prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

52
FALSAFAH,PRINSIP & AMALAN KOPERASI (MCCK 3013) PRINSIP KOPERASI KETIGA : PENGLIBATAN EKONOMI ANGGOTA NAMA : NURSYAFIKAH BT SHAFIEE 217961 NUR NADIA NABILA BT MOHD SABARANI 217983 NUR FADHILAH BT KAMARRUDIN 217992

Upload: nadia-bohari

Post on 30-Jun-2015

172 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

FALSAFAH,PRINSIP & AMALAN KOPERASI (MCCK 3013)

PRINSIP KOPERASI KETIGA :PENGLIBATAN EKONOMI ANGGOTA

NAMA :NURSYAFIKAH BT SHAFIEE 217961NUR NADIA NABILA BT MOHD SABARANI 217983NUR FADHILAH BT KAMARRUDIN 217992

Page 2: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

PENGENALAN

• Koperasi merupakan pertubuhan yang unik dengan tujuan untuk mencapai kemajuan ekonomi anggota-anggotanya dan meningkatkan tahap moral anggota.

• Menurut Haji Ismail Idris, penglibatan anggota dalam aktiviti ekonomi menjadi faktor utama dalam koperasi kerana alasan ekonomi menjadi faktor pendorong anggota mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi koperasi.

Page 3: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

DEFINISI

MODAL

Munawir : Modal adalah hak atau bahagian yang dimiliki

perusahaan yang ditunjukkan dalam modal saham, lebihan (surplus) dan laba yang ditahan atau nilai aktiviti yang dimiliki oleh perusahaan

terhadap seluruh hutang-hutangnya.

Kamus Dewan :Wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga

atau sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang

lain.

Page 4: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Modal Koperasi

1. Modal Tetap

• Modal yang digunakan untuk membeli aset tetap seperti tanah, bangunan, peralatan dan kenderaan.

• Modal jangka panjang.

• Digunakan dalam tempoh yang lama.

• Pulangan ke atas modal hanya boleh diperoleh selepas beberapa tahun.

2. Modal Kerja

• Modal yang terpaksa digunakan oleh koperasi untuk menampung kos tertentu dalam perlaksanaan aktiviti atau operasi utama.

Page 5: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

DIVIDEN

Weygand etl (2005), a dividend is a distribution by a corporation to its stockholders on a pro rata

(proportional) basis.

Dividen bermaksud bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan dalam

kalangan ahli-ahlinya mengikut kadar modal saham atau modal yuran yang dipegang oleh

mereka.

Menurut Hins (2001), dividen ialah pembahagian keuntungan kepada para pemegang saham.

.

Kadar pembayaran dividen atas syer-syer atau yuran-yuran oleh sesebuah koperasi berdaftar

hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan kelulusan Ketua Pendaftar..

Page 6: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

SIMPANAN KHAS

Wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan satu koperasi yang berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan.

REBATRebat langganan yang bermaksud bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar keuntungan daripada pembelian mereka dengan koperasi tersebut

Page 7: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

SUMBER MODAL

1. modal dalaman

MODAL SAHAM ATAU MODAL SYER

•Jumlah simpanan tertentu yang harus dibayarkan oleh anggota kepada koperasi dalam waktu tertentu selepas menjadi anggota.

Page 8: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

MODAL YURAN

Koperasi yang menjalankan aktiviti kredit atau yang memberi pinjaman wang dan dana modal yuran diwujudkan adalah bagi menjana sumber modal sesebuah koperasi.

•Rizab ialah dana yang diwujudkan dan dikekalkan dalam sesebuah koperasi untuk tujuan tertentu dan berbeza.

•Tujuan utama modal rizab ini adalah sebagai jaminan keselamatan kewangan bagi sesebuah koperasi dalam jangka masa yang panjang.

MODAL RIZAB

Page 9: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

DEPOSIT

Akta Koperasi 1993, deposit bermaksud wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas.

TABUNG PUSINGAN PERNIAGAAN

Merupakan sejenis tabung yang diwujudkan bagi membolehkan anggota membuat potongan daripada jumlah setiap urusniaganya dengan koperasi.

Page 10: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

BANTUAN ATAU HADIAH

•Diperoleh daripada sumber kerajaan atau badan-badan tertentu.

•Misalnya sebuah agensi kerajaan yang mahu mewujudkan sebuah koperasi di kawasan luar bandar dan memperuntukkan sejumlah wang untuk dilaksanakan launching grant.

Page 11: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

2. MODAL LUARAN

1. Koperasi yang maju digalakkan melabur dalam koperasi yang sedang membangun.

2. Bantuan atau pinjaman daripada koperasi peringkat nasional

dan antarabangsa.

3. Pinjaman daripada sumber kerajaan.

4. Pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank.

5. Pinjaman daripada koperasi lain.

Page 12: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

PULANGAN TERHAD DAN TETAP/LEBIHAN

• Pulangan terhad- dividen yang tidak melebihi kadar yang diterima pakai dalam pasaran kewangan.

• Pulangan tetap - diagihkan secara mengikut kadar modal yang dikeluarkan

• Lebihan boleh dibahagikan kepada anggota secara adil dan tidak mengeksploitasi.

• Pembahagian keuntungan ikut kadar transaksi anggota dengan koperasi.

Page 13: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Lebihan - wang yang melebihi amaun.

• Dividen - bahagian keuntungan koperasi yang diagihkan kepada anggota ikut kadar modal syer yang dipegang.

• Contoh : bonus dividen tambahan (saham, tunai)

• Faedah yang tidak mengikut keuntungan.

• Koperasi hanya membayar kadar modal.

Page 14: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• 1815, politik England mengalami tekanan.

• Mendorong Robert Owen memperkenalkan idea berkoperasi.

• Lebih dikenali sebagai Bapa Koperasi.

• Mengurangkan kesan ketidakadilan dan penindasan.

• Robert Owen : faedah mesti dibayar kepada ahli.

Page 15: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Ahli mendapat kesamarataan faedah.

• 1844, kadar faedah sebanyak 3.5% .

• Peratusan keuntungan ditetapkan kepada 5%.

• Telah dijadikan undand-undang didalam koperasi.

• Kadar faedah perlu dibayar untuk menarik modal.

• Jumlah saham pelaburan telah dihadkan.

Page 16: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Terdapat 3 jenis kumpulan:- kumpulan yang meminjamkan modal

- kumpulan yang bekerja dalam koperasi- pengguna

• Pembayaran dividen berdasarkan keuntungan.

• Pinjaman adalah daripada anggota @ institusi kewangan.

• Wang yang dipinjam perlu dapat faedah setara.

Page 17: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Pulangan dibayar melalui 2 cara :- Jaminan terhadap pembayaran faedah yang terhad- Keuntungan koperasi mengikut nilai

modal syer

Page 18: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

MANFAAT EKONOMI YANG DIPEROLEHI DARIPADA KOPERASI

Page 19: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

MANFAAT EKONOMI KEPADA ANGGOTA• Anggota menikmati faedah daripada koperasi.• Meningkatkan kualiti hidup.• menikmati barangan dan perkhidmatan pada

harga berpatutan.• Berhak menikmati kemudahan dan

perkhidmatan.• Keuntungan dalam bentuk kewangan dan

faedah kebajikan.

Page 20: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Taraf hidup semakin meningkat.

• Peningkatan harga akibat faktor luaran dan dalaman.

• Faktor dalaman: bencana alam

• Faktor luaran: peningkatan harga minyak global

Page 21: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

MANFAAT EKONOMI KEPADA NEGARA

• Perlukan kekuatan ekonomi yang selesa.

• Menikmati peluang pendidikan, kesihatan dan komunikasi.

• Koperasi menjadi penggerak ekonomi anggota.

• Membantu perkembangan negara.

Page 22: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Organisasi yang memperjuangkan isu-isu ekonomi yang mempengaruhi kepentingan ahlinya.

• Meningkatkan taraf dan kualiti hidup.

• peluang untuk menceburi perniagaan dengan modal yang kecil.

• Mendapat keadilan sosial dan ekonomi.

• Gabungan antara ahli membolehkan pendapat didengar.

Page 23: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Mengamalkan amalan berjimat-cermat.

• Keuntungan diperuntukkan kepada tabung kebajikan.

• Asas penubuhan koperasi sebagai ejen sosioekonomi masih kekal.

• Wajar berubah sejajar dengan suasana dan persekitaran tempatan dan global.

• Berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi.

Page 24: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Kepentingan Perpaduan kepada Prinsip Penyertaan Ekonomi Anggota

1. Mengelakkan ketiadaan kerjasama atau permuafakatan.

2. Mengelakkan ketiadaan pengorbanan dari segi kehadiran.

3. Mengelakkan sikap memandang ringan terhadap koperasi.

4. Merealisasikan prinsip-prinsip koperasi.5. mengelakkan keanggotaan heterogeniti.

Page 25: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Mengelakkan ketiadaan kerjasama atau permuafakatan

• Menurut Chukwu, S.C (1990), koperasi mempunyai dua sifat penting iaitu kumpulan manusia dan entiti perniagaan. Dalam pengertian sosiologi, Chukwu menyifatkan perhubungan yang akrab antara kedua-duanya perlu wujud dalam entiti tersebut. Chukwu juga mengetengahkan ciri penting yang lain dalam koperasi iaitu anggota mempunyai peranan sebagai pemilik dan pelanggan. Dua peranan besar ini menjelaskan bahawa penglibatan anggota adalah penting dalam koperasi. Peranan ini juga dijadikan landasan perjalanan sesebuah koperasi.

• Menurut Tyler, R. & Marya, L.D (2006) kepercayaan merupakan kunci kepada peningkatan pencapaian pengurusan kerana elemen ini boleh mewujudkan semangat kerjasama secara sukarela. Luhman (2000) pula menganggap kepercayaan sebagai satu penyelesaian untuk satu permasalahan yang khusus dalam risiko hubungan di antara individu.

Page 26: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Mengelakkan ketiadaan pengorbanan dari segi kehadiran

• Jika tiada perpaduan, ahli anggota akan berasa tidak selesa untuk menghadirkan diri mereka ke sebarang aktiviti yang diadakan oleh koperasi. Ahli akan berasa tidak selesa untuk berkomunikasi sesama mereka.

• Ostergaard, G. dan Halsey, A. (1965) menggunakan tiga ukuran penglibatan anggota iaitu menjadi pengguna setia koperasi (consumer loyalty), kehadiran ke mesyuarat dan pengundian dalam pemilihan. Dwayne Pattison (2008) mencadangkan faktor pencalonan untuk jawatan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai tambahan ukuran kepada penglibatan anggota.

Page 27: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Thomas W.G, et al (1998) telah mengkaji 19 faktor yang mempengaruhi penglibatan anggota dalam koperasi yang dikaji. Namun, hanya terdapat empat faktor yang signifikan iaitu kehadiran dalam mesyuarat, menjadi jawatankuasa koperasi, pelantikan sebagai anggota lembaga dan rekrut atau pengambilan anggota baru.

• Namun Susan, B.R dan Maria, K. (1985) menyatakan bahawa penglibatan secara kehadiran dalam koperasi tidak semestinya menggambarkan penglibatan anggota. Apa yang menjadi kekurangan ialah faktor komitmen anggota.

Page 28: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Mengelakkan sikap memandang ringan terhadap koperasi

• Apabila perpaduan antara anggota tidak kuat dalam berkoperasi, ia akan memberi kelebihan kepada pihak tertentu untuk menjadikan koperasi sebagai sumber pendapatan peribadi. Tambahan lagi, tidak kurangnya ada pula ahli anggota yang melaksanakan kuasa “veto” dalam membuat keputusan dasar perniagaan koperasi dan menyembunyikan perkara yang telah memudaratkan kedudukan kewangan anggota. Apabila perkara sebegini berlaku, maka ekonomi koperasi akan jatuh akibat penyelewengan.

Page 29: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Untuk merealisasikan prinsip-prinsip koperasi

Keteguhan sesebuah koperasi berdaftar dapat dipertingkatkan melalui kerjasama, permuafakatan dan toleransi di kalangan komponen koperasi dalam merealisasikan prinsip-prinsip koperasi ini.

Page 30: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Untuk mengelakkan keanggotaan heterogeniti

• Perpaduan dalam berkoperasi dapat mengelakkan keanggotaan heterogeniti. Bijman, J. (2005) menegaskan bahawa keanggotaan koperasi yang heterogeniti akan memberi kesan kepada koperasi dan pembuatan keputusan. Dengan konsep anggota sebagai pemilik, kepelbagaian ciri keanggotaan akan membentuk jurang kehendak yang besar, pembuatan keputusan menjadi lebih sukar dan mengakibatkan koperasi terhimpit dengan ketidak efisyenan. Heterogeniti membentuk “mentaliti-tambah” dalam koperasi (Hogeland, J.(2003).

• Dapatan kajian Zafiriou, M. (2005) menggambarkan koperasi pengguna di luar bandar mengalami masalah akibat keanggotaan heterogeniti ini. Perbezaan demografi seperti umur, tahap pendidikan dan sebagainya telah memberi kesan kepada volum pembelian dan tempat pembelian yang disediakan koperasi.

• Terdapat perbezaan pendapat berhubung dengan isu heterogeniti ini. Walaupun koperasi sering mengalami masalah melestarikan keanggotaan yang heterogeniti, sesetengah kajian menyarankan agar koperasi menggunakan perbezaan dan kepelbagaian anggota ini sebagai satu kelebihan (Mooney, P. (2004) dan Gertler, M. E. (2004a).

Page 31: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Kepentingan Prinsip Ke-3 kepada Koperasi

Page 32: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Meningkatkan taraf ekonomi anggota • Prinsip penglibatan ekonomi anggota ini dapat

meningkatkan kedudukan ekonomi ahli anggota. Selaras dengan takrifan koperasi oleh The International Cooperative Alliance (ICA) sebagai “An autonomous association of persons united voluntarily to meet their common economic, social and cultural needs and aspirations through a jointly-owned and democratic-controlled enterprise” (ICA, 1995), koperasi memberi penekanan bagi memenuhi kehendak anggota-anggotanya.

Page 33: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Meningkatkan taraf ekonomi anggota • Anggota merupakan paksi dalam organisasi ini mengikut

tiga prinsip iaitu prinsip pengguna-pemilik, prinsip pengguna pengawal dan prinsip pengguna-penerima faedah. Berdasarkan ketiga-tiga prinsip ini, anggota tidak dapat mengecualikan diri daripada melibatkan diri sebagai pembuat keputusan utama menerusi kaedah demokrasi (Dunn, 1988).

• Di samping keunikan organisasi yang terbentuk dalam dua fungsi iaitu sebagai organisasi demokratik dan perniagaan, maka adalah sukar untuk membezakan koperasi dengan organisasi lain sekiranya anggota mengecualikan diri mereka sama ada dalam perkhidmatan atau tadbir urus (Pestoff, 1991).

Page 34: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Meningkatkan taraf ekonomi anggota

• Contoh penyertaan ekonomi anggota koperasi yang telah menyebabkan kejayaan koperasi tersebut adalah Pasar jualan Langsung Ja Ochi-Imabari, merupakan koperasi yang wujud hasil dari penggabungan 14 koperasi pertanian dalam daerah Imabari di bahagian Tokyo wilayah Ehime, Jepun.

• Koperasi yang ditubuhkan pada April 1997 ini mempunyai beribu pejabat di bandar Imabari dan mempunyai beberapa cawangan dan subsidiari yang berkoperasi untuk melaksanakan aktiviti pentadbiran dan perniagaan.

• Menjalankan pelbagai aktiviti seperti kredit, simpanan, deposit, pelaburan dalam sekuriti, insurans, pengeluaran bahan, jualan barangan pengguna, pemasaran buah-buahan, sayur-sayuran, produk ternakan dan lain-lin produk.

• Salah satu objektif koperasi ini adalah membantu meningkatkan pengeluaran dan penggunaan produk tempatan ke tahap yang lebih tinggi, dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pertanian petani yang merupakan anggota koperasi ini.

Page 35: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Meningkatkan taraf ekonomi anggota

• Berdasarkan statistik tahun 2012, jumlah anggota koperasi ini adalah seramai 28, 647 orang. Jumlah modal saham terkumpul yang dilaburkan oleh anggota koperasi ini adalah sebanyak 6,828,987,00 yen (RM 266,330,493.00)

• Jumlah pegawai koperasi seramai 32 orang• Kakitangan tetap adalah seramai 539 orang. • Mengupah seramai 290 orang pekerja sementara sepenuh masa bagi

melancarkan perjalanan aktiviti operasi koperasi. • Prestasi koperasi ini amat membanggakan kerana penglibatan ekonomi ahlinya

yang amat memberangsangkan. • Berdasarkan peningkatan keuntungan yang diperoleh dari tahun 2007 ke tahun

2011 seperti dalam jadual, prestasi koperasi ini boleh dikategorikan sebagai sangat memuaskan. Peningkatan keuntungan ini menunjukkan komitmen koperasi untuk terus meningkatkan prestasi perniagaannya ke tahap yang lebih baik, di samping tidak mengabaikan manfaat yang perlu ditawar kepada anggotanya.

Page 36: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Jadual: Nilai keuntungan mengikut tahun

Tahun 2007 2008 2009 2010 2011

Keuntungan 264,029,000yen(RM10,297,131)

270,484,000yen(RM10,548,876)

326,810,000yen(RM12,745,590)

405,604,000yen(RM15,818,556)

434,546,000yen(RM16,947,294)

Sumber: Dimensi Koop Disember 2013

Page 37: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

AKTIVITI BERNILAI TINGGI DALAM MENINGKATKAN EKONOMI KOPERASI

Page 38: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Aktiviti bernilai tinggi dalam sektor koperasi merujuk kepada:

• Pakatan strategik dan jaringan perniagaan dengan pihak ketiga dalam dan luar negara. Koperasi akan mendapat manfaat dari segi modal, teknologi dan pasaran.

• Perluasan aktiviti ekonomi dan peningkatan nilai tambah melalui aktiviti rantaian nilai dalam industri yang diceburi.

• Perluasan pasaran produk dan perkhidmatan koperasi kepada pasaran terbuka dan tidak terhad kepada keperluan anggota sahaja sama ada dalam dan luar negara dengan memanfaatkan kemudahan ICT.

• Aplikasi elemen teknologi hijau dalam perusahaan koperasi untuk menjamin kesejahteraan rakyat disamping menjana pendapatan baru.

• Pemberian pembiayaan untuk membolehkan koperasi membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan produk baru dan menambah nilai kepada produk yang sedia ada.

Page 39: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN OLEH SESEBUAH KOPERASI BAGI MEMBANTU ANGGOTANNYA.

• Aktiviti asas tani berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti tanaman melalui kaedah fertigasi dan penternakan haiwan.

• Pengeluaran produk seperti makanan ringan, kraftangan dan hasil laut.

• Tanaman komersial berasaskan herba seperti serai, daun limau purut, nilam, tanaman ubatan dengan jaminan pembelian.

• Aktiviti perkhidmatan seperti pencucian dan penyelenggaraan bangunan, dobi, percetakan, keluaran bahan bangunan, dan perkhidmatan eco-pelancongan.

Page 40: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

CONTOH AKTIVITI BERNILAI TINGGI YANG DIJALANKAN OLEH KOPERASI

Pasar jualan

langsung ja ochi

imabari

Page 41: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

LATAR BELAKANG • Sebuah koperasi yang

mempunyai penggabungan 14 buah koperasi pertanian di Imabari Tokyo, Jepun.

• Ditubuhkan pada April 1997 dan beribu pejabat di bandar Imabari.

Page 42: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Menjalankan pelbagai aktiviti seperti kredit, simpanan, deposit, pelaburan dalam sekuriti, insurans, pengeluaran bahan, jualan barangan pengguna, pemasaran buah-buahan, sayur-sayuran, produk ternakan dan lain-lain produk.

• Mempunyai aktiviti rantaian yang bernilai tinggi. Iaitu rantaian pengeluaran produk pertanian.

Page 43: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Pasar Jualan Ja Ochi-Imabari

• Dibuka pada tahun 2007 untuk memudahkan pemasaran produk pertanian anggotanya.

• Juga dikenali sebagai ‘Saisaikiteya’.

• Merupakan pasar jualan langsung yang terbesar di Jepun yang terletak di Nakadera, Bandar Imabari.

Page 44: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Mempromosikan sektor pertanian serantau dengan menggalakkan ‘Pengeluaran Tempatan bagi Penggunaan Tempatan’.

• Mementingkan aspek khidmat sokongan kepada petani seperti bimbingan ladang, latihan teknikal penggunaan teknikal baru dan kaedah pemasaran.

Page 45: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

Proses Rantaian Aktiviti Bernilai Tinggi Ja Ochi-Imabari

• Produk hasil tempatan yang dipasarkan diperoleh hanya dalam daerah Imabari sahaja.

• Koperasi menghasilkan beras jenama produk tempatan iaitu ‘Beras Ochiimabari’ untuk kegunaan penduduk tempatan.

Page 46: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Beras hasil pertanian yang ditanam oleh petani yang merupakan ahli koperasi akan dihantar ke kilang koperasi untuk diproses menjadi beras lalu dihantar ke pasar jualan langsung untuk dipasarkan kepada penduduk tempatan.

Page 47: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Pembukaan café yang menjual makanan berasaskan pertanian yang diusahakan oleh anggota. Juga dikenali sebagai ‘Saisai Café’.

• Fokus kepada wanita muda sebagai sasaran pelanggan utama.

• Koperasi menggunakan produk pertanian tempatan sahaja bagi memproses barang makanan di kafe tersebut.

Page 48: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• ‘Saisai Restaurant’ pula dibuka dalam kawasan pasar jualan langsung untuk kemudahan pelanggan.

• Restoran ini hanya menggunakan produk tempatan sahaja dalam penyediaan menu supaya pelanggan akan menikmati produk makanan yang selamat, segar dan sedap.

Page 49: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Mengitar semula bahan buangan seperti sayur buangan menjadi produk yang mempunyai nilai seperti serbuk serbaguna.

• Serbuk yang dihasilkan digunakan untuk menghasilkan kek atau manisan perasa sayur tertentu atau digunakan dalam masakan.

Page 50: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

• Koperasi juga menjalinkan kerjasama dengan pemilik industri asas dan industri pertengahan bagi menambah nilai produk pertanian melalui penyelidikan.

Page 51: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

KESIMPULAN

• Satu sumbangan yang membawa kepada peningkatan sosioekonomi anggota itu sendiri dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

• Melalui gerakan koperasi yang digerakkan ini telah berjaya memberikan sinar yang baru kepada rakyat dan masyarakat dalam mengubah ekonomi mereka.

Page 52: prinsip 3 - penglibatan ekonomi anggota

TERIMA KASIH