laporan pratulisan

31
8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 1/31 “BIJAK MENULIS” : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PRATULISAN MURID PRASEKOLAH. Oleh: Nasiha binti Mohd Sharif Siti Hajar binti Rahman Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Pada masa kini, sebahagian besar kanak-kanak mampu menulis pada usia yang masih muda. Namun begitu, hanya segelintir sahaja kanak-kanak yang mampu menulis dengan betul dan kemas. Masalah tulisan yang tidak kemas dan teratur ini sebenarnya berpunca daripada tahap penguasaan kemahiran pratulisan kanak-kanak tersebut. Jika murid telah didedahkan dengan kemahiran pratulisan sejak awal lagi, maka kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran menulis ini akan dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang lebih kemas dan teratur. Melalui tinjauan yang dijalankan ke atas seorang murid prasekolah mendapati murid tersebut menghadapi beberapa masalah dalam kemahiran pratulisan. Murid ini tidak dapat membentuk huruf yang mempunyai garis lengkung dengan baik. Garisan lengkung yang cuba dihasilkan tidak seperti garisan lengkung yang sepatutnya. Kadang-kala, huruf yang ingin dihasilkan 1

Upload: siti-hajar-rahman

Post on 08-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 1/31

“BIJAK MENULIS” : SATU STRATEGI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN

PRATULISAN MURID PRASEKOLAH.

Oleh:

Nasiha binti Mohd Sharif 

Siti Hajar binti Rahman

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,

Jalan Behor Pulai,

01000 Kangar,

Perlis.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Pada masa kini, sebahagian besar kanak-kanak mampu menulis pada

usia yang masih muda. Namun begitu, hanya segelintir sahaja kanak-kanak yang

mampu menulis dengan betul dan kemas. Masalah tulisan yang tidak kemas dan

teratur ini sebenarnya berpunca daripada tahap penguasaan kemahiran

pratulisan kanak-kanak tersebut. Jika murid telah didedahkan dengan kemahiran

pratulisan sejak awal lagi, maka kemahiran yang menjadi asas kepada

kemahiran menulis ini akan dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang

lebih kemas dan teratur.

Melalui tinjauan yang dijalankan ke atas seorang murid prasekolah

mendapati murid tersebut menghadapi beberapa masalah dalam kemahiran

pratulisan. Murid ini tidak dapat membentuk huruf yang mempunyai garis

lengkung dengan baik. Garisan lengkung yang cuba dihasilkan tidak seperti

garisan lengkung yang sepatutnya. Kadang-kala, huruf yang ingin dihasilkan

1

Page 2: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 2/31

menyerupai bentuk huruf yang lain pula. Misalnya, huruf ‘u’ dilihat seakan-akan

huruf ‘v’.

Murid juga menghadapi masalah dalam penyusunan perkataan dalam

ayat. Perkataan-perkataan yang terdapat dalam ayat ditulis secara rapat tanpa

ada jarak yang memisahkan antara setiap perkataan. Ini menyebabkan tulisan

murid sukar dibaca dan tidak kemas. Murid ini tidak didedahkan dengan

kemahiran menganggar jarak antara perkataan.

Di samping itu, murid juga tidak dapat menggunakan pembaris dengan

betul semasa membuat garisan. Pembarisnya dihalakan ke arah lain manakala

pensel pula digerakkan ke arah yang lain. Murid seringkali menggunakan pensel

tanpa pembaris semasa membuat garisan. Oleh itu, garisan yang dihasilkan

menjadi kurang kemas.

Oleh itu, murid harus diberikan cara pengajaran yang bersesuaian agar masalah dalam kemahiran pratulisan ini dapat diatasi seterusnya membantu

murid dalam kemahiran menulis. Setelah diteliti dan dikaji, kami merasakan

bahawa murid perlu diajar dengan teknik pengulangan dan latih tubi dalam

membantu mereka mengatasi masalah ini.

Sikap ambil mudah terhadap kemahiran pratulisan ini akan menyebabkan

murid menghadapi kesukaran untuk menghadapi peringkat seterusnya iaitu

kemahiran menulis. Murid akan mengambil masa yang lebih lama dalam

menguasai kemahiran menulis berbanding murid yang telah didedahkan dengan

kemahiran pratulisan sejak kecil lagi.

2

Page 3: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 3/31

2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN.

Semasa mengumpulkan maklumat, kami dapat mengesan banyak

masalah yang dihadapi oleh murid tersebut. Namun begitu, kami hanya

memfokuskan kajian ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran pratulisan

murid ini dalam menghasilkan garis lengkung serta menganggarkan jarak yang

betul antara perkataan dalam ayat semasa menulis. Di samping itu, kami juga

turut memfokuskan kajian ini untuk membantu meningkatkan kemahiran murid

menggunakan pembaris secara betul. Elemen-elemen ini merupakan antara

elemen penting dalam kemahiran pratulisan sebelum diteruskan kepada

kemahiran menulis.

Masalah ini berpunca daripada:

2.1 Pendedahan yang tidak meluas terhadap kemahiran pratulisan.

2.2 Latihan kemahira pratulisan yang kurang.

2..3 Lemah motor kasar dan motor halus.

Sekiranya masalah ini berterusan, murid tidak akan dapat menulis dengan

baik dan kemas. Ini akan mengganggu proses pembelajaran murid dan

seterusnya sosio emosi murid juga akan dipengaruhi. Kami berharap agar kami

dapat mengatasi masalah ini walaupun peningkatannya hanya sedikit.

3

Page 4: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 4/31

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

Selepas menjalankan kajian ini, kami mengharapkan objektif yang disenaraikan

akan tercapai.

3.1 Objektif Umum.

3.1.1 Dapat meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran menulis.

3.1.2 Menanamkan minat menulis dalam diri murid.

3.1.3 Dapat menghasilkan penulisan yang baik dan kemas.

3.2 Objektif Khusus.

3.2.1 Penghasilan garis lengkung.

3.2.1.1 Murid dapat membentuk huruf yang mempunyai garis

lengkung dengan lebih kemas dan baik.

3.2.2 Menganggar jarak antara perkataan dalam ayat.

3.2.2.1 Murid dapat menganggarkan jarak antara perkataan

dalam ayat yang bersesuaian dan betul serta seragam

apabila menulis.

3.2.3 Penggunaan pembaris.

3.2.3.1 Pembaris dapat digunakan secara betul oleh murid

semasa menggaris.

4

Page 5: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 5/31

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Kajian ini melibatkan seorang murid perempuan di Prasekolah Seri

Cempaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Murid tersebut adalah

Qistina Aini Salha binti Zainuddin. Murid perempuan ini berusia enam tahun dan

berbangsa Melayu. Menurut guru kelas murid tersebut, murid ini merupakan

seorang murid yang pendiam. Walau bagaimanapun, murid ini dapat

memberikan kerjasama yang baik dalam sebarang aktiviti yang dijalankan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan Awal Masalah.

5.1.1 Pemerhatian.

Kami telah menjalankan pemerhatian terhadap murid

semasa berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran

dalam kelas. Hasil daripada pemerhatian semasa murid menulis

dalam kelas, kami mendapati murid dapat menulis namun

menghadapi masalah dalam menulis huruf yang mempunyai garis

lengkung. Murid juga diperhatikan agak lambat untuk meniru dan

menulis semula huruf berlengkung yang ditulis oleh guru di papan

putih di hadapan kelas.

5.1.2 Latihan kerja menulis.

5

Page 6: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 6/31

Murid telah diberikan dengan latihan kerja menulis oleh

kami. Semasa latihan ini dijalankan, kami dapat melihat masalah

murid untuk membentuk huruf-huruf yang mempunyai garis

lengkung. Selain itu, murid juga tidak dapat menganggarkan jarak

antara perkataan dalam ayat yang sesuai dan seragam.

5.1.3 Rekod kerja murid.

Hasil daripada penelitian kami terhadap hasil kerja murid,

kami mendapati garisan yang dihasilkan tidak lurus dan tidak

menggunakan pembaris seperti sepatutnya. Murid hanyamenggunakan pensel sahaja semasa menghasilkan garis lurus ini.

Corak-corak yang berlengkung pula tidak dapat disempurnakan

dengan baik dan kemas oleh murid.

5.1.4 Temu bual.

Melalui temu bual yang dijalankan bersama dengan gurukelas murid tersebut iaitu Puan Rozi binti Mustafar, kami

dimaklumkan bahawa murid tersebut mudah hilang tumpuan dan

cepat bosan apabila menulis. Murid juga menulis huruf secara tidak

sekata. Selain itu, murid jarang ingin menggunakan pembaris

semasa menggaris garisan.

5.1.5 Ujian diagnostik.

Ujian diagnostik telah dilaksanakan bagi mengesan masalah

murid dengan lebih khusus. Melalui ujian diagnostik yang

dijalankan, murid mengalami masalah dalam beberapa kemahiran

pratulisan. Kami memilih untuk membantu murid meningkatkan6

Page 7: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 7/31

penguasaan mereka dalam membentuk huruf dengan lebih baik

dan juga menentukan jarak antara perkataan yang sesuai.

Berdasarkan ujian diagnostik ini juga, kami dapat mengesan

masalah murid menggunakan pembaris dengan betul untuk

menggariskan jawapan.

5.1.6 Ujian pra.

Setelah ujian diagnostik dijalankan, kami meneruskan kajian

dengan menjalankan ujian pra terhadap murid. Ujian pra ini

bertujuan untuk mengesan secara lebih terperinci masalah yangdihadapi oleh murid ini berbanding ujian diagnostik. Ujian ini

bertemakan haiwan. Kami dapat mengesan masalah murid yang

menulis secara rapat perkataan-perkataan dalam satu ayat.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah.

5.2.1 Pemerhatian.

Melalui pemerhatian kami semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas, murid menghadapi masalah:

5.2.1.1 Murid bermasalah dalam membentuk huruf yang

mempunyai garis lengkung. Contohnya, murid menulis

huruf ‘u’ seperti huruf ‘v’.

5.2.1.2 Murid mengambil masa yang agak lama dalam

membentuk huruf yang bergaris lengkung berbanding

huruf yang tidak mempunyai garis lengkung.

5.2.2 Latihan kerja menulis.7

Page 8: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 8/31

Kami telah memberikan latihan kerja menulis kepada murid

tersebut. Hasilnya, kami mendapati:

5.2.2.1 Murid tidak dapat menghasilkan garis lengkung yang

betul. Contohnya, murid menulis huruf ‘s’ dengan

lengkungan yang sedikit sahaja pada hujungnya.

5.2.2.2 Lengkungan pada satu-satu huruf itu kadang-kala seperti

garisan lurus sahaja. Misalnya, huruf ‘u’ menjadi seperti v

sahaja.

5.2.2.3 Di samping itu, murid juga menulis secara rapat bagi

setiap perkataan dalam satu ayat. Misalnya, ‘saya sukakari’ ditulis secara ‘sayasukakari’.

5.2.3 Rekod kerja murid.

Penelitian terhadap rekod kerja murid mendapati murid

menghadapi masalah seperti berikut:

5.2.3.1 Murid tidak menggunakan pembaris apabila membuat

garisan lurus.

5.2.3.2 Corak-corak yang berlengkung pula tidak dapat

dihasilkan dengan baik.

5.2.4 Temu bual.

Kami telah menjalankan temubual tidak berstruktur bersama

dengan guru kelas murid tersebut. Melalui temu bual tersebut:

5.2.4.1 Murid tidak menggunakan pembaris apabila membuat

garisan lurus.

8

Page 9: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 9/31

5.2.4.2 Lengkungan bagi membentuk huruf tidak sama saiznya.

5.2.5 Ujian diagnostik.

Ujian diagnostik merupakan salah satu instrumen kami dalam

mengesan masalah pratulisan murid. Melalui pelaksanaan ujian

diagnostik yang dijalankan, kami mendapati bahawa:

5.2.5.1 Murid lemah dalam membentuk huruf yang mempunyai

garis lengkung.

5.2.5.2 Bentuk-bentuk lengkungan yang tidak sekata untuk

setiap huruf.

5.2.5.3 Murid menulis tanpa ada jarak antara perkataan apabila

menulis ayat.

5.2.5.4 Penggunaan pembaris yang tidak betul semasa

menggaris.

5.2.6 Ujian pra.

Ujian pra dijalankan dengan latihan menulis ayat yang disebut oleh

dengan betul dan kemas. Hasilnya, kami mendapati:

5.2.6.1 murid tidak menjarakkan perkataan-perkataan dalam

ayat.

5.3 Tindakan Yang Dilaksanakan.

9

Page 10: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 10/31

Kami telah membina dan melaksanakan tiga tindakan untuk

mengatasi masalah ini. Aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan di luar sesi

pengajaran dan pembelajaran kerana tidak terdapat dalam sukatan

pelajaran yang ditetapkan. Bagi setiap tindakan yang dijalankan, aktiviti-

aktiviti yang sama dijalankan ke atas murid. Bahan yang digunakan bagi

setiap aktiviti ialah buku ‘Bijak Menulis’ dan marker pen.

5.3.1 Tindakan 1

20 Ogos 2010

Aktiviti 1 (8.15 pagi – 8.45 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan garis lengkung.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1:Guru memperkenalkan buku ‘Bijak Menulis’ dan

kandungannya kepada murid.

Langkah 2:Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan membentuk garis lengkung.

Langkah 3:Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

10

Page 11: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 11/31

Langkah 4:Murid diminta untuk menjalankan aktiviti pertama iaitu

mengikut garis lengkung yang berlubang

menggunakan jari.

Langkah 5:Murid mengulang aktiviti tersebut beberapa kali.

Langkah 6:Selepas itu, murid diajar pula untuk mengikut garis

lengkung yang timbul dengan menggunakan jari juga

sebagai aktiviti kedua.

Langkah 7:Murid turut mengulang aktiviti ini beberapa kali sebelum

ke aktiviti seterusnya.

Langkah 8:Aktiviti ketiga pula ialah mengikut garis putus-putus

yang membentuk garis lengkung dengan menggunakan

marker pen.

Langkah 9:Langkah 4 sehingga 8 diulang untuk garis lengkung

yang lebih kecil pula.

Aktiviti 2 (8.45 pagi – 9.00 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan jarak antara perkataan.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menulis ayat dengan jarak yang betul

antara perkataan.

11

Page 12: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 12/31

Page 13: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 13/31

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan penggunaan pembaris

untuk menghasilkan garisan lurus. Langkah aktiviti yang dijalankan

adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menggunakan pembaris dengan betul

untuk menghasilkan garisan lurus.

Langkah 2: Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 3: Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menggaris semula

di atas garisan lurus yang telah ada dengan

menggunakan marker pen dan pembaris dengan betul

bagi gambar pertama.

Langkah 4: Bagi gambar kedua, murid dikehendaki menyambung

garis putus-putus tersebut dengan menggunakan

pembaris dan marker pen.

Langkah 5:Gambar ketiga pula perlu disempurnakan oleh murid

dengan menyambungkan titik-titik mengikut nombor 

yang sepadan menggunakan pembaris dan marker 

pen.

Refleksi Tindakan 1

Setelah kami melaksanakan tindakan satu ini, kami mendapati

bahawa murid telah mengalami peningkatan khususnya dalam

penghasilan garis lengkungnya. Murid berjaya menghasilkan garis

lengkung yang lebih baik berbanding sebelumnya. Di samping itu, murid

juga belajar menulis ayat dengan jarak perkataan diukur menggunakan13

Page 14: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 14/31

pembaris yang disediakan. Murid juga telah menggunakan pembaris

untuk menghasilkan gambar rumah. Selain itu, murid juga telah

menggunakan sepenuhnya masa bermain dengan bahan ini.

5.3.2 Tindakan 2

23 Ogos 2010

Aktiviti 1 (8.30 pagi – 9.00 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan jarak antara perkataan.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menulis ayat dengan jarak yang betul

antara perkataan.

Langkah 2: Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 3: Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menyalin ayat

dan menggunakan Batang Jarak 1 sebagai

penganggar untuk jarak antara perkataan. Murid

meletakkan Batang Jarak 1 selepas perkataanpertama dan menulis perkataan kedua di sebelah

Batang Jarak 1.

Langkah 4: Bagi ayat di baris kedua, murid perlu menggunakan

Batang 2 untuk menganggarkan jarak antara

14

Page 15: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 15/31

perkataan. Batang Jarak 2 lebih kecil sedikit jaraknya

berbanding Batang Jarak 1.

Langkah 5:Seterusnya, Batang Jarak 3 digunakan sebagai

penganggar jarak bagi ayat pada baris ketiga. Batang

Jarak 3 merupakan yang terkecil sekali berbanding

Batang Jarak 1 dan Batang Jarak 2.

Aktiviti 2 (9.00 pagi – 9.15 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan penggunaan pembaris

untuk menghasilkan garisan lurus. Langkah aktiviti yang dijalankan

adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menggunakan pembaris dengan betul

untuk menghasilkan garisan lurus.

Langkah 2: Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 3: Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menggaris semula

di atas garisan lurus yang telah ada dengan

menggunakan marker pen dan pembaris dengan betul

bagi gambar pertama.

Langkah 4: Bagi gambar kedua, murid dikehendaki menyambunggaris putus-putus tersebut dengan menggunakan

pembaris dan marker pen.

Langkah 5:Gambar ketiga pula perlu disempurnakan oleh murid

dengan menyambungkan titik-titik mengikut nombor 

15

Page 16: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 16/31

yang sepadan menggunakan pembaris dan marker 

pen.

Aktiviti 3 (9.15 pagi – 9.30 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan garis lengkung.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1:Guru memperkenalkan buku ‘Bijak Menulis’ dan

kandungannya kepada murid.

Langkah 2:Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan membentuk garis lengkung.

Langkah 3:Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 4:Murid diminta untuk menjalankan aktiviti pertama iaitu

mengikut garis lengkung yang berlubang

menggunakan jari.

Langkah 5:Murid mengulang aktiviti tersebut beberapa kali.

Langkah 6:Selepas itu, murid diajar pula untuk mengikut garis

lengkung yang timbul dengan menggunakan jari juga

sebagai aktiviti kedua.

Langkah 7:Murid turut mengulang aktiviti ini beberapa kali sebelum

ke aktiviti seterusnya.

16

Page 17: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 17/31

Langkah 8:Aktiviti ketiga pula ialah mengikut garis putus-putus

yang membentuk garis lengkung dengan menggunakan

marker pen.

Langkah 9:Langkah 4 sehingga 8 diulang untuk garis lengkung

yang lebih kecil pula.

Refleksi Tindakan 2

Apabila kami selesai menjalankan aktiviti ini, kami mendapatibahawa murid dapat menganggarkan jarak antara perkataan dengan baik.

Murid juga dapat menulis ayat dengan menjarakkan perkataan-perkataan

dalam ayat tersebut. Selain itu, murid dilihat bersemangat sekali untuk

menulis di atas kepingan yang disediakan. Secara sampingannya, kami

melihat peningkatan yang lebih baik daripada hari pertama bagi

penghasilan garisan lengkung murid serta penggunaan pembaris oleh

murid.

5.3.3 Tindakan 3

24 Ogos 2010

Aktiviti 1 (8.00 pagi – 8.30 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan penggunaan pembaris

untuk menghasilkan garisan lurus. Langkah aktiviti yang dijalankan

adalah seperti berikut:

17

Page 18: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 18/31

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menggunakan pembaris dengan betul

untuk menghasilkan garisan lurus.

Langkah 2: Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 3: Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menggaris semula

di atas garisan lurus yang telah ada dengan

menggunakan marker pen dan pembaris dengan betul

bagi gambar pertama.

Langkah 4: Bagi gambar kedua, murid dikehendaki menyambung

garis putus-putus tersebut dengan menggunakan

pembaris dan marker pen.

Langkah 5:Gambar ketiga pula perlu disempurnakan oleh murid

dengan menyambungkan titik-titik mengikut nombor 

yang sepadan menggunakan pembaris dan marker 

pen.

Aktiviti 2 (8.30 pagi – 8.45 pagi)

18

Page 19: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 19/31

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan garis lengkung.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1:Guru memperkenalkan buku ‘Bijak Menulis’ dan

kandungannya kepada murid.

Langkah 2:Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan membentuk garis lengkung.

Langkah 3:Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 4:Murid diminta untuk menjalankan aktiviti pertama iaitu

mengikut garis lengkung yang berlubang

menggunakan jari.

Langkah 5:Murid mengulang aktiviti tersebut beberapa kali.

Langkah 6:Selepas itu, murid diajar pula untuk mengikut garis

lengkung yang timbul dengan menggunakan jari juga

sebagai aktiviti kedua.

Langkah 7:Murid turut mengulang aktiviti ini beberapa kali sebelum

ke aktiviti seterusnya.

Langkah 8:Aktiviti ketiga pula ialah mengikut garis putus-putus

yang membentuk garis lengkung dengan menggunakan

marker pen.

Langkah 9:Langkah 4 sehingga 8 diulang untuk garis lengkung

yang lebih kecil pula.

19

Page 20: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 20/31

Aktiviti 3 (8.45 pagi – 9.00 pagi)

Kami menjalankan aktiviti berkaitan dengan jarak antara perkataan.

Langkah aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

Langkah 1: Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu

aktiviti latihan menulis ayat dengan jarak yang betul

antara perkataan.

Langkah 2: Guru membacakan arahan dan menerangkannya

kepada murid.

Langkah 3: Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menyalin ayat

dan menggunakan Batang Jarak 1 sebagai

penganggar untuk jarak antara perkataan. Murid

meletakkan Batang Jarak 1 selepas perkataan

pertama dan menulis perkataan kedua di sebelah

Batang Jarak 1.

Langkah 4: Bagi ayat di baris kedua, murid perlu menggunakan

Batang 2 untuk menganggarkan jarak antara

perkataan. Batang Jarak 2 lebih kecil sedikit jaraknya

berbanding Batang Jarak 1.

Langkah 5:Seterusnya, Batang Jarak 3 digunakan sebagai

penganggar jarak bagi ayat pada baris ketiga. Batang

20

Page 21: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 21/31

Jarak 3 merupakan yang terkecil sekali berbanding

Batang Jarak 1 dan Batang Jarak 2.

Refleksi Tindakan 3

Murid begitu teruja untuk menjalankan aktiviti ini. Hasilnya, murid dapat

menguasai cara menggunakan pembaris dengan betul untuk

menghasilkan garis lurus yang kemas dan teratur. Murid juga dapat

mengaplikasikan penggunaan pembaris secara betul dalam latihan yang

diberikan. Di samping itu, murid dapat memperbaiki penghasilan garis

lengkung serta penggunaan pembaris dalam menggaris.

5.3.4 Jadual Pelaksanaan Tindakan.

BIL TINDAKANTARIKH

PELAKSANAANCATATAN

1.Mengenalpasti dan bersuai kenal

dengan murid.3 hb Ogos 2010

2. Mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan yang dihadapi murid.

-Menjalankan pemerhatian

-Menjalankan sesi temu bual

- Pemerhatian ke atas hasil

9 hb Ogos 2010

21

Page 22: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 22/31

kerja murid.

3.Menjalankan Ujian Diagnostik ke

atas murid.11 hb Ogos 2010

4.Menjalankan Ujian Pra ke atas

murid.18 hb Ogos 2010

5.

Menjalankan tindakan 1 ke atas

murid menggunakan buku ‘Bijak

Menulis’.

20 hb Ogos 2010

Menjalankan tiga

aktiviti berdasarkan

kepada kelemahan

yang telah dipilih.

Memfokuskan

kepada kemahirangaris lengkung.

6.

Menjalankan tindakan 2 keatas

murid menggunakan buku ‘Bijak

Menulis’. 23 hb Ogos 2010

Menjalankan tiga

aktiviti berdasarkan

kepada kelemahan

yang telah dipilih.

Memfokuskan

kepada jarak antara

perkataan.

7.

Menjalankan tindakan 3 ke atas

murid menggunakan buku ‘Bijak

Menulis’.

24 hb Ogos 2010 Menjalankan tiga

aktiviti berdasarkan

kepada kelemahan

yang telah dipilih.

Memfokuskan

kepada

penggunaan

pembaris yang betul

semasa

menghasilkan garis

22

Page 23: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 23/31

lurus.

8.Menjalankan Ujian Pos ke atas

murid.25 hb Ogos 2010 Hasil ujian dianalisis

Jadual 1.0 Pelaksanaan Tindakan

5.3.5 Kos Kajian

BIL BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT

(RM)

JUMLAH

(RM)

1. Mountain board 3 keping 3.90 11.70

2. Kertas warna A2 3 keping 1.70 5.10

3. Span warna 2 keping 2.50 5.00

4. Marker pen 2 batang 2.50 5.00

JUMLAH BESAR (RM) RM 26.80

Jadual 2.0 Kos Kajian

* Bahan-bahan lain yang digunakan merupakan bahan terpakai.

23

Page 24: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 24/31

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN.

6.1 Tindakan 1

Aktiviti 1

24

Page 25: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 25/31

Page 26: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 26/31

Aktiviti 2 

‘BIJAK MENULIS’

Kemahiran : Pratulisan

Aktiviti : Menulis dengan jarak antara perkataan yang betul.

Masalah : Menulis secara rapat perkataan-perkataan dalam ayat.

Punca Masalah : Murid tidak menguasai kemahiran menganggar jarak.

Objektif : Murid dapat menganggarkan jarak antara perkataan dalam

ayat yang bersesuaian dan betul serta seragam apabila

menulis.

Langkah pengajaran:

1. Guru membacakan arahan dan menerangkannya kepada murid.

2. Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menyalin ayat dan

menggunakan Batang Jarak 1 sebagai penganggar untuk jarak

antara perkataan. Murid meletakkan Batang Jarak 1 selepas

perkataan pertama dan menulis perkataan kedua di sebelah

Batang Jarak 1.

3. Bagi ayat di baris kedua, murid perlu menggunakan Batang 2 untuk

menganggarkan jarak antara perkataan. Batang Jarak 2 lebih kecil

sedikit jaraknya berbanding Batang Jarak 1.

26

Page 27: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 27/31

4. Seterusnya, Batang Jarak 3 digunakan sebagai penganggar jarak

bagi ayat pada baris ketiga. Batang Jarak 3 merupakan yang

terkecil sekali berbanding Batang Jarak 1 dan Batang Jarak 2.

5. Akhir sekali, murid menulis semula ketiga-tiga ayat tanpa

menggunakan Batang Jarak.

Aktiviti 3 

‘BIJAK MENULIS’

Kemahiran : Pratulisan

Aktiviti : Menyambung garisan dan titik dengan menggunakan

pembaris.

Masalah : Penggunaan pembaris yang tidak betul semasa menggaris.

Punca Masalah : Murid tidak tahu menggunakan pembaris dengan betul

untuk menggaris.

Objektif : Pembaris dapat digunakan secara betul oleh murid

semasa menggaris.

Langkah pengajaran:

1. Guru membacakan arahan dan menerangkannya kepada murid.

27

Page 28: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 28/31

2. Murid menjalankan aktiviti satu iaitu menggaris semula di atas

garisan lurus yang telah ada dengan menggunakan marker pen

dan pembaris dengan betul bagi gambar pertama.

3. Bagi gambar kedua, murid dikehendaki menyambung garis putus-

putus tersebut dengan menggunakan pembaris dan marker pen.

4. Gambar ketiga pula perlu disempurnakan oleh murid dengan

menyambungkan titik-titik mengikut nombor yang sepadan

menggunakan pembaris dan marker pen.

6.2 Tindakan 2

- Pelaksanaan tindakan adalah sama seperti Tindakan 1.

6.3 Tindakan 3

- Pelaksanaan tindakan adalah sama seperti Tindakan 1.

7.0 ANALISIS DAPATAN.

7.1 Pemerhatian.

Berdasarkan pemerhatian kami terhadap murid selepas menjalankan

strategi ini, murid dapat:

28

Page 29: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 29/31

7.1.1 Penghasilan garis lengkung

7.1.1.1 Murid dapat menghasilkan garis lengkung dengan lebih

baik.

7.1.1.2 Murid dapat membentuk huruf yang mempunyai garis

lengkung dengan lebih kemas dan baik.

7.1.2 Menganggar jarak antara perkataan dalam ayat.

7.1.2.1 Murid dapat menganggarkan jarak antara perkataan

dalam ayat yang bersesuaian dan betul serta seragam

apabila menulis.

7.1.3 Penggunaan pembaris.

7.1.3.1 Pembaris dapat digunakan secara betul oleh murid

semasa menggaris.

7.2 Ujian pos.

Melalui ujian pos yang dijalankan, didapati murid telah:

29

Page 30: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 30/31

7.2.1 Murid dapat membentuk huruf yang mempunyai garis lengkung

dengan baik.

7.2.2 Murid dapat menulis ayat dengan jarak antara perkataan yang

sesuai dan seragam.

8.0 REFLEKSI KAJIAN.

Semasa melaksanakan kajian ini, kami menghadapi masalah apabila

marker pen yang digunakan mudah terpadam dan mengotorkan hasil kerja

murid. Kami perlu membantu murid dalam pelaksanaan aktiviti yang

menggunakan marker pen agar masalah ini tidak mencacatkan hasil kerja murid

dan mengganggu tumpuan murid. Murid pula dapat memberikan kerjasama yang

baik dan begitu bersemangat menjalankan aktiviti yang diberikan.

Selepas kajian dijalankan, kami mendapati murid dapat mengatasi

masalah menghasilkan huruf yang mempunyai garis lengkung. Murid dapat

menulis huruf dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, murid juga telah

mampu menulis ayat dengan jarak yang sesuai antara perkataan. Jarak antara

perkataan juga dilihat seragam antara semua perkataan. Murid juga telah mahir 

dalam menggunakan pembaris semasa membuat garisan lurus. Garisan lurus

yang dihasilkan semakin kemas dan bersih.

Strategi ini telah berjaya membantu kami mencapai objektif yang telah

kami tetapkan pada awal kajian. Murid berjaya menguasai semua kemahiran

30

Page 31: LAPORAN PRATULISAN

8/7/2019 LAPORAN PRATULISAN

http://slidepdf.com/reader/full/laporan-pratulisan 31/31

yang kami terapkan dan dapat juga diaplikasikan dalam proses

pembelajarannya.

9.0 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA.

Melalui kajian ini, terdapat beberapa cadangan yang dapat kami berikan

untuk tindakan yang seterusnya. Alat mengajar iaitu buku ‘Bijak Menulis’

bolehlah diperkemaskan lagi agar murid lebih teruja untuk menjalankan aktiviti

menggunaka buku ini. Selain itu, aktiviti pratulisan ini perlulah dipelbagaikan dan

melibatkan aktiviti-aktiviti yang lebih aktif dan menarik agar murid juga akan

bersemangat dan cergas sepanjang menggunakan buku ‘Bijak Menulis’ ini.

Bentuk-bentuk dalam aktiviti garis lengkung dan menyambungkan garisan dan

titik dengan menggunakan pembaris boleh diperbanyakkan lagi agar dapat

mengelakkan murid mudah bosan dan jemu semasa menjalankan aktiviti

tersebut.

Kami berharap agar kajian dan strategi ini dapat membantu murid dalam

menajamkan lagi kemahiran pratulisan mereka dan seterusnya menyediakan

mereka ke arah peringkat kemahiran menulis.