esaimen hst dr nik

Upload: sue-suriati

Post on 02-Jun-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    1/14

    1

    1.0 Pengenalan

    Orde Baru telah dilaksanakan bermula pada 1966 hingga 19981 iaitu semasa

    pemerintahan Presiden kedua Republik Indonesia iaitu Suharto menggantikan Sukarno.

    Walau bagaimanapun, perkataan Orde baru itu sebenarnya terdiri daripada perkataan

    ciptaan Presiden Suharto itu sendiri yang sebelum ini tidak pernah digunakan oleh mana

    mana pemerintah sebelum Suharto bagi membezakan zaman pemerintahan beliau dan

    Sukarno yang disifatkan beliau sebagai zaman orde lama.

    Pembentukan Orde baru ini sebenarnya bermula dengan berlakunya peristiwa

    yang dikenali sebagai Lubang Buaya

    2

    iaitu peristiwa pembunuhan enam orang Jeneral

    Angkatan tentera di daerah Lubang Buaya dan sering kali juga apabila disebutkan Orde

    baru ini para pengkaji sejarah menyifatkan zaman ini timbul selepas berlakunya Gerakan

    30 September 1965 yang disifatkan didalangi puak - puak penyokong Sukarno dan

    Komunis walaupun pada ketika itu Sukarno masih tetap menjalankan pemerintahan

    sistem Demokrasi Terpimpin atas dasar NASAKOM dan PKI ( Parti Komunis Indonesia)

    yang masih mempunyai peranan yang penting dalam pemerintahan dan kehidupan politik

    bangsa.

    Gerakan 30 September 1865 telah berjaya dipatahkan oleh Komander Konstrad

    pada ketika itu, oleh Suharto yang telah mengambil alih kepimpinan sementara

    Angkatan Darat dengan penentangan secara berterusan daripada golongan rakyat jelata

    terutamanya daripada KAMI ( Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia ), KAPPI (

    Kesatuan Aksi Pemuda Pelajar Indonesia ) yang menuntut Sukarno membubarkan PKI

    1Ulf Sundhaussen,1986,Politik Militer Indonesia 1945 -1967,Jakarta, Oxford University Press,hlm.16.

    2M.Rusli Karim,1983,Perjalanan Partai politik di Indonesia: Sebuah Potret Pasang Surut, Jakarta, Radar Jaya

    Offset,hlm 57.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    2/14

    2

    sehingga kemuncaknya Sukarno terpaksa memberikan kemenangan kepada Suharto

    dengan lahirnya Surat Perintah 11 Maret ( Super Semar : 11 Mac)3

    Pelaksanaan orde baru ini turut disifatkan sebagai merangkumi keseluruhan hidup

    rakyat, bangsa dan negara yang diletakkan kembali kepada pancasila secara murni dan

    lahir bersama dengan semangat koreksi total4yang merujuk kepada pembetulan

    pentadbiran yang sebelum ini dipegang oleh presiden Sukarno. Fokus pelaksana Orde

    Baru ini adalah menyeluruh dan turut merangkumi pembaikan dan perkembangan

    ekonomi yang telah merosot sewaktu pemerintahan Orde lama walaupun dikatakan

    pentadbiran Orde Baru ini majoritinya terdiri daripada golongan tentera sehingga

    menjadikan DPR ( Dewan Perwakilan Rakyat ) dan MPR ( Majlis Permesyuaratan

    Rakyat ) dianggap kurang berkesan.

    Penglibatan tanpa had golongan tentera dalam pemerintahan orde baru ini dalam

    dasar dasar baru yang dibentuk mahupun dasar sedia ada tidak dapat dinafikan telah

    memberikan peluang yang sangat besar kepada golongan tentera ini untuk terlibat sama

    dan terus mengekalkan kuasa mereka dalam sistem politik negara Indonesia, apatah lagi

    Presiden kedua Republik Indonesia itu sendiri merupakan seorang Jeneral dalam

    Angkatan Tentera Indonesia.

    3Abdul Aziz Hitam, 1988,Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 19.

    4 D.E. Ramage,1995, Percaturan Politik di Indonesia: Demokrasi, Islam dan Ideologi Toleransi, Jogjakarta,

    Matabangsa,hlm.66.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    3/14

    3

    2.0 STRATEGI ORDE BARU YANG MELIBATKAN TENTERA DALAM SISTEM

    POLITIK REPUBLIK INDONESIA.

    Menurut Ali Moertopo strategi Orde Baru secara tidak langsung ini sebenarnya

    telah melibatkan angkatan tentera dalam sistem politik.5Strategi empat tahap dalam orde

    baru ini merujuk kepada empat tahap. Tahap pertama merujuk kepada penghancuran PKI

    ( Parti Komunis Indonesia ), tahap kedua merujuk kepada penyatuan pemerintahan dan

    pemurnian Pancasila dan UUD 1945 ( UndangUndang Dasar ) dan hal ini dapat dilihat

    dalam penggantian Kabinet Dwikora. Tahap ketiga adalah menghapuskan dualisme

    dalam kepimpinan nasional. Tahap keempat pula adalah mengembalikan kestabilan

    politik dan merencanakan pembangunan.

    3.0 DASARDASAR ORDE BARU

    Pembentukan jawatan Ketua Turus

    Pada 10 Oktober 1969 Suharto telah mengisytiharkan akan kewujudan

    jawatan Ketua Turus6bagi menggantikan jawatan Ketua Komander dalam tentera

    darat, udara dan laut yang dulunya wujud secara berasingan. Ilham pembentukan

    jawatan Ketua Turus ini sebenarnya adalah berdasarkan model Pentagon di negara

    Amerika Syarikat yang presidennya turut memegang jawatan sebagai Ketua

    Komander Angkatan Tentera dengan dibantu timbalannya. Jadi, hal yang sama

    cuba diaplikasikan oleh Suharto di Indonesia dengan mewujudkan jawatan Ketua

    Turus dan Suharto sendiri telah memegang jawatan dalam Kementerian

    5H. Rosihan Anwar,1992, Indonesia 1966 1983 : Dari Koresponden Kami di Jakarta, Jakarta, PT Temprint, hlm.77.

    6M.Rusli Karim,1983,Perjalanan Partai politik di Indonesia: Sebuah Potret Pasang Surut,Jakarta, Radar Jaya

    Offset,hlm 35.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    4/14

    4

    Pertahanan dan Keselamatan. Jawatan Ketua Turus dibantu oleh timbalannya

    iaitu Jeneral Maraden Panggabean, seorang Kristian dari negeri Batak di

    Sumatera.

    Selepas daripada berlakunya meletusnya kudeta banyak perlantikan baru

    telah dilakukan dalam kalangan angkatan tentera laut dan udara walaupun pada

    mulanya jawatan Ketua Staf diisikan dengan pegawai yang tidak begitu terlibat

    dengan bidang politik iaitu Laksamana Muda Sudomo dan Timbalan Marsyal

    Udara Suwoto Sukendar. Pada waktu itu angkatan polis masih lagi tidak diiktiraf

    sebagai cawangan angkatan darat walaupun Komandernya tetap mempunyai

    jawatan yang sama seperti Ketua Turus angkatan darat.

    Pada waktu yang sama enam wilayah kawalan baru telah ditubuhkan7iaitu

    Sumatera, Jawa, Kalimantan( Borneo ), Sulawesi, Nusa tenggara, Maluku

    termasuk Irian Barat bagi menggantikan sistem pangkalan terdahulu berdasarkan

    wilayah. Kewujudan jawatan Ketua Turus bagi angkatan darat ini sebenarnya

    telah membuka ruang kepada golongan angkatan darat untuk lebih terlibat secara

    tidak langsung dalam hal politik negara Indonesia walaupun sebenarnya jawatan

    ini sememangnya layak dipegang oleh angkatan darat bagi menjaga keamanan di

    Indonesia namun lambakan jawatan yang berkait dengan politik kemudiannya

    telah memilih golongan tentera sebagai majoritinya untuk terlibat secara

    langsung.

    7D.E. Ramage,1995, Percaturan Politik di Indonesia: Demokrasi, Islam dan Ideologi Toleransi, Jogjakarta,

    Matabangsa,hlm.89.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    5/14

    5

    PEMBENTUKAN KABINET PEMBANGUNAN

    Suharto telah mengisytiharkan pembentukan kabinet kerajaan baru8yang

    dikenali sebagai kabinet pembangunan pada 6 Jun 1968 yang bertujuan untuk

    menstabilkan dan memulihkan ekonomi negara. Dr Sumitro Djojohadi Kesumah

    yang merupakan seorang pakar ekonomi telah dipilih untuk terlibat sama dalam

    kabinet yang baru ditubuhkan walaupun beliau sebenarnya merupakan salah

    seorang daripada tokoh yang telah menentang Sukarno dalam pemberontakan

    PRRI.

    Dasar negara kemudiannya bertukar kepada Rancangan Pembangunan

    Lima Tahun yang dibentangkan pada awal 19699. Melihat kepada pembentukan

    kabinet pembangunan ini sebenarnya dengan jelas kuantiti jumlah anggota tentera

    yang terlibat dala Kabinet pembangunan ini semakin bertambah dari setahun ke

    setahun kerana pembentukan kabinet ini telah membuka ruang yang luas kepada

    angkatan tentera untuk terus terlibat sama dalam hal ehwal politik Republik

    tersebut.

    4.0 PERANAN MILITER DALAM SISTEM POLITIK

    PENGUKUHAN KUASA TENTERA DALAM POLITIK

    Peranan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) telah diluaskan

    peranannya iaitu daripada fungsi yang hanya untuk mengekalkan keamanan dan

    kesejahteraan dalam Republik tersebut menjadi Dwifungsi yang memainkan dua

    8Abdul Aziz Hitam, 1988,Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 11.

    9H. Rosihan Anwar,1992, Indonesia 1966 1983 : Dari Koresponden Kami di Jakarta, Jakarta, PT Temprint, hlm.54.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    6/14

    6

    peranan dalam masa yang sama. Dwifungsi ini merujuk kepada golongan tentera (

    ABRI ) melalui keputusan sidang umum MPR ( Majlis Permeyuaratan Rakyat)

    telah menegaskan bahawa golongan ABRI ini akan terlibat dalam pembangunan

    bangsa di samping menjaga keselamatan dan keamanan negara. Hal ini, secara

    tidak langsung memberikan kebenaran kepada golongan pihak tentera ini tanpa

    syak dan ragu lagi terus terlibat dalam sistem politik di Republik Indonesia.

    Dwifungsi ABRI ini kemudiannya telah menjadikan TNI ( Tentera

    Nasional Indonesia ) menjalankan tugas mengikut doktrin yang telah

    diperuntukkan walaupun sebenarnya golongan tentera ini sememangnya mahu

    bergiat dalam bidang politik di Indonesia kerana sikap ketidakpercayaan terhadap

    politik yang wujud di Republik Indonesia.

    Bukti yang jelas dapat dilihat bahawa Dwifungsi ABRI ini kemudiannya

    telah mengakibatkan golongan tentera banyak memagang jawatan jawatan

    penting dalam sistem politik Indonesia. Antaranya adalah pada tahun 1966

    sebanyak 12 orang anggota tentera telah memegang jawatan dalam 27 kabinet

    yang wujud10

    . Di samping itu, dalam jabatan strategik yang telah diwujudkan juga

    terdapat 11 orang anggota tentera telah melibatkan diri di jabatan jabatan urusan

    awam.

    Setelah itu dirujuk pula kepada peratusan anggota tentera yang memegang

    jawatan dalam DPR ( Dewan Perwakilan Rakyat )sebanyak 75 peratus

    anggotanya terdiri daripada kalangan tentera. Selain itu, jawatan sebagai Gabenor

    dan Ketua Daerah Bupati yang dipegang oleh tentera telah meningkat daripada

    10H. Rosihan Anwar,1992, Indonesia 1966 1983 : Dari Koresponden Kami di Jakarta, Jakarta, PT Temprint, hlm.53.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    7/14

    7

    tahun ke tahun. Contohnya pada tahun 1968 sebanyak 68 peratus, tahun 1970

    sebanyak 92 peratus jawatan Gabenor dipegang oleh tentera dan secara

    keseluruhannya sebanyak 400 anggota telah dikerahkan ke kawasan pusat di

    Indonesia dan 22 daripada jawatan Gabenor telah dipegang oleh golongan

    tentera. Manakala sebanyak 59 peratus jawatan Ketua daerah telah dijawat oleh

    golongan tentera di samping, wujudnya 13 orang anggota tentera sebagai Menteri

    tentera pada tahun 1973. Kemudiannya, hingga tahun 1982 sebanyak 89 peratus

    daripada jabatan jabatan strategik di peringkat pusat yang berkaitan dengan

    persoalan awam dijawat oleh anggota tentera. Maka jelaslah di sini, Dwifungsi

    yang telah diwujudkan dalam Orde baru ini telah berjaya meyakinkan golongan

    tentera ini bahawa peranan mereka lebih daripada apa yang telah dicatatkan dalam

    Konsep Jalan Tengah NASUTION pada tahun 1958.

    CAMPUR TANGAN PENGUASA DALAM HAL EHWAL AKHBAR

    Pihak penguasa sewaktu pemerintahan orde baru terlalu mencampuri urusan akbar

    akhbar langsung menjadi tidak bebas untuk menjalankan kegiatan mereka justeru

    semakin tersepit antara kehendak pemerintah atau harus menyampaikan kebenaran

    kepada rakyat. Pemerintahan yang dijalankan oleh Suharto adalah sangat dominan

    dengan golongan tentera sehinggakan pemerintahan beliau tidak jauh berbeza dengan

    sistem yang terdapat dalam tentera11

    . Justeru itu, kita lihat di sini akhbar yang dianggap

    sangat penting kepada golongan pemerintah mendapat kawalan yang sangat ketat

    11M.Rusli Karim,1983,Perjalanan Partai politik di Indonesia: Sebuah Potret Pasang Surut,Jakarta, Radar Jaya

    Offset,hlm 36.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    8/14

    8

    daripada pemerintah yang dalam hal ini tentera memainkan peranan yang sangat penting

    bagi mengawal kebebasan penerbitan akhbar.

    Para elit penguasa pada ketika itu telah menggunakan sepenuhnya kuasa mereka

    untuk menyekat kebebasan rakyat dalam bidang akhbar dan patuh kepada arahan

    mereka. Meskipun, hal berkenaan dengan kebebasan akhbar yang disekat ini tidak

    dimaklumkan terlebih dahulu kepada pengeluar akhbar namun masih kebebasan untuk

    menyiarkan sebarang berita akan melalui pelbagai proses dan peraturan yang amat rumit

    sehinggakan akbar itu sendiri tidak mampu untuk menjadi satu badan yang akan

    mengawas gerakan pemerintah sebaliknya hanya menjadi alat penyokong pemerintah

    terutama sekali apabila disebutkan tentang akhbar kebangsaan yang dipaksa menjadi p

    penyokong kepada pemerintahan yang wujud. Hal ini menyebabkan segala

    ketidakcekapan pentadbiran yang dilakukan oleh golongan penguasa terutama sekali elit

    tentera tidak dimaklumkan kepada rakyat kerana telah terlebih dahulu ditapis oleh

    Kementerian Penerangan.

    Contohnya seperti peristiwa di pembunuhan beramai ramai12

    terhadap anggota

    kumpulan Islam di Tanjung Priok (1984),kes tanah petani di Jenggawah

    (1989),pelaksanaan operasi ketenteraan di Aceh (1989-1999), Timur Lorosae (1980-

    1999), Papua( 1960-1999) pengusiran dan ugutan penduduk di Kedung Ombo, Jawa

    Tengah (1989). Semuanya telah disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Hal ini

    menyebabkan golongan penguasa militer yang majoriti berada dalam pentadbiran negara

    begitu kukuh dan terus menjalankan pentadbiran dalam negara tersebut.

    12H. Rosihan Anwar,1992, Indonesia 1966 1983 : Dari Koresponden Kami di Jakarta, Jakarta, PT Temprint, hlm.18.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    9/14

    9

    KONSEP MASSA MENGAMBANG

    Konsep ini merupakan konsep yang menjadikan pancasila sebagai asas utama

    bagi seluruh pari politik dan organisasi massa yang ada di Indonesia13

    . Di samping

    berusaha untuk melakukan penyederhanaan parti politik yang ada di Indonesia dan turut

    melakukan pembangunan politik di kawasan kampung, melalui konsep ini rakyat secara

    keseluruhannya cuba dipisahkan daripada kehidupan politik. Sewaktu pemerintahan

    Sukarno sebelum ini, langkah untuk menyederhanakan parti politik yang pada ketika itu

    berjumlah 40 parti14

    telah cuba dilakukan namun gagal kerana tiada satu parti pun yang

    sanggup untuk menguburkan partinya sendiri .

    Namun dalam kes pemerintahan di bawah Orde Baru ini Suharto telah

    membahagikan parti politik kepada dua iaitu PPP ( Parti Persatuan Pembangunan dan

    PDI ( Parti Demokrasi Indonesia ) . Manakala GOLKAR ( Golongan Karya enggan diri

    mereka digabungkan dengan mana - mana parti dan sanggup dikenali sebagai non-parti.

    Walau bagaimanapun, sepanjang lima kali PEMILU ( Pilihan Raya Umum) diadakan

    GOLKAR yang akan memperoleh kemenangan dan memegang pucuk pemerintahan. Hal

    ini disebabkan partiparti yang menyertai PEMILU itu sebenarnya hanya dilihat seperti

    boneka semata mata kerana undian mereka juga disarankan untuk memberi

    kemenangan kepada golongan karya. Tambahan pula, golongan GOLKAR ini mendapat

    sokongan sepenuhnya daripada ABRI secara terbuka.

    13H.W.Arnd,1983, Pembangunan dan Pemerataan: Indonesia di Masa Orde Baru, Jakarta.,Golden Victory, hlm. 50.

    14D.E. Ramage,1995, Percaturan Politik di Indonesia: Demokrasi, Islam dan Ideologi Toleransi,Jogjakarta,

    Matabangsa,hlm.78.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    10/14

    10

    Bagi mengekalkan konsep pancasila sebagai asas tunggal negara, golongan

    tentera memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini disebabkan, menurut William

    Liddle golongan ABRI ini sangat mempunyai semangat kesetiaan dan perpaduan yang

    sangat tinggi. Jadi bagi mengekalkan kesejahteraan negara golongan ini sentiasa

    mempunyai persepsi sendiri terhadap sesuatu perkara yang difikirkan akan memberikan

    ancaman kepada negara.

    5.0 KESIMPULAN

    Kesimpulannya, golongan tentera memainkan peranan yang sangat penting dalam

    sistem politik di Indonesia pada waktu zaman pemerintahan Suharto yang melaksanakan

    Orde baru. Hal ini disebabkan Presiden pada ketika itu merupakan Jeneral yang asalnya

    daripada kelompok tentera sehingga menjadikan beliau secara tidak langsung telah

    menjalankan pemerintahan seperti mengikut sistem tentera sedia ada dengan pengenalan

    dasar dasar di dalamnya seperti satu usaha untuk melibatkan golongan tentera dalam

    pemerintahan negara secara keseluruhannya.

    Dasardasar yang dijalankan Orde baru ini terutamanya Dwifungsi ABRI telah

    memaksa golongan TNI ( Tentera Nasional Indonesia) untuk turut serta dalam kancah

    politik di Indonesia ditambah pula dengan jawatan jawatan yang sengaja diisikan

    kekosongannya dengan perlantikan yang majoritinya terdiri daripada anggota tentera itu

    sendiri. Walaupun sewaktu pemerintahan Sukarno, beliau telah cuba untuk mengasingkan

    golongan tentera ini daripada terlibat dalam bidang politik15

    namun hal ini tidak dapat

    15Abdul Aziz Hitam, 1988,Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh,Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 10.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    11/14

    11

    dilakukan kerana golongan tentera itu sendiri ingin masuk campur dalam hal politik

    negara kerana melihatkan keadaan kucar kacir yang telah dicetuskan oleh golongan

    politik. Sebaliknya sewaktu pemerintahan Orde baru ini golongan tentera bukannya cuba

    untuk diasingkan daripada politik negara tetapi diperkukuhkan lagi melalui dasardasar

    yang sedia ada.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    12/14

    12

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Aziz Hitam. 1988.Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa

    dan Pustaka.

    D.E. Ramage.1995. Percaturan Politik di Indonesia: Demokrasi, Islam dan Ideologi

    Toleransi.Jogjakarta. Matabangsa.

    H. Rosihan Anwar.1992.Indonesia 1966 1983 : Dari Koresponden Kami di Jakarta. Jakarta.

    PT Temprint.

    H.W.Arndt.1983. Pembangunan dan Pemerataan: Indonesia di Masa Orde Baru. Jakarta.Golden Victory.

    M.Rusli Karim.1983.Perjalanan Partai politik di Indonesia.: Sebuah Potret Pasang

    Surut.Jakarta. Radar Jaya Offset.

    Ulf Sundhaussen.1986.Politik Militer Indonesia 1945 -1967.Jakarta. Oxford University Press.

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    13/14

    13

  • 8/10/2019 Esaimen Hst Dr Nik

    14/14

    14