201208150737_topik 10 amali aktivit ketahanan diri

35
PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu komponen wajib yang perlu dilalui oleh seseorang guru pelatih sebelum menjadi seorang guru. Falsafah BIG adalah untuk melahirkan insan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam aspek amali ketahanan diri dalam aktiviti darat, aktiviti air, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam kebudayaan dan pasca nilai. BIG dimulakan selepas sesi pendaftaran guru di maktab masing-masing. Dalam program BIG, pelajar perlu melalui aktiviti perkhemahan di satu tempat yang dikenal pasti dan mendapat keizinan dari pihak pentadbir maktab. Topik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam BIG. Antaranya adalah aktiviti darat dan aktiviti air, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam kebudayaan dan pasca nilai. Aktiviti darat termasuklah bidang rekreasi yang meliputi aktiviti mengembara, Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan aktiviti darat; 2. Menghuraikan aktiviti air; 3. Mengenal pasti Latihan Dalam Kumpulan (LDK); 4. Mengenal pasti aktiviti keagamaan; 5. Mengenal pasti malam kebudayaan; dan 6. Mengenal pasti tindakan dalam pasca nilai. HASIL PEMBELAJARAN T T o o p p i i k k 1 1 0 0 Amali Aktiviti Ketahanan Diri

Upload: suki-yeong

Post on 30-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� PENGENALAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu komponen wajib yang perlu dilalui oleh seseorang guru pelatih sebelum menjadi seorang guru. Falsafah BIG adalah untuk melahirkan insan guru yang mempunyai ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran dalam aspek amali ketahanan diri dalam aktiviti darat, aktiviti air, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam kebudayaan dan pasca nilai. BIG dimulakan selepas sesi pendaftaran guru di maktab masing-masing. Dalam program BIG, pelajar perlu melalui aktiviti perkhemahan di satu tempat yang dikenal pasti dan mendapat keizinan dari pihak pentadbir maktab. Topik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam BIG. Antaranya adalah aktiviti darat dan aktiviti air, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti keagamaan dan moral, malam kebudayaan dan pasca nilai. Aktiviti darat termasuklah bidang rekreasi yang meliputi aktiviti mengembara,

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan aktiviti darat;

2. Menghuraikan aktiviti air;

3. Mengenal pasti Latihan Dalam Kumpulan (LDK);

4. Mengenal pasti aktiviti keagamaan;

5. Mengenal pasti malam kebudayaan; dan

6. Mengenal pasti tindakan dalam pasca nilai.

HASIL PEMBELAJARAN

TTooppiikk

1100 � Amali Aktiviti

Ketahanan Diri

Page 2: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

241

berkhemah, mendaki gunung, meneroka gua dan masuk hutan serta treking. Aktiviti air pula terdiri dari berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, berakit, renang selat, belayar, berkolek dan berenang. Topik ini juga menyentuh tentang aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti membincangkan ciri-ciri guru berkualiti serta peranan guru dalam membina potensi pelajar. Aktiviti LDK membimbing peserta mengeluarkan pendapat berkenaan sesuatu idea dan membentangkan idea tersebut kepada peserta kumpulan dalam bentuk drama, puisi, sketsa, perbahasan dan lakonan bisu.

AKTIVITI DARAT

Guru perlu mempunyai kualiti dalam amali aktiviti ketahanan diri dalam program BIG. Apakah yang perlu dilakukan oleh setiap guru dalam program ini? Mari kita lihat. (a) Mereka perlu melalui pengalaman amali ketahanan diri supaya mereka

boleh meletakkan diri mereka ke tahap berkualiti dalam ketahanan diri yang berkualiti.

(b) Mereka perlu mempamerkan amali aktiviti ketahanan yang menunjukkan

guru bukan golongan yang lemah dan mudah kalah dengan situasi yang mencabar. Ketahanan fizikal dan mental dalam menjayakan sesuatu aktiviti adalah suatu cabaran membuktikan kualiti guru.

(c) Dalam program BIG, pelajar dilatih mengaplikasi amali aktiviti ketahanan

diri serta mempamerkan sikap kerjasama dan rasa hormat menghormati dalam kumpulan masing-masing.

Jadual 10.1 adalah contoh jadual aktiviti BIG untuk tempoh 4 hari 3 malam.

Jadual 10.1: Contoh Jadual Aktiviti BIG

10.1

Page 3: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

242

Jadual 10.2 menerangkan fokus-fokus utama dalam amali aktiviti ketahanan diri segi kualiti guru.

Jadual 10.2: Fokus-fokus Utama dalam Amali Aktiviti

Matlamat Amali Aktiviti

Penerangan Tingkah Laku yang Dipamerkan Berkenaan Amali Aktiviti Ketahanan Diri

1. Jasmani dan kesihatan

� Membimbing kekuatan fizikal: Menggunakan motor halus dan motor kasar untuk bekerja, menggunakan kemahiran tangan, kemahiran fizikal dari kepala hingga ke kaki.

� Menggunakan segala deria dan sentiasa berhati-hati apabila menjalankan kegiatan amali dan ketahanan diri supaya dapat mengelakkan diri dari segala bentuk kemalangan seperti terbakar, kecederaan anggota badan, terseliuh, patah, luka, pitam, demam, gigitan binatang bisa, yang mungkin berlaku sekiranya lalai.

� Sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu dengan suka rela atau ringan tulang. Contohnya peserta mengangkat barang-barang dari satu tempat ke satu tempat mengikut kemampuan dengan cara bergotong-royong atau tolong-menolong yang dapat meringankan beban berbanding dilakukan secara berseorangan.

� Melakukan aktivi kerja memasak seperti memotong ayam, sayur, menumbuk cili, menyiang ikan, membuka tin sardin dan memotong bawang.

� Menjaga kesihatan. Contohnya, air perlu dimasak sehingga mendidih agar mati semua kuman. Peserta perlulah minum air bersih yang telah dididihkan semasa BIG berlangsung.

� Tempat memasak, tempat menyimpan makanan bahan kering dan bahan basah hendaklah sentiasa kemas dan bersih. Peserta pelu menutup makanan serta cara menghidangkan makanan dan mengaplikasikannya.

� Menjaga kesihatan supaya sihat. Air perlu dimasak sehingga mendidih agar mati semua kuman.

2. Kecerdasan emosi

� Peserta boleh bersabar dan sentiasa tenang semasa mendengar arahan dari kem komandan, jurulatih, fasilitator dan ketua kumpulan.

� Boleh menghormati orang lain dan bekerjasama semasa BIG dan melakukan aktiviti-aktiviti darat, aktiviti air dan aktiviti perbincangan kompetensi pengurusan diri yang tinggi seperti membuat kerja dengan penuh minat dan dedikasi.

� Pengurusan diri yang baik.

Page 4: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

243

3. Rohani

� Jujur dan mematuhi masa sepanjang masa.

� Demi masa manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman, berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kebenaran.

� Mematuhi protokol dan mengikut perintah ketua atau perintah kem komandan.

� Memberi tumpuan kepada aspek pembelajaran dan mempraktikkan aktiviti keagamaan.

� Sentiasa membaca dan membuat pemerhatian terhadap alam sekitar dan kejadiannya.

� Membuat refleksi diri dan muhasabah diri. Bertaubat, mengakui kesalahan dan memohon keampunan dari Tuhan.

� Menjauhkan diri dari melakukan kejahatan seperti mencuri, pecah amanah dan mengumpat.

4. Intelektual

� Melaksanakan arahan dengan cepat, tepat, betul dan benar.

� Setiap kesalahan ada hukumannya. Sehubungan itu, elakkan diri dari melakukan sebarang kesalahan semasa dalam program BIG seperti merokok dan sebagainya.

� Setiap kesalahan yang terbukti perlu diambil tindakan. Contohnya jika terdapat peserta yang terlambat bangun dari tidur mesti didenda membersihkan sampah di kawasan perkhemahan dari pagi hingga petang.

5. Sosial

� Membuat kerja dengan betul, mengikut peraturan dan melakukannya dengan ikhlas serta saling bantu membantu antara satu sama lain.

� Sentiasa berpakaian kemas, berstokin dan berkasut.

� Mematuhi arahan, bangun awal, segera datang apabila dipanggil oleh ketua melalui tiupan yang telah dikontrakkan terlebih dahulu seperti wisel tiup.

� Kemahiran sosial juga menuntut berbuat baik dengan semua orang.

� Menepati waktu dan mematuhi jadual yang ditetapkan.

� Tidak berlengah masa, berbual kosong serta elakkan mengumpat sesiapa pun di kalangan anda.

Page 5: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

244

Apakah faedah yang boleh diperoleh daripada aktiviti darat? Faedah-faedahnya adalah seperti berikut: (a) Aktiviti ini dapat menambah pengetahuan dan pengalaman.

(b) Memupuk semangat dan kualiti watak seperti toleransi, berdikari, ketahanan mental, kepimpinan, disiplin dan perpaduan.

(c) Meredakan tekanan mental apabila berhubung dengan persekitaran alam semula jadi yang menarik.

(d) Aktiviti amali adalah sebahagian dari kehidupan seharian.

(e) Aktiviti darat dianggap penting dari segi aspek kesihatan, fizikal, mental, pemikiran, kerohanian dan komunikasi.

(f) Aktiviti amali ketahanan diri adalah saling berkaitan dan tidak terpisah.

(g) Motivasi dalaman adalah cetusan arahan kendiri yang kuat untuk melakukan amali. Ketahanan diri dan arahan kendiri amat dihargai dalam program BIG.

(h) Penekanan terhadap tingkah laku berdisiplin sangat ditegaskan.

(i) Menepati masa.

(j) Fasilitator dan tutor serta guru pelatih berinteraksi sebagai fokus yang penting.

(k) Penekanan potensi semulajadi serta keupayaan berkembang dalam persekitaran yang memupuk kasih sayang.

(l) Menghormati orang lain dan akur kepada konsep kebebasan dan tidak boleh mendera orang lain.

(m) Jadual amali disusun dengan baik dan perlu dipatuhi.

(n) Bertimbang rasa dan elakkan cara kekerasan. Konsep aktiviti darat adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan di kawasan darat yang selamat bebas dari kawasan yang berbahaya. Aktiviti darat mempunyai objektif dan matlamat iaitu untuk amali aktiviti ketahanan diri dari segi fizikal dan mental serta emosi dan sosial seorang pelajar. Berikut adalah antara aktiviti darat yang dilaksanakan dalam program BIG:

Page 6: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

245

(a) Perkhemahan Sejarah perkhemahan yang pertama dibuat oleh Lord Baden Powel (1907),

pengasas Pergerakan Pengakap dunia di Pulau Brownsea, England. Aktiviti perkhemahan adalah aktiviti darat yang paling utama dalam BIG.

Berikut perkara yang mesti dilakukan dalam perkhemahan: (i) Memasang khemah sebagai tempat kediaman sementara untuk

berteduh dan bermalam.

(ii) Elakkan khemah terkena benda beracun atau bahan kimia termasuk penyembur serangga.

(iii) Khemah diperbuat dari kain tebal dan nilon. Khemah ditegakkan dengan tiang besi dan tali. Anda menyusun barang-barang peribadi dengan kemas.

(iv) Berkhemah selalunya di tempat lapang seperti di bukit-bukit, tepi sungai, tepi pantai atau di tepi laut yang dikelilingi oleh pohon kayu menghijau dan terdengar kicauan burung.

(v) Perkhemahan memerlukan persiapan rapi dan segala prosedur perkhemahan perlu diikuti dengan teratur.

(vi) Pastikan khemah tertutup dan dizip. Ini kerana binatang mudah masuk dan membahayakan peserta.

(vii) Dedahkan khemah kepada matahari supaya cepat kering.

(viii) Peserta melalui aktiviti berjalan kaki untuk merentas bukit bukau atau sungai untuk sampai di kawasan perkhemahan. Keadaan ini memberi peluang supaya mereka menjadi kuat dari segi fizikal dan mental.

(ix) Penjagaan beg tidur adalah perlu untuk mengelakkan kesejukan pada waktu malam.

(b) Perkakasan Memasak

(i) Memasak adalah aktiviti yang boleh dilakukan oleh peserta BIG.

(ii) Pelajar akan bergilir memasak makanan untuk sarapan pagi, tengahari dan malam.

Page 7: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

246

(iii) Cara mereka memasak menggunakan dapur gas, dapur minyak, dapur api.

(iv) Bekas memasak seperti periuk, kuali, cerek dan pinggan mangkuk perlu cukup untuk keperluan semua ahli.

(v) Bekas air, sudu, garpu dibawa oleh ahli sendiri. (c) Perancangan dan Persiapan Perkhemahan

(i) Perlantikan Ahli Jawatankuasa Perkhemahan

� Adakan mesyuarat pembentukan jawatan kuasa dan pembahagian tugas dan bidang tugas yang diketuai oleh Ketua Kem Komandan yang telah dilantik oleh pihak pentadbir.

� Ini termasuklah pemilihan tempat, aturcara, peralatan, kebenaran

dari pelbagai pihak (termasuk surat dari balai polis berdekatan untuk tujuan pengawasan keselamatan,surat pegawai perubatan berdekatan untuk kes-kes kecemasan dan surat makluman kepada ketua kampung berdekatan mereka) sebagai makluman yang kita telah berhimpun di kawasan mereka.

(ii) Penetapan Masa

� Biasanya aktiviti perkhemahan dilaksanakan dalam tempoh 4 hari 3 malam.

(iii) Penetapan Lokasi

� Dalam menguruskan penetapan lokasi perkhemahan, pastikan tempat yang dipilih itu mestilah bersih dan selamat dari segala gangguan penyakit.

� Kawasan yang banyak lalat tidak boleh dijadikan tempat perkhemahan walaupun tempat itu di tepi laut.

� Pihak pentadbir bertanggungjawab di atas pemilihan tempat untuk perkhemahan ini.

(iv) Individu yang Terlibat

� Buatkan senarai nama pelajar, nama ketua kumpulan yang mengikuti perkhemahan, nama kem komandan, fasilitator dan nama jurulatih yang terlibat.

Page 8: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

247

(v) Cara Pengendalian Perkhemahan

� Cara yang paling biasa digunakan untuk ke lokasi perkhemahan adalah dengan menaiki bas dan berjalan kaki.

� Segala peralatan perkhemahan dan perkakasan memasak, segala bag pakaian perlu dibawa bersama iaitu dinaikkan ke atas bas dan diturunkan semuanya dan diangkut ke tapak perkhemahan.

� Semua ahli dalam kumpulan bekerjasama untuk mendirikan khemah masing-masing dan ahli yang memasak akan menyiapkan hidangan.

� Satu khemah khas untuk solat akan didirikan berhampiran tempat perkhemahan dan khemah itu juga digunakan untuk dijadikan tempat makan bersama-sama semasa makan tengahari dan makan malam.

(vi) Tujuan BIG

� BIG dilaksanakan untuk melahirkan guru yang mempunyai amali ketahanan diri dari segi fizikal, mental, rohani, sosial dan boleh bekerjasama dengan ahli kumpulan.

(d) Surat Kebenaran Berikut adalah senarai semak surat kebenaran yang perlu diperoleh dari

pihak yang berkenaan yang perlu diuruskan sebelum perkhemahan:

(i) Kebenaran pengetua.

(ii) Kebenaran pemilik tapak perkhemahan.

(iii) Kebenaran ketua balai polis berdekatan � senarai nama peserta perlu dilampirkan.

(iv) Surat makluman pegawai perubatan yang berdekatan. (e) Peraturan Perkhemahan Peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi sepanjang perkhemahan.

Antara peraturan-peraturannya adalah seperti berikut:

(i) Semua aktiviti yang dilaksanakan mestilah mengikut aktiviti yang telah dijadualkan dari mula hingga akhir program BIG.

(ii) Semua peserta perlu mengikut arahan kem komandan.

Page 9: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

248

(iii) Semua peserta dilarang masuk di kawasan larangan � kawasan perempuan.

(iv) Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan tanpa kebenaran dari kem komandan.

(v) Semua peserta perlu mengikuti aktiviti yang dijadualkan kecuali peserta yang sakit. Walau bagaimanapun perlu melaporkan diri kepada ketua kumpulan.

(vi) Semua barang perlu disimpan di tempat selamat.

(vii) Peralatan tajam hendaklah disimpan ditempat yang selamat.

(viii) Makanan hendaklah disimpan dalam keadaan ditutup rapat dan ketat untuk mengelakkan tertumpah dan dimasuki debu atau dihinggapi lalat.

(ix) Kawasan perkhemahan merupakan kawasan larangan merokok. (f) Faedah Berkhemah

(i) Perkhemahan merupakan satu kaedah menyalurkan pendidikan sosial dan komunikasi kepada bakal-bakal guru. Ahli-ahli dalam kumpulan dapat bekerjasama untuk menjayakan projek yang dirancangkan.

(ii) Peserta akan terdedah dengan suasana pendalaman atau di tepi laut. Peserta memerhati akan alam semulajadi ciptaan Allah. Ini akan memberi ketenangan kepada peserta untuk mensyukuri nikmat Allah.

(iii) Peserta mendapat pengalaman menguruskan keperluan diri dan berdikari.

(iv) Sewaktu aktiviti perkhemahan dilaksanakan, peserta akan belajar bergaul, bertukar fikiran dan mengenali antara satu sama lain.

(v) Hubungan peserta dan kawan-kawan seharusnya dalam bentuk bantu membantu.

(vi) Semangat kerjasama harus dipupuk supaya hati nurani menjadi bersih terhadap rakan sendiri. Perasaan mementingkan diri sendiri hendaklah dibuang dari hati anda.

(vii) Peserta akan beramah mesra dan berasa terhibur, jiwa akan bertambah tenang dan ini melahirkan peribadi yang mulia dan refleksi yang waras.

Page 10: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

249

(g) Pengembaraan dalam Hutan Rekreasi/Mendaki Gunung Mengembara secara berkumpulan dalam hutan yang selamat adalah

aktiviti darat yang mesti dilalui oleh pelajar BIG. Biasanya pengembaraan ini melibatkan seramai 10 orang dalam satu-satu kumpulan. Kumpulan tersebut akan diawasi oleh seorang ketua yang membawa kompas yang menunjuk arah tempat yang anda akan dituju.

(i) Sebelum Anda Mengembara

� Peserta perlu berlatih dahulu cara menggunakan kompas tersebut.

� Pengalaman peserta semasa berlatih itu akan memudahkan mereka mengembara dalam hutan supaya tidak berlaku kesesatan.

� Setelah anda diberi arahan tempat dituju, peserta akan set arahan kompas dan anda tidak dibenarkan menukarnya.

� Peserta akan terus berjalan mengikut arah kompas dan akhirnya akan akan sampai di tempat yag dituju.

� Dalam masa yang sama pastikan peti pertolongan cemas dibawa untuk kumpulan masing-masing dan peti ini dibawa secara bergilir-gilir.

� Barang-barang dalam peti perlu dipastikan kelengkapannya untuk digunakan apabila diperlukan.

(ii) SSemasa Mengembara Semasa anda mengembara dalam hutan/gunung/bukit anda perlu

menjaga keselamatan diri anda dan rakan-rakan anda dalam kumpulan perlulah dijaga.

� Peserta dilarang sama sekali mengambil atau memetik bunga,

daun atau mengganggu binatang yang melata di bumi seperti ulat gonggok, semut dan serangga.

� Peserta dilarang ketawa kuat, atau menjerit atau mengumpat sesiapa sahaja. Digalakkan berbincang atau berbual kebesaran Allah yang menjadikan alam sekitar untuk keperluan manusia.

� Peserta akan bertemu dengan kayu balak yang beratus tahun umurnya, segala jenis spesis tumbuhan, rotan yang di antaranya adalah sumber rezeki untuk manusia dan haiwan.

Page 11: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

250

� Jika diperhatikan secara menyeluruh didapati segala bentuk buah-buahan dan hidupan untuk menjadi hidangan dan juadah penghuni rimba. Semua ini berada dalam lingkaran hidup yang teratur dan penuh misteri.

� Satu keajaiban yang mencakup ruang lingkup alam semula jadi yang menjana pemikiran dan keimanan manusia mencetus keagungan ciptaan Allah semuanya berada dalam kekuasaan Allah bahawa semua dijadikan dan dimatikan.

� Ini akan menimbulkan rasa keinsafan supaya kita menurut segala perintahnya dan menjauhkan laranganNya.

� Peserta bermuhasabah diri atau refleksi diri sendiri dalam hati mereka.

(iii) SSemasa Anda Hendak Sampai di Kemuncak

� Semasa anda hendak sampai gunung yang anda dituju, kaki anda mungkin tersangkut di akar kayu, terpaksa meredah semak-samun yang merentang jalan yang anda lalui.

� Anda akan bertemu pacat, ulat gonggok kumbang, lebah dan lain hidupan. Anda perlu kuat semangat. Sekiranya kepenatan, bolehlah berehat dan semua ahli dalam kumpulan turut sama berehat serta minum sedikit air.

� Tidak dibenarkan makan bersantai dalam hutan kerana makanan tersebut akan dihidu oleh binatang yang ada dalam hutan dan ini mengundang risiko kepada kumpulan anda.

� Kata-kata semangat perlu diberikan kepada kawan-kawan yang cepat letih atau kurang mampu mendaki supaya terus mendaki.

(iv) AApabila Sudah Sampai Kemuncak

� Apabila anda sudah sampai kemuncak elakkan dari menjerit. Anda hendahlah duduk membaca doa selamat dan bolehlah menghidang makanan seperti kacang, roti dan air minuman.

� Anda boleh tersenyum dan seronok kerana anda sudah sampai di puncak bersama rakan dengan selamat.

Page 12: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

251

� Selepas berehat, anda dan kumpulan anda akan menuruni bukit dengan mengikut arah kompas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan anda.

� Semasa itu anda akan menuruni bukit/gunung, anda perlu berhati-hati kerana anda bertemu dengan lurah yang cerun. Langkah kaki anda perlu berhati-hati kerana inilah satu cabaran yang lebih hebat berbanding dengan naik bukit atau gunung.

� Pergerakan anda yang laju semasa menuruni lurah boleh menyebabkan anda terjatuh bila-bila masa. Anda perlu berpegang kepada pokon atau akar dan menetapkan kedudukan kaki yang sesuai untuk melangkah.

� Anda juga akan boleh alpa yang memungkinkan anda meninggalkan rakan anda yang perlahan menuruni lurah. Anda mungkin akan kurang prihatin lagi terhadap kumpulan anda.

� Aktiviti naik gunung dilakukan secara berkumpulan, maka sewaktu menuruni gunung juga haruslah berkumpulan. Semua peserta berhasrat untuk turun cepat dan agar dapat berehat. HAl ini kerap menjadikan anda lupa semangat setia kawan, maka anda perlu sabar dan menjaga kebajikan rakan kumpulan anda yang mungkin lambat sedikit kerana keletihan.

� Masa yang diambil untuk mendaki gunung dan menurun gunung untuk pelajar BIG hanya 4 jam sahaja.

� Masa bermula mendaki adalah pukul 8.00 pagi dan sampai di puncak pada pukul 10.00 pagi dan turun semula pada pukul 11.00 pagi dan sampai ke tempat yang dituju pada pukul 1.00 tengahari.

� Anda perlu mematuhi arah kompas untuk mengelakkan kesesatan yang akan menyebabkan anda akan mengambil masa yang panjang berada dalam perjalanan di dalam hutan. Sekiranya sudah sampai pukul 2.00 petang anda masih berada dalam hutan, ini menandakan anda sudah sesat.

� Anda seharusnya tidak boleh berada dalam hutan hingga petang. Kebiasaannya pada jam 4.00 petang hutan sudah mulai gelap dan akan menyukarkan anda untuk meneruskan perjalanan anda. Alternatif yang anda boleh lakukan adalah dengan melaungkan azan dalam hutan tersebut dan terus menunggu bantuan datang.

Page 13: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

252

(h) Aktiviti Gotong-royong Membersihkan Persekitaran

(i) Aktiviti gotong-royong adalah satu aktiviti yang sangat popular di kalangan pelajar BIG. Aktiviti ini membersihkan kawasan persekitaran tempat yang mereka berkhemah atau memilih sebuah sekolah atau masjid untuk aktiviti gotong-royong bagi mencantikkan kawasan. Berikut adalah aktiviti yang dijalankan mengikut kumpulan masing-masing.

(ii) Menanam dan menyiram pokok-pokok bunga.

(iii) Membersihkan longkang tersumbat.

(iv) Mencangkul rumput.

(v) Menyapu dan membuang sampah sarap.

(vi) Membuat rekreasi dan menanam pokok. Aktiviti seterusnya dalam perkhemahan adalah pertandingan memasak, sukaneka, permainan dan gubahan ialah kreatif. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar melahirkan idea kreatif supaya dan dapat berkongsi kemahiran dengan rakan lain dalam kumpulan. Jadual 10.3 memaparkan bentuk-bentuk aktiviti yang dijalankan semasa program perkhemahan.

Jadual 10.3: Aktiviti-aktiviti yang Dijalankan Semasa Program Perkhemahan

Aktiviti Semasa Perkhemahan TTindakan

1. Pertandingan Pertandingan memasak

2. Permainan Permainan tradisional � gasing, layang, guli, bulu ayam, galah.

3. Sukaneka Gelong rotan, lari dalam guni, lari atas tempurung.

4. Permainan Kim Mengesan benda dengan menggunakan: (a) Mata � Perhatikan barang-barang dalam masa 2 minit

dan tulis semula;

(b) Telinga � Dengar bunyi kicauan burung dan tulis;

(c) Tutup mata dan rasa dengan tangan contohnya batu, kapas;

(d) Lidah � Tutup mata dan teka rasa apa; dan

(e) Hidung � Tutup mata dan teka bau apa.

5. Gubahan Pelajar boleh mereka cipta seperti kraf tangan dari bahan semula jadi � daun kering, kulit siput.

Page 14: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

253

Gejet Semasa Perkhemahan Gejet perkhemahan adalah kerja-kerja yang memerlukan kemahiran tangan. Ini

termasuk kemahiran tangan yang diperlukan dalam perkhemahan. Alat-alat kecil yang dipanggil gejet (gadget) direka cipta semasa perkhemahan. Pelajar BIG perlu membuat gejet ini sebagai aktiviti berkumpulan di khemah masing-masing untuk digunakan di sepanjang perkhemahan tersebut. Berikut adalah alat gejet dan kegunaannya.

Alat Gejet BBahan KKegunaan

1. Tempat menggantung barang

Ranting bercabang ditanamkan ke tanah atau di ikat ke pokok kayu

Gantung cawan, kole

2. Para letak barang Buluh dibelah dan diikat dan disusun

Menyusun pinggan

3. Tempat menjemur kasut Kayu diikat ada tiang empat dan bentuk segi bujur empat

Menyusun kasut

4. Penyapu sampah Ranting halus diikat Penyapu

5. Penyidai baju Dua dahan kayu dan diikat menggunakan tali

Penyidai baju

AKTIVITI AIR

Aktiviti air adalah merupakan aktiviti yang dijalankan di kawasan air. Aktiviti air yang biasa dijalankan dalam program perkhemahan adalah termasuklah berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, luncur layar, berakit, renang dan belayar. Dalam BIG, aktiviti air terdiri dari selam snorkel dan berkayak jarak dekat. Berikut adalah prosedur untuk aktiviti air (lihat Jadual 10.4).

10.2

1. Nyatakan lima aktiviti yang dilaksanakan sebagai aktiviti darat dalam BIG.

2. Nyatakan faedah anda mengembara dalam hutan rekreasi.

SEMAK KENDIRI 10.1

Page 15: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

254

Jadual 10.4: Prosedur yang Terlibat dalam Aktiviti Air

Prosedur TTindakan

1. Perancangan

� Setelah sampai di tempat perkhemahan dan semua khemah telah didirikan maka semua ahli bersiap sedia untuk aktiviti keyakinan dalam air (water confidence).

� Selalunya water confidence dijalankan pada waktu petang pada pukul 4.30 petang hingga pukul pukul 6.30 petang.

� Sebelum anda masuk laut anda mesti memakai jaket keselamatan.

Memanggil tiga jurulatih dari pasukan polis laut untuk membimbing pelajar dalam aktiviti berikut:

� Memperkenalkan komponen jaket keselamatan dan cara menggunakannya;

� Menerangkan bahaya air;

� Menjelaskan aspek keselamatan di air dan tindakan keselamatan;

� Menjelaskan cara mengapung diri dalam air

� Teknik pernafasan;

� Tindakan dalam air apabila menunggu bantuan tiba;

� Teknik terapung dalam bulatan; dan

� Bepegang tangan.

2. Pelaksanaan Berkayak

� Dimulakan berkayak pada pukul 8.00 pagi.

� Peralatan: 2 orang untuk satu kayak dan 2 pengayuh.

� 2 bot peronda dan 4 jurulatih akan mengawasi perjalanan peserta yang sedang berkayak.

� Berkayak perlu jantina yang sama.

� Kalau ahli berkayak mengalami pitam atau muntah, rakan perlu meniup wisel dan peronda akan membantu.

Dua peserta akan berkayuh mengikut teknik yang diajarkan oleh jurulatih iaitu dengan cara berikut:

� Berkayuh kayak;

� Membelok kayak ke kiri dan ke kanan;

� Menghentikan kayak kerana ada bonggol batu di hadapan kayak;

� Berkayak tidak boleh berhenti kerana anda akan hanyut dibawa arus laut;

� Bawa air minuman dalam kayak (kecil);

� Senyum; dan

� Relakskan diri anda.

3. Penamat Aktiviti Berkayak

� Berkayak telah selesai.

� Masa yang sesuai untuk berkayak bermula 9.00 pagi dan tamat pada pukul 11.30 pagi.

Turun dari kayak:

� Buka jaket keselamatan dan bersihkannya dan jemur di tempat yang panas dan bersih;

� Mandi dan bersihkan diri; dan

� Berehat.

Page 16: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

255

LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Latihan dalam kumpulan adalah aktiviti perbualan atau tindakan semua ahli berkumpul untuk menjana idea dan pemikiran supaya bertindak dengan lebih futuristik mengikut situasi. Terdapat banyak tajuk yang boleh dibincangkan dalam LDK. Antara tajuk yang sering menjadi perhatian adalah seperti aspek psikologi, pedagogi, isu semasa, gejala sosial, simulasi lakonan, projek, buku log dan portfolio. Berikut adalah antara tajuk atau aktiviti dalam perbincangan dan persembahan yang sering dilaksanakan dalam LDK: (a) Lakonkan bagaimana menjadi seorang guru yang baik.

(b) Sekiranya anda menjadi Pengetua sekolah, jelaskan pelaksanaan yang dibuat di sekolah tersebut.

(c) Kalau anda diberi peluang untuk membina bandar sekolah, apakah ciri-ciri bandar sekolah yang akan anda pamerkan?

Berikut adalah tajuk-tajuk perbincangan dalam LDK (lihat Jadual 10.5).

10.3

Bagaimanakah anda melakukan aktiviti keyakinan di air dan apakah tindakan anda sebelum berkayak? Bincangkan dengan kawan anda.

AKTIVITI 10.1

Page 17: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

256

Jadual 10.5: Tajuk-tajuk Perbincangan dalam LDK

Tajuk LDK Bentuk Persembahan

1. Mendedahkan siapa diri anda

� Menjelaskan kebaikan dan keburukan diri anda.

� Cara mengatasinya dengan bantuan rakan dalam kumpulan.

2. Siapa yang berjasa terhadap diri anda

� Keluarga.

� Rakan.

� Kerajaan.

� Orang kampung.

� Masyarakat.

3. Matlamat hidup anda

� Belajar, bekerja, berkahwin, berkebun, berniaga.

� Melanjutkan pelajaran.

4. Impian anda

� Keluarga yang soleh dan beriman.

� Rumah besar, kereta besar, ijazah lanjutan.

� Pergi Mekah menunaikan haji.

� Berjimat untuk tabungan.

� Zakat harta, sedekah jariah.

5. Simulasi

� Berlakon jadi pengetua dan projek yang akan dilaksanakan.

6. Projek/model

� Buat model sekolah yang ideal.

7. Main peranan

� Membaca cerpen bertajuk „Beruk‰ karya Azizi Abdullah dan lakonkan semula cerpen tersebut.

8. Simulasi Forum Menteri dan Pengarah JPN

� Tindakan supaya pelajar pergi sekolah hanya membawa beg seberat 1.7 kilogram sahaja bukan 10 kilogram.

9. Perbahasan

� Semua sekolah perlu sama jantina.

� Semua sekolah pengetua perempuan � Apa jadi.

10. Ramalan

� Tayangan video � dokumentari/fisyen/kisah Hang Tuah � beri komen.

� Contoh kalau anda menjadi Mahsuri.

Page 18: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

257

Tujuan LDK LDK mempunyai falsafah yang tersendiri iaitu menyediakan diri guru kepada realiti hari ini dan menegaskan pendidikan masa depan. Pendidikan perlu disepadukan dengan kehidupan guru. Pembelajaran perlu dilaksanakan dengan pengalaman dan pendidikan arah kendiri.LDK merupakan pengalaman yang diperoleh dalam membentuk potensi yang ada dalam diri guru. Melalui perbincangan dan bertukaran fikiran dan terlibat secara langsung anda sebagai guru dapat memberi terapi kepada diri anda dan ahli kumpulan. Jadual 10.6 menunjukkan tujuan LDK dan manfaat yang yang boleh dikongsi bersama dalam kumpulan.

Jadual 10.6: Tujuan-tujuan LDK dan Manfaatnya

Tujuan MManfaat

1. Memberi pendapat

� Memperkuatkan kuasa mendengar yang tinggi.

� Manusia mempunyai kuasa cakap yang lebih, maka dalam LDK mengajar manusia belajar mendengar dan meningkatkan kemahiran mendengar yang berkesan.

2. Memperbaiki perlakuan

� Mengembangkan konsep baru dan mempraktiskan dalam kehidupan dari segi bahasa bercakap yang sopan santun.

3. Bergembira

� Ada unsur jenaka daripada rakan ketika memberi idea atau berlakon, berseronok dengan persembahan masing-masing.

4. Kerehatan fikiran

� Belajar dalam kumpulan anda bagaimana hendak mengurangkan darah gemuruh atau debaran jantung apabila hendak bercakap di hadapan orang ramai.

� Dapat berkongsi idea � teknik terapi diri dalam menyelesaikan masalah kehidupan.

5. Memperelok fitrah

� Meninggikan motivasi dan semangat juang apabila mendengar cerita atau pengalaman orang lain dan membandingkan dengan kehidupan diri sendiri.

6. Tidak boleh keterlaluan

� Dalam apa jua bentuk tindakan, kita tidak boleh berlaku kasar, perlu bersabar dan bertenang dalam memberi pendapat.

Page 19: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

258

7. Belajar menjaga masa

� Masa sangat penting dalam kehidupan manusia. Apabila terlalu banyak bercakap kita banyak membuang masa. Apabila bercakap tanpa tindakan untuk memperbaiki diri, walau pun LDK itu memang bercakap tetapi bercakap apabila perlu sahaja.

8. Mengambil giliran bercakap

� Menyusun idea untuk bercakap. Sebelum bercakap perlu difikirkan akibatnya supaya terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya.

9. Membentuk kasih

sayang

� Lemah lembut dan bertimbang rasa, memperoleh tingkah laku yang mulia, bercakap dengan menjaga hati kawan.

10. Perkembangan mental dan emosi

� Membuat kebaikan setelah diseru melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dan bertaubat.

11. Memberi keyakinan diri

� Meningkatkan keyakinan diri untuk berdiri dan berhadapan dengan ramai orang.

� Kemahiran asas sosial dan dapat sokongan moral dari ahli kumpulan.

AKTIVITI KEAGAMAAN DAN MORAL

Seterusnya kita akan berbincang tentang aktiviti keagamaan dan juga moral. (a) AAktiviti Keagamaan

Aktiviti keagamaan dan moral dirancang dan dilaksanakan secara berasingan.

(i) Aktiviti keagamaan untuk pelajar Islam dan aktiviti moral untuk

pelajar bukan Islam.

(ii) Aktiviti keagamaan penting untuk pelajar Islam berkumpul untuk solat 5 waktu iaitu solat Subuh, Zuhur, Maghrib, Asar dan Isyak (Rajah 10.1).

10.4

Kongsi pengalaman anda dalam LDK yang anda terlibat.

AKTIVITI 10.2

Page 20: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

259

(iii) Anda akan bersolat berjemaah kerana anda telah mengetahui bahawa solat jemaah adalah 27 kali ganda pahalanya.

(iv) Salah seorang daripada peserta akan melaungkan azan sebagai tanda telah masuk waktu solat.

(v) Semua peserta akan datang ke khemah yang telah dikhaskan sebagai tempat solat dan peserta akan bersiap untuk solat berjemaah.

(vi) Seorang pelajar akan menjadi imam dan mereka dilantik secara bergilir mengikut waktu solat.

(vii) Jemaah lelaki dan jemaah perempuan diasingkan dengan tabir dinding yang dibuat dari kain supaya dapat memisahkan antara jemaah lelaki dan perempuan.

Rajah 10.1: Bersolat

Page 21: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

260

Berikut adalah aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk aktiviti keagamaan (rujuk Jadual 10.7).

Jadual 10.7: Aktiviti-aktiviti yang Boleh Dilaksanakan Semasa Aktiviti Keagamaan

Aktiviti Keagamaan MManfaat kepada Pelajar

1. Solat berjemaah setiap waktu di sepanjang program BIG dijalankan

� Menepati waktu solat;

� Melakukan solat berjemaah lebih baik dari seorang diri;

� Belajar cara solat berjemaah; dan

� Mensegerakan solat, jangan menangguhkan solat.

2. Ceramah mengikut waktu: Subuh dan Maghrib

� Menghadiri majlis ilmu akan memperoleh rahmat dari Allah;

� Mengukuhkan kepercayaan kepada Allah;

� Insaf sebagai insan kerdil di dunia yang satu ketka nanti kita akan meninggalkan dunia ini;

� Aktiviti ceramah boleh dijadualkan dengan menjemput individu yang mempunyai kelayakan dari segi ilmunya dari mana-mana institusi yang telah mendapat keizinan dari pihak pentadbir atau melantik penceramah dari kalangan peserta. Walau bagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab urus setia agar teks ceramah perlu disemak terlebih dahulu oleh tutor atau kem komanden ntuk mengelakkan pengisian yang kurang sesuai; dan

� Antara tajuk ceramah yang boleh dicadangkan adalah seperti berikut:

� Kisah mujizat Nabi Muhammad SAW;

� Kisah Nabi-nabi dalam Al-Quran;

� Peranan wanita dalam mendamaikan dunia;

� Kewajipan ibu dan bapa kepada keluarga;

� Isu masyarakat Islam hari ini; dan

� Solat Musafir dalam Islam dan lain-lain.

Page 22: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

261

3. Kiamulail atau solat malam untuk satu malam sahaja:

� Solat tahajud � Solat taubat � Solat tasbih � Solat hajat

� Semua pelajar lelaki dan perempuan dijadualkan untuk bangun malam pada pukul 4.00 pagi;

� Aktiviti ini diketuai oleh seorang ustaz;

� Peserta akan mendirikan solat tahajut, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dan berzikir beramai-ramai; dan

� Setiap manusia yang beragama Islam hendaklah mendirikan solat tasbih sebanyak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sebelum anda meninggal dunia.

4. Membaca Al-Quran

� Ahli memperdengarkan bacaan Al-Quran;

� Membaca 10-15 minit Al-Quran sebelum azan dilaungkan di kawasan perkhemahan tersebut; dan

� Memberi peluang kepada pelajar yang pandai dalam membaca Al Quran itu berkongsi pengalaman dengan orang lain dan boleh menimbulkan keinsafan kepada orang lain bahawa sangat penting kita sebagai umat memperdengarkan dan membaca al Quran.

5. Membaca kisah Nabi dan Rasul-rasul

� Nabi Muhammad SAW; dan

� Kisah Nabi dalam Al-Quran.

(b) AAktiviti Moral Aktiviti moral dirancang dan dilaksanakan untuk pelajar bukan Islam.

(i) Aktiviti moral ini bertujuan supaya ketika pelajar Islam pergi menunai solat berjemaah pelajar bukan Islam berkumpul pula untuk membincangkan aspek moral.

(ii) Seorang fasilitator atau tutor atau seorang ahli kumpulan akan

mengetuai aktiviti moral tersebut.

Berikut adalah tajuk aktiviti moral yang dicadangkan untuk faedah ahli dalam kumpulan (lihat Jadual 10.8).

Page 23: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

262

Jadual 10.8: Tajuk-tajuk Moral yang Dicadangkan Semasa Aktiviti Moral

Aktiviti MManfaat kepada Pelajar

1. Perbincangan beberapa tajuk berkaitan dengan moral:

� Elemen dan amalan budaya di sekolah;

� Peranan guru melaksanakan amalan budaya sekolah penyayang; dan

� Masalah tingkah laku buli di sekolah.

� Peka kepada perkembangan amalan budaya di sekolah; dan

� Peka kepada peranan guru berkaitan amalan budaya sekolah yang penyayang.

2. Membuat Poster

� Kempen kebersihan sekolah;

� Kempen dadah merbahaya; dan

� Kempen kebudayaan di Malaysia.

� Membina bidang pengalaman; dan

� Daya dan estetika.

3. Menyenaraikan Nilai Murni

� Sikap berbudi bahasa dalam masyarakat Malaysia; dan

� Semangat perpaduan di Malaysia.

� Baik hati;

� Berdikari;

� Hemah tinggi;

� Hormat;

� Kasih sayang;

� Keadilan;

� Kebebasan;

� Kebersihan mental dan keberanian;

� Kejujuran;

� Kerajinan;

� Kerjasama;

� Kesederhanaan;

� Kesyukuran;

� Rasional;

� Semangat Kemasyarakatan;

� Perkembangan sosio dan emosi; dan

� Kesopanan dan kesantunan bahasa sebagai budaya masyarakat Malaysia.

Page 24: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

263

4. Semangat Kemasyarakatan

� Lawatan ke rumah orang tua; dan

� Mengadakan jamuan hari kanak-kanak di rumah anak yatim/kanak-kanak pendidikan khas.

� Temuramah dengan orang tua di rumah orang tua yang berdekatan; dan

� Pengetahuan berkenaan kehidupan orang tua di rumah orang tua.

5. Projek

� Ketatanegaraan; dan

� Membuat kata-kata hikmat untuk digantungkan di kawasan perkhemahan digunakan untuk sepanjang tempoh perkhemahan atau selamanya.

� Penulisan atau kraf tangan yang menarik perhatian orang ramai;

� Poster; dan

� Lukisan.

6. Penyediaan Bahan

� Penulisan kartun dan unsur jenaka; dan

� Alat mengajar mata pelajaran moral.

� Menggunakan bahan-bahan terbuang sebagai alat bantu mengajar mata pelajaran moral.

Jadual 10.9 menunjukkan senarai nilai murni yang perlu dipupuk dalam aktiviti moral.

Page 25: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

264

Jadual 10.9: Senarai Nilai Murni yang Perlu Dipupuk dalam Aktiviti Moral

Nilai Murni PPenerangan

1. Baik hati

� Belas kasihan;

� Bertimbang rasa;

� Murah hati;

� Saling faham memahami; dan

� Saling bermaafan.

2. Berdikari

� Berupaya bertindak sendiri; dan

� Yakin kepada diri sendiri.

3. Hemah tinggi

� Kesopanan;

� Mengakui kesalahan diri; dan

� Ramah mesra.

4. Hormat

� Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga;

� Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin;

� Hormat kepada institusi kerajaan;

� Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan;

� Patuh kepada undang-undang; dan

� Patuh kepada ketepatan masa.

5. Kasih sayang

� Sayang kepada diri sendiri;

� Sayang kepada alam sekitar; dan

� Cinta kepada negara.

6. Keadilan

� Adil; dan

� Saksama.

7. Kebebasan

� Kebebasan dari segi undang-undang.

8. Keberanian

� Berani mencuba; dan

� Berani kerana benar.

Page 26: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

265

9. Kebersihan fizikal dan mental

� Kebersihan diri;

� Jauhkan diri dari dadah; dan

� Kebersihan mental.

10. Kejujuran

� Amanah;

� Bercakap benar; dan

� Ikhlas.

11. Kerajinan

� Daya usaha; dan

� Dedikasi.

12. Kerjasama

� Gotong-royong;

� Toleransi; dan

� Perpaduan.

13. Kesederhanaan

� Pertuturan dan perlakuan yang sederhana; dan

� Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.

14. Kesyukuran

� Berterima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan kerajaan.

15. Rasional

� Membuat pertimbangan.

16. Semangat bermasyarakat

� Bermuafakat;

� Kejiranan; dan

� Peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

1. Nyatakan program yang boleh anda dan kumpulan anda laksanakan dalam aktiviti moral.

2. Senaraikan semua nilai murni yang disaran oeh menteri pelajaran.

AKTIVITI 10.3

Page 27: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

266

MALAM KEBUDAYAAN

Malam kebudayaan biasanya diadakan pada malam terakhir perkhemahan. Semua peserta akan berkumpul dan membuat persembahan kebudayaan. (a) Anda akan mengadakan persembahan sama ada persembahan kumpulan

atau persembahan individu.

(b) Persembahan selalunya mengikut perbincangan dalam kumpulan dan tema persembahan adalah mengikut minat dan bakat ahli dalam kumpulan tersebut.

(c) Kebiasaannya peserta dimaklumkan lebih awal berkenaan malam kebudayaan ini. Ini memberi ruang untuk berlatih sekiranya ada masa terluang.

(d) Tujuan malam kebudayaan adalah memberi peluang kepada ahli mempamerkan unsur-unsur budaya dalam kehidupan mereka.

(e) Malam kebudayaan memberi peluang kepada anda menunjukkan bakat dan kebolehan dalam menghayati kebuayaan setempat adat kebudayaan negara lain.

(f) Segala kostum dan pakaian yang digunakan harus bersesuaian dengan tema dan diurus oleh ahli kumpulan sendiri.

Tujuan malam kebudayaan adalah seperti berikut: (a) Bersuka ria secara sopan dan sederhana;

(b) Menghilangkan rasa penat;

(c) Mencungkil bakat dalam lapangan seni;

(d) Berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai;

(e) Meningkatkan semangat kerjasama;

(f) Mengembangkan kebudayaan setempat; dan

(g) Semangat setia kawan dan kesefahaman.

10.5

Page 28: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

267

Jadual 10.10 memaparkan aktiviti persembahan malam kebudayaan.

Jadual 10.10: Aktiviti-aktiviti Persembahan Malam Kebudayaan

Aktiviti Malam Kebudayaan MManfaat

1. Nyanyian lagu patriotik lagu nasyid, solo, koir, berduet, berkumpulan

� Membina keyakinan diri;

� Mencungkil bakat pelajar; dan

� Mengembangkan bakat.

2. Tarian kebudayaan

� Mempunyai gerakan kreatif;

� Keseragaman dan kerjasama pasukan; dan

� Tarian Zapin, Inang, Sumazau dan lain-lain.

3. Puisi

� Pantun, sajak, intonasi suara;

� Syair Siti Zubaidah;

� Syair isteri yang soleh;

� Membawa isu semasa; dan

� Memberi pengajaran.

4. Teater

� Lakonan dan mempamerkan kostum yang kreatif; dan

� Memberi mesej kepada penonton.

5. Drama

� Drama moden atau bangsawan; dan

� Mempamerkan kehidupan yang realiti atau khayalan.

6. Dikir barat (Rajah 10.2)

� Amalan budaya membawa isu semasa; dan

� Tradisi Kelantan.

7. Boria

� Amalan budaya memberi pengajaran; dan

� Tarian tradisi orang utara.

8. Persembahan lawan Kumpulan A dan B

� Pisang goreng, goreng apa sekarang, Goreng ayam sekarang, ayam apa sekarang; dan

� Kumpulan lambat dikira kalah.

9. Hikayat

� Hikayat Hang Tuah; dan

� Hikayat Hang Nadim.

10. Sketsa

� Cerita jenaka.

Page 29: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

268

Rajah 10.2: Dikir barat

(a) PPelaksanaan Malam Kebudayaan

(i) Tempat Malam Kebudayaan

� Tempat untuk mengadakan malam kebudayaan perlu sesuai iaitu jauh dari tempat orang ramai seperti masjid.

� Ini adalah untuk mengelakkan ganggguan dan suasana bising. Sekiranya menggunakan pembesar suara maka perlulah sederhana.

� Aturcara malam kebudayaan mestilah dirancang dan diatur terlebih dahulu supaya persembahan dapat berjalan lancar dan menarik.

� Seorang juru acara akan dilantik untuk menghidupkan malam kebudayaan.

(ii) Peraturan yang perlu dipatuhi dalam malam kebudayaan:

� Sebelum persembahan bermula, ketua kumpulan atau pihak individu perlulah mendaftar tajuk persembahan kepada juruacara keseluruhan pada malam kebudayaan dapat diatur.

� Masa yang ditetapkan untuk satu persembahan ialah 5 minit.

� Lakonan memberi pengajaran kepada penonton dan tidak meyinggung perasaan ahli lain.

Page 30: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

269

� Tidak menyentuh isu yang sensitif perkauman.

� Seni kata lagu yang digunakan bukan unsur yang merosakkan moral.

� Lawak jenaka yang mengandungi unsur lucu, tidak menggunakan unsur yang lucah.

� Semua bahasa yang digunakan perlu menggambarkan kesantunan budaya Malaysia.

� Aturcara disusun berselang-seli antara persembahan individu dan secara berkumpulan.

� Semua ahli mengambil bahagian dalam persembahan kumpulan masing-masing.

� Tiada pertandingan persembahan yang terbaik atau tidak tetapi semua mendapat hadiah atas persembahan mereka. (Sekiranya ada mana-mana pihak yang menderma untuk membeli hadiah).

� Persembahan kumpulan mengikut jantina, elakkan persembahan bercampur.

Jadual 10.11 menunjukkan lagu-lagu yang biasa dinyanyikan secara berkumpulan dalam persembahan malam kebudayaan:

Page 31: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

270

Jadual 10.11: Lagu-lagu yang Biasa Dinyanyikan Secara Berkumpulan dalam Persembahan Malam Kebudayaan

Tajuk Lagu CContoh Senikata Persembahan Lagu Berkumpulan

1. Rasa sayang

Pisang emas di bawa belayar Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang budi bawa ke mati

2. Trek Tek Tek

Kalau tidak kerana bintang Tidak bulan terbit pagi Kalau tidak kerana tuan Saya tidak datang ke mari

3. Berjumpa dan berpisah

Berjumpa dan berpisah Adat manusia biasa Hilang di mata Tapi di hati tidak lupa Berdoalah kita agar aman dan sentosa Semoga dapat kita berjumpa di lain masa

4. Salam kabari

Salam kabari salam kabari Salam salam Riang ria, riang ria Salam salam Tinggal kawanku tinggal kawanku Tinggal Tinggal Bertemu lagi berjumpa lagi Salam salam

5. Gelang

Gelang si paku gelang-gelang (2 kali) Gelang si rama-rama Pulang marilah pulang (2 kali) Marilah pulang bersama-sama (2 kali)

Anda dan kumpulan anda akan membuat satu persembahan di dikir barat malam kebudayaan dalam program BIG. Buatkan pantun yang akan diselitkan dalam dikir barat tersebut.

AKTIVITI 10.4

Page 32: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

271

(iii) Pasca Nilai

� Pasca nilai adalah sesi yang terakhir yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli kumpulan yang telah menjalani program BIG.

� Anda semua akan duduk bersama dengan kem komanden, semua fasilitator,semua tutor yang terlibat dan juru latih aktiviti darat, jurulatih air yang telah anda jemput.

� Seorang fasilitator akan mengetuai pasca nilai ini. Pasca nilai ini dibuat secara majlis tertutup.

� Segala aspek yang akan diperkatakan dan dilahirkan oleh ahli kumpulan dalam pasca nilai adalah sulit dan tidak dihebahkan kepada orang lain.

� Pasca nilai adalah majlis bersemuka antara semua ahli dalam kumpulan untuk melahirkan perasaan mereka masing-masing.

� Dalam Pasca nilai semua ahli akan melahirkan perasaan dengan menjelaskan kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri masing-masing dan berjanji akan memperbaiki kelemahan diri sendiri dan menjadi orang yang lebih baik dari ini.

Terdapat dua cara dalam pasca nilai iaitu: � Semua ahli duduk dalam satu butatan dan seorang demi seorang

akan bercakap tentang perasaan mereka, kekuatan dan kelemahan diri mereka dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan. Anda berjanji menjadi insan guru yang terbaik di muka bumi ini; dan

� Berikut adalah contoh aspek yang dinyatakan pasca nilai.

Page 33: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

272

Jadual 10.12: Contoh-contoh Aspek yang Dinyatakan dalam Pasca Nilai

Page 34: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI �

273

� Aktiviti darat termasuklah bidang rekreasi yang meliputi aktiviti mengembara, berkhemah, mendaki gunung, meneroka gua dan masuk hutan serta trekking.

� Aktiviti air ialah berkenu, selam snorkel, menyelam skuba, berakit, renang selat, belayar dan berenang.

� Aktiviti dalam LDK membimbing pelajar mengeluarkan pendapat mereka berkenaan sesuatu idea dan membentangkan idea tersebut kepada pelajar kumpulan dalam bentuk drama, puisi, sketsa, perbahasan dan lakonan bisu.

� Aktiviti-aktiviti keagamaan dan moral adalah seperti bersolat, ceramah keagamaan forum tentang isu-isu moral.

� Malam kebudayaan ini mereka akan membuat persembahan sekali gus melatih mereka bagaimana mengurus persembahan dari segi bentuk persembahan dan kostum yang sesuai dengan persembahan tersebut.

� Dalam pasca nilai sepatutnya mereka memperoleh kekuatan dalaman untuk memperbaiki diri dari aspek ilmu pengetahuan, sikap dan kemahiran untuk menjadi guru yang berkualiti.

1. Apakah faedah pasca nilai kepada diri anda dan kumpulan anda? 2. Bagaimanakah anda melahirkan perasaan anda di khalayak

ramai? 3. Apa yang patut anda beritahu kepada kawan anda mengenai

perasaan anda? 4. Apa yang tidak patut anda beri tahu kepada rakan anda mengenai

perasaan anda?

SEMAK KENDIRI 10.2

Page 35: 201208150737_Topik 10 Amali Aktivit Ketahanan Diri

� TOPIK 10 AMALI AKTIVITI KETAHANAN DIRI

274

Aktiviti keagamaan

Aktiviti moral

Kem komanden

Malam kebudayaan

Pasca nilai

1. Jelaskan empat matlamat Amali Aktiviti Ketahanan Diri. 2. Berikan empat aktiviti yang anda lakukan semasa Latihan dalam

kumpulan.

Soalan 1

(a) Berikan contoh-contoh aktiviti darat.

(b) Huraikan peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi oleh peserta BIG.

(c) Nyatakan faedah-faedah perkhemahan. Soalan 2

(a) Berikan contoh aktiviti keagamaan.

(b) Faedah aktiviti keagamaan.

(c) Nyatakan satu contoh aktiviti keagamaan yang anda terlibat.