esei penuh arkeologi

7
1.0 PENDAHULUAN Dalam memahami apa itu Arkeologi, sebaiknya harus memahami pengertian di sebaliknya. Namun begitu, makna Arkeologi itu mempunyai pelbagai tafsir atau maksud yang diberikan mengikut kefahaman dan pandangan yang berlainan. Bukan itu sahaja, pandangan yang berlainan dan tafsiran yang diberikan telah menyedarkan bahawa Arkeologi itu merupakan satu bidang yang sangat luas, dinamik dan boleh di pelbagaikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam kehidupan pada hari ini. Selain daripada itu, tafsiran yang diberikan dalam pelbagai makna ini, sekali gus meluaskan lagi peranan Arkeologi itu sendiri. Walaupun terdapat pelbagai tafsiran dan peranannya, dapat dikatakan bahawa Arkeologi atau juga di kenali sebagai kaji purba kebiasaannya di kaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai, misteri dan perkara-perkara purba atau dahulukala. Apabila membincangkan tentang arkeologi sekali gus kita dapat mengetahui bahawa masa juga adalah sangat penting dalam Arkeologi. Menurut kenyataan Stuart Piggot iaitu Any enquiry into the past which does not reckon with the demension of time is obviously nonsense (Piggott 1959:51). Hal ini dapat dilihat bahawa masa itu sangat penting dalam arkeologi kerana secara ringkasnya dapat dinyatakan di sini bahawa arkeologi mempelajari perkara masa lampau. Ahli arkeologi pula di tafsirkan sebagai mereka yang mempelajari arkeologi dan mencari perkara-perkara yang di gunakan, di tinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Matlamat mereka adalah untuk memahami apa yang manusia suka buat dan bagaimana mereka menjalani kehidupan. Berkenaan dengan peringkat-peringkat tugasan ahli arkeologi dapat di bahagikan kepada kajian lapangan, penggalian dan juga melakukan tafsiran. Kajian lapangan dan penggalian melibatkan pengumpulan mengenai perkakasan dan juga data-data. Manakala matlamat melakukan tafsiran pula adalah mendapatkan tempoh masa dan juga peradaban sesuatu tamadun berkenaan dengan dari mana perkakasan itu berasal yang akhirnya akan dapat membina kehidupan sesebuah masyarakat. Mengenai cabang dalam bidang arkeologi, tidak semua ahli arkeologi akan dapat mempelajari semua sejarah kehidupan manusia pada masa lampau. Hal ini kerana, banyak cabang yang perlu di tumpukan serta masa yang spesefik, atau bahagian-bahagian dalam dunia ini. Sebagai contoh, arkeologi prasejarah hanya mengkaji masyarakat sebelum wujudnya sistem tulisan. Begitu cabang-cabang arkeologi yang lain yang hanya akan mengkaji perkara yang hanya mempunyai kaitan dalam bidang yang di kajinya sahaja. Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahawa arkeologi itu meluas dan dapat di perkembangkan. Arkeologi juga merupakan satu kegiatan, hobi, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara akan sesuatu objek yang di anggap misteri sehinggalah menjadi satu disiplin ilmu berkenaan dengan masa lalu manusia dan kehidupan manusia pada masa lampau itu untuk di jadikan tatapan masyarakat masa kini. Oleh sebab itu, Arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengambil kira metodologi, teori, teknik dan teknologi yang semakin berubah dan berkembang. Beberapa tahun ini, dapat di katakan bahawa fokus arkeologi banyak mengalami perubahan. Apa yang dapat dilihat, arkeologi pada hari ini mempelajari semua yang ada daripada alatan- alatan dari zaman purbakala kepada DNA seterusnya kepada pembentukan teori berkenaan dengan proses yang kognitif. Skop mengenai arkeologi ini di perkembangkan lagi apabila ia memerlukan banyak lagi ciptaan dan teknik-teknik pemulihan berkenaanya. Oleh itu, bagi memahami apa itu yang di katakan Arkeologi, dapatlah dilihat dengan beberapa pentakrifan dan tafsiran mengenai Arkeologi dan juga peranannya mengikut tanggapan serta pandangan yang berlainan mengikut perspektif beberapa orang Sarjana. 2.0 PENGERTIAN ARKEOLOGI (APA ITU ARKEOLOGI?)

Upload: baharuddinbidin

Post on 01-Oct-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

arkeologi

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN Dalam memahami apa itu Arkeologi, sebaiknya harus memahami pengertian di sebaliknya. Namun begitu, makna Arkeologi itu mempunyai pelbagai tafsir atau maksud yang diberikan mengikut kefahaman dan pandangan yang berlainan. Bukan itu sahaja, pandangan yang berlainan dan tafsiran yang diberikan telah menyedarkan bahawa Arkeologi itu merupakan satu bidang yang sangat luas, dinamik dan boleh di pelbagaikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam kehidupan pada hari ini. Selain daripada itu, tafsiran yang diberikan dalam pelbagai makna ini, sekali gus meluaskan lagi peranan Arkeologi itu sendiri. Walaupun terdapat pelbagai tafsiran dan peranannya, dapat dikatakan bahawa Arkeologi atau juga di kenali sebagai kaji purba kebiasaannya di kaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan yang bernilai, misteri dan perkara-perkara purba atau dahulukala. Apabila membincangkan tentang arkeologi sekali gus kita dapat mengetahui bahawa masa juga adalah sangat penting dalam Arkeologi. Menurut kenyataan Stuart Piggot iaitu Any enquiry into the past which does not reckon with the demension of time is obviously nonsense (Piggott 1959:51). Hal ini dapat dilihat bahawa masa itu sangat penting dalam arkeologi kerana secara ringkasnya dapat dinyatakan di sini bahawa arkeologi mempelajari perkara masa lampau.

Ahli arkeologi pula di tafsirkan sebagai mereka yang mempelajari arkeologi dan mencari perkara-perkara yang di gunakan, di tinggalkan oleh masyarakat terdahulu. Matlamat mereka adalah untuk memahami apa yang manusia suka buat dan bagaimana mereka menjalani kehidupan. Berkenaan dengan peringkat-peringkat tugasan ahli arkeologi dapat di bahagikan kepada kajian lapangan, penggalian dan juga melakukan tafsiran. Kajian lapangan dan penggalian melibatkan pengumpulan mengenai perkakasan dan juga data-data. Manakala matlamat melakukan tafsiran pula adalah mendapatkan tempoh masa dan juga peradaban sesuatu tamadun berkenaan dengan dari mana perkakasan itu berasal yang akhirnya akan dapat membina kehidupan sesebuah masyarakat. Mengenai cabang dalam bidang arkeologi, tidak semua ahli arkeologi akan dapat mempelajari semua sejarah kehidupan manusia pada masa lampau. Hal ini kerana, banyak cabang yang perlu di tumpukan serta masa yang spesefik, atau bahagian-bahagian dalam dunia ini. Sebagai contoh, arkeologi prasejarah hanya mengkaji masyarakat sebelum wujudnya sistem tulisan. Begitu cabang-cabang arkeologi yang lain yang hanya akan mengkaji perkara yang hanya mempunyai kaitan dalam bidang yang di kajinya sahaja. Oleh sebab itu, dapat dikatakan bahawa arkeologi itu meluas dan dapat di perkembangkan.

Arkeologi juga merupakan satu kegiatan, hobi, perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara akan sesuatu objek yang di anggap misteri sehinggalah menjadi satu disiplin ilmu berkenaan dengan masa lalu manusia dan kehidupan manusia pada masa lampau itu untuk di jadikan tatapan masyarakat masa kini. Oleh sebab itu, Arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengambil kira metodologi, teori, teknik dan teknologi yang semakin berubah dan berkembang. Beberapa tahun ini, dapat di katakan bahawa fokus arkeologi banyak mengalami perubahan. Apa yang dapat dilihat, arkeologi pada hari ini mempelajari semua yang ada daripada alatan-alatan dari zaman purbakala kepada DNA seterusnya kepada pembentukan teori berkenaan dengan proses yang kognitif. Skop mengenai arkeologi ini di perkembangkan lagi apabila ia memerlukan banyak lagi ciptaan dan teknik-teknik pemulihan berkenaanya. Oleh itu, bagi memahami apa itu yang di katakan Arkeologi, dapatlah dilihat dengan beberapa pentakrifan dan tafsiran mengenai Arkeologi dan juga peranannya mengikut tanggapan serta pandangan yang berlainan mengikut perspektif beberapa orang Sarjana.

2.0 PENGERTIAN ARKEOLOGI (APA ITU ARKEOLOGI?) Secara umumnya, Arkeologi boleh dipecahkan dengan beberapa perkataan dalam bahasa Greek (Yunani) iaitu Archaio dan logy. Archaio membawa maksud kuno ataupun dahulu kala manakala logy pula membawa maksud sains mengenai purbakala dan juga dapat dikatakan sebagai mempelajari mengenai masyarakat purba. Arkeologi juga diertikan sebagai Arkhaiologia yang beerti perbincangan tentang perkara-perkara purba atau silam. Istilah ini kemudiannya di ubah semula oleh seorang sarjana German yang bernama George Daux. Hal ini kerana kepelbagaian definisi berkenaan dengan Arkeologi sebagai salah satu disiplin yang dinamik dan persepsi terhadapnya sentiasa berubah-ubah bersesuaian dengan ruang kajianya yang semakin luas dengan merujuk kepada aplikasi penggunaan teknologi semasa. Apa yang di maksudkan di sini adalah definisi berkenaan dengan apa itu arkeologi terdiri dalam pelbagai makna mengikut skop kajian berkenaanya yang semakin luas digunakan bergantung pada perkembangan sesuatu teknologi. Ahli arkeologi mempelajari tinggalan-tinggalan masyarakat lampau antaranya alatan, tembikar dan lain-lain tingalan pada masa lampau. Oleh itu, dapat di katakan di sini bahawa, barangan-barangan yang di kenali sebagai tembikar dan alatan-alatan ini juga disebut sebagai Artifak. Kebanyakan artifak-artifak ini diperolehi melalui kaedah penggalian manakala tempat di mana artifak-artifak ini diperoleh di kenali sebagai kawasan penggalian.

Lebih baik untuk memahami arkeologi itu secara mudah iaitu mempelajari tinggalan-tinggalan oleh masyarakat pada masa lampau dan juga kesan alam persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada masa lampau. Ia merujuk kepada mempelajari bukti yang diperolehi daripada penyelidikan mengenai peradaban sesuatu tamadun dengan melakukan ujian DNA dan ini akan dapat memberitahu kita mengenai sesuatu genetik. Arkeologi mempunyai pertalian dengan perkara-perkara seperti ilmu alam (Geografi), sosial sains, matematik, Fizik, Biologi, kimia, teknologi dan juga sejarah. Arkeologi juga sering kali di lihat sebagai hobi, kerjaya kepada individu yang menyukai sesuatu peristiwa atau pengalaman yang aneh dan berbahaya. Arkeologi juga diertikan sebagai mempelajari kebudayaan lepas melalui perkakas-perkakas yang di tinggalkan oleh manusia. Ini dapat dilihat dengan sesuatu artifak-artifak kecil seperti anak panah dan juga artifak-artifak yang besar seperti tinggalan bagunan-bagunan sebagai contoh piramid. Mempelajari Arkeologi juga sama ertinya mempelajari ciptaan-ciptaan yang dilakukan oleh masyarakat atau mengubah ciptaannya yang juga termasuk dalam rekod purbakala. Ahli arkeologi juga menggunakan alatan-alatan perkakas adalah untuk lebih memahami dan mengetahui semua aspek berkenaan dengan kebudayaan pada masa lepas mulai dari kehidupan seharian manusia. Kebanyakan objek atau artifak ini tertanam dan memerlukan ketelitian dengan berhati-hati untuk melakukan penggalian sebelum mereka melakukan penyelidikan terhadap artifak-artifak tersebut. Dalam kebanyakan kes, artifak-artifak ini adalah satu-satunya klu atau maklumat kepada ahli arkeologi yang akan dapat membantu mereka mengetahui kehidupan masyarakat purbakala. Objek-objek ini dapat diibaratkan sebagai teka-teki yang memerlukan ahli arkeologi untuk menyelesaikannya. Apabila kita membicarakan tentang perkakasan budaya (Material Cultural), ini bermakna kita membicarakan tentang tingkah laku dan keparcayaan mengenai sekumpulan masyarakat. Kebudayaan mengenai manusia ini tidak dapat melakukan penggalian secara terus walaupun mereka di pengaruhi dengan perkakasan dalam bentuk fizikal, perkakasan budaya, dan apa yang di jumpai oleh ahli arkeologi. Tinggalan-tinggalan yang tidak boleh di ubah adalah seperti bagunan-bagunan yang besar, dan juga lubang-lubang. Sementara artifak pula merupakan benda yang kecil dan mudah untuk di angkut atau di bawa ke mana-mana sahaja. Penyimpanan perkakasan budaya ini adalah bergantung pada jenis perkakasan tersebut (organik, yang mana reput dengan cepat atau dalam bentuk bukan organik) dan keadaan persekitaran di mana perkakasan ini terdedah. Perkakasan ini di pengaruhi oleh beberapa faktor persekitaran adalah seperti hujan, matahari, salji, angin dan lain-lain fenomena alam. Apa yang dapat di katakan di sini, perkakasan yang tertanam di dalam tanah adalah baik daripada perkasan dan alatan yang terdedah kepada alam persekitaran. Hal ini kerana perkakasan yang kering lebih baik daripada perkakasan yang berada dalam keadaan lembap. Arkeologi juga dapat diberikan tafsiran sebagai sains tanpa had. Arkeologi tidak dapat membuktikan atau mengesahkan kebenaran spiritual dan data yang di bekalkan barangkali boleh di terjemahkan dengan cara yang berbeza.

Menurut Britannica Elementary Library dalam Achaeology menyatakan bahawa arkeologi itu adalah mengkaji sesuatu berkenaan dengan perkara-perkara dalam purbakala. Selain itu, arkeologi dapat juga di nyatakan sebagai lapangan yang mengkaji mengenai gabungan keseronokan mengenai perburuan dengan melakukan penyelidikan makmal. Arkeologi juga merupakan kajian saintifik yang mengkaji peralatan daripada manusia pada masa lampau. Kajian mengenainya adalah melibatkan pencarian sumber pengetahuan mengenai kebudayaan prasejarah. Kajian yang di tumpukan dalam arkeologi adalah mengkaji kedua-dua benda/peralatan sama ada di perbuat oleh manusia dan juga yang di gunakan oleh mereka. Semua peralatan tersebut termasuklah petempatan, bangunan, alatan, senjata, objek yang dijadikan perhiasan, dan seni tulen. Arkeologi juga mengkaji segala aktiviti yang di lakukan oleh manusia. Ia termasuklah mengkaji mengenai artifak yang paling awal di cipta daripada batu kepada penggunaan objek yang di tanam atau dibuang daripada kehidupan zaman pada hari ini. Arkeologi juga mengkaji kesemua benda yang di perbuat oleh manusia yang pada asalnya bermula daripada peralatan yang ringkas dan akhirnya kepada mesin yang lebih kompleks. Sebagai contoh, awal sekali rumah atau kuil yang di bina, pusara kepada istana, dan juga piramid.

Robert L.Kelly dan juga David Hurst Thomas mentafsirkan arkeologi sebagai keseronokan fizikal, misteri mengenai sebarang penemuan dan juga potensi dalam mengingati. Arkeologi adalah keseronokan yang sangat mendalam walaupun kita tidak melakukan penyelidikan dengan sekumpulan pekerja yang mempunyai kamera di sebelah kita atau zaman purbakala pertempuran binatang buas. Hal ini kerana, dalam arkeologi kita hanya memerlukan buku-buku kecil dan pen, mengukur pita-pita, alat pengukur,kertas graf dan sedikit alatan yang berteknologi seperti laser dan juga magnetometer. Menurut mereka lagi, arkeologi adalah satu kajian lapangan yang masih mentah pada awalnya tetapi mulai berubah secara dramatik beberapa tahun selepas itu. Arkeologi adalah tentang objek zaman lampau yang di panggil sebagai artifak yang diperolehi kembali daripada tapak yang merupakan sumber primer. Arkeologi sebagai disiplin yang formal pada pertengahan lewat abad ke 19. Pada awalnya ia semestinya perkara yang berkenaan dengan gambaran dan sejarah kebudayaan, membina kronologi daripada perkakasan yang diperoleh, perkaitan dengan idea dan perubahan kebudayaan. Arkeologi juga dapat di tafsirkan sebagai sains semula jadi untuk membantu memperoleh kembali perkara yang berlaku pada masa lampau.

Kevin Greene mengatakan bahawa Arkeologi adalah idea berkenaan dengan masyarakat awal pada masa lampau, pengenalan atau peniktirafan, tafsiran mengenai alatan yang di gunakan oleh masyarakat pada masa lampau, melakukan pemerhatian, merekod daripada tapak masa lampau, dan akhirnya penyelidikan yang dilakukan dengan cara penggalian untuk mengetahui peradaban awal masyarakat masa lampau. Cornelius Holtrof menyatakan arkeologi itu adalah menganalisis, dan melaporkan berkenaan dengan isu yang di kaitkan yang mana mempunyai kaitan dengan dunia yang luas ini seperti politik, etika, kerajaan, sosial, pendidikan, pengurusan, ekonomi dan falsafah. Greg McGill mendefinisikan Arkeologi sebagai sesuatu yang sangat ringkas di mana memperlajari mengenai perkakasan-perkakasan yang di tinggalkan oleh manusia. Secara umumnya, Beliau memikirkan arkeologi adalah mempelajari mengenai perkakasan-perkakasan atau alatan yang tertanam di dalam tanah serta mana-mana objek yang wujudmengenai aktiviti masa lampau manusia. Walau bagaimanapun, Oxford English University memberi pengertian arkeologi ini dengan sedikit berbeza iaitu termasuk di dalam gambaran yang sistematik atau mempelajari barangan-barangan purba di mana tujuannya adalah untuk lebih memperolehi zaman yang berbeza-beza berkenaan dengan masa lampau. Ian Hodder mendefinisikan arkeologi merupakan sesuatu yang sangat penting dalam masyarakat kontemporari sekarang. Kebanyakan ahli arkeologi sekarang menyediakan cerita-cerita mengenai pra sejarah dan pelengkap kepada dokumen-dokumen mengenai sejarah. Selain itu, arkeologi juga mempunyai kaitan dengan perkakasan-perkakasan purba yang juga di anggap mempunyai hubung kait dengan tempatan dan identiti kebangsaan. Menurut Henrietta Moore yang mencadangkan pencarian mengenai karakter Origins atau asal-usul/pangkal dalam bahasa Melayu yang mempunyai kaitan yang banyak dalam disiplin arkeologi ini., Beliau menerangkan bahawa pencarian asal usul/pangkal ini adalah sebagai proses rangkap yang mana kita mencarinya pada masa lampau dengan memulakan sesuatu perkara yang spesefik dan pada masa yang sama, membentuk bilangan Originary Moves yang mana ia akan di bentuk kepada sesuatu yang lebih jelas. Richard A.Gould menyatakan bahawa dalam beberapa tahun ini, dalam kalangan ahli-ahli sejarah ada mendefinisikan arkeologi senagai Fossilized Human Behaviour. Mereka yang berada di dalam bidang arkeologi sebaiknya memikirkan bahawa kesimpulan atau hujah-hujah berkenaan dengan bukti purbakala dalam aturan kepada menemui bagaimana manusia boleh berada dalam masyarakat prasejarah yang berbeza dan perlakuan mereka pada masa lampau. Clive Camble menyatakan bahawa arkeologi memberi erti sebagai sesuatu yang sangat menakjubkan. Ketakjubkan itu datang apabila menggunakan imaginasi untuk pergi ke kawasan yang belum pernah kita mengembara mengenai peristiwa masa lampau dan seterusnya memikirkan tentang sesuatu objek dan masa menerusi cara yang berbeza daripada pengalaman kita seharian untuk lebih memahami siapa diri kita dan dapat mengetahui dari mana asal usul kita. Selain daripada itu, arkeologi juga dapat diberikan tafsiran sebagai satu kebolehan dalam menjelajah kedudukan kita dan memikirkan di sebaliki pengalaman setiap hari serta masukkan ke dalam kehidupan kita dengan aktiviti dan artifak mengenai masyarakat. Menurut Beliau lagi, arkeologi pula adalah satu aktiviti berkenaan dengan nafsu manusia yang ingin mengetahui sesuatu perkara atau peristiwa. Ia lebih berfokus kepada semangat bergelora kita dan menimbulkan satu kegembiraan. Ellis E. Mc Dowell-Loudon mendefinisikan arkeologi sebagai mempelajari kehidupan manusia pada masa lampau dan bukannya mempelajari dinasour, fosil-fosil lama, tulang-tulang yang tertanam di bawah tanah. Arkeologi juga mengkaji sesuatu perkara yang mempunyai hubung kaitnya dengan manusia. sering kali juga arkeologi di takrifkan sebagai mempelajari dan mengkaji keadaan masyarakat pada masa lampau. Arkeologi juga adalah merujuk kepada sub disiplin mengenai antropologi, sosial dan juga sains.3.0 PERANAN ARKEOLOGI MENGIKUT PANDANGAN SARJANA.

Secara umumnya peranan arkeologi dapat dalam memberikan sumber mengenai maklumat tentang aspek perkembangan kita, seperti pertanian, asal-usul mengenai sesuatu tamadun, atau penemuan mengenai logam, yang mana hanya dapat di fahami melalui ujian daripada bukti fizikal. Arkeologi juga menyediakan bukti mengenai perkara yang berlaku pada masa lepas di mana bukti-bukti tersebut tidak tercatat di dalam rekod. Arkeologi membantu kita untuk menghargai dan mengekalkan budaya warisan daripada masyarakat masa lampau. Apa yang penting, arkeologi ini dapat memberitahu kita apa yang berlaku pada masa lepas, sekali gus dapat menolong kita untuk lebih memahami dari mana kita berasal dan dapat menunjukkan kepada kita semua bagaimana manusia menjalani kehidupan, menghadapi cabaran, dan seterusnya dapat membina pelbagai masyarakat seperti yang kita alami pada zaman sekarang. Melalui Arkeologi, kita berkemungkinan boleh mempelajari kehidupan masa lampau manusia yang hidup pada zaman sebelumnya dan apa-apa sejarah mengenainya.

Robert L.Kelly dan juga David Hurst Thomas mengatakan bahawa dokumen-dokumen berkenaan dengan arkeologi adalah semua yang dijumpai. Maksudnya di sini adalah, semua bahan yang di jumpai semasa melakukan penyelidikan adalah di panggil sebagai dokumen. Hal ini kerana dokumen dan juga bahan yang dijumpai adalah berperanan dalam memberitahu kita sesuatu perkara mengenainya. Peranan arkeologi dapat di lihat apabila keturunan sekelompok manusia itu dapat diketahui hanya daripada penggunaan alatan batu/artifak yang dijumpai oleh ahli arkeologi. Di samping itu, menerusi arkeologi, kita akan dapat mengetahui serta dapat menetapkan umur/usia mengenai sesuatu artifak yang wujud berjuta-juta tahun dahulu. Kita akan dapat membina semula bagaimana bentuk sosial masyarakat dan organisasi politik masyarakat lampau. Melalui arkeologi, kita akan dapat menganalisis rangka-rangka tulang dan ia akan dapat memberitahu maklumat mengenai seseorang manusia itu sama ada individu tersebut banyak makan tumbuh-tumbuhan atau makan daging. Menurut frasa yang di ungkapkan oleh seorang ahli arkeologi dan juga ahli falsafah iaitu Alison Wylie (University of Washington) menyebut think from things. Ia bermaksud, sekiranya kita ingin mengetahui sejarah mengenai masyarakat masa lampau, kita perlu memikirkan peralatan yang di digunakan oleh mereka. Objek-objek yang diperoleh menerusi kajian arkeologi ini akan dapat memberitahu kita kehidupan yang pernah di alami oleh masyarakat pada masa lampau dan pengakuan mengenai kuasa mereka dan juga penerimaan etika. Arkeologi pada hari ini memainkan peranan penting dalam mengetahui sekali gus untuk memahami tentang keadaan masyarakat pada masa lampau dan juga berhadapan di lema etika yang serius.Menurut Kevin Greence, berkenaan dengan peranan arkeologi, menyatakan bahawa rangkaian utama mengenai artifak dan kebudayaan akan dapat di bina dan selepas itu membina kronologi sesuatu peristiwa menurut susunan waktunya menerusi bukti yang mengandungi dokumen atau radiokarbon. Dalam mendekati sesebuah etnik dan hubungnya di antara kebudayaan akan dapat di ketahui melaui batas masa berkenaan dengan sejarah arkeologi termasuklah pencerobohan, penjajahan, dan perdagangan. Secara alternatifnya, perkembangan berkenaan dengan sesuatu budaya itu menerusi masa boleh di lihat dalam tempoh evolusi , biologi, ekologi, sosial, politik, dan ekonomi. Menerusi penggalian dalam arkeologi akan dapat memberitahu kita mengenai sebarang aktiviti yang di lakukan oleh manusia pada masa lampau. Sebagai contoh, tapak penggalian menunjukkan bukti dalam aktiviti ekonomi manusia iaitu menjalankan aktiviti ladang, kraf tangan, dan juga perdagangan. Dalam bidang sosial pula, dapat mengetahui dari mana rumah-rumah tersebut di bina, dan pelbagai ragam daripada objek yang di jumpai di kawasan petempatan atau kubur yang akan dapat menunjukkan perbezaan status atau kekayaan. Di samping itu, arkeologi dapat menerangkan kita bagaimana perubahan yang berlaku dalam sosial masyarakat, begitu juga perkembangan yang berlaku dalam kegiatan ekonomi manusia. Cornelius Holtrof pula berpendapat mengenai arkeologi itu berperanan memberitahu kisah mengenai apa yang berlaku pada masa lampau dan dapat memberitahu kita pada hari ini berkenaan hubungannya dengan warisan terdahulu. Arkeologi dapat meluaskan perspektif masyarakat pada hari ini, menjawab persoalan mengenai faedah sosial yang diperoleh pada hari ini oleh masyarakat. Arkeologi berperanan memberikan pelbagai makna kehidupan dalam seseorang individu dan masyarakat pada amnya. Menurut Beliau lagi, arkeologi itu berperanan sebagai suatu alat pemain watak (player character) yang mana di gunakan mengikut aturan dan arahan untuk menemui sesuatu klu/tanda. Hal ini dapat menjelaskan bahawa arkeologi berperanan bagi menemui klu atau menjawab persoalan mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau. Arkeologi juga barangkali pada masa sekarang mengendalikan barangan-barangan artifak sebagai sumber yang tidak boleh diperbaharui dan menyelamatkan bukti yang diperolehi bertujuan untuk membangunkan kehidupan yang lebih moden.Greg McGill memberi pandangan bahawa arkeologi kini mula memainkan peranan penting sebagai sesuatu yang lebih bersifat saintifik dengan masyarakat sebagai contoh yang dapat dilihat ialah Pitt-Rivers, Evans dan juga Petrie dalam menyediakan maklumat baru. Menerusi arkeologi, mereka telah diperlihatkan dengan penyampaian yang lebih bersistem untuk tujuan penggalian, maklumat-maklumat rekod yang lebih lengkap dan tahap-tahap baru mengenai ketepatan dan disiplin yang boleh diperolehi. Sebagai contohnya Pitt-Rivers (1827-1900), di mana Beliau telah dapat merekod dengan tepat bagi setiap spesimen, pengumpulan barangan artifak, membuat lukisan dengan lengkap, dan mendapat gambaran semua berkenaan dengan aktiviti penggalian. Evans (1851-1941) pula secara persamaanya memberi tumpuan yang serupa untuk mendapatkan kejelasan mengenai sesuatu dan Beliau menghubungkan kepentingan terbaik untuk semua perkara yang di jumpainya tidak kira perkara atau maklumat tersebut tidak penting. Selain itu, Petrie (1853-1942), sebagai seorang ahli arkeologi yang mengukur atau membuat penyelidikan tentang bagunan dan tanah yang di buat oleh seseorang sebagai contohnya dalam penciptaan piramid, Beliau membangunkan sistem retetan tarikh. Dalam bukunya yang bertajuk Methods and Aims Of Archaeology Beliau telah menyediakan empat perkara penting untuk penyelidikan purbakala yang mana di anggap relevan pada hari ini. Pertamanya ialah, monumen-monumen penting yang diperolehi haruslah di jaga sebaik-baiknya. Kedua, perkara penting yang harus diberikan perhatian adalah berkenaan dengan pengumpulan dan gambaran mengenai semua perkara yang di jumpai. Ketiga, berkenaan kelengkapan dan ketepatan melalui pemerhatian harus di tanggung bersama dengan rancangan yang lebih berhati-hati. Terakhirnya, semua maklumat yang diperoleh haruslah di beritahu secepat mungkin. Menurut Beliau juga, terdapat di antaranya yang membicarakan mengenai arkeologi ini merupakan cabang kepada Sejarah, di mana ia dapat di lihat apabila sejarahwan cuba mencari untuk memperoleh gambaran mengenai semua peristiwa yang mempunyai kaitan dengan sejarah termasuklah peristiwa secara semula jadi iaitu sebahagian besar aktiviti ahli arkeologi yang bertumpukan pada aktiviti lepas manusia dan kesannya kepada landskap. Terdapat juga lain-lain kehidupan yang juga di anggap penting, khususnya dalam zaman prasejarah, tetapi ahli arkeologi lebih berminat untuk mengetahui kemajuan yang di capai oleh manusia dan bagaimana masyarakat pada masa lampau mengalami perkembangan.

Richard A.Gould menyatakan bahawa peranan arkeologi itu adalah membantu ahli arkeologi untuk mengetahu bagaimana sesuatu kerosakan berlaku daripada bencana alam sama ada semula jadi atau pun tidak dan memahami bagaimana tindakan pereputan memberi kesan sehingga menyebabkan sisa-sisa tinggalan masyarakat pada masa lampau menjadi rosak. Di samping itu, arkeologi berperanan memberitahu atau memberi penjelasan mengenai sisa-sisa perkakasan yang di tinggalkan oleh masyarakat pada masa lampau mengenai tingkah laku manusia. secara tidak langsung, perkakasan-perkakasan ini di anggap sebagai lambang kepada kehidupan ,asyarakat pada masa lampau. Sebagai contoh yang dapat dilihat adalah, menerusi arkeologi, kita akan dapat mengetahui keadaan sesuatu masyarakat sama ada dari segi bahasa, organisasi sosial, dan idea yang akan di manipulasikan dalam pelbagai cara. Menurut Beliau juga, arkeologi berperanan sebagai menerangkan secara penuh berkenaan dengan kelakuan manusia, termasuk sosial, simbolik perhubungan dan peristiwa yang unik dalam pra sejarah. Arkeologi juga berperanan sebagai memahami fenomena baru yang kian berkembang di dalam pembangunan baru serta mempelajari kehidupan yang di alami oleh masyarakat pada masa lampau.Clive Camble manyatakan arkeologi adalah satu-satunya cara untuk kita mengingati sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kita melakukannya bukan sekadar menemui semua benda-benda yang telah mengalami kemusnahan dan kerosakan, tetapi juga menggunakan penemuan purbakala untuk membentuk peristiwa pada masa lampau. Ini bermakna, arkeologi adalah satu aktiviti sosial terlibat dalam sesuatu peristiwa yang melibatkan ingatan mengenai tempatan, kebangsaan dan lain-lain. Arkeologi yang memainkan peranan penting dalam mengkaji perkara yang berlaku pada masa lampau menerusi alatan-alatan perkakas yang di temui. Antaranya adalah objek dan landskap. Apa yang dapat di fahami mengenai objek adalah ahli arkeologi menghabiskan masa mereka dengan menggali, mencari dan menyusun. Manakala landskap pula adalah memperingatkan kita dengan banyak mengenai apa yang ahli arkeologi buat termasuklah kawasan. Menerusi arkeologi juga, kita kan dapat memahami dan memberitahu mengenai sesuatu perkara yang ingin kita tahu berkenaan dengan sesuatu peristiwa kita tidak mengalaminya sendiri.Ian Hodder menyatakan arkeologi berperanan sebagai satu kognitif sainstis yang memberi perhatian berkenaan dengan bukti purbakala dan idea apabila pencarian untuk memahami alam semula jadi dan proses perkembangan mengenai ingatan atau fikiran. Arkeologi di anggap bidang yang sangat penting sebagai kognitif sains yang kian menjadi lebih bersedia untuk memberikan perhatian kepada bukti purbakala dan idea apabila mula mencari untuk memahami alam semula jadi dan evolusi mengenai minda.Ellis E. Mc Dowell-Loudon mengatakan bahawa menerusi arkeologi, kita akan dapat mengetahui siapa manusia yang paling awal yang hidup selama 6 atau lebih daripada berjuta-juta tahun dahulu. Arkeologi juga berperanan sebagai satu orientasi atau penyesuaian di mana ia merupakan satu cara untuk melihat perkara yang ada di dunia sekeliling kita untuk melihat apa yang di lakukan oleh manusia, bagaimana mereka membuatnya, di mana mereka membuatnya dan mengapa mereka membuatnya. Selain itu, arkeologi juga berperanan dalam mengkaji objek-objek yang di buat oleh manusia, perubahan yang di lakukan oleh manusia tersebut dan kegunaanya. Ia mungkin dalam bentuk yang besar atau kecil (pakaian, alat perkakas), mudah di angkut atau kukuh (alatan, istana Sphnix, patung/arca di pulau Ester) di kenali sebagai satu artifak. Arkeologi juga berperanan dalam mengkaji barangan artifak yang ada di jumpai di kawasan tapak. Hal ini kerana semua artifak yang di jumpai akan memberitahu sesuatu tentang penciptaanya dan kegunaanya. Eliza Yetter, 2005. Archaeology.pdf

Getting Involved in Archaeology.pdf

Archaeology 101.pdf. Hlm 1-2

Ibid hlm 1-2

Ibid. hlm 1

Archaeology. 2010. Britannica Elementary Library. Ultimate Reference

Robert L.Kelly and David Hurst Thomas. 2009. Archaeology. Cengage Learning. Hlm 1-19

Kevin Greene. 1996. Archaeology An Introduction: The History, Principles, and Methods Of Modern Archaeology. Routledge.