( projek ) kod etika perubatan islam : isu fiqh perubatan kontemporari

15
KOD ETIKA PERUBATAN ISLAM : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI GROUP 4 NAMA KUMPULAN : MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASHIM 02ESB14F2013 : MOHAMAD SHAHRUL BIN ABDULLAH 02ESB14F2014 : FAJRUL NAIM BIN NOR AZLAN 02CSB14F2003 : MUHAMMAD ARIF AQIL BIN ABD AZIZ 02DSB14F2019 : MUHAMMAD ARIF IQBAL BIN ABD RAHIM 02DSB14F2035

Upload: muhd-shafiq

Post on 08-Feb-2017

1.335 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

KOD ETIKA PERUBATAN ISLAM : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARIGROUP 4 NAMA KUMPULAN : MUHAMMAD SHAFIQ BIN HASHIM 02ESB14F2013 : MOHAMAD SHAHRUL BIN ABDULLAH 02ESB14F2014

: FAJRUL NAIM BIN NOR AZLAN 02CSB14F2003: MUHAMMAD ARIF AQIL BIN ABD AZIZ 02DSB14F2019: MUHAMMAD ARIF IQBAL BIN ABD RAHIM 02DSB14F2035

Page 2: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PENGENALAN• KAEDAH FIQAH MERUPAKAN SATU PRINSIP UMUM YANG BOLEH

DIJADIKAN SEBAGAI SATU PANDUAN UMUM DALAM PEMBINAAN HUKUM – HUKUM ISLAM TERUTAMNYA APABILA TERDAPAT MASALAH – MASALAH BAHARU YANG MEMERLUKAN KEPUTUSAN HUKUM YANG CEPAT.

Page 3: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PERGERTIAN KAEDAH FIQAH

• KAEDAH FIQAH IALAH GABUNGAN DARIPADA DUA PERKATAAN BAHAS ARAB , IAITU QAWAID DAN FIQH .

Page 4: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

Etika Pengamal Perubatan * Seseorang doktor mestilah terdiri dari kalangan orang yang percayakan Tuhan, menunaikan hah-hak-Nya, menyedari

keagungan-Nya, mentaati perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, dan mematuhi-Nya di dalam persembunyian atau khalayak ramai.

* Seseorang doktor mestilah mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi penasihat yang menarik. Ia hendaklah menjadi penggalak, tidak pelemah semangat, berwajah tersenyum dan tidak masam, penyayang dan tidak membenci dan penyabar. Ia tidak mungkin tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas kasihan. Ia mestilah menjadi alat kepada keadilan Tuhan, kemaafan dan bukan hukuman, perlindungan dan bukan pendedahan.

* Ia mestilah menjadi seorang yang tenang dan tidak gopoh walau pun ketika ia benar .. jujur di dalam percakapannya walaupun bila bergurau .. lembut suaranya dan tidak bising atau kasar, bersih serta kemas dan tidak selekeh atau kusut-masai .. boleh dipercayai dan di dorongi supaya di hormati .. bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin, rendah atau tinggi kedudukannya .. dapat mengawal ketenangan hatinya dengan baik .. dan tidak mungkin mengkompromi kemuliaannya, tetapi lembut dan “forebearing”.

* Seorang doktor mestilah sedar dengan sepenuhnya bahawa nyawa adalah kepunyaan Allah .. hanya dikurniakan oleh-Nya .. dan mati adalah kesudahan hayat seseorang dan permulaan satu penghidupan yang baru. Kematian adalah satu kebenaran yang teguh .. dan adalah kesudahan bagi semua kecuali Allah. Di dalam professionnya seorang doktor berjuang untuk menyelamatkan dan mempertahankan nyawa sahaja sebaik mungkin, seberapa yang terdaya olehnya.

* Seorang doktor mestilah mempamerkan contoh yang baik seperti menjaga kesihatannya sendiri. Adalah tidak wajar baginya jika segala peraturan yang dianjurkannya tidak dituruti oleh diri- nya sendiri. Ia tidak sepatutnya membelakangkan diri terhadap pengajaran dari kemajuan ilmu perubatan, kerana ia tidak boleh mempengaruhi pesakitnya kecuali dia sendiri menunjukkan bukti yang meyakinkan .. Allah menerangkan di dalam al-Quran “dan jangan kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Rasulullah s.a.w bersabda “badan kamu mempunyai hak ke atas diri kamu” .. dan pepatah ada menyebut “no harm or harming in Islam”.

Page 5: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

* Seorang doktor sentiasa jujur bila berkata, menulis atau memberi keterangan. Ia hendaklah tidak terpengaruh oleh kepercayaan ugama, tamak haluba, persahabatan atau tekanan pemerintah supaya membuat kenyataan atau memberi keterangan palsu. Memberi keterangan adalah satu tugas yang sangat besar dan serius di dalam Islam. Rasulullah s.a.w pernah bertanya kepada para sahabat “mahukah aku beritahu kamu apakah dosa yang paling besar ?” Apabila mereka berkata ya baginda bersabda “mensyirikkan Allah, tidak memenuhi tanggungjawab terhadap ibubapa ..” dan selepas berhenti sejenak baginda berulang-ulang bersabda “dan sesungguhnya memberi ucapan bohong atau keterangan palsu”.

* Seorang doktor mestilah mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadat dan asas ilmu Fiqah untuk membolehkannya memberi nasihat kepada pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh badan untuk dikaitkan dengan amalan ibadat. Manusia boleh terdedah kepada gejala penyakit atau keadaan fisiologi seperti hamil, dan perlu mengetahui hukum berkaitan dengan sembahyang, puasa, menunaikan haji, merancang keluarga dan lain-lain..

* Walaupun “larangan boleh diketepikan bila perlu”, seorang doktor Muslim hendaklah mengelak dari menggunakan ubat-ubatan atau cara terapi (pembedahan, perubatan am atau terapi perangai) yang diharamkan oleh Islam.

Page 6: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

* Peranan seorang doktor ialah penggerak (mangkin) kepada kehendak Allah, Pencipta, supaya nyawa dan kesihatan dipelihara. Ia hanyalah bertindak sebagai alat Tuhan di dalam meringankan penyakit manusia. Oleh itu seorang doktor hendaklah bersyukur dan sentiasa memohon pertolongan dari Allah. Ia hendaklah sentiasa merendah diri, bebas dari keangkuhan dan kemegahan dan tidak bercakap besar atau mengagong-agongkan diri sendiri melalui percakapan, penulisan atau pengiklanan secara langsung atau tersembunyi.

* Seorang doktor hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa kemajuan sains dan pembaharuan. Kecergasan atau kemalasannya dan pengetahuan atau kejahilannya, secara langsung memberi kesan ke atas kesihatan dan kesejahteraan pesakitnya. Tanggungjawab keatas orang lain menghadkan kebebasannya menggunakan masa. Sepertimana orang miskin dan yang memerlukan mempunyai hak yang diiktiraf keatas orang yang berada, begitu juga pesakit mempunyai hak ke atas sebahagian dari masa seorang doktor untuk diluangkan dibilik bacaan dan mengikuti perkembangan ilmu perubatan.

* Seorang doktor juga perlu mengetahui bahawa mendalami ilmu di dalam Islam mempunyai dua tujuan. Selain daripada kegunaan dari aspek terapeutik, mendalami ilmu itu sendiri ialah suatu ibadat, seperti yang ditunjukkan di dalam al-Quran: “dan berdoa dengan berkata .. Wahai Tuhan ku .. tambahilah ilmuku”. dan: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu” .. dan: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat”.

Page 7: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

TEKNOLOGI DALAM PERUBATAN

• KAEDAH PERSENYAWAAN TEKNIK BANTUAN ART• PEMBIAKAN BAYI TABUNG UJI• TERAPI GEN• KEJURUTERAAN TISU• PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DIBENARKAN• PENGKLONAN TERAPEUTIK DAN PENYELIDIKAN SEL STEM ( STEM

CELL)• PEMINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH• PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR• TEKNOLOGI YANG MEMBERIKAN KESELESAAN DAN KEMUDAHAN

Page 8: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

KAEDAH PERSENYAWAAN

Kaedah yang dilakukan dengan cantuman sperm dan ovary. Sekiranya perkara ini berlaku dan kematian salah satu suami

atau isteri maka hukumnya adalah haram. Namun islam menggalakkan cara ini jika pasangan tidak dapat

melakukan dengan cara biasa dengan syarat masih sah nikah dan tiada kematian.

Page 9: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PEMBIAKAN BAYI TABUNG UJI

Kaedah ini melalui teknik in vitro fertilisation persenyawaaan in vitro(IVF) telah memberi alternative kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai zuriat.

Ada pendapat ulama yang membolehkan kaedah dengan beberapa syarat.

Ada yang berpendapat ianya haram kerana mengubah takdir allah

Bagi fatwa kebangsaan kebangsaan. Bayi sah sekirnya pasangan sah nikah

Page 10: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

TERAPI GEN

Gen dibawa kromosom merupakan unit asas yang berfungsi dalam menentukan warisan

Terapi gen adalah bagi memuihkan kecacatan pada genetic Terapi ini dilakukan iaitu sperma akan persenyawaan akan

mengahsilkan sel baru yang dipanggil transgenic.

Page 11: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

KEJURUTERAAN TISU

Kejuruteraan tisu meruakan bidang yang menjadi semakin penting dalam dunia perubatan.

Cara ini merupakan salah satu cara untuk memperbaiki tisu tisu yang rosak dan menambah baik.

Page 12: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PEMBEDAHAN PLASTIK YANG DIBENARKAN

Dilakukan atas tujuan perubatan adalah diharuskan dalam islam tetapi selain tujuan tersebut , hukumnya adalah haram . Jika tujuannya adalah untuk memperbaik organ yang rosak atau cacat serta memberi kemudaratan kepada individu itu , maka hukumnya harus .

Tujuan pembedahan plastic juga ialah untuk memulihkan kesihatan seseorang yang sebelum ini sering terganggu atau semakin memudaratkannya .

Page 13: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PENGKLONAN TERAPEUTIK DAN PENYELIDIKAN SEL STEM

Tujuannya rawatan perubatan seperti mencipta sel tertentu atau menggantikan organ yang telah rosak dengan mengambil kira langkah – langkah sempadan yang dibenarkan oleh syarak adalah diharuskan .

Proses ini perlu menggunakan embrio yang disimpan beku atau lebihan embrio dari proses persenyawaan di luar Rahim (IVF) untuk tujuan penyelidikan dengan syarat perkara inin telah mendapat persetujuan daripada pasangan suami isteri yang menerima rawatan .

Page 14: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PEMINDAHAN ORGAN DAN DERMA DARAH

Pendermaan organ dan darah adalah memenuhi salah satu maqasid syariah , iaitu untuk membantu kehidupan manusia , menyelamatkan nyawa dan memelihara jiwa manusia , mengembalikan fungsi organ serta membantu insan lain yang memerlukan kerana kurang sempurna organnya.

Pendermaan organ dan darah adalah harus pada saat darurat dengan syarat tidak membawa kemudaratan besar kepada penderma atau orang yang mempunyai hak atas dirinya .

Page 15: ( Projek ) Kod etika perubatan islam : ISU FIQH PERUBATAN KONTEMPORARI

PENGGUNAAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Penghasilan teknologi nuclear telah digunakan dalam meningkatkan kualiti sesuatu produk , menyimpan makanan , mengawet makanan dan menghapuskan bakteria diharuskan dalam islam .

Teknologi nuclear boleh digunakan dengan menjimatkan tenaga elektrik kerana manusia memerlukanbahan plutonium dan uranium untuk mengeluarkan tenaga elektrik .