Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi

berpendapat bahawa ‘sangkutan’ adalah:

Page 2: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Terdapat beberapa teori lain yang melambangkan hubungan anak dan ibu bapa iaitu Ainsworth. Beliau

berpendapat bahawa :

Saya juga menemui satu fakta hebat iaitu kaitan proses sangkutan pada alam prasekolah. Hasil

pembacaan saya, (Laibel & Thompson,2000) menyatakan:

 

Page 3: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

              Jadi di sini saya dapat membuat infrens tentang konsep sangkutan adalah mengenai hubungan

ibu dan anak sejak dari kandungan lagi. Hubungan yang melibatkan sentuhan, emosi, mental yang

membangkitkan naluri antara ibu dan anak akan membentuk kasih sayang. Satu kajian di Eropah

membuktikan kesan sangkutan antara orang-orang tua dan bayi pramatang menunjukkan kuasa

sentuhan. Dalam kajian ini, orang-orang tua digalakkan membelai dan mengusap bayi pramatang.

Didapati bayi pramatang tersebut cepat melalui proses pematangan kulit bayi dan pengurangan kedutan

di kulit orang-orang tua ini. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan daripada proses sangkutan.

Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan bagaimana sangkutan boleh berlaku antara ibu bapa,

kanak-kanak(murid prasekolah) dan guru prasekolah. Pendekatan pengurangandan ketakutan dan

pendekatan atau hubungan guru dan ibu bapa.

2.0.        Rumusan tentang pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan dan pendekatan guru dan ibu

bapa.

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk mengurangkan

ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan pelbagai perkara baharu dan

orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan keberanian untuk

menghadapi hari-hari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam

membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan baik dan sempurna.

              Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan yang

lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu memberikan ransangan kepada

bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan bayi. Sehinggalah bayi itu lahir, ikatan ibu

bapa dan anak akan terus berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu anak, mengurut anak dan

sebagainya adalah antara contoh ‘attachment’ yang memberi kesan kepada kedua-dua pihak ini.

Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau ‘attachment’ akan memberi kesan kepada anak umumnya.

Antara kesan kelebihan sangkutan adalah ketakutan yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi

satu fenomena enggan berjauhan dengan ibu bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan

kanak-kanak tidak yakin kepada diri sendiri serta self-esteem yang rendah.

              Hasil pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa, terdapat

beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan pendekatan atau

hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan ketakutan kanak-kanak dengan

cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di samping menyelami perasaan mereka. Orang

Page 4: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah mengeluarkan tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu

bapa dan guru boleh menyentuh bahagian bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata

semangat. Berikan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berfikiran positif.

              Aktiviti rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin yang

dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahwa

waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada melayan kerenah anak-anak. Ini bermakna ibu bapa

telah melepaskan peluang mendekati anak pada waktu ini. Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur

dengan cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan nilai-nilai murni. Jangan sesekali menceritakan

sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka takut seperti cerita hantu dan tahyul. Kesannya mereka

akan takut untuk tidur seorang, takut gelap, tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga

menyebakan kencing malam kerana takut ke tandas.

              Bercerita sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta mengurangkan

rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik kerana ini hanya akan

menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak jika mereka sedih, bimbang dan

takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan selamat dengan orang dewasa jika dipeluk erat dan mesra.

Kanak-kanak juga dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah mereka dengan kejayaan yang mereka

lakukan. Berilah semangat seperti “kamu boleh,Aiman. Cikgu percaya kamu boleh melakukannya”. Ini

dapat meningkatkan self esteem mereka daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini “Takkan lah benda

senang macam ini tak boleh buat. Bodoh betul Aiman ni!”. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan

harga diri mereka serta menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang

betul. Mereka akan takut dimarahi atau ditertawakan. Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menyelami

fikiran dan perasaan kanak-kanak ini. Cungkillah sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami

dengan cara bertanya, menilai hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya.

Jangan memaksa mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka. Sebaliknya gunalah cara

yang lebih halus seperti memberi mereka kertas dan pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka akan

bercerita melalui lukisan. Dan kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut. Berilah pujian

tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan kegemarannya atau membawa

mereka berjalan-jalan. Selain itu, aktiviti senaman dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan

kepada kanak-kanak. Saya pernah menonton rancangan “Nona” yang mengupas aktiviti renang dan

pemainan kasut roda untuk kanak-kanak.      Permainan ini adalah untuk membina semangat dan

keberanian mereka terhadap perkara yang mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti air yang

dikenali sebagai “water confident”. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-kanak diajak untuk

masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas akan mengajar dan mengawasi

pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut dengan air mungkin disebabkan pengalaman lemas

dan sebagainya. Mereka akan dibawa bermain air, mandi, meyelam dan membuat water confident

dengan bimbingan orang dewasa. Ini dapat menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak

sepatutnya mereka takut.

Page 5: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

            Di rumah, aktiviti bermain boleh mengeratkan hubungan keluarga dengan anak. Bermain dapat

mengurangkan tekanan, kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat membantu mewujudkan

ketenangan, membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa berperanan sebagai pembimbing dengan

memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang pengetahuan anak. Ibu bapa yang mesra dan

menyeronokkan akan menambah rasa selesa dan senang dalam hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky,

(1966), main merupakan satu cara kanak- kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di

prasekolah pula guru berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan

keberanian murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat membina interaksi sosial

dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di sini

mereka akan belajar berkawan dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman mereka. Melalaui

aktiviti berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta semangat yang positif. Contohnya

Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat). Dalam situasi permainan gelongsor, rakannya

Lily akan memujuk Amira untuk bermain bersama. Secara tidak langsung Amira akan cuba bermain demi

untuk berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin Amira dan menggelongsor bersama-sama. Jika

keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa takut bermain gelongsor yang tinggi. Aktiviti ini

seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi aktiviti yang lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka

juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama

menyertai permainan sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa kasih sayang

serta kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu bapalah kawan terbaik mereka. Waktu

inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berbakat. Secara tidak langsung

harga diri seorang anak akan tinggi dan berasa disayangi. Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di

sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi antara anak dengan ibu bapa akan menghasilkan satu karya

kebanggaan mereka. Karya-karya ini akan dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih

sayang hasil penglibatan ibu bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Murid-

murid akan dilatih mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang datang ke

Hari Bakat semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan anak mereka yang tidak pernah

ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai atas keadiran dan tepukan semangat daripada ibu bapa

mereka. Hari Ibu juga dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh menganjurkan Hari Ibu Ratu

Hatiku di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas untuk Ibu serta nyanyian lagu untuk Ibu

masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain selempang dan hadiah seperti “Miss World”. Pasti ini

akan menjadi sejarah kepada pasangan ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.

           Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid dan guru seperti

bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun sains, gotong-royong, sambutan

Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih.

            Perkara yang amat penting ingin ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan

guru sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti bekerjasama

Page 6: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi membina insan yang syumul

kelak.

           Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak semakin tinggilah

attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina kanak-kanak yang mempunyai

harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga, merasa diterima oleh rakan sebaya dan merasa diterima

oleh masyarakat. Ini semua akan memberikan kesan seumur hidup kepada kanak-kanak.

                                                                         

  

           

3.0.                   KERTAS KERJA

KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

PERSEDIAAN PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

PRASEKOLAH SK PULAU GAJAH

Page 7: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

1.0.              PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Program pemulihan kemahiran membaca murid prasekolah Pulau Gajah ini diusulkan oleh guru pelatih

PISMP Prasekolah Semester 6 dengan kerjasama Guru Prasekolah SK Pulau Gajah bagi melahirkan

kanak-kanak prasekolah yang dapat menguasai kemahiran asas membaca sebelum masuk ke tahun

satu. Program ini merupakan satu program yang wajib kami laksanakan kerana ianya terdapat dalam

sukatan matapelajaran major kami iaitu PRA 3110. Program ini penting untuk dilaksanakan di sekolah ini

memandangkan tahap penguasaan kemahiran membaca yang masih lemah meskipun telah masuk

penggal kedua persekolahan.

2.0.             MATLAMAT

2.1    Membentuk dan melahirkan murid-murid yang dapat membaca dan menulis dengan baik.

2.2    Melahirkan murid-murid yang boleh menggarap pembelajaran

  sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu.

2.3    Melahirkan murid-murid yang dapat mengadaptasi pengalaman

  kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara    

  menyeluruh.

            2.4 Menyediakan murid yang mantap dalam kemahiran bacaan

sebelum masuk ke tahun satu.

3.0.             OBJEKTIF

2.4    Mengeratkan hubungan antara komuniti guru SK Pulau Gajah dengan  Ibu bapa murid prasekolah.

2.5    Menyemaikan sikap semangat cintakan ilmu dalam diri murid-

murid dari peringkat awal lagi.

2.6  Melahirkan murid-murid yang kreatif dan berdaya saing.

2.7  Program ini bertepatan dengan sukatan pembelajaran murid-murid  

 prasekolah seperti yang telah ditetapkan oleh Kurikulum Standard 

 Prasekolah (Lampiran A).

4.0.        JANGKA MASA PROGRAM

Page 8: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

3 bulan setengah,bermula pada pertengahan bulan 8  ini dan berakhir pada bulan 11. Namun usaha ini

bergantung kepada kesungguhan pihak-pihak yang terlibat.

Tarikh      : 11 Ogos 2011

Hari          : Khamis

Masa        : 7.45-9.45 pagi.

Tempat    : Prasekolah SK Pulau Gajah

5.0.              SASARAN

5.1. 18 orang murid Prasekolah SK Pulau Gajah berumur 6 tahun. (Senarai nama murid-murid

prasekolah rujuk lampiran B)

6.0.        AKTIVITI

6.1.        Ujian diagnostik kepada setiap murid.

6.1.1.   Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kebolehan murid dalam aspek bacaan.

6.1.2.   Contoh borang diagnostik (rujuk lampiran C)

6.1.3.   Bahan bacaan digunakan untuk menguji tahap penguasaan murid.(rujuk lampiran D)

6.2.        Program Budaya Didik Diri.

6.2.1.   Ibu bapa akan menanda buku catatan yang akan dibekalkan setiap kali selepas mengajar anak mereka

membaca.

6.2.2.   Contoh buku catatan. (sila rujuk lampiran E).

6.3.        Kelas Anjung

6.3.1.   Kelas Anjung merupakan kelas lanjutan yang diberikan kepada murid yang belum menguasai sesuatu

kemahiran pada tahap sepatutnya.

6.3.2.   Pelaksanaannya dilakukan oleh guru Prasekolah dan Pembantu Prasekolah selepas waktu persekolahan

tamat. Ia mengambil masa 5-10  minit sahaja.

7.0.        Tentatif Program Kilinik Cepat Membaca

                                            7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa

                                            8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat

                                            8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

                                            8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG

                                       8.45 pagi -oleh guru Prasekolah

Page 9: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

                                            8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.

        9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca

        dijalankan.

                                            9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar

                                            kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)

                                            9.45 pagi- Majlis bersurai

8.0.        KOS PERBELANJAAN’

1 murid = RM 1

25 murid x RM1 = RM 25

9.0.        JANGKA MASA PENCAPAIAN

4 bulan selepas melancarkan aktiviti yang disarankan.

10.0.      PENUTUP

Program yang telah disarankan ini diharapkan dapat dilaksanakan seperti dirancangkan. Berdasarkan

kepada pengalaman kami, program sebegini berjaya menyediakan murid yang menguasai kemahiran

membaca dengan cepat dengan bantuan yang telah diberikan oleh ibu bapa murid sekali.  Akhir sekali,

kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kelulusan dari pihak tuan. 

Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang serta mencapai matlamat dan

objektif yang telah digariskan.  Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

           

Sekian.

       

 Disediakan oleh:

            ………………………...............……….......

(PUTRI BALKISH BTE MOHD YUSOFF)

(MOHD HISYAMUDDIN BIN NASIR)

Guru Praktikum,

IPG Kampus Kota Bharu.

  

Page 10: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

             Disemak oleh:

            ............................................

           (PN.HASINAH BT CHE AMAT)

           Guru Prasekolah,

           SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.

Diluluskan oleh :

---------------------------------------(EN.YUSUF BIN YAACOB)Guru Besar,

SK Pulau Gajah,Pengkalan Chepa,Kota Bharu.

Lampiran A

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

REKABENTUK KURIKULUM

Ciri utama Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:

1. Kurikulum berasaskan standard 

2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard

Page 11: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Di mana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang

sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard

Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan

dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard

Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif

tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular

Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam

bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:

1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,

Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam Tunjang

dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-

kanak)

TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :

Tunjang Komunikasi

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Ketrampilan Diri

Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat

menguasai 4M bukan lagi 3M:

Membaca

Menulis

Mengira

Menaakul

Page 12: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Lampiran B

Page 13: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah
Page 14: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Lampiran C

LAMPIRAN D dan E

Page 15: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

                                                POKET SINI

4.0.        LAPORAN PROGRAM KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PELAKSANA                          : PUTRI BALKISH BINTI MOHD YUSOFF

NAMA PROGRAM                             : KLINIK CEPAT MEMBACA ANAKKU

NAMA PRASEKOLAH                      : SK PULAU GAJAH

TARIKH                                                :11 OGOS 2011

MASA                                                   :09.45-9.45 PAGI

Latar belakang program

Saya telah sepakat dengan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin Nasir untuk melaksanakan program

ini. Sebenarnya program ini adalah program serampang dua mata. Kami mahu  meneruskan usaha kami

pada praktikum fasa 1 iaitu program membaca sempena masuk ke Tahun Satu. Program semester lepas

mendapat maklum balas yang positif dan pujian dari pihak pentadbiran, khususnya PK1 dan Guru Besar.

Kami telah mengahsilkan kertas kerja dan modul pelaksanaan. Idea dan kerja kami ini dirancangkan akan

diteruskan di prasekolah meskipun sudah ketiadaan kami. Apa yang menyedihkan, PK1 telah berpindah

ke Gua Musang beberapa bulan selepas itu. Ini menyebabkan program tersebut tidak dapat dilaksanakan

memandangkan kehilangan “orang kuat” sekolah.

                 Kerja kursus PRA 3110 ini menghendaki saya melaksanakan program prasekolah yang

melibatkan kerjasama  ibu dan bapa. Pada mulanya guru prasekolah saya merancang membuat satu

Page 16: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

majlis Hari Jadi. Kertas kerja telah saya buat, namun ada beberapa kekangan seperti cuti mengejut pada

hari Khamis dan menghampiri bulan puasa telah menyebabkan program ini dibatalkan.

             Saya mengambil keputusan berbincang dengan guru prasekolah untuk melaksanakan program

membaca untuk murid-murid yang lemah. Beliau bersetuju dan menyokong usaha kami .saya mencari

seberapa banyak bahan di internet mengenai program membaca kanak-kanak prasekolah. Ternyata

bahan yang sangat membantu adalah terhad. Saya bertekad untuk membuat modul sendiri bersama-

sama Hisyam. Saya telah memperbaiki kertas kerja lama untuk disesuaikan dengan program baru ini.

 

     Perbincangan dan kolaborasi

Saya dan Syam telah berbincang dengan Guru Prasekolah, Guru Besar, Jurulatih Utama Prasekolah iaitu

Pn.Siti Mariam dan Pn.Norsiah ketika pemantauan prasekolah berbintang. Perbincangan dengan Guru

Besar sememangnya memberikan banyak motivasi kami. Guru Besar sangat berbangga dengan usaha

yang ingin kami laksanakan ini dan telah memberi sedikit sebanyak idea beliau dalam proses

penambahbaikan kerja. Perbincangan bersama JU dan Guru Prasekolah juga banyak mendapat tindak

balas positif. Pn.Norsiah sangat bersetuju dengan kertas kerja kami dan telah menyemak bahan-bahan

serta instrumen diagnostik yang telah kami lakukan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan

mendapat respons yang jauh lebih baik daripada jangkaan kami.

Persediaan program

      Membukukan buku modul

Kami terlalu sibuk pada minggu ini. Setelah saya berhempas pulas menyiapkan kertas kerja dan telah

mendapat kelulusan, saya memperbaiki buku modul yang akan diserahkan kepada ibu bapa nanti. Buku

modul ini telah disalin cetak dan dibukukan.

Page 17: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

      Susun atur tempat

Kelas disusun atur mengikut kesesuaian program. Kami menempatkan ibu bapa dan murid duduk di atas

karpet untuk keselesaan. Manakala Guru Besar serta barisan guru duduk di atas kerusi sesuai dengan

majlis formal.

      Papan layar dan projektor

Kami telah membuat surat permohonan pinjaman papan layar dan projektor. Percubaan sistem telah

dilakukan sehari sebelum program.

(Rujuk Lampiran)

Page 18: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

      Surat jemputan ibu bapa

Surat jemputan kepada ibu bapa telah dikirim melalaui anak mereka sendiri.

(Rujuk Lampiran)

      Pembikinan slide dan video

Saya mengambil tugasan menyiapkan persembahan slide untuk hari esok. Selain mempermudahkan

taklimat,ini juga penting bagi menarik perhatian audiens dalam sesi taklimat nanti.

Semasa program

Berikut adalah tentatif program :

7.45 pagi- pendaftaran ibu bapa

8.15 pagi-ibu bapa mengambil tempat

8.20 pagi-ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar

8.30 pagi- Ucapan wakil pensyarah dari IPG

8.45 pagi -oleh guru Prasekolah

8.50 pagi-Persembahan Slide show Program.

9.00 pagi- pagi-Program Klinik Cepat Membaca dijalankan.

Page 19: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

9.30 pagi- Penyerahan bahan bacaan mengajar kepada ibu bapa (disampaikan oleh Puan Hasinah)

9.45 pagi- Majlis bersurai

       Saya menyediakan keperluan-keperluan pada pagi ini iaitu memastikan projektor beraksi dengan

baik dan lancar. Susun atur dipantau agar kelihatan lebih sempurna. Kehadiran ibu bapa disambut

dengan salam dan senyuman daripada pihak kami. 07.45 pagi adalah masa untuk ibu bapa mendaftar.

Keadaan jelas menunjukkan hanya para ibu yang datang. Terdapat dua orang ibu bapa murid tidak dapat

hadir kerana masalah kesihatan. Namun kehadiran ibu bapa lebih baik daripada yang dijangkakan.

      Pada hari itu, saya memegang dua tugas pada satu masa iaitu sebagai pengerusi majlis dan

juruteknikal. Boleh dikatakan saya agak terkejar-kejar tetapi saya dapat mengatasinya. Rasa gementar

tetap ada ketika mengacarakan majlis. Sesi mempengerusikan majlis tetap berjalan lancar meskipun

tanpa teks MC.

      Ucapan alu-aluan Guru Besar membuka gerbang program ini. Banyak ilmu yang diselitkan dalam

ucapan alu-aluannya termasuklah serba sedikit menganai program ini. Alhamdulillah,respons yang baik

jelas tergambar daripada riak wajah ibu-ibu ini. Terlihat dari senyuman mereka menggambarkan betapa

besarnya harapan mereka ingin mendapatkan sesuatu dalam program ini.

Page 20: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

              Ucapan diteruskan dengan ucapan Guru Prasekolah selaku tuan rumah yang mengizinkan kami

melaksanakan program ini di prasekolah jagaannya. Beliau yang merupakan anak jati kampung ini sedikit

banyak dapat membantu kami membina hubungan dengan masyarakat di sini khususnya ibu bapa murid.

Kepercayaan masyarakat kampung terhadap beliau telah sedia terbina dan ini memudahkan kami untuk

melaksanakan program bersama masyarakat. Di sinilah saya dapat melihat rupa ibu yang persis anak

mereka. Bak kata pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Jika anak ini kelihatan kemas ke

sekolah, begitu juga si ibu kelihatan rapi. Senyuman mereka juga seiras manisnya. Sebaliknya 2 orang

murid bernama Adam Firdaus dan Adam Haris tidak dapat hadir bersama ibunya kerana masalah yang

tidak dapat dielakkan. Kedua-dua murid ini bukan sahaja tidak dapat mengenal huruf tetapi salah seorang

daripadanya tidak mahu membuka mulut apabila ditanya. Saya terasa agak terkilan dengan

ketidakhadiran mereka pada program hari ini.

            

              

             

Penerangan

seterusnya

oleh Mohd

Page 21: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Hisyamuddin bin Nasir. Sifat mesra dan peramahnya telah menarik perhatian audiens pada masa itu.

Tambahan pula kelebihannya bercakap dialek kelantan dapat memonopoli program itu sepenuhnya.

Secara keseluruhannya para ibu mendengar penerangan ini dengan baik. Penerangan berbantukan LCD

projektor juga dapat memberi pengalaman baru pada masyarakat kampung Pulau Gajah ini. Taklimat

tentang peranan ibu bapa juga ditekankan di sini kerana program ini adalah melibatkan 70% penglibatan

ibu bapa dan murid berbanding hanya 20% peranan kami dan guru prasekolah dan selebihnya adalah

peranan PK1 dan Guru Besar sebagai pemantau projek. Di sini kami telah tekankan kepentingan peranan

ibu bapa dalam memndidik anak mereka adalah lebih berkesan daripada orang lain yang mendidik.

            Beberapa teori dan kajian telah dijelaskan kepada ibu bapa ini mengenai penglibatan ibu bapa

dalam kejayaan anak mereka. Teori Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan bahawa

penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pecapaian akademik kanak-kanak yang tinggi.

Manakala Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan

yang mendalam terhadap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak. Ini telah

membuktikan bahawa penglibatan ibu bapa dalam menetukan kejayaan anak adalah besar. Satu lagi

dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi dan jenis

penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa kanak-kanak yang lebih baik,

perkembangan sosial, motor, dan adaptif yang lebih baik. Ini sudah cukup membuktikan kepentingan

penglibatan ibu bapa dalam akademik anak mereka adalah sangat penting.

           Kami menerangkan teori ini kerana kami yakin bahawa ada ibu bapa yang terdetik untuk

mempersoalkan peranan guru sebagai pendidik. Kami bersedia untuk mendengar soalan seperti ini

“Apa guru lakukan di sekolah? Padahal kami menghantar anak kami ke sekolah untuk belajar membaca.

Tetapi mengapa kami perlu terlibat sama?”

            Ini adalah soalan yang saya jangkakan akan ada. Jangkaan meleset apabila mendapati para ibu

tidak bertanyakan sebarang soalan. Kami menganggap mereka telah faham tentang apa yang telah

disampaikan.

           Dalam penerangan ini juga diterangkan konsep prasekolah seperti apa itu prasekolah, pendekatan

yang digunakan, penempatan murid mengikut umur dan tunjang-tunjang yang diajar di prasekolah. Ini

penting bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan prasekolah. Selain itu ibu bapa

difahamkan tentang kepentingan bermain, berlakon, menyanyi dan melukis. Ibu bapa khususnya

masyarakat kampung perlu mengetahui bahawa proses pembelajaran kanak-kanak  adalah selaras

dengan KSPK iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mempunyai enam tunjang utama.

Dan tunjang-tunjang inilah yang diserapkan kepada kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan

bermain, projek, inkuiri dan lain-lain. Perkara yang lebih menarik lagi, kanak-kanak prasekolah telah

diminta menyanyi lagu “di sini senang,di sana senang” beramai-ramai. Walaupun mungkin ibu bapa

mengaggap ‘menyanyi’ adalah perkara yang kecil dalam pendidikan, namun kami menekankan bahawa

menyanyi adalah sebahagian cara kanak-kanak belajar.

      Penerangan buku Klinik Cepat Membaca Anakku

Page 22: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

 Ibu bapa

diedarkan sebuah buku modul. Tunjuk cara penggunaan buku modul juga diterangkan secara

berperingkat. Kami menekankan kaedah membaca konvensional iaitu kaedah abjad yang telah

digunakan sekian lama. Para ibu juga diingatkan agar tidak melangkau bahan bacaan ini melainkan telah

menguasai kemahiran sebelumnya. Kaedah masteri digunakan dalam modul kami agar kanak-kanak

belajar daripada mudah ke sukar. Selain itu dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan yang

baharu. Sebagai contoh aktiviti membunyikan suku kata tertutup. Murid perlu menguasai suku kata

terbuka dahulu barulah mempelajari suku kata tertutup. Seperti ba ( suku kata terbuka),bas(suku kata

tertutup).

             Dalam buku modul ini juga terdapat gambar kartun dan dialog yang memberi kata-kata semangat

seperti Tahniah,anda telah menguasai ABC. Ini dapat memotivasikan anak mereka di samping memberi

peringatan kepada ibu bapa agar tidak kedekut memuji anak mereka. Saya juga menggunakan nama

murid yang sudah pandai membaca sebagai bahan bacaan buku ini.  Sebanyak 10 kekerapan bacaan

yang perlu ditanda dalam buku ini. Ibu bapa hendaklah menanda (X) pada ruangan 10 kali baca. Ini

bermaksud kanak-kanak hendaklah mengulang sesuatu bahan bacaan sebanyak 10 kali berturut-turut.

Pembelajaran dikira berjaya setelah anak dapat membaca dan mengulangi benda yang sama sebanyak

10 kali. Idea ini telah diberikan oleh Tuan Guru Besar yang baik hati dan tidak lokek berkongsi idea. Ibu

bapa juga diterangkan bahawa mereka perlu perlu menyerahkan buku tersebut kepada Guru Prasekolah

setiap hari Khamis untuk semakan dan komen.

Page 23: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

          Selepas sesi taklimat tamat, sesi soal jawab dibuka kepada ibu bapa yang ingin mengajukan

soalan. Namun tiada sebarang soalan diajukan. Kami hanya menggalakkan ibu bapa tidak segan untuk

mengadu dan bertanya kepada guru di sekolah jika terdapat masalah. Majlis diakhiri dengan dan

penyerahan cenderahati kepada Guru Besar, Guru Prasekolah dan Ibu bapa yang sudi hadir pada hari

itu. Tirai majlis ditutup dengan surah Al-Ikhlas dan sesi bergambar. Para ibu nampak senang dalam

aktiviti bergambar dan sememangnya program ini dapat mengeratkan lagi hubungan guru, ibu bapa dan

murid.

          Selepas

          Kami sibuk mengemas semula barang-barang yang dipinjam dan mengatur semula kelas ke

keadaan asal. Perasaan penat berbaur dengan rasa gembira dan lega. Saya berasa program ini lebih

bermakna daripada program Hari Jadi yang dibatalkan tempoh hari. Menjelang hari Ahad, awal

persekolahan minggu depan iaitu bersamaan 14.07.2011, saya mendapati murid bernama Airil Zuprie

telah dapat membatangkan suku kata terbuka dengan lancar. Hal ini membuatkan saya berpaling

beberapa kali ke arahnya untuk mendapatkan kepastian. Apabila saya bertanya kepada murid ini siapa

yang mengajar menyebut suku kata, dia menyebut ibu dan abangnya mengajar di rumah. Sudah pasti

hubungan anak-beranak lebih bermakna jika sesuatu perkara dilakukan bersama-sama.

       Beberapa murid lain mjenunjukkan perubahan positif yang agak perlahan. Namun saya yakin jika

penglibatan ibu bapa berterusan akan memberi kesan yang positif kepada anak mereka.

      Daripada tugas sebagai pembina modul berpindah kepada tugas seorang pelajar. Saya masih

mengumpul bahan untuk dijadikan bahan bacaan yang membantu saya mengajar kanak-kanak lebih

cepat membaca. Teknik KUMON yang berasal dari luar negara telah mula bertapak di Malaysia. KUMON

yang lebih tertumpu kepada pembelajaran masteri sama seperti bahan yang telah saya rancangkan

dalam modul ini.

       Usaha menyiapkan laporan kerja kursus dilakukan lebih mudah memandangkan saya hanya perlu

mengingat dan merangka isi laporan. Pemprosesan maklumat dilakukan dengan kadar agak cepat

memandangkan semua bahan telah ada. Namun kekangan masa tetap memaksa saya melakukannya

secara cepat dan sempurna.

Page 24: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Keperluan program

Program ini dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan guru, ibu bapa dan murid dalam akademik

murid itu sendiri. Program ini penting memandangkan murid enam tahun bakal ke tahun satu pada tahun

hadapan. Kesedaran daripada tahap kemahiran mambaca yang lemah dalam kalangan murid ini

menyebabkan saya melaksanakan program ini. Saya percaya tidak ramai rakan-rakan lain yang memilih

untuk melakukan projek seperti ini. Namun saya merasakan ini adalah pelaburan masa panjang. Dan

sudah pasti Guru Besar serta Guru Prasekolah bersetuju dengan program yang kami jalankan ini. Tujuan

utama program ini adalah menyediakan murid yang boleh membaca sebelum masuk ke Tahun Satu.

Penglibatan ibu bapa juga adalah satu penyelesaian yang difikirkan sesuai dengan matlamat program ini.

Sekurang-kurangnya ibu bapa mereka tahu tentang kelemahan anak mereka dalam membaca. Dan

mungkin ada yang dapat menyelami perasaan guru yang mengajar membaca dan berfikir ‘bukan mudah

mengajar membaca kepada anak’. Di samping melayan drama Melayu di kaca televisyen, ibu boleh

mengajar anak mereka membaca. Walaupun sekejap namun ibu bapa harus menjadikan masa keluarga

itu berkualiti dan harus diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung dapat memupuk

budaya membaca dalam komuniti keluarga.

Kelebihan program

Banyak kelebihan yang diperolehi daripada program ini. Saya dapat mengenali para ibu murid dengan

lebih dekat serta membaca personaliti mereka. Program ini juga memupuk nilai kasih sayang bukan

sahaja antara ibu bapa dan murid, tetapi juga warga sekolah SKPG. Program ini dapat melahirkan murid

yang boleh membaca seperti Aiman dan Daniel(murid yang sudah menguasai membaca). Program ini

juga dapat melibatkan hubungan ibu bapa, murid dan guru secara berpanjangan berbanding dengan

Majlis Sambutan Hari Jadi atau Hari Bakat atau Kebun sains. Ini kerana tiada satu pun ibu bapa yang

sanggup melihat anaknya tidak pandai membaca. Jadi ibu bapa akan berusaha mengambil masa untuk

mengajar anak mereka walaupun tidak lama. Hubungan ibu dan anak yang semakin akrab akan

menambah rasa harga diri. Tambahan pula jika ibu bapa memberi pujian dan ganjaran kepada anak

Page 25: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

mereka apabila berjaya menguasai sesuatu unit modul. Si anak juga lebih merasa diberi perhatian jika

ibu bapa mengajar mereka dengan kasih sayang. Kekuatan program ini juga terletak kepada sesi

penerangan yang dijalankan oleh Syam yang begitu menyakinkan para ibu dan murid. Boleh dikatakan

semua ibu senang dengan cara beliau. Kawalan murid prasekolah juga sentiasa dipantau dari masa ke

masa agar tidak menganggu majlis. Penggunaan bahan elektronik sebagai bahan persembahan dapat

menarik tumpuan audiens. Mungkin ini adalah perkara baharu bagi masyarakat Pulau Gajah dan

mungkin tidak. Namun animasi serta warna yang menarik dapat menarik perhatian audiens. Gambar

anak-anak mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga dipersembahkan. Semua ibu yang

hadir serta tetamu VIP dihadiahi buah tangan kurma eklusif habatus sauda yang ditaja oleh pembantu

prasekolah yang dermawan. Bukti kekuatan program ini adalah ada antara ibu yang sudah berani datang

ke prasekolah mendekati anaknya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini

menunjukkan kesedaran didalam diri ibu bapa bahawa pentingnya penglibatan ibu bapa dalam

mencorakkan kejayaan anak- anak.

Kelemahan

Mungkin rupa buku ini tidak menarik kerana difotostat. Penggunaan unit juga tidak jelas iaitu saya tidak

mengasingkan satu unit dengan satu unit yang lain dalam muka surat yang berasingan. Saya juga berasa

agak kurang bersedia ketika menjadi pengerusi majlis dan menjadikan majlis ini santai dan bersahaja.

Saya tidak menyelitkan pantun pada setiap agenda baru. Sebaliknya hanya kata alu-aluan yang biasa

digunakan dalam majlis. Majlis juga dilakukan secara ringkas sahaja memandangkan audiens yang

kurang 30 orang. Murid yang berada di kawasan hadapan V.I.P agak menganggu program. Kadang-kala

mereka tidak dapat duduk diam dan mengusik antara satu sama lain. Ini menyebabkan mereka bising

dan hilang kawalan. Saya berasa agak kecewa apabila video yang saya hasilkan tidak dapat dimainkan

semula dalam format mediafile. Sepatutnya video ini akan dimainkan esok. Saya tidak dapat menukar

format video ini kerana terlalu banyak kerenah teknologi yang memeningkan.

Penambahabaikan

Mungkin saya boleh meminta sponsor daripada pihak sekolah ingin mencetak buku ini berwarna bagi

tujuan daya penarik. Pembantu prasekolah juga sebaik-baiknya duduk bersama murid-murid bagi

memudahkan kawalan murid. Saya juga telah menggantikan video dengan gambar-gambar murid

prasekolah yang diselitkan di persembahan power point. Sebagai penambahbaikan pada masa akan

datang, saya akan membuat modul ini lebih sistematik dengan meletakkan nombor unit pada setiap

kemahiran yang perlu dikuasai. Pada masa akan datang juga saya harus menyelitkan pantun pemanis

ayat untuk menyerikan lagi sesuatu majlis. Saya juga harus lebih bersedia dan cekap mengandalikan

Page 26: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

majlis formal supaya kelihatan lebih yakin dan mengurangkan kesilapan dalam mengacarakan sesuatu

majlis.

5.0.        Refleksi kendiri

                   Penerimaan tugas pada sebulan lepas menggambarkan kesibukan saya semakin bertambah.

Komitmen terhadap persiapan fail dan praktikum semakin dibebankan dengan tugasan yang agak rumit

apabila tugasan menghendaki saya mengadakan satu program prasekolah bersama penglibatan ibu

bapa. Hati berasa lega apabila guru prasekolah ingin merancang majlis Hari Jadi di Taman Perbandaran

Tengku Anis. Namun rancangan ini telah dibatalkan setelah saya menyiapkan kertas kerja yang lengkap

kerana cuti mengejut pada hari program dan menghampiri bulan puasa. Setelah kecewa dengan kejadian

tersebut, saya dan rakan seperjuangan, Mohd Hisyamuddin telah berbincang dan bersepakat untuk

mengadakan program yang lebih baik. Nasihat dan pendapat yang diberikan oleh Pensyarah

Pembimbing yang mengatakan bahawa “lakukan program yang luar daripada kebiasaan” membuatkan

saya tiba-tiba berfikir mengenai program membaca. Pada semester lepas, di sekolah yang sama;saya

telah menghasilkan kertas kerja mengenai program persiapan ke Tahun Satu. Dalam kertas kerja ini saya

mengusulkan beberapa cadangan kepada sekolah untuk mengadakan kelas Anjung, program

Buddi(Budaya Didik Diri) dan anak angkat bagi usaha mewujudkan murid prasekolah yang boleh

membaca. Ini adalah tugasan yang diberikan oleh Guru PK1,Tuan Said. Hari praktikum terakhir pada

semester lepas, Guru Besar dan PK1 telah membuat satu jamuan untuk semua guru. Alangkah

terkejutnya saya apabila kertas kerja ini dijadikan salah satu agenda jamuan pada hari itu. Ini

menunjukkan betapa besarnya penghargaan pihak pentadbiran terhadap usaha saya.

                   Saya telah mengedit semula kertas kerja yang sedia ada untuk disesuaikan dengan program

baru ini. Saya sangat bersemangat dalam melaksanakan tugasan ini, namun terlalu banyak tugasan yang

saya pikul baik belakang dan depan tabir. Secara jujurnya saya banyak melakukan kerja-kerja belakang

tabir seperti penyediaan bahan modul, pencarian kaedah sesuai membaca, membuat diagnosis, kertas

kerja yang perlu diperbaiki beberapa kali dan persembahan slide power point dan video. Saya tersepit

dengan dengan tugasan Buku Rancangan Mengajar yang memerlukan komitmen yang tinggi juga. Jadi,

saya terpaksa bersengkang mata sehingga lewat malam. Saya merasakan Ramadhan tahun ini menuntut

banyak kesabaran. Sehinggakan saya tidak larat melakukan sunat Tarawikh pada setiap hari. Namun

ada kalanya saya gagahkan diri merebut peluang Ramadhan yang datang hanya setahun sekali sahaja.

Badan terasa sungguh lesu dan sakit sehinggakan terpaksa menahan diri daripada minum minuman

sejuk untuk mengelakkan kemudaratan. Dengan keadaan yang sakit belakang akibat membuat RPH dan

kerja-kerja menaip, saya terpaksa meneruskan juga usaha itu. Saya sudah tiada masa lagi untuk

melengahkan masa. Namun saya ada sesekali keluar bersama rakan-rakan untuk menghilangkan bosan

Page 27: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

dengan tekanan kerja. Saya percaya akan lebih segar dan bertenaga setelah berehat beberapa jam

tanpa mengusik kerja. Dan kemudian meneruskan semula kerja-kerja tertangguh. Kesannya saya lebih

banyak idea untuk menulis dan memperbaiki kelemahan tugasan. Di sini saya dapat mengurus tekanan

dengan lebih baik dan positif. Begitu juga dalam dunia guru yang sebenar, pasti lebih banyak rintangan

yang perlu diharungi. Saya perlu lebih bijak dalam menjadikan suatu cabaran dan masalah menjadi

peluang dan idea.

                   Pencarian bahan pada awal-awal mendapat tugasan boleh dikatakan sukar. Tetapi saya tidak

berputus asa mencarinya pada hari-hari berikutnya. Alhamdulillah, saya memperolehi bahan yang saya

cari. Namun tidak semua bahan dapat membantu sepenuhnya. Saya perlu bijak mengambil serba sedikit

‘point’ dan ‘mix’ kesemua bahan ini. Banyak bahan yang diperolehi dalam Bahasa Inggeris termasuk

buku rujukan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Saya hanya menterjemah keseluruhan ayat bagi

memudahkan kerja dan tidak terlalu terikat dengan ayat yang skema. Saya akui kerja mengalih bahasa

bukan satu perkara yang digemari oleh guru pelatih seperti saya. Namun, bahan bacaan dalam Bahasa

Melayu sangat terhad. Ini memaksa saya lebih proaktif dan menjadikan masalah ini sebagai satu peluang

untuk saya lebih jinak dengan bahasa asing. Tambahan pula, Bahasa Inggeris sangat penting selepas

Bahasa Kebangsaan dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Saya  memasang cita-cita untuk melanjutkan

pengajian ke tahap lebih tinggi. Dan saya percaya bahawa saya akan menghadapi masalah pada masa

akan datang jika tidak membiasakan diri dengan Bahasa Inggeris dari sekarang.

                                                              

                   Dua hari sebelum pelaksanaan program, pemantauan prasekolah berbitang telah dilakukan

oleh JU QIT Pengakalan Chepa. Pn.Norsiah masih mengenali wajah saya walaupun hanya berjumpa

sekali di sekolah beliau pada Program Bina Insan Guru Semester ini. Saya menggunakan peluang ini

untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama beliau serta rakannya, Pn.Siti Mariam. Keadaan

menjadi kecoh dengan kemesraan dan sikap bersahaja yang dirujukkan oleh mereka. Saya begitu

senang dengan cara kerja dan idea yang diberikan oleh mereka. Kertas kerja kami mendapat pujian

daripada mereka. Beliau juga mencadangkan agar kami memilih tajuk ini sebagai tajuk tesis pada masa

akan datang. Sebenarnya saya sudah merancang dari awal lagi untuk menjadikan tajuk tugasan sebagai

kajian lanjutan untuk pada masa akan datang. Oleh itu,ini adalah tapak permulaan saya bagi meneruskan

langkah seterusnya. Ini juga adalah satu eksperimen untuk saya melihat keberkesanan program ini

kepada kanak-kanak yang belum mengenali huruf dan membatangkan suku kata. Saya juga merancang

ingin melakukan program ini di prasekolah yang bakal saya praktikum pada tahun hadapan.

           Pada hari saya mempengerusikan majlis, saya tidak merasakan penggunaan teks pengacaraan

majlis itu sangat penting. Saya hanya mencatat senarai pemberi ucapan dan tentatif program yang

penting sahaja di kertas kecil. Walaupun pada hakikatnya saya gementar dan takut melakukan kesilapan.

Saya hanya berfikir bahawa “audiens hanya ingin mendengar saya bercakap dan bukannya mencari

kesalahan saya”. Itulah kata-kata En.Aminuddin (jabatan Bahasa Melayu) sewaktu sesi kuliah di

Page 28: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

semester 2 tahun persediaan yang masih tersemat segar di ingatan. Mungkin saya boleh memperbaiki

kemahiran berucap dengan menyelitkan pantun sebagai pemanis kata pada masa yang lain.

        Masalah teknikal juga berlaku pada awal-awal pagi di saat saya sedang menyambungkan peralatan

di laptop. Masalah berlaku apabila imej yang dipancarkan di papan layar tiada ‘item button’. Guru IT yang

berusaha mulai temui jalan buntu,manakala saya bertekad untuk tidak menggunakan persembahan slide

sebagai tanda kecewa. Namun beberapa saat kemudian, keadaan menjadi baik. Saya telah melakukan

setting pada ‘control pannel’ dan mencuba semua butang fungsi. Dengan bangganya saya berjaya

melakukan perkara yang tidak diketahui oleh Guru IT. Adakalanya kita tidak boleh berdiam diri walaupun

sesukar manapun masalah itu. Ini mengajar saya untuk melakukan sedaya upaya usaha menyelesaikan

masalah. Hati saya mulai lega dan fokus terhadap perjalanan program seterusnya.

           Dalam usaha menyiapkan kerja kurusus ini pula, saya dikejutkan dengan berita pecah rumah yang

terletak selang sebuah rumah saya. Saya sebenarnya sudah merasakan sesuatu pada malam itu. Saya

berusaha tidak mahu tidur kerana risau dengan keselamatan saya dan harta saya. Tambahan pula,saya

keseorangan di rumah. Rakan serumah saya semuanya junior semester 4 dan telah pulang ke kampung

minggu lepas kerana tugasan SBE. Alhamdulillah,saya dalam keadaan baik dan saya percaya Allah ada

untuk melindungi saya. Saya buang semua masalah itu untuk fokus kepada tugasan tetapi masih ada

sisa-sisa kebimbangan itu. Saya mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Wani yang terletak

agak jauh. Mungkin ada hikmah semua ini. Mungkin dengan cara ini, saya akan dapat berkongsi idea dan

bahan dengan mereka semua dalam melaksanakan tugasan. Serba sedikit dapat mengurangkan rasa

bimbang terhadap keselamatan saya. Saya membawa barang-barang berharga di dalam kereta juga

sebagai langkah persediaan. Fikiran saya agak terganggu dengan keadaan yang terjadi. Namun saya

hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah. Mungkin inilah perkara yang saya perlu hadapi pada masa

akan datang. Bukan ini yang saya minta,tetapi maklumlah ramai guru yang dihantar ke kampung-

kampung pedalaman dan duduk seorang diri. Tambahan pula, ada yang anak dara menambah rasa risau

dalam diri keluarga dan tuan diri. Saya perlu bersedia dengan keadaan ini semua jika takdir tertulis

begitu.

          Banyak perkara yang saya pelajari daripada pelaksanaan tugasan ini. Kerjasama dengan ramai

orang sangat baik. Proses percambahan minda hasil kolaborasi daripada pihak-pihak yang

berpengalaman semestinya menjadikan saya sebagai seorang yang matang. Saya juga banyak

bekerjasama dengan rakan seperjuangan saya, Mohd Hisyamuddin. Saya akui banyak percanggahan

pendapat dan selisih faham antara kami berlaku. Tetapi kami selalu berbincang dan meluahkan perasaan

tidak puas hati antara satu sama lain. Kami cuba mencari jalan penyelesaian terbaik. Kami mempunyai

kelebihan masing-masing. Alhamdulillah,kami dapat bersatu dengan saling melengkapi kekurangan

masing-masing. Dalam kerja kumpulan, persamaan bukanlah perkara terpenting dalam menjayakan

sebuah tugas. Tetapi apa yang penting bagi saya bagaimana proses penyerapan dan penambahbaikan

itu berlaku sehingga menghasilkan  tugasan terbaik. Saya banyak belajar mengawal perasaan tertekan

Page 29: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

dan kecewa sejak kebelakangan ini. Saya sedari bahawa perasaan marah hanya akan membawa

masalah lain yang lebih buruk. Jadi, saya akan bertenang dan berfikir secara relevan.

         Setelah melaksanakan tugasan ini,kepercayaan saya kepada kelebihan penglibatan ibu bapa

dalam menghasilkan anak yang berpotensi lebih mendalam. Baru sahaja 3 hari melaksanakan tugasan

ini, Airil Zupri yang sebelum ini belum menguasai kemahiran huruf, telah dapat membaca suku kata

seperti ‘ca’,’ci’,’co’,’cu’ dan ‘ce’. Inilah bukti bahawa penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak

sangat penting. Saya merasakan program ini telah berjaya kesan daripada kebolehan membaca ini.

Perasaan gembira dan terharu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Inilah perasaan seorang guru

yang mula bercambah dalam jiwa saya. Saya yakin banyak lagi peluang untuk saya curahkan idea dan

tenaga kepada anak didik pada masa akan datang. Saya berharap saya akan terus bersemangat

menghadapi dunia guru pada masa akan datang.

Page 30: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

Faedah MelibatkanKomuniti

Faedah Melibatkan Komuniti dalam P & P

Faedah kepada murid-murid

1. Memberi peluang kepada murid-murid melihat peranan komuniti.Murid-murid berpeluang melihat peranan komuniti denganlebih dekat apabila prasekolah sering mengadakan pelbagaiaktiviti dengan komuniti. Aktiviti yang melibatkanperanan komuniti adalah seperti Jabatan Penerangan yangmenyebarkan maklumat kepada masyarakat serta muridmuridmelalui filem-filem dokumentari dan pameranpameranserta risalah-risalah bagi tajuk-tajuk tertentu.

Sebagai contoh Jabatan Penerangan mengadakan kempenanti dadah melalui gambar-gambar dan tayangan videomengenai bahayanya penyalahgunaan dadah. Programseumpama ini boleh dijalankan pada hari terbuka disekolah seperti Hari Kokurikulum.

2. Memberi peluang kepada murid-murid memperolehpelbagai pengetahuan dan pengalaman.Penglibatan komuniti dengan prasekolah memberi peluangkepada murid-murid mempelbagaikan pengetahuanserta pengalaman mereka. Salah satu agensi kerajaanyang merealisasikan hasrat ini adalah perkhidmatanperpustakaan. Sebagai contoh khidmat perpustakaan yangselalu diadakan dengan prasekolah adalah perkhidmatanperpustakaan bergerak.

Perkhidmatan perpustakaan menyediakan pelbagai jenisbahan bacaan di dalam bas bagi murid-murid menerokaserta memupuk minat membaca dalam kalangan mereka.Selain itu, perkhidmatan perpustakaan yang ditubuhkandi bandar dan luar bandar banyak memberi kemudahan

Page 31: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

bahan bacaan yang bermutu dan terkini kepada muridmuridprasekolah.

3. Murid-murid mendapat lebih perhatian.Murid-murid adalah insan yang perlu dihargai dan mendapatperhatian yang lebih dalam proses perkembanganmereka. Seharusnya, setiap aktiviti yang dijalankanoleh guru membolehkan murid-murid merasa senang,riang dan mendapat perhatian apabila bersama dengankomuniti.

Memandangkan murid-murid adalah pelajar yang aktif,guru perlu merancang aktiviti bersama-sama dengankomuniti yang boleh menimbulkan rasa senang dan riang.Hal ini kerana pembelajaran yang menggembirakan berkesanpada proses perkembangan murid-murid.Sebagai contoh lawatan ke pusat perindustrian sepertikilang membuat kertas. Lawatan ini mendedahkan muridmuridkepada persekitaran pekerjaan di tempat perindustriandan proses penghasilan kertas.

Faedah kepada guru1. Guru dapat membentuk perhubungan yang mesradengan komuniti.Perhubungan yang mesra dengan komuniti dapat dibentukapabila adanya hubungan dua hala antara gurudan komuniti. Perhubungan dua hala ini dapat diwujudkanmelalui program seperti mengadakan majlis keagamaan.Jawatankuasa masjid misalnya boleh dijemput olehguru ke prasekolah bagi mengajar tentang wuduk ataupunmenceritakan kisah-kisah Nabi. Sedikit sebanyakaktiviti seperti ini membolehkan guru dan murid-muridprasekolah terlibat sama dalam aktiviti yang dianjurkan.

2. Komuniti dapat memberi bantuan kepada guru.Guru mendapat sokongan dan bantuan daripada komunitibagi menjalankan aktiviti yang dirancang terutamanyayang melibatkan tenaga serta bantuan kewangan.Contohnya guru boleh memohon bantuan dari wakilrakyat ataupun orang kaya setempat. Bantuan kewanganini boleh dimohon apabila guru prasekolah hendak mengadakanaktiviti seperti lawatan sambil belajar melaluiprosedur tertentu terutamanya melalui surat yang dihantarsecara rasmi.

Page 32: Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah

3. Guru berpeluang memperoleh cadangan dan pendapatdaripada komuniti.Pendapat daripada komuniti seperti Pusat Kesihatan mengenaipemakanan murid-murid prasekolah bergunakepada guru. Pusat kesihatan dapat membantsu gurudalam penyediaan menu makanan seimbang yang sesuaidengan tahap perkembangan, tumbesaran dan umurkanak- kanak. Pemakanan yang berkhasiat dapat menjanatenaga secukupnya bagi proses pembelajaran murid-muridserta menjamin kesihatan dan kecergasan mereka. Hal inikerana keperluan pemakanan kanak-kanak tidak samadengan orang dewasa