esei penuh tajuk wawasan 2020

13

Click here to load reader

Upload: whl1437

Post on 12-Jun-2015

23.368 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Tajuk 19 : Wawasan 2020

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi

sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi

juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan

nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan

sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,

maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Latarbelakang

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.

Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia -

Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja

mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan

satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi,

sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang

telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan

sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus

diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh

oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah

negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang

dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan

merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian,

kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara

merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari,

progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna

dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu

bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 1

Page 2: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan

menjadi negara maju

dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju

yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna

yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-

mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan

nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Cabaran

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan

mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Dalam

penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis

Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan cabaran

utama Wawasan 2020. Cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang

serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi

di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya,

secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan

politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan

keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah

menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali

melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak

mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,

mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia

berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara

membangun;

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 2

Page 3: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang

mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong

oleh tahap etika paling tinggi;

(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum

bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan

pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya

perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem

sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan

kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling

sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat

yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di

mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan

ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan

kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi

berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,

dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya

menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan

datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan

khusus pada masa berkenaan.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 3

Page 4: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Perspektif @Isu-isu Wawasan 2020

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa

isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf

negara maju. Isu-isu ini ialah pertama, pembentukan Satu Negara Bangsa

Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia

bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat didefinisikan

melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa

adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya

mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang

bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah

seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan

toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Kedua, Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak

ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah

mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat

Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak

merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini

adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada

kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan

teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah

masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi

yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja

tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai

taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah

penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan

komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,

kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 4

Page 5: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi

jentera pertumbuhan.

Ketiga, Keadilan Ekonomi dan Sosial. Pewujudan satu masyarakat yang

adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai

satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi pewujudan satu negara maju dan

bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan

di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan

lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah merupakan penegasan semula ke

atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu

pembasmian kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di

antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam

konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia

tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum

golongan sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai

satu usaha bagi memperbaiki ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai

tahap keseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif

Dasar Pembangunan Nasional (DPN )dan dilaksanakan melalui program dan

projek Rancangan Malaysia Keenam.

Keempat, Moral dan Etika.Berlainan dengan konsep negara maju yang ada

sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang

dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang

tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting

kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan

mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya

banyak membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk

tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

Kelima, Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu

pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas

pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.

Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu

bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 5

Page 6: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang

mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah

negara. Budaya bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup

(termasuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana

yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan

ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam

memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan

keluarga dan masyarakat yang sempurna.

Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan

jelas cabaran yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih

ketara adalah cabaran politik, sosial, psikologi dan budaya.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar

purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8%

semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9%

setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan

KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3

peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus

setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan

sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu

matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira

$920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020.

Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0%

(dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai,

dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun

2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),

berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang

dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan

kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 6

Page 7: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Ke arah pencapaian WAWASAN 2020

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menyenaraikan aspek kritikal seperti berikut:

a. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan

ekonomi dan

pengagihan saksama.

b. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor sektor utama

ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi

mengoptimumkan pertumbuhan.

c. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan

ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan

perkongsi secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada

pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia.

d. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan

mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan

ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan

luar bandar.

e. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua

rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 7

Page 8: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan

bangga dan cintakan negara.

f. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga

kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran

perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu

budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semua

masyarakat.

g. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam

perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha

membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan

berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dan proses

membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

h. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian

yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi

dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan

cara berterusan.

Antara peranan perkhidmatan awam Malaysia dalam mencapai Wawasan

2020 ialah

Pertama, Dalam usaha untuk mencapai Wawasan2020, Kerajaan telah

menggariskan beberapa ciri perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya

penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi

pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota

perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran

yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat

dipertingkatkan.

Kedua, Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-

kelengkapan yang diperlukan, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran

tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 8

Page 9: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Ketiga, Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai

anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya

boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji

kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk

mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang

diperlukan ialah keyakinan diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah

dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.

Antara cadangan-cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 ialah

pertama penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian

mereka sendiri, selain daripada pencapaian negara.

Kedua,mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan

menerima paradigma yang baru.

Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan

pengetahuan dan kecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin

bahawa mereka mempunyai kebolehan.

Keempat, dimana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam

harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari

masyarakat dan swasta yang menjadi pelangganmereka. Piagam pelanggan mesti

diterima sepenuhnya.

Kelima, penjawat awam perlu sentiasa memikirakan hasil dan sumbangan

mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikir akan sumbangan hari ini

untuk hari ini.

Keenam, penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada

kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota

pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus

mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma

lama dan memasuki paradigma baru.

Penutup

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 9

Page 10: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi

semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi

untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia

sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara

berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan

keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan

sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-

laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi

setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan

Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks

ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya

ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap

dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan

sektor swasta yang lebih dinamik.

Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup

yang tinggi Malaysia harus mempelajari kelemahan dan kekuatan yang berlaku di

negara maju.

Wawasan 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara Barat atau Jepun tetapi

sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan.

Rujukan

Aiken, S.R., et al. 1994. Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia. Terj. Oleh Sulong Mohamed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Means, G.P.1976.Malaysian Politics.London: Hodder and Stoughton Limited.

Mohd Sufian bin Hashim.1987. Megenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani.2003. Masyarakat di Malaysia. Pahang : PTS Punlications & Distributors Sdn. Bhd.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 10

Page 11: Esei Penuh Tajuk Wawasan 2020

http://www.jpn.gov.my

http://jpnin.gov.my

http://www.utusan.my

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 11