esei perang china-jepun

Upload: ecoreprayitno

Post on 13-Apr-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    1/6

    1.0 Pemberontakan Tonghak yang membawa kepada Perang China-Jepun (1894-1895)

    Pemberontakan Tonghak yang berlaku pada tahun 1894 di Korea sememangnya telah

    membawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun yang bermula dari tahun 1894 sehingga

    tahun 1895. Keadaan ini bermula apabila pada awal tahun 1890, kebangkitan aliran Tonghak

    telah mengalami era kegemilangan di bawah pemimpinnya yang baru seperti Choe Sihyong

    dan Chon Pongjun. Pada tahun 1894 pula, telah berlaku pemberontakan secara terang-

    terangan apabila janji yang diberikan oleh kerajaan kepada pengikut Tonghak tidak

    ditunaikan iaitu untuk menggugurkan sekatan terhadap pengikut aliran Tonghak. Hal ini

    telah menyebabkan pemimpin Tonghak yang diketuai oleh Chon Pongjun dan juga

    pengikutnya telah mengepung daerah Kobu dengan memprotes pegawai yang mengamalkan

    rasuah dan ketidakcekapan pegawai dalam sistem pentadbiran. Pemberontakan ini

    seterusnya tersebar dengan cepat ke sebelah selatan, dan dalam beberapa minggu sahaja

    banyak daerah kerajaan telah berjaya dirampas.1Kerajaan pemerintah tidak mampu untuk

    melawan pemberontakan yang berlaku, dan akhirnya meminta bantuan daripada kuasa

    pertuanan. Bantuan tersebut telahpun ditawarkan oleh Duta China di Korea iaitu Yuan Shi

    Kai dengan menggesa kerajaan Korea untuk bertindak. Putera Li Hung Chang kemudiannya

    telah menghantar askarnya sebulan selepas permintaan dilakukan. Kira-kira lima ratus ribu

    orang askar telah dihantar ke Asan dan Weihaiwei. Tindakan China ini telah dimaklumkan

    kepada Jepun bahawa mereka akan menarik balik askar di Korea setelah pemberontakan

    tersebut berjaya ditamatkan. Jepun turut membalas dengan menghantar askar-askarnya

    dalam jumlah yang ramai ke Seoul melalui Chemulpo. Hal ini berikutan apabila Jepun

    beranggapan China telah melanggar syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam konvensyen

    Tientsin di antara Li Hung Chang dan Ito Hirobumi. Walau bagaimanapun, apabila askar

    China sampai ke Korea, pemberontakan tersebut berjaya dipatahkan oleh orang Korea.

    Namun, China enggan untuk menarik semula askar-askarnya dari Korea sehingga askar-

    askar Jepun berundur dari negara tersebut.

    Hal ini telah menyebabkan kerajaan Korea bertindak untuk melakukan perundingan

    bagi kedua-dua negara yang terlibat iaitu China dan Jepun untuk mengundurkan askar

    negara masing-masing dari Korea. Namun keadaan sebaliknya pula berlaku apabila

    perundingan tersebut dibuat, kedua-dua negara menambahkan kekuatan tenteranya. Jepun

    1

    Kyung Moon Hwang,A History of Korea: An Episodic Narrative, New York: Palgrave Macmillan.,2010, hlm. 3.

  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    2/6

    kemudiannya mencadangkan kepada China supaya bersama-sama bersatu untuk

    menekankan pembaharuan kepada kerajaan Korea. China enggan bertindak bersama-sama

    dengan Jepun dalam perkara tersebut dan beranggapan bahawa kedua-dua pihak mestilah

    mengundurkan diri dan memberikan Korea kebebasan untuk melakukan pembaharuan.

    Malangnya, Jepun tidak bersetuju dengan alasan China telah menghantar tenteranya ke

    negeri naungan iaitu Korea. Keadaan ini telah bertambah serius dengan peristiwa

    pembunuhan ke atas seorang pemberontak Korea yang bernama Kim Ok Kuin di Shanghai

    pada 28 Mei 1894 iaitu apabila China menghantar mayatnya semula ke Korea dimana

    kepalanya telah dipancung, dan badannya telah dipotong empat dan kemudian bahagian

    badannya tadi dipertontonkan kepada seluruh masyarakat Korea untuk mengingatkan

    mereka akan nasib apabila menjadi seorang pengkhianat negara. China kemudiannya telah

    cuba untuk mengukuhkan kekuatan tenteranya di Korea dengan menghantar bantuan

    tentera pada bulan Julai 1894, namun kapal perang Jepun telah menembak kapal

    pengangkut tentera China yang dikenali sebagai Kowshing yang membawa bantuan tentera

    pertahanan untuk tenteranya di Chemulpo. Hal ini secara langsung telah menamatkan

    tempoh perundingan dan akhirnya membawa kepada pengisytiharan secara rasmi

    peperangan di antara China dan Jepun oleh kedua-dua pihak terbabit pada 1 Ogos 1894.2

    Peristiwa inilah yang telah membawa kepada Perang China-Jepun tersebut.

    2.0 Perang China-Jepun ( Sino-Japanese War)

    Perang China-Jepun yang berlaku di Korea secara rasmi telah diisytiharkan oleh Jepun

    berlaku bermula dari 1 Ogos 1894 , begitu juga dengan China.3 Perang China-Jepun ini

    merupakan konflik di antara Jepun dan China yang membawa kepada kemunculan Jepun

    sebagai kuasa utama dunia dan menunjukkan kelemahan empayar China.

    Perang China-Jepun ini dikatakan merupakan suatu perjalanan peperangan yang

    mengejutkan. Hal ini kerana China sememangnya mempunyai angkatan tentera yang ramai,

    tetapi tidak mempunyai angkatan tentera darat dan laut yang moden berbanding dengan

    negara Jepun. Oleh yang demikian, dalam perang tersebut, Jepun telah menyusun semula

    dan memodenkan perkhidmatan pertahanannya dari segi latihan dan kelengkapan. China

    2Bruce.A.Elleman, Modern Chinese Warfare, 1795-1989, New York : Routledge., 2001, hlm. 95.

    3Sino-Japanese War (1894-95) - Encyclopedia Britannica dlm.

    http://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-Warretrieved 28 April2013.

    http://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-Warhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-Warhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-War
  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    3/6

    pula sebaliknya apabila mula menyusun sebahagian daripada pertubuhan tenteranya dan

    berpuas hati dengan latihan dan kelengkapan sedia ada yang kurang baik . Perbezaan dalam

    latihan ketenteraan di antara kedua negara dapat dilihat dari aspek kelebihan yang terdapat

    pada pasukan tentera Jepun sama ada di darat dan laut. Mereka menjadi pakar dalam

    muslihat dan ilmu perang yang moden berbanding dengan China.4

    Tambahan lagi, Perang China-Jepun yang pada awalnya disebabkan oleh pemberontakan

    puak Tonghak yang berlaku di Korea kini menjadi hebat. Situasi ini wujud apabila China

    menghadapi sedikit kesulitan dengan timbulnya perasaan di sebelah selatan Sungai Yangtze

    bahawa peperangan tersebut adalah soal peribadi Li Hung Chang, atau hanya tertumpu

    kepada orang-orang di utara sahaja. Oleh itu, tentera laut di selatan China enggan terlibat

    dalam pergelutan tersebut dan gabenor-gabenor di daerahnya tidak terlibat langsung dalam

    menyokong tujuan maharaja tersebut. Oleh yang demikian, perang China-Jepun ini lebih

    bersifat kepada perang di antara Jepun dan pengikut-pengikut Li Hung Chang sahaja.

    Dalam perang ini juga, Jepun telah memahami keadaan yang akan berlaku dengan

    adanya pengalaman daripada perjuangan dahulu dengan Korea dan China. Oleh itu ,

    sebelum Jepun menghantar tenteranya yang ramai ke Korea , tentera lautnya telah

    melancarkan gerakan untuk menjamin keselamatan jalan pehubungan dengan

    pangkalannya. Akhirnya, angkatan tentera China telah berjaya dikalahkan berhampiran

    dengan muara Sungai Yalu, dan kemudiannya di Weihaiwei di mana angkatan kapal China

    berlindung. Seterusnya, apabila tentera-tentera Jepun berjaya menguasai kawalan laut,

    mereka telah masuk ke negara Korea dalam bilangan yang ramai. Mereka dengan mudahnya

    menjadikan diri mereka menjadi tuan yang berkuasa.5

    Peristiwa ini telah menyebabkan Raja Korea terpaksa mengeluarkan beberapa surat

    perintah mengubah sistem pemerintahan kerajaan secara keseluruhannya dan

    memodenkannya secara bertulis dalam sistem ekonomi dan masyarakat di Korea serta

    merta. Melalui Korea, angkatan tentera Jepun terus memasuki ke Manchuria dan berjaya

    mengundurkan tentera tentera China. Apabila tentera Jepun tiba di China, pemerintah

    Manchu ingin membuat perundingan dengan pihak Jepun untuk berdamai. Proses

    4Vinackle, H.M, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.,1978, hlm.194-195.

    5Vinackle, H.M, Sejarah Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka., 1978, hlm.195.

  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    4/6

    perdamaian ini dibuat dengan melibatkan negara Amerika Syarikat , yang telah diamanahkan

    untuk menjaga kepentingan- kepentingan setiap pihak yang berperang di negeri masing-

    masing. Namun demikian, sebelum Jepun bersetuju memulakan perundingan, China

    terpaksa memohon maaf secara terus melalui menteri Amerika Syarikat. Syarat utamanya

    ialah bersedia menerima jasa baik Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, Jepun

    menangguhkan permulaan perundingan tersebut dengan tujuan supaya kapal perang China

    di Weihaiwei dapat dimusnahkan, dan kemudian membolehkan tentera-tentera Jepun yang

    dihantar dapat menduduki Formosa . Akhirnya, kekalahan China dalam perang China-Jepun

    ini menyebabkan terbentuknya satu persetiaan di antara China dan Jepun bagi mewujudkan

    kedamaian antara kedua-dua pihak terbabit yang dikenali sebagai Persetiaan Shimonoseki.6

    3.0

    Persetiaan Shimonoseki

    Pesetiaan Shimonoseki ini merupakan perjanjian yang membawa kepada berakhirnya konflik

    iaitu perang China Jepun yang tercetus pada tahun 1894 sehingga tahun 1895. Sebelum

    tercapainya persetiaan ini, China mendakwa agar diwujudkan keamanan dicapai antara

    kedua-dua pihak dalam bulan Februari 1895, dan Li Hung Chang telah berjumpa dengan Ito

    Hirobumi di Shimonoseki. Jepun berharap dapat membuat tuntutan yang besar terhadap

    China, malangnya, satu peristiwa cubaan membunuh Li telah berlaku oleh seorang pelampau

    Jepun dan keadaan ini telah membuatkan Jepun terpaksa membuat sedikit perubahan

    terhadap tuntutannya.7Akhirnya, persetiaan Shimonoseki ini telah ditandatangani pada 17

    April 1895.8

    Terdapat beberapa syarat yang dikemukakan dalam persetiaan keamanan ini yang

    telah dipersetujui di Shimonoseki iaitu apabila China tetap mengiktiraf kemerdekaan Korea

    dan China terpaksa menyerahkan kepada Jepun dengan pengekalan dan kedaulatan penuh

    ke atas bahagian Manchuria yang terletak di timur Sungai Liao (Liaotung) dan di sebelahselatan bersempadan dengan Sungai Anping dengan Sungai Yalu, dari Penghwangcheng

    dengan Haicheng, ke Yingkow .Kedua ialah Formosa dan Kepulauan Pescadores dan

    pemberian wang ganti rugi sebanyak 200,000,000 tael hendaklah dibayar oleh China,

    seterusnya Weihaiwei diduduki oleh Jepun sehingga wang ganti rugi habis dibayar dan

    sehingga terdapat satu perjanjian yang memuaskan ditandatangani dan disahkan . Akhirnya,

    6Chi Yong Pak, The Korean Straits, London: Martinus Nijhoff Publisher.,1988, hlm. 54.

    7

    Hugh Dyson W, East Asia: A New History, Bloomington: Author House., 2012, hlm. 473.

    8Bruce.A.Elleman, Modern Chinese Warfare, 1795-1989, New York : Routledge., 2001, hlm. 95.

  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    5/6

    empat buah pelabuhan baru akan dibuka untuk perniagaan luar-Shasi dan Chungking di

    Sg.Yangtse dan Soochow serta Hongchow di Terusan Besar (Grand Canal) dan jalan laut

    yang menghala ke arahnya akan dibuka untuk kegunaan lalu lintas. Namun begitu, di antara

    syarat-syarat yang dipersetujui ini, penyerahan Formosa dan kumpulan pulau-pulau

    Pescadores serta pengakuan kemerdekaan Korea telah membawa selangkah lagi kepada

    proses pengurangan kuasa empayar China.

    4.0 Analisis

    Analisis yang dapat diberikan melalui tajuk ini adalah jelas dapat dilihat bahawa

    Pemberontakan Tonghak yang berlaku di Korea pada tahun 1894 yang disebabkan oleh

    faktor kemunculan agama yang terdiri daripada gabungan Shamanism, Confucianism,

    Taoisme, Buddhism dan Kristian yang diketuai oleh Choe Che U merupakan peristiwa

    penting yang telah membawa kepada tercetusnya Perang China-Jepun pada tahun 1894

    sehingga tahun 1895 di Korea. Namun demikian, meskipun Pemberontakan Tonghak ini

    banyak dipengaruhi oleh faktor agama yang menjadi pengerak kepada kumpulan Tonghak

    atau dikenali juga sebagai aliran Eastern Learning ini bergiat aktif untuk menyebarkan aliran

    mereka, namun faktor lain seperti faktor ekonomi yang tidak stabil di Korea khususnya

    penindasan golongan bawahan seperti kaum petani dalam aktiviti ekonomi ekonomi turut

    menjadi faktor pencetus Pemberontakan Tonghak. Selain itu, faktor campur tangan oleh

    negara China dan Jepun terhadap Korea turut dilihat menjadi faktor penyumbang kepada

    berlakunya pemberontakan secara besar-besaran di Korea iaitu Perang Tonghak.

    Pemberontakan ini seterusnya telah menyebabkan keterlibatan dua negara yang mempunyai

    kepentingan masingmasing ke atas Korea iaitu China dan Jepun . Konflik di antara kedua-

    dua negara ini mula wujud apabila masing-masing enggan untuk mengundurkan tentera

    mereka selepas tamatnya pemberontakan Tonghak yang berjaya dipatahkan oleh tentera

    Korea sendiri. Peristiwa ini membawa kepada beberapa perundingan dilakukan untuk

    menghadapi konflik tersebut, namun malangnya, disebabkan kedegilan kedua belah pihak,

    usaha ini tidak berjaya. Keadaan ini telah membawa kepada berlakunya Perang China

    Jepun atau dikenali juga sebagai Sino-Japanese War bermula pada 1 Ogos 1894 apabila

    Jepun dan China bersama-sama mengisytiharkan bermulanya perang antara mereka. Walau

    bagaimanapun, kekalahan China dalam perang ini telah menyebabkan terbentuknya satu

    persetiaan di antara China dan Jepun bagi mewujudkan kedamaian dengan termeterainya

    Persetiaan Shimonoseki pada 17 April 1895 dan persetiaan ini secara langsung menjadi

    penamat kepada peristiwa perang antara dua buah negara tersebut.

  • 7/26/2019 Esei Perang China-jepun

    6/6

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, Perang China-Jepun yang berlaku pada tahun 1894 sehinggalah

    tahun 1895 telah membawa suatu peristiwa yang sangat dominan dalam sejarah

    masyarakat Korea. Dalam hal ini, Pemberontakan Tonghak di Korea yang berlaku pada tahun

    1894 merupakan faktor utama yang telah membawa kepada berlakunya Perang China-Jepun

    tersebut tercetus. Pemberontakan ini merupakan pemberontakan yang paling besar pernah

    berlaku di Korea sehingga membawa kesan yang sangat besar kepada negara tersebut.

    Rujukan

    Buku

    Bruce.A.Elleman. 2001. Modern Chinese Warfare, 1795-1989. New York : Routledge.

    Chi Yong Pak. 1988. The Korean Straits.London: Martinus Nijhoff Publisher.

    Hugh Dyson Walker .2012. East Asia: A New History. Bloomington: Author House.

    Internet

    Sino-Japanese War (1894-95) -- Encyclopedia Britannica dlm.

    http://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-War retrieved 28

    April 2013.

    http://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-Warhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-Warhttp://www.britannica.com/EBchecked/topic/546176/Sino-Japanese-War