essei kepentingan penggunaan resos secara efektif

8
essei kepentingan penggunaan resos secara efektif Essei Pendek Pengenalan Sumber Resos Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang - dengar. Secara umumnya, bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga skop iaitu Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer. Seterusnya ialah bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi. Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik pula seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket komputer. Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak. Kebanyakan strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran sangat berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi

Upload: nusi-ghani

Post on 23-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

essei kepentingan penggunaan resos secara efektif

Essei Pendek

Pengenalan Sumber Resos

Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Atan Long (1982) membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang - dengar.

Secara umumnya, bahan bantu mengajar juga boleh dibahagikan kepada tiga skop iaitu Bahan bantu mengajar asas seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer. Seterusnya ialah bahan bantu bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran dan lain- lain lagi. Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik pula seperti filem tayangan, filem jalur, filem jalur, piring hitam cakera padat audio, komputer dan disket komputer.

Di bawah strategi pemusatan bahan pelajaran, bahan pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran & pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan, manakala murid- murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.

Di antara kaedah- kaedah yang berkaitan dengan strategi pemusatan bahan pelajaran ialah kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakam pita, projektor dan video, pengajaran terancang melalui mesin- mesin mengajar seperti komputer dan modul yang melibatkan penggunaan bahan- bahan bercetak.

Kebanyakan strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran sangat berkait rapat dengan strategi pemusatan guru. Misalnya, strategi penggunaan kaedah demonstrasi atau teknik bersyarah kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transparensi dan projektor. Selain itu, teknik bercerita yang mewakili strategi pemusatan guru sangat berkesan jika guru dapat menyampaikan cerita dengan pelbagai karektor dan pelbagai laras bunyi serta bahasa.

Sesetengah strategi pengajaran pemusatan bahan pelajaran pula berkait rapat dengan strategi pemusatan murid. Misalnya, strategi penggunaan kaedah inkuiri- penemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan- bahan pembelajaran yang lain. Dalam situasi ini murid akan melibatkan diri sepenuhnya bagi menyelesaikan masalah dan melaksanakan tugasan yang diberikan.

Page 2: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

Kriteria Pemilihan Resos

Dalam melakukan sesuatu yang berkualiti, standard tertentu diperlukan bagi menjamin keberkesanannya. Dalam hal ini, untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria- kriteria yang telah disenaraikan seperti di bawah.

Pertama, bahan bantu belajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Jika bahan bantu belajar yang digunakan sangat janggal dan bertentangan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, maka hasil yang diharapkan sukar untuk dicapai.

Kedua, bahan bantu belajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Secara khususnya, bahan yang digunakan haruslah kreatif dan mampu menarik perhatian murid-murid. Jika menggunaka bahan yang biasa, maka murid akan mengambil sikap lewa terhadap pengajaran guru.

Ketiga,bahan bantu belajar mestilah boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya bahan bantu belajar . Murid- murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan.

Keempat , reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, bahan ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna.

Kelima, bahan bantu belajar harus disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. Selain membazirkan masa ,kos dan tenaga, bajet yang diperuntukkan boleh digunakan untuk membeli hadiah kepada murid sebagai motivasi dalaman kepada mereka supaya terus gigih berusaha untuk erjaya.

Keenam, bahan bantu belajar harus disediakan dalam saiz yang ideal, berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan serta ianya kukuh dan tahan lasak. Bahan bantu belajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid.

Ketujuh, sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok. Kesilapan yang didedahkan oleh guru bakal menjadi ikutan kepada murid-murid kerana guru ialah role model. Justeru pengaplikasian nilai ini haruslah diterap dengan ikhlas dan jujur.

Page 3: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

Aplikasi Penggunaan Resos Secara Efektif.

Tujuan utama menggunakan bahan bantu belajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan bahan bantu belajar dan menggunakannya dengan cekap. Berikut adalah beberapa garis panduan menggunakan bahan bantu belajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar penggunaannya dapat dimaksimumkan sebaik yang mungkin.

Bahan bantu belajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya guru haruslah membimbing murid- murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid- murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang di kehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid- murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

Sebelum bahan bantu belajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu bahan bantu belajar ditunjukkan lebih awal, murid- murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada bahan itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru.

Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam bahan bantu belajar. Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid- murid berdasarkan hasil penggunaan bahan bantu belajar itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran.

Bahan bantu belajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. Sebagai contoh, di sekolah, makmal matematik perlu diwujudkan untuk menyimpan keperluan matematik secara sistematik.

Page 4: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

Bahan bantu belajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan bahan bantu belajar haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.

Pada amnya, cara menggunakan bahan bantu belajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid- murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu bahan bantu belajar yang baik akan dihapuskan sekiranya bahan itu tidak disediakan mengikut kriteria - kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaanya kurang cekap ataupun kurang berkesan.

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Secara Efektif.

Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan bahan, guru harus memahami dan mematuhi prinsip - prinsip berikut :

Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Kandungannya hendaklah mengandungi fakta tepat serta sesuai digunakan mengikut kebolehan pelajar. Secara tidak langsung, guru dapat mengurangkan ketidakyakinan dalam diri murid-murid.

Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan. Hal ini mesti dijelaskan mengikut situasi semasa atau budaya setempat untuk memudahkan pemahaman murid - murid.

Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Ianya termasuk set induksi seperti menerangkan cara dan tujuan penggunaan bahan pelajaran hendaklah dirancang. Penggunaan bahan yang terlalu banyak dalam sesuatu masa akan menyebabkan isi kandungan yang hendak disampaikan sedikit terjejas dan merugikan masa yang diperuntukkan dalam sesuatu langkah seperti set induksi, langkah 1, dan seterusnya sehingga penutup.

Page 5: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan. Aktiviti ini mengandungi aktiviti memerhati, soal jawab atau ujian. Ia bertujuan untuk mengukuhkan pelajaran yang baru disampaikan serta membolehkan guru mengenal pasti kebaikan dan kelemahan penggunaan bahan pelajaran. Setiap kali di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah menulis refleksi harian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan mengatasi masalah yang wujud.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Belajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (David Perkins) telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Belajar :

Pertama, bahan bantu belajar haruslah mampu merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka.

Kedua, guru mesti menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.

Ketiga, guru harus membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar - pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

Keempat, bahan bantu belajar yang digunakan boleh menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

Kelima, guru mesti memainkan peranan dengan menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

Keenam, alat bantu belajar yang digunakan guru boleh menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

Ketujuh, bahan bantu belajar mampu mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Page 6: Essei Kepentingan Penggunaan Resos Secara Efektif

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria.

Hasil pemerhatian saya sepanjang menceburi bidang pendidikan ini, saya mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. Lebih-lebih lagi, ianya menjadikan pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. Selain dapat menjimatkan masa dan usaha, secara tidak langsung ia mampu membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid mendapat hasil pembelajaran yang sempurna. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Selain menjadikan pelajar itu lebih berminat dengan pembelajaran, pelajar juga dapat mendalami ilmu teknologi demi kegunaan masa depan yakni bersiap sedia menghadapi Wawasan 2020.

Justeru, pembinaan resos ini amat bertepatan dengan apa yang telah dibincangkan kerana ia banyak membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Secara konklusinya, penggunaan resos yang baik mampu membantu guru memberikan persembahan ilmu yang terbaik di dalam kelas. Penggunaan resos yang tepat dan selari dengan isi kandungan memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memberikan kefahaman yang maksimum kepada murid.