esei lengkap kritikan dan penafsiran sumber

Upload: cikuna92

Post on 03-Jun-2018

272 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    1/11

    1 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    PENGENALAN

    Istilah History yang diguna pakai pada masa kini oleh para sejarawan merupakan

    terjemahan dari perkataan Yunani yakni Historiesyang membawa makna satu penyelidikan

    ataupun kajian.Dari sudut lain pula,perkataan sejarah (History)berpunca daripada parkataan arab

    iaitu Syajaratun yang bermaksud pohon.

    Definisi sejarah mengikut tafsiran pertama aliran objektif ialah kisah-kisah yang berlaku

    pada masa lampau.Manakala mengikut tafsiran kedua ialah kajian atau penyelidikan tentang

    kisah-kisah yang berlaku pada masa lampau.Dari segi etimologi istilah historiadari bahasa

    Greek yang kemudiannya dipakai dalam bahasa-bahasa lain seperti history(inggeris),

    histoire(perancis) dengan maksud penyelidikan atau penyiasatan(research,inquiry).Pendek kata

    sejarah ialah kajian atau penyelidikan yang dijalankan ahli sejarah.

    Menurut pandangan Bapa SejarahHerodutus sejarah ialah satu kajian untuk

    menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seorang tokoh,masyarakat,dan peradaban.Mengikut

    definisi yang diberikan oleh Aristotle bahawa sejarah merupakan satu sistem yang mengira

    kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.Pada masa yang sama menurut beliau

    juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,rekod-rekod atau

    bukti-bukti yang kukuh.

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    2/11

    2 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    Drs Sidi Gazalba memberi makna dengan mencuba menggambarkan sejarah sebagai

    masa lampau manusia dan persekitarannya yang tersusun secara ilmiah dan lengkap meliputi

    urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan

    kefahaman tentang apa yang berlaku.Manakala Shefer pula berpendapat bahawa sejarah adalah

    peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.

    Mengikut pandangan R.G Collingwood sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau

    penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa

    lampau.bahkan baginya semua sejarah ialah pementasan kembali pemikiran masa lampau di

    dalam akal pemikiran esjarawan.Sebagai usaha susulan bagi memahami sejarah Kamus Dewan

    dan Pustaka telah memberikan sejarah sebagai asal-usul,keturunan,salasilah,riwayat,peristiwa

    yang benar-benar berlaku pada masa lampau,kisah,tambo,tawarikh,dan kajian atau pengetahuan

    mengenai peristiwa yang telah berlaku.

    Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan fakta-

    fakta dan bukti-bukti yabg sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan

    supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah.Dengan itu akan timbul sikap

    waspada(awareness)dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran

    sejarah ia dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalah yang dihadapi agar peristiwa-

    peristiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran berguna.

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    3/11

    3 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    Pengertian sejarah dapat dilihat dalam tiga dimensi iaitu epistomologi(kata

    akar),metodologi(kaedah sesuatu sejarah itu dipaparkan)dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu

    yang dianalisa secara teliti untuk menentukan sama ada benar atau tidak.

    MAKNA SUMBER

    Sumber merupakan suatu yang boleh menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran

    atau penulisan seperti yang dikatakan oleh Muhd Yusof Ibrahim. Sumber adalah berbeza dengan

    ilham kerana sumber tidak bersifat abstrak ataupun spontan tetapi sumber boleh dirujuk semula

    apabila diperlukan.Sumber sejarah telah wujud dalam pelbagai bentuk ada sumber ditulis pada

    kertas,dipahat seperti batu bersurat,diukir pada kayu,buluh,tulang,tanduk,daun,kepingan

    logam,dan sebagainya.

    Menurut Oxford English OIC sumber adalah merujuk kepada sebuah karya dan lain-lain

    yang menyediakan maklumat atau bukti khusus yang bersifat tulen atau asli berkenaan sesuatu

    fakta,peristiwa atau siri hal-hal tersebut.Pada lazimnya sumber-sumber sejarah diertikan sebagai

    bahan bertulis atau bercetak. Sumber menurut pandangan Profesor Sartono Kartodirdjo pula

    adalah membawa maksud dokumen,monument,artifak,foto,tape,dan lain-lain lagi selain data

    verbal yang berbentuk tulisan.Sumber sejarah juga digelar dokumenyang mengikut Kamus

    Dewan beerti keterangan(bukti )bertulis atau bercetak,surat yang boleh dijadikan keterangan atau

    bukti seperti surat nikah,atau surat beranak.

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    4/11

    4 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    Sumber dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sumber pertama yang disebut sumber

    primer dan sumber kedua yang disebut sumber sekunder.Sumber primer ialah sumber yang

    biasanya belum ditafsir dn diperlengkapkan serta keadaannya sendiri adalah sumber pertama

    yang mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku seperti contoh surat rasmi,surat tidak

    rasmi,catatan,laporan harian,diari serta dokumen.

    Sumber sekunder secara mudahnya dapat difahami sebagai tulisan atau buku yang

    dihasilkan oleh seorang sejarawan tentang sesuatu peristiwa atau seorang tokoh dengan

    didasarkan kkepada interpretasi atau tafsiran serta penyelidikan terhadap sumber primer.Sumber

    sekunder ini merupakan tafsiran,penyeluruhan,kesimpulan,dan malahan andaian yang dibuat

    seorang penyelidik terhadap perkara-perkara yang diselidik dengan bersandarkan sumber

    utama.Sumber sekunder digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan,perbandiingan,ungkapan

    bagi mengukuhkan pandangan serta tafsiran terhadap perkara yang diselidiki mereka.Contoh

    sumber sekunder ialah buku,majalah,tesis.surat khabar dan lain-lain.

    Menurut Louis Gottschalk sumber primer ialah keterangan dari saksi iaitu seorang atau

    sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia ceritakan itu manakala sumber sekunder pula ialah

    keterangan daripada seorang yang tidak hadir di dalam kejadian yang dia ceritakan itu.Namun

    begitru definisi ini telah ditentang oleh Aurthur Marwick.Beliau berpendapat bahawa sumber

    primer ialah bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asal,mentah,dan dikatakan tidak sempurna

    manakala sumber sekunder pula ialah tulisan sejarah seperti karya sejarah yang

    teesusun,rencana,disserti,atau buku.

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    5/11

    5 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    PENTAFSIRAN SUMBER

    Penafsiran sumber merupakan proses mentafsir sumber yang telah didapati dan perlu

    diolah untuk menjadi panduan yang berguna. Pentafsiran sumber boleh dibahagikan kepada dua

    sumber utama iaitu sumber objektif dan sumber subjektif. Setelah penyelidikan sesuatu sumber

    sejarah telah diperoleh perkara yang harus diambil kira oleh para sejarawan terhadap kajiaannya

    iaitu sama ada ia harus terikat ataupun terpisah daripada kajiannya. Dengan memahami konsep

    subjek dan objek, maka timbullah kepada persoalan subjektiviti dan objektiviti. Konsep

    subjektiviti bermakna sejarah sebagai ditulis atau dikisahkan manakala objektiviti merupakan

    sejarah sebagaimana terjadinya. Dalam menjelaskan konsep ini maka timbul dua aliran

    pemikiran yang cuba mempertahankan pendirian masing-masing terhadap aliran yang bersifat

    objektiviti mahupun subjektiviti. Ramai pengkaji melihat adanya pemisahan mutlak antara

    subjektiviti dengan objektiviti. Objektiviti dari segi sejarah diukur berdasarkan kepada ketepatan

    dan kejituan. Sejarah yang objektif itu memerlukan penulisan yang berdasarkan kepada

    kenyataannya dan fakta yang dikemukakan. Dalam hal ini pentafsiran sejarawan perlu bersifat

    adil dan rasional dan tidak mudah terlalu memihak atau berat sebelah. Tradisi ini telah

    membawa kepada asas aliran sejarah yang objektif seperti mana yang telah dicetusakan oleh

    Leopard von Ronke yang mengataka matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan

    kejadian-kejadian sebagaimana sebenarnya berlaku. Secara umumnya tafsiran para sejarawan

    tentang sesuatu peristiwa yang objektif adalah tidak seperti yang diharapkan kerana masing-

    masing mempunyai pendirian sendiri, dan bersikap berat sebelah. Contohnya Thucydides

    dikatakan menekankan soal objektiviti dalam penulisannya. Oleh yang demikian, tafsiran yang

    objektif perlu berasaskan kepada keyakinan tanpa dipengaruhi aspek lain dalam memperoleh

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    6/11

    6 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    fakta-fakta sejarah yang tepat dan menambah kepercayaan bahawa sejarah itu bersifat saintifik

    dan objektif.

    Namun tidak semua aliran mampu diterima oleh para sejarawan dan sebagaimana yang

    disebutkan mereka tidak terlepas dari melakukan penulisan subjektif. Hal ini kerana factor

    semulajadi manusia yang memiliki naluri dan kecenderungan untuk membuat pilihan dan

    berpihak kepada sesuatu yang dianggap mempunyai kepentingan sahaja. Tidak dapat dinafikan

    manusia memiliki naluri kecenderungan sedemikian untuk memilih satu pihak sahaja walaupun

    bukti-bukti dan dokumen sejarah masih tersimpan dengan sempurna. Contohnya Herodutus

    adalah sebagai pencetus apabila beliau telah memuji kemenangan Greek dan menuduh raja-raja

    Parsi sebagai angkuh dan kejam. Selain itu factor agama berserta ideology atau pegangan

    seseorang menguatkan lagi kecenderungan mereka untuk bersifat subjektif. Misalnya tentang

    ajaran agama islam bahawa fungsi manusia adalah untuk memakmurkan muka bumi dan menjadi

    khalifah. Disamping itu mereka turut berjihad. Oleh itu tidak mungkin sejarawan muslim

    bertaqwa mengabaikan kewajipan untuk berjihad dan berdakwah dalam penulisannya walaupun

    akan ditudah sebagai propaganda. Disamping itu terdapat juga factor lain tentang ideology atau

    aliran falsafah secular mengenai tafsiran sejarah iaitu semangat nasionalisme, patriotism,

    marxisme, relativisme dan Darwinisme (evolusionisme) yang sedikit sebanyak menjejaskan

    konsep penulisan yang saintifik. Contohnya fahaman relativisme iaitu keyakinan tentang

    berlakunya perubahan nilai dengan berubahnya ruang dan waktu yang tidak dapat dinafikan para

    sejarawan turut terpengaruh mengenai pendapat yang dikemukakan.

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    7/11

    7 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    KRITIKAN SUMBER

    Kritikan terhadap sumber sejarah merupakan salah satu proses penting dalam

    menghasilkan sesuatu penulisan sejarah.Kritikan ini wujud daripada perasaan sangsi terhadap

    keterangan yang dberikan oleh saksi atau pun bahan-bahan dikemukan oleh saksi.Oleh

    itu,kritikan sumber amat penting dalam menentukan kesahihan sesuatu sumber yang diperoleh

    seseorangpenyelidik sejarah.Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding of History telah

    membandingkan pengkajian sesuatu bahanoleh penyelidik dalam bidang sejarah,psikologi dan

    sosiologi. Beliau juga mengatakan bahawa pengkaji dalam bidang psikologi dan sosiologi mudah

    untuk mengesahkan sesuatu bahan yang didapati kerana bahan tersebut berlaku atau terjadi di

    depan mata,berbeza dengan pengkaji dalam bidang sejarah yang perlu mengkaji sumber yang

    diperoleh itu bukan berlaku di depan mata.Yakni perkara yang mungkin berlaku sebelum

    seseorang pengkaji itu lahir atau masih muda untuk mengingati sesuatu peristiwa penting

    tersebut.Walau bagaimanapun,beliau juga ada mengatakan bahawa jika sesuatu sumber itu tidak

    disahkan ketulenennya, maka seseorang penulis sejarah mudah terdedah kepada pembocoran

    maklumat-maklumat penting kerajaan,penyampaian maklumat yang songsang dan tulisan mudah

    dipengaruhi oleh unsur-unsur luar seperti tujuan politik. Kritikan sumber dapat dibahagikan

    kepada dua cara iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman.

    KRITIKAN LUAR

    Kritikan sumber luaran atau authencity dijalankan untuk menentukan kesahihan sesuatu

    sumber atau bahan sejarah itu asli dari segi fizikalnya iaitu perkara-perkara yang boleh dinampak

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    8/11

    8 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    oleh mata dan disentuh oleh tangan. Pada asasnya, sesuatu sumber sejarah itu perlu dianalisis

    dari sudut usianya kemudian barulah ke peringkat seterusnya seperti jenis tulisan, jenis kertas

    yang digunakan dan sebagainya.Kebiasaanya,proses analisis ini dijalankan oleh pakar-pakar

    kimia, pegawai perpustakaan yang terlatih mahu pun pihak arkib kerana kepakaran ini tidak

    dimiliki oleh pakar sejarah. Kritikan luaran ini boleh dilakukan dalam beberapa cara iaitu ujian

    kimia,ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan sebagainya.Ujian kimia dijalankan dalam

    menentukan usia sesuatu sumber sejarah atau dokumen yang diperoleh dan keadaan kertas,

    dakwat dan cap yang digunakan dalam dokumen tersebut kerana ianya berubah mengikut faktor

    masa.Dalam ujian bahasa,pakar-pakar yang berkaitan akan mengkaji mengenai penggunaan

    gaya bahasa,struktur ayat,nahu bahasa,ejaan,istilah dan sebagainya yang turut mengalami

    perubahan mengikut masa yakni penggunaan bahasa zaman klasik berlainan daripada

    penggunaan bahasa zaman moden.Hal ini dibuktikan oleh G.J. Garraghan yang mengatakan

    Gaya tulisan Latin oleh Livy bertarikh abad pertama tidak sama dengan gaya tulisan

    Latin Einhard pada abad kesembilan.

    Ujian tulisan tangan pula hanya akan dikaji pada dukumen-dokumen yang bertulis tangan

    sahaja.Pakar juga boleh mendedahkan perbuatan meniru melalui ujian ini kerana setiap tulisan

    tangan mempunyai gaya dan cirri tersendiri seperti yang dikatakan oleh G.R.Garrghan.Selain

    menggunakan pakar-pakar kimia,ujian ini juga boleh dijalankan dengan cara mengenalpasti sama

    ada sesuatu bahan yang digunakan terhadap sumber sejarah itu wujud pada waktu sumber sejarah

    itu dicatat.Percetakan hanya wujud pada abad ke-15 iaitu pada tahun 1400-an.Penulisan yang

    menggunakan pensil hanya wujud pada tahun 1500-an atau abad ke-16.Dalam kes Buku Harian

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    9/11

    9 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    Hitler,pakar dapat membuktikan bahawa buku yang dijumpai oleh seorang wartawan bernama

    Gred Heidemen tidak sah kerana pada tahun 1150 T.M. kulit kambing digunakan sebagai kertas.

    KRITIKAN DALAMAN

    Kritikan dalaman merupakan bidang kajian yang penting dalam penafsiran sumber-

    sumber sejarah. Tujuannya ialah untuk menentukan kebenaran, kesahihan, dan rasional tentang

    sesuatu isi kandungan sumber sejarah tersebut. Kebenaran dan kesahihan sesuatu sumber boleh

    dilihat dengan menghubungkait beberapa persoalan seperti siapa, bila dan dimana? Kritikan

    dalaman dilakukan oleh ahli sejarawan itu sendiri tanpa memerlukan kerjasama daripada ahli

    bidang lain tidak seperti kritikan luaran. Penafsiran sumber amat penting dalam aspek kritikan

    dalaman ini. Setiap tindakan dan kritikan yang dikaji haruslah ditafsir secara rasional dengan

    keterangan yang diberikan oleh saksi. Hal ini bagi memastikan sesuatu sumber yang diterima itu

    bebas daripada unsur-unsur mitos, lagenda, berunsur dewa-dewi, dan sebagainya. Ahli sejarawan

    perlu mengkaji setiap peristiwa yang berlaku itu dengan fikiran yang rasional dan boleh diterima

    akal. Fakta yang diterima juga haruslah benar dan tidak palsu juga bukan rekaan semata-mata.

    Di samping itu, ahli sejarawan juga harus memastikan terlebih dahulu tentang latar

    belakang seseorang saksi atau pemberi maklumat. Gottschalk pernah menyatakan bahawa

    wujudnya saksi-saksi yang berkepentingan seperti pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan atau

    ahli-ahli politik yang cuba untuk mempengaruhi ahli sejarawan. Ahli sejarawan juga perlu

    memeriksa dengan teliti dan berhati-hati sebelum mengambil sebarang fakta atau sumber dalam

    penulisan mereka supaya tidak berlaku kekeliruan pada masa akan datang.

    Ahli sejarawan juga perlu bijak memilih dan menyelesaikan pendapat-pendapat yang

    bercanggah dengan apa yang mereka ketahui. Ahli sejarawan harus bijak menilai untuk

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    10/11

    10 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    menerima atau menolak sesuatu keputusan atau pendapat yang dirasakannya bercanggah.

    Biasanya, ahli sejarawan akan menolak bukti yang bercanggah dengan fakta yang sedia ada

    tetapi jika terdapat sesuatu bukti yang baru diketahui dan bukti-bukti itu benar-benar sahih,

    barulah ahli sejarawan membuat keputusan untuk menerima bukti-bukti berkenaan.

    CONTOH-CONTOH KRITIKAN SUMBER

    Pada awal tahun 1983, Stern, sebuah majalah Jerman mengumumkan Buku Harian Hitler

    telah dijumpai oleh Gerd Heidemann. Buku Harian yang dikatakan mengandungi tulisan tangan

    Hitler telah menimbulkan kesangsian kepada seorang sejarawan yang bernama Ver Since David.

    Beliau menimbulkan dua persoalan iaitu mengapa Stern mengatakan bahawa Hitler dapat

    menulis di dalam diarinya tanpa sebarang perubahan pada bentuk tulisannya pada 20 Julai 1944

    sedangkan pada tarikh yang sama, Hitler terpaksa berjabat tangan dengan tangan kiri iaitu

    selepas berlakunya peistiwa bom?. Kedua, mengapa di dalam dokumen itu juga bersama Buku

    Harian Hitler wujud pertentangan yang mempunyai kepala surat dan pantun yang palsu?. Hal ini

    telah menyebabkan pakar-pakar dari Arkib Persekutuan Jerman Barat menjalankan ujian kimia

    ke atas bahan-bahan yang digunakan seperti dakwat, kertas, bahan penjilidan dan pelekat dan

    akhirnya didapati Buku Harian Hitler itu adalah palsu.

    Selain itu, di Eropah, dokumen Donation of Constantine telah dikatakan dikeluarkan atas

    nama Maharaja Constantine oleh seorang paderi Rom pada abad ke-8 bagi mengukuhkan suatu

    teori gereja iaitu paus-paus agama Katolik mempunyai hak yang meluas terhadap tanah di

    Eropah. Pada abad ke-14, Lorenzo Valla telah mengungkitkan kesahihan dokumen itu. Beliau

    telah mempersoalkan beberapa perkara iaitu beliau berpendapat adalah tidak munasabah

  • 8/12/2019 Esei Lengkap Kritikan Dan Penafsiran Sumber

    11/11

    11 Kritikan dan petafsiran sumber sejarah.

    Dibuat oleh : Muhammad Hafifi bin Salim (109717),Nabilah binti Zainon Abidin (106917),

    Nadia binti A Jalal 9106918) dan Najihah binti Abdul Ghofur (106919).

    dokumen itu dijumpai di Decretum dan beliau juga tidak percaya bahawa Maharaja Constantine

    sanggup memberikan empayarnya kepada paus-paus sementara hal itu ditentang oleh anak,

    keluarga dan rakan-rakannya. Lorenzo Valla mempersoalkan adakah relevan Maharaja

    Constantine bertinda sedemikian rupa. Maka Lorenzo Valla terus mengkaji dan mendapati

    mustahil dokumen itu ditulis pada abad ke-4 iaitu semasa zaman pemerintahan Maharaja

    Constantine sedankan format dan isi kandungannya dilihat sudah ketinggalan zaman. Justeru itu,

    dokumen itu akhirnya dianggap sebagai dokumen palsu.

    KESIMPULAN

    Dengan ini jelaslah bahawa kritikan dan penafsiran sumber amat penting dalam

    menghasilkan sesebuah penulisan sejarah. Cara ini dapat mengelakkan para pengkaji sejarah

    dalam memalsukan,menciplak dan menyongsangkan sumber yang didapati selain membiarkan

    hasil sejarah dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Hal ini selari dengan konsep yang dipegang

    oleh Bapa Pensejarahan Moden iaitu Leopold von Ranke iaitu wie es eigentlich gewesen

    (seperti sebenarnya berlaku).