fail meja-c

11

Click here to load reader

Upload: marlina-mohamed

Post on 06-Aug-2015

47 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyuluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan unbtuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmnonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

C.2 RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

1 daripada 10

Page 2: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.3 TERAS PERKHIDMATAN

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan

Bekerja dengan penuh tanggangjawab

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri

Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan

Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara

Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara

Berpegang teguh kepada ajaran agama

C.4 KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN

Bahawa kami, anggota Kerajaan Malaysia,

Menyedari tanggugjawab kepada Negara, Bangsa dan Agama

Menjunjung cita-cita Rukun Negara

Berpegang teguh kepada Teras Perkhidmatan Cemerlang

Berikrar akan;

Menghayati nilai-nilai murni kepimpinan

Mengamalkan perilaku mulia kepimpinan

Menyemarakkan contoh-contoh unggul kepimpinan yang Bersih, Cekap, Amanah

Bagi Meninggikan Hasil Kerja

Demi kesejahteraan dan keteguhan rakyat serta kedaulatan Negara.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

2 daripada 10

Page 3: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.5 TATASUSILA PROFESION PERGURUAN, MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah

berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia,

yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha

menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang

percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami

kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman

berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda

untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima

Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan

profesión kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJARAN

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,

mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.

3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya.

4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam

mata-mata pelajaranyang diajar di bilik darjah tanpasebarang bayaran.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

3 daripada 10

Page 4: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi

contoh yang baik kepada pelajar.

6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,

lawatan dan menghadiri kursus ikthsas, persidangan, mesyuarat atau seminar

supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tinggi.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggugjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga.

3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan

membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak

mengetahuinya.

4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan

menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan

bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan

ekonomi ibu bapa pelajar.

6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh

menjelaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

4 daripada 10

Page 5: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan

Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan

membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,

bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan

menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala

tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil

bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa,

institusi pendidikan dengan masyarakat.

5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan

kecendekiawanan masyarakat.

6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan

menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN

1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh

mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau

berbuat yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami

sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan

rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan

ikhtisas dan sosial.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

5 daripada 10

Page 6: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

4. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion

perguruan.

5. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

C.6 VISI SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KATHOLIK, PETALING JAYA

Huraian ; Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan menjadi salah sebuah Sekolah

Cemerlang dari segi pencapaian akademik dan ko-kurikulum pada tahun 2010.

Dari segi akademik, Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu mensasarkan untuk

mencapai 75% lulus penuh dengan berkualiti pada tahun 2010.

Manakala dari segi ko-kurikulum, Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu

mensasarkan lebih banyak lagi penyertaan pelajar sehingga ada yang akan

mewakili negeri dalam bidang permainan dan olahraga pada tahun 2010.

Dari segi pembentukan sahsiah, Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan

menghasilkan pelajar yang penuh berbudi pekerti pada tahun 2010.

C.7 MISI SEKOLAH

Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu akan merealisasikan visi sekolah melalui ;

1. Berusaha meningkatkan prestasi akademik sekolah,

2. Berusaha menghapuskan Buta 3M,

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

6 daripada 10

Page 7: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

3. Memupuk penglibatan ko-kurikulum yang menyeluruh dengan pendekatan yang

berkesan,

4. Memupuk sahsiah dan disiplin murid yang baik dengan pendekatan sahsiah,

5. Memupuk demangat perpaduan di antara pihak sekolah dengan komuniti

setempat.

C.8 MOTTO SEKOLAH

USAHA TANGGA JAYA

C.9 PIAGAM PELANGGAN

BAHAWASANYA, kami Warga Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu dengan ini

berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami

seperti berikut ;

MURID-MURID

Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid

secara adil dan saksama.

Memastikan semua murid diberi buku teks sehari sebelum setiap sesi

persekolahan bermula.

Memastikan semua murid di Sekolah Kebangsaan Nanga Tibu mendapat

layanan yang adil dan sama rata.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

7 daripada 10

Page 8: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai kegiatan ko-kurikulum

sekurang-kurangnya 1 persatuan, 1 kelab dan 1 aktiviti sukan dan permainan.

WARIS

Setiap waris murid-murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara

adil dan sama rata.

Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas diberi tidak lebih daripada lima (5)

hari bekerja.

Setiap cadangan atau usul yang baik dan munasabah akan dibincang dalam

mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

STAKE HOLDER

Memastikan setiap arahan dan permohonan dari Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran

Gabungan(PPG) mahupun Pejabat Pelajaran Daerah Kecil (PPDK) mendapat

tindakan seberapa segera selepas surat atau arahan diterima.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, sila

berjumpa terus dengan pentadbir sekolah atau menghubungi melalui talian

0198672027 atau 083 326078.

GURU DAN KAKITANGAN

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

8 daripada 10

Page 9: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

Setiap guru dan kakitangan sekolah menerima latihan dalaman dalam bidang

masing-masing sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.

Sebarang masalah atau kesulitan guru dan kakitangan akan diambil tindakan

segera ; tidak lebih daripada lima (5) hari bekerja.

C.10 SEJARAH SEKOLAH

DITUBUHKAN pada pertengahan tahun 60 ‘an di tebingan Sungai Engkari yang

hanya bersebelahan dengan sebatang anak sungai kecil yang dinamakan Sungai Tibu.

Dari situlah nama SK Nanga Tibu diberi. Pada awal pembukaan SK Nanga Tibu,

bangunan sekolahnya dan kuarters guru dan kakitangan lain beratapkan lembaran

keping kayu dan lantainya dibina daripada sejenis buluh besar yang dijadikan kepingan

kecil. Didapati 7 buah rumah panjang yang telah menghantar anak-anak bersekolah ke

SK. Nanga Tibu.Yakni sehingga terbinanya Empangan Hidro, batang Ai.

Sehingga tahun 2007, seramai 7 orang Guru besar yang telah berkhidmat di SK

Nanga Tibu. Dari segi pencapaian akademik, SK. Nanga Tibu tidaklah begitu menyerlah

malahan selalu sahaja digelar Sekolah berprestasi Rendah. Dalam Bidang ko-kurikulum

pula, sekolah ini agak menyerlah sehingga ada pelajar yang sampai ke tahap Peringkat

Negeri dalam olahraga dan permainan bola sepak.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

9 daripada 10

Page 10: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

Daripada sekolah yang kecil, hingga sekarang SK. Nanga Tibu telah mempunyai

populasi pelajar sehingga 106 orang pada tahun 2008. Namun demikian, sekolah ini

masih bergelar Sekolah Kurang Murid (SKM). SK. Nanga Tibu telah dibantu oleh pihak

Jabatan Pelajaran (JPN,PPG & PPDK) sehingga sekolah ini berdiri megah di tebingan

Sungai Engkari dan kawasan lerengan bukit sekitarnya.

C.11 LATAR BELAKANG WARIS

PELAJAR-pelajar SK. Nanga Tibu datang dari 4 buah kampung rumah panjang

kaum Iban yang berdekatan iaitu Rh. Jarau, Kampung Ukom ; Rh. Ugat, Kampung

Spaya ; Rh. Sunok, Kampung Stamang dan Rh. Liam, Rantau Kemayau Manis. Hampir

semua pelajar kita terdiri datang daripada keluarga petani. Hanya ibu bapa anak

kepada kakitangan sekolah yang mempunyai pekerjaan tetap. Ibu bapa mereka

bercucuk tanam, menoreh getah dan kadangkalanya menangkap ikan.

Purata pendapatan sesebuah keluarga pelajar kira-kira lebih kurang RM350.00

sebulan. Ternyata disini, mereka ialah terdiri daripada keluarga yang berpendapatan

rendah. Kesimpulannya, SK. Nanga Tibu adalah sekolah yang jauh di pendalaman yang

mana pelajar-pelajarnya terdiri daripada golongan ibu bapa berpendapatan rendah.

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

10 daripada 10

Page 11: Fail Meja-C

SMJK (C) KATHOLIK PETALING JAYA

FAIL MEJA Marlina Binti Mohamed

BAHAGIAN C – LATAR BELAKANG JABATAN

Keluaran : 01 Pindaan : 00 Tarikh : 03/01/2013

C.12 LOGO SEKOLAH

1. Mata Pena - Belajar sehingga ke peringkat pengajian tinggi

2. Obor - Usaha pendidik memberi ilmu kepada pelajar

3. Buku - Menghapuskan KIA 2M dan 3M

4. Segi 6 Biru - Hala tuju yang berdimensi

5. Keseluruhan - Perpaduan di kalangan warga sekolah dan komuniti

FAIL MEJAGuru Akademik Biasa / SMJK(C) Katholik Petaling Jaya Selangor

11 daripada 10