esei tugasan

Upload: zalizan-ismail

Post on 07-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 esei tugasan

    1/9

    1

    Soalan Tugasan:

    Proses pembelajaran boleh dimantapkan secara progresif sekiranya Seorang

    insan dapat mengkombinasikan ciri-ciri pembelajaran formal, bukan formal

    dan tidak formal. Bincangkan kenyataan ini secara terperinci dengan

    hubungkaitkan beberapa teori pembelajaran.

    1.0 PENGENALAN

    Sejak kelahiran kita, kita sentiasa mengalami proses pembelajaran dari semasa

    ke semasa, sama ada secara tidak formal, formal dan bukan formal. Semasa kecil,kita mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota badan untuk

    mengetahui dan menyesuaikan diri dalam alam sekitar. Namun setelah dewasa, kita

    akan mempelajari kemahiran mendengar, membaca, menulis dan menggunakan

    kemahiran ini. Pembelajaran ini merupakan proses yang berterusan. Pembelajaran

    ini amat berkait rapat dengan alam belajar. Alam belajar yang kondusif akan dapat

    merangsang semangat dan kesediaan belajar seseorang pelajar. Oleh itu,

    persekitaran amat mempengaruhi pembelajaran seperti yang terdapat dalam Teori

    Ekologi Bronfenbrenner. Teori ini memfokuskan pengaruh sosiobudaya persekitaran

    terhadap perkembangan individu dari lahir hingga dewasa. Hal ini juga merangkumi

    pembelajaran individu tersebut.

    Teori Bronfenbrenner ini merangkumi lima sistem ekologi berasaskan kepada

    interaksi kanak-kanak dalam keluarga mereka dan di antara rakan sebaya serta

    orang-orang dewasa yang dekat, termasuk pengaruh sosiobudaya keluarga dan

    komuniti tempatan. Bronfenbrenner membahagikan sistem ekologi ini kepada lima

    jenis sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan

    kronosistem. Teori ini juga membawa implikasi kepada startegi pangajaran dan

    pembelajaran. Untuk memahami secara komprehensif perkembangan potensi

    kanak-kanak, guru bukan sahaja harus memberi perhatian kepada teori-teori

  • 7/21/2019 esei tugasan

    2/9

    2

    pembelajaran tetapi juga teori Bronfenbrenner ini. Sehubungan itu, untuk memahami

    murid-murid dengan lebih sempurna, guru harus berkomunikasi dengan keluarga

    murid mereka secara formal dan informal. Mereka juga harus mengenal pasti

    peranan-peranan komuniti dan sosiobudaya serta kedudukan sosioekonomi yang

    mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, demi merancang pelajaran

    berdasarkan perkembangan potensi yang khusus sesuai untuk murid-murid mereka.

    Ini merangkumi peranan-peranan yang dimainkan oleh keluarga, rakan sebaya,

    media massa, agama dan budaya.

    2.0 PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

    Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan yang amat panjang. Selari

    dengan proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman.

    Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh

    dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan

    sistem pendidikan semasa.

    Sistem pendidikan di Malaysia telah wujud sejak dahulu lagi iaitu sebelumkedatangan kuasa-kuasa asing di Tanah Melayu. Sistem pendidikan yang wujud

    pada ketika itu bersifat tidak formal dipercayai berkembang bersama-sama dengan

    penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu yang lain pada

    abad ke-14. Para pedagang Arab dan India yang beragama Islam telah memulakan

    usaha menggalakkan pendidikan tidak formal dengan cara membina sekolah-

    sekolah pondok. Pelajaran agama Islam merupakan perkara utama yang diajar

    dalam pendidikan tidak formal tersebut.

    Seterusnya, setelah penjajahan British, corak pendidikan negara telah berubah

    kepada pendidikan formal di samping pendidikan tidak formal. Semasa penjajahan

    British beberapa buah sekolah telah diwujudkan yang mempunyai kurikulum yang

  • 7/21/2019 esei tugasan

    3/9

    3

    telah ditetapkan. Setelah merdeka, pihak kerajaan telah mewujudkan lebih banyak

    sekolah yang mempunyai kurikulum yang lebih teratur dan sistematik.

    3.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMBELAJARAN

    Pengajaran dan pembelajaran sering berkait rapat dalam konteks pendidikan.

    Pelbagai tafsiran telah dilakukan oleh para bijak pandai untuk menjelaskan maksud

    pembelajaran. Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) mendefinisikan belajar

    sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka pembelajaran

    bolehlah diertikan sebagai proses memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran.

    Robert M. Gagne dalam bukunya The Condition of Learning pula mendefinisikan

    pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yangdapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan oleh proses

    pertumbuhan. Manakala Robeck dan Micheal (1974) dalam buku Psychological

    Foundations of Learning and Teaching, mengemukakan dua definisi tentang

    pembelajaran. Pertama, pembelajaran ialah hasil daripada usaha sesuatu

    organisma untuk memenuhi keperluannya. Pembelajaran ini adalah terdiri daripada

    perubahan-perubahan di dalam sistem saraf semasa organisma itu melakukan

    sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan. Definisi kedua pula

    mentakrifkan pembelajaran sebagai suatu perubahan saraf akibat organisma

    melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya. Rumusannya,

    pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran

    melalui perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman atau latihan dan bukan

    disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi.

    Jenis-jenis pembelajaran boleh ditinjau dan dihuraikan dari segi bentuk, bidang,

    kaedah dan peringkat. Dari segi bentuk, proses pembelajaran terdiri daripada tiga

    kategori iaitu pembelajaran tidak formal, pembelajaran formal dan pembelajaran

    bukan formal. Ketiga-tiga pembelajaran ini berbeza mengikut ciri-ciri tertentu yang

    dimiliki oleh setiap jenis pembelajaran.

  • 7/21/2019 esei tugasan

    4/9

    4

    4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN

    4.1 Pembelajaran Tidak Formal

    Pembelajaran tidak formal atau informal merupakan pembelajaran yang

    berlaku dalam keadaan tidak sedar. Dr. Noriati dan rakan-rakan dalam

    bukunya Murid dan Alam Belajarmentakrifkan pembelajaran informal sebagai

    pembelajaran implisit, iaitu memperoleh pengetahuan akibat interaksi secara

    langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya dan fasilitator,

    selain daripada apa-apa yang diajar secara eksplisit. Pembelajaran jenis ini

    tidak mempunyai sebarang sukatan pelajaran atau kurikulum yang

    dilembagakan. Seseorang individu itu memperolehi ilmu pengetahuan dan

    kemahiran di bawah pembelajaran tidak formal biasanya melalui pendedahan

    pengalaman di persekitarannya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang

    mencontohi sikap dan tingkah laku ibu bapa di rumah atau sebagai penonton

    memperoleh maklumat am daripada siaran program televisyen dan

    sebagainya. Pembelajaran tidak formal ini merupakan proses pembelajaran

    yang berterusan hingga seumur hidup sejak seseorang individu itu dilahirkan.

    Pembelajaran tidak formal ini dapat dilihat semasa zaman masyarakat

    primitif. Pada zaman masyarakat primitif dahulu, anak muda tidak diajar

    secara formal seperti anak muda masa kini. Mereka hanya diajar

    menggunakan alat-alat senjata untuk memburu, menangkap ikan dan

    mempertahankan diri. Selain mempelajari kemahiran praktikal memburu,

    menangkap dan mempertahankan diri, anak muda pada zaman primitif juga

    perlu mempelajari adat resam, kepercayaan, istiadat dan upacara

    sembahyang serta pantang larang suku bangsa mereka.

    4.2 Pembelajaran Formal

  • 7/21/2019 esei tugasan

    5/9

    5

    Pendidikan telah dikaitkan dengan persekolahan apabila tugas mengajar

    telah dipindahkan daripada ibu bapa kepada guru. Ibu bapa sudah tidak

    mampu lagi mengajar segala pengetahuan yang kian bertambah untuk

    keperluan hidup. Keperluan hidup ini bukan lagi mencukupi setakat

    mempertahankan diri, memburu, mencari ikan dan mempelajari upacara

    sembahyang serta tradisi semata-mata. Maka dengan itu, wujudlah

    pembelajaran formal. Pembelajaran formal merupakan pendidikan yang

    diterima di institusi-institusi seperti sekolah, maktab dan universiti. Ia

    merupakan suatu sistem pendidikan yang terlatih, di bawah pentabiran

    Kemeterian Pelajaran. Sistem pendidikan ini dilembagakan dan disusun

    secara berperingkat mengikut umur murid, mulai dari peringkat sekolah

    rendah, kemudian di peringkat sekolah menengah, hingga ke peringkat

    universiti. Di dalam pembelajaran formal ini, murid-murid akan mengikuti

    suatu kurikulum yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran, berdasarkan

    Matlamat Pendidikan yang ditetapkan. Penilaian dibuat pada setiap peringkat

    untuk mengukur pencapaian matlamat pendidikan. Pembelajaran formal juga

    merupakan suatu sistem pendidikan keseluruhan kerana melalui

    pembelajaran ini, potensi-potensi pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani dan

    sosial dapat diperkembangkan secara keseluruhan dan seimbang mengikutaktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di tempat belajar.

    Terdapat beberapa ciri pembelajaran formal iaitu pembelajaran formal

    merupakan sistem pendidikan negara yang ditentukan berdasarkan dasar

    pendidikan kerajaan yang terkandung matlamat, tujuan dan objektif terhadap

    ideologi, cita dan aspirasi negara. Tujuan pembelajaran formal adalah bagi

    mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh seperti yang termaktub

    di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pelajar seimbang dari segi

    intelek, jasmani, rohani dan emosi. Ia juga bagi melatih pelajar tersebut

    menjadi rakyat yang berilmu pengetahuan yang berguna, demi memberi

    sumbangan kepada masyarakat dan negara. Selain itu, ia juga mempunyai

    sistem pendidikan rasmi dan berstruktur mengikut hierarki dengan

  • 7/21/2019 esei tugasan

    6/9

    6

    penggunaan sesuatu kurikulum formal. Ciri pendidikan formal yang jelas

    dapat dilihat adalah mengandungi Sukatan Pelajaran yang diaturkan dari

    peringkat sekolah rendah hingga peringkat universiti. Setiap peringkatnya

    mempunyai tempoh masa pembelajaran yanng tertentu. Pembelajaran formal

    ini akan diadakan di tempat-tempat tertentu seperti sekolah, maktab dan

    universiti awam. Justeru itu, guru yang berkelayakan digunakan sebagai

    tenaga pengajar. Bagi mengetahui kebolehan pelajar dalam pembelajran

    formal ini, penilaian dan peperiksaan amatlah penting dan sijil peperiksaan

    adalah diakui sah.

    4.3 Pembelajaran Bukan Formal

    Pembelajaran Bukan Formal (PBF) adalah pelengkap kepada pendidikan

    formal dan tidak formal. Justeru itu, ia amat penting dan bermakna kepada

    pembangunan manusia secara menyeluruh; selain membantu dalam proses

    pembangunan sesebuah negara. Pembelajaran Bukan Formal amat penting

    kepada sesebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

    Oleh yang demikian, pendidikan seumpama ini secara langsung atau tidak

    langsung mampu membangunkan literasi masyarakat dalam pelbagai disiplin

    ilmu seperti teknologi maklumat, pengurusan, kemanusiaa dan

    kemasyarakatan, keusahawanan, kenegaraan dan sebagainya.

    Seperti pembelajaran formal, aktiviti pembelajaran bukan formal juga

    dirancang secara sistematik serta dikelolakan oleh pakar pendidik di bawah

    sebuah institusi tertentu seperti kursus jangka pendek yang dikelolakan oleh

    sebuah kelab, persatuan atau institusi tertentu. Begitu juga dengan

    pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada ceramah, seminar,

    bengkel dan forum. Masa pembelajran bukan formal ini biasanya pendek, di

    antara beberapa jam hingga beberapa hari sahaja. Kursus-kursus

    pembelajaran bukan formal boleh diadakan di dewan sekolah, pusat latihan

  • 7/21/2019 esei tugasan

    7/9

    7

    atau institusi di luar sekolah. Oleh kerana pembelajaran jenis ini merupakan

    pembelajaran tambahan, maka penilaian tidaklah ditekankan.

    Seperti kedua-dua jenis pembelajaran yang telah dinyatakan di atas,

    pembelajaran bukan formal juga mempunyai ciri-ciri tertentu yang

    membezakannya dengan pembelajaran formal dan tidak formal. Terdapat

    beberapa ciri-ciri pendidikan bukan formal iaitu pembelajaran jenis ini

    merupakan pembelajaran tambahan dengan tujuan menyempurnakan

    kekurangan pembelajaran formal. Tenaga pengajarnya terdiri daripada orang

    pakar yang mempunyai kemahiran mendalam mengikut bidang tertentu. Ia

    juga mempunyai rancangan yang sistematik dan rapi serta dengan matlamat

    dan objektif kursus yang ditetapkan. Pembelajaran bukan formal ini juga akan

    memberikan sijil kepada peserta dan penilaian semasa sesi pembelajaran

    tidak ditekankan. Segala pembelajaran atau bayaran untuk pembelajaran

    bukan formal ini akan ditanggung oleh peserta itu sendiri atau ditaja oleh

    pihak yang berkenaan seperti kursus-kursus tertentu.

    5.0 IMPLIKASI KOMBINASI PEMBELAJARAN TIDAK FORMAL, PEMBELAJARANFORMAL DAN PEMBELAJARAN BUKAN FORMAL

    Pembelajaran tidak formal, formal dan bukan formal ini saling berkaitan antara

    satu sama lain. Sekiranya kurang salah satu daripada ketiga-tiga jenis pembelajaran

    ini, maka proses pembelajaran seseorang itu tidak akan lengkap. Oleh itu, ketiga-

    tiga jenis pembelajaran ini adalah amat penting dalam proses memantapkan

    pembelajaran seorang insan. Implikasi daripada kombinasi ketiga-tiga jenis

    pembelajaran ini akan tercapai sekiranya falsafah pendidikan kebangsaan

    diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara.

    Seorang insan yang lengkap dalam ketiga-tiga jenis pembelajaran ini akan dapat

    memperkembangkan potensinya selari dengan tuntutan FPK. Individu memiliki

  • 7/21/2019 esei tugasan

    8/9

    8

    pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani.

    Maka pembelajaran ini berperanan dalam memperkembang dan meningkatkan

    potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Sekiranya individu tersebut

    tidak mempunyai kemahiran yang terdapat dalam pembelajaran tidak formal, maka

    potensi individu tersebut tidak akan dapat diperkembangkan. Sebagai contoh

    potensi rohani. Tidak semua ilmu yang terdapat dalam sesuatu agama itu boleh

    dipelajari atau terdapat dalam sukatan pelajaran mahupun kurikulum di sekolah.

    Maka, pembelajaran tidak formal iaitu didikan daripada keluarga terutamanya ibu

    bapa adalah amat penting. Selain itu, pembelajaran bukan formal juga penting

    dalam meningkatkan potensi rohani seorang insan. Sebagai contoh pihak kerajaan

    juga telah mengadakan beberapa kursus atau ceramah berkaitan agama. Hal ini

    jelas menunjukkan potensi individu itu akan dapat ditingkatkan sekiranya ketiga-tiga

    pembelajaran ini digabung.

    Daripada kombinasi pembelajaran tidak formal, pembelajaran formal dan

    pembelajaran bukan formal ini seorang insan juga dapat memberi sumbangan

    kepada negara. Sumbangan kepada negara ini merangkumi tenaga kerja yang

    berkemahiran yang sering dituntut dalam mewujudkan sebuah negara maju

    setanding dengan negara maju lain. Untuk melahirkan individu yang berkemahiran,seseorang individu hendaklah berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

    dalam bidang tertentu. Maka, dalam hal ini pembelajaran formal memainkan

    peranan penting. Selain itu, pembelajaran bukan formal juga penting seperti kursus-

    kursus bagi memantapkan lagi pengetahuan seseorang individu itu. Dengan

    kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki, maka seseorang itu akan mudah untuk

    menjawat sesuatu jawatan seterusnya memberi sumbangan kepada negara seperti

    yang dituntut dalam FPK.

  • 7/21/2019 esei tugasan

    9/9

    9

    6.0 KESIMPULAN

    Dalam usaha membentuk apa jua masyarakat, institusi pendidikan dianggap

    mempunyai peranan yang penting. Kadang-kadang masyarakat terlalu sangat

    menyerahkan takdirnya kepada sekolah, seolah-olah sekolah dapat menyelesaikan

    segala kepincangan yang ada. Mungkin juga dari segi kognitif atau ilmu

    pengetahuan sekolah formal mempunyai peranan yang penting tetapi dari segi

    pembinaan sikap, tingkahlaku dan nilai, peranan yang dimainkan oleh sekolah

    bergantung kepada sokongan daripada institusi-institusi atau agensi-agensi lain

    dalam masyarakat seperti keluarga, media massa, pertubuhan dan lain-lain. Oleh

    itu, pembelajaran tidak formal, pembelajaran formal dan pembelajaran bukan formal

    merupakan kombinasi yang mantap dalam meningkatkan mutu pendidikan masa

    kini.