esei pemulihan,prabacaan dan pratulisan

23
APA DIA PEMULIHAN KONSEP Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang tidakbermasalah.Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain).

Upload: sknwy

Post on 21-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

APA DIA PEMULIHAN

KONSEP

Pendidikan yang diberikan kepada pelajar yang gagal di peringkat bilik darjah kerana

tidak menerima isi pelajaran seperti pencapaian rakan sebaya mereka yang

tidakbermasalah.Pemulihan adalah lebih terbatas yang lebih khusus sifatnya kerana

ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran.Ia melibatkan murid-murid

lambat,iaitu mereka yang lembab (lambat mencapai pembelajaran berbanding

dengan kanak-kanak lain).

Page 2: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

TAKRIFAN

AE Tanseley dan R. Culliford“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak

yang mempunyai intelek dan kecerdasan yangrendah juga kurang

berkebolehan menerima pendidikan biasa, ”M. F . Clough“ kanak-kanak

pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan

membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang

perkara yangagak abstrak. ”Sharifah Rahman Ali“ kanak-kanak yang gagal

menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan

yang tinggi , yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak

masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded).”” Kanak-

kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai

kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya.”

MATLAMAT

Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai

kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Page 3: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

PRINSIP-PRINSIP PENDIDIKAN PEMULIHAN

 -Mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan

membuatpenilaian awal atas mereka.

-Pendekatan secara individu,misalnya mengadakan kelas khas yang kecil.

-Kurikulum yang diubahsuaikan.

-Dalam mengajar sesuatu item, kita hendaklah menegaskan luasnya dan bukan

perinciannya.

-Ketepikan isi-isi pelajaran yang tidak berfaedah.

-Mudahkan gerak kerja supaya murid dapat membuatnya dan mendapat

kepuasan.

-Kurangkan masa untuk aktiviti yang lain supaya murid yang lemah dapat

diberi perhatian.

-Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara.

OBJEKTIF

Objektif Pengajaran Pemulihan pula adalah seperti berikut :

membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran tertentu

mengubah sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran

memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif

terhadap pembelajaran.

Page 4: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

PERANCANGAN

Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan-keperluan

pelajar iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi

masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.

Prinsip Perancangan Pengajaran Pemulihan:

1. Pengajaran pemulihan hendaklah seimbang dengan kebolehan pelajar.

2. Elakkan daripada menyampaikan aktiviti pembelajaran yang terlalu banyak.

PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM BAHASA MELAYU

Pengajaran bahasa bermaksud membentuk kemahiran bahasa para pelajar. Dan

kemahiran bahasa seperti lazim yang kita ketahui meliputi kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Kelemahan pelajar menguasai satu atau beberapa

kemahiran tersebut akibat daripada beberapa sekatan sosial, ekonomi, fizikal dan

sebagainya akan menjejas pencapaian pelajar dalam bidang bahasa. Mentelah lagi

pencapaian rendah pelajar dal am bidang bahasa akan menerbitkan sifat negatif

pelajar untuk memperolehi pengetahuan dan bersikap menghindari pergaulan serta

rendah diri.

Selaku guru, kita tidak seharusnya menimpakan derita atau melalaikan terus

para pelajar yang berpencapaian rendah ini. Guru harus segera bertindak untuk

memulihkan pencapaian rendah ini supaya sejajar dengan pencapaian pelajar yang

normal.

Pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa yang menjadi pilihan hendaklah

sesuai dan berkesan. Tanpa pemilihan yang berhati-hati, keadaan pelajar yang

berpencapaian rendah ini akan bertambah buruk. Guru hendaklah sentiasa

Page 5: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

berwaspada dan sentiasa bersedia untuk mengesan kelemahan-kelemahan para

pelajarnya serta bersedia pula mencari ubat yang ampuh bagi mengubatinya.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menyarankan pengesanan dalam kemahiran

membaca ialah dengan memerhatikan murid yang sedang membaca:

• berapa lamakah jangka masa bagi menyudahkan bacaannya?

• bagaimanakah gerakan bibir pelajar sewaktu membaca?

• mengkaji gerakan mata pelajar.

• mengkaji kesan afektif ketika murid tersebut membaca.

Begitu juga dalam hal pelajar tersebut memberi jawapan kepada soal selidik guru

setelah selesai membaca. Kemudian guru timbulkan pertanyaan-pertanyaan yang

boleh mengubati kelemahan pelajarnya itu.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

Emosi dan tingkah laku 1.Perasaan rendah diri

2.Perasaan risau

3.Sedih / hiba / duka

4.Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran

5.Takut dengan perkara baru

6.Degil, tidak patuh arahan

7.Pasif

8.Malas

Sosial 1.Gelisah – tidak selesa dengan guru

atau rakan

2.Lemah / kurang interaksi dengan

rakan.

3.Gemar menghisap atau menggigit jari /

kuku.

4.Selalu tidak hadir ke sekolah dengan

pelbagai alasan.

Page 6: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

5.Selalu menangis - enggan masuk kelas.

6.Hyper aktif – selalu bergerak dan

menganggu kawan.

Kesihatan 1.Lemah tubuh badan serta kurang zat

makanan.

2.Tumbesaran tubuh badan tak seimbang

(gemuk/kurus)

3.Tumpuan perhatian terhad- masalah

penglihatan.

4. Lemah gerakan moto-kasar dan halus.

5. Kesihatan terganggu - seperti selalu

sakit,sakit terlalu lama dan teruk.

6. Kurang menjaga kebersihan diri.

Kesediaan belajar 1. Belum bersedia untuk belajar.

2. Kurang perbendaharaan kata.

3. Lemah pemahaman.

4.Kurang keyakinan diri dan rangsangan.

5.Kurang matang – IQ tidak seimbang

dengan umur hayat.

Pengamatan 1.Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz,

warna dan turutan.

2. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.

3. Keliru konsep ruang dan mencari arah.

4. Lambat mengkelas benda.

5. Kesukaran menghubungkaitkan

pelajaran yang lama dengan yang

baru.

6. Tidak dapat menyelesaikan masalah

8. Tidak kreatif.

7. Lemah daya pemikiran.

9. Tidak boleh / lemah ingat kembali.

Page 7: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

APA DIA PRABACAAN DAN PRATULISAN

PRABACAAN

PENGENALAN

Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru

perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi

membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas

ke bawah.

PENDAHULUAN

Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai

murid sekolah rendah , terutama yang tinggal di luar bandar tidak boleh membaca

atau tidak cekap membaca bahasa Melayu. Tentu banyak sebabnya perkara ‘tidak

boleh membaca’ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula

antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal , dan menggubal

cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian

besar daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang

‘senang’ pada akhir tahun 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat

secara sistematik.

*Pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal

berikut:

a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik – ertinya ada

hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali

Page 8: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu).

b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika

dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris misalnya).

Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat

menyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah

mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal.

c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu)

yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu

dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk

mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa

Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa

Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk

mengajar membaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan

kelambatan untuk murid-murid kita belajar membaca bahasa kita.

KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID MEMBACA DI PERINGKAT AWAL

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca

dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak

beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan

daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.

Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan

membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai

3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari.

Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat ‘mengenal

huruf’ sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai

‘functionally literate’ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan

Page 9: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis

surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus

dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke

Tingkatan 3.

Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara

progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita,

mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah.

Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja

ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’ bahawa di antara tugas utama

guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan

menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas

guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem

persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada

anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem

persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan.

Kaedah mengajar bacaan merupakan sebagian lanjutan daripada aktiviti prabacaan

tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan hurf, perkataan dan ayat serta

bunyi kepada kanak-kanak.

Kaedah ini secara kasar dapat dibahagikan kepada tiga:

1.    Kaedah bunyi/ fonetik

2.    Kaedah huruf

3.    Kaedah pandang dan sebut

KAEDAH BUNYI / FONETIK

Page 10: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

Kaedah ini lebih mengutamakan bunyi. Terdapat dua cara penggunaan iaitu:

1.    Membunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain.

Contohnya: ba + pa = bapa

2.    Membunyikan huruf-huruf dahulu, lepas itu menjadikannya suku kata dan

akhirnya perkataan.

Contoh: b (beh), a (ah) = ba p(peh), a (ah) = pa ba + pa = bapa

Kekuatan Kelemahan

Sesuai denagn susuk bahasa Melayu

adalah terdiri daripada suku-suku kata

yang hampir tetap bunyinya.

Bacaan murid-murid tidak licin. Ini

disebabkan perhatian murid-murid itu

tertumpu kepada suku-suku kata, satu lepas

satu.

Kaedah ini membolehkan kanak-kanak

membaca perkataan-perkataan baharu

walaupun perkataan-perkataan itu diluar

perbendaharaan kata mereka.

Tidak menarik hati kerana suku-suku kata

yang diajar itu tidak mempunyaai makna

yang nyata pada mereka.

KAEDAH HURUF

Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama buruf dan bunyi-bunyi

huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari

a,b,c d sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali

huruf mana yang dikategri sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya

kanak –kanak diajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-

bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya

mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca.

Page 11: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

Vokal a a iKonsonan s y l rGabungan Vokal dan Konsonan

sa ya la ri

Perkataan saya lari

Kekuatan Kelemahan

1.Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia

kerana bahasa Malaysia terdiri daripada

suku-suku kata yang hampir tetap

bunyinya

2.Membolehkan kanak-kanak membaca

perkataan-perkataan baharu, walaupun

belum mempelajarinya kerana mereka

dapat mengenal huruf-huruf dan

membunyikan vokal  dan konsonan

dengan baik.

3.Kaedah ini memberi asas dan binaan

yang kukuh dalam membaca.

4.Tercapai kecekapan dan kemahiran

membaca serta member  keyakinan

kepada murid-murid

1.Murid-murid membaca dengan lancar

tanpa memahami apa yang dibacanya.

Mereka hanya mementingkan sebutan

dan kelancaran membaca.

2.Murid-murid terbawa-bawa tabiat

membaca sambil mengeja menyebabkan

mereka membaca merangkak-rangkak.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai

dengan kehendak pendidikan dan

psikologi murid-murid kerana pengajaran

tidak secara keseluruhan yang

bermakna.

3.Boleh membosankan murid-murid

terutama apabila mereka diberi latih tubi

yang berlebihan.

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan

kaedah ayat yang  mementingkan dua perkara iaitu membunyikan perkataan atau

rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat

melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak mengunakan kaedah emgeja atau

membunyi tetapi mengecam dan membaca.

Page 12: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

PRATULISAN

PENGENALAN

Peringkat pratulisan ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-

aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul.

Dalam tempoh masa ini latihan otot-otot, tangan dan jari serta kordinasi tangan dan

mata diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka

menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas,

pelajaran tulisan yang dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada

aktiviti-aktiviti pratulisan ynag berbentuk bebas. Latihan-latihan pratulisan

menitikberatkan perkara-perkara berikut:

a)    Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan

b)    Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan

sempurna.

c)    Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.

d)    Melakukan latihan-latihan kordinasi tangan dan mata.

MATLAMAT

kemahiran menulis ini ialah ia diajarkan kepada murid-murid agar mereka dapat

merakamkan apa yang didengar, dilihat atau dialami. Dalam masa yang sama

mereka juga akan menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaik mungkin.

Kombinasi yang melibatkan minda, mata telinga, dan jari ini akan menghasilkan

kemahiran menulis yang sistematik.

Page 13: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

PERINGKAT TULISAN MEKANIS

Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang

pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk

lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid membentuk

huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah

didapati memuaskan barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris.

Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan

perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan lebar hingga kepada lembaran

satu garis. Di bawah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke lembaran satu

garis itu. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti latihan membentuk

bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal, latihan menulis huruf di atas kertas

bergaris dua, latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu dan latihan

membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman

cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian

kepada beberapa perkara iaitu kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-

lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum melatih menulis, baik juga

diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-urat daging kanak-kanak. Selain itu

guru haruslah memberi perhatian kepada kanak untuk menulis dengan mengeja dan

menyebut nama-nama huruf. Latihan juga dilakukan dengan menggunakan kertas

yang dimulakan dengan tidak bergaris dan selepas itu barulah menggunakan buku

yang bergaris. Seterusnya apabila kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat

dengan baik , baruah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti menekap dan barulah menulis

Page 14: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

mengikut urutan yang ditetapkan. Kemudian murid-murid disuruh memadan dan

menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermakna. Seterusnya

menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan. Latihan ini

diteruskan dengan menyalin perkataan yang mudah dan menyalin ayat-ayat yang

mudah dan sebagainya.

PERINGKAT MENULIS UNTUK PELAHIRAN

Setelah menguasai menulis mekanis, murid-murid patut digalakkan melahirkan

fikiran mereka secara bertulis. Cara-cara yang dicadangkan ialah bermula daripada

yang terkawal iaitu berpandukan gambar-gambar dan perkataan, mengisi tenpat

kosong, melengkapkan ayat-ayat dengan perenggan sehingga murid-murid itu boleh

menghasilkan tulisan tanpa panduan. Di antara aktiviti aktivit-aktiviti menulis yang

boleh dijalankan adalah seperti mengisi silang kata, mengisi tempat kosong dalam

ayat, melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai, menulis ayat

yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Selain itu aktiviti seperti memanjangkan

ayat dengan menambahkan rangka kata yang sesuai juga boleh dilakukan.

Seterusnya adalah aktiviti seperti membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita,

menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan, menulis jawapan-jawapn

kefahaman, menulis rencana daripada bahan yang diperlihatkan dan menulis

karangan daripada tajuk yang disediakan. Pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan

supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis.

STRATEGI PENGAJARAN PRATULISAN

Kebanyakan murid yang memasuki sekolah rendah telah pun menerima pendidikan

prasekolah di rumah, TASKI atau TADIKA. Mereka telah pun didedahkan kepada

asas-asas kemahiran menulis dan membaca. Namun begitu, bagi peringkat

permulaan di sekolah rendah, guru patut memberikan kemahiran pratulisan kepada

murid.Latihan pergerakan tangan dan mata, memilih dan memadan objek mengikut

Page 15: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

bentuk, ukuran dan warna, melukis serta mewarna patut dilakukan. Latihan

seumpama ini dapat membantu murid menguasai kordinasi antara tangan dan mata,

dan seterusnya akan menyediakan seseorang murid itu untuk menulis.

a.    Latihan bagi tangan

Murid dikehendaki:

      *Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan beberapa kali.

   *Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun atau

kertas.

   *Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.

   *Menggenggam dan merasa bola.

    *Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru menunjukkan

cara memegang yang betul.

   *Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.

  *Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau tanah.

*Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.

   *Membuka tali kasut dan mengikat semula.

b.    Latihan bagi mata

Murid dikehendaki:

    *Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata, melihat dan

menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.

     *Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau

dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata yang sebelah lagi.

   *Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan

dan dari kanan ke kiri.

   *Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru seperti getah

Page 16: Esei Pemulihan,Prabacaan Dan Pratulisan

pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana

besar dan benda-benda yang besar.

    *Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.

   *Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada kadbod atau

plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat, bujur dan

sebagaimya.

c.    Latihan bagi kordinasi mata dan tangan:

Murid dikehendaki:

      *Menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk, warna

atau ukuran.

    *Menyusun gambar-gambar yang diselaraskan mengikut urutan.

   *Mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong, misalnya jigsaw

puzzle.

   *Melambung dan menangkap bola sama ada di tempat berdiri secara individu

atau dengan bergerak di padang bersama pasangan,

    *Mewarnakan gambar yang diberikan oleh guru.

   *Mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf atau gambar.

  *Mencantum arah jalan atau aliran sungai.

*Memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa.

   *Memilih gambar yang berlainan dalam satu set.

    *Mencari lima perbezaan pada sekeping gambar yang seakan-akan sama

dengan gambar asal.

   *Mencari lima benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan.

  *Membuat garisan lurus dari atas ke bawah atau sebaliknya.