esei edu gangguan emosi (recovered)

11
PENGENALAN Emosi merupakan salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap insan di muka bumi ini. Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu faham emosi pelajar kerana dalam kalangan mereka terdapat perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani. Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Tekanan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah. Jika tekanan emosi yang terjadi kepada murid berlarutan, ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan berlaku gangguan mental. Definisi Tekanan Emosi Tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tekanan emosi merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Morstt & Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujukan keadaan tidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.

Upload: siti-noory

Post on 15-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Emosi merupakan salah satu tunjang yang penting dalam kehidupan setiap insan di muka bumi ini. Menurut Kamus Dewan (2007), emosi bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru perlu faham emosi pelajar kerana dalam kalangan mereka terdapat perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani. Konflik atau gangguan dalaman akan memberi kesan ke atas tingkah laku seseorang. Tekanan emosi berlaku apabila situasi atau masalah yang dihadapi melebihi kebolehan seseorang untuk mengatasinya. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak terutama murid-murid di sekolah. Jika tekanan emosi yang terjadi kepada murid berlarutan, ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan berlaku gangguan mental.

Definisi Tekanan Emosi

Tekanan emosi atau stres merupakan sesuatu yang memang tidak asing lagi bagi orang yang kerap menghadapi masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, tekanan emosi merupakan satu keadaan di mana seseorang itu merasa resah, cemas, tegang dan sebagainya akibat daripada tekanan mental atau fizikal. Morstt & Furst (1979:7) menyatakan tekanan atau stress adalah sesuatu keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh mewujukan keadaan tidak selasa atau tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan.Dalam A Dictionary of Human Behaviour (1981:121) pula member definisi tekanan sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk sesuatu masa yang boleh menggugatkan keupayaan seseorang untuk mengendali sesuatu situasi. Ada juga ahli psikologi mengaitkan dengan persekitaran dalam mendefinisikan tekanan. Ini berdasarkan kepada pendapat Kaplan (1983: 296) yang menyatakan bahawa tekanan wujud akibat daripada kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia akan menyebabkan individu mengalami ketegangan. Kesimpulannya, tekanan atau stress merupakan satu tindak balas tubuh kepada keadaan fizikal atau emosi yang menyebabkan ketidak seimbangan dalam kehidupan seseorang. Tekanan kadang kala adalah suatu perkara yang normal dan boleh diramal dalam kehidupan kita. Kanak-kanak dan remaja bertindak balas dengan cara yang berbeza terhadap tekanan. Sesetengah mereka jatuh sakit. Sesetengahnya mungkin berputus asa, gementar, dan ada juga yang marah-marah dan meminta perhatian. Dalam sesetengah kes, tekanan emosi boleh juga membantutkan perkembangan pelajar tersebut.

Secara keseluruhannya tekanan emosi adalah: Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran, gangguan fungsi kehidupan, perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup, peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif, tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh. Hakikatnya tekanan emosi itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kadang kala kita memerlukan tekanan sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita.

TANDA-TANDA TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH Tekanan emosi yang tidak dapat diatasi akan membawa kepada gangguan pemikiran, pelbagai perubahan tingkah laku seperti ketakutan, kebimbangan dan kemurungan. Pelajar yang menghadapi tekanan emosi dapat dikenal pasti melalui beberapa tanda iaitu kurang selera makan, loya tekak dan sering muntah, suka menyendiri atau mengasingkan diri. Mereka juga sering mengalami sakit perut atau sakit kepala, kemurungan, kelihatan sedih atau kecewa, kurang keyakinan diri, kerap menangis tanpa sebab dan kencing malam. Selain itu, mereka juga suka menggigit kuku, cepat marah dan bertindak agresif. Mereka juga menunjukkan kebimbangan yang melampau, kelihatan lesu atau letih dan sering mengantuk, kerap diserang penyakit dan bertingkah laku ganjil.PUNCA TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH Terdapat banyak punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam kalangan murid di sekolah. Terri Mouro (2004) menyatakan punca-punca gangguan emosi murid boleh dikategorikan kepada faktor kekeluargaan, faktor rakan sebaya, , faktor guru, faktor sekolah dan faktor persekitaran masyarakat.

Tekanan emosi dalam kalangan pelajar berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya, berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud pelajar mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada pelajar nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu pelajar yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Terdapat juga kes dibuli rakan semasa di sekolah tanpa pengetahuan guru atau pentadbir menyebabkan mangsa mengalami tekanan emosi yang hebat. Faktor guru yang sering mengamalkan diskriminasi atau pilih kasih juga menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca pelajar mengalami tekanan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan pelajar. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang pelajar. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, pelajar akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, pelajar berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Pelajar yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.Pelajar yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Pelajar yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Pelajar ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Pelajar sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Pelajar yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku pelajar di dalam kelas.

Faktor persekitaran masyarakat juga, antara faktor tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Pelajar yang pandai diterima oleh masyarakat manakala pelajar yang lemah disingkirkan. Dikelilingi oleh masyarakat yang tidak mengambil tahu dan tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Pelajar yang pernah mengalami gangguan seksual atau dirogol oleh jiran pasti akan mengalami masalah tekanan emosi jika tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan pelajar terbabit akan mengalami gangguan mental dan bertindak di luar dugaan.

ISU-ISU YANG BERKAITAN

Kes pertama, seorang pelajar lepasan UPSR 2007, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidurnya gara-gara mengalami tekanan emosi kerana tidak mendapat 5A di dalam peperiksaan tersebut seperti yang diharapkan oleh keluarga.

Kes ke dua, seorang pelajar tingkatan tiga, cuba menelan pil tidur berlebihan dengan niat membunuh diri kerana tekanan emosi akibat masalah penceraian ke dua ibu bapa, sering dimarahi guru dan bapanya di hadapan rakan-rakan.

Kes ke tiga , di Butterworth, seorang murid tahun enam mengalami trauma dan tekanan emosi dengan tidak pulang ke rumah setelah dirotan oleh guru dan dihalau keluar dari bilik darjah.

Kes ke empat, di Melaka, seorang pelajar tingkatan lima mati akibat tindakan nekad meminum racun setelah kecewa dengan keputusan SPM.

Kes ke enam, di Kuala Terengganu, apabila seorang remaja membunuh bapanya dan mencederakan abangnya dengan mengunakan pisau yang dihasilkan sendiri oleh bapanya.

Dalam satu kes, seorang pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian SekolahRendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut, dan tidakdapat tidur nyenyak. Ini semua berpunca daripada perasaan resah, dan kurang keyakinan yang dia akan dapat melepasi halangan akademik itu dengan jayanya.

Dalam kes yang lain pula seorang kanak-kanak enam tahun dibawa ke klinik kerana sering kencing malam. Apabila diperiksa tahap kesihatannya memuaskan tetapi apabila diselidiki keaadaan psikologi keluarganya, doktor mendapati bahawa ayahnya bekerja jauh dan tidak pulang selama enam bulan dan kanak-kanak ini rapat dengan ayahnya. Ketiadaan ayahnya menyebabkan dia tidak mendapat perhatian yang diharapkan. Tekanan emosi atau stress akhirnya menyebabkan dia sering kencing malam dan mencuri barang kawan-kawannya di tadika. Satu lagi contoh tekanan emosi ialah kanak-kanak sering kencing malam dan tiada selera untuk makan akibat suasana rumah yang kurang stabil di mana ibu bapa sering bertelagah dan ada ura-ura untuk berpisah atau bercerai.

Ini adalah antara kes yang dipaparkan disini sebenarnya banyak lagi kes-kes lain yang berlaku akibat dari tekanan emosi dalam kalangan pelajar sekolah. Gangguan emosi bukan sahaja terjadi dalam kalangan orang dewasa bahkan dalam kalangan remaja, kanak-kanak malah peringkat bayi juga.

PENDAPAT DAN HUJAH

Kebelakangan ini, terdapat beberapa kejadian bunuh diri yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Walau apapun puncanya, sudah pasti ia berkaitan dengan masalah tekanan emosi atau gangguan terhadap kesihatan mental pelajar terbabit. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah 20.3 peratus. Ini menunjukkan peningkatan berbanding 13 peratus pada tahun 1996. Dengan peningkatan ini, pada Januari 2011, Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan memutuskan supaya satu projek perintis Program Minda sihat Menangani Stress dilaksanakan di enam buah sekolah menengah di seluruh Malaysia. Program ini adalah untuk mengenalpasti status kesihatan mental pelajar-pelajar melalui saringan tahap stress, keresahan dan kemurungan. Mereka yang bermasalah akan diberi intervensi sewajarnya termasuk kaunseling.

Peratusan kes daripada hasil kajian tersebut yang secara relatifnya agak tinggi, sudah pasti membimbangkan kita semua. Hal ini perlu ditangani segera agar jumlah kes tidak terus meningkat hingga mengundang keadaan yang lebih serius berlaku. Oleh hal yang demikian, gejala masalah kesihatan mental dalam kalangan remaja atau pelajar perlu ditangani dari awal. Tekanan emosi sekiranya tidak diuruskan pada peringkat awal, boleh menjadi parah dan seterusnya menular kepada masalah mental.

Memang tidak dinafikan bahawa zaman kanak-kanak dan remaja ialah era peralihan ke alam dewasa dan banyak perubahan dari segi perkembangan fizikal, kognitif serta emosi berlaku dalam tempoh ini. Tidak mustahil pada usia ini, pelajar sering dikaitkan dengan jiwa yang cenderung untuk memberontak. Apatah lagi, alam remaja merupakan tempoh yang mendedahkan mereka kepada banyak tekanan emosi. Tekanan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh faktor pendidikan kerana menduduki beberapa peperiksaan penting sepanjang usia remaja. Selain itu, remaja juga terperangkap dengan harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, masalah kurang perhatian keluarga dan tahap keyakinan diri yang menurun. Kita sering melihat tekanan sebagai masalah orang dewasa, tetapi hakikatnya perkara ini turut berlaku pada kanak-kanak dan remaja, justeru bayi mengalami tekanan juga. Bayi menangis, mungkin kerana lapar atau kembung perut, merupakan isyarat bahawa mereka mengalami tekanan. Cuma punca dan tahap tekanan mereka berbeza daripada orang dewasa dan remaja. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan tekanan emosi tidak menjadi lebih serius dan mengganggu kehidupan, hal ini perlu ditangani dan diuruskan dengan mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Apabila puncanya diketahui, lebih mudah untuk seseorang itu menguruskan masalah tekanan emosinya.

Masalah tekanan emosi kadangkala membawa kepada kemurungan yang boleh menyebabkan pelajar ini bertindak diluar kawalan seperti membunuh dan mencederakan diri, Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri dan Psikoterapi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar M. Zain, berdasarkan kepada kes-kes remaja yang dirujuk, 15 peratus daripadanya adalah kes-kes kemurungan akibat tekanan emosi yang dialami. Dari statistik tersebut, ia didapati lebih banyak berlaku di bandar berbanding luar bandar. Ini adalah kerana system social di luar bandar lebih baik kerana jiran dan saudara mara masih memainkan peranan dalam perkembangan generasi muda ini. Ikatan kekeluargaan juga amat rapat berbanding di bandar.

RUJUKAN

Rencana ini dipetik daripadaDewan SiswaApril 2012http://bit.ly/copynwin