perang jepun rusia

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 02-Jun-2018

317 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    1/33

    1

    1.0 PENGENALAN

    Awal abad 20 menyaksikan satu era penting buat Jepun. Negara yang berada di timur jauh ini

    mengorak langkah ke arah kemajuan, pada masa sama China yang dikenali sebagai Middle

    Kingdom pula semakin dihimpit kesulitan pentadbiran. Pemodenan yang dilakukan pemerintah

    seperti Maharaja Meiji menaikkan lagi semangat penduduk dari segenap lapisan untuk

    menjadikan Jepun sebagai sebuah negara hebat. Pada tempoh itu, negara matahari terbit

    menghadapi kekangan dalam memperluaskan kuasa lantaran Rusia cuba memainkan peranan

    mengaut keuntungan di Timur Jauh. Manchuria dan Korea merupakan dua kawasan penting yang

    diminati Jepun dan Rusia. Pada tahun 1891, pembinaan projek kereta api Trans-Siberia

    dilancarkan Rusia. Projek tersebut yang dibina di Manchuria mampu menjimatkan perbelanjaan

    kerana menyingkatkan tempoh perjalanan. Antara tahun 1897 hingga 1903 pula satu lagi

    landasan dibina Rusia yang dinamakan Landasan China-Timur yang mampu memendekkan lagi

    perjalanan.1Hal tersebut sebenarnya adalah salah satu cara Rusia mengukuhkan kuasanya dalam

    aspek perdagangan di sekitar wilayah itu

    Pengawalan ekonomi yang dibuat Rusia ke atas Manchuria membimbangkan Jepun.

    Maka, pengintip diupah bagi mendapatkan segala maklumat berkaitan rancangan Rusia. Pajakan

    yang diberi China kepada Rusia di kawasan selatan Semenanjung Liaotung menyebabkan Jepun

    semakin tidak berpuas hati kerana Rusia akan mengaut hasil ekonomi di wilayah yang turut

    diminati Jepun seperti Port Arthur. Maka atas, sebab-sebab tersebut Jepun melancarkan perang

    terlebih dahulu kepada Rusia kerana degil mengeluarkan tenteranya dari wilayah itu pada 1904.

    Dendam Jepun terbalas untuk merampas kembali kawasan yang pada dahulunya diberikan China

    kepada mereka untuk bebas melakukan kegiatan ekonomi. Perang Rusia-Jepun merupakan

    tumpuan dunia ketika itu, apatah lagi ia merupakan konflik pertama pergelutan abad ke 20 oleh

    kuasa ketenteraan yang sama-sama kuat dan berhempas pulas menggunakan senjata mahupun

    teknologi baharu supaya dapat menonjolkan kekuatan kedua-dua buah negara. Penulisan ilmiah

    ini akan menekankan latar belakang faktor di sebalik peperangan dan kesan yang diterima Jepun

    hasil pertembungan yang akhirnya memberi kejayaan kepada Jepun sekali gus menjadi sebuah

    kuasa Asia Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan.kuasa Asia

    1 Geoffrey Jukes. (2002). The Russo-Japanese War 1904-1905. London: Osprey Publishing. Hlm 8

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    2/33

    2

    Timur yang digeruni barat dalam bidang pertahanan dan ketenteraan. Semangat dan tahap

    nasionalisme dalam kalangan penduduk jepun yang terlampau, telah menjadikan Jepun sebagai

    sebuah negara penakluk.

    China merupakan mangsa pertama kerana yang menjadi negara taklukan Jepun. Sejak

    kejayaanya mengalahkan China dalam tahun 1894 sehingga 1895, Jepun mula menonjolkan

    dirinya sebagai satu kuasa terunggul di sebelah Timur. Dan selepas kejayaan ketika Perang

    China-Jepun, meletus pula Perang Rusia-Jepun pada 1904-1905 yang juga telah memihak kepada

    Jepun. Jepun juga telah merampas Korea pada tahun 1910, campur tangan di Siberia pada 1917

    dan pada tahun yang sama tanpa menghiraukan kedaulatan negeri China, Jepun cuba menduduki

    wilayah Shantung, menakluki Manchuria pada 1931, menceroboh China pada 1937 dan akhirnya

    dengan perasaan angkuh, mereka telah memulakan Perang Pasifik pada tahun 1941.2Tambahan

    pula, pendapat bahawa Jepun merupakan kuasa Asia pertama yang menewaskan kuasa Barat

    turut disokong oleh Yoshihisa Tak Matsusaka yang menyatakan bahawa selepas kemenangan

    Jepun telah menyebabkan semangat pemerintah Jepun semakin meningkat untuk meluaskan

    kuasa dan menyebabkan persepsi pihak Barat terhadap Jepun yang mengatakan Jepun sebuah

    negara yang kuat dan tidak dapat ditandingi. Selain itu, Jon Livingston, Joe Moore dan Felicia

    Oldfather turut menyokong bahawa Jepun menjadi sebuah negara yang kuat selepas dapat

    menewaskan Rusia dan kejayaan Jepun tersebut menjadikannya sebagai hero baru dalam kuasa

    dunia yang tidak dapat dinafikan lagi oleh kuasa-kuasa besar yang lain. Tambahan pula,

    pendapat ini turut disokong oleh W. G. Beasley yang menyatakan bahawa kekalahan Rusia telah

    menyebabkan Jepun menjadi sebuah kuasa Asia yang kuat dan tidak dapat ditandingi.

    Justeru itu, kemenangan Jepun yang dapat menewakan kusa Barat iaitu Rusia

    membolehkan Jepun semakin disanjungi oleh kuasa-kuasa Barat yang lain. Perkara ini jelas

    dapat dilihat apabila tercetusnya peperangan antara Rusia dan Jepun. Oleh itu, terdapat beberpa

    faktor yang membawa kepada peperangan tersebut dan menyebabkan berlakunya kekalahan

    Rusia ke atas Jepun serta menyebabkan beberapa kesan terhadap Jepun itu sendiri dan juga pihak

    Rusia.

    2Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing

    Sdn.Bhd.hlm.152

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    3/33

    3

    2.0 FAKTOR PERANG RUSIA- JEPUN 1904

    Tiada satu sebab yang boleh dianggap sepenuhnya sebagai punca Perang Rusia-Jepun

    1904. Peperangan ini boleh dianggap berlaku sejak awal tahun 1875 lagi, dan perang yang

    sebenar hanya tercetus pada tahun 1904. Terdapat banyak faktor yang membawa kepada Perang

    Rusia Jepun sama ada dari segi dalaman Jepun sendiri mahupun faktor luar yang mencetuskan

    peperangan ini.

    2.1 Perkembangan Ketenteraan Jepun

    Kejayaan Jepun dalam Perang Rusia- Jepun tidak dapat dinafikan lagi didorong oleh

    kejayaan Jepun dalam memperkuatkan ketenteraannya. Bermula dari kejayaan pemulihan kuasa

    Meiji, meletusnya perang dengan China 1895 yang menandakan tamatnya Zaman Pemulihan

    Jepun serta permulaan zaman baharu bagi Jepun3. Perkembangnnya berterusan sehinggalah

    kepada perluasan kuasa Jepun ke benua Asia dari tahun 1895 sehingga 1945. Menurut Edwin. O.

    Reischauer, zaman 45 tahun pemerintahan Meiji hakikatnya adalah merupakan zaman Jepun

    belajar, meminjam, dan secara beransur-ansur mengasimilasikan unsur unsur tamadun Barat4.

    Zaman pemerintahan Meiji yang penuh dengan kegemilangan tersebut digelar sebagai Zaman

    Victoria Jepun.

    Sejak itu, golongan tentera telah mendominasi senario politik Jepun. Mereka bertindak

    melakukan pencerobohan keatas Manchuria China, yang akhirnya mengheret Jepun ke kancah

    Perang Dunia Kedua. Jepun adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai tradisi

    ketenteraan yang sangat kuat sehinggakan terdapat juga karya yang mencatatkan bahawa tidak

    ada negara lain yang dapat menandingi Jepun dimana anggota tentera mereka disambut dengan

    sanjungan yang cukup tinggi. Lantaran daripada itu dapat dilihat bahawa kerajaan baharu Jepun

    dibawah kuasa Meiji5sangat memberi keutamaan dalam perkembangan tentera darat dan lautnya

    3Joginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 1654Maswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.

    Hlm. 1965Joginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 165

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    4/33

    4

    yang bakal mengubah keseluruhan perkembangan negara Jepun kelak. Lantaran itu, kerajaan

    Jepun memberikan keutamaan terhadap pembangunan tentera darat dan lautnya.

    2.2 Kedatangan Barat Ke Jepun

    Awal kurun ke-19, ramai pegawai Amerika dan Eropah yang berulang ke Jepun

    menghantar angkatan tentera bagi mempengaruhi Jepun membuka pelabuhannya kepada kapal-

    kapal asing namun tidak diperdulikan Edo. Kehadiran orang Eropah yang semakin meningkat

    terutamanya selepas kekalahan China dalam Perang Candu mendorong segelintir pelajar yang

    berpendididikan ketenteraan barat menggesa kerajaan Jepun meningkatkan sistem

    pertahanannya melalui persenjataan dan organisasi Barat. Hanya sekitar tahun 1841 sahaja idea

    tersebut dipertimbangkan kembali.

    Terdapat juga dalam kalangan mereka yang belajar di Eropah menganjurkan pembukaan

    Jepun namun ditentang keras penduduk Jepun. Lantaran itu, Amerika telah bertindak menghantar

    angkatan lautnya yang besar memasuki perairan Teluk Jepun dibawah pimpinan Komander

    Matthew C. Perry pada Julai 18536 bagi menyampaikan surat Presiden Amerika menuntut

    pembukaan pelabuhan Jepun. Angkatan Perry kembali semula pada Februari 1854, dan dengan

    gertakan daripada meriam kapal-kapal Amerika, Tokugawa terpaksa membuka dua buah

    pelabuhannya kepada Amerika7. Dengan pembukaan pintu Jepun, dalam masa dua tahun, Edo

    terpaksa menandatangani perjanjian membuka pintunya kepada England, Rusia dan Belanda.

    Kini Jepun sudah terbuka luas kepada dunia luar dan jelas bakal menerima sistem ketenteraan

    Barat serta perkembangan sains dan teknologi mereka.

    2.3 Pengorganisasian Tentera

    Jepun tahu bahawa untuk muncul sebagai kuasa yang kuat di Rantau Asia, mereka

    memerlukan permodenan dan perubahan pertama yang dilakukan adalah pengorganisasian

    tentera. Maka timbul keinginan mencipta Jepun moden dengan membangunkan kuasa tentera

    6Joginder Singh Jessy.(1981) Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 1697Ibid. hlm.170

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    5/33

    5

    melalui pembaharuan dalam aspek ekonomi, sosial dan intelek. Organisasi ketenteraan adalah

    merupakan pemula kepada peralihan kuasa Tokugawa kepada Meiji melalui penyerapan

    organisasi8bercorak Barat serta menggaji penasihat asing. Organisasi ketenteraan darat dan laut

    lantas menjadi organisasi terbesar dalam masyarakat Jepun dan merangsang pembangunan

    sistem-sistem yang lain. Pada 1850, Jepun berhadapan Barat tanpa adanya angkatan darat dan

    laut yang kukuh. Pendekatan terbaik untuk menjadikan organisasi tentera sepenuh masa adalah

    menggunakan unit samurai dalam tugas pengawalan dan polis.

    Ketua Turus Angkatan Tentera yang dahulunya terletak di tangan Menteri Awam telah

    dijadikan sebagai badan bebas sekitar tahun 1878. Tiga tahun kemudiannya, setelah lama

    menggunakan penasihat orang Perancis dan tambahan kekalahan Perancis di Tangan Prussia,

    kerajaan Jepun telah menggantikan mereka dengan penasihat Jerman. Hal ini demikian kerana

    orang-orang Jerman telah membuktikan bahawa mereka lebih handal dari orang Perancis ketika

    Perang Franco-Prusia9di Eropah.

    Sejak Jepun menghapuskan dasar Isolasi, perhubungannya dengan kuasa-kuasa Barat

    adalah lebih kukuh berbanding sebelumnya. Orang-orang Jepun sentiasa mengawasi

    perkembangan- perkembangan dalam bidang sains moden dan teknologi yang dibangunkan oleh

    orang-orang Eropah pada ketika itu. Selepas 1868, ramai juruteknik luar yang muncul terdiri

    daripada orang Inggeris Britain, Amerika, Perancis, Jerman dan Belanda10

    . Mereka digaji oleh

    Jepun sebagai nakhoda, jurutera keretapi dan kapal laut, penasihat keewangan dan undang-

    undang, pakar pertanian, guru-guru universiti dan sekolah serta model pelatih tentera darat dan

    laut. Menjelang tahun 1875, terdapat sekitar 600 penasihat asing dan jumlah mereka mencecah

    3000 orang pada 1890. Semua penasihat diletakkan di bawah pegawai Jepun dan perkhidmatan

    mereka bakal ditamatkan setelah Jepun yakin boleh melakukan kerja berkenaan tanpa mereka

    lagi.

    .

    2.4 Penubuhan Akademi Ketenteraan

    8Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 203.9Ibid.hlm.20410Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    6/33

    6

    Kejayaan Jepun dalam perang Russia Jepun juga dibantu oleh Dasar reformasi 1867 yang

    dibentuk telah mendorong pembukaan akademi latihan bagi tentera di Edo yang dianggotai oleh

    pegawai tentera Perancis. Bakufu juga menggunakan nasihat teknikal dari Perancis dalam

    pembinaan foundari besi dan limbungan kapal. Ramai pelatih Perancis dilahirkan daripada

    institut latihan ketenteraan yang ditubuhkan di Edo itu. Beberapa domain pula telah meneruskan

    pengimportan senjata, sebagai contohnya pengimportan beberapa ribu senapang jarum dari

    Jerman pada 1870 yang diiringi oleh pegawai Jerman bagi mengajar cara penggunanya.

    Kebanyakkan sekolah utama juga diperluaskan untuk mempelajari ketenteraan Barat. Sebagai

    orang baharu, satu penyelarasan dan kawalan telah ditubuhkan termasuk kakitangan Am, jemaah

    nazir untuk menyelia dan menyeragamkan pendidikan dan latihan tentera seperti yang

    dilaporkan seperti Staf Jeneral terus kepada Maharaja11

    . Model-model utama untuk perubahan ini

    telah diambil dari Jerman. Tentera Perancis menekankan peranan sekolah tentera, kepentingan

    semangat dan nasionalisme.

    Pada 1870, penentuan beberapa buah sekolah bagi melatih tentera darat dan laut dibuat

    berasaskan nasihat tentera asing namun bersandar sepenuhnya kepada pengetahuan dan

    pengalaman daripada pelajar senior yang lebih awal atau mereka yang baharu pulang dari belajar

    di luar negara. Sekolah latihan tentera dibawah rejim baru yang pertama ditubuhkan di Kyoto

    pada 1868 dengan kokurikulumnya adalah berorientasikan kajian Barat namun ianya

    dikendalikan oleh pihak Jepun. Menjelang 1871, kerajaan Meiji memutuskan mengembalikan

    dasar lamanya dan membawa seramai 16 pegawai Perancis ke Jepun pada 1872. Perancis akan

    menyediakan kakitangan teras kelas pertama di Akademi tentera (Shikan Gakko). Sekolah

    tentera laut Meiji pertama ditubuhkan pada 1869 di Yokohama dan Jepun telah mengupah tenaga

    pengajar dari British. Kurang daripada separuh dari 450 000 samurai yang menganggur telah

    dimasukkan kedalam angkatan tentera yang baharu dan tentera laut berasaskan model barat.

    Bilangan mereka melebihi kekuatan tentera sebenar yang dikuasai oleh jepun12

    .

    2.5 Sistem Kerahan

    Pertambahan jumlah tentera serta semangat tentera yang kuat hasil daripada pelaksanaan

    sistem keras mendorong kejayaan Jepun dalam perang mereka. Pengumuman yang dibuat lewat

    11Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 167

    12Ibid.hlm.168

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    7/33

    7

    1872 dan Perintah Kerahan 1873 telah diktiraf Tentera darat dan laut secara berterusan menerima

    sukarelawan samurai. Bilangan penduduk yang dikerahkan pula adalah sedikit sahaja sekitar 3

    peratus daripada kesesuaian umur lelaki untuk berkhidmat dalam tentera pada 1870. Dalam

    perintah pengerahan tersebut, terdapat pengecualian bagi perkhidmatan iaitu seseorang lelaki

    yang menjadi ketua keluarga, orang yang mewarisi ladang dan perniagaan keluarga. Selepas

    pengembalian, kerajaan telah mengambil langkah-langkah permulaan ke arah pembentukan satu

    angkatan tentera yang moden bagi menandakan komitmen kerajaan Jepun membina negara

    bangsa moden mengikut model barat apabila peruntukan Undang-undang Kerahan yang pertama

    telah diluluskan pada awal tahun 1872.

    Melalui undang-undang ini, kerajaan mampu untuk memiliki satu kuasa angkatan tentera

    tetap seramai 240 00 orang anggota yang kemudiannya terus meningkat hampir setengah juta

    jumlahnya. Mengikut Yamagata, orang Jepun sama ada dari golongan tentera mahupun tidak,

    berasal daripada darah yang sama dan apabila tertakluk dengan tata tertib tentera maka mereka

    pasti tidak akan gagal menjadi askar-askar. Sebelum pengenalan undang-undang itu sendiri,

    dapat dilihat disebabkan status samurai yang tinggi dan penting dalam masyarakat feudal Jepun

    maka ianya agak sukar dihapuskan. Menyedarinya, Choshu13

    mencari jalan bagi melucutkan

    taraf samurai dalam kasta hulubalang dengan memperkenalkan perkhidmatan tentera negara

    yang seterusnya menjurus kepada Undang-Undang Kerahan.

    Perlu diketahui juga, dalam proses pertama pembaharuan, Meiji bertindak pada mulanya

    dengan menghapuskan penggunaan senjata-senjata kuno. Dengan ini juga, golongan samurai

    yang selama ini mewarisi jawatan kepahlawanan secara turun temurun telah dihapuskan. Hal ini

    termasuklah melarang rakyatnya daripada membawa senjata terutamanya pedang kecuali tentera

    dan polis. Terdapat kira-kira setengah juta samurai semasa sistem feudal telah dihapuskan.

    Golongan samurai ini seterusnya telah menceburkan diri mereka dalam kegiatan perdagangan

    dan perindustrian baharu di Jepun14.

    Terdapat cadangan diwujudkan Jabatan Hal Ehwal ketenteraan dan Pengerahan, 1872.

    Hal ini kerana angkatan tentera diperlukan bagi mempertahankan negara mereka. Seorang

    13Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168

    14Ibid.hlm.169

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    8/33

    8

    pemuda, apabila umurnya telah meningkat kepada 20 tahun, mereka akan dikerahkan untuk

    bertugas dengan aktif selama tiga tahun yang dikenali sebagai Khidmat Wajib Tentera. Ini diikuti

    pula selama empat tahun mereka terpaksa berkhidmat sebagai askar simpanan serta bersedia

    untuk menunaikan kehendak- kehendak darurat sehingga mereka mencapai umur 30 tahun. Pada

    tahun yang sama, kerajaan telah membubarkan Jabatan Hal Ehwal Tentera dan

    mengabungkannya dengan Jabatan Perang dan Angkatan Laut. Badan Pemimpin Agung yang

    berada di bawah Jabatan Perang telah dijadikan sebagi badan bebas pada tahun 1878 dan sebuah

    akademi ketenteraan telah ditubuhkan pada 1882. Dibawah pimpinan pegawai-pegawai muda

    yang berkebolehan seperti Yamagata dari Choshu15

    , satu pasukan tentera daripada kaum petani

    telah dikerahkan dan dibentuk. Permulaanya ia menggunakan contoh tentera Perancis, dan

    kemudiannya beralih kepada Jerman.

    Jepun telah menghantar pemudanya yang terbaik ke segenap Eropah bagi mempelajari

    setiap teknologi baharu seperti ke England bagi mempelajari tentang angkatan laut dan

    perkapalan perdagangan, ke Jerman untuk mempelajari tentang tentera darat dan perubatan, ke

    Perancis untuk undang-undang dan ke Amerika bagi mempelajai teknik perniagaan. Asasnya

    sudah tentulah bertujuan untuk membina kekuatan tentera darat dan laut yang kuat yang

    bermodelkan Barat. Bagi merealisasikannya, mereka memerlukan sokongan dari sistem politik

    yang kukuh, rakyat yang sihat jasmani dan cekap teknik strategi serta satu rangkaian sistem

    ekonomi yang kukuh dan maju dalam perusahan yang akhirnya akan membawa kepada matlamat

    mereka.

    2.6 Rusia Menduduki Pulau Sakhalin

    Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia

    ke Selatan apabila meluaskan daerahnya hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo

    (Hokaido). Pada tahun 1875, apabila nasionalisme secara beransur-ansur berkembang di Jepun,

    Rusia cuba untuk menduduki Pulau Sakhalin yang merupakan milik Jepun. Oleh kerana Jepun

    tidak bersedia untuk berperang di peringkat ini, Rusia tidak pernah dilupakan oleh Jepun yang

    15Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 168

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    9/33

    9

    mahu mengambil peluang untuk pemulihan pada masa yang sesuai. Antara kepentingan Pulau

    Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barangan keluaran Jepun.

    2.7 Kepentingan Manchuria

    Manchuria terletak di atas garisan lintang 39-53 30 Utara. Iklimnya sangat sejuk pada

    musim dingin dan sangat panas pada musim panas. Kebanyakan kawasan tersebut mengeluarkan

    hasil tanaman seperti kacang, sekoi, kaolin dan gandum. Pada asalnya, Rusia ingin memajukan

    daerah Siberia Timor yang lebih mundur daripada Manchuria, namun oleh kerana Manchuria

    mempunyai hasil kayu kayan dan galian seperti arang batu, besi dan emas menyebabkan Rusia

    memilih Manchuria yang difikirkan dapat menjadi asas untuk pekan baru dan perusahaan Rusia

    ingin mengembangkan ekonominya ke Manchuria.

    Rusia perlu melanjutkan landasan kereta apinya ke Manchuria. Rusia membina landasan

    keretapi Trans-Siberia di Manchuria. Projek kereta apiTrans-Siberia telah dilancarkan pada tahun

    1981. Dari tahun 1891 hingga tahun 1916, Rusia membina landasan kereta api Trans-Siberian.

    Sehingga landasan kereta api itu siap pada 1916, Rusia percaya landasan Trans-Manchuria dapat

    menghubungkan Eropah dan Asia Rusia. Landasan kereta api dikenali sebagai Chinese Eastern

    Railway (CER) yang mempunyai laluan sepanjang 1782 batu yang menghubungkan China

    dengan Vladivostok dan kawasan selatan ke Port Arthur. Chinese Eastern Railways (CER) ini

    mula beroperasi pada 1889. Perluasan Empayar Rusia merupakan faktor utama yang

    menyebabkan Rusia ingin membina Chinese Eastern Railway. Rusia telah lama berminat di Asia

    Timur sebagai nama yang dicadangkan iaitu Vladivostok yang merupakan pelabuhan yang

    terpenting Rusia yang boleh diterjemahkan kepada Ruler of the East16

    .

    Rusia memerlukan Manchuria untuk tujuan politik terutama dari aspek ketenteraan17

    . Hal

    ini dapat dilihat yang mana Rusia sangat memerlukan Manchuria untuk mendapatkan pangkalan

    tentera laut bagi menggantikan pelabuhan Vladivostok yang berada di Timur jauh. Rusia

    berminat untuk mendapatkan sebuah pelabuhan yang tidak terpengaruh dengan cuaca iklim atau

    pelabuhan yang tidak membeku pada musim sejuk (ice-free). Kuasa Eropah bersaing untuk

    mendapatkan kepentingan yang sebanyak mungkin di Timur. Rusia dari segi geografi dan

    16W. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 189

    17Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 205.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    10/33

    10

    sejarahnya, tidak tercabar dengan kuasa-kuasa lain kerana telah meluaskan pengaruhnya di

    Timur selama 500 tahun.

    Perluasan kuasa ke Manchuria merupakan fasa yang terbaru dalam menjelajah di Asia

    Timur. Kepentingan ekonomi merupakan faktor yang lain yang menyebabkan Rusia ingin

    meluaskan pengaruhnya. Menteri Peperangan iaitu Jeneral Aleksei Nikolaevich Kuropatkin

    menulis pada tahun 1900 bahawa apabila Rusia mempunyai kuasa landasan kereta api antara

    Laut Baltik dan Lautan Pasifik dan apabila Rusia mendapatkan Bosporus di Lautan India dan

    Lautan Pasifik, kemudian Rusia banyak sekali bekalan sumber semula jadi akan menyebabkan

    semua kuasa dunia akan mengagumkan persaingan ekonomi. Tsar Nicholas II juga percaya

    akan Russian East Asia akan dapat membiaya diri sendiri.

    Keselamatan negara merupakan faktor ketiga dan merupakan faktor segera dari kaca

    mata pemimpin Rusia. Dalam tempoh waktu dari Perang China-Jepun Pertama (1894-1895)

    bersambung sehingga Perang Rusia-Jepun (1904-1905), landasan kereta api Rusia berkembang

    di Asia Timur boleh dilihat sebagai dasar asingnya. Pembinaan landasan kereta api di Asia

    Timur merupakan reaksi kepada keperluan keselamatan negara Rusia. Pada 1881, China

    memaksa Rusia untuk berundur dari kawasan yang didudukinya sejak 1871 sehingga

    penentangan besar-besaran China Muslim yang berada di Xinjiang (Sinkiang) dari tahun 1862

    hingga tahun 1978. China cuba untuk menghentikan penentangan ini dan menduduki kawasan ini

    yang merupakan kawasan Rusia. Oleh kerana masalah kewangan disebakan oleh Perang Rusia-

    Turki (1877-1878), Rusia menghentikan Persetiaan Livadia 1879 dengan memberi wilayah ini,

    untuk menandatangani Persetiaan St. Peterburg 188118

    .

    Manchuria pada dasarnya di perintah oleh China secara langsung. Bukan hanya Jepun

    yang risau akan kemaraan Rusia ke atas Manchuria, namun kuasa-kuasa Barat yang lain seperti

    Amerika Syarikat dan British juga bimbang akan perluasan kuasa Rusia di atas dasar-dasar dan

    usaha yang dilakukan Rusia di Manchuria. Manchuria dilihat sebagai pembekal dan perhubunganyang lebih baik kedudukannya di Siberia Timur. Manakala negara Jepun pula amat berminat

    18Maswadi Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn. Bhd.

    Hlm. 166.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    11/33

    11

    terhadap Manchuria yang kaya dengan sumber asli seperti arang batu dan besi19

    . Walaupun

    iklimnya keterlaluan, tetapi kebanyakan dari kawasan itu banyak mengeluarkan hasil.

    2.8 Campur Tangan Tiga Kuasa Iaitu Rusia, Perancis Dan Jerman, 1895

    Pada 23 April 1895, Jerman, Rusia dan Perancis menuntut supaya kerajaan Jepun

    membatalkan pemilikannya terhadap Semenanjung Lioutung dengan alasan keamanan di Timur

    Jauh. Campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Jerman dan Perancis mengenai Lioatung

    menaikkan kemarahan Jepun. Oleh kerana menganggap China lemah lebih daripada yang

    disangkakan menyebabkan campur tangan kuasa Perancis, Jerman dan Rusia yang kononnya

    inginkan pembayaran pampasan untuk melindungi China menentang Jepun untuk mengambil

    alih Jepun yang telah mendesak China namun telah ditolak oleh China. Kemenangan Jepun,

    dalam peperangan dengan China pada tahun 189520

    , menyebabkan Jepun menjadi kuasa yang

    hebat dan agung di Asia. Oleh itu, Jepun dapat bertapak di China dengan mudah selepas China

    kalah kepada Jepun dalam Perang China-Jepun. Namun begitu, Rusia dilihat kerap ingin

    menguasai kawasan di China. Boleh dikatakan bahawa Rusia yang menimbulkan rasa cemas di

    Jepun.

    Sesetengah kawasan pelabuhan dibuka untuk syarikat asing. Wilayah sempadan bagi

    Perancis dan Rusia di kawasan utara ke selatan serta Jerman di Shantung. Selain itu juga boleh

    dilihat, Perancis dan Jerman kerap memberi bantuan kewangan kepada China yang dilihat seperti

    ingin membantu China untuk memodenkan dan pembaharuan di China. Pada tahun 1895 hingga

    tahun 1900 dikatakan mempunyai kata sepakat bagi kuasa-kuasa ini. Terdapat tiga ciri iaitu yang

    pertama, perolehan kereta api istimewa dan konsesi perlombongan di wilayah China, kedua

    kawasan pajakan termasuklah pusat operasi kapal laut yang mana kepentingan mereka dapat

    dilindungi dan perjanjian dengan China akan memastikan kawasan mereka tidak dicerobohi

    kuasa-kuasa lain. Kawasan di China seperti sudah tersusun untuk kuasa Barat bertapak seperti

    kemasukan Perancis ke wilayah Yunnan, Kwangsi dan Kwangtung pada tahun 1895-1896,

    19Ibid.hlm.16720Joginder Singh Jessy (1981).Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 189

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    12/33

    12

    Jerman di Shantung pada tahun 1897-1898 manakala Rusia pula di Manchuria pada tarikh yang

    berbeza di antara tahun 1896 hingga tahun 1898.

    2.9 Rusia Berminat Ke Atas China

    Pada tahun 1896, China telah menandatangani perjanjian sulit dengan Rusia yang

    berkaitan dengan melindungi China dari kemaraan Jepun. China membayar pampasan kepada

    Rusia untuk campur tangan dalam Perjanjian Shimonoseki bagi pihak China termasuk pajakan

    bagi kawasan Port Athur dan Dairen yang bersebelahan dengan Semenanjung Shantung dan

    Liaotung. Rusia menganggap tindakannya adalah kerana serangan dan ancaman Jepun ke arah

    keamanan di China. Peranan Rusia lebih menonjol dalam keselamatan di China tetapi dengan

    syarat menyediakan kestabilan di area tersebut. Fobia terhadap Rusia di kalangan orang Jepun

    yang dikenali sebagai Russophobia berfokuskan kepada hubungan Sino-Rusia yang merujuk

    kepada hubungan China dan Rusia21

    . Di Jepun, telah tersebar luas mengenai China telah menjadi

    boneka kepada Rusia.

    2.1.1 Rusia Ingin Menduduki Korea

    Semasa Perang Sino-Japanese, Korea telah berada di bawah perlindungan tentera Jepun

    melalui persetiaan yang ditandatangani di Seoul pada 26 Ogos 1894. Walaupun kemerdekaan

    telah diakui melalui Perjanjian Shimonoseki, Jepun mendapat pengaruh dan perhatian yang

    utama selepas peperangan. Pada tahun 1895, permaisuri Korea telah dibunuh dan dikatakan

    kementerian Jepun menjadi dalang di sebalik kematiannya. Menurut Peter Duus, Miura

    merupakan seorang yang fanatik dengan aktivis kepada Jepun mengambil inisiatif sendiri dengan

    merancang pembunuhan Permaisuri Min yang di sangkakan merupakan orang yang menjadi

    ketua kepada puak anti-Jepun.

    21Abdullah Zakaria Ghazali et.al. (2003). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    13/33

    13

    Pada awal tahun 1896, tentera laut Rusia telah singgah di Chemulpo (Inchon) dan Raja

    Korea telah berlindung di kementerian Rusia. Rusia sekarang menumpukan perhatian ke atas

    Korea dan Rusia mendapat hak istimewa di China dan Korea. Hal ini secara tidak langsung

    menyebabkan kemaraan Jepun kerana Jepun terasa terancam. Rusia dan Jepun berminat untuk

    mendapatkan Korea. Dari segi kekuatan, Rusia mengatur secara terperinci protokol baru dengan

    Jepun berkaitan dengan Semenanjung Korea22

    . Protokol ini memaksa Jepun untuk melepaskan

    dominasi kepentingan politik dan ketenteraan ke atas Korea.

    Perjanjian Nishi-Rosen yang ditandatangani pada 25 April 1989 adalah untuk meminta

    Jepun dan Rusia sama-sama untuk menahan diri supaya tidak campur tangan dalam urusan

    Korea dan berunding sesama sendiri sebelum melantik tentera atau penasihat kewangan,

    termasuklah Rusia berjanji tidak akan menghalang pembangunan Jepun, pengaruh Jepun dan

    kepentingan ekonomi di Rusia. Hal ini bermakna idea Inoue pada Julai 1895 untuk membentuk

    pengaruh Jepun di Korea akhirnya dapat dijalankan. Hal ini dapat dilihat dalam perbankan,

    Jepun akhirnya dapat menonjolkan dirinya dan mendapat kelebihan yang besar. Bank Shibusawa

    Eiichis Dai Ichi mempunyai kepentingan dalam kewangan perdagangan Jepun dengan Korea

    setelah membuka cawangan baru di Pusan pada tahun 187823

    .

    Kekurangan kekuatan dalam ketenteraan dan politik menyebabkan Jepun mengelakkan

    diri dari sebarang konfrontasi dengan Rusia. Jepun menganggap protokol ini sebagai lampu

    hijau bagi dirinya untuk terlibat dengan perkembangan komersial perniagaan di Korea. Pada

    tahun 1900, perdagangan Jepun-Korea dan jumlah orang Jepun yang menetap di Korea semakin

    meningkat. Jepun memperoleh hak dalam pembinaan landasan kereta api bagi landasan Seoul-

    Inchon dan Seoul-Fusan. Konsortium bagi kepentingan perniagaan Jepun terjamin untuk

    membina laluan kereta api yang menghubungkan Seoul dengan bandar utama iaitu Pusan dan

    Inchon dan Kementerian Jepun berusaha untuk mengatur pinjaman-pinjaman dari bank Jepun

    untuk melabur kewangan dalam kerajaan Korea.

    Kepentingan landasan kereta api merupakan salah satu kepentingan Jepun di Korea. Hal

    ini boleh dilihat dalam salah satu artikel di dalam majalah Tokyo iaitu Taiyo menyatakan bahawa

    22Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 20523W. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 190

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    14/33

    14

    pada Julai 1899, makna memperluas wilayah tanpa menggunakan askar-askar ialah polisi

    landasan kereta api. Jepun telah mengambil alihkonsesi landasan kereta api dari kerajaan Korea

    bagi landasan Seoul-Pusan dan Seoul-Inchon (Chemulpo). Namun begitu, konsesi bagi Seoul-

    Inchon telah diserahkan kepada Amerika. Oleh kerana kesukaran untuk membangunkan modal,

    oleh itu kerajaan Jepun menjual kepentingannya pada tahun1897 kepada sindiket persendirian

    Jepun yang diketuai oleh Shibusawa dalam empat Syarikat Zaibatsu24

    (Mitsui, Mitsubishi,

    Yasuda dan Okura).

    Dari segi strategik Korea menjadi sebuah pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan

    juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa

    hadapan. Pada tahun 1890, Yagamata Aritomo Perdana Menteri Jepun ketika itu memberi

    pandangan beliau mengenai memorandum polisi luarnya bahawa ia merupakan prinsip asas yang

    mana untuk mengekalkan kedaulatan Jepun, Korea diperlukan untuk melindung Pulau Jepun.

    Jepun telah mendirikan banyak pengkalan tentera darat, laut dan udara serta telah membina

    landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan ketenteraannya.

    Selain itu juga, Jepun dan Korea juga telah meletakkan askarnya dalam jumlah yang kecil di

    beberapa bahagian Korea untuk tujuan ketenteraan. Dengan perjanjian tempatan antara Jepun

    dan Korea pada tahun 189625

    , Jepun mempunyai kepentingan untuk meletakkan askarnya dalam

    jumlah yang kecil di Seoul, Pusan dan Wonsan agar dapat membentuk telegraf ketenteraan jika

    ada-ada kecemasan dan maklumat yang ingin disampaikan.

    2.1.2 Persetiaan Anglo-Japanese 1902

    Pada tahun 1900, Jepun cuba mencari rakan sekutu untuk menguatkan kedudukannya di

    Timur. Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan Jepun mula terasa tergugat dan mula mencari

    jalan bagaimana untuk menghalang kemaraan Rusia. Kemaraan Rusia di Timur menyebabkan

    Perdana Menteri Jepun iaitu Taro Katsura yakin bahawa Rusia tidak akan berhenti untuk

    menghuni Manchuria. Percaya kepada teori mendominasi domino theory di Timur, Taro

    24Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 209

    25Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 205

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    15/33

    15

    Katsura mengatakan bahawa Rusia akan dan pasti memperluaskan pengaruhnya ke Korea dan

    tidak akan berhenti sehingga tiada ruang lagi untuk kita. Bagi Jepun, isu Korea berkaitan

    dengan soal hidup dan mati. Oleh itu, Jepun memerlukan rakan sekutu bagi menguatkan dirinya.

    British berminat untuk menguasai China adalah kerana faktor ekonomi untuk

    mendapatkan keuntungan dan bukanlah untuk menguasai Korea. Oleh itu, bagi Jepun, Britain

    adalah negara yang sesuai untuk dijadikan sekutu. Kekalahan China dalam Perang China-Jepun

    1894-1895 telah mengakibatkan dua masalah kepada England yang mana ia mencabar

    kedaulatan British di China dan membawa masalah kepada England untuk berhadapan dengan

    masalah untuk menyelesaikan polisinya dalam proses pemecahan China26

    . British pula mula

    bimbang akan kemaraan Rusia di China kerana kepentingan ekonominya. Ditambah pula

    persetiaan di antara Perancis dan Rusia yang mana mereka akan bersatu untuk menentang Britain

    jika berlaku apa-apa. Persetiaan antara Rusia dan Perancis juga membimbangkan Jepun jika

    berlaku konflik ketenteraan antara Jepun dan Rusia. Oleh sebab kepentingan perdagangan British

    di China, British risau akan pemecahan China dan kemaraan Rusia di Timur akan mengganggu

    gugat kepentingan British. Oleh itu, Britain memerlukan sekutu untuk mengatasi masalah ini.

    Persetiaan yang dipersetujui antara Jepun dengan kuasa Eropah ini membentuk keyakinan diri

    dalam kalangan masyarakat Jepun27

    .

    Persetiaan di antara Britain dan Jepun ditandatangani di London pada 30 Januari 1902,

    yang diwakili oleh Hayashi untuk Jepun dan Lansdowne bagi Great Britain. Persetiaan Anglo-

    Japanese 1902 dikatakan merupakan peristiwa romantik dalam sejarah dunia yang mana ia

    merupakan kesatuan pertama di antara Timur dan Barat, pengesahan pertama Kesatuan Asia

    berkebolehan memberikan bantuan kepada kuasa yang terkenal di Barat. Hal ini adalah kerana

    tidak pernah ada kuasa di Asia yang bersekutu dengan Barat. Perkara yang penting dalam

    persetiaan ini ialah yang pertama England dan Jepun akan membantu satu sama lain di dalam kes

    peperangan dengan China dan Korea, kedua persetiaan ini mengakui kepentingan istimewa Great

    Britain di China dan Jepun di Korea, bila-bila masa England dan Jepun merasakan kepentingan

    mereka terancam dan ketiga kedua-dua negara ini akan berkomunikasi sepenuhnya dan secara

    terus-terang.

    26Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 177

    27Ibid.hlm.178

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    16/33

    16

    Persetiaan ini memberi kekuatan diplomatik perluasan kepentingan Jepun di Korea. Hal

    ini disokong oleh Taylor yang mana, Persetiaan Anglo-Japanese ditandatangani pada 30 Januari

    1902, memberi Jepun peluang dalam kepentingan istimewa mereka di Korea. Persetiaan ini

    ditandatangani untuk mengekalkan kebebasan dan integriti wilayah di China dan Korea dalam

    masa yang sama untuk melindungi peluang yang sama di China dan Korea dalam perdagangan

    dan industri bagi semua bangsa. Persetiaan Anglo-Japanese merupakan penanda awal kepada

    imperialism Jepun di Korea. Selain itu, akibat tekanan daripada Perancis, Jerman dan Rusia ke

    atas Jepun menyebabkan Jepun membuat persetiaan dengan England pada tahun 1902 untuk

    menguatkan kedudukan mereka. Hal ini di sokong oleh Peter Duus yang mana kesan dari

    persetiaan ini akan memberi amaran kepada sekutu Rusia jika Rusia berperang dengan Jepun28

    .

    Rusia dan Jepun juga dilihat sibuk untuk melakukan pembalakan di Sungai Yalu. Jepun

    menentang tindakan Rusia kerana telah melanggar Persetiaan Anglo-Japanese. Oleh sebab yang

    kecil ini, tentera Rusia dan Jepun melakukan serangan dan menyebabkan beberapa orang tentera

    Rusia mati. Rusia tersinggung dengan peristiwa ini dan menghantar tentera-tenteranya ke Korea

    untuk menghukum Jepun. Jepun bersungguh-sungguh untuk melawan namun Rusia tidak

    memberi perhatian kepadanya. Oleh itu, Jepun telah mengisytiharkan perang menentang Rusia

    pada 5 Februari 1904. Sesetengah tokoh berpendapat bahawa punca yang mencetuskan perang

    Rusia-Jepun adalah kerana keadaan Jepun yang yakin akan kekuatannya.

    3.0 KRONOLOGI PERANG RUSIA- JEPUN 1904

    Peristiwa perang Rusia-Jepun merupakan peristiwa yang membuktikan bahawa Jepun

    merupakan sebuah negara Asia pertama yang mampu mengalahkan kuasa Barat. Jepun berjaya

    mendapatkan Manchuria, setengah Pulau Sakhalin dan Korea. Pada mulanya, Manchuria

    merupakan kepentingan utama Rusia manakala Korea sangat penting bagi Jepun. Kepentingan

    Manchuria bagi Jepun pada mulanya tidak mempunyai kepentingan. Namun setelah menemui

    sumber ekonomi dan sebagai kawasan jajahan bagi menempatkan penduduknya yang

    bersebelahan dengan negaranya, ia menjadi kepentingan ekonomi yang penting bagi Jepun29

    .

    28W. Scott Morton (2006)Jepun : Sejarah dan Budaya.Kuala Lumpur : Universiti Malaya Hlm. 18929Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    17/33

    17

    Pergelutan antara Rusia dan Jepun ini bermula sebaik sahaja Persetiaan Shimonoseki

    ditandatangani. Perjanjian Shimonoseki ditandatangani pada 17 April 1895 dimana penyerahan

    Farmosa, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liotung termasuklah Port Athur kepada

    Jepun. Jepun menyedari bahawa mereka terpaksa berkongsi kedudukan bersama Rusia di Korea.

    Kedua- dua buah Negara ini menanamkan cita- cita untuk menguasai China. Perjanjian ini

    merupakan titik permulaan Rusia untuk mendapatkan Port Athur30

    . Rusia telah menggunakan

    pelbagai alasan untuk mendapatkannya.Pada awalnya, Jepun hanya ingin menahan penguasaan

    Rusia di China. Keadaan ini menunjukkan perbezaan ketara dengan kerjasama imperialisme

    apabila Jepun terpaksa bergabung dan berkongsi keistimewaan bersama Rusia seperti mana yang

    termaktub dalam perjanjian tersebut. Rusia merupakan pencabar bagi Jepun kerana ia merupakan

    Tiga Intervensi yang telah dibuat jelas dengan beberapa petunjuk sokongan daripada Britain dan

    Amerika.

    Pada 30 Januari 1902, Perjanjian Anglo-Jepun telah dimaterai di London bagi

    mengukuhkan ikatan antara Negara Jepun dan Britain. Hal ini merupakan usaha meningkatkan

    keselamatan Jepun pada masa hadapan. Dalam perjanjian ini, Britain bersetuju untuk

    mengekalkan kemerdekaan dan integriti wilayah China dan Korea serta mendapatkan peluang

    sama rata di negara-negara ini. Britain mengiktiraf perjanjian itu kerana kepentingannya di China

    dan melindungi kepentingan Jepun ke atas Korea31

    . Perjanjian Anglo-Jepun adalah satu peristiwa

    penting dalam sejarah hubungan asing Jepun. Dalam tempoh 35 tahun pemulihan Meiji, Jepun

    telah mengalahkan China dan telah diikuti kemenangan Jepun mendapatkan kedudukan yang

    kukuh di Korea. Jepun telah mendapat pengiktirafan berbentuk perjanjian, Jepun mendapat

    kemajuan yang besar dalam tahun 1902. Namun Rusia dapatkan perundingan yang dibuat bagi

    mencadangkan pertukaran hak Rusia ke atas Manchuria dalam pertukaran hak Jepun ke atas

    Korea dengan membuat perjanjian dengan China untuk mendapatkan Manchuria pada April

    1903. Ketegangan ini bertambah kerana kawalan Rusia terhadap Manchuria semakin meningkat

    menyebabkan Jepun merasa tercabar. Pada bulan Julai 1903, Jepun telah memulakan satu siriusaha diplomatik bagi mencapai persetujuan bagi pembahagia pengaruh China dan Korea.

    30Ibid.hlm.17531Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 174

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    18/33

    18

    Kepentingan Rusia di Manchuria ialah apabila diberi hak untuk membina jalan kereta api

    Trans-Siberia yang merentasi Manchuria Utara dari Kampung di China iaitu Vladivostok.

    Seterusnya Rusia diberi hak untuk membina jalan kereta api di selatan pula iaitu dari Harbin ke

    Port Athur. Rusia juga memajak Semenanjung Liaotong walaupun sebenarnya ia di bawah

    kekuasaan Jepun. Jepun pada mulanya berat hati untuk menyerahkan semula daerah Liaotong

    kepada China namun telah memberinya kepada Rusia bagi memperbaharui kedudukannya. Pada

    mulanya, cadangan perundingan datangnya dari Jerman, bukannya dari Jepun dan Great Britain

    bagi mengadakan ikatan antara tiga kuasa. Perikatan ini telah bekerjasama dengan membuat

    persetujuan dalam tahun 1900 untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada di negeri China. Bagi

    Jepun, dengan mengadakan ikatan dengan salah sebuah Negara Barat yang terkuat, ia merupakan

    tanda kepada suatu kemajuan besar dalam pembangunan Jepun sebagai sebuah kuasa Asia. Ia

    juga menandakan Jepun mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Lembaga Majlis Asia.

    Sejak tertubuhnya Perjanjian Anglo-Jepun dengan bantuan ketenteraan daripada Britain,

    Jepun boleh berurusan dengan isu- isu yang dibangkitkan berkenaan dengan pendudukan Rusia

    di Manchuria tanpa risau dengan campur tangan dari pihak Tiga Intervensi . Pada tahun 1902 dan

    1903, ia merupakan pengunduran tentera Rusia dari Manchuria dan Korea. Pada mulanya, ia

    berjaya. Namun bagi kali kedua tidak pada semuanya berjaya dilakukan. Pada akhir tahun 1903,

    keputusan yang diambil ialah peperangan. Jepun merasakan bahawa impian untuk menguasai

    seluruh Asia terhalang apabila Rusia mara ke Manchuria dan Korea. Jepun ingin menjadikan

    kawasan ini sebahagian daripada kawasan jajahannya. Ini kerana Manchuria merupakan sumber

    ekonomi bagi Jepun manakala jika Rusia menguasai Manchuria, Rusia akan turut campurtangan

    dalam Korea. Jadi Jepun merasakan bahawa peperangan adalah jalan yang memang sesuai untuk

    menyelesaikan masalah ini. Rusia tidak terburu-buru memberikan respon kepada cadangan

    Jepun. Apa yang terkandung cadangan itu bukanlah perkara yang baru. Pada 6 Februari 1904,

    tentera Rusia telah mendahului dengan menyerang Sungai Yalu untuk memasuki Korea. Pada

    masa itu juga, Jepun telah berlayar daripada Pengkalan Angkatan Laut Sasebo menuju keCemulpo. Pada 8 Februari 1904, angkatan tentera laut Rusia menyerang Pelabuhan Arthur dan ia

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    19/33

    19

    dikepung. Pada masa itu juga tentera Jepun dikerahkan ke Incheon, korea. Dua hari kemudian,

    jepun mengisytiharkan perang.32

    Perang diisytiharkan pada 10 Februari, tetapi persengketaan sudah pun bermula dua hari

    lebih awal. Peperangan bermula di Korea dan di sepanjang pantai menuju ke Liaotung. Pada

    bulan April kemenangan tentera laut di luar Port Arthur membolehkan Jepun mengawal seluruh

    laut yang diperlukan bagi menggerakkan bala tenteranya sekaligus membolehkan sekumpulan

    tentera pertama mereka untuk menyerang ke utara merentasi sungai Yalu ke Manchuria pada

    bulan Mei dan sekumpulan tentera kedua mendarat di semenanjung Liaotung beberapa hari

    kemudian. Dalam tempoh sebulan, sekumpulan tentera yang ketiga dibawah Jeneral Nogi

    Maresuke telah mengepung Port Arthur sendiri. Pertempuran ini berlaku sepanjang Liaoyang

    pada ogos dan awal september 1904. Penawanan Port Arthur oleh Jepun bermula pada awal

    Januari 1905. Mukden pula ditawan pada 10 Mac 1905 dan terdapat banyak jiwa yang terkorban.

    Namun pada akhir peperang tersebut, Jepun berjaya menewaskan Rusia.33

    Dalam peperangan tersebut, terdapat banyak kemusnahan dan kehilangan nyawa

    walaupun Jepun terus berjaya dalam menentang Rusia. Jepun sebenarnya mula menyedari

    bahawa mereka tidak mampu lagi untuk bertahan lama. Namun mereka tidak mahu

    menunjukkkan kelemahan- kelemahan tersebut. Jepun membuat keputusan untuk membuat

    rundingan damai dengan Rusia. Akan tetapi Rusia masih mahu untuk meneruskan perjuangan

    mereka bagi menebus kerugian yang mereka alami tetapi tidak mampu ekoran dari masalah

    kewangan dan keadaan negerinya. Jadi mereka terpaksa menerima rundingan tersebut. Pada

    tahun 1905, termeterainya Perjanjian di Portsmouth antara Viscount Komura dengan Count

    Witte. Dengan kemenangan ini, imej Jepun telah semakin meningkat di mata dunia. Kuasa-

    kuasa Barat merasa terperanjat dengan kekalahan Rusia di tangan Jepun, sebuah Negara yang

    kecil sedangkan Rusia merupakan sebuah Negara Eropah yang besar34

    .

    32Maswari Rosdi.(1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd.

    Hlm. 257.33Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 176

    34Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 20

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    20/33

    20

    4.0 KESAN PERANG RUSIA-JEPUN 1904

    Jepun merasakan kedudukannya adalah cukup kuat menjelang tahun 1905. Hal ini

    kerana, Jepun telah mempunyai permulaan empayar baru dengan kawasan jajahan yang baru.

    Antaranya Taiwan, yang digunakan sebagai kawasan penempatan bagi penempatan penduduk

    Jepun yang berkembang pesat. Perang yang berlaku antara Jepun dan Rusia ini sedikit sebanyak

    memberi kesan yang baik kepada perluasan kuasa mereka di samping peningkatan ekonomi

    negara walaupun pada mulanya dilihat ekonomi Jepun mengalami kejatuhan selepas Perang

    Rusia Jepun ini. Antara kesannya ialah perluasan kuasa Jepun di Pulau Sakhalin,

    menyemarakkan semangat nasionalisme bukan sahaja dalam kalangan rakyat Jepun sendiri

    malah penduduk di Asia Tenggara serta kesan dalam aspek ekonomi di Jepun.

    4.1 POLITIK

    4.1.1 Jepun Menjalankan Dasar Imperialisme

    Permodenan Jepun yang bermula selepas pemerintahan Maharaja Meiji telah memacu

    negara itu ke era penuh kegemilangan. Politik dan ekonomi tradisional Jepun telah diganti

    dengan sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat. Secara tidak langsung, permodenan Jepun

    berjaya mengelakkan daripada menjadi mangsa penjajahan Barat. Sebaik sahaja berjaya

    memansuhkan perjanjian berat sebelah (unequal treaty) yang dibuat dengan Barat pada era

    Tokugawa dahulu, Jepun mula melancarkan dasar luar yang lebih agresif di Asia Timur,

    terutamanya terhadap negara China. Peningkatan minat kuasa Barat meluaskan cengkaman

    masing-masing di China setelah negara itu kalah kepada Jepun dalam perang pada tahun 1894

    dan juga mendesak Jepun untuk terlibat sama dalam perlumbaan membuka kawasan pengaruhdi negara yang sangat berpotensi dalam melengkapi keperluan industrinya.

    35

    35 A.Ghapa Harun dan Rupawan Ahmad. Imperialisme Jepun dan Konsep Lingkungan Kesemakmuran Asia Timur

    Raya.. Sumber diperolehi daripada http://journalarticle.ukm.my/427/1/1.pdf

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    21/33

    21

    Kejayaan Jepun telah mengubah tindakan mereka menjadi sebuah negara penakluk.

    Faktor-faktor ekonomi, semangat nasionalisme yang melampau dan tekanan politik serta

    tentera menyebabkan Jepun menyertai kuasa-kuasa Barat menjadi negara penakluk. Mangsa

    pertama Jepun ialah negara China. Peristiwa pembunuhan seramai 54 orang nelayan Kepulauan

    Ryukyu di Taiwan pada tahun 1874 menjadi alasan bagi Jepun untuk menuntut Kepulauan

    Ryukyu dan ganti rugi. Negara China terpaksa melayani tuntutan Jepun itu.36

    Pada tahun 1894

    sehingga 1895, berlaku siri peperangan antara China dan Jepun yang dikenali Perang China-

    Jepun. Jepun berjaya mengalahkan China sehingga menyebabkan China terpaksa menerima

    syarat-syarat yang dikenakan oleh Jepun. Pada 17 April 1895, Perjanjian Shimonoseki

    ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Perjanjian tersebut memberi hak kepada Jepun ke atas

    Taiwan, Kepulauan Pescadores dan Semenanjung Liaotung. Namun, Semenanjung Liaotung

    dikembalikan semula kepada Negara China akibat bantahan daripada Jerman, Rusia dan

    Perancis.

    Seterusnya, Jepun melihat Korea sebagai kawasan strategik dan mempunyai kepentingan

    ekonomi. Jepun menganggap Korea merupakan sebuah kawasan yang boleh melindungi

    negaranya kerana Korea boleh digunakan sebagai medan pertempuran bagi menggelakkan

    negara matahari terbit itu menerima kehancuran apabila berlakunya peperangan. Salah satu

    faktor berlakunya Perang China-Jepun adalah disebabkan berlakunya krisis dalam Korea

    sehingga menyebabkan tercetusnya Pemberontakan Tonghak.37

    Korea sangat penting bagi

    Jepun dari segi strategi sekiranya Jepun berhasrat memperluaskan tanah jajahannya hingga ke

    Manchuria dan China. Korea akan dapat dijadikan batu loncatan bagi melangkau lebih jauh lagi

    dalam menggapai cita-cita imperialisme Jepun. Oleh sebab takut akan ancaman luar khususnya

    Rusia dan ingin menguasai Korea daripada Negara China, maka Jepun bertindak memaksa

    Korea pada 26 Februari 1876, menandatangani perjanjian perdagangan dan persahabatan.

    36Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

    1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 40637Tonghak bermaksud satu aliran mazhab agama campuran iaiatu Confuciusisme, Taoisme dan Budhisme. Penganut

    agama ini melancarkan pemberontakan kerana menentang kehadiran pengaruh asing di Korea terutama kuasa China

    dan Jepun.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    22/33

    22

    Perjanjian itu menyatakan pembukaan tiga pelabuhan Korea iaitu Pusan, Inchon dan Wonsan.

    Jepun juga telah mengiktiraf kemerdekaan Korea.38

    Perang China-Jepun menjelaskan bahawa Jepun menjadi kuasa besar Asia. Menjelang

    awal abad 20, ia berdepan pula dengan Rusia. Krisis Rusia-Jepun berpunca daripada masalah

    Manchuria dan Korea. Rusia dikatakan semakin berminat dengan Manchuria. Manakala,

    Perjanjian Li-Lobanov pada Jun 1896 antara Rusia dan Negara China telah menyetujui

    pembinaan Jalan Kereta Api Trans-Siberia Manchuria. Perkhimatan kereta api ini secara

    rasminya dibuka oleh Czar Nicholas II pada tahun 1891 yang menyambungkan Vladivostok

    dengan Russia di sebelah Eropah.39

    Seterusnya pada Mac 1898, Rusia mendapat pajakan 25

    tahun ke atas bahagian Selatan Semenanjung Liaotung yang mengandungi Port Arthur dan

    Dairen. Sebelum ini Jepun ditekan oleh Rusia agar tidak mengambil Semenanjung Liaotung

    tetapi pajakan ke atas semenanjung ini mencerminkan sikap Rusia yang ingin meluaskan

    pengaruhnya ke Asia Timur.

    Bagi mengawal kuasa Rusia di Asia Timur, Jepun telah mengambil jalan kekerasan. Oleh

    sebab itu, berlaku Perang Rusia-Jepun pada 10 Februari 1904 dan akhirnya melalui perang ini

    ianya menyebelahi pihak Jepun. Pada 5 September 1905, Perjanjian Portsmouth telah

    ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Dalam perjanjian tersebut, Rusia mengakui kepentingan-

    kepentingan Jepun di Korea. Manakala, pajakan Rusia ke atas Semenanjung Liaotung dan jalan

    kereta api dari Port Arthur ke Mukden diserah kepada Jepun. Selain itu, Rusia terpaksa

    menyerahkan pula bahagian selatan Pulau Shaklin. Kejayaan Jepun ini meletakkan Jepun

    sebagai kuasa besar dunia. Selepas perjanjian tersebut, Jepun semakin melampau apabila

    berjaya menakluk Korea pada tahun 1910.40

    Pada tahun 1914, Perang Dunia Pertama meletus di Eropah dan kuasa-kuasa Barat

    terpaksa menumpukan perhatian mereka di Eropah. Perang ini membolehkan Jepun untuk

    menguatkan kepentingan dan pengaruhnya di Asia Timur. Untuk mendapat sokongan kuasa

    38Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

    1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 40639Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.16240 Abdullah Zakaria Ghazali, Azhar Hj. Mad Aros.et. (2005). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

    1800-1963. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlm. 407.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    23/33

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    24/33

    24

    4.1.2 Kekuatan Organisasi Ketenteraan

    Salah satu faktor mengapa Jepun dianggap sebagai kuasa imperialis yang sangat kuat di

    Asia adalah disebabkan kekuatan tenteranya. Kekuatan tentera Jepun membuatkan Jepun lebih

    agresif dan menjadi kuasa penakluk. Permodenan dan pembesaran angkatan tentera mendapat

    perhatian utama sejak Maharaja Meiji mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun daripada

    pemerintahan Shogun. Maharaja Meiji sedar bahawa kekuatan bangsa barat adalah terletak pada

    persenjataan yang moden. Oleh sebab itu, untuk menandingi bangsa barat Jepun haruslah

    mempunyai senjata-senjata dan tentera moden43

    . Pihak tentera telah merangkumi bidang kuasa

    politik yang luas. Maka di atas dasar ini, kerajaan Jepun memberi keutamaan terhadap

    pembangunan angkatan tentera darat dan laut.44

    Dalam membentuk satu pasukan ketenteraan yang moden, Yagamata Aritmomo dari

    Choshu merupakan salah satu tokoh yang penting dalam hal yang berkaitan kenteraan. Seperti

    negara-negara Barat, Jepun telah mengadakan undang-undang kerahan tenaga kepada pemuda-

    pemuda berumur 20 tahun dalam tahun 1872. Dalam tahun 1873, Jepun telah berjaya

    membentuk Tentera Kebangsaan Jepun yang mana anggotanya diambil dari segenap lapisan

    masyarakat, tidak dimonopoli oleh golongan samurai seperti zaman lampau. Pada 1878,

    Semangat Ketenteraan diwujudkan bertujuan menanamkan semangat keperwiraan, taat setia dan

    mengikut perintah.45

    Angkatan Laut Jepun juga tidak lepas dari mengalami permodenan. Puak Satsuma yang

    terkenal sebagai kaum pelaut adalah bertanggungjawab dalam kebangkitan angkatan laut sebagai

    satu angkatan laut yang kuat. Dalam perkara-perkara mengenai angkatan laut, Jepun

    menumpukan perhatian ke Britain untuk mendapatkan pegawai-pegawai bagi melatih angkatan

    laut Jepun kerana Britain terkenal sebagai kuasa terkuat dalam angkatan laut. Kapal-kapal perang

    bagi angkatan laut Jepun dibeli dari Britain. Namun demikian, Jepun telah berusaha untuk

    membina kapal perangnya sendiri. Pada tahun 1875, Jepun telah berjaya membina dua kapal

    43Alistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative

    Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.17944Joginder Singh Jessy.(1981). Sejarah China dan Jepun.Kuala Lumpur : Anthonian Store Sdn. Bhd. hlm.14845Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn.Bhd.

    hlm. 97

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    25/33

    25

    perang di limbungan Nagasaki. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh Jepun telah berjaya

    membentuk satu pasukan tentera yang benar-benar moden dan kuat. Sebagai contoh kejayaan

    Tentera Kebangsaan Jepun dalam tahun 1877 apabila tentera Jepun telah menumpaskan

    pemberontakan golongan samurai pemimpin Saigo Takamori. Tentera Kebangsaan yang telah

    terlatih secara barat dengan mudah sahaja mengalahkan pemerontakan itu.46

    Kekuatan angkatan laut Jepun terbukti apabila Angkatan Laut Jepun berjaya

    mengalahkan Angkatan Laut China di Muara Sungai Yalu dalam bulan September 1894 ketika

    berlakunya Perang China-Jepun. Sebelum peperangan itu meletus, Jepun menganggap bahawa

    negara tersebut tidak yakin boleh mengalahkan China. Namun akhirnya, China mengalami

    kekalahan dalam perang tersebut. Begitu juga ketika Perang Rusia-Jepun 1904-1905 yang mana

    pihak Jepun berjaya mengalahkan angkatan laut Rusia dalam pertempuran di Selat Tsushima.

    Kejayaan angkatan laut Jepun dalam kedua-dua pertempuran itu, tidak sahaja menaikkan imej

    bangsa Jepun malahan nama pegawai-pegawai Inggeris juga turut harum kerana latihan yang

    diberikan kepada angkatan laut Jepun. Begitu juga dengan senjata dan peralatan perang mahupun

    kapal-kapal perang yang dibeli dari Barrow, Elswick dan Sheffield di England.47

    4.1.3 Perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan pengambilan Liaotung.

    Sebelum ini Rusia telah menguasai Pulau Sakhalin. Pada akhir abad ke-18 pihak Bakufu

    berasa amat gentar terhadap perluasan kuasa Rusia ke Selatan apabila meluaskan daerahnya

    hingga ke Sakhalin dan mengugut Pulau Yedo (Hokaido).48

    Namun selepas perang Rusia Jepun,

    Jepun mendapat kembali Pulau Sakhalin. Kesan yang paling ketara peperangan Rusia Jepun

    ialah perluasan kuasa Jepun di Sakhalin dan Liaotung. Hal ini termaktub dalam perjanjian

    Porstmouth iaitu diserahkan kepada Jepun sebahagian daripada Sakhalin yang di sebelah selatan

    garis Lintang 50.49

    46Ibid. hlm.9847Ibid.hlm.9948Norman E. H. (1991).Kemunculan Jepun sebagai Negara Moden (Masalah Politik dan Ekonomi Zaman Meiji).

    Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu. Hlm. 24.49Harold M. Vinacke. (1986). Sejarah Timur Jauh dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka. Hlm 292.

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    26/33

    26

    Kepentingan Pulau Sakhalin ialah menambahkan lagi pasaran bagi barang keluaran

    Jepun. Keunggulan Jepun di Korea mula diiktiraf oleh Rusia (melalui perjanjian Portsmouth) dan

    kemudian oleh Amerika Syarikat dan Britain. Pada musim luruh 1905, Jepun telah bertindak

    menjadikan Korea sebuah negara naungan. Ito telah menjadi Residen-Jeneral pertama. Berikutan

    itu, Jepun menyerang Korea pada bulan Ogos 1910 dan semua hak-hak kedaulatan dipindahkan

    kepada Maharaja Jepun.50

    Korea menjadi bahagian yang melengkapkan empayar Jepun.

    4.1.4 Memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai Manchuria.

    Selepas termeterainya perjanjian Portsmouth 1905, Menteri Luar Jepun Komura telah

    memperolehi persetujuan China untuk memindahkan hak-hak dan kepentingan Rusia di

    Manchuria Selatan kepada Jepun. Perjanjian Peking itu telah ditandatangani pada 22 Disember

    1905 dan telah memberi Jepun kuasa penuh ke atas Manchuria Selatan51

    . Dari segi ekonomi,

    Manchuria Selatan telah dieksploitasi oleh Jepun. Dari segi strategik Korea menjadi sebuah

    pusat yang penting bagi pertahanan Jepun dan juga menjadi batu loncatan bagi Jepun untuk

    meluaskan pengaruhnya di Asia Timur pada masa hadapan.

    Jepun telah mendirikan banyak pangkalan tentera darat, laut dan udara serta telah

    membina landasan-landasan keretapi dan jalan raya dengan tujuan memenuhi keperluan

    militarinya. Kemenangan yang dicapai dalam peperangan ini merupakan perangsang utamakepada perkembangan semangat nasionalisme di Jepun. Jepun berasa bangga dengan hakikat

    bahawa orang-orang Eropah, Amerika dan Asia mengiktiraf kekuatan tentera Jepun dan bahawa

    kuasa-kuasa Barat telah memberi Jepun status sebagai sebuah kuasa yang besar. Kejayaan ini

    mengubah nasionalisme Jepun kepada satu ciri keyakinan yang lebih besar.

    4.1.5 Kekacauan politik.

    Walaupun Jepun mendapat keuntungan hasil daripada peperangan itu, namun terdapat

    implikasi negatif berlaku terhadap Jepun. Orang-orang Jepun terutamanya golongan-golongan

    ekstrimisme menunjukkan rasa kurang senang terhadap perjanjian Portsmouth. Orang Jepun

    50Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm

    158.51Alistair D. Swale.(2009). The Meiji Restoration : Monarchism, Mass Communication and Conservative

    Revolution. Great Britain :CPI Antony Rowe. Hlm.179

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    27/33

    27

    yang tidak mengetahui muslihat kerajaan untuk menamatkan peperangan yang menjejaskan

    ekonomi dan tentera, berasa kecewa dengan syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.

    Mereka tidak berpuas hati terhadap kerajaan kerana tidak berjaya mendapatkan ganti rugi dari

    Rusia.

    Golongan ekstrimisme berharap dengan adanya gantirugi dapat mengurangkan beban

    rakyat dan membiayai pengawasan dan kos pembinaan jalan keretapi di Manchuria52

    . Tunjuk

    perasaan telah berlaku yang diikuti oleh rusuhan-rusuhan oleh golongan ekstrimisme. Golongan

    tentera terpaksa campurtangan dan undang-undang tentera telah diisytiharkan di Jepun. Perasaan

    tidak berpuas hati yang wujud akhirnya membawa kepada penggulingan kerajaan Katsura dalam

    bulan Januari 1906 diganti oleh Putera Saionji. Beliau memegang jawatan sehingga bulan Julai

    1908.

    53

    4.3 EKONOMI

    4.3.1 Kos Perang Tinggi

    Ekonomi Jepun selepas berperang dengan Rusia menyaksikan pertumbuhan terbantut dari

    tahun 1904 hingga 1914. Peperangan dengan kuasa barat tersebut menyebabkan Jepun terpaksa

    menanggungkan perbelanjaan perang berjumlah lebih kurang 1700 juta yen. Malah hutang awam

    yang dimiliki ketika tempoh tersebut adalah sekitar 147 juta yen.54

    Pada tahun 1905 sahaja,

    Jepun menanggung lebihan import sebanyak 176 juta yen. Apabila berlaku lebihan import, ini

    sudah tentu membawa petanda buruk terhadap pendapatan negara Jepun. Kelemahan eksport

    sekali gus menyumbang kepada imbangan pembayaran negatif kerana berlaku penerusan lebihan

    52Julian Dierkes.(2010).Postwar History Education in Japan and the Germanys. New York: Routledge Madison

    Eve. Hlm. 3.53Maswari Rosdi. (1983). Sejarah China dan Jepun 1800-1955. Kuala Lumpur : Adabi Publishing Sdn. Bhd. Hlm

    171.54 C.D. Cowan (ed). (1964). The Economic Development of China and Japan. New York: Routledge . Hlm 228

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    28/33

    28

    import sehingga iaitu wang dalam negara mengalir keluar kepada syarikat luar. Kabinet Katsura

    yang dibentuk memaksa Jepun membuat pelbagai usaha mengukuhkan kestabilan ekonominya.

    Dari segi pinjaman luar, Jepun meminta pertolongan dari Britain dan Amerika supaya

    mendanai segala persiapan perang. Syarikat swasta menjadi sasaran utama Jepun menempah

    peluru dan senjata lain bagi memperkuat ketumbukan tentera. Sungguhpun penyediaan inventori

    peperangan merupakan antara perkara wajib dalam akaun belanjawan negara, ia secara tidak

    langsung menjadikan ekonomi Negara Matahari Terbit itu dalam keadaan tergugat. Maka,

    golongan pemerintah mengambil langkah mengurus persediaan perang melalui dasar fiskalnya.

    Hasil daripada pinjaman yang dibuat dari pihak luar, negara itu dapat membayar perbelanjaan

    perang untuk tempoh enam bulan, malah bakinya turut boleh sebagai simpanan persediaan

    kepada pertarungan besar yang lain. Sungguhpun begitu, selepas perang dengan Rusia,

    kebanyakan sumber manusia dan fizikalnya sudah pun kehabisan. Tambahan pula, Jepun tidak

    menuntut sebarang ganti rugi kepada kerajaan Rusia.

    Maka, penelitian terperinci terhadap kesan perang tersebut mengingatkan Jepun bahawa

    dasar pemencilan bukan menjadi agenda utama sebagaimana pada pemerintahan tradisional

    keshogunan, sebaliknya mereka lebih mengutamakan usaha pertumbuhan dan perkembangan

    pantas seiring dengan kuasa-kuasa barat55

    . Pelajar tempatan yang dihantar menuntut pengetahuan

    ke Eropah yang giat menghadiri taklimat ekonomi menjadikan ia sebagai batu loncatan buat

    mereka menabur bakti kepada tanah Air seusai tamat pengajian. Dalam negara pula, impak

    perang turut mendesak kerajaan menumpang hasil rakyat untuk kestabilan ekonominya.

    Pinjaman yang dilakukan untuk biaya perang telah menyebabkan peningkatan mendadak

    terhadap cukai. Cukai perniagaan umpamanya meningkat 70 peratus, malah cukai pertempatan

    penduduk bandar dinaikkan dua kali ganda

    4.3.2

    Industri Berat Mengukuhkan Ekonomi Jepun

    Meskipun berada dalam keadaan perang, eksport Jepun masih beroperasi. Jepun

    berupaya menghasilkan produk industri berat. Perang dengan Rusia memang membawa

    55Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 205

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    29/33

    29

    kemerosotan ekonomi Jepun56

    . Tetapi, selepas peperangan tersebut pembangunan industri berat

    masih giat berjalan. Pembinaan kapal, keluli, dan bahan kimia merupakan antara prospek yang

    mengukuhkan industri berat di samping menjadi penyelamat kepada Jepun untuk meneruskan

    pengeluaran hasil eksport yang menjadi pendapatan negara. Pada tahun 1896, loji pemprosesan

    yang dilengkapi peralatan barat dibina bagi mempercepat produktiviti dalam industri besi dan

    keluli.57

    Yawata Iron Works merupakan antara badan yang aktif memulakan pengeluaran besi

    ketika itu. Hasil pengeluaran positif menyaksikan beberapa loji baru dibina oleh pemodal-

    pemodal besar. Peperangan dengan Rusia tidak mengurangkan pertumbuhan ekonomi berat

    kerana dari tahun ke tahun ia masih berkembang. Pada tahun 1913 hasil keluli mencapai jumlah

    255 000 tan, manakala hasil bijih besi mencapai sebanyak 243 000 tan. Hal ini juga didorong

    oleh kepelbagaian permintaan produk, umpamanya keluli yang siap dalam proses akhir diminta

    untuk penghasilan industri cabang yang lain iaitu dalam pembuatan landasan, piring, rod wayar

    dan sebagainya.

    Pengenalan teknik moden dari barat juga, industri perlombongan arang batu mendapat

    sambutan menggalakkan. Arang batu dihasilkan dalam skala besar oleh mereka yang bergabung

    dengan zaibatsu iaitu konglomerat berpengaruh pada era Meiji dan akhir perang dunia kedua.

    Purata arang batu yang dihasilkan pada 1905 hingga 1914 ialah 16.8 juta tan dan terus meningkat

    tahun berikutnya. Selain itu, penubuhan Akta Galakan Pembinaan kapal mengukuhkan lagi

    industri berat Jepun. Kemudian limbungan kapal turut rancak dibina sebagai tanda syarikat

    tempatan merebut peluang yang diberi kerajaan di samping membantu penyediaan kapal perang.

    Pekilang-pekilang tempatan juga mendapat keuntungan menerusi penjualan komponen-

    komponen kapal dalam pelbagai bentuk serta jenis keluli58

    . Secara tidak langsung, kerancakan

    industri ini melahirkan ramai tenaga mahir berpengalaman dalam pembuatan kapal. Lanjutan itu,

    keluarga-keluarga berpengaruh dalam perniagaan di Jepun menubuhkan firma kejuruteraan dan

    juga perusahaan lain. Perusahaan perlombongan tembaga serta industri penapisan diseliakan oleh

    Sumitomo dan Furukawa. Perkembangan bidang perkapalan turut mendorong syarikat Kawasakimembina loji kilang bagi pemprosesan enjin.

    56Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955.Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 205.57 G.C. Allen. (1946). A Short Economic History of Modern Japan 1867-1937, Volume 1.

    London: Routledge. Hlm 74

    58Ibid.hlm.75

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    30/33

    30

    4.3.3 Jepun Menguasai Ekonomi Korea

    Perjanjian Portsmouth yang dibuat dengan Rusia ternyata memberi kelebihan kepada

    Jepun kerana kuasa barat itu bersetuju memberi ruang kebebasan kepada Jepun berada di Korea.

    Beras, bijirin dan hasil-hasil laut dari Korea mendapat pasaran yang baik di Jepun. Jepun telah

    mengaut sumber ekonomi Korea melalui pembinaan industri berkaitan dengannya. Penekanan

    khas diberi kepada pengeluaran alat perang seperti besi, keluli dan jentera. Majoriti industri di

    Korea adalah kepunyaan Zaibatsu. Barang yang diperlukan masyarakat Korea juga dikeluarkan

    Jepun contohnya mengeksport tekstil seperti baju dan benang.59

    Syarikat Toyo Spinning

    merupakan pengilang utama mengeksport produk kapas. Ketika melanda masalah kekurangan

    beras, Jepun mengambil keputusan mengimportnya dari tanah jajahan. Meskipun, Korea

    bukanlah pengeluar beras yang besar, perkembangannya adalah lebih baik berbanding Jepun.

    Maka kuasa imperialis itu memberi bantuan kewangan terhadap pertanian padi di Korea.

    Tatkala Jepun menghadapi isu lebihan pertumbuhan penduduk, peluang pekerjaan

    menjadi semakin terhad. Kerajaan menggalakkan warganya untuk berhijrah ke Korea bagi

    mendapatkan kerja di sana di samping mengambil segala manfaat di tanah koloni itu. Bagi

    mereka yang terlibat dengan sektor bukan pertanian seperti golongan pegawai dan birokrat pula,

    gaji yang diberi adalah dua kali ganda berbanding di Jepun60

    . Hal ini terjadi berikutan

    masyarakat Korea memiliki kemahiran yang sedikit berbanding Jepun yang lebih maju dan

    berdaya fikir tinggi. Golongan pelabur, dan agen perdagangan turut memainkan pengaruh

    ekonomi di tanah koloni dengan mengikut segala dasar kerajaan Jepun.

    4.4 SOSIAL

    4.4.1 KERUGIAN SUMBER DAN TENAGA MANUSIA

    Anggaran 20,000 rakyat Jepun telah terkorban dalam peperangan tersebut. Jepun telah

    membelanjakan sejumlah 1.5 billion untuk membiayai kos peperangan. Hal ini telah

    59 Michael Smitka (ed). (1998). The Interwar Economy of Japan: Colonialism, Depression, and Recovery, 1910-

    1940, Volume 2. USA: Taylor and Francis. Hlm 2.

    60Peter Duus (1998).Modern Japan Second Edition.Boston : Standford University . Hlm. 208

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    31/33

    31

    membazirkan serta mengurangkan sumber-sumber kewangan negara Jepun. Pada awalnya

    kerajaan Meiji telah menyedari bahawa Jepun tidak lagi mampu menanggung pembiayaan

    peperangan itu. Oleh sebab itu, kerajaan Jepun telah mengambil daya usaha untuk mewujudkan

    perdamaian dengan Rusia dalam tahun 1905.61

    Kerugian yang dialami oleh golongan petani dan

    buruh juga telah meningkat. Petani telah menanggung beban cukai yang tinggi iaitu sebanyak

    70% untuk membiayai proses pembangunan industri dan modenisasi negara. Petani terpaksa

    mengeluarkan modal sendiri untuk membeli peralatan, benih dan baja. Bagi menambahkan

    pendapatan, petani telah melibatkan diri dalam perusahaan pembiakan ulat sutera. Golongan

    pekerja menerima kesan yang negatif akibat daripada peperangan ini. Pekerja-pekerja di sektor

    perindustrian kecil terpaksa bekerja dengan bayaran upah yang kecil. Pekerja terpaksa bekerja

    lebih berat bagi menyara kehidupan seharian dan juga membiayai proses pembangunan industri

    dan modenisasi negara.

    4.5 KESAN KEPADA RUSIA

    Perang ini bukan sahaja memberi kesan kepada pihak Jepun, malah Rusia turut menerima

    impaknya. Rusia mendapat keuntungan daripada kekalahan itu kerana ia menyumbang kepada

    tercetusnya Revolusi 1905. Kekalahan mereka menyebabkan rakyat Rusia mempersoalkan

    kekuatan pasukan ketenteraan kerajaan pusat. Kekalahan dalam perang Rusia Jepun ini

    merupakan kekalahan kedua selepas kekalahan mereka dalam Perang Crimea pada tahun 1853hingga 1856

    62. Kegagalan pemerintahan Tsar itu juga akhirnya menyebabkan Rusia kehilangan

    banyak negeri jajahannya. Contohnya, pengaruh Rusia di Asia iaitu di China berakhir dan pihak

    Rusia menumpukan semula ke kawasan Balkan yang telah lama ditinggalkan. Kewibawaan

    kepimpinan Tsar Nicholas II, pemimpin Rusia ketika itu semakin tercabar dan terpaksa

    melaksanakan pelbagai perubahan. Kelemahan Tsar ini juga memberi peluang kepada rakyat

    Rusia untuk membina kekuatan mencapai matlamat mereka, iaitu menghapuskan pemerintahan

    autokratik.

    Secara kesimpulannya, dapat dilihat bahawa kesan daripada Perang Rusia-Jepun ini

    bukan menguntungkan sebelah pihak sahaja, malah turut memberi manfaat kepada kedua-

    duanya. Pihak Jepun dapat meluaskan perluasan kuasanya seiring dengan matlamat mereka yang

    61Joginder Singh Jessy. (1981). Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur : Anthonian. Hlm 20562Peter Duus (1998).Modern Japan Second Edition.Boston : Standford University . Hlm. 202

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    32/33

    32

    disemarakkan oleh Maharaja Meiji. Walaupun Jepun memperoleh Pulau Sakhalin, namun Rusia

    masih mendapat tawaran untuk menyewa semenanjung Liaotung daripada pihak Jepun. Selain

    itu, kemenangan Jepun ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat nasionalisme

    penduduk di kawasan Asia Tenggara. Hal ini kerana, Jepun merupakan sebuah negara Asia yang

    kecil tetapi mampu mengalahkan pihak barat dan ini menunjukkan satu kejayaan yang besar bagi

    mereka. Dari aspek ekonomi di Jepun pula, walaupun ekonominya jatuh selepas perang,

    kemenangan mereka telah membangkitkan semangat mereka untuk terus berusaha dan berjaya

    memulihkan ekonominya. Rusia jua memperoleh manfaat daripada kekalahannya. Akibat

    daripada kekalahan itulah tercetusnya Revolusi 1905 yang mana rakyat Rusia bangkit menentang

    pemerintahan Tsar63

    . Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa, kedua-dua pihak turut mendapat

    manfaat akibat daripada perang yang berlaku tersebut.

    4.6 KESAN KEPADA KUASA BARAT

    Perang antara Rusia dan Jepun bukan sahaja mendatangkan kesan kepada negara Jepun

    dan Rusia itu sendiri tetapi turut mendatangkan kesan kepada kuasa-kuasa Barat yang lain

    khususnya daripada segi imbangan kuasa dunia64

    . Hal ini kerana keputusan Perang Rusia-Jepun

    merupakan salah satu pandangan baru mengenai keamanan dan keselamatan dunia. Hal ini

    kerana kemenangan Jepun yang merupakan sebuah negara yang kecil dapat mengalahkan kuasa

    Eropah yang besar menyebabkan kuasa Barat mula melihat Jepun sebagai sebuah negara yang

    besar dan mengiktiraf Jepun. Kesan yang dapat dilihat apabila Jepun mula bekerjasama dengan

    Britain dan Amerika kerana telah mengamalkan dasar pintu terbuka. Hal ini jelas telah

    menggugat campur tangan tiga kuasa iaitu Rusia, Perancis dan Jerman di kawasan mereka. Hal

    ini telah menyebabkan berlakunya bibit-bibit ke arah Perang Dunia Pertama.

    63Maswari Rosdi (1985). Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur : Express Printers Sdn. Bhd.

    Hlm 205.

    64Ibid.hlm.207

  • 8/10/2019 perang jepun rusia

    33/33

    5.0 KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya, peperangan antara Jepun dan Rusia merupakan satu titik tolak kepada

    Jepun menjadi sebuah negara yang disegani dalam kalangan kuasa-kuasa besar Barat.

    Sememangnya kekuasaan Jepun dalam bidang ketenteraan tidak dapat dinafikan lagi dan telah

    menyebabkan Jepun muncul sebagai salah satu negara yang setanding dengan negara Barat

    walaupun merupakan sebuah negara yang kecil. Faktor luaran dan juga faktor dalaman yang

    telah menggerakkan peperangan antara Rusia dan Jepun telah menyebabkan Jepun semakin

    dapat memperluaskan kuasanya di Asia. Rentetan daripada perang antara Jepun dan Rusia

    meninggalkan kesan baik dan buruk kepada Jepun, Rusia dan kuasa-kuasa Barat yang lain. Bagi

    Jepun pula peperangan ini telah meningkatkan semangat warga Jepun untuk melakukan

    imprealisme. Justeru itu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemenangan Jepun telah membawa

    semangat imprealisme dalam kalangan pemerintah Jepun sehinggakan tercetusnya Perang Dunia

    Pertama sehinggakan kepada Perang Dunia Kedua serta Jepun dapat menguasai negara-negara

    lain seperti di Asia Tenggara.