etika perubatan

Upload: othman

Post on 20-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 etika perubatan

    1/5

    oalan 1 [10%] 4-5 halaman

    Etika merujuk kepada sistem ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia.

    Jelaskan peranan etika dalam bidang sains & perubatan, perniagaan & perdagangan; dan

    perhubungan antara individu & masyarakat.

    1.Pengenalan

    Istilah etika berasal dari perkataaan Yunani kuno iaitu ethos yang membawa erti

    kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Ethos juga membawa maksud adat

    kebiasaan. Ia juga membawa maksud karakter. Perkataan ethos juga terdapat dalam kamus

    bahasa inggeris yang bermaksud sifat moral dalam sesuatu bangsa. Dalam bahasa Inggeris,

    ethi bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan dan etika. !anakala ethis bermaksud prinsip

    akhlak, ketatasusilaan dan ilmu etika. !enurut kamus lain, ethi bermaksud system of moral

    and prinipal rules of ondut yang bermaksud sistem prinsip akhlak" peraturan#peraturan

    perilaku. !anakala ethis pula bermaksud sains yang menumpukan perhatian kepada akhlak.

    Dalam bahasa !elayu, etika bermaksud keperayaan ataupun tanggapan terhadap sesuatu

    perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk. !anakala menurut $amus Dewan Edisi

    $etiga pula, etika bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi

    pegangan seseorang indi%idu atau sesuatu kumpulan. Ia juga melibatkan tanggungjawab dan

    akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Etika dalam Islam adalah

    akhlak.Ia merujuk kepada nilai akhlak atau prinsip moral yang berdasarkan al#&uran dan

    'adith. Etika Islam juga merujuk kepada nilai#nilai baik dan dengan melakukannya

    seseorang akan mendapat ganjaran pahala. (elain itu ia juga dapat ditakrifkan sebagai ilmu

    pengetahuan yang mengajarkan mana baik dan mana yang buruk berdasarkan ajaran )llah

    dan *asul+ya. Etika Islam mempunyai iri#irinya yang tersendiri yang membeakannya

    daripada etika menurut perspektif barat. -iri#irinya yang istimewa ini tidak terkandung di

    dalam etika mengikut falsafah barat. )ntara iri#irinya adalah seperti indeks untuk

    menentukan etika diukur berdasarkan )l#&uran dan )s#(unnah dan bukannya akal semata#

    mata. Etika Islam bersifat uni%ersal dan komprehensif serta dapat diterima oleh seluruh

    manusia di setiap masa dan tempat termasuk dalam bidang politik dan kepimpinan. Etika

    Islam berkait rapat dengan hukum halal dan haram, pahala dan dosa. /ermasuk dalam konsep

    ibadah. Ia tertakluk kepada konsep matlamat tidak menghalalkan ara.

    2. Etika Dalam Bidang Sains & Perubatan

  • 7/24/2019 etika perubatan

    2/5

    Etika yang diamalkan di dalam sesebuah kehidupan adalah berdasarkan kepada sistem

    ideal moral dan merupakan hasil daripada interaksi manusia. Etika memainkan peranan yang

    ukup besar dalam sektor sains dan perubatan, perniagaan dan perdagangan serta dalam

    perhubungan antara indi%idu 0 masyarakat. $emajuan semasa di dalam sektor sains dan

    perubatan telah memperolehi iri#iri re%olusioner dan menjuarai kemajuan di dalam bidang

    teknologi perubatan dan kejuruteraan manusia yang sungguh membanggakan. (eperti daya

    kuasa lain, biosains juga perlu dimanfaatkan untuk kebajikan manusia dan perlu dibimbing

    supaya tidak disalahgunakan menjadi kuasa penghanur seperti yang berlaku kepada fisi

    nuklear di masa yang lalu. Di waktu kebangkitan penggunaan perjumpaan moden reproduksi

    manusia, keturunan, D+) rekombinasi dan sintesis ubat#ubatan yang boleh memberi kesan

    kepada kelakuan, generasi sekarang sedang menyaksikan satu abaran yang hebat terhadap

    warisan nilai#nilai moral dan tataara kelakuan. Pengetahuan perubatan adalah sebahagian

    daripada ilmu )llah Yang mengajar manusia apa yang tidak pernah diketahui oleh manusia.

    !enuntut ilmu perubatan memerlukan pendedahan kebesaran )llah dengan iptaan#+ya.

    Imam Ghazali menganggap profesion perubatan sebagai fardu kifayah, satu tugas yang

    mesti dilakukan oleh sesetengah ahli di dalam satu-satu masyarakat. Amalan ini lazim

    dilakukan kerana keperluan kesihatan adalah satu keperluan asas. Jika kesihatan terjejas,

    apa jua di dunia ini tidak dapat dinikmati.Dalam konteks sains dan perubatan islam setiap

    pengamal perubatan iaitu doktor khususnya perlu beretika dalam menjalankan tugas.

    (eseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat

    yang menarik ketika merawat pesakit. (ikap yang bijaksana serta kata#kata nasihat yang

    menarik boleh menyumbangkan impak positif dan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh

    pesakit. (elain itu, setiap orang doktor perlu menitikberatkan penjagaan aurat di antara

    pesakit dan pengamal perubatan dalam setiap rawatan yang dijalankan dan Islam turut

    menggalakkan pesakit lelaki berinteraksi dengan pengamal perubatan lelaki seterusnya begitu

    juga perempuan. $etika ingin melakukan pemindahan organ manusia samaada yang sudah

    mati atau yang masih hidup, setiap doktor perlu merujuk kepada lima 123 prinsip iaitu Islam

    memberi penghormatan tinggi kepada manusia, kebenaran empunya organ dalam keadaan

    waras dan tidak dalam keadaan penipuan dan sebagainya, berkaitan dengan ketegasan al#

    &uran yang tidak membenarkan pemindahan yang boleh memudaratkan diri sendiri,

    mengutamakan indi%idu islam yang masih hidup dan mendapat kata putus dan pandangan

    institusi ulama. Para doktor hendaklah sentiasa bekerjasama dan bersedia untuk membantu

    antara satu sama lain dengan serta#merta jika rakan atau keluarganya terkena sakit, atau di

    dalam hal#hal kesusahan, keperluan, keaatan atau kematian. Pada aman ini seorang doktor

  • 7/24/2019 etika perubatan

    3/5

    bukan lagi seorang indi%idualis seperti aman silam kerana perawatan perubatan sekarang

    memerlukan satu pasukan selain dari doktor dan jururawat juga diperlukan perkhidmatan

    makmal, fisioterapi, kebajikan perubatan, dan personel lain. (eorang doktor hendaklah

    memupuk semangat berpasukan dan kerjasama yang sempurna supaya pasukannya dapat

    menghasilkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang terbaik. Peranan etika dalam bidang

    sains dan perubatan menjadikan profession kedoktoran berkembang dalam auan yang betul

    sekiranya setiap doktor mengamalkan etika ini ketika menjalankan tugas.

    3. Etika Dalam Perniagaan dan Perdagangan

    (eterusnya, sektor perniagaan dan perdagangan dilihat sebagai salah satu faktor

    penentu dalam mengukuhkan kedudukan ekonomi sesebuah negara. Dalam usaha membentuk

    blok ekonomi yang kukuh dan pada masa yang sama mampu menunaikan tanggungjawab

    sebagai khalifah )llah di atas muka bumi ini. 4antaran teruja mengeap kemajuan, asas#asas

    pengamalan etika tidak harus diketepikan dan perlu diamalkan berdasarkan pespektif yang

    betul kerana matlamat akhir sektor ini adalah memenuhi keperluan dan tuntutan hidup

    manusia tanpa melampaui batas syariat. Perniagaan yang dijalankan seara beretika dan

    menurut prinsip#prinsip (yariah amat dituntut oleh Islam 1)bdul (ami al#!isri, 56673. Di

    dalam sesebuah masyarakat Islam, perniagaan dan perdagangan merupakan satu

    tanggungjawab sosial yang merupakan fardu kifayah 1)taul 'u8 Pramanik, 56673. Peranan

    perniagaan dan perdagangan yang beretika adalah untuk membantu perniagaan mendapat

    sokongan daripada pengguna. (okongan pengguna akan membantu dalam meningkatkan

    jualan dan keuntungan. $erjasama antara kedua#dua pihak akan membawa manfaat bagi

    kedua#dua terutama dalam perniagaan dan perdagangan. )malan perniagaan dan perdagangan

    yang beretika dan keinginan untuk menjaga kepentingan pengguna akan mendapat

    maklumbalas peruma daripada penguna. !aklumbalas ini akan membantu meningkatkan

    perniagaan dan perdagangan seara berkekalan serta akan membantu pengguna dengan lebih

    berkesan. Peranan etika dalam sektor perniagaan dan perdagangan adalah memastikan

    bahawa perniagaan yang dijalankan mematuhi undang#undang. Ia bermaksud bahawa

    perniagaan yang aktif dalam memastikan keperluan dan kehendak pengguna dipenuhi,

    dengan keuntungan yang berpatutan dan bukan mengeksploitasi atau mengambil untung yang

    berlebihan daripada pengguna. (elain itu, perniagaan yang beretika adalah mereka yang

    mengambil berat terhadap pekerja, pemegang amanah dan pihak lain yang turut terlibat

    dengan perniagaan mereka. Perniagaan sebegini akan memastikan kejujuran dan ketelusan

    dalam urusan perniagaan mereka. Para peniaga hendaklah menyediakan barangan dan

  • 7/24/2019 etika perubatan

    4/5

    perkhidmatan kepada pengguna seara bertanggungjawab dan jujur. )pabila peranan ini

    bertentangan dan mereka menjadi pengguna, mereka akan mengambil kira tanggungjawab

    dan kejujuran dalam barangan dan perkhidmatan yang diperlukannya juga. (ebagai

    tambahan, akti%iti perniagaan dan perdagangan yang dijalankan juga perlu mengambilkira

    akibat dan kesan akti%iti yang dijalankan kepada persekitaran. )dalah penting dalam

    mengambilkira semua kesan negatif dan meminimumkan penemaran dan tidak

    mengorbankan aspek#aspek keselamatan untuk meraih keuntungan dalam jangka masa yang

    singkat.

    4. Etika Perhubungan Antara Individu & Masarakat.

    (elain itu, etika juga memainkan peranan dalam konteks perhubungan antara indi%idu

    0 masyarakat. $ebebasan telah menjadi lumrah sebagai keinginan manusia. 9agaimanapun

    untuk menyekat perbuatan manusia daripada bertindak mengikut rasa dan tidak patuh kepada

    norma kemanusian, perlu ada nilai serta adab atau peraturan yang menjadi pedoman. Dengan

    kata lain manusia perlu pendedahan tentang moral atau akhlak untuk mengawal perilaku

    dalam aspek kehidupan atau juga dikenali sebagai etika. !elihat suasana dunia hari ini,

    bentuk kehidupan manusia semakin menabar, masalah kehidupan akan lebih rumit kerana

    lebih bersifat global. !asa kini fikiran manusia bukan sahaja lebih tertumpu dalam

    menyelesaikan satu atau dua masalah seperti ekonomi dan politik, malahan pelbagai masalah

    peradaban yang disebabkan juga oleh karenah manusia yang hampir terlupa tentang

    tanggungjawab dan hilang pertimbangan nilai. :leh hal yang demikian, setiap manusia perlu

    mengamalkan nilai#nilai dan amalan baik untuk mengekalkan kehidupan yang aman dan

    damai. $ita tidak dapat nafikan bahawa dengan amalan kebaikkan yang diamalkan oleh

    setiap insan akan mengwujudkan keamanan sejagat. Dari sudut agama, etika tidak pernah

    terpisah daripada ajaran agama. Dalam konteks negara !alaysia yang terdiri dari pelbagai

    kaum, terdapat empat agama yang besar iaitu Islam, 9uddha, 'indu dan $ristian yang berkait

    tentang etika keagamaan. (etiap agama menganjurkan penganutnya menuju kepada kebaikan

    dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat balasan yang baik daripada yang !aha

    berkuasa. Etika merupakan sebahagian daripada ara manusia berurusan dalam kehidupan

    harian. Peranan etika terhadap indi%idu adalah indi%idu tersebut dapat membina keperibadian

    diri yang baik kerana sahsiah terpuji yang ditunjukkan dan seara tidak langsung keluarga,

    organisasi dan masyarakat akan memandang mulia dan berbudi tinggi terhadap indi%idu

    tersebut. Indi%idu yang mempunyai keluarga dan mengamalkan etika yang baik, ini seara

    tidak langsung akan dapat mengeratkan perhubungan dan kemesraan setiap keluarga.

  • 7/24/2019 etika perubatan

    5/5

    $eluarga tidak akan berpeah belah. $eamanan yang wujud dalam keluarga akan dapat

    mengwujudkan keharmonian hidup. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat pula,

    pengamalan etika dalam setiap kehidupan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni.

    $eharmonian masyarakat akan menentukan keamanan dan kesejahteraan yang berterusan

    sesebuah negara itu sendiri. !isalnya, penubuhan sesebuah organisasi akan menjadi stabil,

    kukuh dan berkembang maju seandainya semua ahli dalam organisasi tersebut mengamalkan

    etika dengan berkesan dan setiap indi%idu tahu akan peranan dan tanggungjawab masing#

    masing, saling hormat#menghormati, bantu#membantu serta prihatin antara satu sama lain.

    !. "esim#ulan

    /untasnya, etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian dan dalam

    apa jua tindak tanduk indi%idu itu sendiri. $eberkesanan pengamalan prinsip etika terletakpada indi%idu itu sendiri seterusnya masyarakat sesebuah negara yang terlibat dalam apa jua

    sektor pekerjaan yang menyumbang kepada pertumbuhan blok ekonomi. /anpa disiplin diri

    dan kekuatan mental yang tinggi, seseorang itu tidak dapat menapai pengamalan etika yang

    seharusnya diamalkan oleh indi%idu terbabit. )malan etika yang tidak baik sering berlaku

    apabila sesorang indi%idu itu mula meneroka dunia pekerjaan. $eadaan ini sepintas lalu

    membuat kita berfikir kembali pada peringkat manakah sepatutnya elemen etika ini dibaja

    dan disemai agar keperibadian seseorang indi%idu itu kekal unggul dalam masyarakat.

    Pepatah orang#orang dahulu yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya

    menyedarkan kita bahawa betapa sistem pendidikan sebenarnya sangat menyumbang kepada

    pembentukan sahsiah indi%idu. Etika sentiasa mengikut indi%idu#indi%idu yang dari sekeil#

    keil jawatan sehinggalah ke jawatan tertinggi baik di sektor swasta mahu pun kerajaan.