etika dan rasuah

28
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Definisi Rasuah 1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam 1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah 2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis 2.1 Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi 3.0 Undang-Undang Rasuah 3.1 Fungsi SPRM 3.2 Akta Pencegahan Rasuah 3.3 Pendekatan Undang-Undang 4.0 Etika dan Rasuah 4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah 4.1.1 Teori Etika Menurut Islam 4.1.2 Teori ‘Deontologis’ 4.1.3 Teori Teleologis 4.1.4 Teori Hak Asasi 4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi Kesimpulan Rujukan

Upload: saudah-ismail-eh

Post on 24-May-2015

2.353 views

Category:

Automotive


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etika dan rasuah

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Definisi Rasuah

1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam

1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah

2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis

2.1 Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi

3.0 Undang-Undang Rasuah

3.1 Fungsi SPRM

3.2 Akta Pencegahan Rasuah

3.3 Pendekatan Undang-Undang

4.0 Etika dan Rasuah

4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah

4.1.1 Teori Etika Menurut Islam

4.1.2 Teori ‘Deontologis’

4.1.3 Teori Teleologis

4.1.4 Teori Hak Asasi

4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi

Kesimpulan

Rujukan

Page 2: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Isu rasuah adalah suatu topik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia. Ini kerana

implikasinya adalah sangat besar kepada sesebuah negara jika dibiarkan berleluasa. Ramai

pemimpin dan individu tersohor terjejas reputasinya akibat terlibat dan didakwa atas isu

rasuah. Negara Malaysia juga turut memberi perhatian utama menangani gejala rasuah ini

agar tidak menjadi barah. Berdasarkan laporan rasuah oleh Transparency International 2010,

Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Situasi ini sudah tentu

sangat menakutkan dan jika amalan ini terus meningkat, maka amat dikhuatiri akan

mengancam kestabilan politik, ekonomi dan negara.

Mengapakah gejala rasuah ini kian sukar dibendung ? Adakah masyarakat hari ini semakin

mengejar materialistik berbanding mengamalkan norma keagamaan lantas melupakan etika

kerja profesionalisme yang harus diamalkan. Dalam apa jua tindak tanduk, jika prinsip etika

kerja diabaikan, ia akan mendorong seseorang itu melakukan kesalahan di sisi undang-

undang negara mahupun statusnya sebagai profesionalisma. Rasuah adalah salah satu

kesalahan yang menyalahi etika kerja profesionalisma, agama dan sangat memalukan dari

sudut moral seseorang. Selain itu, ia turut memberi implikasi dari segi penguatkuasaan

undang-undang dan kesan kosnya kepada pentadbiran pengurusan negara. Al-Quran juga ada

menyebut berkaitan kesalahan rasuah ini dalam ayat 188 surah Al-Baqarah ertinya berbunyi :

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di

antara kamu dan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)

harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan senahagian daripada

harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu

mengetahuinya.”

(Al-Baqarah : 188)

1.2 Definisi Rasuah

Memberi sesuatu kepada orang-orang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang

bukan menjadi haknya merupakan takrifan rasuah. Takrifan ini sinonim juga dengan

perkataan suapan atau makan suap . Suapan atau makan suap ini boleh dalam pelbagai

Page 3: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

2

bentuk contohnya, pinjaman, hadiah, fee, cagaran berharga, harta, wang derma atau apa

sahaja perolehan atau manfaat lain. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia pula, terdapat

empat kesalahan jenayah rasuah yang utama iaitu :

Sebarang perbuatan meminta atau menerima rasuah.

Sebarang perbuatan menawar atau memberi rasuah

Sebarang perbuatan membuat tuntutan palsu

Sebarang perbuatan menyalahguna jawatan atau kedudukan.

Transparency International merujuk makna rasuah sebagai perilaku di jabatan-jabatan atau

penjawat-penjawat awam, para politikus dan pengawai-pegawai secara tidak wajar dan tidak

sah menurut undang-undang untuk memperkayakan dirinya dan kaum kerabatnya (keluarga

dan sahabat handai). Mereka ini menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang

diberikan kepada mereka.

Kamus Dewan Edisi Ke-3 pula, merujuk rasuah atau corruption (korup atau korupsi) dalam

bahasa Latin sebagai kata kerja yang melibatkan perbuatan menyogok atau memberi suapan

untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan mendapatkan kekayaan atau kejayaan

dengan mudah dan segera.Nama lain bagi rasuah ialah tumbuk rusuk atau duit kopi.

Perkataan rasuah sebenarnya berasal dari perkataan Arab iaitu rishwah atau rashwah yang

membawa maksud ‘ sesuatu penyambung yang dapat menghantar tujuan dengan harta

sogokan’ . Perkataan ini berasal daripada ‘rasha’ yang merujuk kepada ‘tali timba yang

dipergunakan untuk mengambil air di perigi’.

1.3 Rasuah Menurut Pandangan Islam

Orang mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak mementingkan nilai-nilai murni dan etika

kerja profesional dalam kehidupannya. Mereka hanya mementingkan imbuhan atau pulangan

yang bakal diperolehi berbanding memikirkan kesan-kesan buruk yang akan terjadi. Selain

itu, pengamal rasuah juga adalah orang yang sukakan harta benda. Firman Allah Ta’ala :

Tafsirnya : “serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba”, (surah Al-Fajr;20).

Pengamal rasuah juga dikaitkan dengan sikap pemimpin dan majikan yang tidak amanah dan

ini turut disebut dalam Al-Quran. Firman Allah Ta’ala : Tafsirnya:

Page 4: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

3

“Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata, wahai ayahku, ambilah

dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-

baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.”

(Surah Al-Qashash :26)

Kaitan sikap amanah dengan rasuah juga turut disebut oleh Rasullullah s.a.w, ertinya;

“Apabila amanah diabaikan maka tunggulah hari kiamat. Al-A’rabiy

bertanya ;Bagaimana mengabaikannya wahai Rasulullah ? Maka baginda

bersabda : Apabila sesuatu perkara diserahkan kepada bukan ahlinya, maka

tunggulah hari kiamat”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Merujuk kepada surah dan hadis di atas, jelaslah dalam Islam, amalan rasuah ini diharamkan

dan balasannya dinyatakan secara jelas iaitu neraka. Peringatan Allah SWT ini bertujuan

supaya umatnya menitikberatkan keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT dalam apa

jua urusan.

1.4 Sejarah dan Amalan Rasuah

Isu berkaitan rasuah kerap dibincangkan dalam seminar, forum, media, ceramah dan

sebagainya namun ia masih berlarutan. Rasuah yang sering didedahkan dalam media massa

ialah rasuah transaktif (transactive corruption), yang membabitkan dunia korporat dengan

pemerintah atau masyarakat dengan pemerintah. Rasuah memeras (extortivecorruption) pula

berlaku apabila pihak pemberi dipaksa untuk melakukan rasuah bagi mengelak sebarang

kehilangan pendapatan atau imbuhan. Selain itu salah satu bentuk rasuah yang popular juga

ialah rasuah defensive (defensive corruption) yang dilakukan seseorang untuk

mempertahankan dirinya. Rasuah dalam apa kategori sekalipun, ia boleh memberikan kesan

negatif kepada sosioekonomi negara.

Dari sudut sejarah pula, amalan rasuah menyebabkan kejatuhan banyak negara dan tokoh-

tokoh pemimpin yang tersohor. Di peringkat antarabangsa, tumbangnya diktator Ceausescu di

Romania yang dihukum tembak pada 1990 dikaitkan dengan pengelibatannya dalam rasuah.

Page 5: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

4

Begitu juga dengan Shah Reza Pahlavi, raja Iran yang terpaksa meninggalkan tahtanya ke

luar negara di sebabkan revolusi rakyat Iran yang mahukan pentadbirannya bersih rasuah.

Nasib yang serupa terjadi kepada bekas Presiden Filifina iaitu Ferdinand Marcos. Pemimpin

itu digulingkan rakyatnya sendiri kerana rasuah dan terpaksa hidup dalam buangan sehingga

akhir hayatnya.

Bagaimana pula dengan amalan rasuah di Malaysia pada hari ini? Masih ingatkah beberapa

tahun yang lalu kes Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika membantu siasatan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kematiannya juga dikaitkan dengan

rasuah. Kes yang terbaru pula tentang Dr. Mohamad Khir Toyo, Bekas Menteri Besar

Selangor dikekalkan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan Mei lalu. Dr. Mohamad Khir

disabitkan dengan rasuah yang berkaitan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Shah

Alam, semasa menjadi penjawat awam (Menteri Besar).

Berdasarkan persepsi rasuah di Malaysia (Indek Persepsi Rasuah -IPR) yang dikeluarkan oleh

Transparensi International , masalah rasuah tidak banyak berubah sejak tahun 2001. Malah

semakin meningkat tahun demi tahun. Rujuk jadual 1.1 Indeks Persepsi Rasuah (IPR)

Malaysia.

Tahun IPR Ranking

dalam Dunia

2001 - 36

2002 4.9 -

2005 5.1 -

2006 - -

2007 5.1 43

2008 5.1 47

Jadual 1.2 : Indeks Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia

Sumber : Transparensi Internasional

Page 6: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

5

Berikut pula statistik rasmi dari Badan Pencegah Rasuah Malaysia. Berdasarkan statistik

(rujuk jadual 1.2) angka tangkapan setiap tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan betapa

seriusnya gejala rasuah di negara ini. Contohnya, pada tahun 2003, 339 kes dan ia terus

meningkat sebanyak 18.5% setahun menjadi 590 kes pada tahun 2007. Dari perspektif positif,

kita boleh andaikan penguatkuasaan BPR semakin berkesan berpandukan jumlah tangkapan

yang semakin meningkat tetapi dari sudut sebaliknya, ini menunjukkan moral rakyatnya

semakin nazak kerana amalan rasuah.

Tahun Jumlah

tangkapan

2003 339

2004 497

2005 485

2006 557

2007 590

Jadual1.2: Statistik Tangkapan Badan Pencegah Rasuah Malaysia

Sumber : Transparensi Internasional

2.0 Ekonomi dan Rasuah : Suatu Analisis

2.1Bagaimana Rasuah Memberi Kesan Kepada Pertumbuhan Ekonomi

Hasil kajian yang dibuat di Malaysia menunjukkan peningkatan rasuah sebanyak 1% akan

mengakibatkan KDNK negara akan merosot sebanyak 1.61 % . Ini jelas menunjukkan

bahawa amalan rasuah memberi kesan terhadap ekonomi negara. Dalam perkataan lain,

dengan peningkatan 1% tingkat rasuah akan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi

0.7%. Dengan ini, peningkatan 1 unit dalam indek persepsi rasuah akan mengakibatkan kadar

pertumbuhan ekonomi menurun 0.545 mata peratus (Pak Hung Mo, 2001).

Menurut Fahim A. Al-Marhubi (2000) pula, amalan rasuah adalah faktor utama kepada

kelemahan dalam makroekonomi. Contohnya, pelabur tidak akan datang melabur ke negara

yang amalkan rasuah secara berleluasa. Kekurangan perlaburan menyebabkan pertumbuhan

ekonomi lembab. Ini juga turut menyumbang kepada tingkat inflasi. Menurut David Ng

Page 7: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

6

(2006) rasuah berkait rapat dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah

dan tadbir korporat yang lemah. Menurut beliau lagi kos yang ditanggung akibat rasuah

adalah sangat signifikan dengan pelbagai budaya dalam ekonomi. Apa pengaruhnya kepada

ekonomi dalam negara? Firma luar akan berfikir dua kali untuk membuka syarikat di negara

ini kerana peningkatan kos dan ini mengurangkan peluang pekerjaan. Ramai rakyat yang

menganggur menunjukkan sesebuah negara itu miskin. Berdasarkan kajian International

Transparency, negara yang bebas rasuah ialah negara yang maju berkedudukan 10 ke atas.

Antaranya ialah Negara Finland, New Zealand, Sweden, Singapura, Switzerland dan Canada.

Dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan , bab 7 Membanteras Rasuah, ada

menyatakan:

“Rasuah boleh menyebabkan kos sebanyak RM 10 billion setahun atau 1-2

% daripada KDNK, apabila keputusan perniagaan (contohnya, pemberian

kontrak, perolehan sumber manusia) dilakukan dengan tujuan yang salah.”

(Bab 7, Pelan Hala Tuju Program Transformasi.)

Berdasarkan petikan ayat di atas, rasuah menyebabkan ketirisan sehingga RM10 billion

setahun. Ini adalah sangat merugikan negara. Menurut pertubuhan integriti antarabangsa,

Global Integrity pula, tanpa mengira tahap pendapatan ancaman utama rasuah ialah

pengaliran wang tanpa peraturan dalam proses politik. Kesan rasuah juga menyebabkan orang

ramai dan komuniti perniagaan hilang keyakinan terhadap institusi negara. Kedudukan

Malaysia dalam GCI (Daya Saing Negara), Daripada 21 negara yang paling berdaya saing di

dunia (tiga tahun lalu) kepada kedudukan 24.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2008 pula, menyebut jika sesebuah negara itu tidak

diurus dengan baik , akan menyebabkan rasuah bertapak dan seterusnya menjejaskan sumber

ekonomi negara. Ini termasuklah amalan yang tidak wajar di jabatan dan syarikat kerajaan.

Berdasarkan laporan ini juga, pihak kerajaan akan mengambil inisiatif untuk

memperkemaskan lagi membanteras rasuah agar ia tidak dijadikan sebab merosakkan

ekonomi negara.

Page 8: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

7

Selain itu, rasuah yang berleluasa juga menyebabkan persepsi orang ramai terhadap

penganugerahan projek utama kerajaan semakin buruk di mana orang ramai membuat

persepsi tiadanya ketelusan dalam sistem perolehan kerajaan. Rujuk carta 2.1 Persepsi

Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan. Berdasarkan carta, pihak korporat dan pihak awam

membuat persepsi sistem perolehan kerajaan adalah tidak telus dan tiada keterbukaan iaitu

71% dan 54%. Ini adalah satu peratusan yang tinggi berbanding kategori persepsi yang lain.

Ini menunjukkan orang ramai mahukan sistem perolehan kerajaan didedah dan diumumkan

kepada orang awam. Contohnya, pemberian tender-tender kerajaan dalam sektor pembinaan.

Berdasarkan carta 2.1 lagi, persepsi korporat adalah sangat membimbangkan. Peratusannya

dilihat sangat tinggi iaitu 74%. Persepsi korporat inilah yang memberi impak besar kepada

pelabur-pelabur untuk menanam modal di negara ini. Pelaburan inilah yang akan mendorong

pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pendapatan perkapita rakyat. Rakyat yang

berpendapatan perkapita yang tinggi akan melonjakkan lagi kuasa beli dalam negara dan

seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi.

Page 9: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

8

Telus d

an te

rbuka

Agak t

elus

Tiada k

etelusan

dan ke

terbuka

an

Tidak

tahu

0

10

20

30

40

50

60

70

80

Persepsi ketelusan sistem perolehan kerajaan

persepsi korporat persepsi awam

Carta 2.1 Persepsi Ketelusan Sistem Perolehan Kerajaan.

Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/

Bab 7 Membanteras Rasuah

Berdasarkan kajian Transparency International Malaysia lagi, rasuah turut menyebabkan

jawatan kosong berkurangan dan ini menjejaskan peluang graduan untuk memulakan

pekerjaan . Tambahan pula, banyak jawatan yang ada adalah berjawatan rendah yang

perlukan kelayakan SPM sahaja . Contoh mudah, jika terdapat sebuah kilang membuat

komponen komputer perlukan kos RM400 juta untuk memulakan operasi di Vietnam,

mengapa pula kilang tersebut perlu membayar dua kali ganda untuk kilang yang serupa di

Malaysia. Lebihan 100% ini dikira sebagai rasuah.

Page 10: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

9

Berdasarkan kajian yang dijalankan Transparency International Malaysia lagi, golongan yang

paling ramai memberi rasuah ialah golongan yang bergaji tinggi iaitu melebihi RM5000

sebulan. Manakala golongan yang bergaji rendah pula cenderung menerima rasuah kerana

kemiskinan dan ingin hidup mewah. Pernyataan ini sudah jelas perkaitan rasuah dengan

pertumbuhan ekonomi. Jika amalan rasuah berleluasa, ia memberi persepsi negatif kepada

pelabur luar. Pelabur luar pula diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Negara

yang kaya, mampu menyediakan peluang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyatnya,

Pendapatan perkapita yang tinggi mengelakkan rakyatnya menerima rasuah.

Selain itu, impak kepada gejala rasuah juga akan dirasai masyarakat keseluruhannya.

Bagaimana ini boleh berlaku? Rasuah akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan.

Contohnya, jika seseorang ingin mendapatkan lot perniagaan di sesebuah tempat yang

startegik, dia telah memberikan sogokan kepada pihak yang berkenaan untuk

mendapatkannya. Secara logiknya, ini juga termasuk dalam kos yang perlu dia ambilkira

untuk menjual produknya. Bukankah ini telah memberi impak kepada pengguna? Selain itu,

impak rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan itu tidak

menepati kriteria dan mutu yang sepatutnya dan seterusnya menghapuskan persaingan

terbuka. Hakikatnya, persaingan terbuka adalah sangat diperlukan dalam sistem ekonomi

bebas .Amalan rasuah hanya akan menyebabkan kualiti sesuatu barangan atau perkhidmatan

itu diabaikan asalkan barangannya dibeli atau projeknya diluluskan.

3.0 Undang-Undang Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Rasuah adalah jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan.

Jenayah rasuah negara ini diletakkan di bawah organisasi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia).

3.1 Fungsi SPRM

SPRM dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula beroperasi

pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Hanya pada 1 Januari 2009 ia digubal

semula menjadi SPRM. Sebelum menjadi BPR, pada 1 Julai 1973, jabatan berkaitan rasuah

ini diberi nama Biro Siasatan Negara (BSN), yang diluluskan di parlimen melalui Akta Biro

Siasatan Negara 1973. Pada 13 Mei 1982, nama jabatan ini bertukar semula kepada BPR

Page 11: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

10

apabila Akta Pencegahan Rasuah 1982 di luluskan di parlimen dan dikuatkuasakan. Walau

apapun nama, fungsi utamanya tetap sama iaitu menangani kes-kes rasuah. Fungsi dan bidang

kuasanya sentiasa di tambah baik untuk memastikan jenayah rasuah ini dapat dikurangkan.

Ini menunjukkan perbuatan rasuah itu dipandang berat dan implikasinya adalah sangat besar

kepada kestabilan sesebuah negara, disebabkan inilah daripada sebuah unit kecil yang

diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditukarkan kepada BPR dan terkini

SPRM.

3.2 Akta Pencegahan Rasuah

Berdasarkan Akta 575 dalam Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 12 secara jelas

menyebut tentang penerima dan pemberi suapan adalah bersalah dari segi undang-undang.

Merujuk kepada seksyen 12 lagi, perbuatan rasuah yang tidak terlaksana tetap dikira bersalah.

Ini menunjukkan beratnya kesalahan rasuah itu di sisi undang-undang , tetap dikenakan

tindakan walaupun pesalah belum pun sempat melakukan kesalahannya (memberi dan

menerima rasuah).

Maksud seksyen 15 pula, menyatakan, seorang pegawai penjawat awam adalah melakukan

jenayah rasuah jika menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa-apa maksud yang

dia, keluarga atau kroninya mendapat keuntungan atau imbuhan. Seksyen 20 pula,

menjelaskan , bersubahat juga adalah kesalahan jenayah. Semua kesalahan berkaitan rasuah

ini boleh dihukum sebagaimana kesalahannya mengikut undang-undang. Lihat Jadual 3.3,

yang menunjukkan Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Seksyen Kesalahan

Seksyen 10 Kesalahan menyetujui menerima suapan

Seksyen 12 Menerima atau memberi suapan adalah bersalah

walaupun maksud tidak terlaksana atau perkara

tidak ada hubungan dengan hal ehwal atau

perniagaan prinsipal.

Seksyen 13 Secara rasuah mendapatkan penarikan balik

tender.

Seksyen 15 Kesalahan menggunakan jawatan atau

kedudukan.

Page 12: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

11

Seksyen 18 Berurusan tentang, menggunakan, memegang,

menerima atau menyembunyikan suapan atau

faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan.

Seksyen 20 Percubaan, persediaan, persubahatan dan

komplot jenayah, boleh dihukum sebagaimana

kesalahan.

Jadual 3.3 : Petikan Akta Pencegahan Rasuah 1997

Sumber : http://www.agc.gov.my

3.3 Pendekatan Undang-Undang

Badan pencegahan rasuah kini semakin berkesan kerana mampu menaikkan jumlah

tangkapan tahun demi tahun (rujuk 1.2 Statistik tangkapan). Ini menunjukkan badan

pencegahan rasuah negara ini berusaha dengan keras untuk menjadikan negara bebas rasuah.

Hanya melalui penguatkuasaan undang-undang dan bersama gandingan langkah-langkah

lain, peratusan rasuah dapat diturunkan. Walaubagaimanapun, pada asasnya, negara Malaysia

masih lagi menunjukkan persepsi rasuah di peringkat antarabangsa masih kurang

memuaskan. Oleh itu, rasuah perlu dibanteras dalam usaha menjadikan negara maju

menjelang tahun 2020. Usaha membanteras rasuah hanya dapat dijayakan melalui teladan. Ini

bermaksud, ia perlu bermula dariapada orang politik atasan supaya dapat diteladani

kakitangan bawahan. Kakitangan di negara ini perlu mengambil langkah-langkah yang tepat

bagi menghindarkan amalan rasuah.

Berdasarkan undang-undang baru pencegahan rasuah, ia turut membolehkan saudara-mara

yang bersubahat dengan orang yang menerima rasuah akan menerima tindakan dan nasib

yang sama dengan orang yang dituduh. Undang-undang baru ini diharap dapat mengekang

lagi gejala rasuah. Begitu juga dalam hal kes rasuah yang dilaporkan, di mana ia akan disiasat

sepenuhnya tanpa mengira kedudukan atau status mereka yang terlibat. Dalam hal ini,

pendedahan sepenuhnya akan dibuat. Butiran tentang pesalah yang disabitkan kesalahan akan

didedahkan kepada orang ramai sebagai tindakan pencegahan manakala pemberi maklumat

akan dilindungi.

Maklumat perolehan kerajaan seperti tender atau projek-projek akan didedahkan melalui

laman web kementerian berkenaan. Keperluan untuk pendedahan ini dinyatakan melalui

Page 13: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

12

Surat Pekeliling Perbendaharaan No. 5, Tahun 2007 klausa 43.4, mensyaratkan agensi

pelaksana mesti mengumumkan projek dan perolehan yang dianugerahkan, nama kontraktor

yang berjaya, jumlah kontrak yang diperolehi dan tempoh projek mesti dipamerkan di papan

iklan gergasi. Ini termasuklah keputusan tender mesti diumumkan kepada orang ramai di

laman web pelaksana dan portal kerajaan yang boleh diakses dengan mudah.

Berdasarkan kajian Transparency International, Kajian Global Corruption Barometer 2009

rakyat negara ini mempunyai persepsi yang buruk terhadap parti politik. Buktinya,

berdasarkan persepsi rakyat Malaysia, rasuah paling banyak melanda parti politik iaitu 42%

dan diikuti kakitangan awam 37%. Manakala sektor swasta 12% dan lain-lain 10% (badan

kehakiman, parlimen dan media). Oleh itu, pihak kerajaan menguatkuasa undang-undang

politik sedia ada untuk mengubahsuai proses pembiayaan politik dan meningkatkan ketelusan

dimana ahli politik dan parti politik disyaratkan mendedahkan sumber pembiayaan

perbelanjaan mereka kepada agensi yang bersesuaian. Akta Pertubuhan 1966 dilaksanakan

dengan ketat untuk memastikan semua parti politik mengemukakan laporan kepada Pendaftar

Pertubuhan dengan cara yang betul dan menepati waktu. Akta Kesalahan Pilihanraya 1954

pula adalah untuk menghalang calon-calon pilihanraya daripada terbabit dalam amalan rasuah

dan memastikan integriti sumber pembiayaan mereka.

Berkaitan dengan rasuah parti politik lagi, terdapat banyak contoh pegawai berpangkat tinggi

dan menteri yang terbabit dalam kes ini, terdapat kekurangan ketelusan dan liputan terhadap

tindakan yang diambil. Berdasarkan kajian Transparency International, kadar sabitan

kesalahan menurut kategori pesalah (2005-2009), jarang berlaku pendakwaan yang berjaya

terhadap ahli politik. Sebagai perbandingan, daripada 11 kes yang berkaitan ahli politik yang

didakwa, hanya 9% yang berjaya disabitkan kesalahan berbanding sektor awam dan swasta di

mana daripada 434 kes, 54% berjaya disabitkan kesalahan. Lihat data penuh dalam carta 3.2

di bawah.

Page 14: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

13

sektor awam dan swasta(434)

pegawai kerajaan dan badan berkanun (537)

Pihak berkuasa tempatan (25)

ahli politik (11)

46

75 8091

54

25 209

Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009

didakwa tetapi tidak disabitkan didakwa dan disabitkan

Carta 3.2 : Peratus Kadar Kesabitan Kesalahan Rasuah 2005-2009

Sumber : Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan/

Bab 7 Membanteras Rasuah

Rumusan berkaitan undang-undang jenayah rasuah ini, pendekatan secara undang-undang

adalah perlu tetapi mesti ada hadnya. Ini kerana, secara lazimnya, pendekatan secara undang-

undang tidak berkesan sepenuhnya melainkan pihak kerajaan mencari jalan mengatasi rasuah

di peringkat akar umbi dan mendidik masyarakat mengamalkan nilai-nilai murni dan etika

kerja professional.

4.0 Etika Profesional

4.1 Maksud Etika dan Perkaitannya dengan Amalan Rasuah

Apabila berbicara soal rasuah, ia tidak dapat lari dari membuat perkaitan dengan etika. Ini

kerana orang yang mengamalkan rasuah adalah orang yang tidak beretika. Tidak beretika

bermakna tidak bermoral dan berakhlak. Penjawat awam misalnya, jika mengamalkan rasuah,

dia dianggap orang yang tidak bermoral, buruk tingkah laku, dan tidak ada integriti ketika

menjalankan tugas dan amanah yang dipikulnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan etika itu? Perkataan ini berasal daripada perkataan

Inggeris (ethic) yang diambil daripada perkataan Greek iaitu ethos yang membawa maksud

Page 15: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

14

sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. (Garner,1986). Menurut

Bauman (1987), pula, perkataan etika bermaksud prinsip-prinsip moral yang membezakan

betul atau salah. Manakala Iwabuchi(1990) mendefinisikan etika sebagai sains sosial dan

prinsip-prinsip moral dimana etika berperana menentukan tindakan seseorang itu baik

ataupun buruk. Uthman (1986) menyatakan etika itu suatu disiplin ilmu yang mencakupi soal

moral dan tindakan serta perbuatan manusia yang betul..

Perkataan moral pula berasal daripada perkataan Inggeris iaitu moras yang bermaksud adat

dan kebiasaan. Moral merupakan kod tingkah laku yang terdiri daripada nilai adat dan

aspirasi yang diterima oleh sesuatu masyarakat terhadap tingkah laku baik atau jahat. Etika

dan moral berbeza sebutan tetapi membawa maksud yang sama. Dalam soal amalan rasuah

yang berleluasa, adalah wajar ia dikaitkan dengan nilai-nilai etika dan moral. Shaw (1991),

menyatakan etika bersifat teori manakala moral bersifat amalan. Jelaslah, orang yang

mengamalkan rasuah ialah orang yang tidak bermoral. Orang yang tidak berakhlak dikaitkan

juga dengan orang yang tidak bermoral.

Apa pula makna akhlak dan perkaitannya dengan etika dan profesional? Akhlak merujuk

kepada pekerti watak, pengetahuan berkaitan kelakuan manusia sama ada baik atau buruk

(Kamus Dewan, 1984). Profesional merujuk , orang yang menganggap profesion individu itu

sebagai suatu pekerjaan dan sumber pendapatan utamanya. Etika profesional pula nilai-nilai

murni yang harus diamalkan oleh profesional mengikut profesion masing-masing. Etika

profesional ini adalah perlu untuk mengamalkan tindakan yang betul dan menjauhi tindakan-

tindakan yang salah. Tujuan etika ini untuk mengekalkan integriti moral seseorang

profesional itu.

Seseorang yang mengamalkan etika profesional seharusnya mengamalkan perkara berikut :

Memberikan perkhidmatan tanpa pilih kasih.

Menghindari konflik antara kepentingan diri dan masyarakat.

Menjauhi penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat untuk

kepentingan diri.

Page 16: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

15

Terdapat pelbagai teori yang dapat dikaitkan dengan nilai etika kerja. Sebagai sebuah negara

Islam, kita mendahulukan teori yang berlandaskan al-quran sebelum teori-teori lain yang

didatangkan oleh ahli falsafah barat.

4.1.1 Teori Etika Menurut Al-Quran

Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson), konsep umum etika ini

ada digariskan oleh Allah. Surah Az Zariat ayat 56, maksudnya menyatakan tentang

tanggungjawab dan rasa kehambaan kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang menyalahi

akan mengingatkan kita kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan menunjukkan

kita perlu berserderhana dan istiqamah dalam apa jua urusan termasuk dalam bidang

pekerjaan kita. Sikap ini mestilah istiqamah iaitu berterusan dalam beretika dan menjalankan

kerja dengan jujur dan baik. Dalam al-quran, ada konsep ‘forgiveness’ dimana segala

kesalahan ada pengampunannya. Dalam berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan

syarikat untuk mendapatkan kemaafan. Pengurus yang terlibat dalam permasalahan sikap dan

etika pekerjanya perlu bertolak ansur namun bukan semua kesalahan perlu dimaafkan.

Contohnya, dalam syarikat kesalahan pecah amanah atau membocor rahsia perlu dilaporkan

untuk mengekang budaya rasuah.

Konsep pembalasan pula mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala perbuatan yang

dilarang akan mendapat dosa dan dosa akan diberi pembalasan selepas hari kebangkitan.

Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perbuatan kita menjadikan

kita akan sentiasa berjaga-jaga termasuk dalam urusan profesion kita. Konsep ‘rewards’ pula,

pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom tetap mendapat pembalasannya.

Oleh itu setiap pengurus sumber manusia (majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap jasa

dan kebaikan individu supaya hubungan menjadi harmonis. Ini secara tidak langsung dapat

mengekang pekerja bawahan menerima rasuah. Majikan yang baik dan mengamalkan nilai-

nilai mengikut konsep Al-quran tidak akan tergamak untuk pecah amanah dan memberi hasil

tidak halal kepada keluarganya.

4.1.2 Teori ‘deontologis’

Teori ini berasal dari Yunani iaitu ‘deon’ dan diasaskan oleh Immanuel Kant (1804). Teori

ini menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil. Mengikut teori ini,

betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang

Page 17: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

16

berpegang dengan teori ini akan sentiasa berbuat baik. Walaubagaimanapun, orang yang

berpegang kepada teori ini tidak berfikir akan akibat kepada ketaatannya kepada dirinya atau

kepada orang lain. Dalam hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan misalnya, sebagai

pekerja bawahan kita, kita sememangnya perlu taat kepada majikan dan majikan pula perlu

taat dan patut kepada prosedur kerja serta peraturan syarikat. Dalam satu segi, sikap ini dapat

menahan diri seseorang itu untuk hindari amalan rasuah dan perbuatan yang tidak bermoral

namun dari sudut tersiratnya, patuh secara melulu mengakibatkan keburukan pada dirinya

dan keluarga. Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir waras adakah sesuatu tindakan itu

‘membuta tuli atau tidak’.

4.1.3 Teori Teleologis

Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873)

dimana ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘telos’ yang bermaksud tujuan atau akibat.

Teori ini sealiran dengan teori Utilitarian. Menurut teori ini, tindakan dianggap betul jika

akibat daripada tindakan itu kearah kebaikan. Menurut teori ini sebelum melakukan sesuatu

tindakan , seseorang individu itu perlu memikirkan kesan baik dan buruk. kebaikan yang

dimaksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin daripada faedah

itu.

Dalam hal ini, sesuatu peraturan itu boleh dilanggar jika ada faedah yang lebih baik.

Contohnya, ‘jangan menipu’ adalah sesuatu yang umum dan ia boleh dilanggar jika ada

kebaikan yang lebih besar. Teori ini adalah baik jika bermaksud untuk kebaikan tanpa

melanggar undang-undang. Contohnya, seseorang itu perlu berfikir banyak kali atas tawaran

suapan kerana akibatnya adalah besar. Tidak menerima suapan tadi adalah mematuhi

peraturan yang ditetapkan yang bertujuan baik. Sebagai pekerja yang mengamalkan etika

profesional, seseorang itu tidak boleh melanggar peraturan walaupun untuk tujuan kebaikan.

Tiada ‘matlamat yang menghalalkan cara’.

4.1.4 Teori Hak Asasi

Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini, “ sesuatu tanggungjawab perlu

dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”. Teori Hak Asasi adalah teori umum

bagi setiap insan. Berdasarkan teori ini ,setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian

untuk dirinya sendiri. Dalam bidang pekerjaan, seseorang itu perlu pertimbangkan hak orang

Page 18: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

17

lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik boleh terjadi apabila seseorang itu bertembung

dengan kepentingan hak orang lain sedangkan dia tetap dengan matlamat utilitariannya iaitu

kebaikan secara umumnya kepada masyarakat. Dalam Islam, hak asasi kita tidak akan

diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan kepada hak orang lain. Hak kita adalah

terbatas tanpa memudaratkan orang lain. Apa perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika

mengamalkan teori ini, tanpa mengamalkan teori kesederhanaan yang ditekankan dalam

Islam, seseorang ahli perniagaan misalnya, akan melebarkan perniagaannya tanpa

memikirkan adakah ia boleh memberi tekanan kepada orang lain.

Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang sama seseorang

itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar atau tidak. Keberkesanan prinsip etika

bergantung kepada disiplin dan kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang tidak

bermoral termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah tentulah

teori yang berlandaskan Al-Quran.

4.1.5 Teori Kebebasan Peribadi

Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan.

Berdasarkan teori ini, segala peraturan yang dibuat itu walaupun memberi manafaat kepada

masyarakat, ia harus ditolak jika bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya.

Berpegang kepada teori ini, seseorang itu berhak membuat pilihan untuk hala tuju mereka.

Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat pilihan. Teori ini tidak

boleh dijadikan pegangan sepenuhnya. Contohnya, perbuatan rasuah misalnya,walaupun

memberi manafaat kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah menyebabkan

orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga barang kerana kos

tersembunyi (rasuah).

Kesimpulan

Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan

mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya.

Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,

maka pemerintah kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya.

Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan merosot kedudukan ekonominya.

Begitu juga dengan persepsi negara luar terhadap negara ini. Berikutan seriusnya, usaha

Page 19: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

18

menangani gejala ini, rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas daripada

tindakan undang-undang.

Sebagai penjawat awam, mahupun sesiapa sahaja perlulah mengamalkan disiplin dan

peraturan dalam profesionnya. Etika kerja profesional merupakan garis panduan kepada

pekerja profesional menjalankan tugasnya secara amanah, betul, dan mengikut peraturan-

peraturan yang ditetapkan. Namun jika berpandukan kepada teori-teori etika yang

dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian pegangan mengikut situasi di negara ini.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kembali kepada ajaran agama Allah adalah

sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang keras perbuatan merasuah kerana natijahnya

sangatlah besar terhadap negara, organisasi,individu mahupun keluarga mereka. Pihak

kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini. Pastikan tiada sesiapa

yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.

Page 20: Etika dan rasuah

SAUDAH BINTI ISMAIL EHETIKA DAN RASUAH

19