penglibatan ibubapa.doc

41
KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969) 1.0 PENGENALAN Matlamat pendidikan di Malaysia menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang kaya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sikap (JERIS). Oleh sebab itu, penyampaian ilmu dan kemahiran perlu merentasi setiap murid-murid tanpa mengenal kebolehan, keupayaan dan kemampuan. Di dasari konsep Pendidikan Untuk Semua , Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digubal dan diperkenalkan. Salah satu dasar tersebut adalah pengenalan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana. Pendekatan pendidikan inklusif melibatkan usaha mendidik murid- murid istimewa di sekolah dan kelas-kelas biasa oleh guru-guru biasa. Ini membolehkan murid-murid ini bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan kehidupan sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna (Mohd Sharani Ahmad, 2003). Perkataan inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud merangumi . Menurut Naim(1997) dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005). Alimin (2005) menjelaskan bahawa pendidikan inklusif adalah sebuah proses dalam bertindak balas kepada keperluan yang berbeza-beza dari semua anak-anak melalui peningkatan penyertaan dalam belajar, budaya dan masyarakat, dan mengurangkan eksklusif di dalam pendidikan. Pendidikan inklusif merangkumi perubahan dan pengubahsuaian dalam kandungan, 1

Upload: keetha-gnanamoorthy

Post on 09-Jul-2016

419 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

1.0 PENGENALAN

Matlamat pendidikan di Malaysia menurut Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk

melahirkan masyarakat Malaysia yang kaya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sikap

(JERIS). Oleh sebab itu, penyampaian ilmu dan kemahiran perlu merentasi setiap murid-murid

tanpa mengenal kebolehan, keupayaan dan kemampuan. Di dasari konsep ‘Pendidikan Untuk

Semua’, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digubal dan diperkenalkan. Salah satu dasar

tersebut adalah pengenalan Pendidikan Inklusif di sekolah harian perdana.

Pendekatan pendidikan inklusif melibatkan usaha mendidik murid-murid istimewa di

sekolah dan kelas-kelas biasa oleh guru-guru biasa. Ini membolehkan murid-murid ini bergaul

dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dan kehidupan sekolah dengan

lebih berkesan dan bermakna (Mohd Sharani Ahmad, 2003). Perkataan inklusif ini diambil

daripada perkataan inggeris “Inclusive” yang memberikan maksud “merangumi”. Menurut

Naim(1997) dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara umumnya adalah

mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa, supaya mereka

berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain

tanpa mengira status. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan untuk murid-murid

berkeperluan khas belajar di dalam kelas biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran

perdana dengan mengikuti kurikulum biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata

pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan khas/guru pembimbing (Kasser & Lytle, 2005).

Alimin (2005) menjelaskan bahawa pendidikan inklusif adalah sebuah proses dalam

bertindak balas kepada keperluan yang berbeza-beza dari semua anak-anak melalui peningkatan

penyertaan dalam belajar, budaya dan masyarakat, dan mengurangkan eksklusif di dalam

pendidikan. Pendidikan inklusif merangkumi perubahan dan pengubahsuaian dalam kandungan,

pendekatan-pendekatan, struktur dan strategi yang boleh menampung keperluan semua anak

seseuai dengan kumpulan usianya. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang bagi murid-murid

yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, cacat mental ringan, Down Syndrome,

Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan

sebaya (Smith, Polloway, Patton & Dowdy, 2008). Mereka diberikan sokongan khas seperti

1

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama dengan guru kelas khas bagi

membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain

mata pelajaran dengan lebih berkesan

Menurut Siti Fatimah (2006) Pendidikan Inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam

usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan

kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan bahawa perkongsian

kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Seterusnya peluang berinteraksi antara

murid-murid istimewa dengan murid-murid lain juga dapat diluaskan. Pengagihan perkhidmatan

dan sumber yang lebih adil. Selain itu, peluang murid-murid istimewa menyesuaikan diri dalam

masyarakat juga dititikberatkan selain daripada menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-

murid khas. Pendidikan Inklusif juga merujuk kepada percampuran (mainstreaming) murid-

murid Pendidikan Khas di sekolah-sekolah normal (Stowitschek , 2001). Keadaan ini memberi

peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan

biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang berupaya, mampu berdikari dan

berkeyakinan. Dapatan Rohani Abdullah (2007) juga menyokong bahawa murid-murid dapat

belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka berada dalam situasi

yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan

kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model

rakan sebaya (role model).

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan

kepada golongan berkeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di

antara ahli masyarakat (Heward, 2003) Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya murid-

murid tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap

prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan berkeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan

Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar murid-murid untuk menerima golongan

berkeperluan khas secara lebih semula jadi. Menurut Essa (1996) Pendidikan inklusif berpotensi

untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami

terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka

2

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Apabila semua kategori

murid-murid ditempatkan dalam kelas biasa bersama, mereka dapat membina suatu hubungan

yang bermakna dan saling menguntungkan bersama. Murid-murid normal mendapat keuntungan

daripada usaha-usaha mereka menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’

sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar memahami rakan-rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira

perbezaan, kekurangan dan kecacatan. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih

kepada murid-murid istimewa untuk berdikari dan memperoleh peluang pekerjaan (Cross,Tranb

& Shelton et.al 2004).

Menurut John Charema (2010) memasukkan murid pendidikan khas ke dalam kelas

aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif

bukanlah mudah kerana ia melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program

latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa

aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengan sikap

yang tabah. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010).

Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program

inklusif bagi murid berkeperluan khas. Dapatan ini bertepatan dengan Mohd Sharani Ahmad,

(2003) Pendidikan inklusif di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan

sekolah di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu program yang dilaksanakan kepada

pelajar pendidikan khas yang mempunyai potensi untuk memasuki kelas inklusif di sekolah

rendah dan menengah.

Menurut Rohani Abdullah (2007) Program inklusif merupakan alat untuk memenuhi

hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan. Bagi kejayaannya, perancangan yang bermula

daripada peringkat pusat dan pelaksanaannya hingga ke peringkat sekolah hendaklah

dilaksanakan dengan terperinci dan bijak supaya kejayaan dapat diraih oleh negara. Sekolah

merupakan institusi di mana berlakunya peringkat perlaksanaan segala dasar pendidikan negara.

Oleh itu sekolah memainkan peranan yang penting dan sebarang pelaksanaan dasar pendidikan

di peringkat sekolah akan memberi kesan kepada kejayaan sistem pendidikan negara atau

sebaliknya (Arnold, 2008).

3

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

2.0 PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu

antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid-murid

dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan murid-murid dan membantu mengekalkan

kejayaannya (Rohani Abdullah, 2007). Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006),

membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid-murid.

Penglibatan ibu bapa secara mendalam dapat memberikan kesan yang positif terhadap

perkembangan anak -anak dengan seimbang dari aspek tingkah laku dan afektif. Dalam kata

lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu murid-murid berjaya dalam bidang

pendidikan, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan murid-murid secara tidak langsung memberikan kesan

yang positif terhadap perkembangan murid-murid antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam

aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia menurut Rohani Abdullah (2007) tahap kesedaran ibu bapa mengenai masa

depan murid-murid yang berkeperluan khas masih berada dalam keadaan yang minima. Hal ini

dapat dilihat dengan jelas di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa yang tinggal di

luar bandar. Hal ini kerana terdapat setengah ibu bapa yang beranggapan anak yang istimewa ini

tidak layak dan tidak berkeupayaan untuk mendapat pendidikan yang seimbang dan sempurna.

Disebabkan anggapan sedemikian maka wujudlah keciciran murid-murid berkeperluan khas

daripada alam persekolahan. Perkara ini terus menyebabkan murid-murid istimewa ini tidak

mempunyai kemahiran hidup yang baik dan akhirnya memberi bebanan kembali kepada keluarga

masing-masing.

Menurut Mohd Sharani Ahmad, (2003) Kebanyakan ibu bapa berpuashati dengan

persekolahan murid-murid mereka tetapi tetap merasa bimbang tentang kekurangan

perkhidmatan dan kesukaran komunikasi dengan pihak sekolah. Dapatan Leyser & Kirk (2011)

membuktikan bahawa ibu bapa bimbang terhadap pengetahuan dan kemahiran guru-guru di kelas

inklusif serta kemungkinan penolakan terhadap murid-murid ini di dalam kelas. Sebilangan besar 4

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

ibu bapa masih menyokong pendidikan anak mereka di dalam persekitaran pendidikan khas.

Sebahagian ibu bapa juga menyatakan kebimbangan ibu bapa terhadap kemasukan anak mereka

ke kelas inklusif. Kebimbangan ini membawa kesan secara individu termasuklah di Ireland Utara

Una O’Connor (2007).

Hasil kajian Stowitschek (2001) mendapati ibu bapa murid-murid berkeperluan khas

bermasalah pembelajaran turut mempunyai beberapa keraguan terhadap pendidikan inklusif di

kelas biasa.Tambahan pula ibu bapa yang mempunyai murid-murid bermasalah pembelajaran

yang baru dimasukkan ke dalam kelas inklusif mendapati murid-murid berkeperluan khas kurang

diberikan perhatian, diabaikan dan diasingkan oleh rakan sebaya yang normal. Ibu bapa juga

terpaksa berkorban masa dan adakalanya rasa kecewa dalam usaha mencari sekolah yang

menyediakan program inklusif. Ibu bapa juga rasa kecewa kerana kekurangan pentadbir dan

guru-guru yang pakar dalam melaksanakan program pendidikan inklusif (Siti Fatimah , 2006)

Selain itu juga, terdapat juga ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai betapa

pentingnya memberi pendidikan kepada murid-murid yang istimewa (Heward, 2003). Menurut

Mohd Sharani Ahmad (2003) faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku disebabkan

kurangnya keyakinan akan kebolehan murid-murid istimewa mereka ini.  Sebagai contoh,

pengajaran amali kemahiran memasak dan menjahit, mungkin boleh menyebabkan timbulnya

perasaan risau  ibu bapa terhadap murid-murid mereka berada di dapur. Hal ini mungkin

disebabkan memikirkan keadaan yang mungkin boleh mengundang bahaya semasa di dapur dan

semasa menggunakan jarum untuk menjahit. Disebabkan sikap yang terlalu obses akan perkara

negatif inilah menyebabkan mengapa murid-murid berkeperluan khas di Malaysia agak

ketinggalan.

5

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

3.0 PERANAN IBU BAPA

Menurut Coots (1998), penglibatan ibu bapa dalam program Inklusif adalah perlu kerana

golongan ibu bapa adalah golongan yang memiliki banyak kelebihan berbanding guru khas dan

perdana dalam menjalankan fungsi ataupun tanggungjawab pada persekolahan. Guru bertugas

secara formal dan dibatasi oleh faktor-faktor seperti masa, tempat dan peraturan. Manakala ibu

bapa berhubung secara tidak formal dan mempunyai peluang lebih luas melibatkan diri dalam

persekolahan.

Penglibatan ibu bapa dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu penglibatan di rumah,

penglibatan di sekolah dan kedua-duanya. Ibu bapa sebagai pemerhati sejak kecil yang

menjadi maklumat penting untuk para profesional (Jackson ,2002). Mereka berperanan aktif

dalam proses pendidikan terutamanya semasa peringkat prasekolah dimana ibu bapa boleh

mendapatkan maklumat mengenai kemahiran pengurusan diri, pra-akademik, mobiliti dan

komunikasi. Ibu bapa juga membuat temu janji dengan guru khas bagi membincangkan pelajaran

si anak, menghadiri mesyuarat membuat keputusan, meneliti rancangan dan memeriksa rekod

anaknya yang disimpan di sekolah. Latihan yang diberikan oleh guru membantu ibu bapa dalam

mengukuhkan pembelajaran yang pernah dipelajari oleh anak supaya diaplikasi di rumah.

Menurut Dunst (2002) ibu bapa mempunyai peranan tersendiri dalam memenuhi kehendak

murid-murid program inklusif. Antara peranan jelas yang dapat dimainkan oleh mereka adalah

seperti berikut:

Ibu bapa sebagai penyelaras kehendak.

Seligman dan Darling (1989) mencatatkan keluarga kepada kanak-kanak bermasalah

pembelajaran mempunyai cabaran dan beban yang tidak diketahui oleh orang lain dalam

memenuhi kehendak mereka. Hal-hal berkaitan dengan kewangan yang serius adalah perkara

biasa apabila anak itu perlu perlu mendapatkan rawatan, keperluan perubatan, terapi, alatan

khusus, pengubahsuaian persekitaran dan pengangkutan khas. Keperluan-keperluan begini jarang

sekali ditanggung oleh pihak insurans ataupun disediakan oleh program perkhidmatan sosial.

Pada masa yang sama, ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran mudah

tersinggung (Murphy, 1982). Menyorot pada kajian yang menggunakan kumpulan pasangan ibu 6

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

bapa anak istimewa, McGillycuddy-DeLisi (1992) mendapati ibu bapa kepada kanak-kanak

bermasalah pembelajaran mempunyai konsep kendiri yang rendah dan bersedih kerana

membesarkan anak yang kurang upaya. Daripada awal lagi sejak mengesyaki anak mereka bakal

menghadapi masalah, ibu bapa mengalami rasa ketidakpastian. Mereka terpaksa memikirkan

keperluan perubatan, tahap kemampuan serta kemampuan penyesuaian psikologi dan sosial. Ibu

bapa tidak pasti bagaimana menghilangkan keadaan ini. Biasanya perasaan ini tidak hilang walau

lima ataupun sepuluh tahun akan datang.

Ibu bapa sebagai pendorong.

Ada kanak-kanak istimewa mempunyai minat yang tertentu. Minat inilah yang perlu

didorong oleh ibu bapa ke peringkat yang termampu oleh kanak-kanak itu. Kalau seorang kanak-

kanak menunjukkan bukti mempunyai darjah minat yang tinggi iaitu bakat dalam sesuatu bidang

tertentu, maka sesuai kalau dianggap latihan yang bertujuan khas bagi perkembangan bakat itu

menghasilkan pencapaian yang tinggi dan kejayaan berikutan dengannya, tanpa sebarang

halangan. (Dunst ,2002)

Ibu bapa sebagai pemberi maklumat.

Antara strategi yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak ini adalah

memberi mereka maklumat yang cukup mengenai orang lain supaya ditiru. Kajian Bandura

(1971) merumuskan hanya dengan melihat orang lain terutama yang lebih tua ianya dapat

mempengaruhi tingkah laku seseorang. Ibu bapa memang dapat dijadikan sebagai model utama

dalam pemupukan minat dan pencapaian kanak-kanak istimewa. Ini memang salah satu fungsi

ibu bapa di rumah. Ibu bapa mungkin menjadi model tingkah laku kepada anak-anaknya dan

dengan itu menyediakan mereka dengan petunjuk yang konkrit berkenaan apa yang patut mereka

buat dan apakah peribadi yang patut ditonjolkan.

Menurut Berns (2004), ibubapa perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik

mungkin. Antara tindakan di rumah yang perlu diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak

bermasalah pembelajaran adalah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga.

Keluarga yang bahagia adalah syurga bagi anak-anak. Oleh itu, sebaik-baiknya kita mencipta 7

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga bagi mewujudkan situasi yang sihat pada diri

anak. Ibu bapa yang penyayang mewujudkan suasana yang mesra dan penuh kasih sayang.

Namun, sikap mesra itu perlu ada hadnya. Bataskan garis-garis tertentu supaya dia dapat dikawal

dan tidak melampaui batas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Memberi didikan agama

sebaik-baiknya bermula sejak kecil lagi. Agama dapat membantu anak anda melakukan perkara

yang baik dan mengelakkan perkara yang tidak baik. Konsep ini perlu diterangkan pada anak

anda sejak kecil supaya dia mengerti dalam kehidupan ini, ada panduan dan undang-undang yang

perlu diikuti oleh setiap manusia. Ibu bapa memainkan peranan penting mambantu anak

menyesuaikan diri dengan masalah yang mereka hadapi. Anak-nak istimewa ini memerlukan

empati, sokongan dan galakan dalam menangani penyesuaian sosial dan emosi. Ibu bapa tidak

perlu mengawal anak dengan berlebih-lebihan dan memandang rendah kebolehannya

(Gargiulo,2003).

Antara peranan ibu bapa di sekolah adalah menjalinkan:

Hubungan baik dengan guru.

Ibu bapa hendaklah mewujudkan hubungan baik dengan guru kerana dia adalah orang

kedua yang akan membantu anak anda selain daripada keluarga kita sendiri (Hill, 2001) Usah

sekali-kali malu menceritakan pada guru mengenai anak kita walaupun perkara yang sulit. Guru

perlu dimaklumkan mengenai tingkah laku anak kita supaya dapat membantu mengawasinya.

Menurut Jackson (2002) kebanyakkan komunikasi antara kita dan guru sering berlaku secara

individu dan interaksi harian yang memfokuskan pada perkembangan jangka panjang.Ibubapa

perlulah bertanyakan mengenai kualiti positif anak dan bagaimana dia menyesuaikan diri dan

perkembangan yang dilalui. Menyatakan tentang kebimbangan mengenai anak sekiranya ada dan

berikan beberapa contoh konkrit. Ibubapa perlulah sentiasa sematkan harapan yang positif dalam

diri mereka.

Komunikasi dengan guru adalah kunci kejayaan dalam usaha kolaborasi ini. Guru

mempunyai perspektif dan idea bagi membantu anak kita dalam aspek yang berbeza (Berns,

2004).Kemahiran berkomunikasi dengan guru mewujudkan hubungan rapat dan ini boleh

membantu murid. Komunikasi ini termasuk bertutur, mendengar, melahirkan perasaan dan

interpretasi makna sesuatu mesej. Adalah lebih baik sekiranya ibu bapa berkongsi segala 8

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

maklumat mengenai anak mereka dengan guru di sekolahnya. Perkara ini sangat penting kerana

murid-murid berada di bawah jagaan guru semasa waktu persekolahan. Sekiranya berlaku

sebarang kecemasan, guru sudah maklum apa yang perlu dilakukan. Usah wujudkan jarak

pemisah dengan guru. Hubungan baik adalah penting demi untuk kebaikan diri anak. Ibu bapa

hendaklah sering menghargai guru kerana tugasnya yang rela melayan anak kita adalah suatu

rahmat. Tidak ramai yang sanggup terlibat dalam bidang pendidikan ini. Hanya guru yang

istimewa sanggup memilih karier untuk berdamping dengan anak istimewa yang pelbagai

kerenah. (Hill, 2001)

Hubungan dengan Persatuan Ibu bapa.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dalam persatuan Ibu Bapa dan Guru atau

PIBG kerana tidak ada sesiapa yang mahu membela nasib anak melainkan ibu bapa itu sendiri.

Kita boleh mencadangkan supaya pihak PIBG menyediakan pusat sumber khas dengan

menyediakan buku bacaan bergambar, kad dan alat permainan serta memberi pelbagai

kemudahan kepada kanak-kanak istimewa yang mengikuti Program Inklusif bagi menambah

minat mereka memasuki kelas inklusif (Dunst ,2002). Taman permainan boleh juga diwujudkan

bagi memberi peluang kepada mereka melatih kemahiran motor dan bersosialisasi bersama-sama

rakan inklusif di kelas perdana. Ibu bapa boleh berganding bahu untuk membawa sesuatu yang

baru bagi kebaikan anak-anak mereka. Menurut Berns (2004) Seminar dan kursus Inklusif boleh

juga dianjurkan bagi meningkatkan ilmu dalam pendidikan untuk murid berkeperluan khas.

Selain daripada itu, terdapat juga tindakan lain yang menunjukkan betapa pentingnya

peranan ibu bapa dalam menangani kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran

ini (Jackson, 2002). Antaranya menjalinkan:

Hubungan rapat dengan ibu bapa kanak-kanak Pendidikan Inklusif yang lain.

Perhubungan rapat dengan ibu bapa yang juga mempunyai anak bermasalah

pembelajaran adalah digalakkan. Ibu bapa boleh bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman yang

mungkin membantu anak mereka (Gargiulo,2003). Bebanan ibu bapa juga menjadi lebih ringan

sekiranya mereka dapat meluahkan segala yang gusar di hati mereka. Bergaul rapat dengan

keluarga lain yang mempunyai anak yang bermasalah membolehkan kita bertukar pendapat dan 9

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

perspektif serta berkongsi pengalaman. Adakalanya pengalaman orang lain dapat membantu kita

mengatasi masalah yang dihadapi. Sebagai ibu bapa, boleh juga menganjurkan perkelahan

dengan ibu bapa yang memiliki anak sedemikian supaya hubungan silaturrahim antara kita dan

keluarga itu wujud dengan lebih erat. Hubungan ini penting kerana sekurang-kurangnya kita

mempunyai tempat mengadu. Mereka lebih memahami diri daripada ibu bapa lain yang tidak

mempunyai anak istimewa (Dunst, 2002).

Hubungan yang baik dengan masyarakat sekeliling.

Menurut Jackson (2002) pada masa ini, masyarakat lebih prihatin dan bertimbang rasa

sekiranya dibandingkan dengan dahulu. Mereka lebih sedar tentang peranan yang boleh

dimainkan untuk memberi sokongan dan bantuan pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Masyarakat hari ini lebih penyayang dan mempunyai nilai yang tinggi sehingga rela bertungkus

lumus memungut derma semata-mata untuk disumbangkan pada kanak-kanak ini. Terdapat juga

pertubuhan NGO yang sering melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan murid berkeperluan

khas. Kita perlu memberi sokongan kepada badan ini kerana mereka menyediakan pelbagai

aktviti untuk memberi peluang pada anak kita bergaul dengan masyarakat. Kita boleh daftarkan

anak kita dengan badan NGO sebagai ahli mereka. Sebagai ibu bapa kita boleh memainkan

peranan aktif dalam membantu NGO menguruskan aktiviti mereka. Kita juga berpeluang

mewujudkan silaturrahim dengan ahli jawatankuasa badan itu. Kita perlu buktikan kepada

masyarakat, mempunyai anak yang istimewa bukanlah satu kelemahan tetapi sesuatu kekuatan

yang boleh membina keyakinan dalam diri kita. (Gargiulo,2003).

Hubungan rapat dengan rakan sebaya.

Murid Inklusif mungkin sukar untuk belajar dengan bimbingan guru ataupun daripada

kita. Mungkin mereka lebih mudah memahami dan dapat mengikut pelajaran sekiranya rakan

sebaya membantunya. Ramai kanak-kanak mudah faham dan seronok apabila rakan sebaya

membantu mereka dan mereka pasti lebih bermotivasi dan menunjukkan minat (Hill, 2001).

Mungkin mereka tidak ada sifat malu, takut ataupun khuatir sekiranya mereka bersama rakan

sebaya . Tunjuk ajar rakan sebaya adalah satu usaha yang dapat membina keyakinan dalam diri

anak-anak. Adalah baik sekiranya murid Inklusif mempunyai sahabat yang aktif supaya mereka 10

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

boleh bersosial dengan mudah (Dunst, 2002). Namun begitu, tingkah laku mereka perlu

diperhatikan supaya tidak terpesong. Ada kalanya rakan sebaya boleh membawa anak ke jalan

yang salah. Lebih-lebih lagi sekiranya anak anda tidak terlalu cergas. Dia lebih mudah

terpengaruh dan mengikut sahaja tingkah laku rakan sebayanya tanpa dapat membezakan antara

baik dan buruk. Mereka memerlukan sokongan bagi membentuk identiti diri mereka. Ibu bapa

perlu memainkan peranan dalam hal ini.

4.0 KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang

berkesan, ibubapa perlulah sentiasa berfikiran positif  dan menjalin hubungan yang erat dengan

guru. Para ibubapa juga perlu mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian dan menjalin

hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain. Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran

perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar. Menghadiri kursus dan latihan keibubapaan

mendapatkan khidmat sokongan. Ibubapa perlu menjalinkan hubungan yang mantap dengan guru

untuk melaksanakan intervensi yang berkesan bagi mengenalpasti keperluan pelajar dan

pengubahsuaian yang berkesan.(Cross,Tranb & Shelton et.al 2004) Sebagai pihak yang paling

rapat dengan murid pendidikan khas, ibubapa adalah sumber maklumat yang paling penting bagi

guru bagi melaksanakan sesuatu program yang berkesan bagi murid inklusif.  Menurut Vito L &

Valerie Valenti 2010 sebagai salah satu pihak yang bertanggungjawab dengan pendidikan anak

mereka, ibubapa juga perlu diinklusifkan di mana mereka perlu terlibat dengan latihan

pembangunan staff. Ini adalah relevan kerana sesuatu program inklusif sukar untuk berjaya

kerana kekurangan sokongan dan penglibatan dari ibubapa. Jika ibu bapa turut terlibat secara

tidak langsung dengan program inklusif, maka pelajar dengan sendirinya dapatmenyesuaikan diri

dengan persekitaran inklusif.

 

Sesetengah sokongan dan latihan bukan sahaja menyediakan ibubapa dengan peralatan

yang boleh digunakan dalam situasi mereka, tetapi juga memahami bahawa mereka juga

tidak keseorangan. (Amanda A.A & Elaine Frankell 2010). Seperti yang diketahui ibubapa yang

mempunyai anak berkeperluan khas mengalami tekanan dalam membesarkan anak mereka. 11

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

Ibubapa ini selalunya mempunyai pengharapan yang tinggi terhadap anak mereka. Maka

sokongan daripada guru khususnya memberikan mereka satu suntikan semangat bahawa

anak mereka juga masih mempunyai peluang untuk menerima pendidikan sama seperti pelajar

aliran perdana yang lain.Memberi pendidikan kepada ibubapa tentang pendidikan khas boleh

meningkatkan kesedaran dan menguatkan lagi kemahiran mereka semasa berhadapan dengan

anak khas mereka(Amanda A A & Elaine Frankel 2010). Ini adalah bertepatan dengan konsep

pendidikan itu sendiri di mana memberi ilmu yang berguna untuk diaplikasikan. Contohnya

ibubapa yang mempunyai anak disleksia boleh mengetahui cara untuk mengatasi masalah anak

mereka dengan mengenalpasti permasalahan anak mereka terlebih dahulu.

Menurut Rohani Abdullah (2007) program Inklusif mengalu-alukan kehadiran anak

istimewa melalui program inklusif. Penglibatan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sama

pentingnya di program Inklusif. Sikap ibu bapa dan penglibatan ibu bapa di program Inklusif

dapat mengurangkan tekanan emosi, kesugulan, kesedihan kerana mempunyai anak istimewa.Ia

juga dapat mengubah sikap ibu bapa pada anak sama ada ia dianggap sebagai beban ataupun

suatu dugaan serta dapat menyemai pandangan positif dalam kalangan masyarakat

pada anak istimewa. Pengetahuan berkenaan keperluan anak istimewa. Ramai ibu bapa

menganggap anak istimewa hanya memerlukan keperluan asas dan kasih sayang.

Sebenarnya mereka juga memerlukan keperluan seperti murid-murid biasa hingga tercapai

keperluan pemenuhan kendiri (self-actualisation). Tanpa pengetahuan ini, murid-murid

istimewa tidak akan membesar ketahap keupayaan mereka. Ramai ibu bapa oleh kerana

bersimpati kepada anak biasanya memanjakan anak istimewa dan ini menyebabkan anak

sentiasa bergantung kepada ibu bapa seumur hidup.

Pengetahuan berkenaan peringkat-peringkat anak istimewa Pengetahuan ini perlu kerana

dapat membantu ibu bapa mendidik kanak memperoleh kemahiran-kemahiran yang sesuai

(adaptivebehaviour) untuk tingkah laku yang diterima oleh masyarakat .Kemahiran-

kemahiran penyesuaian termasuk kemahiran sensori-motor, komunikasi (bahasa dan pertuturan),

kemahiran membantudiri (self-help skills), kemahiran sosialisasi, aplikasi kemahiran asas

dalam kehidupan seharian dan kemahiran membuat keputusan sendiri.

12

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

Pengetahuan berkenaan khidmat sokongan Ibu bapa perlu menyedari bahawa

program inklusif ini tidak dapat dilaksankan dengan berkesan tanpa bantuan dari luar. Ibu bapa

perlu tahu boleh mendapatkan khidmat sokongan bagi membantu mereka dalam membimbing

anak istimewa. Khidmat sokongan boleh diperoleh daripada guru perdana Mereka dapat

menghubungi ibu bapa lain yang senasib dengan di Program Inklusif. Dengan bantuan

ini, ibu bapa akan mendapat sokongan dalam menjalankan peranan mereka sebagai ibu

bapa yang baik. Masa depan murid-murid istimewa Ibu bapa perlu memikirkan masalah-

masalah yang dihadapi oleh anak mereka pada masa depan dan mencari resolusi untuk

masalah-masalah ini. Sebagai ibu bapa mereka mesti berusaha menjadi kuasa penggerak

bagi menyedarkan masyarakat berkenaan, hak asasi dan kemahuan murid pendidikan

khas menerusi Program Inklusif.

Ibu bapa adalah orang yang benar-benar mengetahui, prihatin dan peka pada

murid-murid khas. Oleh itu menjadi tanggungjawab mereka untuk berusaha mendapatkan

penglibatan masyarakat demi masa depan anak mereka. Tanpa penglibatan ibu bapa dan tanpa

usaha yang gigih, kemungkinan nasib murid berkeperluan khas tidak cerah. Falsafah yang harus

mendorong ibu bapa ‘Fikirkan berkenaan keupayaan bukan ketidakupayaan’ ‘Think Ability

Not Disability’. Mereka juga dapat membentuk kumpulan bertindak yang dapat membantu

dan meringankan bebanan dan masalah yang dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai murid

berkeprluan khas. Mewujudkan Program Pemulihan Dalam Keluarga dan melibatkan ibu bapa

tersebut di dalamnya. Menyedarkan ibu bapa berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil

untuk memasukkan murid dalam program inklusif serta memahami aspek-aspek pendidikan yang

diperlukan oleh murid-murid mereka mengikut keupayaan murid-murid tersebut.

5.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Dapatan kajian daripada Arnold (2008) dan Izzo et al. (1999) menunjukkan

bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi menentukan pencapaian akademik

murid-murid yang tinggi. Miedel and Reynolds (1999) juga mendapati bahawa

penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di program Inklusif berkaitan dengan kemahiran

membaca murid-murid yang lebih baik, kadar keciciran yang lebih rendah, masa yang lebih

13

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

pendek di kelas pendidikan khas . Dalam Bahasa Inggeris istilah murid-murid

berkeperluan khas dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas

‘xceptional children’. Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk murid-murid keperluan khas

dan antaranya adalah murid-murid istimewa, murid-murid luar biasa, murid-murid

kurang upaya, murid-murid cacat, murid-murid abnormal, murid-murid bermasalah,

dan murid-muridterbantut pertumbuhan atau perkembangan. Semua murid-murid berbeza

antara satu sama lain. Lazimnya, setelah melalui suatu program pendidikan, beberapa perbezaan

ini dapat dikurangkan. Bagaimanapun,terdapat sekumpulan kecil murid-murid program Inklusif

yang mana ciri-ciri mental, fizikalatau emosi mereka berbeza daripada norma sehingga mereka

memerlukan program pendidikan khas atau pendidikan khusus. Mereka ini dipanggil murid-

murid keperluan khas (exceptional children) yang mengalami kesukaran belajar. Murid-

murid pintarcerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan jauh lebih tinggi daripada biasa.

Kedua-dua kumpulan ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah

mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward, 2003)

Pendidikan program Inklusif bertujuan membantu ibu bapa untuk meningkatkan

perkembangan murid-murid secara holistik melalui pengalaman belajar yang bermakna dan

menyeronokkan serta persekitaran yang diperkaya bagi menstimulasi otak mereka (Essa, 1996).

Dalam kajian, pendidikan program Inklusif merujuk kepada pendidikan yang disediakan

oleh Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berumur 4 hingga 6 tahun. Namun

kejayaan pendidikan murid-murid di program Inklusif ditentukan oleh penglibatan ibu bapa dan

keluarga dalam pendidikan program Inklusif terutama kepada murid-murid keperluan khas.

Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa dan keluarga yang komprehensif

adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari kekuatan

dan bakatnya serta menggunakannya bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa

dan keluarga sangat berguna dalam menentukan pencapaian murid-murid Program Inklusif

mahupun murid-murid normal dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh

pihak program Inklusif. Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa dan keluarga

perlu lagi diberi galakkan kerana memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan

sosial dan kejayaan akademik murid-murid.

14

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

Dapatan Marcon (1999) juga menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa yang lebih

tinggi dan jenis penglibatan yang lebih aktif berkaitan dengan kemahiran berbahasa

murid-murid yang lebih baik, perkembangan sosial, motor, dan adaptif yanglebih baik. Kajian

lain yang dilakukan di Head Start dan Amerika Syarikat, mendapati bahawa penglibatan ibu

bapa berkaitan dengan keterampilan dan perilaku di kelas(Taylor & Machida, 1994).

Merujuk kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan keluarga sangat

penting dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk

melibatkan ibu bapa dan keluarga bagi menyokong kejayaan pendidikan murid-murid program

Inklusif. Guru dan pengetua perlu menyokong penglibatan ibu bapa dam keluarga dalam aktiviti-

aktiviti di program Inklusif dan menyamakan persepsi pengetua dan para guru

tentang penglibatan ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa perlu memahami kepentingan pendidikan

program Inklusif bagi kehidupan murid-murid mereka dimasa hadapan sehingga penglibatan

mereka di program Inklusif boleh ditingkatkan. Penglibatan ibu bapa dan keluarga

merupakan manifestasi daripada persepsi terhadap pendidikan program Inklusif. Merujuk

kepada dapatan kajian-kajian ini, penglibatan ibu bapa dan keluarga sangat penting

dan pihak sekolah harus menumpukan perhatian kepada cara-cara untuk melibatkan ibu

bapa dan keluarga bagi menyokong kejayaan pendidikan murid-murid program Inklusif.

6.0 AKTIVIT MELIBATKAN IBUBAPA

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan program Inklusif. Ibu

bapa adalah orang yang pertama memberi persetujuan sebelum murid-murid masuk ke

program Inklusif. Oleh itu adalah wajar jika ibu bapa meneruskan penglibatan mereka untuk

sama-sama mendidik murid-murid di program Inklusif. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

mempunyai kesan yang positif kepada murid-murid. Murid-murid akan merasakan pembelajaran

bukan sahaja diperolehi daripada guru di sekolah tetapi juga akan berterusan sehingga di

rumah.

Penglibatan ibu bapa bermaksud mengambil bahagian dalam aktiviti Pendidikan

Inklusif samada dalam bentuk sumbangan tenaga, kepakaran dan sumber lain yang dapat

membantu membangunkan perkembangan murid-murid. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan

15

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

keluarga adalah digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum

program Inklusif. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan keluarga dapat

membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan

warganegara yang baik dan bertanggungjawab.

Pendekatan Ibu Bapa Yang Boleh Terlibat Dengan Program Inklusif

a) Penglibatan Terus

b) Penglibatan Latihan

c) Penglibatan Keluarga dan Sokongan

Penglibatan terus ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di bilik darjah secara sukarela,

membantu guru menjalankan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah bersama anak-anak.

Pihak pengurusan sekolah menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan

secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu

bapa juga boleh membantu guru menyediakan bahan aktiviti dengan membeli buku nota dan

latihan yang bersesuaian untuk memantapkan lagi ilmu murid-murid.

Penglibatan ibu bapa dalam program latihan adalah menjadikan ibu bapa sebagai guru

anak-anak mereka. Latihan adalah tertumpu kepada bidang disiplin kendiri, membantu murid-

murid mempunyai tabiat belajar, kemahiran berkomunikasi dan bimbingan keibubapaan.

Program tersebut hendaklah dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah mengikut kelapangan ibu

bapa tanpa mengenakan sebarang bayaran. Kesan jangka panjang akan membantu perkembangan

murid-murid dan melicinkan pelaksanaan program pendidikan inklusif dengan lebih aktif.

Penglibatan sumber keluarga dan sokongan merupakan program dan aktiviti yang

melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung. Program ini menyediakan bantuan perkhidmatan

bimbingan kepada ibu bapa seperti kaunseling pekerjaan dan latihan, klinik kesihatan, pemulihan

penderaan, sumber dan rujukan untuk perkhidmatan kemasyarakatan, aktiviti sebelum dan

selepas sekolah untuk ibu bapa yang bekerja. Kaedah yang digunakan untuk melibatkan ibu

bapa:

16

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

a) Membuat Perjumpaan Rancangan Pengajaran Harian (RPI)

Perjumpaan boleh dibahagikan kepada dua kali, iaitu peringkat awal dan akhir.

Peringkat awal perjumpaan dilakukan pada sesi awal persekolahan. Guru perlu

menerangkan hal-hal berkenaan program Inklusif. Di peringkat akhir, ibu bapa

dan guru boleh berbincang berkenaan perkembangan anak-anak mereka

berdasarkan penilaian secara berterusan yang dijalankan oleh guru. Perjumpaan,

aktiviti penyampaian sijil dan sebagainya boleh diusahakan pada Majlis Graduasi.

b) Menganjur Seminar dan Bengkel Berkenaan Program Inklusif

Dengan menganjurkan seminar ibu bapa dan guru dapat pendedahan berkenaan

ilmu baru serta ciri-ciri kerjasama secara tidak langsung.

c) Panggilan Telefon dan Watsup

Ibu bapa ataupun guru boleh menghubungi melalui telefon ataupun Watsup untuk

berbincang, membuat penerangan aktiviti dan menceritakan tentang kemajuan

murid-murid dari semasa ke semasa.

d) Jemputan Melawat Program Inklusif

Biasanya jemputan melawat ke kelas Program Inklusif bertujuan menyesuaikan

ibu bapa kepada persekitaran Inklusif selain dapat beramah mesra dengan guru

dan kakitangan sekolah. Ibu bapa juga dapat memerhatikan anak-anak mereka

belajar. Daripada pemerhatian ibu bapa dan guru ini, membolehkan mereka

berbincang dan menyelesaikan masalah yang timbul. Kaedah ini sesuai apabila

ibu bapa turut dijemput bagi menyertai lawatan.

e) Lawatan Ke Rumah

Guru perlu juga melawat ke rumah kanak-kanak bagi melihat sendiri latar

belakang keluarga. Lawatan tidak semestinya dilakukan hanya murid-murid itu

sakit ataupun tidak hadir agak lama. Murid-murid amat berbangga apabila guru

mereka datang melawat ibu bapa mereka. Ia dianggap sebagai hari yang

bersejarah dan tidak dapat dilupakan.

17

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

f) Buku Diari

Maklumat mengenai aktiviti dan latihan yang diberikan oleh guru akan dicatatkan

dalam dairi murid-murid. Ibu bapa boleh mendapat maklumat terkini dengan

membaca catatan dalam buku diari tersebut.

7.0 CABARAN YANG DIHADAPI OLEH PIHAK PENGURUSAN UNTUK

MELIBATKAN IBUBAPA

Cabaran yang dihadapi oleh pihak pengurusan untuk melibatkan ibu bapa dan keluarga

dengan program yang dirancang. Terdapat dua golongan ibu bapa yang dihadapi oleh pihak

pengurusan iaitu ibu bapa yang keberatan dan ibu bapa yang sukar.

Ibu bapa yang keberatan bermaksud enggan melibatkan diri dengan aktiviti dlam

Pendidikan Inklusif. Ibu bapa golongan ini bukan tidak mahu mengambil berat tentang

pendidikan murid-murid tetapi disebabkan oleh faktor tertentu. Antara faktor-faktor tersebut

adalah:

a) Tiada pengalaman dengan pendidikan

b) Perbezaan bahasa sukar untuk difahami.

c) Sikap kendiri yang sering membezakan dirinya dengan orang lain.

d) Kurang kesedaran keperluan pendidikan inklusif

e) Merasakan tugas guru sepenuhnya mendidik anak mereka.

Ibu bapa yang sukar pula adalah golongan yang sering menimbulkan masalah kepada

pihak pengurusan dan guru-guru di sekolah. Contohnya ibu bapa tidak dapat menerima teguran

atau perkara negatif tentang anaknya apabila diberitahu oleh guru. Sekiranya berlaku salah

faham antara pendidik dan ibu bapa perlu ada orang ketiga untuk menyelesaikan masalah

tersebut menerusi perbincangan atau mesyuarat. Langkah-langkah meningkatkan kerjasama ibu

bapa dengan program Inklusif:

18

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

a) Mengeratkan hubungan dengan mengamalkan sikap saling menghormati di antara

pengurusan, pendidik dan ibu bapa.

b) Berkerjasama dan berkongsi tanggungjawab dalam mengatasi masalah menerusi

perundingan.

c) Melakukan komunikasi dua hala yang kerap untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan

pendidikan Inklusif

d) Memberi ruang kepada ibu bapa untuk berperanan sebagai pemerhati dan membuat

keputusan dalam program yang melibatkan ibu bapa.

e) Menyesuaikan penglibatan ibu bapa dalam program berdasarkan sumber-sumber yang

dikenalpasti seperti kebolehan dan kepakarannya

8.0 MODEL DAN TEORI PENGLIBATAN IBU BAPA/ KELUARGA

8.1 MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA/ KELUARGA OLEH JOYCE EPSTEIN

Sekolah merupakan organisasi yang dinamik, terbuka, dan komplek. Kerjasama

bermaksud sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman dan lain-

lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Dewan Bahasa Dan Pustaka,

edisi ke-4). Hubungan kerjasama di antara guru dan ibu bapa adalah sangat perlu ke arah

meningkatkan kualiti P&P (John V. hamby, 1992).

Konsep Keibubapaan. Ibu bapa adalah guru yang pertama dan yang paling lama untuk

anak mereka. Dalam proses pembangunan biasa, ibu bapa yang telah menyokong perkembangan

bahasa, sosial dan kemahiran akademik murid-murid mereka. Terdapat bukti positif dalam lepas

30 tahun menunjukkan bahawa mengajar kemahiran khusus untuk ibu bapa boleh membantu

dalam perkembangan murid-murid dalam jagaan mereka. Ibu bapa adalah unit asas keluarga dan

peranannya adalah penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Ini memerlukan

pengurusan keluarga yang dinamik, berubah proaktif dan tepat pada masanya. Peranan ibu bapa

adalah sangat penting dan perlu dilihat di peringkat makro dan semua yang terlibat komited.

Selain faktor-faktor keluarga, faktor persekitaran juga perlu diambil kira. Dalam usaha untuk

membina keluarga yang bahagia dan berkesan, konsep “membentuk buluh biar dari rebungnya "

perlu diberi penekanan. Ibu bapa adalah salah satu unit dan mesti menjalankan pengurusan yang

proaktif daripada aspek sains dan kemanusiaan.19

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks.

Epstein mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein yang menggambarkan

kerjasama yang perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan

hierarki tetapi ia adalah satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat

dan profesional pendidikan awal murid-murid.

Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan :

Keibubapaan (Parenting)

merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, murid-

murid yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan. Tidak seperti guru, pengaruh yang

atas murid-murid yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada

murid-murid mereka. Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada

ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka

yang boleh menyokong pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa

menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Aktiviti yang dianjurkan

oleh ibu bapa di rumah mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah.

Berkomunikasi (Communication)

Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah

menghantar nota rumah dan risalah mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting.

Ibu bapa juga perlu memberi guru maklumat tentang kesihatan anak mereka dan sejarah

pendidikan. Sebuah laman web sekolah ialah medium tambahan komunikasi dengan ibu bapa

dan keluarga. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan kemas kini kalendar dinamik menggunakan

iCal atau suapan RSS yang lain hanya menyemak kalendar laman web secara kerap (Piper,

2012). Dari perspektif penglibatan yang positif, komunikasi mesti dua hala, sekolah kepada ibu

bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk menjadi yang paling berkesan.

Sukarelawan (Volunteering)

Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah. Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung

semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat tiga cara

asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka mungkin 20

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

secara sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan pengkritik/juri

sebagai tutor atau pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk sekolah misalnya,

mengumpul dana untuk acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat. Akhirnya, mereka

mungkin menawarkan diri sebagai ahli penonton, menghadiri program-program sekolah atau

persembahan

Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)

Apabila ibu bapa membantu murid-murid mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke

muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan. Aktiviti ini

menghasilkan sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi

dengan kurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah

menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang murid-murid lakukan di dalam kelas

dan bagaimana untuk membantu mereka dengan kerja rumah.

Pembuat Keputusan (Decision making)

Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi

sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa atau

guru persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan kepimpinan

yang melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.

Bekerjasama dengan Keluarga (Colaboration With Community)

Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan keluarga sekitar. Kerjasama ini harus membawa

kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar. Penglibatan individu-individu berjaya

dalam bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka.

Contohnya, melaksanakan program mentor-mentee antara keluarga dengan pelajar.

8.2 TEORI KONTESKTUAL

Teori Kontekstual terbahagi kepada tiga iaitu bioekologikal, dialektikal dan sistem

keluarga. Teori ini menunjukkan hubungan antara kanak-kanak, keluarga dan komuniti di mana

penting untuk penglibatan keluarga berkesan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Apabila guru

21

Kanak-kanak

Keluarga Komuniti

Rajah 1: Kanak-kanak, keluarga dan komuniti

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

mengaplikasikan teori ini, amalan penglibatan keluarga akan lebih terdorong dan autentik

(Donna Couchenour & Kent Chrisman 2000).

Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), peranan ibu bapa, keluarga dan komuniti sebagai

rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran kanak-kanak selalunya memberi kesan pada

kualiti. Ibu bapa adalah pihak pendidik yang pertama dan utama anak-anak sebelum mereka

berhadapan dengan guru-guru dan pembimbing tadika. Ibu bapa juga mampu meningkatkan

kualiti sesebuah program tadika. Pendapat ini turut disokong George S. Morrison dalam bukunya

‘Early Childhood Education Today’, menyatakan bahawa ibu bapa ialah orang yang

menyediakan keperluan asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk

ajar, bimbingan dan perlindungan kepada kanak-kanak.

Kajian Klaus dan Greg (1986), mendapati ibu bapa yang melibatkan diri dengan program

prasekolah, meluangkan lebih banyak masa membaca bersama-sama anak mereka. Manakala ibu

bapa yang tidak melibatkan diri, lebih banyak menghabiskan masa dengan perkara yang bersifat

bukan pendidikan seperti menonton televisyen, mengemas rumah dan sebagainya (Kasnani Ab

Karim et al. 2005).

Golongan pendidik awal kanak-kanak samada guru prasekolah, pekerja kebajikan atau

guru tadika adalah sebahagian daripada komponen masyarakat sihat yang penting terhadap

kanak-kanak dan keluarga. Masyarakat yang sihat bergantung kepada perkembangan keluarga

berfungsi terhadap kanak-kanak dengan sebaik-baiknya. Jika keluarga tidak dapat berfungsi

dengan betul untuk perkembangan kanak-kanak, komuniti haruslah bertindak mengambil alih

tanggungjawab ini untuk kebaikan kanak-kanak. Masyarakat berubah mengikut bagaimana

keluarga dan komuniti berfungsi. Kanak-kanak, keluarga dan komuniti sentiasa bergantung

antara satu sama lain (Donna Couchenour dan Kent Chrisman 2000).

22

KeluargaKanak-kanak

Mikro

Institusi yangMempengaruhi

Keluarga (pekerjaan)

Sistem Makro

Nilai-nilai masyarakat

Rajah 2: Model Teori Ekologi Urie Bronfenbrenner

Sistem Ekso

Nilai-nilai budaya

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

8.2.1.Teori Ekologikal Urie Bronfenbrenner

Kajian di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa faktor persekitaran seperti

penglibatan ibu bapa secara aktif mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan

kanak-kanak Mac Naughton. (2005).

Bronfrenbrenner (2003), yang mengemukan teori ekologi mengenai perkembangan kanak-

kanak berkata, pendidikan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai sistem makro

masyarakat, iaitu masyarakatt yang lebih global. Akibatnya mencorakkan peranan guru tadika

sebagai seorang ‘academic taskmaster’, di mana tugas utama mereka adalah menyampaikan ilmu

dan kemahiran akademik. Fokus pada persediaan akademik boleh mengurangkan keprihatinan

kepada pembangunan personaliti kanak-kanak. Oleh yang demikian konsensus matlamat atau

objektif adalah satu cabaran, kerana menyediakan matlamat atau objektif yang jelas sewajarnya

adalah menjadi syarat utama dalam pengurusan sesebuah tadika.(Rohaty Mohd Majzub, 2003).

Bronfrenbrenner (1998), melalui model ekologinya mengenai perkembangan manusia

menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak paling baik difahami melaui konteks sosial

keluarga, dasar pendidikan, komuniti dan masyarakat yang lebih meluas. Sungguhpun pakar

perkembangan manusia menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dididik menurut aras

perkembangan mereka dan dibuat secara holistik, tetapi masyarakat umum lebih berorientasikan

peperiksaan dan pencapaian. Ini mencetus kontroversi di antara apa yang terkandung dalam teori 23

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

dengan apa yang sebenarnya dipraktikkan dalam program tadika. Konflik dan kontroversi

mengenai matlamat telah dikaji oleh Rohaty (1984, 1992) sama ada wujud perbezaan prioriti

matlamat antara guru, ibu bapa dan pakar dalam domain perkembangan total kanak-kanak iaitu

domain intelek, sosial, fizikal, moral, emosional dan kerohanian. Pengenalpastian perbezaan

prioriti matlamat memberi impak kepada corak pengalaman pembelajaran yang dipilih untuk

sajian (Rohaty Mohd Majzub, 2003).

8.2.2 Teori Dialectikal Vygotsky

Vygotsky sangat dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan yang

memperkenalkan teori sosio budaya. Vygotsky menyatakan bahawa pengetahuan manusia

berasal dari budaya. Ini bermakna kebanyakkan pengetahuan yang kanak-kanak tahu "tahu"

datang dari keluarga dan masyarakat yang lebih besar. Sebagai contoh, kanak-kanak merayakan

hari percutian dan cara mereka merayakannya menggambarkan pengetahuan berdasarkan

kebudayaan. Makanan yang dimakan, cara penyediaan, layanan dan persiapan meja makan serta

sopan santun hasil dari pengalaman dalam sesuatu budaya (Donna Couchenour dan Kent

Chrisman, 2000). Terdapat empat prinsip yang diterapkan dan diperjuangkan dalam teori

kognitif ini iaitu konsep sosial, perkembangan bahasa, zon had proksimal, dan scaffolding.

Vygotsky mengesyorkan bahawa kebolehan intelek adalah spesifik kepada budaya di mana kita

dipelihara dan dibesarkan (Syazwan Safuan 2008).

Konsep sosial yang dimaksudkan oleh Vygotsky ialah proses pembelajaran seseorang

individu akan lebih berkesan melalui interaksi dengan orang dewasa dan teman sebaya yang

lebih baik. Vygotsky menekankan pentingnya interaksi sosial dengan orang lain dalam proses

pembelajaran. Kanak-kanak sememangnya tidak mempunyai fungsi mental yang tinggi tetapi

mereka boleh mewarisinya daripada ibu bapa ataupun masyarakat di sekeliling mereka.

Pergaulan sosial kanak-kanak dengan masyarakat dan budaya di sekeliling mereka akan

mempengaruhi tahap pemikiran kanak-kanak. Menurut Vygotsky, anak-anak lahir dengan fungsi

mental yang relatif dasar seperti kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan

perhatian. Kebanyakan daripada apa yang kita berfikir dan cara berfikir dipengaruhi oleh budaya.

Vygotsky mengatakan bahawa kanak-kanak biasanya membina pengetahuan secara individu

serta sosial (Valmband, 2008)24

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

Teori Vygotsky memberi penekanan terhadap pengaruh persekitaran sosial terhadap

perkembangan kanak-kanak, khususnya aspek perkembangan bahasa kerana bahasa adalah alat

utama interaksi yang berperanan sebagai penyampai maklumat. Bahasa kanak-kanak

berkembang dalam persekitaran sosialnya. Menurut teori ini, bahasa ialah alat berfikir bagi

manusia untuk membina konsep-konsep dalam fikiran sebagai respons kepada masalah dan

rangsangan persekitaran (Awang Salleh bin Awang Wahap dan Dr. Zamri Mahamod, 2006).

Menurut Abdul Aziz Abdul Shukor et al. (2008), kanak-kanak menggunakan bantuan

tersebut untuk memahami sesuatu dan seterusnya dapat menggunakan maklumat yang diperolehi

untuk menyelesaikan masalah. Bantuan tersebut boleh membentuk isyarat, cadangan, galakan,

pecahan masalah kepada langkah-langkah yang lebih kecil dan pemberian contoh yang berkaitan.

Scaffolding merupakan satu teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki

kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan. Biasanya,

seseorang guru atau rakan sebaya yang berpengetahuan memberi bantuan untuk memahirkan

orang yang lemah berpengetahuan dalam sesuatu ilmu. Bantuan yang diberikan akan di ubah suai

untuk mengakomodasi prestasi semasa seseorang pelajar. Apabila pelajar yang lemah dapat

menguasai sesuatu kemahiran, maka bantuan yang diberi akan semakin berkurangan.

Pembelajaran dengan bantuan scaffolding memberi manfaat kepada pelajar yang

lemah. Dalam prinsip scaffolding, pihak guru atau rakan sebaya memberi bantuan kepada pelajar

yang lemah dan yang memerlukan bantuan sahaja. Ini bererti, pihak yang memberi bantuan tidak

akan membuat segala-galanya untuk pelajar yang lemah tersebut. Usaha pemantauan tugasan

yang dibuat oleh pelajar yang lemah hendaklah diteruskan sehingga pelajar yang lemah dapat

menguasai kemahiran atau kerjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan memuaskan.

Pendekatan melalui scaffolding memberi dua sumbangan, iaitu ia menjadikan pelajar

berminat untuk melibatkan diri dalam tugasan dengan efektif sehingga berjaya. Pelajar dapat

mengembangkan aktiviti-aktiviti dan pengalaman-pengalaman pembelajaran serta meningkatkan

kadar keupayaan pembelajaran yang pelu dicapai. Sumbangan yang kedua ialah ia dapat 25

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

mengembangkan pretasi dan zon pengembangan proksimal pelajar. Perkara ini dapat dilakukan

dengan instruksi yang tepat untuk menyelesaikan masalah yang besar dengan lebih cepat.

Scaffolding boleh juga diberi secara tidak langsung oleh guru dengan menyediakan latihan-

latihan. Zon perkembangan proksimal yang disarankan oleh Vygotsky menghubungkan

perbezaan antara apa yang boleh dipelajari oleh pelajar tanpa bantuan dengan apa yang boleh

dipelajari dengan bantuan guru atau rakan sebaya yang berkebolehan. Idea membantu pelajar ini

disebut scaffolding (Abdul Aziz Abdul Shukor et al. 2008).

9.0 KESIMPULAN

Penglibatan ibu bapa dan keluarga dalam Pendidikan Inklusif memainkan

peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia di kalangan murid-murid. Peranan

ibu bapa dan ahli keluarga sebagai rakan kongsi aktif dalam proses pembelajaran murid-

murid selalunya memberikan kesan kepada kualiti perkembangan murid-murid. Ibu bapa juga

adalah pendidik pertama dan utama murid-murid sebelum murid-murid berhadapan dengan guru-

guru pembimbing di Pendidikan Inklusif. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti

sesebuah program Pendidikan Inklusif dengan menyumbang tenaga, berkongsi bakat dalam

program Pendidikan Inklusif. Penglibatan ibu bapajuga boleh meningkatkan kendiri murid-

murid dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibubapa dapat meningkatkan tahap proses

pembelajaran di Pendidikan Inklusif dan ibu bapa berpeluang melaksanakan peranan

sebagai pendidik. Oleh yang demikian, ibu bapa dan keluarga seharusnya mengambil pendekatan

yang serius dalam membimbing murid-murid seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui

pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan keluarga adalah sangat digalakkan

kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum program Inklusif.

Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan keluarga dapat membantu dalam

perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara

yang celik akal dan berintegriti. Dapat dirumuskan bahawa kolaborasi antara semua pihak yang

terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi

yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang

terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan

26

KEETHA A/P GNANAMOORTHY (20142001969)

meminimumkan ketidakupayaan murid-murid khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua

yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada

kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau

perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi penglibatan

ibu bapa sangat penting dalam perkembangan akademik murid-murid berkeperluan khas. Hal ini

demikian kerana pembelajaran di sekolah dapat diteruskan di rumah yang telah diambil alih oleh

ibu bapa. Penglibatan ibu bapa tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik semata- mata tetapi

juga melibatkan semua aspek seperti perkembangan lain seperti aspek sosial, komunikasi,

tingkah laku dan lain- lain lagi. Oleh itu, usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama-

sama dengan ibu bapa mampu mempercepat perkembangan dalam semua aspek murid

berkeperluan khas. Usaha yang berterusan dari semasa ke semasa ini diharapkan agar dapat

melahirkan individu berkeperluan khas yang mempunyai intrapersonal dan interpersonal yang

tinggi kelak.

27