peranan jepun dalam perkembangan menyemai semangat kebangsaan selepas perang dunia kedua

27
WAJ3106 Hubungan Etnik Topik Pembentangan : Sejauh manakah proses penjajahan Inggeris melalui dasar “pecah dan perintah ” telah menyulitkan perpaduan kaum di Malaysia. Berbanding dengan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Jepun dalam perkembangan menyemai semangat kebangsaan selepas perang dunia kedua. NAMA : GOH LI TIAN KELAS : P3A(PC-SK) PENSYARAH : ENCIK ROMLIE ABDULLAH

Upload: litian-goh

Post on 20-Nov-2015

56 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Sejauh manakah proses penjajahan Inggeris melalui dasar “pecah dan perintah” telah menyulitkan perpaduan kaum di Malaysia. Berbanding dengan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Jepun dalam perkembangan menyemai semangat kebangsaan selepas perang dunia kedua.

TRANSCRIPT

WAJ3106 Hubungan Etnik Topik Pembentangan : Sejauh manakah proses penjajahan Inggeris melalui dasar pecah dan perintah telah menyulitkan perpaduan kaum di Malaysia. Berbanding dengan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Jepun dalam perkembangan menyemai semangat kebangsaan selepas perang dunia kedua.

WAJ3106Hubungan Etnik

Topik Pembentangan :Sejauh manakah proses penjajahan Inggeris melalui dasar pecah dan perintah telah menyulitkan perpaduan kaum di Malaysia. Berbanding dengan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Jepun dalam perkembangan menyemai semangat kebangsaan selepas perang dunia kedua.NAMA : GOH LI TIANKELAS : P3A(PC-SK)PENSYARAH : ENCIK ROMLIE ABDULLAH

DASAR PECAH & PERINTAHPENJAJAHAN INGGERIS

PENGENALANDari segi politik dan sosiologi, dasar pecah dan perintah merupakan gabungan strategi politik, ketenteraan dan ekonomi pihak berkuasa bagi mendapat dan mengekalkan kuasa dengan memecahkan masyarakat kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut garis agama, etnik atau keturunan.PENGENALANDasar penjajahan ini bertujuan untuk melemahkan kumpulan atau masyarakat yang diperintah.

Hal ini kerana setelah satu masyarakat dipecah-belahkan, kumpulan-kumpulan kecil ini tidak mempunyai kekuatan lagi berbanding dengan pihak berkuasa/penjajah.PENGENALANDalam keadaan ini, dasar ini telah menjadi satu strategi yang berkesan bagi pihak penjajah menghalang interaksi antara kumpulan masyarakat yang telah dipecahkan.

Dengan ini, penjajah mudah memerintah kerana tidak wujud perpaduan masyarakat dan penentangan terhadap penjajahan.PENGENALANPada zaman penjajahan di negara kita, dasar pecah dan perintah ini telah digunakan oleh tentera Inggeris dengan tujuan yang sama.

Semasa penjajahan di Tanah Melayu, pihak Inggeris telah menggunakan kuasa mereka untuk mengasingkan dan memecahkan masyarakat kita mengikut kaum yang berbeza.DASAR PECAH DAN PERINTAHKaum MelayuKaum CinaKaum IndiaPenempatanKampungBandarEstetPeluang PekerjaanPetani,nelayan, penjawat awamPelombong,peniagaBuruh,pekerja ladangKESANNYADasar pemerintahan Inggeris yang mengamalkan dasar divide and rule atau pecah dan perintah telah menimbulkan implikasi yang buruk terhadap perpaduan masyarakat Malaysia.

Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan penempatan yang berbeza telah mengurangkan interaksi antara penduduk Tanah Melayu. KESANNYATambahan pula, pengasingan ini telah mengakibatkan ketidakseimbangan dalam kedudukan sosio-ekonomi setiap kaum. Keadaan ini secara langsungnya mewujudkan perasaan tidak puas dan curiga-mencurigai antara kaum yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.KESANNYAPeristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.RUMUSANDasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak Inggeris di negara kita tidak membawa sebarang kebaikan.

Ia hanya meningkatkan semangat kekitaan atau etnosentrisme(pandangan atau perspektif yang melihat kaum lain melalui kaca mata kaum itu sendiri) dalam kalangan masyarakat.RUMUSANKeadaan sebegini telah menimbulkan prasangka dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu kaum terhadap kaum yang lain.

Keadaan masyarakat ini pada zaman tersebut telah menyulitkan perpaduan antara kaum dan pernah menjadi satu halangan besar dalam usaha kemerdekaan negara kita.PENJAJAHAN JEPUNPEMANGKIN SEMANGAT KEBANGSAAN?

PENGENALANAspek semangat kebangsaan/nasionalisme masih menjadi satu pertikaian sama ada pendudukan Jepun mencetuskan semangat nasionalisme atau ada faktor-faktor lain yang mendorongnya.

Dalam hal ini kita akan mengkaji akan peristiwa yang berlaku semasa pendudukan dan kesannya serta kegiatan pentadbiran British setelah menduduki semula Tanah Melayu.KESEDARAN NASIONALISMEPemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang kepada anak-anak tempatan, terutamanya anak Melayu untuk menganggotai pasukan keselamatan.

Dengan itu, anak-anak Melayu ini didedahkan kepada penggunaan senjata dan semangat setia kepada negara dan pemerintah, sejurusnya meningkatkan lagi kesedaran mereka untuk mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar.KESEDARAN KEPENTINGAN PENDIDIKANSistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan.

Semasa pendudukan Jepun, sukatan pendidikan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan dan seterusnya mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.KESEDARAN UNTUK MENTADBIR SENDIRIPemerintah tentera Jepun telah memberikan peluang melibatkan diri dalam pentadbiran kepada orang-orang Melayu.

Ia bukan setakat melatih, tetapi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar yang dihadapi oleh bangsa Melayu sendiri. Inilah yang mendorong mereka untuk membantu membebaskan diri daripada belenggu Jepun dan Inggeris.PENDERITAAN DIJAJAHPenipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun.

Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu.PENDERITAAN DIJAJAHPenipuan dan tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun.

Dalam hal ini, ia semakin menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu.KEWUJUDAN NASIONALISMEPersoalannya

JEPUN PEMBANGKIT NASIONALISME?Dalam kita menilai kewujudan kesedaran nasionalisme Melayu yang didasarkan kepada peristiwa-peristiwa semasa pendudukan Jepun dan beberapa bulan sebelum kedatangan Pentadbiran Tentera British, kita juga harus memikirkan adakah ia merupakan titik mutlak yang membangkitkan nasionalisme Melayu.

Dalam perkara ini, kita perlu fikirkan sumbangan-sumbangan dan tindakan British dan keupayaannya dalam memberikan sumbangan ke arah kebangkitan nasionalisme Melayu.BILA KEWUJUDAN NASIONALISME?Kenyataan ini dapat dibincangkan apabila permulaan kesedaran nasionalis dibuktikan wujud sejak awal abad ke-20 melalui kesedaran golongan agama yang akhirnya diikuti oleh golongan birokrat dan bangsawan Melayu, serta kebangkitan kesedaran politik apabila wujudnya pertubuhan-pertubuhan seperti KMM dan juga PKMM.

Daripada kebangkitan golongan ini kita dapati bahawa kesedaran politik dan kebangkitan nasionalis sebenarnya sudah tumbuh dengan suburnya sebelum kedatangan Jepun.PERANAN PIHAK INGGERIS?Tindak-tanduk British sebenarnya telah mencetuskan satu kesedaran kepada orang Melayu untuk bangkit bagi mencapai kemerdekaan seperti yang dilaungkan oleh KMM dan PKMM.

Laungan untuk merdeka bukan hanya berlaku setelah tertubuhnya UMNO tetapi telah dilaungkan oleh Ahmad Boestaman pada 1939 sehingga menyebabkan ramai kepimpinan Melayu telah terpenjara dan ada yang melarikan diri ke Indonesia.PERANAN PIHAK INGGERIS?Kita juga perlu menilai cita-cita dan tujuan Ibrahim Yaakob dan PKMM untuk bergabung dengan Indonesia dalam menjamin ketuanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia, dan aspek ini jugalah yang hendak digagalkan oleh Inggeris.

Peristiwa-peristiwa yang membangkitkan semangat kebangsaan ini semuanya berlaku sebelum kedatangan dan penjajahan Jepun.PERANG DUNIA KE-2Kita juga harus menilai akan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas peperangan dunia ke-2.

Perubahan-perubahan besar dari aspek tonggak kuasa besar dunia daripada kuasa British kepada kuasa AS dan USSR, perubahan dalam PBB, kebangkitan komunis dan permusuhan AS-USSR dalam perang dingin juga merupakan satu aspek di mana semakin melebarnya kesedaran untuk bebas dan merdeka.KESIMPULANNYAPenjajahan Inggeris dan Jepun masing-masing telah membawa kesan yang berbeza-beza serta mendalam kepada masyarakat kita. Namun, peranan yang teramat penting dalam pemerolehan kemerdekaan dimainkan oleh pemikiran setiap kaum dan semangat perpaduan sebagai satu masyarakat bersama.

SEKIAN, TERIMA KASIH