esei

12
GURU DAN CABARAN SEMASA EDU 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA PENDAHULUAN Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sentiasa berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan dan kehendak pasaran global agar modal insan yang sedang dan bakal dilahirkan mampu berdaya saing dan bermutu tinggi. Jesteru itu, pelbagai program, pelan, rancangan dan pelbagai lagi strategi telah giat dirangka mahupun sudah dijalankan oleh pihak KPM agar usaha murni kerajaan untuk melihat bangsa Malaysia yang hebat dan berjaya dilahirkan. Salah satu usaha terkini kerajaan, di bawah naungan KPM ialah dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana pelan ini dilihat mampu mendasari sistem pendidikan yang sedia ada dengan lebih mantap dan berkesan.

Upload: cikgunurulhudajaafar

Post on 04-Oct-2015

51 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GURU DAN CABARAN SEMASAEDU 3093

GURU DANCABARAN SEMASA

PENDAHULUAN

Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sentiasa berusaha untuk bergerak seiring dengan perkembangan dan kehendak pasaran global agar modal insan yang sedang dan bakal dilahirkan mampu berdaya saing dan bermutu tinggi. Jesteru itu, pelbagai program, pelan, rancangan dan pelbagai lagi strategi telah giat dirangka mahupun sudah dijalankan oleh pihak KPM agar usaha murni kerajaan untuk melihat bangsa Malaysia yang hebat dan berjaya dilahirkan.

Salah satu usaha terkini kerajaan, di bawah naungan KPM ialah dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana pelan ini dilihat mampu mendasari sistem pendidikan yang sedia ada dengan lebih mantap dan berkesan.

Memetik laporan Bernama (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia yang mana secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Menurut pelan itu yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan, kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang tahun 2020.

Selain itu, jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50 peratus menjelang 2020 juga diharap dapat dirapatkan serta menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman berinteraksi dengan pelbagai etnik bagi memperkukuh asas perpaduan rakyat. Oleh itu, sebanyak enam aspirasi membabitkan pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti nasional perlu ada pada setiap murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dari segi pengetahuan, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi di peringkat paling asas serta pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif dari segi kemahiran berfikir.Mereka juga perlu menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa serta digalakkan untuk mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Di samping itu, setiap murid akan dibantu untuk mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya melalui bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan yang merangkumi keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta dibentuk sebagai individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara dari segi etika dan kerohanian.

Selain itu, setiap murid dipupuk dengan semangat patriotik dengan cara memahami sejarah negara dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara kerana identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian tetapi juga menghayati kepelbagaian.

PERANAN GURU

Transformasi pendidikan yang bakal dijana melalui Pelana Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju. Maka bagi mendasari matlamat ini, peranan guru sebagai pereka bentuk ataupun sebagai tangan kanan yang memimpin dan mencorakkan keberkesanan perjalanan pendidikan seorang kanak-kanak, perlu diambil cakna dan diberi penekanan yang khusus. Tugas mendidik pada era yang serba mencabar ini, sememangnya tidak mudah.

Islam memandang tinggi profesion perguruan sebagai pendidik dalam pembangunan ilmu, kemahiran dan sahsiah pelajar. Al-Quran dan hadis ada menjelaskan antaranya, Allah s.w.t berfirman: "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik". (Surah an-Nahl: 125). Dan Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawasanya jika kamu mengajar seseorang, lalu dia mendapat kebajikan yang lebih berharga daripada dunia dan segala isinya".

Jika diteliti maksud ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w yang diutarakan ini, jelas menunjukkan akan keutamaan-keutamaan mengajar khususnya dalam profesion perguruan. Seorang pendidik mestilah menyedari akan hakikat bahawa pengajaran itu merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan. Ini kerana kecemerlangan pendidikan banyak bergantung kepada kualiti dan kepakaran guru. Oleh itu, guru berkualiti merupakan faktor penentu kepada peningkatan prestasi sekolah dan pencapaian murid.

Seorang pendidik di alaf baru yang serba canggih dan maju ini, haruslah melengkapkan diri dan senantiasa bersedia dengan pelbagai usaha untuk meningkatkan kualiti kerja buat kita sebagai seorang pendidik dan mengatasi cabaran yang datang di dalam profesion ini. Para guru haruslah sentiasa bersedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dan sama ada dalam konteks pendidikan mahupun cara berfikir. Apabila aras pengetahuan dan pendidikan guru meningkat secara tidak langsung ia akan memberi kesan positif kepada prestasi pelajarnya. Hal ini diperkukuhkan lagi berdasarkan kajian yang dijalankan di Tennessee, Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1990-an yang menunjukkan relatif guru berpendidikan tinggi dapat meningkatkan pencapaian murid sebanyak 50 peratus dalam tempoh tiga tahun berbanding guru berprestasi rendah. Maka

Di samping itu, peranan guru dalam proses penggerak PDP yang berkualiti dan efektif turut sama meningkatkan pembangunan pendidikan sekolah. Keadaan ini secara berterusan dapat dapat merangsangkan pelajar untuk belajar dengan lebih seronok sesuai dengan alam pendidikan di peringkat rendah sehingga peringkat atas. Aspek kreativiti serta inovasi P&P daripada seorang guru perlu diterokai bagi melihat apa yang ingin mereka sampaikan menarik minat pelajarnya. Segala bentuk proses pembelajaran berbentuk formal dan tidak formal bergantung kepada kreativiti dan peranan utama terletak pada tanggungjawab guru

Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa . Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al-Alatas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati, berkarya, terlibat dalam sumbangan, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu (Ragbir Kour 2007 ) . Dalam PDP , guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai pengamal ilmu . Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Oleh itu, guru perlulah berperanan sebagai pembimbing, bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa untuk membimbing murid ke arah kehidupan berkualiti dan sihat. Guru boleh berperanan sebagai mentor di mana peranannya merupakan kombinasi melatih, menyokong, memberikan bimbingan dan maklum balas yang membina untuk malatih dan membentuk diri murid-murid sebagai secara langsung dan tidak langsung semasa di sekolah sama ada semasa aktiviti PDP di dalam kelas atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

PPPM turut mencatatkan bahawa sistem pendidikan akan menyediakan pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi mencapai hasrat tersebut ? Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih sayang, keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah dilakukan sejak dahulu. Maka guru sebagai agen sosialisasi berperanan membentuk individu yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

PERANAN SEKOLAH

Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, amat menitikberatkan kecemerlangan dalam pencapaian akademik, penguasaan kemahiran asas, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang dapat membangkitkan suasana belajar, mengurangkan masalah displin pelajar serta kepimpinan yang mampan. Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab serta memainkan peranan yang besar di dalam meransang prestasi murid agar aspirasi PPPM yang menyasarkan kepada golongon ini dapat dicapai.

Sekolah adalah gedung ilmu yakni tempat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Ciri pengetahuan yang diperlukan oleh setiap murid bagi menyiapkan diri mereka bagi bersaing pada peringkat global mampu dan telah dijalankan di peringkat sekolah dengan sokongan dan komitmen dari para pentadbir dan guru-guru. Pihak sekolah dapat merealisasikan PPPM menerusi ciri pengetahuan dengan merancang dan melaksanakan pelbagai program yang berobjektifkan kepada anjakan peningkatan pengetahuan baru di sekolah-sekolah. Program bacaan seperti Program Nilam, Program Membaca 1 Malaysia mahupun menaik taraf kemudahan internet untuk diakses oleh murid-murid bagi mendapatkan maklumat, adalah beberapa contoh perlaksanaan yang sedia ada dijalankan di semua sekolah di Malaysia pada masa ini. Pihak pentadbir juga boleh merencanakan pelbagai kursus dalaman bagi menyediakan tenaga pengajar yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas. Sekolah juga boleh menyediakan persekitaran berilmu disekeliling murid sebagai contoh dengan membina pondok-pondok bacaan, dan mural-mural bermaklumat di sekitar sekolah.

Manakala program-program KPM sedia ada seperti i-Think, MBMMBI dan beberpa program lain di lihat membantu secara terus pihak sekolah dalam melahirkan murid yang mampu berfikir aras tinggi. Program-program ini secara tidak langsung, telah melatih murid-murid untuk berfikir mengikut kebolehan individu dan menjana pemikiran kritis dan kreatif murid. Penyediaan soalan-soalan KBAT di dalam kelas oleh para guru sebagai latihan juga menaikkan aras kesukaran soalan-soalan ujian juga dilihat membantu pihak sekolah merancakkan lagi pemantapan aktiviti KBAT di sekolah-sekolah.

PPPM mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Peranan yang dimainkan oleh sekolah bagi menyokong usaha PPPM melahirkan murid yang mempunyai cirri kepimpinan ini boleh dilihat dengan perlaksanaan perlantikan pengawas-pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya di setiap sekolah. Pihak sekolah juga banyak melaksanakan program-program kepimpinan seperti Kem-Kem kepimpinan, juga menerusi Kokurikulum, menghantar murid-murid menghadiri perkhemahan atau jambori bagi meningkatkan jawatan/pangkat murid dalam badan/unit berunifom yang disertai mereka.

PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. bagi bahasa-bahasa lain, pihak sekolah ada mewujudkan kelab atau persatuan bahasa seperti Kelab Bahasa Arab, Kelab Ulul Albab ataupun di sekolah-sekolah tertentu Persatuan Bahasa Mandirin/Tamil dan sebagainya.

CABARAN YANG DIHADAPI

Sebagai murabbi, guru bukan sahaja bertindak untuk mengajar beberapa subjek mengikut sukatan pelajaran tertentu tetapi mereka turut berperanan untuk sama-sama mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiyyah anak didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal soleh serta mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran atau melaksanakan konsep amar ma'ruf dan nahi munkar yang dapat melahirkan pelajar yang memiliki keperibadian yang luhur.

Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk mencontohi ahli keluarga mereka. Di sinilah cabaran utama sebagai seorang pendidik dilihat begitu berat. Ini kerana murid-murid di sekolah datangnya dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Perbezaan-perbezaan ini merupakan antara cabaran yang perlu oleh seorang guru hadapi dan atasi serta mencorakkan kembali peribadi murid-murid agar cemerlang hasrat PPPM dapat dicapai.

Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan masyarakat setempat. Kelemahan murid untuk menguasai bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang jarang terdedah pergaulan dengan bangsa-bangsa lain. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut sama berbahasa dwibahasa.

PPPM mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keupayaan untuk memimpin. Matlamat ini tidak mudah dicapai kerana tidak banyak program berkesan untuk melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan. Pelajar yang dianggap bertanggungjawab dan mempunyai pencapaian akademik yang agak baik akan dilantik sebagai pengawas sekolah. Segelintir yang lain akan dilantik sebagai pengawas pusat sumber , ketua kelas, pemimpin rakan sebaya, pemimpin persatuan atau kelab. Perancangan khusus untuk membimbing murid agar menjadi pemimpin yang berkualiti sehingga kini masih belum jelas. Program untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti tidak dipinggirkan, tetapi hanya dijadikan program sampingan.

Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab pihak sekolah dan guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan.

KESIMPULAN

Kerajaan, khususnya KPM begitu optimis dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi menjana peningkatan standard dan kualiti pendidikan di Malaysia. PPPM yang telah dilaksanakan ini di semua peringkat di Kementerian Pendidikan tidak lain dan tidak bukan bermatlamat untuk mengangkat mutu pendidikan di Negara ini ke tahap yang lebih mampan dan mampu menghasilkan produk ataupun modal insan yang mampu bersaing di peringkat global.

Setiap perancangan seharusnya di dukung dan disokong penuh oleh tenaga-tenaga penggerak bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya. PPPM yang telah dirangka sebegitu rupa hebatnya, pasti tidak akan mencapai objektif yang disasarkan jika setiap pendukung dan pelaksana di bawahnya tidak menjalankan ataupun mengambil tahu peranan masing-masing dengan baik. Para guru dan sekolah, merupakan pihak yang terpenting iaitu penggerak utama program ini. Maka pihak guru dan sekolah haruslah menyedari sepenuhnya peranan masing-masing agar perlaksaan PPPM ini mencapai matlamat yang diharapkan.

Cabaran yang mungkin timbul tidak seharunya dijadikan kayu pengukur keberkesanan program ini. Bahkan cabaran yang wujud itu haruslah diatasi sebaik mungkin sehingga ke akar umbi akan perjalanan PPM lancar dan teratur. Semoga dengan perlaksanaan PPPM ini akan berjaya membawa sistem pendidikan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi dan menaikkan prestasi Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang mempunyai taraf pendidikan yang terbaik di dunia.

8