esei penuh tajuk rasuah

11
SOALAN 24 : PUNCA BERLAKUNYA GEJALA RASUAH DAN CARA MENGATASINYA. Rasuah Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al- risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Dari sudut istilah bahasa, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang , hadiah , keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama, pertama meminta atau menerima rasuah. Kedua, menawar atau memberi rasuah. Ketiga, membuat tuntutan palsu. Keempat, menyalahguna jawatan atua kedudukan. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan

Upload: whl1437

Post on 12-Jun-2015

13.468 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Penuh Tajuk Rasuah

SOALAN 24 : PUNCA BERLAKUNYA GEJALA RASUAH DAN CARA

MENGATASINYA.

Rasuah

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang

dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini

kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-

apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah

diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan

bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya. Perkataan rasuah berasal daripada

perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata

umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu

dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “

memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan

kesalahan jenayah rasuah.  Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan

pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain

mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan

budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka

hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.

Dari sudut istilah bahasa, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan

undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau

keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas

memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama,

pertama meminta atau menerima rasuah. Kedua, menawar atau memberi rasuah.

Ketiga, membuat tuntutan palsu. Keempat, menyalahguna jawatan atua

kedudukan.

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah

sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka

kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan

penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum

dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Page 2: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Elemen Rasuah ialah penyogok dan penerima sogokan. Rasuah memerlukan dua

pihak yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Di

beberapa buah negara, rasuah sudah menjadi suatu budaya.

Indeks Persepsi Rasuah

Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan

atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari

rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh

Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan

serta kadar rasuah di peringkat sejagat. Kajian yang dilakukan oleh Transparency

International Malaysia yang mengatakan bahawa golongan berpendapatan tinggi di

Malaysia lebih cenderung memberi rasuah kepada pihak berkuasa. Menurut kajian

itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000 ke atas didapati paling ramai

memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan bulanan RM3,001

hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang RM1,500 (18%)

(Berita Harian 6 Mac 07).

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan

mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004

termasuklah negara Haiti, Bangladesh, Nigeria, Myanmar, Chad, Paraguay,

Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata

yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang

lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan

paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3

Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan

bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-

23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004. Menyedari akan hal ini, maka

Page 3: Esei Penuh Tajuk Rasuah

tidak hairanlah pihak kerajaan bertungkus-lumus dalam usaha membasmi

peningkatan kadar gejala rasuah di negara ini. Antara lengkah bagi mengatasi

gejala rasuah ini ialah, mewujudkan badan pencegahan rasuah. Pada tahun 2008,

Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi meningkatkan keberkesanan dan

kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk memperbaiki persepsi

kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi Suruhanjaya.  SPRM

akan turut disokong oleh mekanisme memeriksa dan mengimbangi dalam

memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara

dan aspirasi masyarakat. Suruhanjaya ini mula beroperasi secara rasmi pada 1

Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia.

Natijah akhirnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut

Akta Pencegahan Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini

melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan malah secara tidak langsung si

pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang lain. Justeru seharusnya langkah

kerajaan dalam membendung gejala rasuah ini wajar disokong oleh semua pihak

memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua pihak.

Sesungguhnya, tanpa rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan

lancar. Keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat juga akan dapat

dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan bangsa akan hidup

dengan aman.

Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui

Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk

melaporkan kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut

mendapat dosa hasil menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan

gejala ini berterusan di sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam,

syarikat, organisasi dan negara. Akhirnya, semuanya akan terkesan dan merudum

jatuh. Antara halangan utama seseorang yang mengetahui atau mempunyai

maklumat dari melaporkannya ialah, pertama, tidak punyai bukti bertulis atau jika

ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam katergori dokumen rahsia rasmi. Jika

didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Page 4: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam

usaha membanteras rasuah.  

Kedua, Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah

rakan dan kenalan rapat. Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh

anda turut berdosa kerana bersubahat.

Ketiga, Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang

la, asalkan tidak libat aku, sudah'. Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.

Keempat, malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk

keterangan di sana dan di sini. Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas

memerangi mungkar dan kemaksiatan. Malas begini menandakan hati yang

semakin ‘mati' dari iman.

Kelima, takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor

tidak di jamin selamat. Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya,

semua hanya akan berdiam diri.

Keenam, kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga

akan dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil

tindakan. Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat

kepada mereka. Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan

pembuktian tahap kesungguhan mereka.

Ketujuh, takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan

tinggi , hebat dan besar. Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang

menanti bagi Negara yang punyai keadaan ini. Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang

terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang bawahan

mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di

tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku

potong tangannya!"

Punca Rasuah

Page 5: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Antara punca berlakunya rasuah ialah ialah, pertama, kelemahan peribadi

seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh

agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan

peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham

Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia

asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk,

tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi

mereka yang lemah keperibadiannya.

Kedua, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang

lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap

menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

Ketiga, sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan

tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-

hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya.

Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah

melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

Keempat, modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak

diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya

rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran

wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan

untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan

para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha

untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah

diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan

bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat  menyiapkan

projek dan sebagainya.

Kelima, politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk

berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk

mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan,

menagih populariti dan sebagainya.

Kesan rasuah

Page 6: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Antara kesan rasuah. Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana

kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan

adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang

atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah

negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan

rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai

negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,

maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang

sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka

pemberian rasuah telah menggantikan  wang cukai yang sepatutnya dikutip dan

manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan

masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat

dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh  menghancurkan pentadbiran dan

pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan

sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan

amalan rasuah yang tidak terbendung.

Antara langkah  mencegah rasuah adalah seperti berikut, pertama, memantapkan

iman dan mengukuhkan jatidiri. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah

benteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiap

individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera

kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat

menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka

luas di hadapan mata.

Kedua, memasukkan sukatan pelajaran bahaya rasuah dalam sistem

pendidikan. Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar

dan dididik sejak zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik  benci rasuah

akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas.

Page 7: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada

rasuah.

Ketiga, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman.

Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar

masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras

dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan

berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang

bakal diterima.

Keempat, memudahkan urusan menggunakan ICT. Prosedur diproses yang panjang,

sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan dengan menggunakan

kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu

diringkaskan  supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga,

kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya

rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan  proses.

 

Antara keadaan yang mencetuskan rasuah ialah, pertama, pemusatan kuasa,

terutamanya dalam kalangan para pembuat dasar/pembuat keputusan, yang tidak

berhubungan langsung dengan rakyat, seperti yang sering terjadi di wilayah-

wilayah yang dianggap tidak demokratik.

Kedua, kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Ketiga,

kempen-kempen politik yang mahal, yang kadang kala melepasi had yang

dibenarkan undang-undang. Keempat, projek mega yang melibatkan penggunaan

wang pembayar cukai yang besar. Kelima, sikap individu tertentu dan jaringan

"teman lama". Keenam, lemahnya pemahaman tentang undang-undang apatah lagi

untuk melaksanakannya. Ketujuh, kelemahan sistem pelaksana dan sistem

kehakiman. Kelapan, kebebasan bersuara atau kebebasan media disekat

Kesembilan, gaji penjawat awam yang kecil. Kesepuluh, rakyat yang tidak kritikal:

mudah dibohongi, kagum dan seterusnya kogam dengan politiking, seterusnya

"malu" melaporkan kecurangan yang berlaku. Kesebelas, waktu-waktu pemilihan

parti atau pilihan raya: politik wang sukar dikesan dan dibanteras.

Impak Negatif

Page 8: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Demokrasi

Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan

perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan.

Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan

perundangan/legislatif merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam

sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam

pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara

umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban

prosedur, kemerosotan sumber daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh

jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan

kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada.

Ekonomi

Rasuah merosakkan keadilan sosial dan kesaksamaan ekonomi.

Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain

mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif. Dalam sektor

swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar

akaun", belanja perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan

serta risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa

rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan

terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya

kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan

hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan

pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan"

dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan syarikat/industri yang tidak

berdaya maju.

Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam

untuk projek-projek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak

kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan awam (mungkin juga

kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima

peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun

sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku.

Page 9: Esei Penuh Tajuk Rasuah

Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut

menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam

dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang

hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.

RUJUKAN

1. Artikel ‘Komitmen Perangi Rasuah’ oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember,

2003.

2. Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

3. Pelan Integriti Nasional, Jawatankuasa Pelaksana Penubuhan Pelan Integriti

Nasional dan

Institut Integriti Malaysia, Putrajaya, 23 April 2004.

4. www.bpr.gov.my

5. www.oecd.org/corruption/asiapacific

6. 1994. Soal Jawab Untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Kuala Lumpur: International

Law Book

Services.

Page 10: Esei Penuh Tajuk Rasuah

7. 1992. Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai, norma dan etika perkhidmatan. Kuala

Lumpur:

INTAN.

8. 2004. Usaha-usaha peningkatan kualiti perkhidmatan awam dalam konteks

penerapan nilai-

nilai murni: satu analisis. Kuala Lumpur. MAMPU.

9. Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi

perubahan

dan cabaran alaf baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Bhd.

10. Institut Tadbiran Awam Malaysia.1994. Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika

Dalam

Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.

11. Institut Tadbiran Awam Negara.1991. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan

Awam. Kuala

Lumpur: INTAN.

12. Muhamad Ali Embi, Rozita Abdul Mutalib. 2006. Esei-Esei Pentadbiran Awam.

Kuala Lumpur:

Prentice Hall.

13. Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications

&

Distributors Sdn. Bhd.

14. Norliza Abd Rahman. 6 Disember 2006. Utusan Malaysia. KSN: Ada ruang boleh

diperbaiki.

Kuala Lumpur.

15. Yusof Ismail, Khayati Ibrahim. 2004. Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: tinjauan

menyeluruh.

Kuala Lumpur: Penerbit A.S. Noordeen.

16. ‘Tolak Rasuah untuk Berjaya’ Utusan Malaysia,8 Januari 2003