etika siap 2

11
ETIKA ISLAM Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat. Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri. Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Qur’an dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Qur’an dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia. Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya

Upload: dadymama-lin

Post on 15-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

etika

TRANSCRIPT

ETIKA ISLAM

Etika Islam adalah sinonim dengan akhlak. Menurut para tokoh pemikir Islam, akhlak didefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan perbuatan akan lahir daripadanya dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Berdasarkan pengertian tersebut, keadaan jiwa dalaman seseorang dilihat sebagai pencetus dan penggerak kepada pembinaan sikap dan tingkah laku luaran. Pengertian ini melayakkan akhlak sebagai istilah yang paling tepat dan lengkap bagi etika Islam, berbanding istilah-istilah lain seperti nilai, moral dan norma sebagaimana yang diyakini Barat.

Terdapat empat kriteria yang menjadikan etika Islam ini cukup unik dan tersendiri.Pertama ialah dari segi sumber asasnya. Asas etika Islam adalah bersumberkan sumber ketuhanan (dalil naqli) iaitu al-Quran dan al-Hadith. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf sumber kemanusiaan (dalil `aqli) yang terdiri daripada taakulan akal, naluri dan juga pengalaman manusia. Namun, akal, naluri dan pengalaman ini mestilah digunakan dengan bimbingan wahyu al-Quran dan al-Hadith itu sendiri. Kombinasi sumber ketuhanan dan sumber kemanusiaan ini menghasilkan etika Islam yang mantap bagi mendasari segala aktiviti kehidupan manusia.

Kedua ialah dari segi skopnya. Etika Islam meliputi aspek teori (majal al-nazar) dan praktis (majal al-`amal). Ia tidak hanya melibatkan pemikiran teoritis para ulama silam dalam pelbagai bidang ilmu, bahkan turut diperincikan dalam bentuk praktikal berhubung kelakuan manusia itu sendiri. Akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah s.a.w. merupakan model ikutan yang paling tepat. Baginda mempraktikkan tuntutan akhlak Islam dalam pengurusan diri, rumahtangga, masyarakat mahupun pentadbiran negara. Gandingan aspek teori dan praktis ini menjadikan etika Islam cukup lengkap untuk dilaksanakan dalam segenap aspek kehidupan.

Ketiga ialah dari segi rangkuman nilainya. Nilai-nilai dalam etika Islam merangkumi pelbagai aspek dan dimensi. Bersesuaian dengan sifat Penciptanya yang memiliki segala kesempurnaan, maka nilai-nilai yang digubal-Nya melambangkan keagungan-Nya, menepati fitrah semulajadi manusia dan mesra sepanjang zaman. Sesuatu yang dikategorikan sebagai baik atau buruk, betul atau salah itu akan kekal dan diterimapakai oleh umat manusia sepanjang masa

Dari sudut kategori nilai, etika Islam meliputi nilai positif (ijabiyah) dan nilai negatif (salbiyah). Nilai positif merujuk kepada nilai yang memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan. Nilai negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan kemudharatan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambilkira nilai-nilai dalam hubungan manusia dengan Pencipta (habl min Allah), hubungan sesama manusia (habl min al-nas) dan hubungan dengan alam sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan) manusia. Etika Islam diinterpretasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan, sikap, perlakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.

Keempat ialah dari segi faktor kepatuhannya. Asas kepatuhan Muslim terhadap etika Islam juga cukup unik. Sesuatu itu bukanlah baik dan buruk secara semulajadi (zatnya), tetapi Allah s.w.t. yang menetapkan baik atau tidak sesuatu perkara itu. Maka, faktor yang menggalakkan kepatuhan kepada etika Islam adalah ketaatan dan kepatuhan kepada ajaran Islam itu sendiri. Segala nilai yang dianjurkan oleh Islam dilaksanakan semata-mata kerana Allah s.w.t. dengan penuh keyakinan, iltizam dan kerelaan hati, bukan disebabkan oleh peraturan kerja ataupun arahan ketua atasan.

Keempat-empat kriteria di atas memperlihatkan keunikan dan keunggulan etika Islam sejajar dengan kesyumulan ajaran Islam. Paling menarik, ia memperlihatkan keupayaan etika Islam untuk mengurus multidimensi kehidupan manusia. Di samping memperoleh kebaikan di dunia, ia turut menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak (al-falah).

Etika Dalam Ajaran Conficius

Fahaman Confucius merupakan salah satu fahaman yang menjadi pegangan masyarakat Cina di seluruh dunia hingga hari ini. Fahaman falsafah ini diasaskan oleh Kung Fu Tze yang terkenal sebagai seorangtokoh ulung falsafah peradaban China. Pada peringkat awal, beliau membentuk fahaman yang berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.Selepas kematian Kung Fu Tze, muncul kumpulan pengikut yang terlalu memujanya melalui ritual tertentu. Pada masa yang sama, mereka mempercayai bahawa wujud dewa yang harus disembah sehingga akhirnya fahaman Confucius dianggap sebagai satu ajaran agama.Di seluruh dunia sekarang dianggarkan terdapat lebih daripada enam juta orang yang mengaku diri mereka sebagai pengikut fahaman Confucius. Fahaman ini menjadi salah satu kepercayaan tradisional terbesar dalam sejarah sistem falsafah dan kepercayaan bangsa Cina.Kawasan utama ajaran ini tersebar di sekitar Asia Tenggara, Asia, dan di wilayah tertentu di Eropah. Antara negara yang mempunyai banyak pengikut Confucius termasuklah China, Vietnam, Korea Utara, Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia dan Jepun.Confucius merupakan fahaman yang membentuk satu sistem moral yang diasaskan oleh nilai akhlak, sifat kemanusiaan dan perasaan kasih sayang. Sistem ini terbentuk ekoran pengalaman yang dilalui Kung Fu Tze pada zaman pemerintahan yang kacau-bilau. Ketika itu pemerintah dikatakan menindas rakyat, mengamalkan rasuah, dan sistem pendidikan hanya ditawarkan kepada golongan bangsawan.Sebuah peradaban lahir setelah berabad lama manusia menempuh zaman kegelapan. Teori-teori evolusi manusia menjadi panduan kepada sejarawan mencari jawapan kepada peringkat perkembangan masyarakat. Maka wujud penerangan berdasarkan peringkat-peringkat kehidupan yang dinamakan Mesolitik, Neolitik dan Paleolitik. Menerusi peringkat-peringkat inilah manusia dipercayai menempuhi evolusi yang akhirnya mencapai peradaban tertinggi atau dikenali sebagai tamadun.Tamadun merupakan kata kerja yang berasal daripada bahasa Arab, yang diterbitkan daripada kata nama bandar. Hal ini bermaksud istilah tamadun membawa erti masyarakat sedang atau telah membangunkan sebuah bandar. Pembangunan sebuah bandar merupakan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi atas sebab-sebab tertentu; antaranya adalah kepentingannya dalam mencorakkan masyarakat yang mempunyai akhlak terpuji (boleh rujuk Ibn Khaldun dan Syed Naquib Al-Attas). Pembangunan bandar akan mengubah kehidupan masyarakat setempat daripada kehidupan yang barbaric dan menjadikan mereka civilized (Braudel, 1993). Kedua-dua terma ini mempunyai nilai maksud kehidupan yang terkebelakang dan perubahan kepada yang lebih baik, berdasarkan contoh yang diberi Braudel dalam penjelasan kisah penjenayah yang diberi hukuman berdasarkan hukuman sivil.Dalam membangunkan sebuah bandar, elemen kerajaan merupakan antara perkara yang terpenting. Kerajaan mempunyai tanggungjawab dalam mentadbir dan mengurus kehidupan masyarakat yang teratur. Bagaimanapun, kerajaan yang dibentuk mestilah sebuah kerajaan yang mentadbir atas dasar keadilan supaya rakyat hidup dalam keadaan yang harmoni. Hal ini bersesuaian dengan konsep tamadun yang telah dijelaskan.Bangsa timur merupakan sebuah bangsa yang tercatat dalam sejarah sebagai bangsa yang berjaya mencipta tamadun antara yang terawal di dunia. Umum sedia maklum bahawa bangsa yang dimaksudkan ialah bangsa Cina; sebuah bangsa yang berjaya mencipta sebuah tamadun bermula dengan pemerintahan Dynasty Shang pada abad 1700 BCE. Kehebatan masyarakat cina dalam membangunkan sebuah tamadun dipercayai atas sebab kesedaran masyarakat tentang nilai moral yang harus wujud dalam diri setiap individu. Hasilnya, nilai-nilai moral ini telah membentuk akhlak inidividu yang pekerti, lalu memberi kesan kepada sistem berkerajaan dalam tamadun tersebut. Antara keistimewaan kerajaan dalam tamadun-tamadun China ini ialah kecekapan pegawai-pegawai kerajaan dalam mengurus-tadbir kehidupan seharian masyarakat berdasarkan polisi-polisi yang berasaskan nilai moral masyarakat.Walau bagaimanapun, setiap kerajaan yang mentadbir tidak sentiasa berada pada tahap yang baik sebagaimana yang diharap rakyat. Zaman kejatuhan pasti menjengah. Oleh sebab itu, maka datanglah susuk-susuk tubuh yang berjuang dalam membida pembaharuan. Antaranya ialah guru atau master Kong (Confucius dalam bahasa Inggeris). Individu ini merupakan seorang pintar yang mengumpul karya-karya tradisional mengenai nilai-nilai moral kepercayaan masyarakat tradisional Cina. Beliau telah mengumpul dan menyusun karya-karya tersebut dengan lebih sistematik. Hasilnya, karya-karya ini telah dikategorikan ke dalam sejumlah protokol yang diberi nama, antaranya prokotol hubungan manusia dan protokol tingkah-laku.Melalui pemahaman beliau terhadap nilai-nilai moral masyarakat tradisional Cina, maka diwujudkan olehnya beberapa konsep utama: li, ren, shu dan junzi. Kesemua konsep ini menjadi tunjang kepada penjelasan idea berkenaan moral. Konsep pertama, li, merupakan penjelasan berkenaan cara betul dalam berinteraksi sesama manusia (ceremonious behavior/correct performance). Setiap individu perlu memahami bahawa mereka hidup dalam suasana bermasyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai pelbagai bentuk hubungan yang menjadikan mereka berperangai berbeza-beza mengikut jenis-jenis hubungan yang wujud. Dalam konteks jenis-jenis hubungan ini, master Kong membahagikan mereka kepada lima kumpulan: hubungan sesama penguasa dan rakyat, ayah dan anak, suami isteri, adik-beradik serta kawan-kawan.Sekiranya hubungan seseorang individu dipraktik secara betul berdasarkan kumpulan-kumpulan yang dipecahkan, maka masyarakat akan hidup dalam suasana produktif dan tenang sebagai natijah.Master Kong tidak melihat manusia sebagai makhluk yang mempunyai pandangan yang sama dalam mempercayai kebenaran dan kebatilan dalam konteks hubungan sesama insan. Disebabkan itu, beliau menjelaskan konsep ren sebagai keseinambungan kepada konsep yang pertama. Bagi beliau, sesuatu hubungan mungkin akan dipraktik tanpa menitik-beratkan persoalan kejujuran atau keikhlasan. Maka konsep ren datang bagi memperjelas bahawa sesuatu hubungan mesti dilaksana dalam lingkungan kemanusiaan (human-heartedness).Konsep ini sesungguhnya menekankan aspek kemuliaan (virtues) seperti murah hati dan kesetiaan. Konsep ini juga, pada pandangan beliau, merupakan satu konsep yang mempunyai hubungan istimewa dengan kuasa langit (heaven). Walaupun beliau tidak memperincikan bagaimana hubungan manusia dengan kerajaan langit dalam pemikiran beliau, tetapi master Kong memahami bentuk hubungan ini atau lebih mudah difahami dengan konsep agama dalam kefahaman yang luas. Beliau tidak bercakap perihal agama dalam bentuk mistik, tetapi beliau lebih berminat menonjolkan agama sebagai sumber etika. (Perlu diingat bahawa ajaran master Kong bukan ajaran agama, tetapi merupakan falsafah moral.Agama menjadi sisipan perbincangan mungkin atas sebab masyarakat tradisional Cina mempercayai pemerintah merupakan seorang yang dilantik oleh tuhan untuk mentadbir bumi. Maka master Kong cuba mengaitkan agama dalam ajaran beliau dan membawa masyarakat melihat agama dalam konteks yang lebih umum). Oleh itu, beliau percaya bahawa setiap kebaikan itu berasal daripada sumber kekuasaan di langit.Bagi melengkapi semangat yang diterjemah oleh konsep li dan ren, master Kong memperkenal pula konsep shu. Shu memperjelas bahawa wujudnya satu lagi hubungan yang terhasil, hasil daripada pengaplikasian li dan ren. Hubungan tersebut ialah satu bentuk interaksi yang membuatkan seseorang itu merasai kebergantungan antara satu sama lain. Hal ini disebabkan seseorang itu memberi layanan yang sama seperti mana dia menginginkan orang lain memberi layanan kepadanya. Dia meletakkan hak rakannya ditempat yang betul, manakala rakannya juga meletakkan haknya ditempat yang betul, dan seorang rakan tidak mengkhianati rakannya yang lain, tetapi membantu rakannya dalam menaikkan martabatnya dalam sesuatu bidang, sebagai contoh. Inilah natijah yang akhirnya berlaku apabila setiap individu dalam sesebuah masyarakat mengetahui cara betul dalam berinteraksi, serta menekankan sifat kemanusiaan dalam perhubungan tersebut.Kehidupan master Kong berlingkar sekitar masyarakat Cina yang mengamalkan sistem feudal dan hierarki, atau susunan dalam organisasi masyarakat. Sebagaimana lazimnya kita pada hari ini meletakkan golongan elit dalam tingkatan tertinggi, begitu jugalah amalan masyarakat Cina pada masa itu. Oleh sebab itu, beliau banyak memberi kritikan terhadap golongan tersebut lantas mewujudkan falsafah Confucius ini. Master Kong mengiktiraf kewujudan golongan aristokrat sebagai golongan yang bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal kenegaraan.Walau bagaimanapun, aristokrasi dalam pemahaman beliau bukanlah golongan pengumpul kekayaan,sebagaimana difahami oleh kebanyakan orang pada masa sekarang, tetapi mereka merupakan golongan yang mempunyai akhlak tertinggi dalam masyarakat; mereka bijaksana, membantu mengangkat martabat rakan; bercakap dengan berhati-hati; memahami mandat kuasa langit dan sebagainya. Golongan ini digelar sebagai junzi (orang yang hebat) atau gentleman. Gelaran tersebut diberi atas dasar sikap terpuji yang tertinggi yang membolehkan mereka dikagumi oleh kuasa langit.Sebagai rumusan, secara umumnya falsafah Confucius merupakan sebuah falsafah yang mengingatkan setiap individu kepada kepentingan etika dan moral. Martabat etika dan moral yang sangat tinggi di fikiran master Kong telah menyebabkan beliau cuba mengaitkan kedudukan moral dengan tahap tertinggi sehingga merujuk kepada kekuasaan langit. Konsep-konsep popular seperti li, ren, shu dan junzi telah diperkenal bagi memperjelas kefaham tersebut.Sesungguhnya, konsep-konsep ini adalah amat relevan kepada setiap masyarakat pada zaman semasa, walaupun konsep-konsep ini diwujudkan oleh beliau demi untuk memartabatkan semula sistem pengurusan kerajaan masyarakat tamadun China yang mengalami kemunduran selepas kejatuhan Dinasti Chou. Falsafah moral seperti ini, sebagai tambahan, berkait rapat dengan ajaran yang dibawa oleh setiap agama yang diturunkan ke bumi, termasuklah ajaran agama Islam. Oleh sebab itu, dikesempatan yang lain kita akan cuba melihat kepada kesamaan ajaran yang dibawa oleh master Kong dengan ajaran-ajaran agama Islam yang dimuatkan di dalam Al-Quran dan sunnah.

Rujukan:Smart, N. (2008). World Philosophies. Oxon: Routledge.

Suhaimi, A., & Seng, A. W. (2010). Confucianism from the Perspective of Muslim. Kuala Lumpur: Persatuan Cina Muslim Malaysia.